Friday, 20 March 2020

Hadith tambahan pada lafaz azan ketika keadaan tak mengizinkan untuk solat jemaah seperti wabak, hujan lebat dsb




Imam Nawawi membuat kesimpulan bahawa ia dibenarkan dengan adanya keperluan/rukhsah (Syarah Sahih Muslim 5/207).


Dalilnya:-


Matan hadith

عَنْ نَافِعٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ
أَذَّنَ بِالصَّلَاةِ فِي لَيْلَةٍ ذَاتِ بَرْدٍ وَرِيحٍ ثُمَّ قَالَ أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ الْمُؤَذِّنَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةٌ ذَاتُ بَرْدٍ وَمَطَرٍ يَقُولُ أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ


Terjemahan

Dari Nafi', bahawa Ibnu 'Umar pernah mengumandangkan azan pada suatu hari yang dingin dan berangin. Kemudian ia berkata, "Solatlah di tempat tinggal kalian." Ia melanjutkan perkataannya, "Jika malam sangat dingin dan hujan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan seorang mu'azzin untuk mengucapkan: "Hendaklah kalian solat di tempat tinggal kalian."


Takhrij

HR. Bukhari no. 666 dan Muslim no. 697, daripada Ibnu Umar ra.

Ada beberapa lafaz tambahan azan ketika keadaan tak mengizinkan untuk solat berjemaah di mashid, contohnya adalah hujan, dingin, berangin kencang, dan tanah yang penuh lumpur baik ketika mukim maupun safar :


أَلاَ صَلُّوا فِى الرِّحَالِ
Alaa shallu fir rihaal
Hendaklah solat di rumah kalian


أَلاَ صَلُّوا فِى رِحَالِكُمْ
Alaa shallu fir rihaal
Hendaklah solat di rumah kalian


صَلُّوا فِى بُيُوتِكُمْ
Shalluu fii buyutikum
Solatlah di rumah kalian



Kesemua lafaz ini dijawab dengan kalimah:

 لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ


Di Manakah Letak Lafaz “Ala Shallu Fii Buyutikum”?


Letak ketiga lafaz di atas boleh di tengah azan (menggantikan lafaz ‘hayya ‘alash solah’) atau pun di akhir azan.  Lafaz tersebut dapat terletak di akhir azan sebagaimana terdapat dalam hadith, dari Ibnu ‘Umar. Dan lafaz tersebut dapat juga terletak di tengah adzan dan mengganti lafaz “hayya ‘alash solah” sebagaimana terdapat dalam hadith, dari Ibnu ‘Abbas.

Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas, beliau mengatakan kepada mu’adzin pada saat hujan, ”Apabila engkau mengucapkan ’Asyhadu allaa ilaha illallah, asyhadu anna Muhammadar Rasulullah’, maka janganlah engkau ucapkan ’Hayya ’alash shalaah’. Tetapi ucapkanlah ’Shalluu fii buyutikum’ [Solatlah di rumah kalian]. Lalu perawi mengatakan, ”Seakan-akan manusia mengingkari perkataan Ibnu Abbas tersebut”. Lalu Ibnu Abbas mengatakan, ”Apakah kalian merasa hairan dengan hal itu. Sungguh orang yang lebih baik dariku telah melakukan seperti ini. Sesungguhnya (shalat) Jumaat adalah suatu kewajipan. Namun aku tidak suka jika kalian merasa susah (berat) jika harus berjalan di tanah yang penuh lumpur.” Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas mengatakan, ”Orang yang lebih baik dariku telah melakukan hal ini iaitu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam (HR. Muslim no. 699)


Imam Nawawi menjelaskan,

”Dalam hadith Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengucapkan “Alaa shallu fii rihalikum” di tengah azan. Dan dalam hadit Ibnu Umar, beliau mengucapkan lafaz ini di akhir azannya. Dan dua cara seperti ini dibolehkan, sebagaimana perkataan Imam Syafi’i –rahimahullah– dalam kitab Al-Umm pada Bab Azan, begitu juga pendapat ini diikuti oleh majoriti ulama Syafi’iyyah. Lafaz ini boleh diucapkan setelah azan mahupun di tengah-tengah azan kerana terdapat dalil mengenai dua model ini. Akan tetapi, sesudah azan lebih baik agar lafaz azan yang biasa diucapkan tetap ada. (Syarah Sahih Muslim 5/207).



