Tuesday, 22 December 2020

Tiga tonggak kebaikan: Ilmu, Pemahaman, Tadabbur

 

Ali bin Abi Thalib rsdhiyallahu 'anhu berkata:

 

لا خير في عبادة لا علم فيها ولا خير في علم لا فهم فيه ولا خير في قراءة لا تدبر فيها

 

"Tidak ada kebaikan dalam ibadah yang tidak dilandasi ilmu, tidak ada kebaikan pada ilmu yang tidak ditopang dengan pemahaman, tidak ada kebaikan dalam membaca Al-Qur'an yang tidak disertai tadabbur." (Shifatus Shafwah hal. 325)

 

Ilmu adalah pokok dari segala sesuatu. Ilmu akan menyelamatkan seseorang dari sikap ikut-ikutan dalam beragama. Umar bin Abdil Aziz berkata, "Orang yang beribadah tanpa ilmu lebih banyak merosak daripada memperbaiki."

 

Ilmu tidak akan menyampaikan pemiliknya kepada tujuan bila tidak didukung oleh al-fahmu (pemahaman yang benar). Yaitu memahami firman Allah dan sabda Nabi sesuai maksud syariat. Kerananya para ulama memperingatkan, "Banyak orang yang diberi ilmu namun tidak dianugerahi pemahaman."

 

Hakikat tilawah bukan sekedar membaca ayat demi ayat atau mempelajari tajwidnya. Akan tetapi mentadabburinya yaitu memahami ayat-ayat Qur'an sehingga dapat mengambil pelajaran darinya dan beramal dengannya. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Mereka membacanya (Al-Qur'an) dengan bacaan yang sebenar-benarnya." (Al-Baqarah: 121).

Siksa disegerakan bagi orang yang menderhakai ibubapa

 Matan hadith

 

كلُّ الذنوبِ يؤخِّرُ الله تعالى ما شاء منها إلى يومِ القيامةِ إلّا عُقوقَ الوالدينِ؛ فإنَّ اللهَ يجعَلُه لصاحبِه في الحياةِ الدنيا قبل المماتِ

 

Terjemahan

 

Setiap dosa-dosa, Allah Ta’ala mengakhirkan (balasannya), sebagaimana yang Dia kehendaki dari dosa-dosa itu hingga hari kiamat. Kecuali derhaka kepada kedua orang tuanya, sesungguhnya Allah menyegerakan (balasan) nya bagi pelakunya saat hidup di dunia sebelum wafat

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 4902, Tirmidzi no. 2511, Ibnu Majah no. 4211, Ahmad no. 20374,  al-Bazzar no. 3693 dan al-Hakim no. 7263, daripada Abi Bakrah Nafi' ra.

 

Hadith disahihkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya dan As Suyuthi dalam Jami'us Saghir no. 6256

 

Manakala Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami' no. 4213

 

al-Baihaqi dalan Syuabul Iman 6/2682, berkata hadith menpunyai penyokongnya

Hadith ganjaran membina masjid

 

 

Matan hadith

 

مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِدًا يَبْتَغِيْ بِهِ وَجْهَ اللهِ؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang membina masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.

 

Takhrij

 

HR. Muslim no. 533, daripada ‘Utsman bin Affan ra. Sahih ijma'.

 

 

Manakala hadith dengan lafaz ini:-

 

 مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِدًا صَغِيْرًا كَانَ أَوْ كَبِيْرًا؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

 

Sesiapa yang membina masjid tidak kira kecil atau besar, Allah akan membina untuknya masjid di syurga. (HR. Tirmidzi no. 319,daripada Anas bin Malik ra, dhaif menurut al-Uqaili, al-Dimyathi, Syeikh Ahmad Syakir dan Syeikh al-Albani).

 

مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِدًا وَلَوْ مَفْحَصَ قَطَاةٍ؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

 

Sesiapa yang membina masjid walaupun sebesar lubang bertelur burung (qata), Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (HR. at-Thayalisi no. 463, al-Bazzar no. 4017, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 4464, daripada Abu Dzar al-Ghifari ra. dhaif menurut al-Bazzar dan al-Wadi'ie, az-Zahabi menilai sanadnya bagus dalam al-Muhazzab 2/865).

Hizib penolak bala, Allahul Khafi

 

Amalan Hizib penolak wabak :

 

ﺍَﻟﻠﻪُ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﻰ ﺭَﺑُﻨَﺎ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﻰ ﻗَﺼَﺪْﻧَﺎ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﻰ ﻭَﺟَﺪْﻧَﺎ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﻰ ﻟِﻜُﻞٍ ﻛَﺎﻑٍ ﻛَﻔَﻨَﺎ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﻰ ﻭَﻧِﻌْﻢَ ﻟْﻜَﺎﻓِﻰ ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪِ، ﺣَﺴْﺒُﻨَﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَ ﻧِﻌْﻢَ ﺍﻟْﻮَﻛِﻴْﻞُ ﻧِﻌْﻢَ ﺍﻟْﻤَﻮْﻟٰﻰ ﻭَﻧِﻌْﻢَ ﺍﻟﻨَﺼِﻴْﺮُ

 

Allah Zat yang Maha Mencukupkan, Tuhan kami yang Maha Mencukupkan, kami bermaksud kepada Zat yang Maha Mencukupkan, kami dapati Dzat yang Maha Mencukupkan, kepada setiap sesuatu yang mencukupkan telah mencukupkan kepada kami Zat yang Maha Mencukupkan dan Dia-lah sebaik-baik Zat yang Maha Mencukupkan, segala puji bagi Allah, Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

 

Takhrij

 

Ia adalah Hizib-hizib para habib dan juga dinamakan selawat penolak bala/pengabul hajat/Hizib Autad GusMus. Ia disusun para sufi. Ia bukan berasal dari Nabi saw.

 

Rujukan

 

https://islam.nu.or.id/post/read/124944/tentang-hizib-autad-allahul-kafi-ciptaan-syekh-abdul-qadir-jailani

Hadith menyikapi diri ketika fitnah melanda

 

Matan hadith

 

 

نَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ ، الْقَاعِدُ عَنْهَا فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ ، وَالْقَائِمُ خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي ، وَالْمَاشِي خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي

 

Terjemahan

 

Akan datang fitnah, orang yang duduk terhadapnya ketika itu lebih baik dari orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari pada yang berjalan, orang yang berjalan lebih baik dari pada yang berlari.

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no. 3601 dan Muslim no. 2886, daripada Abu Hurairah ra.

 

Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy Syatsri menjawab:

 

Yang dimaksudkan fitnah dalam hadits=h ini adalah jika sulit dibezakan antara hak dan batil. Inilah fitnah. Selanjutnya, orang-orang pun menjadi tidak tahu siapa pembela yang hak dan siapa pembela kebatilan. Inilah yang disebut dengan masa-masa fitnah. Adapun ketika yang hak sudah jelas dan terang, hukum Allah dalam suatu masalah sudah diketahui, maka ini bukanlah fitnah. Beramal dengan syariat Allah dalam suatu masalah, bukanlah fitnah.

 

Hadith ini adalah khabar dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam tentang peristiwa yang akan datang dari masa beliau, bahawa akan datang suatu masa dimana ada perkara yang samar, sehingga hak dan batil tidak jelas. Lalu Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memberikan anjuran ketika masa itu datang yaitu untuk tidak ikut terjun dalam fitnah. Lalu di akhir hadith beliau bersabda:

 

كُنْ كَابْنِ آدَمَ

 

jadilah seperti anak Nabi Adam (HR. Tirmidzi no. 2194, dihasankan oleh imam Tirmidzi)

 

Beliau menginginkan kita memahami tentang kisah anak-anak Nabi Adam yang ada di surah Al-Maidah. Yang terbaik di antara mereka adalah yang tidak membunuh saudaranya dan akhirnya terbunuh. Beliau menginginkan kita untuk menjadi seperti anak Nabi Adam yang terbaik, maksudnya dengan mengutamakan perkara akhirat. Walaupun luput darinya hal-hal yang bersifat duniawi, namun jika itu membuat darjatnya lebih tinggi di sisi Allah, maka itulah orang yang menang.

Friday, 18 December 2020

Hadith orang yang banyak bicara banyak pula salahnya

 

Matan hadith

 

وَمَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ كَثُرُ سَقَطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

 

Terjemahan

 

Dan siapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah silapnya. Siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah salah (dosanya). Siapa yang banyak berlaku salah, neraka lebih utama baginya

 

Takhrij

 

HR. at-Thabaranin dalam Mu’jam al- Awsath no. 6557, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 24/456, daripada Abu Hurairah ra.

 

Dhaif menurut at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/334.

 

Ibnu Asakir berkata sanad dan matannya gharib dalam Tarikh Dimasyq 24/456.

 

Al-Haithami berkata dalam Majma Zawaid 10/305, hadith ini tidak dikenali oleh para Jemaah ahli hadith.

 

Hadith ini turut dimasukkan oleh al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir 3/316 dan Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutaniyah no. 1176.

Hadith amalan yang terbaik dan tersuci di sisi Allah

 

Matan hadith

 

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ ” قَالُوا: بَلَى. قَالَ: «ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى»

 

Terjemahan

 

Dari Abu ad-Darda beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Mahukah kalian aku beritahu amalan terbaik, tersuci kalian di sisi Allah dan paling tinggi dalam darjat kalian serta lebih baik bagi kalian dari diberi emas dan perak dan lebih baik dari berjumpa musuh kalian lalu kalian penggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian? Mereka menjawab, ‘Ya.’ Rasululluh Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: Zikir kepada Allah.

 

Takhrij

 

HR. Imam Malik dalam al-Muwaththa no. 524, Ahmad dalam Musnadnya no. 21702 , at-Tirmidzi dalam Sunannya no. 3377, Ibnu Majah dalam Sunannya no. 3790, al-Hakim dalam al-Mustadrak no.1825 dan at-Thabarani dalam kitab ad-Du’a no.1872.

 

Hadith ini disahihkan Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Jami no. 2629.

 

Syaikh Syuaib al-Arnauth menyatakan bahawa sanad hadith ini sahih dalam tahqiq beliau terhadap Musnad Ahmad.

Hadith rezeki telah ditetapkan sehingga ajalnya

 

Matan hadith

 

 

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ

 

Terjemahan

 

Wahai manusia bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai kepadanya, maka bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 2144, Ibnu Hibban no. 3239, Ibn Abi Ashim dalam al-Sunnah no. 420, daripada Jabir bin Abdillah ra.

 

Al-Mundziri menilai sanadnya sahih atau hasan dalam al-Targhib wa al-Tarhib 3/9, dan disahihkan pula oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah no. 1756.

Hadith tidak masuk syurga seseorang sehingga selesainya urusan hisab mereka sesama manusia

 

من حديث أبى سعيد :  أن أهل الجنة إذا عبروا الصراط وقفوا على قنطرة بين الجنة والنار ، فيقتص لبعضهم من بعض ، فإذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة

 

Dari hadith Abu Said, ‘Sesungguhnya penduduk syurga ketika telah melewati jambatan. Mereka berhenti di Qintarah antara syurga dan neraka. Sebahagian menyelesaikan hak kepada sebahagian lainnya. Ketika mereka telah dibersihkan dan disucikan, mereka diizinkan untuk masuk syurga (HR. Bukhari no. 6535).

 

dan

 

إذا كان يوم القيامة فإن الله يجمع الخلائق فى صعيد واحد ، يسمعهم الداعى وينفذهم البصر ، ثم يناديهم بصوت يسمعه من بعد كما يسمعه من قرب ، أنا الملك ، أنا الديان ، لا ينبغي لأحد من أهل النار أن يدخل النار وله عند أحد من أهل الجنة حق حتى أقصه منه ، ولا ينبغي لأحد من أهل الجنة أن يدخل الجنة ولأحد من أهل النار عنده حق حتى أقصه منه

 

Ketika pada hari kiamat, maka Allah kumpulkan semua makhluk di satu tempat. Lalu terdengar orang yang memanggil, terlihat dalam pandangan mata. Kemudian dipanggil dengan suara yang terdengar orang paling jauh sebagaimana orang yang dekat juga mendengar. Aku adalah Raja, Aku Sang Perkasa. Tidak sepatutnya seorang pun dari penduduk neraka masuk neraka sementara dia masih memiliki hak kepada salah seorang dari penduduk syurga sampai diqisas (diambil hak darinya). Dan tidak sepatutnya penduduk syurga masuk ke syurga, sementara dia masih memiliki hak kepada salah seorang penduduk neraka sampai Aku ambil hak darinya (HR. Ahmad no. 16085, Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 970, Ibnu Abi Ashim dalam al-Ahad wal Masani no. 2034, at-Thabarni dalam Mu’jam al-Kabir no. 14914, sanadnya hasan menurut Syeikh al-Arnauth dan al-Mundziri, hadith hasan lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 3608).

Hadith rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara

 

Matan hadith

 

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

 

Terjemahan

 

Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara

 

(1) Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,

 

(2) Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,

 

(3) Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,

 

(4) Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,

 

(5) Hidupmu sebelum datang matimu.”

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Mustadraknya no. 7846, Ibnu Abi Duniya dalam Qasar al-‘Amal no. 111, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 10248, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Al-Hakim mengatakan bahawa hadith ini sahih sesuai syarat Bukhari dan Muslim namun keduanya tidak mengeluarkannya, dan az-Zahabi berkata dalam at-Talkhish, hadith ini sesuai syarat al-Bukhari dan Muslim

 

Al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 4/203 sanad hadith ini sahih atau hasan.

 

Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 1077 mengatakan bahawa hadith ini sahih.

 

Syeikh Mustafa Al-Adawi, mengatakan hadith ini dhaif.

 

Syeikh Abdulah Al-Khulaifi, mengatakan hadith mursal, tidak sahih.

 

Rujukan

 

https://youtu.be/9uFJSrLJP6Q

 

Telegram: @bicarathtl

Hadith hinanya hutang

 

Matan hadith

 

إياكم والدَّينَ فإنه همٌّ بالليلِ ومذلَّةٌ بالنهارِ

 

Terjemahan

 

Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan/kesedihan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari

 

Takhrij

 

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 5166, daripada Anas bin Malik ra.

 

As-Saffarini al-Hanbali menilai hadith ini dhaif dalam Syarah Kitab al-Syihab fi al-Hikam wa al-Mawa’idz wa al-Adab no. 197.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Dhaif Jami’ no. 2199.

 

Hadith ini juga diriwayatkan oleh sebilangan sahabat lain antaranya:-

 

a)       Abdur Rahman bin 'Athiyah bin Dalaf ra

 

فَمَنْ كَانَ لَهُ عَلَيْهِ دَيْنٌ فَلْيَأْتِنَا بِالْغَدَاةِ نَقْسِمُ مَالَهُ بَيْنَهُمْ وَإِيَّاكُمْ وَالدَّيْنَ فَإِنَّ أَوَّلَهُ هَمٌّ وَآخِرَهُ حَرْبٌ

 

Barangsiapa yang memiliki hutang kepadanya hendaknya dia datang kepada kami esok pagi, kami akan membahagi hartanya, dan jauhilah berhutang kerana awalnya adalah kesedihan dan akhirnya adalah kefakiran dan kerugian (HR. Imam Malik dalam al-Muwaththa no. 1525, sanadnya dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil 5/262).

 

b)      Aisyah ra

 

الدَّيْنُ هَمٌّ بالليلِ، مَذَلَّةٌ بالنهارِ

 

Berhutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari (HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus seperti disebutkan dalam Kanzul Ummal no. 15479, dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 3033)

 

c)       Abi Ayyub al-Ansari ra dengan lafaz seperti al-Baihaqi (HR. Abu Hassan al-Harabi dalam al-Fawaid 1/169, dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2265)

 

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah berkata:

 

وأوصيكم أن لا تُداينوا ولو لبستم العباء فإن الدّين ذُلُّ بالنهار وهم بالليل، فدعوه تسلم لكم أقداركم وأعراضكم وتبق لكم الحرمة في الناس ما بقيتم

 

Aku wasiatkan kepada kalian agar tidak berhutang, meskipun kalian merasakan kesulitan, kerana sesungguhnya hutang adalah kehinaan di siang hari kesengsaraan di malam hari, tinggalkanlah ia, nescaya martabat dan harga diri kalian akan selamat, dan masih tersisa kemuliaan bagi kalian di tengah-tengah manusia selama kalian hidup (Ma’alim Al Ishlah wa At Tajdid, 2/71, karya DR. Ali Muhammad Ash Shallabi).

 

Al-Munawi juga menjelaskan,

 

والكلام فيمن عصى باستدانته أما من استدان حيث يجوز ولم يخلف وفاء فلا يحبس عن الجنة شهيدا أو غيره

 

Pembicaraan mengenai hal ini berlaku pada siapa saja yang mengingkari hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang diperbolehkan dan dia tidak menyelisihi janjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga baik sebagai syahid atau lainnya (Faidhul Qadir 6/463)

 

Ash-Shan’ani juga memberikan penjelasan tentang perkataan Umar bin Abdul Aziz,dengan mengatakan.

 

ويحتمل أن ذلك فيمن استدان ولم ينو الوفاء

 

Yang demikian itu dimaksudkan bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya (Subulus Salam 2/71)

Kisah pengislaman Abu Dzar al-Ghifari ra

 

Matan kisah

 

هنالك دخل المسجد الحرام ونادى بأعلى صوته : [ أشهد ألاَّ إله إلا الله ..وأشهَد أنَّ محمداً رسول الله ] .. كانت هذه الصيحة – فيما نعلم – أول صيحة بالإسلام تحدَّت كبرياء قريش وقرعت أسماعها .. صاحها رجل غريب ليس له في مكة حسب ولا نسب ولا حِمَى .. ولقد لقي ما لم يكن يغيب عن فطنته أنه ملاقيه.. فقد أحاط به المشركون وضربوه حتى صرعوه .. وترامى النبأ إلى العباس عم النبي ، فجاء يسعى ، وما استطاع أن ينقذه من بين أنيابهم إلا بالحيلة الذكية ، فقد قال لهم : " يا معشر قريش ، أنتم تجار ، وطريقكم على غِفَار ، وهذا رجل من رجالها ، إن يحرض قومه عليكم ، يقطعوا على قوافلكم الطريق " ..فثابوا إلى رشدهم وتركوه . ولكن أبا ذر ، وقد ذاق حلاوة الأذى في سبيل الله ، لا يريد أن يغادر مكة حتى يظفر من طيباته بمزيد

 

Terjemahan

 

Apabila beliau mendengar alunan ayat-ayat suci al-Qur’an dari lisan Rasulullah saw, beliau terus mengucapkan dua kalimah syahadah. Oleh kerana keterujaan beliau itu, Abu Zar terus menuju ke Masjidil Haram dan terus melaungkan, “Asyhadu alla Ilaha Ilallah was Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!” di tengah-tengah kaum Musyrikin yang sedang tawaf mengelilingi berhala-berhala yang diletakkan di Kaabah.

 

Apabila kaum Musyrikin Mekah mendengar perisytiharan terbuka Abu Zar itu, mereka terus mengepung dan memukulnya sehingga beliau jatuh. Tidak ada sesiapa pun di kota Mekah itu yang berani membuat pengisytiharan terbuka, tambah pula orang luar seperti Abu Zar ini.

 

Nasib baiklah bapa saudara nabi, Abbas bin Abdul Mutalib datang menyelamat, dengan berkata, “Wahai kaum Quraisy, Engkau semua bangsa pedagang yang mahu tidak mahu akan lalu di perkampungan bani Ghifar, dan orang ini adalah salah seorang dari mereka. Tidak mustahil bila ia akan menghasut kaumnya untuk merompak kafilah-kafilahmu nanti!” Selepas itu barulah Abu Zar dilepaskan pergi.

 

Takhrij

 

Kisah ini ditemukan dalam Buku Sirah Rijalun Haula Rasul oleh Khalid Muhammad Khalid hal. 46.

 

Saya tidak jumpa kisah diperinci seperti ini dalam ringkasan Siyar ‘Alam an-Nubala (t) hal. 326.

 

Kitab lain saya tak sempat rujuk lagi. Tapi saya berpegang teks-teks sejarah tak mengapa untuk kita cerna ia sebagai teks sejarah atau sekadar cerita, tapi bukan pendalilan hukum.

 

Para ulama  bersikap selektif dan kritis terhadap hadith-hadith hukum, dan sebaliknya, bersikap longgar ketika menghadapi hadith-hadith sirah (Shiddiqi, 2003 hal. 13)

 

Rujukan

 

Shiddiqi, Muhammad Zubayr. “Hadith-A Subject of Keen Interest”, dalam P. K. Koya (ed.). Hadith and Sunnah: Ideals and Realities. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2003.

Hadith urusan dunia diserahkan pada kita, urusan agama dikembalikan pada Rasulullah saw

 

Matan hadith

 

إِنْ كَانَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَشَأْنُكُمْ بِهِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أُمُورِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ

 

Terjemahan

 

Jika sesuatu itu menyangkut urusan dunia kalian maka itu urusan kalian, tetapi jika menyangkut urusan agama kalian maka kembalikanlah kepadaku

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 2471, Ahmad no. 24920, daripada Aisyah ra, no. 12544 daripada Anas bin Malik ra.

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani, Syeikh al-Arnauth dan al-Hafiz Abu Thahir.

 

 

Hadith asal usul azan

 

Matan hadith

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كَانَ الْمُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلَوَاتِ وَلَيْسَ يُنَادِى بِهَا أَحَدٌ فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِى ذَلِكَ فَقَالَ بَعْضُهُمُ اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى وَقَالَ بَعْضُهُمْ قَرْنًا مِثْلَ قَرْنِ الْيَهُودِ فَقَالَ عُمَرُ أَوَلاَ تَبْعَثُونَ رَجُلاً يُنَادِى بِالصَّلاَةِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم « يَا بِلاَلُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلاَةِ ».

 

Terjemahan

 

Suatu waktu ketika kaum muslimin tiba di Madinah, mereka berkumpul sembari menunggu waktu solat. Namun tidak seorang pun di antara mereka yang boleh memberitahukan bahawa waktu solat telah masuk. Sehingga pada suatu hari mereka bermusyarawah untuk membahas persoalan tersebut. Sebahagian sahabat mengusulkan agar menggunakan loceng sebagaimana yang digunakan oleh orang-orang Nasrani. Sebagian yang lain dengan tanduk sebagaimana digunakan oleh orang-orang Yahudi dalam upacara keagamaan mereka. Namun sahabat Umar bin Khattab berkata “Alangkah baiknya kalian menjadikan seseorang yang bertugas untuk memanggil orang-orang solat”. Kemudian Rasulullah Saw. menyetujui usulan Umar dan berkata, “Wahai Bilal, berdirilah serta panggillah manusia untuk mendirikan solat!”

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 190.

 

Imam Tirmidzi menilai hadith ini sahih gharib.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih.

 

Hadith ini juga ditemukan dalam Sahih Bukhari no. 604 (lafaz hadith di atas), Sahih Muslim no. 377.

 

 

Sementara itu dalam riwayat Abu Daud ada tambahan riwayat sebagai berikut:

 

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ قَالَ أَرَادَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فِى الأَذَانِ أَشْيَاءَ لَمْ يَصْنَعْ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ فَأُرِىَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ الأَذَانَ فِى الْمَنَامِ فَأَتَى النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ « أَلْقِهِ عَلَى بِلاَلٍ »

 

Abdullah bin Zaid berkata: “Nabi saw. berkeinginan untuk mencari cara dalam memberitahukan waktu solat (azan), namun beliau belum juga menemukannya”. Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai kalimat-kalimat azan dalam tidurnya. Lalu dia mendatangi Nabi saw. untuk memberitahukan hal tersebut, kemudian Nabi saw. pun berkata “Ajarkanlah kata-kata itu kepada Bilal!”.

 

Takhrij

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani, Syeikh al-Arnauth dan al-Hafiz Abu Thahir dalam takhrij mereka ke atas Sunan Abi Daud no. 512

Hadith larangan mencela pelaku maksiat yang sudah bertaubat dengan dosa tersebut

 

Matan hadith

 

مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ

 

Terjemahan

 

“Siapa yang mengejek-ejek/memburuk-burukkan saudaranya kerana suatu dosa, maka ia tidak akan mati kecuali mengamalkan dosa tersebut.”

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2505, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/212, daripada Mu’adz bin Jabal ra.

 

Hadithnya gharib dan sanadnya tidak bersambung menurut Imam Tirmidzi.

 

Dhaif menurut az-Zahabi dalam Tartib Maudhuat no.245 kerana terdapat perawi yang matruk, Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid

 

Palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 178

 

Palsu menurut as-Saghani dalam Maudhuat beliau no. 45

 

Palsu menurut as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 229

 

Majoriti mendhaifkan hadith ini, dan as-Suyuthi pula menghasankan hadith tersebut dalam Jamius Saghir no. 8850

Hadith doa memohon Allah swt memperbaiki diri kita

 

Matan hadith

 

Dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah:

 

ما يمنعك أن تسمعي ما أوصيك به ، أو تقولي إذا أصبحت وإذا أمسيت : يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ، أصلح لي شأني كله ، ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين

 

Terjemahan

 

“Apa yang menghalangimu untuk mendengarkan nasihatku, bacalah ketika pagi dan petang hari: Ya hayyu ya qayyuum birahmatika…..(sehingga habis).”

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6368, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 10405, dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 227 dan Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Maad 2/341.

Fadhilat membaca ayat 128-129 surah at-Taubah

 

 

وَمِنْ خَوَاصِّ هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ أَعنِيْ لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُوْلٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ اِلَى آخِرِ السُّوْرَةِ أَنَّ مَنْ قَرَأَهُمَا فِيْ يَوْمٍ لَمْ يَمُتْ فِيْ ذَلِكَ الْيَوْمِ كَمَا رُوِيَ عَنْهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

Diantara khasiat dua ayat ini maksudnya LAQAD JAA`AKUM sampai akhir surah, bahawasanya barang siapa membacanya pada satu hari maka dia tidak akan mati pada hari tersebut, sebagaimana diriwayatkan dari Nabi saw.

 

وَفِيْ رِوَايَةٍ لَمْ يُقْتَلْ وَلَمْ يُضْرَبْ بِحَدِيْدَةٍ وَإِنْ قَرَأَهَا فِيْ لَيْلَةٍ فَلَهُ مِثْلُ ذَلِكَ ذَكَرَ هَذَا الْحَدِيْثَ بَعْضُ الصَّالِحِيْنَ

 

Dalam satu riwaayat, dia tidak akan dibunuh, dan tidak akan dibukul dengan besi. Jika dia membacanya di malam hari maka sebagaimana yang disebutkan diatas (maksudnya dia tidak akan mati di malam hari tersebut).

 

 

Takhrij

 

Ini bukan hadith Nabi saw. Ia adalah ucapan Syeikh Ahmad Dairabi dalam Kitab Mujarrabat Ad-Dairabi Al-Kabir hal. 42, cetakan Mathba’ah Musthafa Muhammad, Mesir.

 

 

Teks asal:-

 

 

عن الشيخ التجاني رضي الله عنه

 

من قرأ آية الحرص ( لقد جاءكم رسول من أنفسكم………..) مرة بعد صلاة الصبح حفظ قلبه و بعد صلاة الظهر (مرة) أحيا قلبه و ثبته في الحياة الدنيا و الآخرة و بعد صلاة العصر (مرة)لم يمت موت الفجأة و بعد صلاة المغرب (مرة) رزق الاستقامة و بعد صلاة العشاء (مرة) حفظ من كبار المعاصي و بعد الوتر (مرة) كفى أمر الرزق و خوف الخلق و بعد صلاة عيد الفطر(سبعا) حفظ من الصمم كل سنة ما داوم عليها و بعد عيد الأضحى (احد و عشرين مرة) أمنه الله من العمى الأكحل كل سنة قرأها و بعد صلاة الكسوف (ستة و ستون مرة) شفاه الله في بدنه من سائر الأمراض و بعد صلاة الاستسقاء (ثمانية و عشرين مرة) أستجيبت دعوته و بعد صلاة الفجر (مرة) لم يمت حتى يرى مقعده في الجنة أو يرى له و بعد الاستخارة النبوية كانت الملائكة في عونه و (مرة) بعد أي نافلة رزق حلاوة الإيمان و بعد صلاة الجمعة (تسعا و تسعين مرة) حفظ من أكل الحرام ما دام عليها و في يوم عرفة (ثلاث مائة و ستين مرة) أخذ الله بيده و كفاه هم الدنيا و الآخرة و في يوم عاشوراء( ألفا )تخدمه الأرواح و تأتيه بالأرزاق من الكون و في ليلة النصف من شعبان (خمسمائة) لم يسأل في قبره و من قرأها كل صباح(مرة) و كل مساء(مرة) حفظ من الآفات و لا يضره شيء ما داوم عليها و (مرة) عند النوم تحفظ من الآفات إلى الصباح و لا يضره شيء أبدا و من قرأها على أحد حفظ من كل سوء و من خاف من لص أو ظالم فليضع يده على رأسه و ليقرأها فيحفظ منه و(ثلاثا) عند طلوع الشمس و عند غروبها كفاه الله شر العالم و من قرأها (ثلاثا) عشية جمعة حفظ من السحر و لا ينفذ فيه سم و (سبعا) على أي علة شفيت كان شرب له كتابتها (سبعا) و إن قرئت (مائة) على عليل أعي الأطباء بصدق الطلب شفي من حينه و من دخل الخلوة و قرأها (ثلاثين ألفا) و يده على صدره لا يمرض أبدا و لا يفقد بصره و لا يتصرف فيه أحد من أهل الظاهر و لا من أهل الباطن و من قرأها (ستة و ستين) على ملسوع شفى بالله من حينه و من قرأها (مائة و احد عشر مرة) على عولة لم يفقدها أبدا ما دام يقرأها على العولة و من قرأها عند كل أكل لم يفقد النعمة و لو في فلاة و من قرأها على الحامل (مرة)(أربعين يوما) حفظت هي و ولدها من الآفات و يكون الولد صالحا و من يشاهد الخيالات في نومه قرأها عند النوم (إحدى عشر مرة) حفظه الله و إن وضع المسافر يده على رأسه و يقرأها على نفسه حفظه الله حتى يرجع لا يموت في سفره و حفظ من الأمراض و من قرأها في اليوم و الليلة و لو مرة لا يموت ما دام يقرأها و من ودع مسافرا بعد أن يقرأها عليه حفظه الله من الآفات و لا يموت حتى يرجع و من قرأها على مال حفظه الله و حرسه و من قرأها على دار أو بستان أو مدينة أو قرية أو حصن حفظ الله الجميع و من قرأها على قافلة أو سفينة حفظها الله و من قرأها في غزوة (ألف مرة) انهزمت الأعداء و رزق النصر و السلامة و إن قرأها (ستة و ستين مرة) على نار تفسد انطفأت بالله و من قرأها في خلوة (سبعين ألفا) تخدمه الأرواح و الجن المؤمنون طول حياته و يكون له الإقبال في قلوب الخلائق و تخضع له الجبابرة طوعا أو كرها و يعافي في جميع الأمراض و لا يصعب عليه مطلب و من أكثر قراءتها بلا عدد مشيا و قعودا كثر خيره و يحبه النبي صلى الله عليه و سلم و يراه في كل وقت و حين و من داوم عليها أربعين سنة زال الحجاب بينه و بين النبي صلى الله عليه و سلم و ينال ما ناله الصديقين

Dinuqil dari kitab :

 

إراءة عرائس شموس فلك الحقائق العرفانية بأصابع حق ماهية التربية بالطريقة التجانية لسيدي ابو علي السوسي البعقيلي

 

 

Fadilah membaca ayat Al-Hirsh (QS: At-Taubah : 128 - 129)

 

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُول مِنْ أَنْفُسكُمْ عَزِيز عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيص عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوف رَحِيم (*) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِي اللَّه لَا إِلَه إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْت وَهُوَ رَبّ الْعَرْش الْعَظِيم

 

Dari Asy-Syaikh At-Tijani:-

 

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Subuh maka Allah akan menjaga hatinya

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Zuhur maka Allah akan menghidupkan dan menetapkan hatinya (dalam keimanan) di dunia mahupun di akhirat

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Asar maka dia tidak akan mati seperti matinya orang terkejut

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Maghrib maka dia akan diberi istiqamah (dalam beribadah) oleh Allah SWT

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Isyak maka Allah akan menjaga dirinya dari penguasa zalim

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Witir maka Allah akan mencukupi perkara rezekinya dan ketakutannya terhadap makhluk

- Barang siapa membaca ayat ini tujuh kali setelah solat 'Iedul Fitri maka Allah akan menjaganya / menjauhkannya dari bencana sepanjang tahun

- Barang siapa membaca ayat ini dua puluh satu kali setelah solat 'Iedul Adha maka Allah akan menjauhkannya dari kebutaan sepanjang tahun bagi yang membacanya

- Barang siapa membaca ayat ini enam puluh enam kali setelah solat gerhana matahari maka Allah akan menyembuhkannya dari segala penyakit yang ada di tubuh

- Barang siapa membaca ayat ini dua puluh delapan kali setelah solat Istisqa’ maka Allah akan mengabulkan doa doanya

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat fajar maka dia tidak akan mati kecuali sehingga melihat tempatnya di syurga atau dia melihat syurga

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat Istikharah maka akan senantiasa dibantu oleh Malaikat

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setelah solat sunah maka Allah akan memberinya rezeki kepadanya dan boleh merasakan manisnya iman

- Barang siapa membaca ayat ini tujuh puluh tujuh kali setelah solat Jumaat maka Allah akan menjaganya dari makan makanan haram

- Barang siapa membaca ayat ini tiga ratus enam puluh kali pada hari 'Arafah maka Allah akan menuntunnya dan mencukupinya dari kesusahan dunia akhirat

- Barang siapa membaca ayat ini seribu kali pada hari 'Asyura maka akan dilayani oleh para Malaikat dan Allah akan memberi rezeki bqginya dari segala arah

- Barang siapa membaca ayat ini lima ratus kali pada malam Nishfu Sya'ban maka dia tidak akan ditanya oleh Malaikat Munkar Nakir

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali pada pagi dan petang hari maka Allah akan menjaganya dari segala mara bahaya dan tidak akan ada yang dapat mencelakainya selamanya

- Barang siapa membaca ayat ini satu kali setiap akan tidur maka Allah akan menjaganya sampai pagi dan tidak akan ada yang dapat mencelakainya selamanya

- Barang siapa membaca ayat ini untuk seseorang maka Allah akan menjaga orang itu dari segala keburukan

- Barang siapa membaca ayat ini dengan meletakkan tangannya di kepala maka Allah akan menaga orang itu dari pencuri dan orang zalim

- Barang siapa membaca ayat ini tiga kali ketika matahari terbit dan ketika terbenam maka Allah akan menjauhkannya dari buruknya ilmu

- Barang siapa membaca ayat ini tiga kali pada petang hari ketika hari jumaat maka Allah akan menjaganya dari sihir dan binatang berbisa

- Barang siapa membaca ayat ini tujuh kali ditulis untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara meminum air rendamannya

- Barang siapa membaca ayat ini seratus kali untuk orang sakit dengan niat yang sungguh sungguh dan benar maka akan sembuh seketika

- Barang siapa berkhalwat dan membaca ayat ini tiga puluh ribu kali dengan meletakkan tangannya di dada maka dia tidak akan sakit selamanya, tidak akan kelihatan penglihatannya, tidak akan ada yang bisa mengganggunya baik itu ahli zahir mahupun ahli batin

- Barang siapa membaca ayat ini enam puluh enam kali kepada orang yang terkena bisa binatang maka akan sembuh seketika

- Barang siapa membaca ayat ini seratus sebelas kali kepada orang yang menangis / meratap maka tidak akan kembali tangisannya / ratapannya selama dia membacanya

- Barang siapa membaca ayat ini ketika makan maka tidak akan hilang nikmatnya walaupun tengah berada di padang pasir

- Barang siapa membaca ayat ini sekali selama empat puluh hari kepada orang hamil maka akan dijaga ibu dan kandungannya, dan setelah lahir akan menjadi anak yang saleh

- Barang siapa membaca ayat ini sebelas kali ketika mimpi buruk maka Allah akan menjaganya

- Apabila seorang musafir meletakkan tangannya di kepala lalu membaca ayat ini maka Allah akan menjaganya datri segala macam keburukan sampai dia pulang dan dijauhkan dari segala macam penyakit

- Barang siapa membaca ayat ini siang dan malam walaupun hanya sekali maka dia tidak akan mati selagi dia tetap membacanya

- Barang siapa setelah membaca ayat ini mengantar musafir maka musafir tersebut akan dijaga dari segala macam bahaya dan dia tidak akan mati sehingga pulang

- Barang siapa membaca ayat ini untuk harta benda maka Allah akan menjaga harta tersebut

- Barang siapa membaca ayat ini untuk rumah, atau kebun, atau desa, atau kota, atau benteng maka Allah akan menjaga semuanya

- Barang siapa membacanya untuk kafilah atau perahu / kapal laut maka Allah akan menjaganya

- Barang siapa membaca ayat ini di tengah peperangan maka musuh akan lari dan diberi kemenangan dan keselamatan

- Barang siapa membaca ayat ini enam puluh enam kali kepada api yang berkobar maka api tersebut akan padam dengan idzin Allah SWT

- Barang siapa membaca ayat ini tujuh puluh ribu kali ketika khalwat maka akan mendapat khadam malaikat dan jin mukmin selama hidupnya, diterima dihati semua makhluk,  semua akan tunduk kepadanya, disembuhkan segala penyakitnya, dan diberi kemudahan segala urusannya

- Barang siapa memperbanyakkan membaca ayat ini tanpa dihitung, baik ketika berjalan mauhpun duduk makan bertambah tambah kebaikannya, dicintai baginda Nabi SAW, dapat melihat baginda Nabi SAW setiap saat

- Barang siapa selalu membaca ayat ini selama empat puluh tahun maka hilanglah hijab antara dia dan baginda Nabi SAW, dan memperoleh derajat sebagaimana yang diperoleh para shiddiiqiin.

 

Ulasan:-

 

Jelas ia khurafat tanpa syak. Sejak bila malaikat boleh ditundukkan menjadi khadam bagi manusia?

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...