Thursday, 28 December 2023

Kisah palsu romantik dan adilnya Nabi saw terhadap isterinya dengan sebiji tamar/sebentuk cincin

 

 

Kisah tular

 

سَأَلَت السيِّدةُ عائشةُ النبيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أكثَرُ واحدةٍ تُحبُّها بين زوجاتِك يا رسولَ الله؟ فقال لها: أنتِ يا عائشةُ، فقالت: إذاً اخرج عليهنَّ وأُخْبرهنَّ جميعَاً، فضَحِك النبيُّ وأعطاها تمرةً، وقال لها: في اللَّيلِ أَجمَعُهنَّ وأُخْبرهنَّ ولا تُخْبري أحدَاً أنِّي أعطيتُكِ تمرة، وانصرَفَ، ومرَّ على كلِّ واحدةٍ من زوجاتِه وسألَها عن أحوالِها وأعطى كلَّ واحدةٍ منهنَّ تمرةً وأخبَرَها أنْ لا تُخْبِر أحدَاً، وفي اللَّيلِ اجتَمعْنَ وسألَتْه عائشةُ: أيٌّ من زوجاتِك تُحِبُّ أكثرَ؟ فابتسمَ النبيُّ، وقال: صاحبةُ التمرةِ هي من أُحبُّها أكثرَ، فابتسمْنَ وفَرِحْنَ بداخلهنَّ، وكلُّ واحدةٍ فَرِحَت لحبِّ رسولِ الله لها؟

 

Pernah Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah diantara isteri-isterimu yang paling engkau cintai?”

Beliau menjawab, “Tentu saja dirimu wahai Aisyah.” Aisyah membalas, “Kalau begitu sampaikanlah dan katakanlah tentang hal ini pada isteri-isteri yang lain.”

 

Nabi SAW tersenyum. Sambil memberi Aisyah sebutir kurma, lalu beliau berkata, “Malam ini akan aku kumpulkan mereka dan akan aku sampaikan hal ini pada mereka, tapi ingat jangan engkau memberitahu mereka bahawa aku memberimu sebutir kurma.”

 

Nabi pun lalu mengunjungi isteri-isterinya satu persatu dan bertanya tentang keadaan dan khabar mereka. Nabi SAW memberi masing-masing dari mereka sebutir kurma seraya berpesan, “Jangan beritahu yang lain bahawa aku memberimu sebutir kurma ini.”

 

Malam itu, kala seluruh isteri-isteri Nabi berkumpul Aisyah ra bertanya, “Wahai Rasulullah , siapakah diantara kami yang paling engkau cintai?”

 

Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab, “Tentu saja isteri yang memiliki sebutir kurma pemberianku , dialah isteri yang paling aku cintai.”

Semua isteri-isteri nabi SAW saling pandang dan tersenyum, rasa bahagia dan senang ada di dalam diri dari masing-masing mereka, kerana kecintaan Rasulullah saw terhadap mereka.

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal dalam mana-mana kitab hadith dan sirah muktabar. Ia menunjukkan tanda kepalsuan yang jelas.

 

Syeikh Naasan juga memberi penilaian palsu dalam laman sesawang rasmi beliau Naasam.net/ fabricated hadith no. 38

 

Malah terdapat sebahagian kisah menceritakan pemberian Nabi saw itu adalah sebentuk cincin:

 

سألت السيدة عائشة -رضي الله عنها وأرضاها- النبي: أي من زوجاتك تحب أكثر؟ فأجاب: أنت يا عائشة، فقالت: إذًا أخرج عليهن وأخبرهن جميعا، فضحك، وأعطاها خاتما، وقال لها: في الليل أجمعهن وأخبرهن، ولا تخبري أحدا أني أعطيتك خاتما. وانصرف، ومر على كل واحدة من زوجاته، وسألها عن أحوالها، وأعطى كل واحدة منهن خاتما، وأخبرها أن لا تخبر أحدا، وفي الليل اجتمعن وسألته عائشة: أي من زوجاتك تحب أكثر؟ فابتسم النبي وقال: صاحبة الخاتم، فهي من أحبها أكثر، فابتسمن وفرحن بداخلهن وكل واحدة فرحت لحب رسول الله لها 

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 208066

 

https://dorar.net/fake-hadith/941

 

https://www.naasan.net/index.php?page=YXJ0aWNsZQ==&op=ZGlzcGxheV9hcnRpY2xlX2RldGFpbHNfdQ==&article_id=MjQ2Mw==&lan=YXI=

Hadith kematian adalah istirehat bagi orang mukmin

 

Matan hadith

 

وعَنِ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ : مُسْتَرِيحٌ ، وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ . قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ قَالَ: الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ  

  

Terjemahan

 