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 301005

Kisah pemabuk yang dilarang Rasulullah untuk sahabat melaknatnya kerana beliau cintakan Allah dan Rasul



Matan hadith


أَنَّ رَجُلاً عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا ، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، وَكَانَ النَّبِىُّ - صلى
 الله عليه وسلم - قَدْ جَلَدَهُ فِى الشَّرَابِ ، فَأُتِىَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ تَلْعَنُوهُ ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ


Terjemahan

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.


Takhrij

HR. Bukhari no. 6780

Akan tetapi terdapat juga ulama berpendapat Abdullah yang dimaksudkan juga adalah Nu'aiman bin Amru (Syarhussyifa lil Mulla ‘Ali Al Qary Al Harawy Al Hanafy , 2/45-47)

Orang selalu memberi fatwa adalah orang gila?




Kata Ibnu Mas’ud : 

“Orang yang memberi fatwa kepada manusia dalam setiap persoalan yang diminta, adalah gila.” Maka janganlah kita bersikap serba tahu.


Takhrij

Pernyataan ini wujud. Ia bukan hadith, tetapi sebuah atsar daripada Ibnu Mas'ud. Ditemukan dalam buku "Fatwa: antara ketelitian & kecerobohan, oleh Dr. Yusuf Al Qaradhawi hal. 23 dengan menyatakan nota kakinya, ucapan Ibnu Mas'ud itu diperoleh dari Risalah Abu Abdillah bin Baththah berjudul "Juz'un fil Kalam 'an Mas'alatil Khuluk', hal. 33 cetakan Maktaba al-Manar 1349H.

Selawat hari Jumaat akan mendapat syafaat



Matan hadith


أَكْثِرُوا من الصلاةِ عَلَيَّ في يومِ الجُمُعَةِ وليلةِ الجُمُعَةِ، فمَن فعل ذلك كنتُ له شهيدًا وشافِعًا يومَ القيامةِ


Terjemahan

Banyaklah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barang siapa melakukan hal itu, maka aku menjadi saksi dan pemberi syafaat baginya di hari kiamat


Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/110, daripada Anas bin Malik. Didhaifkan (munkar) oleh Ibu Adiy dalam Kamil al-Dhuafa 3/102 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif jami’ no. 1117.


Sanadnya terdapat perawi bernama Durustu bin Ziyad. Abu Zur’ah dan Ibn Main berkata dia tidak kuat dan beliau didhaifkan oleh Abu Daud (Tahdzib Kamal 8/481-482). Az-Zahabi berkata hadith ini dhaif kerana terdapat perawi yang dilemahkan Abu Zur’ah Durustu bin Ziyad dan  Yazid ar-Raqashi dijarh matruk oleh an-Nasaie (Faidhul Qadir bi Syarah Jamius Saghir min Ahadith al-Bashir al-Nazir 2/110 no. 1405).




Akan tetapi terdapat hadith sahih lain menceritakan kelebihan berselawat akan mendapat pahala syafaat Nabi saw:


Matan hadith

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة

Terjemahan

Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.


Takhrij

HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 6208. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan lighairih dalam Sahih Targhib no. 1673.






Matan hadith

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ أَوْ سَأَلَ لِي الوَسِيْلَةَ حَقَّتْ عَلَيْهِ شَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ

Terjemahan

Barangsiapa berselawat kepadaku atau meminta agar aku mendapatkan wasilah, maka dia berhak mendapatkan syafaatku pada hari kiamat nanti

Takhrij

HR. Muslim no. 384 daripada Amru bin al-Ash ra.







