Abu Hurairah ra., dari Rasulullah saw bahawa beliau
bersabda:
«إِنَّ اللَّهَ
يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ
لَهَا دِينَهَا»
Sesungguhnya Allah mengutus untuk umat ini, pada
setiap akhir seratus tahun, orang yang memperbaharui untuk umat agama mereka.
Takhrij
HR. Abu Daud no. 4291, Disahihkan oleh as-Sakhawi di al-Maqâshid al-Hasanah (149)
dan al-Albani di as-Silsilah ash-Sahîhah no. 599.
Makna Hadith
• Daripada hadith ini, kita memahami bahawa Allah
SWT akan mengutuskan kepada umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan
membantu masyarakat agar mereka tidak tersesat dan terpesong daripada agama ini
dan dalam masa yang sama akan menjaga kesucian agama ini daripada unsur-unsur
yang boleh mencemarkan ketulenan agama ini. Oleh itu, setiap orang muslim yang
mengaku beriman perlu mempercayai hadith ini.
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
إِنَّ اللَّهَ يُقَيِّضُ
لِلنَّاسِ فِي كُلِّ رَأْسِ مِائَةٍ مَنْ يُعَلِّمُ الناس السنن وينفي عن النبي
الْكَذِبَ فَنَظَرْنَا فَإِذَا فِي رَأْسِ الْمِائَةِ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ
الْعَزِيزِ وَفِي رَأْسِ الْمِائَتَيْنِ الشَّافِعِيُّ
Sesungguhnya Allah membatasi untuk masyarakat pada
setiap penghujung seratus tahun orang yang mengajarkan masyarakat sunnah-sunnah
dan menafikan kedustaan dari Nabi (ahlul hadith). Dan kami melihat pada
penghujung seratus tahun pertama adalah Umar bin Abdul Aziz dan pada penghujung
seratus tahun kedua adalah asy-Syafii (Siyaru A’laam An-Nubalaa’ 10/5-46).
Al-Imam Taajuddiin ‘Abdul Wahhaab bin ‘Aliy bin
‘Abdil Kaafiy As-Subkiy berkata dalam Thabaqaatusy Syaafi’iyyah Al-Kubraa 1/200
:
وهذا ثابت عن الإمام أحمد
“Atsar ini telah tetap (tsabit) dari Al-Imam
Ahmad.”
Yang membersihkan agama juga tidak semestinya
seorang
Ibn Hajar : "Tidak semestinya setiap seratus
tahun itu akan muncul seorang sahaja reformis, kemungkinan perkara tersebut
dilakukan secara berkumpulan." [Fath al-Bari, 13:295]
Ibnu Kathir : "Hadith ini meliputi setiap
individu pada masa kini yang melaksanakan fardhu kifayah iaitu dengan
menunaikan amanah ilmu." [al-Bidayah wa al-Nihayah, 9:303]
Rujukan
Ahlul hadeeth siri ke - 22182
Irsyad al-Hadith siri ke-16, Mufti Wilayah
Persekutuan.