Wednesday, 29 September 2021

Peristiwa besar bulan Safar

 

Habib Abu Bakar al-‘Adni menyebutkan dalam Mandzumah Syarh al-Atsar fi ma Warada ‘an Syahri Safar  hal. 9. Rasulullah melakukan sejumlah aktiviti penting di bulan ini untuk menggugurkan anggapan negatif orang-orang pada masa jahiliah. Di antara aktiviti penting yang beliau lakukan adalah: 

 

1. Pernikahan Rasulullah dengan Khadijah

 

 

مُبْتَدِئًا زَوَاجَهُ مِنْ أُمِّنَا # خَدِيْجَةَ الْكُبْرَى بِأَيَّامِ صَفَرْ وَكَانَ هَذَا قَبْلَ وَحْيِ رَبِّنَا... 

 

Dimulai dengan pernikahan beliau dengan Khadijah al-Kubra di hari-hari bulan Safar, dan pernikahan itu berlangsung sebelum datang wahyu dari Allah (sebelum masa kenabian).

Dr. Akram Dhiya’ al Umari menyatakan, riwayat-riwayat yang lemah, bahkan kebanyakan sangat lemah, menjelaskan secara terperinci berkenaan pernikahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Ummul Mu’minin Khadijah bintu Khuwailid. (As Sirah ash Shahihah, Dr. Akram Dhiya’ al Umari 1/112).



kerana ada riwayat menyatakan pernikahan berlansung pada bulan safar ada riwayat bulan rabiulawal

2. Rasulullah menikahkan Fatimah dengan Ali bin Abi Thalib pada bulan ini 

 

وَزَوَّجَ الزَّهْرَاءَ فِيْهِ فَرِحَا ... 

 

Rasulullah menikahkan az-Zahra (Siti Fatimah) di bulan Safar dengan senang…

 

3. Hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah juga terjadi di bulan Safar. 

 

وَهِجْرَةُ الرَّسُوْلِ فِيْمَا ذَكَرُوا # بِآخِرِ الْأَيَّامِ فِي غَارِ الْحَجَرْ

 

Hijrahnya Rasulullah pada akhir bulan Safar di gua al-Hajar sebagaimana para ulama sebutkan.

 

 

4. Perang pertama dalam Islam, iaitu perang Abwa 

 

وَغَزْوَةُ الْأَبْوَاءِ فِيْهِ صَدَرَتْ ... 

 

Perang Abwa di bulan Safar yang terjadi di permulaan.”

 

Adapun peristiwa-peristiwa penting lain yang tidak disebutkan termasuk 

 

5. Penaklukan Khaibar pada tahun ke-7 Hijriah terjadi di bulan Safar. 

 

6. Rasulullah mengutus Usamah bin Zaid kepada pimpinan perajurit Rom tahun 11 Hijriah, itu terjadi beberapa hari pra-wafatnya Rasulullah saw.  

 

Rujukan

 

Zadul Ma'ad, 3/164-165, 3/339-340, 3/657

 

Mandzumah Syarh al-Atsar fi ma Warada ‘an Syahri Safar  hal. 9

Doa diajarkan Nabi saw kepada Fatimah ra

 

Matan hadith

 

ﻭﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺑﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﻔﺎﻃﻤﺔ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﻣﺎ ﻳﻤﻨﻌﻚ ﺃﻥ ﺗﺴﻤﻌﻲ ﻣﺎ ﺃﻭﺻﻴﻚ ﺑﻪ ﺃﻥ ﺗﻘﻮﻟﻲ ﺇﺫا ﺃﺻﺒﺤﺖ ﻭﺇﺫا ﺃﻣﺴﻴﺖ ﻳﺎ ﺣﻲ ﻳﺎ ﻗﻴﻮﻡ ﺑﺮﺣﻤﺘﻚ ﺃﺳﺘﻐﻴﺚ ﺃﺻﻠﺢ ﻟﻲ ﺷﺄﻧﻲ ﻛﻠﻪ ﻭﻻ ﺗﻜﻠﻨﻲ ﺇﻟﻰ ﻧﻔﺴﻲ ﻃﺮﻓﺔ ﻋﻴﻦ.

