Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail
Matan hadithSunday, 24 March 2024
Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail
Monday, 18 March 2024
Hadith-hadith berkaitan doa minta hujan
Daripada Anas bin Malik RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا
Ya Allah turunkanlah hujan kepada
kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada
kami (HR. Bukhari no. 1014)
Daripada Jabir bin Abdillah RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا،
نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Ya Allah turunkanlah hujan kepada
kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat
serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh
(HR. Abu Daud no. 1169, sanadnya sahih)
Daripada Jabir bin Abdillah RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ،
وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Ya Allah turunkanlah hujan kepada
hamba-hamba-Mu, binatang ternakan serta luaskanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah
negeri-Mu yang mati (HR. Abu Daud no. 1176, hasan)
daripada Sa‘d R.A bahawa:
أَنَّ النَّبِيَّ
صلى الله عليه وسلم دَعَا فِي الاسْتِسْقَاءِ: اللَّهُمَّ جَلِّلْنَا سَحَابًا كَثِيفًا
قَصِيفًا دَلُوقًا ضَحُوكًا، تُمْطِرُنَا مِنْهُ رَذَاذًا قِطْقِطًا سَجْلًا، يَا ذَا
الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Nabi SAW berdoa ketika istisqa’
(memohon hujan): ‘Ya Allah, ratakanlah bagi kami awan yang tebal, guruh yang
kuat bunyi guruhnya, yang cepat curahannya, yang banyak kilatnya. Engkau
turunkan kepada kami dari awan itu hujan sikit, hujan yang renyai-renyai dan
hujan yang banyak, wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia.’” (HR. Abu ‘Awwanah
dalam Mustakhrajnya no. 2514, dhaif jiddan)
Hadith tambahan rabbighfirli sebelum amin dalam surah al-Fatihah ketika solat
Sanad dan matan hadith
وأخبرنا أبو الحسين بن بشران، أنبأ أبو جعفر الرزاز، ثنا
أحمد بن عبد الجبار العطاردي، ثنا أبي، عن أبي بكر النهشلي، عن أبي إسحاق، عن أبي عبد
الله اليحصبي، عن وائل بن حجر، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم حين قال: غير
المغضوب عليهم ولا الضالين قال: رب اغفر لي آمين.
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami
Abu al-Husain bin Bisyran, Abu Ja‘far al-Razzaz bercerita, telah menceritakan
kepada kami Ahmad bin “Abd al-Jabbar al-‘Atharidiy, ayahku telah menceritakan
kepadaku dari Abu Bakr al-Nahsyiliy, dari Abu Ishaq, dari Abu “Abdullah
al-Yahshubiy, dari Wa’il bin Hujr, ia mendengar dari Rasulullah ketika membaca
ayat ke-7 dari surah al-fatihah, beliau berdoa: rabbighfirli amin.
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra
no. 2551, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 107, Ibnu Bakhtari no. 379
Para ulama hadith cenderung
berselisih antara mengkategorikan hadith ini sebagai hadith hasan atau dhaif,
mengingat salah satu perawi hadith yang menjelaskan mengenai hal ini cenderung
didhaifkan (dianggap lemah) oleh para ulama ahli jarh wa ta’dil. Dua rawi yang
dianggap bermasalah adalah Ahmad bin ‘Abdul Jabbar al-‘Utharidi dan Abu Bakar
an-Nahsyali.
Mengenai rawi yang disebutkan
pertama, al-Haithami menjelaskan:
وَفِيهِ أَحْمَدُ
بْنُ عَبْدِ الْجَبَّارِ الْعُطَارِدِيُّ، وَثَّقَهُ الدَّارَقُطْنِيُّ وَغَيْرُهُ،
وَقَالَ ابْنُ عَدِيٍّ: رَأَيْتُ أَهْلَ الْعِرَاقِ مُجْمِعِينَ عَلَى ضَعْفِهِ
Di dalam perawi hadith terdapat
Ahmad bin ‘Abdul Jabbar al-‘Utharidi, Imam ad-Daruquthni dan Imam lainnya
menganggap perawi tersebut tsiqqah (Dapat dipercaya). Imam Ibnu ‘Adi berkata:
“Aku melihat para ulama iraq bersepakat mendhaifkannya” (Majma’ Zawaid 2/ 293).
