Sanad dan matan hadith
وقال ابن أبي حاتم حدثنا أبي ، حدثنا محمد بن خلف العسقلاني
، حدثنا الفريابي ، حدثنا إسرائيل ، حدثنا سماك بن حرب ، عن عكرمة ، عن ابن عباس -
وسأله رجل عن هذه الآية : ( يا أيها الذين آمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدوا لكم فاحذروهم
) - قال : فهؤلاء رجال أسلموا من مكة فأرادوا أن يأتوا رسول الله - صلى الله عليه وسلم
- فأبى أزواجهم وأولادهم أن يدعوهم ، فلما أتوا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - رأوا
الناس قد فقهوا في الدين ، فهموا أن يعاقبوهم ، فأنزل الله هذه الآية : ( وإن تعفوا
وتصفحوا وتغفروا فإن الله غفور رحيم
Terjemahan
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah
menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu
Khalaf As-Saidalani, telah menceritakan kepada kami Al-Faryabi, telah
menceritakan kepada kami Israil, telah menceritakan kepada kami Sammak ibnu
Harb, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang telah ditanya oleh seorang lelaki
tentang makna firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara
isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka
berhati-hatilah kamu terhadap mereka. (At-Taghabun: 14) Bahawa ada sejumlah
lelaki yang telah masuk Islam di Mekah; ketika mereka hendak bergabung dengan
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di negeri hijrah, maka isteri-isteri
dan anak-anak mereka tidak mahu ditinggalkan. Pada akhirnya setelah mereka
datang kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (sesudah penaklukan
Mekah), mereka melihat orang-orang telah mendalami agama mereka. Kemudian
mereka melampiaskan kemarahannya kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka yang
menghalang-halangi mereka untuk hijrah. Dan ketika mereka hendak menghukum isteri-isteri
dan anak-anak mereka, Allah menurunkan firman-Nya: dan jika kamu memaafkan dan
tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (At-Taghabun: 14)
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3317, at-Thabari
dalam Tafsirnya 28/124, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 11720, daripada
Ibnu Abbas ra
Hasan sahih menurut Imam Tirmidzi
dan hasan menurut Syeikh al-Albani
No comments:
Post a Comment