Manakala hadith anjuran berselawat pada hari Jumaat ada yang sahih dan ada yang dhaif



1.       Matan hadith

حدثنا عبد الرحمن بن سلام قال : حدثنا إبراهيم بن طهمان ، عن أبي إسحاق ، عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله ﷺ : « أكثروا الصلاة علي يوم الجمعة وليلة الجمعة فمن صلى علي صلاة صلى الله عليه عشرا


Terjemahan

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada hari dan malam Jumaat. Kerana orang yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali


Takhrij

HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 3/249 no. 5994, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1407




2.       Matan hadith

( أخبرنا ) : إبراهيمُ بن محمد حدثني : صَفْوان بن سُلَيم
- أن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم قال : " إذا كان يَوْمُ الْجُمُعة وليلةُ الجمعة فَأَكْثِرُوا الصلاةَ عَلَيَّ


Terjemahan

Ibrahim bin Muhammad mengabarkan kepada kami, Shufwan bin Sulaim mengabarkan kepadaku: Bahawa Rasulullah bersabda, "Jika pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka perbanyaknya berselawat kepadaku.


Takhrij

HR. as-Syafi’e dalam Musnadnya no. 497, mursal, sanadnya dhaif jiddan (Takhrij Musnad Syafi’e 1/341). Ibrahim bin Muhammad bin Yahya al-Aslami dia didhaifkan jemaah imam Jarh wa Ta’dil. An-nasaie menilai beliau dia matrukul hadith dan Ibn Main menilai beliau pendusta (Tazkirah Huffaz 1/246; Tahzib Kamal  2/183).

As-Sakhawi dalam Qaul Badi’ hal. 120 mengatakan hadith ini mempunyai syawahid dari hadith Umar ra. Secara marfu’, tetapi sanadnya dhaif.

Abi Hatim dalam al-‘Ilal 1/205 pula berkata hadith ini dari jalur Said bin Bishir dari Qatadah dari Anas ra pula tak menyebutkan “malam jumaat” tetapi hadith ini munkarul isnad.




3.       Matan hadith

إن أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق آدم وفيه قبض وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا علي من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة عليَّ، إن الله حرم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء


Terjemahan

Hari kalian yang terbaik adalah hari Jumaat. Di hari itu Adam diciptakan. Di hari itu sangkakala ditiup dan di hari itu juga mereka dibangkitkan. Maka kalian perbanyaklah selawat di hari tersebut kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku. Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.


Takhrij

HR. Abu Daud no. 1047 daripada Aus bin Aus ra. , disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Hadith terhalangnya haji dan umrah di akhir zaman




Matan hadith


فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « لا تقوم الساعة حتى لا يحج البيت »  رواه أبو يعلي وابن حيان والحاكم وقال :صحيح على شرط الشيخين;


Terjemahan

Dari Abu Sa'eed al-Khudry ra, bahawa Nabi saw bersabda, " Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga terputusnya orang mengerjakan haji."
(HR Abu Ya'ala, Ibn Hibban no. 6750 dan al-Hakim, kata al-Hakim, sahih mengikut piawai Bukhari-Muslim, disepakati az-Zahabi. Disahihkan Ibn Hibban dan sanadnya disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2430


Syarah Dr al-Areefi :

Ada banyak maksud akan hadith ini, antaranya, haji terhenti untuk beberapa ketika kerana fitnah atau perang yang dahsyat atau ada kuasa besar yang melarang orang naik Haji.