Abdul Jabbar bin Umar
al-‘Utharidi ialah rawi yang statusnya majhul hal. Ia rawi tingkatan (thabaqah)
ke-9. Imam al-‘Uqaili mengatakan bahwa pada hadithnya terdapat banyak
kesalahan. Imam Musalamah bin al-Qasim menilainya sebagai rawi yang dhaif.
Meski demikian, Ibnu Hibban mengkatagorikannya sebagai rawi yang tsiqah.
Sedangkan Ahmad bin Abdil Jabbar
al-‘Uthairidi, rawi thabaqah ke-11, dinilai kazzab (pendusta) oleh Muhtin
al-Hadrami. Abu Hatim menilai hadithnya tidak kuat. Rawi asal Kuffah ini bahkan
didhaifkan oleh ulama yang sedaerah dengannya, iaitu Abdul Abbas bin Aqdah.
Demikian dengan Ibn Hajar
al-Asqalani, ia menyimpulkan bahawa Ahmad bin Abdil Jabbar adalah rawi yang
dhaif (Taqribut Tahdzib no. 81). Akan tetapi terkait hadith-hadith sirah yang
ia riwayatkan maka dipandang sahih. (Tahdzibul-Kamal bab Ahmad bin ‘Abdil
Jabbar al-‘Utharidi)
Al-Iraqi dan Ibnu Hajar menilai
hadith ini dhaif kerana sanadnya terdapat perawi Abu Bakar an-Nahsyali, dianya
dhaif (Tharihul Tastrib 2/269, Irsyadus Sari 2/100)
Dari pemaparan di atas, maka
sampai pada kesimpulan bahawa hadith ini tafarrud-munkar. Bahkan tidak
ada satupun ulama ahli nuqqad (pengkritik hadith) yang menjadikan hadith ini
sebagai hujjah (Fathul Bari Ibni Rejab 7/97-99).
Ibnu Rejab mendaatangkan satu
riwayat dari al-'Ala daripada bapanya daripada Abu Hurairah yang berkata:
"Apabila imam membaca ummu
al-Quran, maka (kamu) bacalah ummu al-Quran dan mendahului imam. Apabila imam
membaca ولا الضالين, para malaikat akan berkata: آمين, maka sesiapa yang
bertepatan aminnya maka akan dimustajabkan untuknya. Tidak dianjurkan
menyambung sebutan amin dengan zikir lain seperti menyebut: "Amin Rabb
al'Alamin" kerana tiada anjuran dr Sunnah. Inilah pandangan para
Sahabat kami (mazhab al-Hambali). Kata al-Syafi'ie: ia suatu yang baik. Tidak
dianjurkan juga didahulukan sebelum sebutan amin sebarang doa. Ini kerana amin
tersebut adalah untuk doa yang ada dalam al-Fatihah iaitulah doa minta hidayah
ke jalan yang lurus. Ia juga merupakan doa yang paling penting dan paling
mulia." (Fathul Bari Ibni Rejab 7/97-99).
Az-Zahabi dalam al-Muhazzab
(ringkasan Sunan Kubra al-Baihaqi) menyatakan hadith ini munkar, kerana
al-Utharidi dan bapanya tidak terlepas dari kritikan dan al-Yahshubi pula
terdapat ketidakjelasan (al-Muhazzab 1/508).
Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij
Musnad 31/137 menilai sanad hadith ini dhaif.
Walaupun demikian terdapat juga
sebahagian ulama seperti Mulla Ali al-Qari menilai sadah itu tidak bermasalah
(la ba’sa bih) dalam Mirqatul Mafatih 2/686).
Selain itu, hadith ini juga
bertentangan dengan hadith sahih yang hanya menyebutkan “amin” dengan tanpa
tambahan “rabighfirli”:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِذَا قَالَ الإِمَامُ: {غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ الضَّالِّينَ} [الفاتحة: 7] فَقُولُوا: آمِينَ، فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ
قَوْلَ المَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “
Dari Abu Hurairah bahawa
Rasulullah saw bersabda, “Apabila imam membaca ghairil-maghdubi ‘alaihim wa
laddhalin, maka katakanlah “amin”. Barangsiapa bacaan aminnya itu bersamaan
dengan bacaan para malaikat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. (HR.
