Thursday, 21 July 2022

Hadith soalan kubur ada 5?

 

Ada hadith ke tentang malaikat tanya kita di dalam kubur?

 

Soalan begini:

 

1) Siapa tuhan kamu?

2) Siapa Nabi kamu?

3) Apa agama kamu?

4) Siapa imam kamu?

5) Apa kiblat kamu?

 

Ulasan

 

Rujukan bagi soalan ini hendaklah merujuk kepada kitab-kitab hadith muktabar, antara hadith-hadith berkaitan masalah ini adalah HR. Abu Daud no. 4127 dan Ahmad no. 18534, daripada Bara’ bin ‘Azib ra:-

 

Kami bersama Rasulullah keluar untuk melihat jenazah seorang laki-laki Anshar, kami pun tiba di pemakaman. Ketika lubang lahat telah dibuat, Rasulullah duduk, lalu kami ikut duduk di sisinya. Kami diam, seakan-akan di atas kepala kami ada burung. Saat itu beliau memegang sebatang kayu yang ditancapkan ke dalam tanah, beliau lalu mengangkat kepalanya dan bersabda, "Mintalah perlindungan kepada Allah dari siksa kubur." Beliau ucapkan kalimat itu hingga dua atau tiga kali. Demikanlah tambahan dalam hadits Jarir. Beliau melanjutkan, "Sungguh, mayat itu akan dapat mendengar derap sandal mereka saat berlalu pulang; yakni ketika ditanyakan kepadanya, 'Wahai kamu, siapa Rabb-mu? Apa agamamu? Dan siapa Nabimu? ' -Hannad menyebutkan; Beliau bersabda, - "Lalu ada dua malaikat mendatanginya seranya mendudukkannya. Malaikat itu bertanya, "Siapa Rabb-mu?" ia menjawab, "Rabb-ku adalah Allah." Malaikat itu bertanya lagi, "Apa agamamu?" ia menjawab, "Agamaku adalah Islam." Malaikat itu bertanya lagi, "Siapa laki-laki yang diutus kepada kalian ini? ' ia menjawab, "Dia adalah Rasulullah ." malaikat itu bertanya lagi, "Apa yang kamu ketahui?" ia menjawab, "Aku membaca kitabullah, aku mengimaninya dan membenarkannya." Dalam hadith Jarir ditambahkan, "Maka inilah makna firman Allah: '(Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman…) ' hingga akhir ayat. -QS. Ibrahim: 27- kemudian kedua perawi sepakat pada lafadz, "Beliau bersabda, "Kemudian ada suara dari langit yang menyeru, "Benarlah apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, hamparkanlah permadani untuknya di surga, bukakan baginya pintu-pintu surga dan berikan kepadanya pakaian surga." beliau melanjutkan, "Kemudian didatangkan kepadanya wewangian surga, lalu kuburnya diluaskan sejauh mata memandang." Beliau melanjutkan, "Jika yang meninggal adalah orang kafir, maka ruhnya akan dikembalikan kepada jasadnya. Saat itu datanglah dua malaikat serya mendudukkannya. Kedua malaikat itu bertanya, "Siapa Rabb-mu?" ia menjawab, "Hah, hah, hah. Aku tidak tahu." Malaikat itu bertanya, "Apa agamamu?" ia menjawab, "Hah, hah. Aku tidak tahu." Malaikat itu bertanya lagi, "Siapa laki-laki yang diutus kepada kalian ini? ' ia menjawab, "Hah, hah. Aku tidak tahu." Setelah itu terdengar suara dari langit, "Ia telah berdusta. Berilah ia hamparan permadani dari neraka, berikan pakaian dari neraka, dan bukakanlah pintu-pintu neraka untuknya." Beliau melanjutkan, "Kemudian didatangkan kepadanya panas dan baunya neraka. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulangnya saling berhimpitan." Dalam hadits Jarir ditambahkan, "Beliau bersabda, "Lalu ia dibelenggu dalam keadaan buta dan bisu. Dan baginya disediakan sebuah pemukul dari besi, sekiranya pemukul itu dipukulkan pada sebuah gunung niscaya akan menjadi debu." Beliau melanjutkan, "Laki-laki kafir itu kemudian dipukul dengan pemukul tersebut hingga suaranya dapat didengar oleh semua makhluk; dari ujung timur hingga ujung barat -kecuali jin dan manusia- hingga menjadi debu." Beliau meneruskan ceritanya, "Setelah itu, ruhnya dikembalikan lagi." Telah menceritakan kepada kami Hannad bin As Sari berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Numair berkata, telah menceritakan kepada kami Al A'masy berkata, telah menceritakan kepada kami Al Minhal dari Abu Umar Zadzan ia berkata; Aku mendengar Al Bara dari Nabi , beliau bersabda…. lalu ia menyebutkan seperti hadits tersebut." (HR. Abu Daud: 4127)