Matan hadith

فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « ليحجن هذا البيت و ليعتمرن بعد خروج بأجوج و مأجوج > رواه البخاري

Terjemahan

Juga dari Abu Sa'eed al-Khudry dengan tambahan:

"Haji dan Umrah tetap dikerjakan selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj." (HR Bukhari no. 5361)

Kata Dr al-Areefi, hadith ini mengisyaratkan haji terhenti akan berlaku betul-betul di akhir zaman kerana selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj, haji dan umrah masih dikerjakan.

Rumusan dalam memahami tanda kiamat di atas  ialah terputusnya orang dari mengerjakan haji disebabkan fitnah atau kuasa yang menghalangnya, maksudnya langsung tiada orang yang dapat ke sana.

Peristiwa tertangguhnya haji dan umrah akan berlaku betul-betul di akhir zaman selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.


 Rujukan

Kiamat sudah dekat, Dr Muhammad al-Areefi, Qisthi Press

Tidak ada penyakit menular dengan sendirinya?



Hal ini berdasarkan pada hadith:


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ النَّبيُّ : لاَ عَدْوَى, وَلاَ طِيَرَةَ , وَأُحِبُّ الْفَأْلَ الصَّالِحَ

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda: “Tidak ada penyakit menular dan thiyarah (merasa sial dengan burung dan sejenisnya), dan saya menyukai ucapan yang baik” (HR. Muslim no. 2223).

Hal ini tentu kelihatannya bertentangan dengan kenyataan yang ada di mana kita melihat banyak sekali wabak dan penyakit yang menular, wabak ini bahkan boleh meragut nyawa sekelompok orang dengan cepat.


Perlu diketahui ada dalil-dalil lain yang menunjukkan bahawa Islam juga mengakui adanya wabak penyakit menular.

Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُوْرِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

“Janganlah unta yang sihat dicampur dengan unta yang sakit”(HR. Bukhari no. 5771 dan Muslim no. 2221).


Dan Sabda beliau,

فِرَّ مِنَ الْمَجْذُوْمِ فِرَارَكَ مِنَ الأَسَدِ

“Larilah dari penyakit kusta seperti engkau lari dari singa” (HR. Muslim no. 5380).



Maka mengkompromi hadith ini:

Maksud dari hadith pertama yang menafikan penyakit menular adalah penyakit tersebut tidak menular dengan sendirinya, tetapi menular dengan kehendak dan takdir Allah. Berikut keterangan dari Al-Lajnah Ad-Daimah:


العدوى المنفية في الحديث هي: ما كان يعتقده أهل الجاهلية من أن العدوى تؤثر بنفسها، وأما النهي عن الدخول في البلد الذي وقع بها الطاعون فإنه من باب فعل الأسباب الواقية.

Wabak yang dinafikan dari hadith tersebut iaitu apa yang diyakini oleh masyarakat jahiliyah bahawa wabak itu menular dengan sendirinya (tanpa kaitannya dengan takdir dan kekuasaan Allah). Adapun pelarangan masuk terhadap suatu tempat yang terdapat tha’un (wabak menular) kerana itu merupakan perbuatan pencegahan (Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah no. 16453).

Hal ini diperkuatkan dengan hadith bahawa Allah yang menciptakan pertama kali penyakit tersebut. Ia tidak menular kecuali dengan izin Allah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu , bahawa seorang lelaki yang berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa unta yang berpenyakit kudis ketika berada di antara unta-unta yang sihat tiba-tiba semua unta tersebut terkena kudis, maka beliau bersabda:


فَمَنْ أَعْدَى الْأَوَّلَ ؟

“Kalau begitu siapa yang menulari (unta) yang pertama ?” (HR. Bukhari no. 5775 dan Muslim no. 2220).




Seseorang menjadi hamba kepada apa yang dicintainya




Hadith tular


من احب شيئا تكون عبدا على ما حبه
Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya “Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari)



Ulasan

Tidak dijumpai matan menyebutkan sedemikian rupa dalam Sahih Bukhari. Hasil carian menjumpai ia sekadar pepatah arab.