Bukhari no. 782)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا يَقُولُ: ” لَا تُبَادِرُوا الْإِمَامَ إِذَا
كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَالَ: وَلَا الضَّالِّينَ فَقُولُوا: آمِينَ، وَإِذَا
رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا قَالَ: سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، فَقُولُوا: اللهُمَّ
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ “
Dari Abu Hurairah ia berkata,
“Adalah Rasulullah shalla-‘Llahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kami.”
Nabi bersabda, “Janganlah kalian mendahului imam. Apabila imam takbir, maka
bertakbirlah kalian. Apabila imam membaca “wa ladhdhalin”, maka katakana
“amin”. Apabila imam rukuk, maka rukuklah kalian. Apabila imam berkata
“sami’a-Llahu liman hamidah”, maka katakanlah “allahumma rabbana lakalhamdu”. (HR.
Muslim no. 959)
Tidak menambah kalimah doa itu
lebih afdhal dan sahih
Maka dari itu, tidak boleh ingkari
lagi bahawa hadith yang menjadi landasan anjuran membaca “amin” cenderung lebih
kuat dan sahih dibandingkan dengan hadith yang menjadi pijakan membaca kata
“rabbighfir li amin”. Kesimpulan inilah yang dijadikan pedoman oleh salah satu
ulama hadith kenamaan Mesir, Syeikh Abdullah bin Muhammad al-Ghumari dalam
himpunan fatwanya:
والحاصل: أن الحديث
بدون زيادة: «رب اغفر لي» حسن صحيح كما قال ابن حجر وغيره، وهو بها ضعيف كما قال الحافظ
العراقي، فظهر أن لا تناقض بين القولين لاختلاف موردهما وإن كان أصل الحديث واحد، وبالله
التوفيق.
Kesimpulannya bahawa hadith yang
menjelaskan bahawa Rasulullah tidak menambahkan kata rabbighfir li dianggap
hasan dan sahih, seperti yang dijelaskan Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan Imam
lainnya, sedangkan dengan menambahkan kata tersebut dihukumi dhaif, seperti
yang diungkapkan al-Hafiz al-‘Iraqi, maka dapat disimpulkan bahawa tidak ada
pertentangan diantara dua pendapat kerana berbeza-bezanya dasar (hadith) dari
keduanya, meskipun asal dari (dua) hadith tersebut tetaplah satu (Mausu’ah
Abdullah al-Ghumari Fatawa wa Ajwibah 16/181).
Praktis pembacaan doa yang
dilakukan setelah membaca surah al-fatihah dan sebelum melafazkan amin sering
kita dengarkan oleh beberapa qari ketika mengimamkan solat. Doa tersebut
memiliki redaksi rabbighfirli. Sebagian muslim ada yang menambahkan dengan wa
li walidayya dan atau wa li al-muslimin wa al-muslimat, yang pada prinsipnya
merupakan tambahan objek permintaan ampunan (maghfirah). Kebelakangan, praktis
ini mendapatkan “tentangan” dari beberapa kalangan terkait keabsahan dan
landasan yang digunakan. Hal ini berlandaskan apa yang disebutkan ulama dalam
beberapa kitab fiqh mazhab Syafie seperti:
a)Tuhfatul Muhtaj Ibnu Hajar
al-Haitami 2/50
b) Hasyiah as-Syabramallisi 1/489
c) Hasyiah al-Jamal 1/354
d) Hasyiah al-Bujairimi ala
al-Khatib 2/29
e) Hasyiah al-Bujairimi ala
al-Minjaj 1/199
f) Busyra al-Karim hal. 220
g) al-Umm 1/131
h) al-Majmu 3/373
i) Raudhatut Thalibin 1/247
ـ (تَنْبِيهٌ) أَفْهَمَ قَوْلُهُ عَقِبَ فَوْتَ التَّأْمِينِ
بِالتَّلَفُّظِ بِغَيْرِهِ وَلَوْ سَهْوًا كَمَا فِي الْمَجْمُوعِ عَنْ الْأَصْحَابِ
وَإِنْ قَلَّ، نَعَمْ يَنْبَغِي اسْتِثْنَاءُ نَحْوِ رَبِّ اغْفِرْ لِي لِلْخَبَرِ
الْحَسَنِ «أَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ عَقِبَ الضَّالِّينَ
رَبِّ اغْفِرْ لِي آمِينَ»
Penjelasan penting. Ucapan
penulis “Hilangnya kesunnahan membaca amin dengan mengucapkan kalimat yang
lain, walaupun dalam keadaan lupa, seperti dijelaskan dalam kitab al-Majmu’
dari para pengikut Imam as-Syafie, meskipun hanya kalimat yang sedikit”
hendaknya dikecualikan penambahan kalimat rabbighfir lî berdasarkan hadith
hasan bahawa “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda setelah melafalkan
ad-dhallin adalah doa “rabbighfir li amin” (Ibnu Hajar al-Haitami, Tuhfah
al-Muhtaj 2/49)
Syekh Ali Syibramalisi
menambahkan tambahan kata “Wa li walidayya wa li jami’il muslimin” agar doa
semakin bertambah lengkap. Dalam kitab hasyiyahnya, beliau menjelaskan:
وَيَنْبَغِي أَنَّهُ
لَوْ زَادَ عَلَى ذَلِكَ وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ لَمْ يَضُرَّ أَيْضًا
Hendaknya jika menambahkan
kalimat Wa li walidayya wa li jamî’il muslimin juga tidak masalah (Hasyiyah
as-Syibramalisi ‘ala Nihayah al-Muhtaj 1/489).