 

Jelas yang sahih hanya ada 3 soalan saja

 

Manakala soalan no. 4 ditemukan di hadith yang sangat dhaif:

 

شهدت أبا أمامة رضي الله عنه وهو في النزع فقال: إذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من اخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان ابن فلانة فانه يسمعه ولا يجيب ثم يقول يا فلان ابن فلانة فانه يستوي قاعدا ثم يقول يا فلان ابن فلانة فانه يقول أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وانك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه، ويقول: انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته؟! فقال رجل: يا رسول الله، فان لم نعرف أمه؟ قال: فينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء

 

Daripada Abi Umamah ra. dia telah berkata “: Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita”, Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang daripada saudara kamu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun dan duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi, maka si mati akan menyahut seraya berkata: “berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu”. Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: “Ingatlah saudaraku akan i’tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad saw ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)”. Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain seraya berkata: “Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya”, maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya. Jawab baginda saw: “Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam as), wahai Fulan Bin Hawa!”.

 

Takhrij

 

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 7979 daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

 

Ibnu Mulaqin dalam Khulasah al-Badr al-Munir 1/275 berkata hadith ini mempunyai riwayat penyokong.

 

Dan berkata Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Takhlisul Habir 2/698 bahawa sanad ini sanad yang soleh dan mempunyai syawahid (penguat). Tetapi dalam Futuhat Rabbaniyah 5/196 beliau berkata hadith ini gharib dan keseluruhan sanadnya dhaif jiddan.

 

Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad 1/503 berkata asal hadith ini tidak diketahui.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 3/48 berkata kebanyakana perawi dalam hadith ini tidak dikenali.

 

As-Syaukani mendhaifkan hadith ini dalam Nailul Authar 4/139.

 

Al-Arbaíe dalam Fatul Ghaffar 2/762 berkata hadith ini tiada asal.

 

As-Sha’nani dalam Subulus Salam 2/180 menilai hadith ini dhaif.

 

Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini dalam Irwaul Ghalil 3/203.

 

no. 5 hanya tambahan yang dinukilkan oleh Imam Nawawi. Beliau mengatakan ianya adalah lafaz Syeikh Nashrul Muqaddisi dalam kitabnya at-Tahzib (al-Azkar Bab Apa yang dikatakan selepas pengebumian hal. 155-166, Darul Tauzi).

Akal rosak kerana menentang wahyu

 

Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

 

"ما عارض أحدٌ الوحي بعقله إلا أفسد الله عليه عقله، حتى يقول ما يضحك منه العقلاء."

 

"Tidak ada seorangpun yang menentang wahyu dengan akalnya kecuali Allah akan membuat akalnya menjadi rosak, hingga orang tersebut akan mengucapkan suatu ucapan yang membuat tertawa orang-orang yang berakal."

 

Ash Shawaiqul Mursalah 3/1002

Hadith qudsi “Aku adalah harta yang tersembunyi...”

 

 

Matan hadith

 

كنت كنزاً لا أعرف، فأحببت أن أعرف فخلقت خلقاً فعرفتهم بي فعرفوني

 

Terjemahan

 

Aku pada mulanya adalah perbendaharaan yang tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakan makhluk untuk memperkenalkanku kepada mereka, maka merekapun mengenal-Ku

 

 

Takhrij

 

Al-Shakhawi mengatakan, hadith ini tiada asal baik dari sanad yang sahih mahupun dhaif, beliau menambah bahawasanya Ibnu al-Taimiyah mengatakan, ini bukan kalam Nabi SAW, tidak dikenal sanadnya, baik shahih maupun dha’if. Pendapat ini juga telah diikuti oleh al-Zarkasyi dan guru kami (Ibnu Hajar al-Asqalani).[al-Maqashid al-Hasanah no. 386]

 

 

Al-Suyuthi mengatakan, hadith ini tidak ada asal baginya [al-Durar al-Muntatsarah fi al-Ahadits al-Muntatsirah no. 187]

 

Mulla Ali al-Qaari mengatakan, para Hafizh seperti Ibnu al-Taimiyah, al-Zarkasyi dan al-Shakawi telah menjelaskan bahawa tidak ada asal bagi hadith ini [Mulla Ali al-Qari dalam Mulla Ali al-Qaari, al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith no. 232]

 

Syeikh al-Albani mengatakan hadith ini tidak ada asalnya dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6023.

 

Hadith doa penghujung umur yang baik (husnul khatimah)

 

Matan doa

 

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

 

Terjemahan

 

Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa denganMu kelak

 

Takhrij

 

Matan doa ini ditemukan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dalam al-Yaum wa al-Lailah no. 121, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 9411 daripada Anas bin Malik ra.

 

Hadith ini dhaif jiddan kerana terdapat perawi yang munkarul hadith iaitu Soleh bin Abi Aswad (Mizanul I’tidal 2/288, al-Mughni fi Dhu’afa’ 1/302), matruk iaitu Abdul Malik an-Nakhaie (al-Taqrib, Majma Zawaid 10/110) dan dhaif iaitu Ali bin Ziyad bin Jud’an.

 

Manakala hadith tersebut juga didhaifkan oleh Imam at-Thabarani, Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Haithami.

 

Rujukan

 

https://www.alukah.net/sharia/0/79274/%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87%D9%85-%D8%A7%D8%AC%D8%B9%D9%84-%D8%AE%D9%8A%D8%B1-%D8%B9%D9%85%D8%B1%D9%8A-%D8%A2%D8%AE%D8%B1%D9%87/

Hadith malaikat membetulkan kesalahan orang membaca al-Quran

 

Matan hadith

 

إن ملكا موكل بالقرآن، فمن قرأ منه شيئاً لم يقومه، قومه الملك ورفعه.

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya ada malaikat yang ditugaskan untuk al-Quran, maka sesiapa yang membaca mana-mana ayat al-Quran yang tidak tepat, malaikat tersebut akan membetulkannya dan mengangkatnya (bacaan orang tersebut kepada Allah dalam keadaan diperbetulkan).

 

Takhrij

 

HR. al-Rafi dalam Tarikh al-Qazwin daripada Anas ra. Sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Sahir no. 2455.

 

As-Saghani mengatakan dalam al-Tanwir Syarah Jamius Saghir 4/107, dalam sandnya terdapat perawi yang dituduh pendusta iaitu Ya’la bin Hilal.

 

Palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3255, 7121

 

Palsu menurut Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah Ahadith Dhaifan wal Mawduah Mujarradah an al-Takhrij no. 7393

Hadith orang mati mendoakan orang hidup?

 

 

1. Hadith Musnad Ahmad

 

 

عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشايركم من الأموات فإن كان خيرا استبشروا وإن كان غير ذلك قالوا اللهم لا تمتهم حتى تهديهم كما هديتنا. رواه أحمد

 

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sungguh amal kalian disampaikan kepada kerabat dan kawan yang telah mati. Jika amal baik, maka mereka bahagia. Jika tidak baik, maka mereka berdoa: Ya Allah jangan matikan mereka sebelum Engkau beri hidayah kepada mereka seperti Engkau memberi hidayah kepada kami. (HR. Ahmad, al-Haithami berkata dalam Majma Zawaid 2/331: terdapat perawi yang tidak dikenali).

 

ada lagi hadith yang menguatkan:

 

 

2. Hadith Thabarani

 

 

وإن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم فإن كان خيراً فرحوا واستبشروا وقالوا اللهم هذا اللهم ألهمه عملا صالحا ترضى به عنه وتقربه إليك. رواه الطبراني

 

 

Sungguh amal kalian disampaikan pada keluarga dan kawan. Jika amal baik, maka mereka bahagia. Kata mereka: Ya Allah beri ilham padanya amal soleh yang Engkau redhai. (HR. Thabarani)

 

 

Bila ada yang meragukan hadith di atas kerana di dalamnya ada perawi bernama Maslamah bin Ali yang dianggap dhaif (Majma Zawaid 2/330), berikut masih ada hadith lain:

 

 

3. Hadith Ibnu Mubarak

 

 

فيعرض عليهم أعمالهم ، فإذا رأوا حسنا فرحوا و استبشروا ، و قالوا : هذه نعمتك على عبدك فأتمها ، و إن رأوا سوءا قالوا : اللهم راجع بعبدك " . أخرجه عبد الله بن المبارك في " الزهد "

 

 

Lalu amal mereka diberi tahukan (kepada ahli kubur). Jika dilihat amal baik, maka mereka bahagia dan berkata: Ini adalah nikmat Mu untuk hamba-Mu, maka sempurnakanlah.. Jika amal buruk mereka berkata: Ya Allah kembalikan hamba-Mu. (HR. Ibnul Mubarak dalam Az-Zuhd no. 443, sahih mauquf saja menurut Syeikh al-Albani)

 

Dan Ibnu Adi dalam al-Kamil 4/311 terdapat perawi yang tidak boleh ditulis haditnya iaitu Salam al-Thawil.

 

Bahkan status hadithnya menurut Syeikh Albani adalah sahih.

 

و بالجملة فالحديث صحيح كما قال السيوطي بهذه الشواهد و الله أعلم (السلسلة الصحيحة ج 6 / ص 127)

 

Syeikh Al-Albani berkata: Secara keseluruhan haditth ini adalah sahih dengan berbagai hadith penguatnya seperti dikatakan oleh As-Suyuthi. (Silsilah Hadith Sahihah 6/127)

Hadith zikir dibacakan ketika sakit lalu dia meninggal dunia, maka dia tidak akan masuk neraka

 

Matan hadith

 

قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ صَدَّقَهُ رَبُّهُ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا وَأَنَا أَكْبَرُ وَإِذَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ قَالَ يَقُولُ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا وَحْدِي وَإِذَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ قَالَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا وَحْدِي لَا شَرِيكَ لِي وَإِذَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ قَالَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا لِيَ الْمُلْكُ وَلِيَ الْحَمْدُ وَإِذَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِي وَكَانَ يَقُولُ مَنْ قَالَهَا فِي مَرَضِهِ ثُمَّ مَاتَ لَمْ تَطْعَمْهُ النَّارُ

 

Terjemahan

 

Dari Abu Sa'id Al-Khudri dan Abu Hurairah -radiyallahu 'anhuma-, keduanya bersaksi terhadap Rasulullah -sallallahu 'alaihi wa sallam-, bahawa beliau bersabda, "Siapa mengucapkan, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah dan Allah Mahabesar.' Tuhannya pun membenarkannya lalu berfirman, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Aku dan Aku Maha Besar.' Jika orang itu mengucapkan, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah Yang Esa tidak ada sekutu bagi-Nya.' Nabi bersabda, "Allah berfirman, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Aku Yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Ku.' Jika orang itu mengucapkan, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian.' Allah berfirman, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Aku, milik-Ku kerajaan dan bagi-Ku segala pujian.' Jika orang itu mengucapkan, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari Allah.' Allah pun berfirman, 'Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Aku dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari-Ku.' Nabi bersabda, "Siapa mengucapkan zikir ini ketika sakit lalu ia meninggal dunia, nescaya api neraka tidak akan melahapnya

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 3352

 

Hasan gharib menurut Imam Tirmidzi

 

Sahih menurut Syeikh al-Albani

 

Syarah

 

Dari Abu Hurairah dan Abu Sa'id Al-Khudri -raḍiyallahu 'anhuma- dari Nabi -ṣallallahu 'alaihi wa sallam- bahwa Allah -Subḥanahu wa Ta'ala- membenarkan seorang hamba ketika mengucapkan, "Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah." Allah berfirman, "Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang hak selain Aku dan Aku Mahabesar." Jika hamba itu mengucapkan, "Allah Maha Besar dan tidak ada daya serta kekuatan selain dari Allah," demikian pula Allah membenarkannya. " Barangsiapa mengucapkan ini, "Tidak ada tuhan yang haq selain Allah dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari Allah," lalu ia meninggal dunia beserta zikir yang lainnya, maka sesungguhnya ia tidak akan terkena api neraka," yakni, hal itu menjadi sebab terhalangnya manusia dari api neraka. Hendaknya manusia menghafal zikir ini dan sering mengucapkannya saat dalam keadaan sakit sehingga dengan izin Allah -Ta'ala-, ia wafat dalam kebaikan, in sya`a Allah -Ta'ala

Atsar menghitung tasbih dengan biji tasbih

 

Atsar dari Ash-Shalt bin Bahram

 

عن الصلت بن بهرام قال : مر ابن مسعود بامرأة معها تسبيح تسبح به فقطعه وألقاه ، ثم مر برجل يسبح بحصا فضربه برجله ثم قال : لقد سَبقتم ، ركبتم بدعة ظلما ، ولقد غلبتم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم علما

 

Ibnu Mas’ud melihat seorang wanita yang bertasbih dengan menggunakan subhah (biji tasbih), kemudian beliau memotong tasbihnya dan membuangnya. Beliau juga melewati seorang laki-laki yang bertasbih menggunakan kerikil, kemudian memukulnya dengan kakinya dan berkata: Kamu telah mendahului (Rasulullah) dengan melakukan bidaah yang zalim, dan kamu lebih tahu dari para sahabatnya.

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Waddaah Al-Qurthubi dalam kitab Al-Bida’ Wa An Nahyu ‘Anha 1/40 no. 21.

 

Tidak sahih (https://islamarchive.cc/H_245006)

 

Sanad ini sahih sehingga Ash-Shalt sahaja, kerana beliau tidak pernah mendengar dari Ibnu Mas’ud ra (Silsilah Hadith Dhaif 1/10).

 

Sanad riwayat ini dhaif kerana inqitha' [terputus] menurut pentahqiq Al-Bida’ Wa An Nahyu ‘Anha, dan Syeikh Mahmud Said Mamduh [Wusul al-Tahani hal. 24], antara Ash Shalt bin Bahram dan Ibnu Mas’ud, kerana ibnu Mas'ud wafat di Madinah tahun 32 H, sebagaimana dirajihkan oleh ibnu Hajar dalam kitab al-Ishabah, dan Ash Shalt bin Bahram adalah Tabi' tabi'in [hidup pada masa selepas tabi'in], maka tidak mungkin ia mendapat riwayat dari sahabat yang akhir, apalagi dari Ibnu Mas'ud yang wafat pada masa khalifah Umar bin khathab RA. Hal ini sebagaimana diceritakan Ibnu Hajar dalam at-Tahdzib 4/432

 

Manakala menurut pentahqiq Mathalib Aliyah 12/519, Islamkotob, Dr. Oman Iman bin Abu Bakar pada nota kakinya, menyatakan atsar ini sahih kepada Ibnu Mas’ud dengan pengumpulan jalan riwayat.

 

Kisah Imam Malik dan Khalifah Harun ar-Rasyid (Ilmu itu didatangi bukan mendatangi)

 

Matan atsar

 

قَالَ هَارُونُ لِمَالِكٍ : يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ، أُرِيدُ أَنْ أَسْمَعَ مِنْكَ الْمُوَطَّأَ ،

فَقَالَ مَالِكٌ : نَعَمْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ،

فَقَالَ لِمَالِكٍ : مَتَى ؟

قَالَ مَالِكٌ : غَدًا ،

فَجَلَسَ هَارُونُ يَنْتَظِرُهُ ، وَجَلَسَ مَالِكٌ فِي بَيْتِهِ يَنْتَظِرُهُ ، ،

فَلَمَّا أَبْطَأَ عَلَيْهِ أَرْسَلَ إِلَيْهِ هَارُونُ فَدَعَاهُ

فَقَالَ لَهُ : يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ، مَا زِلْتُ أَنْتَظِرُكَ مُنْذُ الْيَوْمَ ،

فَقَالَ مَالِكٌ : وَأَنَا أَيْضًا يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لَمْ أَزَلْ أَنْتَظِرُكَ مُنْذُ الْيَوْمَ ،

إِنَّ الْعِلْمَ يُؤْتَى وَلَا يَأْتِي ،

وَإِنَّ ابْنَ عَمِّكَ هُوَ الَّذِي جَاءَ بِالْعِلْمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فَإِنْ رَفَعْتُمُوهُ ارْتَفَعَ ، وَإِنْ وَضَعْتُمُوهُ اتَّضَعْ " .

 

 

Terjemahan

 

Harun Ar-Rashid berkata kepada Imam Malik: Wahai Abu Abdullah aku nak dengar kitab Al-Muwattha' dari kamu.

 

Imam Malik berkata: Boleh wahai Amirul Mukminin.

 

Harun Ar-Rashid: Bila eh?.

 

Imam Malik: Esok.

 

Maka Harun pun duduk dan menunggunya and Imam Malik pun duduk di rumahnya dan menunggu Harun.

 

Bila dia sudah bosan menunggu, Harun pun datang kepadanya dan memanggilnya.

 

Harun berkata kepadanya: Wahai Abu Abdullah saya masih menunggumu sejak hari ini.../ dah satu hari saya menunggu kamu....

 

Berkata Imam Malik: Saya pun wahai Amirul Mukminin, dah satu hari saya menunggu mu

Sesungguhnya Ilmu itu didatangi dan bukannya mendatangi

 

Sesunguhnya sepupu kamu S.A.W datang dengan Ilmu

 

Sekiranya kalian semua meninggikanya (ilmu) ia meninggikan dan sekiranya kalian semua meletakkannya di bawah ia merendahkan.

 

Takhrij

 

AR. al-Baihaqi dalam al-Madkhal ilas Sunan al-Kubra, Islamkotob, 2/189 no. 686.

 

Sanadnya sahih menurut pentahqiq al-Madkhal ilas Sunan al-Kubra.

 

Mulla ‘Ali al-Qari ketika memberi komentar pada atsar ini dalam Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadith al-Mawdu‘ hal.124 no. 198 berkata:

 

من قول مالك للمهدي حين دعاه لسماع ولديه منه وقاله لهارون حين التمس منه خلوة للقراءة.

 

Daripada kata-kata Malik kepada Khalifah al-Mahdi ketika dia mengajaknya untuk anak-anaknya mendengar daripadanya dan kata-katanya kepada Harun ketika dia meminta waktu bersendirian (bersamanya) untuk membaca (hadith)

Hadith meninggalkan solat asar akan menghapuskan amalannya

 

Matan hadith

 

 

عَنْ أَبِي قِلَابَةَ أَنَّ أَبَا الْمَلِيحِ حَدَّثَهُ قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُه

 

Terjemahan

 

Dari Abu Qilabah bahwa Abu Al Malih menceritakan kepadanya, ia berkata, “Kami pernah bersama Buraidah pada suatu hari yang mendung, ia lalu berkata, “Segeralah laksanakan solat, kerana Nabi SAW pernah bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh telah hapuslah amalnya.”

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no. 559

 

Syarah

 

Kata Al Muhallab, maknanya adalah meninggalkan dengan menyia-nyiakannya dan menganggap remeh keutamaan waktunya padahal mampu untuk menunaikannya (Syarah Al Bukhari karya Ibnu Batthal 3/221).

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Terhapusnya amalan tidaklah ditetapkan melainkan pada amalan yang termasuk dosa besar. Begitu solat meninggalkan solat Asar lebih parah daripada meninggalkan solat lainnya. Kerana solat Asar disebut dengan solat wustha yang dikhususkan dalam perintah untuk dijaga. Solat Asar ini juga diwajibkan kepada orang sebelum kita di mana mereka melalaikan solat ini. Jadi, siapa saja yang menjaga solat Ashar, maka ia mendapatkan dua ganjaran.”  (Majmu’atul Fatawa 22/54).

 

Ibnul Qayyim  berkata, “Yang nampak dari hadith, meninggalkan amalan itu ada dua macam. Pertama, meninggalkan secara total dengan tidak pernah mengerjakan solat sama sekali, maka ini menjadikan amalnya batal seluruhnya. Kedua, meninggalkan pada hari tertentu, maka ini menjadikan amalnya batal pada hari tersebut. Jadi kerana meninggalkan secara umum, maka amalnya batal secara umum. Lalu meninggalkan solat tertentu, maka amalnya batal pada hari tertentu.” (Ash Shalah hal. 59).

 

Nabi palsu al-Harits ad-Dimasyqi

 

Al-Harits Ad-Dimasyqi, seorang pembohong besar yang muncul dan mengaku sebagi nabi di Syam pada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan (wafat tahun 86 H).

 

Al-Harits memiliki kemampuan ajaib:

 

-pra syaitannya melepaskan kedua kakinya dari belenggu saat dipenjara, dan

-membuatnya kebal senjata, dan

-batu pualam boleh bertasbih jika dia sentuh dengan tangannya, dan

-dia telah memperlihatkan kepada manusia sekelompok orang-orang sedang berjalan di udara dan naik kuda terbang di udara, dia berkata : “Mereka adalah malaikat”, padahal mereka adalah jin. Dan

-tatkala kaum muslimin menangkapnya untuk dibunuh, maka ada orang yang menombaknya di tubuhnya, namun tidak tembus.

 

Maka Abdul Malik berkata kepadanya :”Engkau tidak menyebut nama Allah”. Lalu orang itu menyebut nama Allah dan berhasil membunuh Al-Harits (Mukhtasar Tarikh Dimasyq Ibn Manzur 6/151; Al-Furqan Ibnu Taimiyah hal. 159; al-Bidayah wan Nihayah 12/286-287).

 

 

Ini semua termasuk dalam Al Ahwal Asy-Syaithaniyyah atau keadaan-keadaan syaitan adalah perkara-perkara yang di luar kebiasaan yang terjadi pada seorang wali syaitan sebagai istidraj.

 

Wali syaitan adalah para pengikut syaitan dan penolong syaitan.

Yang dimaksudkan dengan istidraj adalah dibiarkan supaya bertambah kekufurannya kemudian diazab.

 

Dan diantara dalil yang menunjukkan adanya wali-wali syaitan adalah firman Allah,

 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

 

 

“Dan orang-orang yang kafir, maka wali-walinya adalah thaghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan. Mereka adalah penduduk neraka, mereka kekal di dalamnya”.[QS. Al-Baqarah: 257].

 

Dan Allah berfirman,

 

وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ

 

“Dan sesungguhnya syaitan-syaitan mewahyukan kepada wali-walinya untuk menjebak kalian.”[QS. Al-An’am: 121]

 

Dengan demikian, tidak semua keajaiban yang dimiliki seseorang, bererti pemiliknya mesti wali Allah, apalagi nabi. Penyebab datangnya karamah (termasuk di antaranya mukjizat) adalah keimanan, ketaqwaan dan keistiqamahan dalam menjalankan ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla. Oleh kerananya, jika penyebab datangnya keajaipan adalah kekafiran, kemusyrikan, kezaliman, dan kefasikan, maka tentu itu berasal dari keajaipan syaitan, dan merupakan hasil kerja syaitan. Sama sekali bukan karamah apalagi mukjizat (ar-Rusul wa ar-Risalat, Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar hal. 16).

Haid wanita kerana Bani Israil

 

Matan hadith

 

عنْ عبدِ اللهِ بنِ مسعودٍ قال كان الرجالُ والنساءُ من بني إسرائيلَ يصلُّونَ جميعًا فكانتِ المرأةُ إذا كان لها خليلٌ تَلْبَسُ القالِبَيْنِ تَطَوَّلُ بهما لخلِيلِها فألْقى اللهُ عزَّ وجلَّ عليهِنَّ الحيضَ

 

Terjemahan

 

Dahulu para lelaki dan wanita di kalangan Bani Israil solat secara bersama-sama. Seorang wanita memiliki kekasih . Wanita tersebut memakai dua sandal kayu yang dengannya ia menjadi tampak tinggi. Lalu ditimpakanlah haid (yang sangat lama) atas mereka

 

Takhrij

 

HR. Abdur Razzaq dalam Al-Mushannaf no.5115, at-Thabarani dalam Mu’jamul Kabir no. 9484-9485, Sahih Ibn Khuzaymah no. 1700, sanadnya sahih menurut Ibnu Hajar

 

Sebagaimana riwayat yang dibawakan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari 1/519 yang dikeluarkan oleh Al-Hakim dan Ibnul Mundzir dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra, ia berkata:

 

“Sesungguhnya permulaan haid dialami oleh Hawa setelah ia turun dari syurga.”

 

Adapun riwayat yang disandarkan oleh Al-Hafiz  kepada Abdurrazzaq Ash-Shan‘ani dan Al-Hafiz mensahihkan sanadnya sampai kepada Ibnu Mas‘ud ra:

 

“Dahulu para lelaki dan wanita dari kalangan Bani Israil melakukan solat bersama-sama. Maka ada seorang wanita mengintip seorang lelaki, Allah pun menimpakan haid kepada mereka (para wanita Bani Israil) dan melarang mereka dari mendatangi masjid-masjid.”

 

 

Kata Ad-Dawudi:

 

 “Tidak ada pertentangan di antara kedua riwayat ini kerana wanita-wanita Bani Israil termasuk anak-anak perempuan Adam.”

 

Al-Hafiz berkata: “Memungkinkan untuk menjamak (mengumpul-kan kedua riwayat) dengan menyatakan bahawa haid tersebut umum menimpa seluruh anak perempuan Adam (termasuk wanita-wanita Bani Israil) hanya saja Allah menimpakan haid kepada wanita-wanita Bani Israil dengan waktu yang panjang (lagi sangat deras, –pent) sebagai hukuman bagi mereka. Dengan demikian riwayat Ibnu Mas`ud ra ini tidaklah menunjukkan wanita Bani Israil yang pertama kali mengalami haid.” (Fathul Bari 1/519)

Nuaiman bin Amru ra berdiskusi dengan malaikat munkar dan nakir

 

Kisah tular

 

Saat Nu'aiman wafat Rasulullah mengantarkan Nu'aiman ketempat peristirahatan terakhir. Setelah dikubur, semua masyarakat pulang dan Rasulullah berkata kepada para sahabat "wahai sahabatku, silahkan kalian pulang aku ingin menyaksikan Nu'aiman ditanya oleh para malaikat Allah, aku khawatir Nu'aiman tidak dapat menjawab." Mendengar pernyataan Rasulullah para sahabat pun pulang. Datanglah malaikat Munkar Nakir "Assalamu'alaika ya ahlil Jannah" "man Rabbuka?" "Allahu Rabbi " jawab Nu'aiman. "Waman Nabiyuka?" Nu'aiman meminta malaikat untuk mengulang pertanyaannya lagi "Waman Nabiyuka?" ulang malaikat. Nu'aiman menjawab "jangan keras-keras orangnya masih diatas." Rasulullah yang mendengar jawaban Nu'aiman pun langsung tertawa.

 

Penjelasan

 

Jika merujuk cerita di atas, Nuaiman yang suka melawak itu tentulah merujuk kepada Nuaiman bin Amru al-Ansari. Jika beliaulah dimaksudkan, maka kisah tersebut adalah tiada asal dan palsu. Kita boleh membuat semakan menggunakan ilmu rijal hadith.

 

Nuaiman bin Amru meninggal jauh selepas kewafatan baginda saw, di zaman khalifah Umayyah.  Maka bagaiman Rasulullah saw menyaksikan pemakaman beliau????

 

وفاة النعيمان بن عمرو :

 

وقد بقي النعيمان حتى توفي في خلافة معاوية y جميعًا

ابن سعد في الطبقات: 3 / 494

Hadith salam dan selawat sampai kepada Nabi saw

 

Matan hadith

 

فإن تسليمكم يبلغني أينما كنتم

 

Terjemahan

 

Dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: Sungguh salam kalian sampai padaku, dimana pun kau berada

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 465

 

Hadith ini sanadnya dhaif (https://majles.alukah.net/t84711/).

 

al-Haithami berkata dalam Majma Zawaid 4/6, di dalamnya ada Hafsh bin Ibrahim Al Ja’fari, Ibnu Abi Hatim tidak memberi penilaian. Perawi lainnya terpercaya.

 

 

Matan hadith

 

ﻭﻋﻦ اﻟﺤﺴﻦ ﺑﻦ ﻋﻠﻲ: ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ – ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ﻗﺎﻝ: ” «ﺣﻴﺜﻤﺎ ﻛﻨﺘﻢ ﻓﺼﻠﻮا ﻋﻠﻲ ; ﻓﺈﻥ ﺻﻼﺗﻜﻢ ﺗﺒﻠﻐﻨﻲ» “. ﺭﻭاﻩ اﻟﻄﺒﺮاﻧﻲ ﻓﻲ اﻟﻜﺒﻴﺮ ﻭاﻷﻭﺳﻂ، ﻭﻓﻴﻪ ﺣﻤﻴﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺯﻳﻨﺐ ﻭﻟﻢ ﺃﻋﺮﻓﻪ، ﻭﺑﻘﻴﺔ ﺭﺟﺎﻟﻪ ﺭﺟﺎﻝ اﻟﺼﺤﻴﺢ.

 

Terjemahan

 

Dari Hasan bin Ali bahawa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: Dimana pun kalian berada bacalah Selawat kepadaku. Sebab Selawat kalian dihantarkan kepada ku

 

Takhrij

 

HR. Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 2729

 

Dhaif menurut at-Thabarani. di dalamnya ada Humaid bin Abi Zainab, saya [Al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/162] tidak mengetahuinya. Perawi yang lain adalah perawi hadith sahih.

 

Sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 3164.

3 nikmat yang perlu dirahsiakan?

 

Tular pernyataan berikut yang dikatakan dari Nabi saw:

 

3 nikmat yang perlu dirahsiakan?

 

-Harta

-Anak

-Keluarga

 

Ulasan

 

Yang sebenarnya ucapan ini tidak diketahui dari mana punca asalnya.

 

Akan tetapi ianya ada juga kebenaran. Dan ia berlandaskan jalan syariat sepertimana telah dijelaskan ulama ketika mentafsir ayat berikut:-

 

Akan tetapi ada penerangan ulama muktabar berkenaan isu ini.

 

 

Firman Allah:

 

قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

 

“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5).

 

 

Kata al-Tantawi:

 

أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين

 

“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (al-Qishatu fil Quranul Karim 1/205).

 

 

Kata al-Imam al-Qurtubi:

 

وفيها أيضا ما يدل على جواز ترك إظهار النعمة عند من تخشى غائلته حسدا وكيدا

 

“Dan daripada ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa harus bagi kita untuk meninggalkan (menjauhkan) diri dari menzahirkan nikmat yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita bimbang dengan perkara tersebut akan menimbulkan hasad dengki dan tipu daya.” (Tafsir al-Qurtubi 5/85).

 

Ini kerana harta serta anak pinak selain termasuk ujian ia juga adalah nikmat.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (QS Al-Munafiqun: 9)

 

Harta dan anak-anak adalah perhiasaan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabb-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (QS. Al-Kahfi: 46)

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...