Siapa cinta sesuatu, cenderung menjadi hamba atas sesuatu yang dicintainya (Eko Supriyanto, Mengecap Surga di Dunia, 2013, hal 95).


Makna yang hampir serupa


Dari perkataan Ibnu Qayyim dalam Raudhatul Muhibbin hal. 224

“Orang yang berkenaan akan menumpahkan segala cintanya hanya kepada objek yang dicintainya”.

Buku tasawuf : Khazanah Cinta Ilahi oleh Dr Rushdi ramli hal. 67

“Dia menjadi hamba kepada objek yang diharapkan pertolongan di mana tahap tinggi rendahnya kehambaan itu”.


Berdasarkan dalil/ nas paling hampir pula adalah:-


Dalam kitab al-Maqasid al-Hasanah karangan al-Sakhawi, terdapat sebuah hadith yang mashur tentang cinta.

حبٌك الشيئ يعمي و يصم

“Cintamu pada sesuatu akan membuatmu buta dan tuli”. (HR. Abu Daud no. 5130, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani)

Al-Sakhawi mengatakan bahawa hadith di atas berasal dari Sahabat Abu Darda’ dari Ayahnya, yang diriwayatkan Abu Daud dan al-‘Askari dari jalur sanad Baqiyah bin Walid (dhaiful isnad). Sedangkan Ahmad meriwayatkan dari jalur sanad Syuraih bin Yazid.

Abu Daud tidak berkomentar tentang darjat hadith ini, sementara terdapat ulama yang mendhaifkan hadith tersebut, seperti al-Shan’ani. Namun menurut al-Sakhawi jika berdasarkan penjelasan Abu Daud dalam Risalah Ila Ahli Makkah, hadith yang tidak diberi keterangan dalam sunannya bererti hadith tersebut soleh al-hadith, hadith hasan dengan kriteria terendah dalam tingakatan ta’dil. Hadith yang tidak diberi keterangan oleh Abu Daud bukan bererti hadith dhaif apalagi maudhu’, sebab jika benar, pasti Abu Daud biasanya akan menjelaskan sebab kedhaifan atau kemaudhuan hadith itu. (Maqasid hasanah no. 381)

Menukil penjelasan al-‘Askhary, menurut al-Sakhawi dalam hadith ini Nabi ingin memberikan penjelasan bahawa cinta terkadang boleh membutakan seseorang dari jalan yang penuh dengan petunjuk Allah, serta dapat menghalang untuk mendengar kalam kebenaran.

Maka, lanjut al-Sakhawi, seseorang yang mengalami cinta yang hebat dalam hatinya terhadap orang yang ia kasihi namun tidak dikendalikan oleh akal dan agamanya, maka cinta itu akan membuat ia tuli dan buta.

Banyak makan dan tidur akan mengeraskan hati



Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan bahaya kekenyangan kerana penuhnya perut dengan makanan, beliau berkata:-


لان الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة

“Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.” [Siyar "alam an-Nubala 8/248]


عن ابن عساكر قال الفضيل رحمه الله خصلتان تقسيان القلب كثرة النوم وكثرة الأكل

Dari Ibnu Asakir mendengar Bisyr bin Harits berkata dari Fudhail, “Dua hal yang mengeraskan hati; banyak tidur dan banyak makan.”(Hilyatul Auliya 8/350; Tarikh Madinah Ibn Asakir 48/422, Syuabul Iman no. 5705)

Kisah Umar menegur orang perut buncit


Matan atsar


وأخرج أبو نعيم عن عمر بن الخطاب قال: إياكم والبطنة في الطعام والشراب فإنها مفسدة للجسد، مورثة للسقم، مكسلة عن الصلاة، وعليكم بالقصد فيهما فإنه أصلح للجسد، وأبعد من السرف، وأن الله تعالى ليبغض الحبر السمين، وإن الرجل لن يهلك حتى يؤثر شهوته على دينه.


