Friday, 29 April 2022

Hadith larangan bersetubuh saat isteri hamil?

 

Apakah benar suami boleh berhubungan badan walaupun isteri hampir melahirkan (hamil)?

 

 

Ya memang boleh, kerana tidak ada larangan MELAINKAN wanita itu sedang haid, nifas atau melakukan anal seks.

 

 

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan hubungan intim dengan isterinya yang sedang hamil bilapun, sesuai keinginannya. Kecuali jika hal itu boleh membahayakan dirinya atau janinnya maka haram bagi suami untuk melakukan sesuatu yang membahayakan isterinya. Kemudian, jika dalam keadaan tidak membahayakan, hanya saja sangat memberatkan isterinya maka yang lebih baik adalah tidak melakukan hubungan intim. Kerana tidak melakukan sesuatu yang memberatkan si isteri, merupakan bentuk pergaulan yang baik kepada isteri.

 

 

Allah berfirman:

 

وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالمَعْرُوْفِ

 

Pergaulilah isterimu dengan baik. (QS. An-Nisa’: 19).

 

Demikian fatwa Syaikh Ibn Utsaimin, di Fatawa Ulama tentang adab bersama isteri, Hal. 55.

 

 

Dalilnya:

 

Diriwayatkan oleh Zayd ibn Arqam:

 

لا تُؤدِّي المرأةُ حقَّ ربِّها حتَّى تؤدِّيَ حقَّ زوجِها ولو سألها نفسَها وهي على ظهرِ قتَبٍ لم تمنَعْه

 

Seorang wanita tidak akan (sempurna) menunaikan hak Tuhannya sehinggalah dia menyempurnakan hak suaminya, dan sekiranya dia (suami) memintanya (untuk bersetubuh) di atas Qatbi (pelana di atas unta) dia (isteri) (seharusnya) tidak menolak.

 

Hadith di atas dinilai sebagai sahih oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 1943. Selain itu, terdapat juga hadith yang berkaitan yang dinilai sebagai hasan sahih oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib dan juga terdapat dalam Sahih Ibn Majah no. 1515. Ibnu Hibban juga menilai hadith yang berkaitan sebagai hasan sahih di dalam Sahih Ibnu Hibban no.4159.

 

 

Adapun hadith larangan jimak saat hamil itu, teksnya adalah

 

لَا توطأ حامل حتى تضع

 

Wanita hamil tidak boleh diajak berhubungan intim sampai dia melahirkan

 

Hadith ini sahih, diriwayatkan Abu Daud no. 2157, Ad-Darimi, dan disahihkan Syeikh Al-Albani.

 

Tapi yang dimaksudkan wanita hamil pada hadith ini bukan isteri, tapi wanita tawanan perang atau hamba yang hamil dari suami pertama . Ar-Rabi’ bin Habib dalam Musnadnya mengatakan,

 

مَعْنَى الْحَدِيثِ فِي الإِمَاءِ ، أَيْ لا يَطَؤُهُنَّ أَحَدٌ مِنْ سَادَاتِهِنَّ حَتَّى يُسْتَبْرَيْنَ ، وَأَمَّا الزَّوْجُ فَحَلالٌ لَهُ الْوَطْءُ لامْرَأَتِهِ الْحَامِلِ

 

Kandungan hadith ini terkait hamba wanita, ertinya tuan si hamba tidak boleh menyetubuhi hamba yang hamil sampai rahimnya bersih. Adapun suami, dia dihalalkan untuk menyetubuhi isterinya ketika sedang hamil (Musnad Ar-Rabi’ bin Habib, keterangan hadith no. 528).

 

Rujukan

 

https://konsultasisyariah.com/8897-hubungan-intim-ketika-hamil.html

Solat kafarah jumaat terakhir Ramadhan

 

Dalam kitab I’anatuth Thalibin 1/312, salah satu kitab rujukan Mazhab Syafi’ie:

 

قال المؤلف في إرشاد العباد ومن البدع المذمومة التي يأثم فاعلها ويجب على ولاة الأمر منع فاعلها صلاة الرغائب اثنتا عشرة ركعة بين العشاءين ليلة أول جمعة من رجب وصلاة ليلة نصف شعبان مائة ركعة وصلاة آخر جمعة من رمضان سبعة عشر ركعة بنية قضاء الصلوات الخمس التي لم يقضها وصلاة يوم عاشوراء أربع ركعات أو أكثر وصلاة الأسبوع أما أحاديثها فموضوعة باطلة ولا تغتر بمن ذكرها

 

 

Beliau berkata dalam Irsyadul ‘Ibaad, di antara BIDAAH TERCELA dan BERDOSA bagi orang yang melakukannya dan hendaknya penguasa melarangnya, adalah solat raghaib sebanyak 12 rakaat pada malam hari di awal malam Jumaat bulan Rajab, solat Nisfu Syaaban sebanyak 100 rakaat, SOLAT AKHIR JUMAAT DI BULAN RAMADHAN sebanyak 17 rakaat dengan niat mengqadha solat lima waktu yang belum dilaksanakan, solat hari Asyura sebanyak 4 rakaat atau lebih, atau solat sepekannya, maka semua hadith-hadithnya adalah PALSU dan jangan terpedaya oleh pihak yang menceritakannya.