Ironinya, terkait pandangan
penambahan doa dalam al-Fatihah ini hanya ditemukan dalam mazhab Syafie dan
tidak ditemuan dalam mazhab lainnya (Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 1/114)
Rujukan
https://tafaqquh.net/2020/10/09/status-hadits-rabighfirli-amin/
https://www.kanglatif.com/2019/04/penambahan-doa-rabbighfirli-ketika.html
https://islam.nu.or.id/shalat/penambahan-doa-rabbighfir-li-ketika-selesai-membaca-al-fatihah-WoDyu
Kisah mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut
Rasulullah SAW, dengan
sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu
ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali r.a. istrinya
Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu
yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu
itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian
meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga
benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata,
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman
itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti
sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan
itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis
dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".
Utsman r.a. berkata, "ilmu
itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu
lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata, "tamu itu
lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari
madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih
sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata,
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita
yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang
tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".
Rasulullah SAW berkata,
"seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari
madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata,
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang
cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari
madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti
sehelai rambut".
Allah SWT berfirman, " SyurgaKu
itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis
dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".
Takhrij
Tidak ditemui asal dalam mana
mana kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 260639)
Hadith Nabi saw amin doa Jibril as 3 kali yang sahih
Matan hadith
diriwayatkan oleh Abu Hurairah
RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ
فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ
فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ
فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ
اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا
فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ
آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ
آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Terjemahan
Ketika Nabi SAW menaiki mimbar,
Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW
ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata
amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah
datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan
bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke
dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah
(wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan
kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia
meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada
rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan:
Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku,
maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai
Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.
Takhrij
HR. Ibnu Hibban no. 907.
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 997
dan al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad 2/322.
Berdasarkan hadith ini, tiga hal
yang disebut di dalam hadith yang sahih ini adalah:
-Orang yang bertemu bulan
Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
-Orang yang tidak berlaku baik
kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
Asal perkataan Allah maujud bila makan
Berkata Saidina Ali ra:-
كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان
Allah wujud pada azali dan tidak
bertempat dan sekarang juga tidak bertempat
Takhrij
Diriwayatkan oleh Abu Mansur
al-Baghdadi dalam Kitab al-Firaq bin al-Firaq hal. 333
Tidak ditemui sanadnya dalam
kitab tersebut. Dan ini adalah penisbatan palsu ke atas Ali bin Abi Thalib ra.
(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 275170).
Ada lagi satu atsar dari Ali ra.
من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.
”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan
kita terbatas (mahdhud) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang
Pencipta.”[Hilyatul Awliya’; Abu Nu’aim al Isfahani 1/73, ketika menyebut
sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]
Hadith ini dinilai gharib oleh
Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya'
1/72-73.