Dari Abu Qatadah bin Rib’i al-Anshari, dia menceritakan bahawa ada jenazah yang (dipikul) melewati Rasulullah saw , maka beliau bersabda, “Orang yang beristirehat, dan orang yang diistirehatkan darinya”. Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah (maksud) orang yang beristirehat, dan orang yang diistirehatkan darinya?” Beliau menjawab, “Seorang hamba yang Mukmin beristirehat dari kepayahan dan gangguan dunia menuju rahmat Allah. Sedangkan hamba yang fajir (jahat), maka banyak manusia, bumi, pepohonan, dan binatang, beristirehat darinya”. [HR. Bukhari no. 6512]

 

Syarah

 

Ibnut Tien rahimahullah berkata, “(Yang dimaksudkan seorang Mukmin dalam hadith di atas) kemungkinan adalah khusus orang yang bertaqwa, atau semua orang Mukmin. Adapun yang dimaksudkan seorang fajir (jahat) di dalam hadith di atas kemungkinan adalah orang yang kafir, atau termasuk orang yang bermaksiat.”

 

ad-Dawudi rahimahullah berkata, “Adapun istirehatnya manusia adalah kerana kemungkaran yang dilakukan oleh orang fajir itu (telah berhenti juga-red). Jika manusia mengingkarinya, dia mengganggu mereka; namun jika mereka membiarkannya, maka mereka berdosa. Adapun istirehatnya kota (bilad) kerana kemaksiatan-kemaksiatan yang dilakukan oleh orang fajir itu (telah sirna juga-red). Kerana hal itu menyebabkan tidak turun hujan, yang berakibat kebinasaan pertanian dan peternakan”.

 

Tetapi al-Baji rahimahullah mengkritik bahagian awal dari perkataan ad-Dawudi, iaitu bahawa orang yang mendapatkan gangguannya, maka dia tidak berdosa dengan tidak mengingkarinya, jika dia telah mengingkari dengan hatinya. Atau dia mengingkari kemungkarannya dengan cara yang boleh menghindarkan dirinya dari gangguan si pelaku kejahatan. Dan kemungkinan yang dimaksudkan dengan istirehatnya manusia darinya adalah kerana kezalimannya yang menimpa manusia (telah terhenti). Sedangkan istirehatnya bumi darinya kerana perbuatannya yang merampas bumi, menghalanginya dari hak bumi, dan dia mempergunakan bumi untuk perkara yang tidak selayaknya. Sedangkan istirehatnya binatang kerana perkara yang seharusnya tidak boleh dilakukan, iaitu melelahkannya. Wallahu a’lam.” [Fathul Bari 18/354]

 

Rujukan

 

https://almanhaj.or.id/4050-kematian-lebih-baik-bagi-orang-mukmin.html

Hadith dunia adalah penjara bagi orang mukmin

 

 

Matan hadith

 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ 

 

Terjemahan

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia itu penjara seorang mukmin dan syurga orang kafir”. [HR. Muslim no. 2956]

 

Syarah

 

Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan hadith ini dengan perkataan, “Maknanya bahawa semua orang Mukmin di dunia ini dipenjara atau dilarang dari syahwat-syahwat (perkara-perkara yang disukai) yang diharamkan dan dimakruhkan, dibebani dengan melaksanakan ketaatan-ketaatan yang berat. Maka jika dia telah meninggal dunia, dia istirehat dari ini, dan dia kembali menuju perkara yang telah dijanjikan oleh Allah Azza wa Jalla untuknya, berupa kenikmatan abadi dan istirehat yang bebas dari kekurangan. Sedangkan orang kafir, maka dia mendapatkan kenikmatan di dunia, dengan sedikitnya kenikmatan itu dan disusahkan dengan perkara-perkara yang menyusahkan. Jika dia mati, dia menuju siksaan abadi dan kecelakaan yang kekal”. [Syarah Sahih Muslim no. 2956]

Fadhilat zikir selepas solat yang melebarkan titian sirath

 

 

فائدة: رأيت في كتاب النورين في إصلاح الدارين من قال خلف كل فريضة أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إلها واحدا وربا شاهدا لا معبود سواه ونحن له مسلمون جعل الله له الصراط أربعة أذرع أي عرض أربعة أذرع

 

Aku melihat dalam kitab Nurain fi Ishlahid Darain : Barang siapa setiap selesai solat fardhu mengucapkan: asyhadu an laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ilaahan waa hidan warabban syaahidan laa ma’buuda siwah wanahnu lahuu muslimuun”  maka Allah menjadikan sirath empat zira.

 

Takhrij

 

Ia tidak ditemui asal dari kitab-kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 106106)

 

Ia ditemukan dalam kitab Nuzhatul Majalis 1/234, sebuah kitab yang diperingatkan para ulama untuk dijauhi dari mengambil apa-apa faedah daripadanya.

Hadith keutamaan orang tua sebagai pintu Tengah syurga

 

Matan hadith

 

 

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ

 

Terjemahan

 

Orang tua adalah pintu syurga yang paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya.

 

Takhrij

 

HR  Ahmad no. 28276, Tirmidzi no.  2022, Ibn Majah no. 3794, daripada Abu Darda

Ra.

 

Disahihkan oleh Imam Tirmidzi dan Syeikh al-Albani

Hadith perintah kerap bersugi sehingga menjadi haus gusi Nabi saw

 

 

Matan hadith

 

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصيني بالسِّواكِ حَتَّى خَشِيتُ أَنْ يَدْرَدْنَّ أسْنَانِي

 

Terjemahan

 

Nabi saw. bersabda, “Jibril selalu mewasiatkanku untuk bersugi sampai aku khuwatir gigi-gigiku akan tertanggal

 

Takhrij

 

HN. as-Suyuthi dalam Lubabul Hadith 1/10.

 

Hadith ini (dengan lafaz demikian) tidak ditemukan dalam mana-mana kitab hadith melainkan kitab Laubabul Hadith

 

 

Hadith-hadith hampir serupa

 

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالسِّوَاكِ حَتَّى خَشِيتُ عَلَى أَضْرَاسِي

 

Dari Ummu Salamah r.a., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Jibril selalu mewasiatkanku untuk bersugi sampai aku khuwatir gigi-gigi gerahamku

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 7/49. Beliau menukilkan penilaian hasan oleh Imam Bukhari.

 

al-Mundziri dalam al-Targhib 1/135, berkata sanadnya layyin

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6913 berkata hadith ini dhaif jiddan dan juga diikuti oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 6243.

 

 

dan,

 

أُمِرتُ بالسواكِ حتى خِفتُ على أسناني

 

Daripada Ibnu Abbas ra. Nabi Muhammad SAW bersabda : Aku diperintahkan bersugi sehingga aku takut gigi-gigiku tertanggal

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 7/95, Mu'jam al-Kabir 11/453.

 

Dhaif menurut Imam at-Thabarani

 

Sahih dengan pengumpulan semua jalan riwayat menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1556

 

dan,

 

لزمت السواك حتى خشيت أن يدردني.

 

Daripada ‘Aishah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Aku sentiasa menggunakan sugi sehingga aku bimbang tertanggal gigiku.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/323

 

Dhaif menurut Imam at-Thabarani

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6713 menilai hadith ini lemah dengan lafaz ini. Juga diikuti oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 6241.

4 perkara melemahkan tubuh

 

 

وقال الإمام الشافعي- رحمه الله تعالى-: "أربعةٌ تُقَوِّي البدنَ، فذكر منها: أكل اللحم، وأربعةٌ توهن البدن، وذكر منها: الحامض، وكثرة شرب الماء على الرِّيق"

 

Imam Syafi'i rahimahullah - berkata: Empat hal yang menguatkan tubuh, dan dia menyebutkan di antaranya: makan daging, dan empat hal yang melemahkan tubuh, dan dia menyebutkan di antaranya: asam dan minuman. banyak air saat perut kosong .”(Tibb al-Nabawi 4/374)

Hadith doa yang dibaca menjelang kematian

 

Matan hadith

 

 قال رسول الله (ص): ألاأخبرك بأمر حق من تكلم به في أول مضجعه عن مرضه نجاه الله من النار ؟ قلت: بلى قال: لا إله إلا الله يحيي ويميت وهو حي لا يموت، وسبحان الله رب العباد والبلاد، والحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه علي كل حال. الله أكبر.كبرياء ربنا وجلاله وقدرته بكل مكان.اللهم إن كنت أمرضتني لقبض روحي في مرضي هذا فاجعل روحي في أرواح من سبقت لهم الحسنى، وأعذني كما أعذت أولئك الذي سبقت لهم منك الحسنى. إن مت في مرضك ذلك، فإلى رضوان الله والجنة، وإن كنت قد اقترفت ذنوبا تاب الله عليك.

 

Terjemahan

 

Ketahuilah .. akan aku tunjukan kepadamu suatu doa, barang siapa yang menderita suatu penyakit kemudian sentiasa mengamalkanya (sejak ia sakit) nescaya Allah SWT akan menyelamatkanya dari siksa neraka, iaitu ; Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Allah, hanya Dia-lah Zat yang memberi kehidupan dan kematian, dan hanya Dia-lah Zat Yang Maha Hidup dan tidak akan mati, Maha Suci Engkau ya Allah yang menguasai atas semua hambanya dan seluruh alam semesta, segala puji hanya bagi-Mu dengan segala pujian yang tak terhingga, penuh kebaikan dan keberkahan dalam segala keadaan, Maha Besar Allah, dengan segala kebesaran, keagungan dan kekuasan-Nya di segala penjuru, ya Allah, apabila Engkau mengambil nyawaku dalam sakitku ini maka masukkanlah rohku dalam golongan orang-orang mulia yang telah Engkau tetapkan mendapatkan keredhaan-Mu, dan jauhkanlah diriku dari neraka sebagaimana Engkau menjauhkan orang-orang yang mulia dari neraka" jika engkau meninggal didalam sakitmu itu , nescaya Allah SWT akan meredhaimu dan memasukkan kesyurga-Nya, dan jika engkau sembuh dari sakitmu maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosamu dan menerima taubatmu (kerana pengakuan dan penyesalanmu atas dosa-dosa)

 

 

Takhrij

 

HR. Ibn Abu Duniya dalam al-Marda wal al-Kaffarat no. 152,  Ibnu Sunni dalam amal al-Yawm wa al-Lailah no. 549, Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/85, daripada Abu Hurairah ra.

 

Dilemahkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil 6/158.

 

al-Dimyathi berkata di dalam al-Mutjir al-Rabih  no. 236, sanadnya parah.

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 2033.

Hadith perkara yang membuat cemburu para Nabi dan Syuhada

 

Dari Umar al-Khattab ra, beliau berkata,

 

إن من عباد الله لأناسا ماهم بأنبياء ولاشهداء يغبطهم الأنبياء والشهداء يوم القيامة بمكانتهم من الله عز وجل

من هم وما أعمالهم؟ لعلنا نحبهم

قال: قوم يتحابون بروح الله عز وجل من غير أرحام بينهم ولا أموال يتعاطونها بينهم والله إن وجوههم لنور وإنهم لعلى منابر من نور لايخافون إذا حاف الناس ولايحزنون إذاحزن الناس

 

Terjemahan

 

Sungguh dari sebahagian hamba-hambaku terdapat manusia, yang mana mereka bukanlah para Nabi dan tidak para syuhada, namun membuat cemburu para Nabi dan para syuhada, sebab mereka ditempatkan sebagaimana para Nabi dan Syuhada ditempatkan oleh Allah azza wa jalla”.

Mendengar itu, seseorang bertanya kepada Umar: “

“Siapakah Mereka, dan apa amal-amal yang mereka perbuat? Agar supaya kami juga ikut mencintainnya”.

“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah azza wa jalla tanpa ada hubungan saudara, dan tidak harta yang saling mereka berikan satu sama lain. Demi Allah, sungguh pada wajah mereka terdapat cahaya, pun mereka di atas berada dalam gudang-gudang dari cahaya. Mereka tidak takut sama sekali, di saat manusia lain ketakutan, dan mereka tidak bersedih hati, di saat manusia lain bersedih”.

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 3527, Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya 1/5, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8584

 

al-Wadi'ie berkata para perawinya adalah perawi Kitab Sahih Hadith sahih tetapi sanadnya munqathi' (Ahadith Mu'allat no. 513)

 

Sanad yang sahih satu lagi:

 

HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 6110, Ibnu Hibban dalam Sahihnya  no. 573

Hadith jaminan 4 malaikat kepada yang berselawat 10 kali

 

Matan hadith

 

هبط الملائكة الأربعة ؛ جبريل ، ميكائيل ، إسرافيل ، عزرائيل على النبى محمد صل الله عليه وسلم ، فقال جبريل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا جبريل من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا خطفته من على الصراط كالبرق . وقال ميكائيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا ميكائيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا اعطيته شربة لم يظمأ بعدها أبدا . وقال إسرافيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا إسرافيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا سجدت سجدة تحت العرش لم أرفع رأسى منها حتى يغفر له . قال عزرائيل : يا حبيبى يا محمد ، قال : نعم يا عزرائيل ، قال : من صلى عليك عشرة صباحا وعشرة مساءا أخذت روحه كما تأخذ الشعرة من العجين

 

 

Terjemahan

 

Telah datang empat Malaikat : Jibril, Mikail, Israfil dan ‘Izrail ‘Alayhumus Salaam kepada Nabi Muhammad Shallallaahu ‘Alayhi wa Sallam. Berkata Jibril : “Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa Jibril (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petang hari, maka akan saya bimbing dia melewati Sirth seperti Buraq. Berkata Mikail ‘Alayhis Salaam : Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa Mikail (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petang hari, aku akan memberi minum kepadanya yang takkan dia rasakan kehausan lagi untuk selamanya. Berkata Israfil ‘Alayhis Salaam : Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa Israfil (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petang hari, aku akan sujud kepada Allaah Subhaanahu wa Ta’aalaa dan tidak akan aku angkat kepala sehingga Allaah Mengampuninya”. Berkata ‘Izrail ‘Alayhis Salaam : Wahai kekasihku wahai Muhammad. Na’am yaa ‘Izrail (sambut Nabi). Barangsiapa selawat ke atasmu sepuluh kali dipagi dan sepuluh kali di petanghari, aku akan mencabut ruhnya sebagaimana saya mencabut rambut dari adunan tepung (tiada susah tiada sakit).

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak ditemukan dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah. Ia tiada asal dan jelas kepalsuannya, kerana tidak ada riwayat menyebutkan nama malaikat azrael/izrail (Fatwa Soaljawab Islam no. 242247, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 482287) 

 

Ia dinukilkan oleh Syeikh Utsman al-Khubawi dalam Durratun Nasihin hal. 173, Maktabah al-Azhar 1994. 

 

Kitab ini disanggah para ulama kerana memuatkan sejumlah besar hadith-hadith tidak sahih bahkan palsu.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 242247

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 482287

 

https://www.facebook.com/273571216183034/posts/460201650853322/?locale=ar_AR

Lelaki yang membuat wanita menangis haram masuk syurga??

 





Takhrij

 

 

Palsu. Tiada asal (Fatwa Soaljawab Islam no. 226176)

 

Prof. Dr. Ahmad Al-Batli, menambahkan perihal ucapan diatas:

 

"..Makna perkataan ini tidak dapat dibuktikan, dan dikoreksi dengan pendapat, Kerana para malaikat dan apa yang terkait dengan mereka, adalah masalah ghaib, di mana pembicaraan tergantung pada wahyu dalam Al-Qur'an atau Sunnah (Hadith Sahih)" (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 322594, Fatwa Soaljawab Islam no. 226176).

 

 

Hadith hampir semakna dengan poster di atas (tema berlaku zalim kepada wanita), yang juga palsu:

 

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

أيّ رجل لطم امرأته لطمة أمر الله عزّ وجل مالك خازن النيران فيلطمه على حرّ وجهه سبعين لطمة في نار جهنّم

 

Barang siapa melayangkan tamparan ke pipi isterinya satu kali, Allah akan memerintahkan malaikat penjaga neraka untuk membalas tamparan itu dengan tujuh puluh kali tamparan di neraka jahanam.

 

Takhrij

 

HR. al-Nouri dalam Mustadrak al-Wasail no. 16619. Ia adalah kitab hadith syiah. PALSU

 

Tidak dinafikan islam itu melarang sebarang bentuk kekejaman dan ketidakadilan kepada sesama manusia termasuklah isteri.  Akan tetapi menggunakan riwayat-riwayat yang palsu tidak ada asal dalam memberi ancaman dan galakan adalah satu tindakan yang tercela, kerana berbohong di atas nama Nabi saw.


Kisah asal usul tasbih I’tidal

 

Matan kisah

 

وَالسَّبَبُ فِي سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ أَنَّ الصِّدِّيقَ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  مَا فَاتَتْهُ صَلَاةٌ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَطُّ، فَجَاءَ يَوْمًا وَقْتَ صَلَاةِ الْعَصْرِ فَظَنَّ أَنَّهَا فَاتَتْهُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاغْتَمَّ بِذَلِكَ وَهَرْوَلَ وَدَخَلَ الْمَسْجِدَ، فَوَجَدَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُكَبِّرًا فِي الرُّكُوعِ فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ وَكَبَّرَ خَلْفَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَزَلَ جِبْرِيلُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الرُّكُوعِ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُلْ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . وَفِي رِوَايَةٍ اجْعَلُوهَا فِي صَلَاتِكُمْ . فَقَالَهَا عِنْدَ الرَّفْعِ مِنْ الرُّكُوعِ، وَكَانَ قَبْلَ ذَلِكَ يَرْكَعُ بِالتَّكْبِيرِ وَيَرْفَعُ بِهِ فَصَارَتْ سُنَّةً مِنْ ذَلِكَ الْوَقْتِ بِبَرَكَةِ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

 

Terjemahan

 

Dan sebab pada perkataan “Sami’allahu liman hamidah” adalah sesungguhnya Abu Bakar As-Siddiq R.A tidak pernah tertinggal untuk mendirikan solat dibelakang Rasulullah SAW. Pada suatu hari ketika hendak menunaikan solat asar, beliau menyangka tidak sempat untuk solat dibelakang Rasulullah SAW, beliau berlari-lari anak dalam keadaan gelisah lalu memasuki masjid, Rasulullah SAW ketika itu sedang membaca takbir ketika ruku’, maka beliau memuji Allah SWT dengan mengucapkan Alhamdulillah dan bertakbir dibelakang Rasulullah SAW, maka turun malaikat Jibril A.S kepada Rasulullah SAW yang sedang ruku’ lalu berkata: wahai Muhammad, Allah SWT telah mendengar orang yang memujinya maka bacakan “Sami’allahu liman hamidah”. Dalam riwayat lain disebutkan “Jadikanlah kalimat itu sebagai bacaan dalam solat” maka Rasulullah SAW membacanya ketika bangun dari ruku’. Sebelum itu, ketika turun untuk ruku’ dan bangun daripada ruku’ dibacakan lafaz (Allahu Akbar), semenjak itu ia telah menjadi sunnah dan dibaca dengan lafaz “Sami’allahu liman hamidah”  dengan berkat Abu Bakar as-Siddiq R.A.

 

Takhrij

 

Kisah ini dinukilkan oleh al-Bujairimi menuliskan di dalam kitabnya, Hasyiyah Bujairimi ala al-Khathi 2/52; Syeikh Taha Abdullah Al-Afifi dalam al-Miah as-Saniah min Wasoya Rasulullah SAW  1/85-86, Syeikh Sulaiman al-Jamal  dalam Hasyiyah Jamal ala Syarh Manhaj 2/281 dan Syeikh Abu Bakar Muhammad Syatha ad-Dimyathi Hasyiyah I’anah Thalibin 2/22.

 

Kisah ini tidak ditemui asal (al-Kafi li al-Fatawi no. 1343)

 

Kisah ini batil (https://dorar.net/fake-hadith?page=20) no. 300

 

Rujukan

 

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3632-al-kafi-1343-kenapa-ketika-i-tidal-dibaca-dengan-sami-allahu-liman-hamidah-bukan-allahu-akbar

Hadith keutamaan menyalakan lampu (menolong) kota Baitulmaqdis

 

Matan hadith

 

قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ أَرْضُ الْمَحْشَرِ وَالْمَنْشَرِ ائْتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ فَإِنَّ صَلاَةً فِيهِ كَأَلْفِ صَلاَةٍ فِي غَيْرِهِ ‏"‏ ‏.‏ قُلْتُ أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ أَتَحَمَّلَ إِلَيْهِ قَالَ ‏"‏ فَتُهْدِي لَهُ زَيْتًا يُسْرَجُ فِيهِ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَهُوَ كَمَنْ أَتَاهُ

 

Terjemahan

 

Wahai Rasulullah, berilah kami fatwa berkenaan dengan Baitulmaqdis, " beliau bersabda, "Ia adalah bumi Al Muntasyar dan Al Muntasyar (tempat dikumpulkannya manusia pada hari kiamat), datangi dan solatlah kalian di sana, sebab solat di dalamnya seperti solat seribu kali di tempat lainnya. " Aku bertanya, "Bagaimana pendapat tuan jika saya tidak boleh ke sana?" beliau menjawab, "Memberi minyak yang dengannya lampu boleh dinyalakan di dalamnya, barang siapa melakukan itu, maka ia seperti telah mendatanginya

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 1407, Ahmad no. 26343

 

Sanadnya bagus tetapi munqathi' dan matannya terdapat lafaz yang munkar

 

Hadith munkar menurut Syeikh  al-Albani.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh al-Arnauth.

 

al-Wadi'i mensahihkan hadith ini dalam Sahih Musnad no. 1643.

Hadith anak-anak syurga dijaga oleh Nabi Ibrahim as dan Sarah?

 Matan hadith

 

 

أولاد -وفي رواية: أطفال- المؤمنين في جبل في الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة.

 

Terjemahan

 

Anak-anak (dalam riwayat lain: Kanak-kanak) orang-orang yang beriman akan berada di sebuah bukit di dalam syurga yang dijaga oleh Nabi Ibrahim dan Sarah, sehingga mereka dikembalikan kepada ayah dan ibu mereka pada hari kiamat.

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Mustadraknya no. 1436, Ibnu Abi Duniya dalam al-Nafaqat ‘ala al-‘Iyal no. 203, Abu Nua’im dalam Tarikh Asbahan 2/233, al-Baihaqi no. 610 dalam al-Ba‘th, daripada Abu Hurairah ra

 

Hadith ini munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5538 dan setujui pula oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 3492

 

Lafaz lain (tak ada Sarah):

 

 

ذراري المسلمين في الجنة يكفلهم إبراهيم صلى الله عليه وسلم

 

Anak keturunan kaum muslimin (yang meninggal dunia sebelum baligh) berada di Jannah mereka diasuh oleh Ibrahim saw

 

Takhrij

 

HR Ahmad no. 8324, Ibnu Hibban no. 7446 dan Al Hakim 2/370, Ibnu Abi daud dalam al-Ba’ath no. 16  daripada Abu Hurairah ra.

 

Disahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu hibban, serta disepakati oleh Az-Zahabi.

 

Sanadnya hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 603

 

 

Yang sahih

 

Dari Samrah bin Jundub –adhiyallahu ‘anhu- berkata:

 

 

 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّا يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ لِأَصْحَابِهِ: هَلْ رَأَى أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْ رُؤْيَا؟  قَالَ: فَيَقُصُّ عَلَيْهِ مَنْ شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُصَّ، وَإِنَّهُ قَالَ ذَاتَ غَدَاةٍ:    إِنَّهُ أَتَانِي اللَّيْلَةَ آتِيَانِ، وَإِنَّهُمَا ابْتَعَثَانِي...

 

قَالَ: قَالاَ لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ، فَانْطَلَقْنَا، فَأَتَيْنَا عَلَى رَوْضَةٍ مُعْتَمَّةٍ، فِيهَا مِنْ كُلِّ لَوْنِ الرَّبِيعِ، وَإِذَا بَيْنَ ظَهْرَيِ الرَّوْضَةِ رَجُلٌ طَوِيلٌ، لاَ أَكَادُ أَرَى رَأْسَهُ طُولًا فِي السَّمَاءِ، وَإِذَا حَوْلَ الرَّجُلِ مِنْ أَكْثَرِ وِلْدَانٍ رَأَيْتُهُمْ قَطُّ، قَالَ: قُلْتُ لَهُمَا: مَا هَذَا مَا هَؤُلاَءِ؟ قَالَ: قَالاَ لِي: انْطَلِقِ انْطَلِقْ!...

 

قَالَ: قُلْتُ لَهُمَا: فَإِنِّي قَدْ رَأَيْتُ مُنْذُ اللَّيْلَةِ عَجَبًا، فَمَا هَذَا الَّذِي رَأَيْتُ؟ قَالَ: قَالاَ لِي: أَمَا إِنَّا سَنُخْبِرُكَ...

 

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَمَّا الوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الفِطْرَةِ، قَالَ: فَقَالَ بَعْضُ المُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَوْلاَدُ المُشْرِكِينَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَأَوْلاَدُ المُشْرِكِينَ  

 

 

Bahawa Rasulullah saw banyak berkata kepada para sahabat: “Apakah salah seorang dari kalian ada yang bermimpi ?”, ia berkata: “Maka ada saja orang yang bercerita pada saat itu, dan pada suatu pagi beliau bersabda: “Tadi malam ada dua orang yang telah mendatangiku, keduanya menjadikanku terbangun…Keduanya berkata kepadaku: “Pergi, pergi, maka kami pun pergi, lalu kami sampai di sebuah taman yang gelap, di sana terdapat semua warna pada musim semi, seraya di tengah taman ada seseorang yang tinggi, aku hampir tidak bisa melihat kepalanya kerana tingginya, dan di sekitar lelaki tersebut ada banyak anak-anak yang telah saya lihat sebelumnya, saya berkata kepada keduanya: “Ada apa ini ? dan siapa mereka ?, kedua orang itu menjawab: “pergi, pergi…!”.Aku berkata kepada keduanya: “Sejak tadi malam saya melihat hal yang menakjuban, lalu apa yang telah saya lihat ini ?, keduanya berkata kepadaku: “Kami akan menjelaskan kepadamu…. “Adapun orang yang tinggi yang ada di taman tersebut adalah Ibrahim as, sedangkan anak-anak yang ada di sekitarnya adalah mereka yang meninggal dunia yang masih berada di dalam fitrah”, sebagian umat Islam bertanya: “Wahai Rasulullah, dan termasuk anak-anaknya orang-orang musyrik ?, beliau bersabda: “Ya termasuk anak-anaknya orang-orang musyrik”. (HR. Bukhari no. 7047)

Hadith panjang titian sirath

 

 

بلغنا أن الصراط مسيرة خمسة عشر ألف سنة ، خمسة آلاف صعود ، وخمسة آلاف هبوط ، وخمسة آلاف مستو ، أدق من الشعرة ، وأحد من السيف على متن جهنم لا يجوز عليه إلا ضامر مهزول من خشية الله

 

Sampai berita kepada kami bahawa panjang Sirath itu ialah kadar perjalanan 15000 tahun iaitu 5000 tahun perjalanan mendaki, 5000 tahun perjalanan menurun dan 5000 tahun perjalanan mendatar, sedangkan ia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata pedang dibentang di dada neraka. Tidak ada seorang pun berjaya melintasi titian itu kecuali orang yang susah dan lemah serta takut kepada Allah.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu 'Asakir sepertimana disebutkan dalam Fathul Bari 11/395, Fathul Mulhim 2/476 dan; Takhrij Ihya Ulumuddin 6/699; Lawami' al Anwar 2/192, daripada Fudhail b. Iyadh ra.

 

Ibnu Hajar berkata riwayat ini mu'dhal tidak tsabit. Hal yang sama juga disebutkan oleh al-Qastalani dalam Irsyad al-Sari 9/330 dan Lawaih al Anwar 2/215.

 

 

 

Dalam riwayat lain disebutkan,

 

أن طول الصراط مسيرة ثلاث آلاف سنة ، ألف منها صعود ، وألف منها هبوط ، وألف منها استواء

 

Panjangnya adalah 3000 tahun, 1000 tahun mendaki, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun. 

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 33/262, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Hadith munkar (https://dorar.net/h/8b4K7bIF)

 

Palsu menurut Ibnu Arraq al-Kinani berkata dalam Tanzih Syariah 2/395.

 

Tidak tsabit menurut Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Nurun alal Darb 1/269

 

 

Disebutkan juga dalam lain riwayat,

 

أن جبريل في أوله ، وميكائيل في وسطه يسألون الناس عن عمرهم فيما أفنوه ، وعن شبابهم فيما أبلوه ، وعن علمهم ماذا عملوا به

 

Jibril berada di awal titian, dan Mikail di tengah, dan mereka bertanya kepada orang-orang yang melintas tentang kehidupan mereka dan bagaimana mereka menghabiskannya, tentang masa muda mereka, apa yang mereka lakukan, dan tentang ilmu mereka, apa yang mereka lakukan dengannya.

 

Takhrij

 

Disebutkan juga dalam Lawami' al Anwar 2/191.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 235464, 249781

 

https://islamqa.org/hanafi/hadithanswers/119258/how-long-is-the-bridge-sirat-over-jahannam/

Hadith ucapan yang paling dibenci Allah swt

 

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

إن أبغض الكلام إلى الله أن يقول الرجل للرجل: اتق الله، فيقول: عليك بنفسك.”

 

Ucapan yang paling dibenci oleh Allah, seseorang menasihati temannya, ’Bertaqwalah kepada Allah’, namun dia menjawab: ’Urus saja dirimu sendiri (HR. Baihaqi dalam Syu’abul Iman 1/359, an-Nasaie dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 849, dan disahihkan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2598).

 

Ucapan ini dibenci kerana ia termasuk bentuk (sikap) kesombongan dan menyakiti perasaan orang yang mengajak dirinya untuk berbuat baik. Sepertimana disebutkan di dalam al-Quran:

 

Nabi Nuh ’alaihi salam, mengadu kepada Allah disebabkan sikap kaumnya semacam ini.

 

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا ( ) فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا ( ) وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا

 

Nuh berkata: “Ya Tuhanku Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri. (QS. Nuh: 5 – 7)

 

Perilaku baik ucapan dan perbuatan yang menolak kebenaran/ nasihat lalu meyakiti hati pemberi nasihat ini sejatinya adalah manifestasi kepada sifat kesombongan:

 

بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاس

 

Menolak kebenaran dan merendahkan manusia. (HR. Muslim no. 91)

 

Sikap seharusnya saat kita menerima nasihat adalah bersyukur atas nasihat dan peringatan dari sesama muslim. Hal ini kerana saling nasihat menasihati merupakan kewajipan sesama muslim.

 

Oleh kerana itu khalifah Umar bin Khathab Radhiyallahu ‘Anhu berkata:

 

رَحِمَ اللَّهُ مَنْ أَهْدَى إِلَيَّ عُيُوبِي

 

Semoga Allah Ta’ala merahmati orang yang menunjukkan kepadaku tentang aib-aibku (Ihya Ulumuddin 3/64).

 

Ataupun sebaiknya kita diam janganlah diterjemahan kesombongan tersebut, untuk mengelakkan ancaman dosa tersebut:

 

 

Daripada Sayidina Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

 

Barangsiapa beriman kepada  Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam (HR. Bukhari no. 6018 dan  Muslim no. 47).

 

Hal ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسُهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ بِهِ

 

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memaafkan untuk umatku terhadap apa yang terlintas di hati mereka, selagi mereka tidak melakukan atau mengucapkannya (HR. Muslim no. 127).

 

Rujukan

 

https://www.youtube.com/watch?v=_PVkCw-_jbI

 

https://nasehat.net/ucapan-yang-paling-dibenci-allah/

 

https://www.arrisalah.net/urus-saja-dirimu-sendiri-nahi-mungkar/

 

https://kangaswad.wordpress.com/2021/01/04/nasehat-tidak-berguna/

 

https://labrak.co/2022/04/perkataan-yang-paling-baik-dan-yang-paling-buruk/

 

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...