 

Imam Ibnu Hajar Al Haitami Al Makki Asy Syafi’ie

 

قد سئل العلامة ابن حجر الهينمي المكي الشافعي عن هذه الصلاة التي كان بعض المصلين يصليها في آخر جمعة من رمضان ويسميها “صلاة البراءة”، هل تصح جماعة أم لا؟

 

فأجاب بقوله: “أما صلاة البراءة فإن أريد بها ما ينقل عن كثير من أهل اليمن من صلاة المكتوبات الخمس بعد آخر صلاة جمعة من رمضان معتقداً أنها تكفر ما وقع في جملة السنة من تهاون في صلاتها فهي محرمة شديدة التحريم، يجب منعهم منها؛ لأنه يحرم إعادة الصلاة بعد خروج وقتها ولو في جماعة، وكذا فيوقتها بلا جماعة ولا سبب يقتضي ذلك. ومنها أن ذلك صار سبباً لتهاون العامة في أداء الفرائض؛ لاعتقادهم أن اعتقادهم على تلك الكيفية يكفر عنهم ذلك” انتهى. من الفتاوى الفقهية الكبرى، ج: 2/ ص: 325.

 

 

Al ‘Allamah Ibnu Hajar Al Haitami Al Makki Rahimahullah ditanya tentang solat yang dilakukan manusia pada akhir Jumaat Ramadhan dan mereka menamakan solat AL BARA’AH, apakah sah berjamaah atau tidak?

 

Beliau menjawab:

 

Jika shalat Al Bara’ah yang dimaksud adalah apa yang dinukilkan dari solat yang biasa dilakukan penduduk Yaman, berupa melakukan solat wajib yang lima dilakukan setelah solat Jumaat di akhir Ramadhan maka ini adalah perbuatan yang SANGAT DIHARAMKAN, WAJIB MENCEGAH MEREKA MELAKUKANNYA, kerana diharamkan mengulangi setelah keluar waktunya, walau dilakukan berjamaah. Begitu pula jika tidak berjamaah, dan tidak ada sebab syarie mengqadhanya. Perbuatan ini hanya membuat orang awam meremehkan menunaikan kewajipan solat, sebab keyakinan mereka bahawa solat ini dapat menghapuskan kesalahan meninggalkan solat pada waktunya. (Al Fatawa Al Fiqhiyah Al Kubra, 2/325)

Hadith doa jumaat terakhir ramadhan

 

Matan hadith

 

روي عن جابر بن عبدالله الأنصاري رضي الله عنهما قال: دخلتُ على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: في آخر جمعة من شهر رمضان، فلما بَصُر بي قال لي: يا جابر، هذه آخر جمعة من شهر رمضان فودِّعه، وقل

 

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْع لْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا

 

فإنه مَن قال ذلك ظفِر بإحدى الحُسنيين، إمَّا ببلوغ شهر رمضان، وإمَّا بغفران الله ورحمته

 

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Aku telah mendatangi Rasulullah saw dan keluarganya: pada hari Jumaat terakhir bulan bulan Ramadhan, dan apabila dia melihatku, dia berkata kepadaku: Wahai Jabir, ini adalah Jumaat terakhir Ramadhan, maka ucapkanlah selamat tinggal kepadanya, dan ucapkanlah:

 

Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai Bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi dan jangan Engkau jadikan aku orang yang dimurkai.

 

 

Maka barangsiapa yang mengucapkan demikian akan mendapatkan dua kebaikan, (iaitu) baik mendapatkan bulan ramadhan (tahun berikutnya) mahupun mendapatkankan keampunan dari Allah dan RahmatNya.

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak sahih tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah, dan merupakan hadith yang dibuat-buat, dan tidak diperbolehkan untuk meriwayatkannya kecuali untuk memperjelaskan kepalsuannya.