Az-Zahabi berkata dalam Al
‘Uluwwu lil ‘Aliyyil Ghaffar hal. 81 no. 182:
هذا حديث منكر وإسناده
غير ثابت لكنه صح إلى عبد الوارث
Hadith ini munkar dan sanadnya
tidak tsabit, tetapi hadith sah sehingga Abdul Warits
Sesungguhnya atsar ini dibawakan
oleh orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama
sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini
berkata:
وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا
قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ
مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ
Dan diriwayatkan bahawasanya Ali
bin Abi Thalib ‘alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan
langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salaam berkata, “Mana
pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Bihar
al-Anwar 4/295; Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)
Jelas bertentangan dengan
pemahaman sahabat tabien dan tabiut tabien. Dan tidak ada imam sunnah
menyebutkan sedemikian. Para sahabat bersepakat bahawa Allah maha besar, dan
maha tinggi dia atas semua mahluk ciptaanNya dan dia bersemayam di atas Arasy dan
mengimani sifat yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t. sendiri tentang diri-Nya dan
apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat-sifat Allah tanpa
ta’wil (mengubah) takyif (membagaimanakan) juga tidak tasybih (menyamakan)
tidak juga ta’thil (menafikannya) (Fatwa Soaljawab Islam no. 219727).
Kenyataan Imam Abu al-Hassan
al-Asy’ari bahawasanya Aqidah Allah berada dimana-mana atau Allah wujud tanpa
bertempat ialah Aqidah Muktazilah .
Seperti yang disebut oleh Imam
Abu Hassan al-Asy’ari di dalam kitabnya (مقالات الإسلاميين والختلاف المصلين)
Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Mushallin 1/236:
اختلف المعتزلة في ذلك، فقال قائلون: البارئ بكل مكان، بمعنى
أنه مدبر لكل مكان...والقائلون بهذا القول جمهور المعتزلة أبو هزيل والجعفراني والإسكافي
ومحمد بن عبد الوهاب الجبائي. وقال قائلون: البارئ لا في مكان، بل هو على ما لم يزل.
وهو قول هشام الفوطي وعباد بن سليمان وأبي زفر وغيرهم من المعتزلة. وقالت المعتزلة
في قول الله عزوجل (طه: 5) الرحمن على العرش استوى يعني استولى.
Muktazilah telah bercanggah
pendapat dalam masalah ini. Berkata sebahagiannya Allah berada dimana-mana
bermaksud mentadbir di setiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur
Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie.
Sebahagian pula berkata Allah tidak bertempat. Pendapat ini ialah pendapat
Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya dikalangan
muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah
surah Thaha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah
bermaksud Istaula iaitu berkuasa.
Selain kitab di atas, ditemui
juga dengan ditulisnya buku al-Ibanah, dan Risalah Ahli Saghr. Di antara
pernyataan al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah dalam ‘al-Ibanah’ adalah:
قولنا الذي نقول به وديانتنا التي ندين بها التمسك بكتاب
الله ربنا عز و جل وبسنة نبينا محمد صلى الله عليه و سلم وما روى عن السادة الصحابة
والتابعين وأئمة الحديث ونحن بذلك معتصمون وبما كان يقول به أبو عبد الله أحمد بن محمد
بن حنبل – نضر الله وجهه ورفع درجته وأجزل مثوبته – قائلون…الخ
“Pendapat yang kami pegangi dan
agama yang mana kami beragama dengannya adalah: berpegang teguh dengan Kitab
Allah Rabb kami azza wajalla, dengan sunnah Nabi kami Muhammad shallallahu
alaihi wasallam dan juga dengan riwayat dari para pembesar sahabat, tabiin dan
para imam ahlul hadits. Kami berpegang teguh dengan itu semuanya. Dan kami juga
berpendapat dengan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal –semoga Allah menjadikan
wajah beliau berseri, mengangkat derajat beliau dan memperbanyak pahala
beliau-…dst.” (Al-Ibanah an Ushulid Diyanah hal. 20).
Abul-Hasan Al-Asy’ari berkata
dalam Risalah Ahli Saghr
وأجمعوا . . أنه فوق سماواته على عرشه دون أرضه ، وقد دل
على ذلك بقوله : {أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض}، وقال : {إليه يصعد الكلم
الطيب والعمل الصالح يرفعه}. وقال : {الرحمن على العرش استوى}، وليس استواءه على العرش
استيلاء كما قال أهل القدر، لأنه عز وجل لم يزل مستوليا على كل شيء
“Dan mereka (para ulama
Ahlus-Sunnah) bersepakat..... bahwasannya Allah berada di atas
langit-langit-Nya, di atas ‘Arsy-Nya, bukan di bumi-Nya. Dan hal itu
ditunjukkan melalui firman-Nya : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang
di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu’ (QS. Al-Mulk :
16). Dan Allah berfirman : ‘Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik
dan amal yang saleh dinaikkan-Nya’ (QS. Faathir : 10). Allah berfirman :
‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang ber-istiwaa’ di atas 'Arsy’ (QS. Thaha :
5). Dan bukanlah yang dimaksud istiwaa’-nya Allah di atas ‘Arsy itu adalah
istilaa’ (menguasai) sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Qadariyyah.