 

 

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Siti Fatimah, Tiada sesuatu pun yang menghalangimu untuk mendengarkan wasiat yang aku akan sampaikan, iaitu ketika waktu pagi dan petang, maka bacalah doa ini

 

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

 

Wahai Dzat yang Maha Hidup, serta Maha Berdiri Sendiri, dengan Rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaiki seluruh urusan atau keadaanku, dan janganlah Engkau mewakilkan aku kepada diriku sendiri dalam sekejap mata pun

 

Takhrij

 

HR. An-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 10405, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6368, al-Hakim dalam Mustadraknya no. 2000, at-Thabarani dalam Mu’jam as-Saghir no. 444, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa Lailah no. 47, daripada Anas bin Malik ra.

 

Didhaifkan oleh Imam al-Bazzar.

 

Didhaifkan oleh Imam at-Thabarani.

 

Sanadnya sahih menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/313.

 

Sanadnya hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 7/557.

Doa murah rezeki, إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا (Inna fatahna laka fathan mubina)?

 

Matan hadith yang digunakan luar konteks pemahaman,

 

لقَدْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَةٌ هي أَحَبُّ إلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا جَمِيعًا :إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا 

 

Telah diturunkan kepadaku (surat) yang dia lebih aku cintai daripada terbitnya matahari. Kemudian beliau membaca: Inna fatahna laka fathan mubina (surah Al Fath) (HR. Muslim no. 1786 dari Anas bin Malik ra).

 

Juga dirawayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 4553, Musnad Ahmad 1/114 daripada Umar al-Khattab ra:

 

عن عمر بن الخطاب رضي اللَّه عنه أن النبي صلّى اللَّه عليه وسلّم قال: «نزل علي البارحة سورة هي أحب إلي من الدنيا وما فيها: إِنَّا فَتَحْنا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَما تَأَخَّرَ»

 

Dari Umar bin Al-Khattab r.a., bahawasannya Nabi saw. bersabda, “Telah turun kepadaku tadi malam, surah yang lebih aku cintai dari pada dunia dan seisinya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Nescaya Allah akan mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.”

 

Tetapi tidak ditemukan dalam mana-mana riwayat hadith dan atsar para sahabat menceritakn tentang amalan membaca surah al-Fath ayat 1 11x pada awal pagi atau pada malam awal Ramadhan (إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا) untuk memurahkan rezeki.

 

Melainkan sumber itu datang dari saranan ulama sahaja dalam kitab-kitab mereka seperti Kanzul Najah dan Khazinat al-Asrar hal. 190.

 

Dalam Fatwa Syabakah Islamiyah no. 127107 menyebutkan amalan membaca surah sekian-sekian pada hari tertentu tanpa tuntunan dalil yang sahih seperti surah al-Fath ayat 1 ini di awal malam Ramadhan adalah perkara baharu yang diada-adakan dalam agama. Dengan mengambil fatwa ini, dapatlah disimpulkan membawa al-Fath ayat 1 pada pagi hari sebanyak 11x dengan tujuan menarik rezeki juga tidak ada tuntunannya dari Sunnah. Ia direka-reka.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 127107

 

Kisah iblis bertemu Nabi Musa as untuk bertaubat

 

Matan kisah

 