 

Hadith ini ditemukan dalam Jami' Hadith Syiah 9/77, Bihar al-Anwar 95/172

 

Rujukan

 

https://www.dorar.net/fake-hadith/474

 

https://www.naasan.net/index.php?page=YXJ0aWNsZQ==&op=ZGlzcGxheV9hcnRpY2xlX2RldGFpbHNfdQ==&article_id=MjE1MA==&lan=YXI=

 

https://kotamagelangmengaji.com/doa-populer-tapi-tidak-ada-asalnya-dari-rasulullah/

Adakah kelebihan meninggal di bulan Ramadhan

 

Tak ada dalil syarie menyatakan kelebihan mati pada bulan Ramadhan, dan yang sahih mati pada hari jumaat

 

Semua hari, semua bulan adalah baik jika dia mati dalam husnul khatimah

 

Mati dalam dia mengerjakan kebaikan dan amal

 

Hadith mati dalam keadaan beramal soleh akan beroleh syurga

 

من قال لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة، ومن صام يوماً ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة، ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة.

 

”Siapa yang mengucapkan Laa ilaha illallah, dan ia mengucapkannya ikhlas hanya mencari keredhaan Allah dan ia mengakhiri  hidupnya dengan itu, maka ia masuk syurga. Siapa berpuasa sehari dan ikhlas kerana Allah, serta menutup akhir hidupnya dengan ibadah itu, maka ia masuk syurga. Siapa bersedekah dengan penuh keikhlasan, dan ia mengakhiri hidupnya dengan ibadah itu, maka ia masuk syurga. (HR. Ahmad no  22173, dinilai Sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Ahkamul Janaiz)

 

Syeikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan,

 

وكل حديث ورد في فضل الموت في يوم معين فإنه ليس بصحيح لأن الثواب على الأعمال التي تقع من العبد اختياراً.

 

Hadith – hadith yang menerangkan keutamaan meninggal di hari tertentu tidak ada yang sahih. Kerana pahala seorang bergantung pada amalannya, itulah yang mampu dia usahakan. (http://binothaimeen.net/content/11412)

 

 

Firman Allah SWT:

 

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan (QS. al-Nahl:32).

 

 

 

 

 

Hadith Nabi saw suka sikat dan minyak wangi

 

Matan hadith

 

كان ﷺ لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة والمكحلة والمشط والسواك والمدرى.

 

Terjemahan

 

Baginda SAW tidak akan berpisah dengan lima perkara ketika bermukim mahupun ketika bermusafir: Cermin, bekas celak, sikat, kayu sugi dan gigi sikat.

 

Takhrij

 

 

 

HR. al-Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir 1/115, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa 1/116, dan al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman.

 

Dhaif menurut al-Uqaili dan Ibnu Adi. Dan juga dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no. 4249

Hadith sikat Nabi saw dari gading

 

Matan hadith

 

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يمتشط بمشط من عاج .

 

Terjemahan

 

Kebiasaannya Nabi SAW menyikat (rambut) dengan sikat daripada gading gajah.

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 1/26, Abu Syaikh dalam Akhlak Nabi no. 529, daripada Anas ra.

 

Sanadnya dhaif menurut al-Baihaqi.

 

Hadith munkar menurut ad-Darimi.

 

Hadith munkar menurut syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4846.

Hadith khawarij merujuk kepada wahabi?

 

Sayyidina Ali bin Abi Thalib menyatakan bahawasanya dia mendengar Rasulullah bersabda: ”Pada akhir zaman nanti akan muncul kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam), mereka memperkatakan sebaik-baik ucapan kebaikan, mereka membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka itu tidak melebihi (melampui) kerongkong mereka, mereka memecah agama sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya maka dimanapun kamu menjumpainya maka perangilah mereka sebab dalam memerangi mereka terdapat pahala disisi Allah pada hari kiamat kelak. ” (HR. Bukhari no. 6930, Muslim no. 2462, Abu Daud no. 4767, Nasaie no. 4107, Ibnu Majah no. 168, Ahmad no. 616 ).

 

Hadith ini perlu dikumpulkan dengan hadith-hadith setema dengannya, baru dapat maksud yang sebenar. Jika kita melihat salah satu hadith yang sama, ia jelas menunjukkan kaum Khawarij.

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَقُولُونَ مِنْ قَوْلِ خَيْرِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي ذَرٍّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ فِي غَيْرِ هَذَا الْحَدِيثِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ وَصَفَ هَؤُلَاءِ الْقَوْمَ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ إِنَّمَا هُمْ الْخَوَارِجُ الْحَرُورِيَّةُ وَغَيْرُهُمْ مِنْ الْخَوَارِجِ

 

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Di akhir zaman akan muncul kaum berusia muda, lemah akal, mereka membaca Al-Qur`an tidak mencapai kerongkong (sebatas di mulut tak sampai hati), mereka mengatakan dari perkataan orang terbaik, mereka meninggalkan agama dengan cepatnya seperti terlepasnya anak panah dari panah." Berkata Abu Isa: dalam hal ini ada hadits serupa dari 'Ali, Abu Sa'id dan Abu Dzarr, hadits ini hasan shahih. diriwayatkan dalam selain hadits ini dari nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam yang menyebutkan ciri-ciri kaum itu, mereka membaca Al-Qur`an dan tidak mencapai kerongkong, mereka meninggalkan agama dengan cepatnya seperti terlepasnya anak panah dari panah itu tidak lain adalah kaum Khawarij Al Haruriyah dan kalangan Khawarij lain. (HR. Tirmidzi no. 2114, sahih).

 

Khawarij dalam konteks zaman tersebut merujuk sekumpulan yang terkeluar dari jemaah islam (kekhalifahan Ali ra) berasal dari Kufah:

 

Terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW telah memberi perkhabaran mengenai kemunculan Khawarij. Yusair bin Amru mengatakan, aku bertanya kepada Sahal bin Hunaif:

 

هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: فِي الخَوَارِجِ شَيْئًا؟ قَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ، وَأَهْوَى بِيَدِهِ قِبَلَ العِرَاقِ: «يَخْرُجُ مِنْهُ قَوْمٌ يَقْرَءُونَ القُرْآنَ، لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلاَمِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ»

 

Apakah engkau mendengar Nabi SAW bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Aku mendengar beliau bersabda - sambil beliau arahkan tangannya menuju Iraq - Dari sanalah muncul sekelompok kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya (HR. Bukhari no. 6934)

 

Para ulama yang mensyarahkan hadith ini telah bersepakat bahawa hadith ini ingin mengisyaratkan kepada kemunculan Khawarij. Ia termasuk daripada tanda-tanda kenabian Baginda SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda benar-benar telah berlaku. Kemunculan Khawarij bermula di Kufah yang terletak di sebelah timur Madinah. Mereka telah mengisytiharkan diri keluar daripada tentera Ali, lalu mereka dengan jumlah lapan ribu orang telah menuju ke Harura’, sebuah perkampungan di Kufah sebelum menjadikan Basrah sebagai markas mereka. (Akmal al-Bayan fi Sharh Hadith Najd Qarn al-Shaytan, 52)

 

Bahkan al-Hafiz Ibn Hajar telah menukilkan satu athar yang diriwayatkan oleh al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath dengan sanad yang baik bahawa Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri telah ditanya oleh seorang lelaki dari Iraq. Lelaki itu mengatakan bahawa di negerinya terdapat satu kaum yang memberontak dan membunuh sesiapa sahaja yang mengucapkan syahadah dan beriman kecuali daripada kumpulan mereka. Lalu kedua-duanya menjawab: “Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memerangi mereka, baginya pahala syahid dan sesiapa yang dibunuh oleh mereka maka baginya pahala syahid”. (Fathul Bari 12/302).

 

Khawarij juga wujud di setiap zaman, antara ciri-ciri jelas diberitahu oleh Nabi saw adalah berdasarkan hadith:

 

Ini menunjukkan kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Nas-nas syarak yang mengisyaratkan berkenaan Khawarij tidak menyatakan ia hanya wujud pada zaman tertentu. Antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:

 

يَحْقِرُ أَحَدَكُمْ عَمَلَهُ مِنْ عَمَلِهِمْ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، فَإِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ

 

Mereka menghina amalan kamu (dengan membandingkan amalan mereka dengan amalan kamu), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka…” (HR. Ahmad no. 5562, sahih)

 

Salah faham antara Wahabi Khawarij dan Wahabi Salafi

 

Punca tuduhan keji ini adalah kerana salah faham fatwa al-Lakhmi dan membezakan kedua-dua jenis wahabi yang wujud.

 

Fatwa al-Lakhmi ditujukan kepada wahabi (Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum) tokoh khawarij bukan kepada Syaikh Muhammad Abdul Wahab

 

Mengenai fatwa Al-Imam Al-Lakhmi yang dia mengatakan bahawa Al-Wahhabiyyah adalah salah satu dari kelompok sesat Khawarij. Maka yang dia maksudkan adalah Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum dan kelompoknya  bukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya.

 

Hal ini kerana tahun wafat Al-Lakhmi adalah 478 H sedangkan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab wafat pada tahun 1206 H /1792 M. Amatlah janggal bila ada orang yg telah wafat namun berfatwa tentang seseorang yang hidup berabad-abad setelahnya. Adapun Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum maka  dia meninggal pada tahun 211 H. Sehingga amatlah tepat bila fatwa Al-Lakhmi tertuju kepadanya. Berikut Al-Lakhmi merupakan mufti Andalusia dan Afrika Utara dan fitnah Wahhabiyyah Rustumiyyah ini terjadi di Afrika Utara. Sementara di masa Al-Lakhmi hubungan antara Najd dgn Andalusia dan Afrika Utara amatlah jauh. Sehingga bukti sejarah ini semakin menguatkan bahawa Wahhabiyyah Khawarij yang diperingatkan Al-Lakhmi adlah Wahhabiyyah Rustumiyyah bukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya. [Al-Mu’rib Fi Fatawa Ahlil Maghrib, karya Ahmad bin Muhammad Al-Wansyarisi 11/168].

 

Teks Fatwa

 

Berkata Imam Al Winsyarisi rahimahullah (wafat tahun 914 H):

 

سئل اللخمي : عن أهل بلد بنى عندهم الوهابيون مسجداً ، ما حكم الصلاة فيه؟

 

Imam Al-Lakhmi (wafat tahun 478 H) pernah ditanya tentang suatu negeri yang disitu orang-orang Wahabiyyun membangun sebuah masjid, Bagaimana hukum shalat didalamnya?

 

Maka Imam Al-Lakhmi pun menjawab:

 

خارجية ضالة كافرة ، قطع الله دابرها من الأرض ، يجب هدم المسجد ، وإبعادهم عن ديار المسلمين

 

Firqah Wahabiyyah adalah firqah khawarij yang sesat, semoga Allah menghancurkan mereka, masjidnya wajib untuk dihancurkan dan wajib untuk mengusir mereka dari negeri-negeri kaum muslimin  (Al Mi’yar Al Mu’rib Fi Fatawa Ahli Al Maghrib 11/168).

 

 

Wahabi Khawarij

 

Khawarij yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada sekte Wahhabiyah yang sudah ada sejak abad ke-2 H di Afrika Utara, dipelopori Abdul Wahhab bin Rustum. Nama Wahhabiyah adalah nisbah kepadanya pecahan dari sekte Wahbiyah Ibadhiyah yang berpemahaman Khawarij nisbah kepada pendiri awalnya, iaitu Abdullah bin Wahb ar-Rasibi (Al Farqu Bainal Firaq Al Baghdadi hal 80-81; Al Khawarij Tarikhuhum Wa Araauhum Al I’tiqadiyah Wa Mauqif Al Islam Minha, Dr Ghalib bin ‘Ali ‘Awaji hal. 95).

 

Dakwah Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum termasuk dalam firqah Khawarij, mudah mengafirkan pelaku maksiat (dosa besar), membangkang dan memberontak terhadap pemerintah Islam, dan keluar dari jamaah kaum Muslim. Termasuk kategori ini adalah Khawarij generasi awal (Muhakkimah Haruriyah) dan seumpamanya, seperti al-Azariqah, ash-Shafariyyah, dan an-Najdat (ketiganya sudah lenyap), dan al-Ibadhiyah masih ada hingga kini.

 

Wahabi Salafi

 

Manakala Wahabi yang kedua merujuk kepada gerakan pemurnian akidah di Jazirah Arab, yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dilahirkan pada 1115 H/1703 M di Jazirah Arab, yang mengikuti Al-Quran dan Sunnah dengan manhaj (cara beragama) dengan berpemahaman salaf. Yang dimaksudkan salaf itu adalah tiga generasi Islam permulaan (generasi Rasulullah SAW dengan para sahabat, tabiin, dan tabi’ut tabi’in) itulah yang kerap disebut as-Salafus Shalih. (HR. Bukhari no. 3650).

 

Para ulama tafsir menyimpulkan, mereka (salaf) adalah orang-orang yang paling baik, paling selamat, dan paling mengetahui dalam memahami Islam. Mereka juga para pendahulu yang memiliki kesalehan tertinggi (salafus soleh). Inilah yang dinamakan dakwah salafiyah.

 

Selain itu, dakwah ini adalah pelopor gerakan islah (reformasi) yang muncul menjelang masa kemunduran Islam. Dakwah salafiyah ini juga menyerukan agar akidah Islam dikembalikan pada asalnya yang murni dan menekankan pada pemurnian erti tauhid dari syirik, khurafat, dan bid’ah dengan segala manifestasinya. Maka, di antara prinsip dakwah salafiyah yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab (1703 –1791 M).

 

Dalam Al Mausu’atul Muyassarah Fil Adyaan Wal Madzahibil Muaashirah hal. 227–232 menjelaskan gerakan yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini:

 

Sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah yang sahih dalam masalah akidah; berpegang teguh pada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah sesuai pemahaman para sahabat; menyerukan pada pemurnian tauhid; menetapkan tauhid asma dan sifat-sifat Allah tanpa tamsil (perumpamaan), takyif (pencocokan), dan takwil (interpretasi); menjauhi segala bentuk bidaah dan khurafat.