Karena Allah ‘azza wa jalla senantiasa berkuasa atas segala sesuatu” [Risaalatun
ilaa Ahlits-Tsaghr oleh Abul-Hasan Al-Asy’ari, hal. 231-234, tahqiq : ‘Abdullah
bin Syaakir Al-Junaidi; Maktabah Al-‘Uluum wal-Hikam, Cet. 2/1422 H].
Jadi, perkataan bahawa Allah ada
di mana-mana adalah pendapat rasmi dari kelompok Jahmiyah yang kemudian diikuti
oleh Muktazilah. (Jahmiyah merupakan pengikut Jahm bin Shafwan yang mengatakan
bahawa Allah tak mempunyai sifat apa pun). Mereka mengatakan itu sebab menolak
sifat istiwa’ sebagaimana difirmankan Allah.
Abu Nu’aim Al Ash-bahani, penulis
kitab Al Hilyah. Beliau rahimahullah, “Metode kami (dalam menetapkan sifat
Allah) adalah jalan hidup orang yang mengikuti Al Kitab, As Sunnah dan ijma’
(konsensus para ulama). Di antara i’tiqad (keyakinan) yang dipegang oleh mereka
(para ulama) bahawasanya hadith-hadith yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam menetapkan Allah berada di atas ‘Arsy dan mereka meyakini bahawa
Allah beristiwa’ (menetap tinggi) di atas ‘Arsy-Nya. Mereka menetapkan hal ini
tanpa melakukan takyif (menyatakan hakikat sifat tersebut), tanpa tamtsil
(memisalkannya dengan makhluk) dan tanpa tasybih (menyerupakannya dengan
makhluk). Allah sendiri terpisah dari makhluk dan makhluk pun terpisah dari
Allah. Allah tidak mungkin menyatu dan bercampur dengan makhluk-Nya. Allah
menetap tinggi di atas ‘Arsy-Nya di langit sana dan bukan menetap di bumi ini
bersama makhluk-Nya (Majmu’ Al Fatawa, Ahmad bin Abdul Halim Al Harani 5/60).
Bukti ulama telah berijma' akan
permasalahan ini, seperti yang dibawakan oleh Ishaq bin Rahuwyah.
قال أبو بكر الخلال أنبأنا المروذي حدثنا محمد بن الصباح
النيسابوري حدثنا أبو داود الخفاف سليمان بن داود قال قال إسحاق بن راهويه قال الله
تعالى الرحمن على العرش استوى إجماع أهل العلم أنه فوق العرش استوى ويعلم كل شيء في
أسفل الأرض السابعة
“Abu Bakr Al Khallal mengatakan,
telah mengabarkan kepada kami Al Maruzi. Beliau katakan, telah mengabarkan pada
kami Muhammad bin Shobah An Naisaburi. Beliau katakan, telah mengabarkan pada
kami Abu Daud Al Khanaf Sulaiman bin Daud. Beliau katakana, Ishaq bin Rahuwyah
berkata, “Allah Ta’ala berfirman,
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Allah menetap tinggi di atas
‘Arsy”[QS. Thaha: 5].
Para ulama sepakat (berijma’)
bahawa Allah berada di atas ‘Arasy dan beristiwa’ (menetap tinggi) di atas-Nya.
Namun Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi di bawah-Nya, sampai di
bawah lapis bumi yang ketujuh.[Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghafar hal. 179;
Mukhtashar Al ‘Uluw hal. 194].