فمن أبوابه العظيمة الغضب والشهوة فإن الغضب هو غول العقل وإذا ضعف جند العقل هجم جند الشيطان ومهما غضب الإنسان لعب الشيطان به كما يلعب الصبي بالكرة فقد روي أن موسى عليه السلام لقيه إبليس فقال له يا موسى أنت الذي اصطفاك الله برسالته وكلمك تكليما وأنا خلق من خلق الله أذنبت وأريد أن أتوب فاشفع لي إلى ربي أن يتوب علي فقال موسى نعم فلما صعد موسى الجبل وكلم ربه عز وجل وأراد النزول قال له ربه أد الأمانة فقال موسى يا رب عبدك إبليس يريد أن تتوب عليه فأوحى الله تعالى إلى موسى يا موسى قد قضيت حاجتك مرة أن يسجد لقبر آدم حتى يتاب عليه فلقي موسى إبليس فقال له قد قضيت حاجتك أمرت أن تسجد لقبر آدم حتى يتاب عليك فغضب واستكبر وقال لم أسجد له حياً أسجد له ميتاً ثم قال له يا موسى إن لك علي حقاً بما شفعت لي إلى ربك فاذكرني عند ثلاث لا أهلكك فيهن اذكرني حين تغضب فإن روحي في قلبك وعيني في عينك وأجري منك مجرى الدم اذكرني إذا غضبت فإنه إذا غضب الإنسان نفخت فيه أنفه فما يدري ما يصنع واذكرني حين تلقى الزحف فإني آتي ابن آدم حين يلقى الزحف فأذكره زوجته وولده وأهله حتى يولى وإياك أن تجلس إلى امرأة ليست بذات محرم فإني رسولها إليك ورسولك إليها فلا أزال حتى أفتنك بها وأفتنها بك فقد أشار بهذا إلى الشهوة والغضب والحرص فإن الفرار من الزحف حرص على الدنيا وامتناعه من السجود لآدم ميتاً هو الحسد وهو أعظم مداخله وقد ذكر أن بعض الأولياء قال لإبليس أرني كيف تغلب ابن آدم فقال آخذه عند الغضب وعند الهوى فقد حكي أن إبليس ظهر لراهب فقال له الراهب أي أخلاق بني آدم أعون لك قال الحدة فإن العبد إذا كان حديداً قلبناه كما يقلب الصبيان الكرة وقيل إن الشيطان يقول كيف يغلبني ابن آدم وإذا رضي جئت حتى أكون في قلبه وإذا غضب طرت حتى أكون في رأسه

 

Terjemahan

 

Suatu ketika Iblis bertemu dengan Nabi Musa as. seraya berkata, “Wahai Musa, engkau adalah orang yang telah dipilih oleh Allah dengan risalahNya dan diberikan keistimewaan mampu berbicara denganNya secara langsung. Sementara aku adalah makhluk Allah yang telah derhaka kepadaNya. Oleh kerana itu, tolonglah aku agar Allah mahu mengampuni dosa-dosaku.”

 

Mendengar permintaan Iblis tersebut, Nabi Musa as. pun menyanggupinya. Kemudian beliau menaiki sebuah gunung dan berbicara kepada Allah di sana. Ketika mahu turun dari atas gunung, Allah berfirman kepada beliau, “Sampaikanlah amanah yang telah engkau terima”. Nabi Musa as. langsung menjawab, “Ya Tuhanku, hambaMu, Iblis, menghendaki agar diampuni dosa-dosanya.“ Allah berfirman kepada beliau, “Wahai Musa, sungguh Aku telah menerima dan mengabulkan permintaanmu. Suruhlah dia bersujud kepada kuburan Adam sampai dia (Adam) menerima taubatnya.”

 

Setelah itu, Nabi Musa as. bertemu dengan Iblis dan berkata, “Wahai Iblis, aku telah melaksanakan permintaanmu. Allah memerintahkanmu untuk bersujud kepada kuburan Nabi Adam sampai dia menerima taubatmu.” Mendengar penjelasan itu, Iblis marah dan takabur sambil berkata, “Ketika Adam masih hidup, aku tidak mau bersujud kepadanya. Apalagi sekarang dia sudah mati!” Kemudian dia berkata, “Wahai Musa, sesungguhnya aku berhutang budi kepadamu kerana telah menolongku untuk mengaturkan taubatku kepada Tuhanmu.”

 

Oleh kerana itu, ingatlah kepadaku ketika engkau berada dalam tiga hal, maka aku tidak akan mencelakakanmu, yaitu:

 

Pertama, ingatlah kepadaku ketika engkau marah. Kerana rohku ada dalam hatimu, mataku ada dalam matamu dan aku menjelajahi tubuhmu melalui peredaran darah. Ingatlah kepadaku ketika engkau marah. Kerana sesungguhnya ketika manusia marah, aku meniup mulutnya, sehingga dia tidak bisa mengawal dirinya;

 

Kedua, ingatlah kepadaku ketika engkau sedang susah (sulit). Kerana sesungguhnya aku mendatangi anak Adam ketika sedang susah, di mana aku mengingatkannya kepada isterinya, anak-anaknya dan seluruh keluarganya. Sehingga dia mengambil jalan pintas dan berpaling dari jalan yang benar;

 

Dan ketiga, waspadalah ketika engkau duduk berduaan dengan perempuan yang bukan mahramnya. Kerana sesungguhnya dia merupakan utusanku kepadamu agar engkau menggodanya. Di mana aku tidak akan pergi barang sebentar sampai aku sukses menodaimu melaluinya dan menodainya melaluimu.’…..dst….

 

Takhrij

 

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Duniya dalam Makayid al-Syaithan sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 1/107 daripada Ibnu Umar ra. Juga ditemukan dalam Tarikh Dimasyq Ibnu Asakir 16/127, Talbis Iblis Ibnu Jauzi dan Takhrij Ihya’ 3/32 oleh Imam al-Ghazali rah.

 

Dhaif menurut al-Munawi dalam Faidhul Qadir 3/166.

 

Bahagian ketiga hadith, mahram itu dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 2213.

 

Tidak tsabit dari Nabi saw menurut Dr. Hussam Afana dalam Fatwa Dr. Hussam Afana 18/20 no. 20.

 

Dhaif menurut kajian  majles alukah (https://majles.alukah.net/t159719/)

 

Rujukan

 

https://bincangsyariah.com/kalam/memetik-hikmah-dari-pesan-iblis/

 

https://al-maktaba.org/book/9472/778

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 75969

 

http://islamport.com/k/ftw/3712/978.htm

Hadith ucapan malaikat dan syaitan sebelum tidur

 

Matan hadith

 

إذا آوى الرَّجلُ إلى فراشِهِ ابتدرَهُ ملكٌ وشيطانٌ فيقولُ الملكُ: اختم بخيرٍ، ويقولُ الشَّيطانُ: اختم بشرٍّ، فإن ذكرَ اللَّهَ ثمَّ نامَ باتَ الملكُ يكلَؤهُ

 

 

Terjemahan

 

Apabila manusia berbaring di pembaringannya (akan tidur), malaikat dan syaitan segera menghampirinya. Malaikat membisikkan, “Akhiri (malammu) dengan kebaikan”,sedangkan syaitan membisikan, “Akhiri (malammu) dengan keburukan”. Apabila dia berzikir menyebut nama Allah kemudian tidur, maka malaikat melindungi dia di malam itu.

 

Takhrij

 

HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 10690, Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 1791, al-Hakim dalam Mustadraknya no. 2011, Ibnu Hibban no. 5533, daripada Jabir ra.

 

 

Hasan menurut Ibnu Hajar dalam al-Amali al-Halabiyah 1/25. Manakala dalam Nataij al-Afkar 3/78 beliau menilai hasan gharib.

 

Sanadnya sahih menurut al-Munndziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/284.

 

Sahih menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/123.

 

Dhaif menurut Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 6/282.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 346.

Hadith rezeki datang walau tidak dicari

 

Matan hadith

 

عن عبدالله بن عمر جاء سائلٌ إلى النَّبيِّ فإذا تمرةٌ عائرةٌ فأعطاه إيّاها وقال النَّبيُّ ﷺ: (خُذْها لو لم تأتِها لَأتَتْكَ)

 

Terjemahan

 

Ambillah kurma itu. Jika engkau tidak mendatanginya maka kurma itu akan datang kepadamu

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban no. 3240 daripada Ibnu Umar ra.

 

Sahih menurut Ibnu Hibban dan Syeikh al-Arnauth.

Atsar salaf menjawab salam orang bukan Islam

 

Matan atsar

 

وروي عن بعض الصحابة - كابن عبـاس - أنهم كانوا يقولون للذمي: السلام عليك

 

وعن الشعبي من أئمة السلف أنه قال لنصراني سلم عليه : وعليك السلام ورحمـة الله تعالى. فقيل له في ذلك، فقال: أليس في رحمـة الله يعيش.

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari sebahagian sahabat seperti Ibnu Abbas ra, bahawa mereka berkata kepada seorang Dzimmi “assalamualaik”.

 

Dari asy-Sya’bi bahawa ia menjawab salam orang Nasrani kepadanya dengan ucapan “waalaikumussalam warahmatullahu”. Lalu ada menanyakan beliau mengenai hal ini, maka beliau berkata “Bukankah ia hidup dalam rahmat Allah swt”.

 

Takhrij

 

Kedua-dua atsar ini ditemukan dalam kebanyakan kitab tafsir seperti Tafsir Zamakhsyari 1/545, Tafsir ar-Razi 10/214, Tafsir al-Manar 5/254, Fiqhul Jihad al-Qardhawi (t) 3/163.

 

Sanad penuh atsar Asy-Sya’bi seperti disebutkan oleh Abu Hilal al-‘Askari dalam Diwan al-Ma’ani 2/217:

 

حدثنا أبو أحمد عن الصولي عن الغلابي عن العباس بن بكار عن أبي بكر الهذلي قال سلم نصراني علي الشعبي فقال له الشعبي وعليك السلام ورحمة الله، فقال له رجل سبحان الله تقول لهذا النصراني ورحمه الله! فقال الشعبي أليس في رحمة الله يعيش

 

Az-Zahabi menyebutkan penilaian para nuqqad pada perawi Abbas bin Bakr dalam al-Mizanul ‘Itidal 2/382:

 

Ad-Daruquthni menilai Abbas bin Bakr seorang pendusta.

 

Ibnu Adi juga berkata Abbas adalah munkarul hadith.

 

Al-Uqaili berkata dia selalu wahm dan meriwayatkan hadith munkar

 

Az-Zahabi berkata riwayat Abbas bin Bakr dari Abi Bakar al-Hudzali adalah matruk

 

Hadith asbabun nuzul surah al-Qadr

 

Adapun sebab dan latar belakang adanya lailatul Qadar itu adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas Ra.

 

 

 روي عطا عن إبن عـباس, أنـه ذكـر لرسـول الله ص.م رجـل من بني إسـرئيل حمل السـلاح على عاتقـه في سبيل الله ألف شـهر فعجـب رسـول الله ص.م  وتمـنى أن يكون لأمـته من الفضـائل فقـال : يارب جعـلت أمتي اقصر الأمم أعمـارا واقـلهم أعـمالا, فـأعـطاه الله تعـالى ليلـة القـدر خير من ألف شـهر ألتي حمل فيـها ألإســرائيلي ألســلاح في سـبيل الله لك ولأمتـك إلى يوم القيـامـة

 

Atha’ meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawasanya di ceritakan kepada Nabi SAW ada seorang laki-laki Bani Israil yang membawa / memikul senjata selama 1000 bulan fi sabilillah, kemudian Rasul saw merasa takjub dan tertarik berkeingingan umatnya mendapatkan kelebihan seperti itu (orang Bani Israil) lalu Nabi SAW berdo’a : Ya Tuhanku engkau jadikan umatku pendek-pendek umurnya dan sedikit amalnya, maka Allah memberinya lailatur qadar (yang nilainya) lebih baik dari 1000 bulan untuk engkau (Muhammad) dan untuk umatku hingga hari kiamat nanti, sebagaimana orang Bani Israil dulu telah memikul senjata di jalan Allah 1000 bulan

 

Takhrij

 

HR. at-Thabari dalam Tafsirnya 3/289-290, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 4/306

 

al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 7/265, berkata hadith ini mursal.

 

Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 4/530 berkata hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dari Mujahid dengan sanad yang terputus.

 

Al-Baghawi dalam Tafsirnya 4/512 membawakan sanad dari Atha' dari Ibnu Abbas ra. dari Rasulullah saw....

 

Hadith ini berdarjat dhaif dan telah dimuatkan dalam Himpunan Hadith dan Atsar lemah dan Palsu 4/570 no. 10881.

 


Hadith surah yang agung dan paling dicintai Allah swt

 

Matan hadith

 

إنَّكَ لنْ تقرَأَ سورةً أحَبَّ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ ولا أبلَغَ مِن {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} فإنِ استطَعْتَ ألّا تدَعَها في صلاةٍ فافعَلْ

 

Terjemahan

 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Wahai Uqbah, tidaklah engkau membaca satu surah yang paling dicintai Allah dan paling agung di sisi-Nya selain surah al-Falaq. Jika engkau mampu untuk tidak ketinggalan membacanya dalam setiap solat, maka lakukanlah.”

 

Takhrij

 

HR. Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Ath-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/148, Al-Baihaqi dhaif menurut at-Thabarani dan disahihkan oleh syeikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhib no. 1485

Tuesday, 21 September 2021

Hadith zaman penuh tipu daya

 

Matan hadith

 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ.

 

 

Terjemahan

 

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda: “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidhah turut bicara.” Lalu beliau ditanya, “Apakah al-ruwaibidhah itu?” Beliau menjawab,“Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum".

 

 

Takhrij

 

 

HR. Ibnu Majah no. 4026, Ahmad no. 7571, al-Hakim 5/659.

 

Terdapat 2 perawi bermasalah, iaitu Ishaq bin Abi Al-Furat dikomentari oleh Maslamah bin Qasim, Ibnu Hajar al-Asqalani dan az-Zahabi sebagai rawi majhul. Juga rawi yang bernama Abdul Malik bin Qudamah bin Ibrahim  Imam az-Zahabi dan Ibnu Hajar al-Asqalani menilainya dhaif.

 

Imam Ahmad juga meriwayatkan matan hadith tersebut dari Anas bin Malik ra:

 

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَمَامَ الدَّجَّالِ سِنِينَ خَدَّاعَةً يُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيَتَكَلَّمُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الْفُوَيْسِقُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ.

 

“Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sebelum munculnya Dajjal akan ada beberapa tahun munculnya para penipu, sehingga orang jujur didustakan, sedang pendusta dibenarkan. Orang yang amanat dikhianati, sedang orang yang suka berkhianat dipercaya, dan para al-ruwaibidhah angkat bicara,” ada yang bertanya, apa itu ruwaibidhah? Rasulullah saw bersabda, “Orang fasik yang berbicara tentang persoalan besar masyarakat umumnya”

 

Syeikh al-Arnauth, dalam Ta’liq Musnad Ahmad no. 7912 menilai hadith ini hasan.

 

Syeikh al-Albani, mensahihkan riwayat Ibnu Majah sepertimana disebutkan dalam Sahih Ibnu Majah no. 4036.

Hadith berdoa dengan Ismullah al-A’dzam

 

Matan hadith

 

أنَّ رجُلًا دعا، فقال: اللَّهمَّ إنِّي أسْأَلُكَ بأنَّ لكَ الحمْدَ، لا إلهَ إلّا أنتَ المنّانُ، بَديعُ السَّمواتِ والأرضِ، يا ذا الجَلالِ والإكرامِ، يا حَيُّ يا قيُّومُ، فقال النَّبيُّ : لقدْ دعا اللهَ باسْمِه الأعظَمِ الذي إذا دُعِيَ به أجابَ، وإذا سُئِلَ به أعْطى

 

Terjemahan

 

Ketika Nabi Saw. sedang duduk bersama Anas bin Malik ra. lalu baginda mendengar seorang lelaki berdoa

 

الّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ، لَا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ يَا مَنَّانُ يَا بَدِيْعَ  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، يَا ذَا الْجَلَاَل وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ

 

Lalu Nabi Muhammad Saw. berseloroh: “kalian tahu dia berdoa dengan apa ?“ Para sahabat hanya menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau lalu berkata: “Demi jiwaku yang berada di genggaman-Nya, sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang Agung (al-Ismu al-A’zham), jika hamba berdoa dengan Ismul A’zham, Allah nescaya mengabulkannya. Jika Allah diminta, Dia nescaya akan memberikannya.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 1495, an,-Nasaie no. 1300, Ibnu Majah no. 3858, Ahmad no. 12205, daripada Anas bin Malik ra

 

Sahih menurut al-Mundziri dalam al-Targhib 2/393, syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Mashabih no. 2230 dan Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Ma'ad 4/188.

 

 

Dan ada banyak lagi hadith yang menyatakan Ismullah al-A’dzam dan kelebihannya:-

 

 

a) Hadith Buraidah (HR. Tirmidzi no. 3812, sahih al-Arnauth).

 

b) Hadith Asma bintu Yazid (HR. Ahmad no. 27611, hasan al-Albani).

 

c) Hadith Abu Umamah (HR. Ibnu Majah no. 3988, sahih al-Albani).

 

 

Menyebutnya antara peluang tinggi dikabulkan doa

 

 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut Ismullah al-A’dzam sebagai pengantar kemujaraban doa. Dengan menyebut nama ini, doa dan permohonan hamba menjadi lebih berpeluang untuk dikabulkan.

 

Kerana itulah, sebahagian dari adab dalam berdoa, memperbanyakkan pujian kepada Allah swt, sebelum mengatur doa.

 

Seperti membaca asmaul husna atau pujian Allah lainnya, yang disesuaikan dengan doa yang kita panjatkan.

 

Allah berfirman,

 

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (QS. al-A’raf: 180).

 

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, ‘Dikatakan maksud nama yang paling agung adalah semua nama diantara nama-nama Allah Ta’ala dimana seorang hamba berdoa dengan sepenuh (hati) yang dalam gikirannya tidak ada selain Allah Ta’ala. Maka barangsiapa yang melakukan seperti itu, maka akan dikabulkan (Fathul Bari 11/224).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 146569

Hadith menutup kepala bagi Nabi saw

 

Nabi saw. suka memakai minyak rambut. Untuk menjaga kebersihan kopiah dan serban, beliau sering memakai sehelai kain sebagai penutup kepala.

 

عن أنسِ بنِ مالكٍ قال كان رسولُ اللهِ يُكثِرُ القناعَ كأن ثوبَه ثوبُ زيّاتٍ

 

Rasulullah saw. kerap kali menutup kepala, seakan-akan kain beliau seperti kain tukang minyak (HR Tirmidzi dalam Syamail Muhammadiyah no. 127, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 6464, daripada Anas bin Malik ra, hasan menurut as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 7122, dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif jami’ no. 4602)

 

 

كان يُكْثِرُ القِناعَ، ويُكْثِرُ دَهْنَ رأسِه، ويُسَرِّحُ لِحيتَه بالماءِ

 

Rasulullah saw. sering memakai tutup kepala, meminyaki rambutnya, dan menyisir janggutnya." (HR. Baihaqi dari Sahl bin Sa'ad ra, dhaif al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2356)

 

 

Menurut riwayat, jika Nabi saw. tidak memakai tutup kepala dan tidak pula memakai serban, beliau balut kepala beliau dengan kain sebagai serban.

 

خرج النبی وعليه عصابة دسماء »

 

 Rasulullah saw. pernah keluar dengan kepala yang dibalut dengan sehelai kain yang berwarna kelabu (HR. Bukhari no. 3628, 3800 daripada Ibnu Abbas ra)

 

 

فَخَرَجَ النبيُّ وقدْ عَصَبَ على رَأْسِهِ حاشِيَةَ بُرْدٍ

 

Rasulullah saw.pernah membalut kepalanya dengan kain yang bercorak (HR. Bukhari no. 3799, daripada Anas ra)

Hadith Allah swt menuruti persangkaan hambaNya

 

Matan hadith

 

إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ،

 قال: أنا عندَ ظَنِّ عبدي بي، إنْ ظَنَّ بي خَيْرًا فلَه، وإنْ ظَنَّ شَرًّا فلَه

 

 

Terjemahan

 

Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman, “Aku mengikuti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Apabila ia berprasangka baik terhadap-Ku, maka ia akan mendapatkan kebaikan. Apabila ia berprasangka buruk terhadap-Ku, maka ia akan mendapatkan keburukan

 

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 9076, Ibnu Hibban no. 639, daripada Abu Hurairah ra.

 

 

Sahih menurut syeikh al-Arnauth dalam semakan beliau ke atas Musnad Ahmad dan Sahih Ibnu Hibban.

 

Sahih menurut syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 4315.

 

 

Hadith semakna, juga direkodkan dalam Sahih Bukhari no.7405, Muslim no. 2675 dll

 

 

 

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...