 

Adapun tuduhan buruk kepada dakwah Syeikh Muhammad Abdul Wahhab berasal dari (sebahagian) tokoh agama yang tidak suka dakwah salafiyah yang tegas ini. Mereka memutarbalikkan kebenaran. Yang hak dikatakan bathil, begitu pula sebaliknya.

 

Mereka masih yakin jika mendirikan bangunan dan masjid di atas kuburan, bertawasul doa meminta bantuan kepada mayit, dan semisalnya masih bahagian dari ajaran Islam. Dan barang siapa yang mengingkarinya, akan dianggap membenci orang-orang saleh dan para wali. Hal ini yang keliru. Boleh jadi kerana kejahilan, dan juga kerana taklid buta akan ajaran nenek moyang dan qila wa qala (katanya-katanya) yang tak mendasar.

 

Mereka tak sedia menerima tegasnya hadith larangan berbagai macam bidaah dengan masih mempertahankan akar tradisi budaya yang tak mahu dihilangkan walau itu jelas menyelisihi sunnah. Atau kerana beza pemahaman akan bidaah dan cara beragamanya.

 

Dakwah salafiyah (yang selalu dituduh wahabi) sejatinya juga tidak mengafirkan seorang pun dari kaum Muslim, kecuali bila orang itu jelas melakukan perbuatan yang membatalkan keislamannya. Kerana berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 

أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

 

Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya (HR. Bukhari no. 6104 dan Muslim no. 111).

 

Satu perkara lagi perlu dicermati adalah perkataan Syekh Sulaiman bin Abdul Wahhab al-Najdi (abang kandung Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab) dalam kitab al- Shawaiq al-Ilahiyah fi al-Raddi ‘ala al- Wahabiyah poin ke-4 yang Muhammad Khoiron kutip bahawa:

 

 "Muhammad bin Abdul Wahab mengkafirkan lawan polemik dan umat Islam yang tidak sejalan dengannya"

 

Poin ini perlu dikaji ulang. Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam kitabnya yang lain, Mushlih Mazhlum hal. 48-50 menyebutkan bahawa abangnya menurut beliau telah rujuk dan bertaubat akan perkataannya itu. Hal ini telah dikatakan juga oleh Ibn Ghannam, Ibn Bisyr, dan Dr Muhammad bin Saad as-Syuwair dalam makalahnya "Sulaiman bin Abdul Wahhab Syaikh Muftara ‘Alaihi" yang dimuat di majalah Buhuts Islamiyyah edisi 60/Tahun 1421 H.

 

Idealnya sebagai Muslim terus haus mempelajari agama ini dari sumber asli, Al-Quran dan as-Sunnah menurut pemahaman para sahabat. Dan, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini ialah mujadid pelopor dakwah Sunni yang lurus dan murni.

 

 

Maka soalan kita, mereka ini sebenarnya merujuk kepada wahabiyyah yang mana:-

 

a)       nisbah kepada Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum

 

atau

 

b) nisbah kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

 

 

Kalau merujuk kepada (a) = tepat dengan fakta sejarah, dan juga hadith Nabi saw di atas

 

Kalau (b) = bidikan mereka meleset, bercanggah dengan fakta sejarah dan kriteria yang disebutkan hadith Nabi saw.

 

Amalan yang mampu memperoleh syafaat Nabi saw

 

 

1. Tauhid yang benar

 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling bahagia dengan syafa’atmu pada hari Kiamat?” Nabi menjawab :

 

أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ

 

“Yang paling bahagia dengan syafa’atku pada hari Kiamat adalah, orang yang mengucapkan Laa ilaahaa illallaah dengan ikhlas dari hatinya atau dirinya“.[HR. Bukhari no. 99]

 

 

2. Membaca al Quran

 

Dari Abi Umamah bahwasannya dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

 اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

 

“Bacalah al Quran. Sesungguhnya al Quran akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa’at bagi sahabatnya…”[HR. Muslim no. 804].

 

 

3. Puasa

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

 

 “Puasa dan al Quran akan memberi syafa’at kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak. Puasa akan berkata : “Wahai, Rabb-ku. Aku telah menahannya dari makan pada siang hari dan nafsu syahwat. Kerananya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Sedangkan al Qur`an berkata : “Aku telah melarangnya dari tidur pada malam hari. Kerananya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Maka keduanya pun memberi syafa’at“ (HR. Ahmad 2/174; al Hakim 1/554; dari Abdullah bin ‘Amr. Sanad hadith ini hasan, sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Tamamul Minnah hal. 394).

 

 

4. Doa setelah azan

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 

“Barangsiapa yang membaca ketika mendengar azan ‘Ya Allah, Rabb pemilik panggilan yang sempurna ini dan solat (wajib) yang didirikan. Berilah al wasilah (darjat di syurga), dan keutamaan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan bangkitkan beliau, sehingga boleh menempati maqam terpuji yang engkau janjikan’. Maka dia berhak mendapatkan syafa’atku pada hari Kiamat“.[HR. Bukhari no.614, dari Jabir bin Abdillah]

 

 

5. Tinggal di Madinah, sabar tehadap cubaannya, dan mati disana

 

Abu Sa’id pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا

 

“Tidaklah seseorang sabar terhadap kesusahannya (Madinah) kemudian dia mati, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya, atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat. Jika dia seorang muslim” [HR Muslim  no.1374, 477; dari Abu Sa’id al Khudri]

 

 لَا يَصْبِرُ عَلَى لَأْوَاءِ الْمَدِينَةِ وَشِدَّتِهَا أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِي إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَوْ شَهِيدًا

 

“Tidaklah seseorang dari umatku sabar terhadap cubaan Madinah dan kesusahannya, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat“.[HR Muslim  no.1378, 484; dari Abu Hurairah].

 

 

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

 

“Barangsiapa yang ingin mati di Madinah, maka matilah disana. Sesungguhnya aku akan memberi syafa’at bagi orang yang mati disana“ (HR. Ahmad 2/74,104; Tirmidzi no. 3917; Ibnu Majah no. 3112; Ibnu Hibban no. 3741, dari Ibnu Umar. Imam Tirmidzi berkata: “Hadith ini hasan sahih).

 

 

6. Selawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam

 

Dari Ibnu Mas’ud, bahwasannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

 أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً

 

“Orang yang paling berhak mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat adalah, yang paling banyak selawat kepadaku” [HR. Tirmidzi no. 484, hasan].

 

 

7. Solatnya sekelompok orang muslim terhadap mayit muslim

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

 مَا مِنْ مَيِّتٍ تُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلَّا شُفِّعُوا فِيهِ

 

 “Tidaklah seorang mayit disolatkan oleh sekelompok orang Islam yang jumlah mereka mencapai seratus, semuanya memintakan syafa’at untuknya, melainkan syafa’at itu akan diberikan pada dirinya“.[HR Muslim no. 947].

 

 مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ

 

“Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu jenazahnya disolatkan oleh empat puluh orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, melainkan Allah akan memberikan syafa’at kepadanya“. [HR. Mislim no.948].

 

 

8. Membanyakkan sujud/ solat

 

Dari Rabi’ah bin Ka’ab al Aslami, dia berkata: “Aku pernah bermalam bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu aku mendatangi beliau sambil membawa air untuk wudhu’ beliau. Kemudian beliau berkata kepadaku, ‘Mintalah’. Aku berkata,’Aku minta untuk dapat menemanimu di syurga,’ kemudian beliau berkata, ‘Atau selain itu?’ Aku berkata,’Itu saja’. Lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 

 فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ

 

“Tolonglah aku atas dirimu dengan banyak bersujud“. [HR. Muslim no. 489]

Kisah sahabat berjalan atas laut menakluk Iran?

 

Kisah tular

 

Terdapat kisah tular yang diceritakan oleh seorang karkun tabligh, mengisahkan tentang para sahabat pergi menakluki Iran dengan bekal keimanan dan zikrullah.

 

 

Ulasan

 

Kisah tersebut mempunyai dasar, tetapi bukanlah dalam peristiwa menakluki Iran, tetapi dalam memerangi orang murtad dan enggan bayar zakat di wilayah Bahrain

 

Kisah tersebut ada dinukilkan para sejarawan dalam kitab mereka dah para ahli hadith seperti al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah 6/53-56. dan al-Bukhari dalam Tarikhnya.

 

Dan perlu kita tahu, dalam teks sejarah, kebanyakan para ulama bersikap agak longgar pada sisi periwatmyatannya. Tapi tak adalah sampai riwayat yang palsu pun diterima.

 

Cerita tersebut menceritakan karamah sahabat bernama  Al A’la Al Hadrami ra. Yang karamahnya pernah disaksikan Abu Hurairah ra sebanyak tiga kali dalam peristiwa yang terpisah.

 

 

Karamah al-‘Ala’ dan Pasukannya Diturunkan Air

 

Dalam satu peperangan memerangi kaum murtad di Bahrain, terjadi satu karamah. Ketika al’Ala al-Hadrami dan tenteranya berhenti di suatu tempat di malam hari, tiba-tiba unta mereka menjadi liar dan lari membawa seluruh bekalan termasuk makanan dan minuman. Tiada seekor unta pun yang dapat mereka kejar. Ketika itu perasaan gelisah dan sedih mula menyelubungi sehingga ada yang telah mula berwasiat antara satu sama lain sementera menunggu saat kematian.

 

Lantas al-‘Ala memanggil dan mengumpulkan mereka, lalu beliau memberikan ucapan: “Wahai hadirin sekalian, bukankah kamu semua orang Islam? Bukankah kamu sedang berperang di jalan Allah? Bukankah kamu penolong agama Allah?” Mereka menjawab: “Ya, benar!” Beliau menyambung: “Demi Allah, bergembiralah! Sesungguhnya Dia tidak akan menghinakan kamu.”

 

Setelah masuk waktu Subuh, al-‘Ala’ solat Subuh bersama para tenteranya. Selesai solat, dia mengangkat tangan berdoa bersama para tenteranya. Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyebut, antara doa yang dibaca oleh al-‘Ala’ ialah:

 

يَا عَلِيمُ، يَا حَلِيمُ، يَا عَلِيُّ، يَا عَظِيمُ، إِنَّا عَبِيدُكَ، وَفِي سَبِيلِكَ نُقَاتِلُ عَدُوَّكَ، اسْقِنَا غَيْثًا نَشْرَبُ مِنْهُ وَنَتَوَضَّأُ

 

Wahai Yang Maha Mengetahui, wahai Yang Maha Lembut, wahai Yang Maha Tinggi, wahai Yang Maha Agung. Sesungguhnya kami adalah para hamba-Mu. Pada jalan-Mu kami memerangi musuh-Mu. Turunkanlah kami air yang dengannya kami dapat minum dan berwuduk. (al-Bidayah wa al-Nihayah 9/53)

 

Tiba-tiba Allah SWT ciptakan berdekatan tempat mereka sebuah kolam yang dipenuhi air. Maka al-‘Ala’ dan pasukannya pun mendatangi tempat tersebut, mereka minum dan mandi dengannya. Setelah matahari meninggi, semua unta mereka kembali dari segenap penjuru dengan bekalnya sekali. Lalu mereka memberi minum pula unta-unta tersebut. (al-Kamil fi al-Tarikh, 1/376)

 

Inilah karamah yang telah disaksikan oleh orang ramai dan ia sekaligus merupakan tanda kebesaran Allah SWT bagi al-‘Ala’ al-Hadrami dan pasukannya.

 

 

Karamah Al-‘Ala’ Dapat Melintasi Laut

 

Daripada ‘Urwah, katanya: Abu Bakar al-Siddiq R.A telah mengutuskan al-Ala’ memimpin pasukan tentera ke Bahrain kerana mereka telah murtad. Al-‘Ala’ lalu datang kepada mereka sedangkan ia dipisahkan dengan laut, iaitu al-Raqraq. Walaubagaimanapun mereka dapat merentasinya dengan berjalan melintasi dengan kaki mereka secara mengarung dalam air. Sedangkan tempat tersebut biasanya dilintasi dengan menggunakan kapal-kapal. Akhirnya al-‘Ala berjaya memerangi mereka dan Allah SWT telah memberi kemenangan kepada al-‘Ala’ dan pasukannya. Penduduk Bahrain kemudiannya kembali membayar semula zakat. (Siyar A’lam al-Nubala’, 1/226)

 

Abu Hurairah R.A pernah berkata: “Aku telah melihat tiga perkara daripada al-‘Ala’ yang aku cintai selamanya, iaitu:

 

Beliau pernah menyeberangi lautan dengan menunggang kudanya pada hari peperangan Darin (sebuah wilayah di Bahrain).

 

Beliau bergerak menuju Bahrain, lalu berdoa kepada Allah di tanah gersang sehingga mereka pun diberi air dari sumber yang boleh diminum, lalu orang ramai pun meminumnya sehingga puas.

 

Beliau wafat ketika kami tidak memiliki air. Maka dengan izin Allah SWT, tiba-tiba awan mendung pun muncul, lalu hujan pun turun. Kemudian kami pun memandikan beliau dan membuat liang lahad untuk beliau dengan pedang kami lalu mengebumikannya.” (Lihat Siyar A’lam an-Nubala’, 1/266)

 

Al-'Ala' al-Hadrami dikatakan sebagai orang Islam pertama yang merentasi lautan dalam misi peperangan. (Tahzib al-Asma', 1/341, al-Ishabah, 4/541)

 

Rujukan

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 1137.

 

 

 

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...