Az-Zahabi rahimahullah ketika
membawakan perkataan Ishaq di atas, beliau rahimahullah mengatakan,
اسمع ويحك إلى هذا الإمام كيف نقل الإجماع على هذه المسألة
كما نقله في زمانه قتيبة المذكور
“Dengarkanlah perkataan Imam yang
satu ini. Lihatlah bagaimana beliau menukil adanya ijma’ (kesepakatan ulama)
mengenai masalah ini. Sebagaimana pula ijma’ ini dinukil oleh Qutaibah di
masanya.”[Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghafar hal. 179; Mukhtashar Al ‘Uluw hal. 194]
Imam Zahabi menyebut lagi;
"kata-kata Salaf dan
imam-imam Sunnah bahkan sahabat-sahabt Nabi seperti yang disebutkan Allah dan
rasulNYA; "Sesungguhnya Allah berada di atas langit-langitnya..,kata-kata
Jahmiyyah yang pertama ialah Allah berada di merata-rata tempat, dan kata-kata
ahli kalam yang terkemudian dikalangan Muktazilah, Mathurdiyyah dan Asyaierah
menyatakan; "Allah itu bukan di langit dan bukan di atas arasyhnya, tidak
juga di atas langit-langitNYA, tidak didalam bumi dan tidak diluar bumi dan
tidak juga tinggi di atas makhluk-makhluknya (al-Uluw karangan imam az-Zahabi
hal. 107 dan 195)
Berkata Ibnu Katsir Rahimahullah:
وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس
في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب
السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري،والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق
بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف
ولا تشبيه ولا تعطيل. ...
“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: (ثم
استوى على العرش) maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan
bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam
masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad,
Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada
imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana
datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan),
dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....” (Tafsir Ibnu Katsir 3/426-427).
Rujukan
https://celiktafsir.net/2015/11/06/isu-allah-tanpa-bertempat/
Fatwa Soaljawab Islam no. 219727
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
129671, 54039
https://nu.or.id/ilmu-tauhid/siapakah-yang-berkata-allah-ada-di-mana-mana-iHrkj
https://rumaysho.com/933-di-manakah-allah-4.html#_ftn23
https://maktabahabufateema.blogspot.com/2020/
https://nu.or.id/ilmu-tauhid/siapakah-yang-berkata-allah-ada-di-mana-mana-iHrkj
Hadith-hadith tauriyah
dari Suwaid bin Handzalah ra,
yang berkata:
«خَرَجْنَا نُرِيْدُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَمَعَنَا وَائِلٌ بْنُ حَجَرٍ، فَأَخَذَهُ عَدُوٌّ لَهُ فَتَحَرَّجَ الْقَوْمُ
أَنْ يَحْلَفُوا، وَحَلَفَتْ اَنَّهُ أَخِيْ فَخُلِيَ عَنْهُ، فَأَتَيْنَا رَسُوْلَ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: أَنْتَ كُنْتَ
أَبَرَّهُمْ وَاصْدَقْهُمْ، اَلْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ»
‘Kami pernah keluar hendak
menjumpai Rasulullah saw, sementara Wail bin Hajr ikut bersama kami. Lalu Wail
ditangkap oleh musuh. Lalu kaumnya (merasa) berdosa bersumpah, sedangkan aku
bersumpah bahawa Wail adalah saudaraku, maka iapun dilepaskan. Kemudian kami
datang kepada Rasulullah saw dan kusampaikan kejadian tersebut kepada beliau.
Beliau bersabda: ‘Engkau adalah orang yang paling baik dan paling benar
diantara mereka. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya.’ (HR.
Abu Daud no. 3256, sahih).
diriwayatkan oleh Anas Bin Malik
RA. Ketika Rasulullah SAW keluar berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq RA,
mereka didatangi oleh seorang lelaki kemudian bertanya Abu Bakar al-Siddiq RA,
“Siapakah yang bersama dengan beliau itu?”, maka Abu Bakar al-Siddiq RA
menjawab:
هَذَا الرَجُلُ يَهْدِينِي السَّبِيلَ
Lelaki ini menunjukkan aku jalan
(HR. Bukhari no. 3911)
satu ketika Rasulullah SAW
bersama para sahabat RA di dalam suatu permusafiran. Di dalam perjalanan,
mereka bertemu dengan sekumpulan kaum musyrikin yang bertanyakan dari mana
kedatangan mereka. Maka Rasulullah SAW menjawab :
نَحْنُ مِن مَاءٍ
Kami datang daripada air.
Lalu kaum musyrikin pun melihat
antara satu sama lain, dan salah seorang berkata, “Sesungguhnya kabilah bagi
bangsa Yaman sangat banyak. Boleh jadi mereka salah satu dari kalangan mereka.”
Kemudian mereka pun beredar. Sedangkan yang dimaksudkan Rasulullah SAW
sebenarnya adalah bahawa manusia itu berasal daripada benih lelaki. (Sirah Ibn
Hisyam 2/255)
Hadith doa mustajab ketika azan
Ulama berbeza pendapat pada
maksud ketika azan dikumandangkan dalam hadith dari Sahl bin Sa'ad ra:
Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam bersabda:
ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس
حين يلحم بعضهم بعضا
“Doa tidak tertolak pada dua
waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Iaitu ketika azan
berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang”
(HR. Abu Daud no. 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nataijul Afkar, 1/369, berkata:
“Hasan Shahih”)
Kepada:
1- maksudnya adalah setelah azan
atau antara azan dan iqamah, kerana hadith2 yang menyatakan setelah azan lebih
sahih, lebih banyak, lebih jelas seperti hadith Abdullah bin Amru bin Al-Aas,
HR. Muslim no. 384; Anas bin Malik HR. Abu Daud no. 521; Abdullah Ibnu 'Amr,
HR. Abu Daud no. 524; Marqaatul Mufaqifah 2/570.
2- maksudnya adalah kalimah
menjawab azan itu sendiri (HR. Muslim no. 385)
3- maksudnya adalah berdoa pada
waktu sama sesambil jawab azan sesuai dengan hadith lainnya dari Abu Umamah ra
(Marqaatul Mufaqifah 2/570):
Rasulullah saw bersabda,
إِذَا نَادَى الْمُنَادِي فُتِحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ
، وَاسْتُجِيْبَ الدُّعَاءُ
“Apabila pemanggil memanggil
(muazzin mengumandangkan azan) maka dibukalah pintu-pintu langit dan dikabulkan
doa.” (HR. Abu Awanah dalam musnadnya, al-Hakim dalam Mustadraknya no. 2004,
dan disahihkan al-Albani dalam Sahih al-Jami’ no. 803).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 5666,
290226
Ini Penyebab Dicabutnya Pemahaman Terhadap Al-Qur'an, Meskipun Ia Seorang Alim..
Syaikh al-'Allamah Bakr Abu Zaid
rahimahullah membawakan riwayat dari Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri beliau
berkata,
كنت أوتيت فهم القرآن فلما قبلت الصرة سلبته
"Dahulu aku dianugerahi
pemahaman tentang Al-Qur'an akan tetapi setelah aku menerima
"shurrah" hilanglah pemahaman itu dariku."
(Tadzkiratus Sami' (hal. 19)
Syaikh al-'Allamah al-Utsaimin
rahimahullah menjelaskan,
"Shurrah iaitu hadiah dari
penguasa, ketika Sufyan menerima pemberian itu hilanglah pemahaman beliau
terhadap agama.
Para salaf dahulu orang-orang
kemas terhadap suatu urusan, sebab itu mereka sangat menjaga diri dari
pemberian para penguasa.
Mereka berkata, "Tidaklah
para penguasa memberi kepada kita hadiah melainkan untuk membeli agama kita
lalu menukarnya dengan dunia mereka."
Oleh sebab itu tidak sepatutnya
seorang alim menerima hadiah dari penguasa yakni bila maksud pemberian itu
diketahui untuk memanfaatkan dirinya.
Adapun jika penguasa itu
mengumpulkan hartanya dengan cara yang halal dan si alim itu tidak mengambil
hadiah untuk menjual agamanya maka ini sebagaimana yang disebutkan dalam
hadith,
"Adapun harta yang datang
kepadamu sedang engkau tidak mengharap dan memintanya maka ambillah, selain itu
maka janganlah engkau mengharapkannya."
Tujuan Sufyan ats-Tsauri
menyampaikan hal itu agar menjadi peringatan sekaligus penyesalan atas
pengalaman yang beliau lakukan."
(Syarah Hilyah Thalibil 'Ilmi
(hal. 20)
Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as
Matan kisah Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...
-
Hadith tular Malaikat menyentuh pipi wanita lalu bertanya kepada Allah S.W.T . "Ya Allah , kenapa pipi perempuan kelihatan ranu...
-
Teks Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita-wanita lain berhias dengan barang emas. ...
-
Matan Hadith عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ " قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ ...