Secara eksplisit tidak ditemukan dengan jelas dalil dan pendapat ulama yang menerangkan hal demikian.
Yang ada cuma keutamaan tempat
Raudhah adalah tempat yang
memiliki keutamaan sebagaimana yang Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam
sabdakan:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ
"Tempat yang ada diantara
rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga.
Bukhari no.1195 dan Muslim no.1390.
Dan ulama berbeza pendapat akan
maksud taman-taman syurga itu kepada:-
Pertama, bahawa makna hadith ini
sesuai tekstualnya. Ertinya, bahawa tempat ini (antara rumah dan mimbar Nabi)
akan diangkat oleh Allah dan dijadikan taman syurga.
Kedua, Sehingga ibadah di sana
akan mengantarkan seseorang itu menuju syurga.
Ketiga, bahwa hadith ini
berbentuk majaz (kiasan), dalam erti, tempat antara rumah Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam dengan mimbar beliau disebut sebagai raudhah, kerana di zaman
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di tempat ini wahyu disampaikan, kajian
dirutinkan, iman ditumbuhkan, ibadah disemarakkan, semua sahabat khusyu dan
tunduk di hadapan Allah Ta’ala.
Kesimpulan ini disampaikan
al-Hafidz Ibnu Hajar – rahimahullah –. Dan menurut beliau, pendapat ketiga
paling mendekati kebenaran. (Fathul Bari, 4/100).
kerana bersesuaian dengan maksud
hadith:-
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ، فَارْتَعُوا “، قَالُوا: وَمَا
رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: ” حِلَقُ الذِّكْرِ
Apabila kalian melewati taman
syurga, mendekatlah. Sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” beliau bersabda,
“Halaqah ilmu.” (HR. Tirmidzi no. 3852, Ahmad no. 12523 dan disahihkan
al-Hakim).
Disebabkan kemulian tempat
tersebut, maka sebahagian ulama mensunnahkan untuk beribadat di sana kerana
pahalanya akan berlipat ganda, tetapi tidak pula menyebut tempat terkabulnya
doa (Fatwa Thariqah Islamiyyah no. 26461).
Meski memiliki segudang keistimewaan,
tanah Madinah seperti tanah yang lain tidak mampu mensucikan penghuninya,
sebagaimana dikatakan oleh Salman al-Farisi Radhiyallahu anhu :
إِنَّ الْأَرْضَ لَا تُقَدِّسُ أَحَدًا, وَإِنَّمَا
يُقَدِّسُ الْإِنْسَانَ عَمَلُهُ
Sungguh tanah tidak mensucikan
orang, yang mensucikannya hanyalah amalannya (HR. Malik dalam al-Muwaththa` no.
2842, munqathi').
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 115693
http://www.salamdakwah.com/pertanyaan/2671-apakah-benar-raudhah-adalah-tempat-yang-baik-untuk-berdoa-supaya-dikabulkan