Terjemahan

Umar berkata: “Hai sekalian manusia, hai sekalian manusia. Hindari perut yang besar. Kerana membuat kalian malas menunaikan solat, merosak organ tubuh, menimbulkan banyak penyakit. Makanlah kalian secukupnya. Agar kalian semangat menunaikan solat, terhindar dari sifat boros, dan lebih giat beribadah kepada Allah, sesungguhnya Allah membenci orang yang gemuk. Seseorang itu tidak akan binasa sehinggalah keinginnannya mempengaruhi agamanya.


Takhrij

HR. Abu Nuaim al-Asfahani dalam Tibb al-Nabawi 1/243; Durar al-Mansur 3/149; Hayatus Sahabah 3/530 ; Ibn Jauzi dalam Manaqib Amirul Mukminin Umar al-Khattab hal. 178 menilai sanad atsar ini dhaif.

as-Sakhawi dalam al-Maqasid hal. 125, juga menilai atsar itu tidak sahih. Sanadnya terdapat perawi yang dijarh Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai nuqqad sebagai pendusta, matruk, peyebar hadith palsu, iaitu Ma’ali bin Hilal al-Hadhrami (al-Jarh wa Ta’dil 8/331, Tahdzib al-Kamal 28/298, Mizan I’tidal 4/152).



Mula Ali Qari mengatakan,


وَأَمَّا مَا وَرَدَ أَنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ السَّمِينَ ; فَمَحْمَلُهُ إِذَا نَشَأَ عَنْ غَفْلَةٍ وَكَثْرَةِ نِعْمَةٍ حِسِّيَّةٍ كَمَا يَدُلُّ عَلَيْهِ رِوَايَةُ يُبْغِضُ اللَّحَّامِينَ

Riwayat yang menunjukkan bahawa Allah membenci orang gemuk, difahami jika gemuk ini terjadi kerana kelalaian, terlalu banyak menikmati kenikmatan zahir, sebagaimana yang ditunjukkan dalam riwayat tentang kebencian bagi orang gemuj. (Jam’ul Wasail fi Syarh as-Syamail, 1/34).



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 137177


Hadith wudhu mencegah wabak?



Hadith tular

Matan hadith (pent-)

سَيأتي زمانُ على أمتي يكثرُ فيهِ الأمراض والطاعون ، وسينجو منها المتوضئون.

Di akhir zaman nanti banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana mereka memelihara wudhunya" (HR.Thabrani).

Analisis

Hadith tersebut munkar* dan menyelisihi hadith-hadith yang sahih yang mengatakan umat ini tidak terselamat dari wabak dan penyakit (Hadith project)

Hadith ini juga dihukumi palsu oleh Dr. Zulkifli al-Bakri dalam Irsyad al-hadith no. 487.


Berwuduk Menghindarkan Wabak?(Ustaz Yasir Ramli)

Ada yang menyebarkan sepotong hadis disandarkan kepada Al-Thabrani "Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak dan penyakit melanda manusia di dunia, hanya umat ku yang terhindar kerana memelihara wuduknya"

1- Setakat carian saya tak berjumpa lagi hadis ini dalam periwayatan Al-Tabrani dalam Al-Mu'jamnya, atau selain daripadanya.

2- Fadilat wuduk dalam Islam sangat banyak, akan tetapi fadilat yang menyebutkan memelihara wuduk akan menyebabkan terhindar daripada wabak tidak pernah lagi dijumpai dalam mana-mana riwayat. Ia memerlukan dalil khusus untuk menyokong kalam ini.

Jika ada, sila kemukakan beserta rujukan asalnya agar boleh dinilai sebelum diterima. Sedangkan pada zaman Umar radhiallahu 'anh, berlaku (طاعون عمواس) yang mengorbankan banyak sahabat Rasulullah di Syam, ia tidak terhindar dengan wuduk bahkan Nabi shallahu 'alahi wasallam berpesan agar tidak keluar ataupun masuk kawasan yang ditimpa wabak.

3- Tidak dinafikan wuduk merupakan salah satu bentuk pembersihan anggota tubuh secara langsung apabila dilakukan, akan tetapi untuk mengaitkannya dengan hadis ia sudah masuk ke daerah lain.

Contohnya, semua orang tahu bola itu bulat tetapi jika ada yang sebut Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bola itu bulat" Kita tetap akan katakan orang tersebut berbohong.

4- Memang kita mahu agama menjadi solusi terhadap permasalah umat tetapi menyebarkan kepalsuan demi agama adalah salah. Nanti agama menjadi bahan dan tempat tomahan.

Niat yang benar akan dihukum salah jika caranya salah. Agama tertegak dengan ilmu dan dakwah berdasarkan Quran dan sunnah yang sahih.


Ketua Ikatan Sarjana Quran Hadist Indonesia Ustaz Fauzan Amin mengatakan, fungsi dan manfaat wudhu' sendiri adalah membersihkan kotoran atau hadas. Namun secara eksplisit  belum ada dalil yang menjelaskan secara langsung bahawa wudhu dapat mencegah penyakit (Muslim okezone). Akan tetapi sebenarnya wudhu' baik untuk kesihatan yang terbukti secara ilmiah jika menepati sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi saw. seperti intinsyaq (masukkan air dalam hidung lalu dihembus dapat mengurangkan risiko Acute Respiratory Infection, ARI (https://doi.org/10.1016/j.jtumed.2018.04.004;  10.15406/jabb.2018.05.00160; https://www.cdc.gov/parasites/naegleria/pdf/naegleria-ritual-ablution-factsheet.pdf).

* Yang dimaksudkan munkar matan selain munkar sanad adalah dari salah satu tersebut:-

1) makna
2) kekacauan lafaz
3) ziyadah
4) tashif dan tahrif lafaz
5) matan hadith itu sendiri palsu


Rujukan

Fb Ustaz Yasir Ramli

Fb Hadith project



muslim.okezone.com/read/2020/02/04/614/2163047/benarkah-wudhu-bisa-cegah-terkena-virus-korona-wuhan-ini-penjelasannya?page=1

Al-Hadith al-Munkar Dirasah Nadzariyah Tathbiqiyyah fi Kitab 'Ilal al-Hadith li Ibni Abi Hatim, Darul Nawadir 2012, hal. 111-112

Hadith menysir janggut 2 kali sehari?



Hadith tular

Pada suatu hadits yang tidak begitu terkenal (hadits gharib), bahwa Nabi صلى الله عليهوسلمmenyisirkan janggutnya sehari dua kali(ihya ulumuddin)

Status:

Setakat carian saya, tidak dijumpai matan menunjukkan 2 kali sehari. Kalau ada yang jumpa boleh share di bahagian komen. Yang ada pun seakan-akan makna (sering) tersebut seperti di bawah:


Matan hadith

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُكْثِرُ دُهْنَ رَأْسِهِ وَتَسْرِيْحَ لِحْيَتِهِ وَيُكْثِرُ الْقَنَاعَ حَتَّى كَأَنَّ ثَوْبَهُ ثَوْبُ زَيَّاتٍ


"Rasulullah sering meminyaki rambutnya dan menyisir janggutnya dan sering memakai tutup kepala, hingga bajunya seperti baju penjual minyak".

Takhrij

HR. Tirmidzi dalam Syamail Muhammadiyah no. 33 dan Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin dari Anas bin Malik ra. Al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ 4/286 menilai sanad hadith ini dhaif. Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Mukhtasar Syamail no. 26, al-Ibadi dalam Aun Ma’bud 1/31 dan as-Syaukani dalam Fawaid Majmuáh no. 198. Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani menilai hadith ini minimal hasan dalam Takhrij Misykatul Masabih 4/237.

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...