Friday, 31 May 2019
Hadith Lailatul Qadar pada malam ke 21 Ramadhan
Tawaf 50 kali di ampunkan dosanya seperti baru dilahirkan
Kalau tidak kerana adanya orang yang hidup, maka binasalah orang yang telah mati
Hadith mencicipi garam sebelum dan selepas makan
Sebaik-baik lauk adalah cuka
Hadith umatku dirahmati dosa segunung masuk kubur keluar bersih dosa
Hadith 27 kali istighfar
Berjabat tangan sambil berselawat
Monday, 27 May 2019
Hadith 120 rahmat di Batullah
Status hadith melihat 3 perkara itu ibadah
Hadits peristiwa ajaib kelahiran Nabi SAW
Matan hadith
لَمَّا كَانَ لَيْلَةَ وُلِدَ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلِّي اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ارْتَجَسَ إِيوَانُ كِسْرَى وَسَقَطَتْ مِنْهُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ شُرَّافَةً، وَخَمَدَتْ نَارُ فَارِسَ وَلَمْ تَخْمَدْ قَبْلَ ذَلِكَ بِأَلْفِ عَامٍ، وَغَاضَتْ بُحَيْرَةُ سَاوَةَ، وَرَأَى الْمُوبَذَانُ إِبِلًا صِعَابًا تَقُودُ خَيْلًا عِرَابًا قَدْ قَطَعَتْ دِجْلَةَ وَانْتَشَرَتْ فِي بِلَادِهِ
Terjemahan
Pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, istana maharaja Parsi roboh, 14 tiang utama di istana Parsi runtuh, terpadam api sembahan Majusi yang kekal menyala selama 1000 tahun, air tasik Sawah menjadi kering, mimpi aneh al-Mubizan, ahli nujum kerajaan Parsi melihat unta-unta menyeberangi Sungai Dijlah dan bertebaran di negara Parsi.
Takhrij
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dalamTarikh al-Tabari 1/459, al-Khara’iti dalam Hawatif al-Jan hal. 56, Abu Nu’aim dalam Dalail al-Nubuwwah no. 82, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah 1/126), Abu al-Qasim al-Asbahani (Dalail al-Nubuwwah hal. 147) dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 37/361.
Ibnu Asakir menilai kisah ini ganjil dalam Tarikh Dimasyq 72/221.
az-Zahabi menilai hadith ini gharib lagi munkar dalam Tarikh al-Islam 1/491.
Ibnu Hajar al-Asqalani menilai riwayat ini mursal dalam al-Khasais al-Kubra hal. 89.
Al-Sheikh Muhammad Khalil Harras menilai sanad hadith ini gelap, kesemua perawinya tidak dikenali dalam Tahqiq al-Khasais al-Kubra hal. 127.
Al-Sheikh Muhammad al-Ghazali menegaskan bahawa riwayat tentang irhashat semasa kelahiran Nabi SAW adalah rekaan semata-mata, dan Nabi Muhammad SAW tidak memerlukan keajaiban seperti itu. (Fiqh al-Sirah hal. 62).
Dr. Akram Diya’ al-‘Umari menegaskan bahawa kisah tentang peristiwa-peristiwa berkenaan adalah palsu. (al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah 1/100).
Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang keadaan lahirnya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam, namun sebahagiannya adalah riwayat-riwayat yang lemah. Diantaranya :
- Riwayat yang menceritakan bahawasanya beliau dilahirkan dalam keadaan tangannya seperti duduk bersandar dan matanya melihat ke atas langit, keadaan yang tidak wajar seperti bayi biasanya. Riwayat seperti ini lemah, tidak boleh dijadikan sandaran.
- Riwayat yang menceritakan bahawasanya ketika beliau dilahirkan kemudian diletakkan di atas periuk diperbuat daripada batu (Burmah) maka tiba-tiba batu itu pecah agar Nabi tetap melihat ke atas. (HR. Abu Nua'im dalam Dalail Nubuwah 1/172). Hadith ini adalah hadis Muʿḍal kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah bin Shalih yang merupakan seorang yang jujur tetapi banyak melakukan kesilapan.
- Riwayat yang menceritakan bahawasanya ibunya tatkala melahirkannya tiba-tiba azimat-aziimat yang dipakainya yang terbuat dari besi menjadi terpotong-potong.
- Riwayat yang menceritakan bahawasanya ibunya melihat dalam mimpinya ada yang menyuruhnya agar menamai anaknya dengan Muhammad, (HR. Abu Nua'im dalam Dalail Nubuwah no. 78), sanadnya wahi jiddan menurut Muhammad bin Yusuf al-Syami di dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad.
- Riwayat yang menceritakan bahawasanya tatkala Nabi dilahirkan maka bergetarlah istana raja Persia.
- Riwayat yang menceritakan bahawasanya tatkala Nabi dilahirkan api yang disembah oleh kaum Majusi padam
- Riwayat yang menceritakan bahwasanya Nabi shallallāhu ‘alayhi wa sallam dilahirkan dalam keadaan sudah tersunat (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 6148. Riwayat ini berasal hadith yang lemah (dhaif jiddan), dan tidak mampu dijadikan dalil. Ada pula riwayat lain bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam lahir kemudian pada hari ke-7 datuknya Abdul Mutallib menyunat beliau. Riwayat ini pun juga lemah, hanya saja sanadnya lebih baik daripada riwayat tentang Nabi lahir dalam keadaan sudah tersunat. (As-Sirah An-Nabawiyah As-Shahihah 1/100).
- Riwayat yang menceritakan Aminah tidak merasa dirinya mengandung. Kisah ini juga teramat dhaif kerana terdapat perawi yang teramat dhaif, al-Waqidi. Imam Bukhari berkata hadithnya tidak diambil, az-Zahabi berkata hadithnya disepakati ulama untuk ditinggalkan. (Thabaqat al-Kubra 1/78-79).
- Riwayat yang menceritakan bahwasanya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dilahirkan dalam keadaan bersujud (Thabaqat al-Kubra 1/103). Dr. Akram Dhiya` menyatakan, sanadnya dhaif. Sebahagian hadith lain nampak cuba menguatkannya tetapi ia tidak dapat kerana ia mengandungi riwayat-riwayat al-Waqidi. Al-Waqidi itu matruk (ditinggalkan hadithnya).
- Riwayat yang menceritakan terdapat suara-suara bisikan jin pada malam kelahiran Nabi saw serta menyatakan gembira tentangnya. Serta hancurnya berhala-berhala Mekah. Di dalam sanad kisah ini terdapat 2 perawi pendusta, iaitu Abdullah bin Muhammad al-Balwi dan Imarah bin Zaid.
Kelebihan surah al-Ikhlas
Hadith 1
Matan hadith
عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :لما
أسري إلى السماء رأيت العرش على ثلثمائة وستين الف ركن من الركن الى الركن ثلثمائة
الف وتحت كل ركن اثنا عشر الف صحراء من المشرق الى المغرب وفي كل صحراء ثمانون
الفا من الملائكة يقرؤون قل هو الله احد فإذا فرغوا من القراءة يقولون يا ربنا يا
سيدنا قد وهبنا ثواب هذه القراءة لمن قرأ قل هو الله احد من الرجال والنساء...
Terjemahan
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
saya {Rasulullah SAW} Isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360000 tiang
dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300000 tahun
perjalanan. Pada tiap-tiap tiang itu terdapat padang pasir yang jumlahnya
12000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke
barat. Pada setiap padang itu terdapat 80000 Malaikat yang mana kesemuanya
membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini kami
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mahupun
perempuan...
Takhrij
Hadith ini ditemukan di dalam kitab sufi yang ditulis oleh As-Sayyid
Muhammad Haqqiy An-Naziliy dalam Khazinat al-Asrar Jahilat al-Azkar hal. 162
dan Syeikh Utsman al-Khubawie dalam Durratun Nasihin hal. 332, tanpa sanad.
Pentahqiq Durratun Nasihin dalam nota kaki hadith ini menyebutkan,
hadith ini tidak ditemui asal daripada kitab hadith muktabar sunnah.
Dinilai maudhu' ( palsu ) oleh panel dakwah JAKIM dalam soal jawab
kemusykilan agama
Hadith
2
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ،
فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى
طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ
بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ
لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ،
فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ
ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ
اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ
لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟
قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ.
Terjemahan
Pernah
suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari terbit dengan
sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya.
Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril,
mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku
lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah
bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan
70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’.
Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwallahu Ahad (Surah
al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya.
Maka adakah anda ingin wahai Pesuruh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh
berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat
ke atas Muawiyah kemudian pulang.
Takhrij
HR.
Tsa'labi sepertimana disebutkan oleh al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam
al-Quran 20/250.
Ibn
al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiyah 1/298: “Tidak sahih.”
Ibn
Hibban dalam al-Majruhin 2/173: “Hadith munkar yang tidak dapat dikuatkan
dengan mutabaah.”
Imam
Nawawi berkata Ulama sepakat atas kedhaifan hadith ini antaranya al-Baihaqi
dengan katanya, ‘al-Ala’ mengambil hadith daripada Anas dengan hadith-hadith
munkar.”
Berkata
Imam al-Bukhari: “Munkarul Hadith”. Begitu juga pendapat Abu Hatim dan Ibn Adi
(Khulasah
al-Ahkam 2/964).
Hadith
3
روى أبو نعيم من حديث أبي العلاء يزيد بن عبد الله بن الشخير عن أبيه قال:
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: “من قرأ { قل هو الله أحد } في مرضه الذي يموت
فيه لم يفتن في قبره، وأمن من ضغطة القبر، وحملته الملائكة يوم القيامة بأكفها حتى
تجيزه من الصراط إلى الجنة”
Terjemahan
Abu
Nu’aim meriwayatkan dari hadith dari Abul ‘Alaa’ Yazid bin Abdullah
Asy-Syikhkhir, dari ayahnya, ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bersabda: ”Barangsiapa membaca surat “Qul Huwallaahu Ahad” (yakni surah
Al-Ikhlas) pada sakit yang membawa kepada kematiannya, nescaya ia tidak akan
menghadapi fitnah dalam kuburnya (yakni pertanyaan dan siksaan di alam kubur),
ia juga aman dari disempitkan kuburnya, dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap-sayapnya melalui titian sirat mustaqim sampai ke dalam syurga.”
Takhrij
HR.
Abu Nu’aim di dalam Hilyatu Al-Auliya’ 2/213, dan at-Thabarani dalam Mu'jam
Al-Ausath 2/54 no.5913.
Hadith
ini dinilai Maudhu’ (PALSU) oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif
dan Maudhu' 1/473 no. 301.
Rujukan
Al-Kafi
li al-Fatawi no. 346
Khazinat
al-Asrar Jalilat al-Azkar, Syed Muhammad Haqqi an-Naziliy, 1909, Darul Kutub
Arabiyyah Kubra, Mesir.
Durratun
Nasihin, Syeikh Utsman al-Khubawie, 2016, Darul Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut,
Lebnon
http://kemusykilan.islam.gov.my/v2/index_jawapan.php?ids=106380&q=
https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.361929/page/n1
Kisah Nabi SAW bercakap dengan binatang
Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as
Matan kisah Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...
-
Hadith tular Malaikat menyentuh pipi wanita lalu bertanya kepada Allah S.W.T . "Ya Allah , kenapa pipi perempuan kelihatan ranu...
-
Teks Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita-wanita lain berhias dengan barang emas. ...
-
Matan Hadith عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ " قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ ...