Tuesday, 18 July 2023

Hadith Allah swt mengampunkan dosa apabila catatan awal dan akhir adalah kebaikan

 


Matan hadith


مَا مِنْ حَافِظَيْنِ رَفَعَا إِلَى اللَّهِ مَا حَفِظَا مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ فَيَجِدُ اللَّهُ فِي أَوَّلِ الصَّحِيفَةِ وَفِي آخِرِ الصَّحِيفَةِ خَيْرًا إِلَّا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي مَا بَيْنَ طَرَفَيْ الصَّحِيفَةِ


Terjemahan


"Tidaklah dua (Malaikat) penjaga naik menghadap Allah baik di waktu siang mahupun malam, lalu Allah mendapati di awal catatan mahupun di akhir catatan, satu kebaikan kecuali Allah Ta'ala berkata kepada keduanya: 'Aku bersaksi atas kalian bahawa Aku telah mengampuni hambaKu, semua yang dia perbuat di antara dua sisi buku catatan


Takhrij


HR. Tirmidzi no. 981, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6696, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7053, Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 6775, daripada Anas bin Malik ra.


Dhaif menurut al-Mundziri dalam al-Targhib 1/316 


Dhai menurut  Syeikh al-Albani dalam  Dhaif Jami’ no. 5163


Dan dalam riwayat lain, tidak menyebut siang mahupun malam:


ما من حافِظَيْنِ يَرْفَعانِ إلى اللهِ ﵎، ويَرى اللهُ في أولِ الصحيفةِ خيرًا، وفي آخِرِها خيرًا، إلا قال اللهُ تعالى لملائكتِهِ: أُشْهِدُكُم أني قد غَفَرْتُ لعبدي ما بين طَرَفَيِ الصحيفةِ


Ketika malaikat penjaga menaikkan catatan amal manusia kepada Allah, kemudian Allah melihat awal dan akhir amalannya adalah kebaikan, Allah berfirman kepada malaikatNya: Aku bersaksi kepada kalian bahawa aku telah mengampuni hambaKu atas apa yang ada di antara kedua hujungnya


Takhrij


HR. at-Thabarani dalam ad-Dua’ no. 287, Ibnu Adi dalam al-Kamil 2/514, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2563, 6552, as-Tsa’labi dalam Tafsirnya  9/99, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 11/103, al-Qazwin dalam al-Tadwin 3/115, al-Khatib dalam Tarikhnya 17/142, juga daripada Anas bin Malik ra.


Ibnu Hibban mendhaifkan hadith tersebut dalam al-Majruhin 1/235 kerana terdapat perawi yang munkar iaitu Tamam  bin Najih dan az-Zahabi menilainya matruk dalam Talkhis al-‘Ilal al-Mutananhiyah no. 282.  


Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah 2/790


as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8001 mendhaifkan hadith tersebut


Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2239


Monday, 17 July 2023

Hadith Nabi Adam as dan Hawa berbuat syirik?

 Matan hadith

 

لما حملت حواء طاف بها إبليس وكان لايعيش لها ولد فقال سميه عبد الحارث فسمته عبد الحارث فعاش وكان ذلك من وحي الشيطان

 

Terjemahan

 

"Ketika Siti Hawa mengandung, iblis mengitarinya sedang ia tak mempunyai anak lelaki yang hidup. Maka berkatalah iblis kepadanya, 'Namailah anakmu itu Abdul Harits. 'Hawa pun menamainya dengan Abdul Harits dan hidup. Dan itu ilham serta perintah dari syaitan."

 

Takhrij

 

HR. Ahmad 5/11, at-Tirmidzi 3077, ar-Ruyani 816, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsir no. 1462, 1466, Ibnu Jarir dalam Tarikh 1/148, ath-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 8695, Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/43, al-Hakim dalam al-Mustadrak 2/545, seluruhnya dari jalur Umar bin Ibrahim dari Qotadah dari Hasan dari Samurah dari Nabi SAW.

 

 

Hadith dhaif menurut Ibnu Katsir dalam Tafsir al-Qur’anil Azhim 3/530.

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 342

Thursday, 13 July 2023

Hadith 120 rahmat di baitullah

 

Matan hadith

 يُنْزِلُ اللهُ كُلَّ يَوْمٍ عِشْرِيْنَ وَمِائَةِ رَحْمَةٍ سِتُّوْنَ مِنْهَا لِلطَّائِفِيْنَ وَأَرْبَعُوْنَ لِلْعَاكِفِيْنَ حَوْلَ الْبَيْتِ وَعِشْرُوْنَ مِنْهَا لِلنَّاظِرِيْنَ إِلَى الْبَيْتِ (الطَّبْرَانِى عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ)

Terjemahan

Driwayatkan oleh Ibnu Abbas dari Nabi SAW: Allah menurunkan tiap harinya  120 rahmat . Enam puluh  rahmat untuk orang – orang yang menjalankan tawaf .  40 untuk orang – orang yang ber’itikaf  di sekitar baitullah . 20 untuk orang – orang yang melihat Kaabah.


Takhrij 

HR Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir no. 11248; AlKhatib 6/26; ad-Dailami no. 814; Syuabul Iman 3/454.

Syeikh al-Albani menyatakan hadith tersebut palsu dalam  Silsilah Hadith Dhaif no. 256


Ada redaksi hadith yang hampir sama dari Bahihaqi:


  ورواه البيهقي ولفظه: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "يُنَزِّلُ اللّهُ كُلَّ يَوْمٍ عَلَى حُجَّاجِ بَيْتِهِ الْحَرَامِ عِشْرِيْنَ وَمِائَةِ رَحْمَةٍ: سِتِّيْنَ لِلطَّائِفِيْنَ، وَأَرْبَعِيْنَ لِلْمُصَلِّيْنَ، وَعِشْرِيْنَ لِلنَّاظِرِيْنِ.


Rasulullah SAW  bersabda : Allah menurunkan setiap hari  kepada para jemaah haji 120 rahmat . 60  untuk orang – orang yang melakukan tawaf . 40 untuk  orang – orang yang lagi menjalankan salat   dan 20 untuk  orang – orang yang melihat . HR Baihaqi. 

Al Hafiz al mundziri  menyatakan  sanad hadith tersebut hasan .

Syeikh al-Albani menilai hadith ini lemah .[Dhaif Targhib no. 722]




Wednesday, 12 July 2023

Hadith Nabi saw tidak menyentuh tangan wanita saat menerima baiat

 

Matan hadith

 

أتَيتُ رسولَ اللهِ ﷺ في نساءٍ لنُبايِعْهُ، فأخذَ علَينا ما في القرآنِ: أنْ لا نُشْرِكَ بِاللهِ شَيْئًا … الآيةُ وقال: فيما استطعتُنَّ وأطقتُنَّ، قُلنا: اللهُ ورسولُهُ أرحمُ بنا مِن أنفسِنا، قُلنا: يا رسولَ اللهِ ألا تُصافحُنا؟ قال: إنِّي لا أُصافِحُ النِّساءَ، إنّما قَولي لامرأةٍ واحدةٍ كقَولي لمائةِ امرأةٍ

 

Terjemahan

 

Dari Umaimah binti Raqiqah yang telah menceritakan bahawa dia datang kepada Rasulullah Saw. bersama-sama dengan kaum wanita untuk menyatakan baiat (janji setia) mereka kepadanya. Maka baginda Saw. menyumpah kami dengan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an, iaitu kami tidak boleh mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun, hingga akhir ayat. Lalu baginda Saw. bersabda: Dalam batasan sesuai dengan kemampuan dan kekuatan kalian. Kami berkata, "Allah dan Rasul-Nya lebih sayang kepada kita daripada diri kita sendiri." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak menjabat tangan kami (sebagaimana engkau membaiat kaum lelaki)?" Rasulullah Saw. bersabda:

 

 

"إِنِّي لَا أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِي لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ كَقَوْلِي لِمِائَةِ امْرَأَةٍ"

 

Sesungguhnya aku tidak mahu berjabat tangan dengan wanita (lain), sesungguhnya ucapanku kepada seorang wanita adalah sama dengan ucapanku kepada seratus orang wanita.

 

Takhrij

 

HR. an-Nasaie no. 4181, Ahmad no. 27006.

 

Sanadnya sahih menurut Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 8/122 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith sahih no.529 dan Syeikh al-Arnauth dalam Musnad Ahmad.

Hadith ancaman mengingkari zuriat sendiri

 

Sanad dan matan hadith

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنَا بن وَهْبٍ، حَدَّثَنَا عَمْرٌو -يَعْنِي: ابْنَ الْحَارِثِ-عَنِ ابْنِ الْهَادِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يُونُسَ، عَنْ سَعِيدٍ المَقْبُري، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ويقول حِينَ نَزَلَتْ آيَةُ الْمُلَاعَنَةِ: "أَيُّمَا امْرَأَةٍ أدخَلت عَلَى قَوْمٍ مَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ، فَلَيْسَتْ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ، وَلَنْ يُدْخِلَهَا اللَّهُ جَنّته، وَأَيُّمَا رَجُلٍ جَحَد وَلَدَهُ وَهُوَ يَنْظُرُ إِلَيْهِ، احْتَجَبَ اللَّهُ مِنْهُ، وَفَضَحَهُ عَلَى رُءُوسِ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ"

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Saleh, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb, telah menceritakan kepada kami Amr ibnul Haris, dari Ibnul Had, dari Abdullah ibnu Yunus, dari Sa'id Al-Maqbari, dari Abu Hurairah, bahawa ketika ayat Mula'anah (li'an) diturunkan, dia mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Siapa pun wanitanya yang memasukkan ke dalam kaum (nya) seseorang yang bukan berasal dari mereka, maka dijauhkanlah dia dari rahmat Allah, dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga. Dan siapa pun lelakinya yang mengingkari anaknya sendiri, padahal dia menyaksikannya, maka Allah menutup diri darinya dan memalukannya di depan mata kepala orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian (di hari kiamat nanti).

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 2263, Ibnu Hibban no. 4108.

 

Didhaifkan oleh Imam Abu Daud.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1427

Hadith dalam tafsir Surah al-Mumtahanah: 12

 

Sanad dan matan hadith

 

وَقَالَ ابْنُ جَرِيرٍ : حَدَّثَنَا بِشْرٌ حَدَّثَنَا يَزِيدُ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةُ فِي هَذِهِ الْآيَةِ ذُكِرَ لَنَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ عَلَيْهِنَّ النِّيَاحَةَ وَلَا تُحَدِّثْنَ الرِّجَالَ إِلَّا رَجُلًا مِنْكُنَّ مُحَرَّمًا، فقال عبد الرّحمن بن عوف: يا رسول اللَّهِ إِنَّ لَنَا أَضْيَافًا وَإِنَّا نَغِيبُ عَنْ نِسَائِنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَيْسَ أُولَئِكَ عَنَيْتُ، لَيْسَ أُولَئِكَ عَنَيْتُ»

 

Terjemahan

 

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bisyr, telah menceritakan kepada kami Yazid, telah menceritakan kepada kami Sa'id, dari Qatadah sehubungan dengan ayat ini, bahawa pernah diceritakan kepada kami bahawa Nabi Allah Swt. telah menyumpah mereka untuk tidak melakukan niyahah dan janganlah mereka berbicara dengan kaum lelaki kecuali lelaki yang mahramnya. Maka Abdur Rahman ibnu Auf r.a. bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami sering mempunyai tamu-tamu, sedangkan kami sering meninggalkan isteri-isteri kami." Maka Rasulullah Saw. menjawab: Bukan mereka yang aku maksudkan, bukan mereka yang aku maksudkan.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabari dalam Tafsirnya 28/28-29.

 

Menurut pentahqiq Tafsir Ibnu Katsir 13/533,Islamkotob, sanadnya munqathi'.

 


Tuesday, 11 July 2023

Atsar dalam tafsir Surah al-Hasyr: 9

  1.

وَقَالَ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، عَنْ طَارِقِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ أَبِي الْهَيَّاجِ الْأَسَدِيِّ قَالَ: كُنْتُ أَطُوفُ بِالْبَيْتِ، فَرَأَيْتُ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ قِنِي شُحَّ نَفْسِي". لَا يَزِيدُ عَلَى ذَلِكَ، فَقُلْتُ لَهُ، فَقَالَ: إِنِّي إِذَا وُقِيتُ شُحَّ نَفْسِي لَمْ أَسْرِقْ وَلَمْ أَزْنِ وَلَمْ أَفْعَلْ"، وَإِذَا الرَّجُلُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، رَوَاهُ ابْنُ جَرِيرٍ

 

Sufyan As-Sauri telah meriwayatkan daripada Tariq ibnu Abdur Rahman, daripada Sa'id ibnu Jubair, daripada Abul Hayyaj Al-Asadi yang mengatakan bahawa ketika dia sedang tawaf di Baitullah, dia melihat seorang lelaki mengucapkan doa, "Ya Allah, peliharalah diriku daripada kekikiran diriku." Hanya itu doa yang dibacanya, tidak lebih. Lalu aku bertanya kepadanya, "Mengapa demikian?" Dia menjawab, "Jika aku dipelihara daripada kekikiran diriku, bererti aku tidak akan mencuri, tidak berzina, dan tidak berbuat macam-macam dosa." Dan ternyata lelaki itu adalah sahabat Abdur Rahman ibnu Auf رضي الله عنه. Demikianlah menurut riwayat Ibnu Jarir.

 

Takhrij

 

AR. at-Thabari dalamTafsirnya 28/29.

 

Sanadnya hasan menurut Syeikh Abu Abdullah Mustafa bin al-Adawi Syalbayah dalam At-Tashil li Ta’wil At-Tanzil Juz’u Qad Sami’a hal. 103

 



2.

وَأخرج عبد بن حميد وَابْن الْمُنْذر عَن يزِيد بن الْأَصَم أَن الْأَنْصَار قَالُوا: يَا رَسُول الله أقسم بَيْننَا وَبَين إِخْوَاننَا الْمُهَاجِرين الأَرْض نِصْفَيْنِ قَالَ: لَا وَلَكِن يكفونكم الْمُؤْنَة وتقاسمونهم الثَّمَرَة وَالْأَرْض أَرْضكُم قَالُوا: رَضِينَا فَأنْزل الله {وَالَّذين تبوؤوا الدَّار والإِيمان من قبلهم} إِلَى آخر الْآيَة


Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber daripada Yazid al-Asham bahawa kaum Ansar berkata: “Ya Rasulullah, bagi dualah tanah ini untuk kami (kaum Ansar) dan kaum Muhajireen.” Nabi ﷺ bersabda: “Tidak. Penuhi sajalah keperluan mereka dan bagilah buah kurmanya. Tanah ini tetap kepunyaanmu.” Mereka menjawab: “Kami redha atas keputusan itu.” Maka turunlah ayat ini (al-Hashr: 9) yang menggambarkan sifat-sifat kaum Ansar yang tidak mementingkan diri sendiri.

Takhrij

HN. As-Suyuthi dalam Durar al-MAnthur 8/106. Dhaif  menurut pentahqiq kitab:

الاستيعاب في بيان الأسباب «أول موسوعة علمية حديثية محققة في 
أسباب نزول آي القرآن الكريم»(3/371)

http://raudabooks.com/vb/showthread.php?t=5687




Hadith dalam tafsir Surah al-A’araf: 184

 وقال قتادة بن دعامة : ذكر لنا أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان على الصفا ، فدعا قريشا فجعل يفخذهم فخذا فخذا : " يا بني فلان ، يا بني فلان " ، فحذرهم بأس الله ووقائع الله ، فقال قائلهم : إن صاحبكم هذا لمجنون . بات يصوت إلى الصباح - أو : حتى أصبح ، فأنزل الله تعالى : ( أولم يتفكروا ما بصاحبهم من جنة إن هو إلا نذير مبين

 

Qatadah ibnu Di'amah telah mengatakan, telah diceritakan kepada kami bahawa Nabi Allah Saw. pada suatu ketika sedang berada di atas Bukit Safa. Lalu baginda menyeru kaum Quraisy, dalam seruannya itu baginda menyebutkan nama-nama pemimpin mereka seorang demi seorang. Baginda mengatakan, "Hai Fulan bin Fulan." Baginda Saw. memperingatkan mereka akan seksa Allah dan hari kiamat. Maka ada salah seorang di antara mereka mengatakan, "Sesungguhnya teman kalian ini benar-benar gila, dia terus berkobar-kobar semalaman hingga pagi hari, atau hingga waktu subuh." Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya:

 

{أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِهِمْ مِنْ جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلا نَذِيرٌ مُبِينٌ}

 

Apakah (mereka lalai) dan tidak memikirkan bahawa teman mereka (Muhammad) tidak berpenyakit gila. Dia (Muhammad itu) tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan. (Al-A'raf: 184)

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 13/15461, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya 5/8592, Mursal menurut pentahqiq Tafsir Ibnu Katsir 6/467, Islamkotob.




Hadith penghuni neraka menangis

 Matan hadith

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "يَا أَيُّهَا النَّاسُ، ابْكُوا، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا، فَإِنَّ أَهْلَ النَّارِ يَبْكُونَ حَتَّى تَسِيلَ دُمُوعُهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ كَأَنَّهَا جَدَاوِلُ، حَتَّى تَنْقَطِعَ الدُّمُوعُ فَتَسِيلَ الدِّمَاءُ فَتَقَرَّحُ الْعُيُونُ. فَلَوْ أَنَّ سُفُنًا أُزْجِيَتْ فِيهَا لَجرَت".

 

Terjemahan

 

Dari Anas ibnu Malik yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Hai manusia, menangislah kalian. Jika kalian tidak dapat menangis, maka berpura-pura menangislah, kerana sesungguhnya peng­huni neraka itu akan terus menangis hingga air mata mereka mengalir ke wajahnya bagaikan air pancuran. Bila air mata mereka habis, maka yang mengalir adalah darah, dan mata mereka bernanah. Seandainya perahu-perahu dilayarkan pada air mata mereka, nescaya akan dapat berlayar (kerana banyaknya air mata mereka seperti lautan).

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 4324, Ibnu Abi Duniya dalam Sifatul Nar no. 208, Abu Ya’la dalam Musnadnya n. 4134, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6889.

Hadith dalam tafsir surah at-Taubah ayat 80

  

 

أَسْمَعُ رَبِّي قَدْ رَخَّصَ لِي فِيهِمْ، فَوَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً، لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَغْفِرَ لَهُمْ! فَقَالَ اللَّهُ مِنْ شِدَّةِ غَضَبِهِ عَلَيْهِمْ: {سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ}

 

Ketika ayat ini diturunkan, aku mendengar Tuhanku memberikan, kemurahan kepadaku sehubungan dengan mereka. Maka demi Allah, aku benar-benar akan memohonkan ampun bagi mereka lebih dari tujuh puluh kali. Mudah-mudahan Allah memberikan ampunan­Nya bagi mereka. Maka Allah berfirman kerana kemurkaan-Nya yang sangat terhadap mereka: Kamu mohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). (At-Taubah: 80), hingga akhir ayat.

 

Takhrij

 

HN. Ibnu Katsir dalam Tafsirnya QS. At-Taubah: 80, sanadnya mempunyai penyokong (syahid) daripada Riwayat Ibnu Umar ra dalam Sahihain menurut pentahqiq al-Yasir fi Ikhtisar Tafsir Ibnu Katsir hal. 826, Islamkotob.

 

Juga dari Ma’mar bin Rasyid ra (Fathul Bari 8/188, mursal):

 

[عن معمر بن راشد:] عن قَتادةَ قال: لما نزلتْ { اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أوْ لا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً فَلَنْ يَغْفِرَ اللهُ لَهُمْ} قال النبيُّ ﷺ: لأزيدنَّ على السبعينَ، فأنزل اللهُ تعالى { سَواءٌ عَلَيْهِمْ أسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَنْ يَغْفِرَ اللهُ لَهُمْ











Kisah Khaulah binti Tsa’labah / Khuwailah binti Sa’labah berkenaan turunnya ayat zihar

 Matan hadith

 

عن خولة بنت ثعلبة قالت: في - والله - وفي أوس بن صامت أنزل الله عز وجل صدر سورة المجادلة قالت: كنت عنده وكان شيخا كبيرا قد ساء خلقه وضجر، قالت: فدخل علي يوما فراجعته بشيء فغضب، فقال: أنت علي كظهر أمي، قالت: ثم خرج فجلس في نادي قومه ساعة، ثم دخل علي، فإذا هو يريدني على نفسي، قالت: فقلت: كلا والذي نفس خويلة بيده، لا تخلص إلي وقد قلت ما قلت حتى يحكم الله ورسوله فينا بحكمه ، قالت: فواثبني وامتنعت منه، فغلبته بما تغلب به المرأة الشيخ الضعيف، فألقيته عني، قالت: ثم خرجت إلى بعض جاراتي فاستعرت منها ثيابها، ثم خرجت حتى جئت رسول الله صلى الله عليه وسلم فجلست بين يديه، فذكرت له ما لقيت منه، فجعلت أشكو إليه صلى الله عليه وسلم ما ألقى من سوء خلقه، قالت: فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " يا خويلة، ابن عمك شيخ كبير فاتقي الله فيه "، قالت: فوالله ما برحت حتى نزل في القرآن، فتغشى رسول الله صلى الله عليه وسلم ما كان يتغشاه، ثم سري عنه فقال لي: " يا خويلة، قد أنزل الله فيك وفي صاحبك "، ثم قرأ علي: {قد سمع الله قول التي تجادلك في زوجها وتشتكي إلى الله، والله يسمع تحاوركما، إن الله سميع بصير} إلى قوله: {وللكافرين عذاب أليم} ، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: " مريه فليعتق رقبة "، قالت: فقلت: والله يا رسول الله ما عنده ما يعتق، قال: " فليصم شهرين متتابعين "، قالت: فقلت: والله يا رسول الله إنه شيخ كبير ما به من صيام، قال: " فليطعم ستين مسكينا، وسقا من تمر "، قالت: فقلت : والله يا رسول الله ما ذاك عنده، قالت: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " فإنا سنعينه بعرق من تمر "، قالت: فقلت: وأنا يا رسول الله سأعينه بعرق آخر، قال: " قد أصبت وأحسنت، فاذهبي فتصدقي عنه ، ثم استوصي بابن عمك خيرا "، قالت: ففعلت، قال: عبد الله قال: أبي قال سعد: العرق الصن

 

Terjemahan

 

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sa'd ibnu Ibrahim dan Ya'qub. Keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ishaq, telah menceritakan kepadaku Ma'mar ibnu Abdullah ibnu Hanzalah, dari Yusuf ibnu Abdullah ibnu Salam, dari Khuwailah binti Sa'labah yang mengatakan, "Demi Allah, berkenaan dengan diriku dan Aus ibnus Samitlah Allah menurunkan permulaan surat Al-Mujadilah." Khuwailah melanjutkan kisahnya, "Saat itu aku menjadi isterinya (Aus ibnus Samit), sedangkan dia seorang yang sudah lanjut usia dan perangainya menjadi buruk. Dan pada suatu hari dia masuk menemuiku, lalu aku mengajukan protes terhadapnya tentang sesuatu, maka dia marah. Akhirnya dia mengatakan, 'Engkau bagiku seperti punggung ibuku.' Setelah itu Aus ibnus Samit keluar dan duduk di tempat perkumpulan kaumnya selama sesaat, kemudian dia kembali masuk menemuiku. Tiba-tiba berahinya memuncak, dia menginginkan diriku. Maka aku berkata, 'Jangan, demi Tuhan yang jiwa Khuwailah ini berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, jangan kamu bergaul denganku dulu setelah engkau mengucapkan kata-kata itu kepadaku sebelum Allah dan Rasul-Nya memutuskan hukum tentang masalah kita ini sesuai dengan hukum-Nya.' Cegahanku tiada ertinya baginya, dia memelukku dengan paksa. Maka aku membela diri agar lepas dari pelukannya, dan aku dapat mengalahkannya kerana tenaganya telah melemah mengingat usianya yang telah lanjut. Kusingkirkan dia dari tubuhku, kemudian aku keluar dari rumah menuju ke tempat salah seorang tetangga wanitaku. Lalu aku meminjam pakaian darinya dan langsung keluar menuju ke tempat Rasulullah Saw. Setelah sampai di hadapan baginda Saw., aku duduk dan menceritakan kepada baginda apa yang telah kualami dengan suamiku, dan aku mengadu kepada baginda tentang perangainya yang buruk." Rasulullah Saw. hanya menjawab, "Hai Khuwailah, anak pamanmu (suamimu) itu telah lanjut usia, maka bertakwalah kepada Allah terhadapnya." Khuwailah melanjutkan kisahnya, "Demi Allah, belum lagi aku beranjak, maka turunlah ayat Al-Qur'an mengenai diriku, dan Rasulullah Saw. kelihatan seperti orang yang tertutup (tak sedarkan diri) sebagaimana biasanya bila wahyu sedang turun kepadanya. Setelah wahyu selesai, keadaan baginda kembali seperti semula, lalu bersabda kepadaku, 'Hai Khuwailah, sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu-Nya berkenaan dengan masalahmu dan suamimu.' Lalu Rasulullah Saw. membacakan kepadaku firman berikut: Sungguh, Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar percakapan antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Mujadilah: 1) sampai dengan firman-Nya: dan bagi orang-orang kafir ada seksaan yang sangat pedih. (Al-Mujadilah: 4) Maka Rasulullah Saw. bersabda kepadaku, 'Perintahkanlah kepada suamimu untuk memerdekakan seorang budak.' Aku menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia tidak memiliki harta untuk memerdekakan budak.' Rasulullah Saw. bersabda, 'Maka hendaklah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut.' Aku berkata, 'Demi Allah, sesungguhnya dia benar-benar seorang yang sudah lanjut usianya, dia tidak kuat mengerjakan puasa.' Rasulullah Saw. bersabda: 'Maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin sebanyak satu wasaq kurma.' Aku berkata, 'Demi Allah, ya Rasulullah, dia tidak memiliki makanan sebanyak itu.' Maka Rasulullah Saw. bersabda, 'Kami akan membantunya dengan satu faraq kurma.' Aku berkata, 'Wahai Rasulullah, aku pun akan membantunya dengan satu faraq kurma lainnya.' Rasulullah Saw. bersabda, 'Kamu benar dan berbuat baik. Sekarang pergilah, dan sedekahkanlah kurma ini sebagai kifarat suamimu, kemudian perintahkanlah kepada anak pamanmu itu (suamimu) agar berbuat baik'." Khuwailah melanjutkan kisahnya, bahawa lalu dia mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Nabi Saw. itu.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 27319, Ibnu Hibban no. 4279.

 

Ibnu Katsir berkata dalam Irsyad al-Fiqhiyyah 2/207: Sanadnya masyhur dan mempunyai jalan-jalan lain yang saling menguatkan

 

Ibnu Hajar menilai hadith ini hasan dalam Muwafaqah al-Khabir 1/501

 

Syeikh al-Arnauth menilai menilah hadith ini sahih dalam Sahih Ibnu Hibban no. 4279a

Hadith doa wanita yang menembusi 7 petala langit, Khaulah binti Tsa’labah

  

Sanad dan matan hadith

 

وَقَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ أَبُو سَلَمَةَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ -يَعْنِي ابْنَ حَازِمٍ- قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا يَزِيدَ يُحَدِّثُ قَالَ: لَقِيَتِ امْرَأَةٌ عُمَرَ -يُقَالُ لَهَا :خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةَ- وَهُوَ يَسِيرُ مَعَ النَّاسِ، فَاسْتَوْقَفَتْهُ، فَوَقَفَ لَهَا، وَدَنَا مِنْهَا، وَأَصْغَى إِلَيْهَا رَأْسَهُ، وَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى مَنْكِبَيْهَا حَتَّى قَضَتْ حَاجَتَهَا وَانْصَرَفَتْ. فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ، حَبَسْتَ رِجَالَاتِ قُرَيْشٍ عَلَى هَذِهِ الْعَجُوزِ؟ قَالَ: وَيْحَكَ! وَتَدْرِي مَنْ هَذِهِ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: هَذِهِ امْرَأَةٌ سَمِعَ اللَّهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَاوَاتٍ، هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةَ، وَاللَّهِ لَوْ لَمْ تَنْصَرِفْ عَنِّي إِلَى اللَّيْلِ مَا انْصَرَفْتُ عَنْهَا حَتَّى تَقْضِيَ حَاجَتَهَا إِلَى أَنْ تَحْضُرَ صَلَاةٌ فَأُصَلِّيَهَا ، ثُمَّ أَرْجِعَ إِلَيْهَا حَتَّى تَقْضِيَ حَاجَتَهَا

 

Terjemahan

 

Dan Ibn Abi Hatim berkata: telah bercerita kepada kami ayahku, telah bercerita kepada kami Musa bin Isma’il Abu Salamah, telah bercerita kepada kami Jarir, yakni Ibn Hazim, dia berkata: aku mendengar Abu Yazid (al-Madani) meriwayatkan, dia berkata:

Seorang perempuan yang disebut Khaulah binti Tsa’labah menemui ‘Umar yang sedang berjalan bersama orang-orang. Perempuan itu menghentikan ‘Umar, maka ‘Umar pun berhenti untuknya. ‘Umar mendekati perempuan itu seraya mendoyongkan kepala untuk menyimak ucapan yang disampaikan oleh perempuan itu. ‘Umar menyimpan kedua tangannya di atas kedua bahunya sendiri hingga perempuan itu selesai dan pergi. Lalu seorang lelaki berkata kepada ‘Umar, “Wahai Amir al-Mu’minin, kau menghentikan perjalanan para lelaki Quraisy karena perempuan tua itu?” ‘Umar berkata, “Celaka kau! Tahukah kau siapa perempuan itu?” Lelaki itu menjawab, “Tidak.” ‘Umar berkata, “Dialah perempuan yang Allah mendengarkan keluhannya dari atas tujuh petala langit. Dialah Khaulah binti Tsa’labah. Demi Allah, seandainya dia belum berpaling dariku hingga malam hari, niscaya aku pun tidak akan berpaling darinya hingga dia selesai dari urusannya denganku. Jika waktu shalat tiba, aku akan melaksanakan shalat dulu, kemudian kembali kepadanya sampai dia selesai.” –SELESAI …

 

Takhrij

 

Atsar ini dha’if (lemah) kerana munqathi’ (terputus), Abu Yazid al-Madani tidak bertemu dengan ‘Umar bin al-Khaththab –radhiyallahu ‘anhu …

 

Ibn Katsir berkata:

 

هذا منقطع بين أبي يزيد وعمر بن الخطاب

 

“Ini terputus di antara Abu Yazid dengan ‘Umar bin al-Khaththab.”(Tafsir Ibnu Katsir 8/35)

Walaubagaimanapun terdapat riwayat penyokong dari Aisyah ra:

 

عن عروة بن الزبير قال قَالَتْ عَائِشَةُ تَبَارَكَ الَّذِي وَسِعَ سَمْعُهُ كُلَّ شَيْءٍ إِنِّي لَأَسْمَعُ كَلَامَ خَوْلَةَ بِنْتِ ثَعْلَبَةَ وَيَخْفَى عَلَيَّ بَعْضُهُ وَهِيَ تَشْتَكِي زَوْجَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ تَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلَ شَبَابِي وَنَثَرْتُ لَهُ بَطْنِي حَتَّى إِذَا كَبِرَتْ سِنِّي وَانْقَطَعَ وَلَدِي ظَاهَرَ مِنِّي اللَّهُمَّ إِنِّي أَشْكُو إِلَيْكَ فَمَا بَرِحَتْ حَتَّى نَزَلَ جِبْرَائِيلُ بِهَؤُلَاءِ الْآيَاتِ قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ

 

Dari ‘Urwah bin az-Zubair, dia berkata: ‘Aisyah berkata:

Maha Suci Allah yang pendengaran-Nya meliputi segala sesuatu. Sesungguhnya aku pernah mendengar ucapan Khaulah binti Tsa’labah –hanya saja sebagiannya tak terdengar olehku- ketika dia mengeluhkan suaminya kepada Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam. Saat itu dia berkata, “Wahai Rasulullah, suamiku telah memakan masa mudaku dan aku menaburkan perutku untuknya (yakni melahirkan banyak anak darinya -pent). Akan tetapi, ketika umurku semakin tua dan tak mampu lagi melahirkan anak, dia pun menzhiharku. Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu.” Terus-menerus Khaulah binti Tsa’labah mengadukan suaminya hingga turun Jibril dengan ayat-ayat tersebut, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepadamu tentang suaminya, dan mengadukan pula perihalnya kepada Allah.” (HR. Ibn Majah no. 2063, disahihkan oleh Syaikh al-Albani)

Hadith kedudukan mimbar nabi saw dan syafaat beliau

 Matan hadith

 

قال صلى الله عليه وسلم: يكون منبرُ إبراهيم عليه السلام عن يمين العرش، ومنبري عن يسار العرش، فقيل: يا رسولَ الله أنت أفضلُ من إبراهيم، واليمين أفضلُ من اليسار فكيف جُعل إبراهيم عن يمين العرش وأنت عن يساره؟

فقال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: الطريق الى الجنة عن يمين العرش، والطريق إلى النار عن يساره، فأكونُ على طريق النار أنظر مَن يُؤمرُ به من أمتي فأشفعُ له، فبينما أنا على منبري أسمعُ رجلًا من أمتي ينادي: نقصتْ حسناتي وزادتْ سيئاتي، فأقول للملائكة: ردُّوه، فيقولون: نحن ملائكة غلاظ شداد لا نعصي الله ما أمرنا به ونفعل ما نؤمر به، فأنزل مِن على منبري وأسجد بين يدي الله تعالى سجدة واحدة، فيأمر الله سبحانه وتعالى الملائكة يردونه لطاعتي، فأردُّه إلى الميزان، وأخرج له بطاقة قدر الأنملة فيها صلاتُه عليَّ وأطرحُها في الميزان، فتزيد الحسناتُ وتنقص السيئاتُ، فيتعلقُ بي ويقول: مَن أنت الذي خلَّصتني من هذا الأمر العظيم؟ فأقول: أو ما تعرفني؟ أنا نبيُّك وشفيعُك محمد"

 

Terjemahan

 

Rasulullah Saw bersabda, "Ketahuilah bahawa mimbarnya Nabi Ibrahim AS berada disebelah kanan Arasy dan mimbarku disebelah kiri ArasyNya Allah Swt". Maka para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, engkau lebih utama dari Nabi Ibrahim. Kenapa engkau ditempatkan disebelah kiri Arasy, sedangkanNabi Ibrahim disebelah kanannya Arasy?". Rasulullah menjawab, "Jalan ke Syurga berada disebelah kanan Arasy, sedangkan jalan menuju Neraka disebelah kiri Arasy. Aku berada disebelah kiri, supaya aku dapat melihat umatku yang akan dimasukkan ke Neraka dan kemudian aku berikan syafaat kepadanya". Ketika aku berada dimimbarku, aku mendengar jeritan umatku, berteriak-teriak seraya berkata, "Pahalaku sedikit dan dosaku banyak!".Rasulullah Saw berkata kepada Malaikat,"Jangan masukkan dia ke Neraka". Malaikat menjawab, "Aku adalah Malaikat yang melaksanakan apa saja yg diperintahkan Allah Swt kepadaku". Maka Rasulullah turun dari mimbarnya dan sujud sekali dihadapan Allah Swt. Kemudian Allah Swt memerintahkan kepada Malaikat untuk tidak memasukkan orang tersebut ke Neraka kerana sujudku"."Aku perintahkan kepada Malaikat untuk menimbang kembali amalnya serta aku berikan kepadanya pahala selawat atasku yg sedikit pada timbangannya. Maka bertambahlah pahalanya dan berkuranglah dosanya. Kemudian orang itu memegangku erat-erat sambil berkata, "Siapakah engkau yang telah menolongku dari siksa yang dahsyat?". Maka Rasulullah Saw bertanya, "Apakah engkau tidak mengenalku? Ketahuilah bahawa aku ini Nabimu dan penolongmu.

 

Takhrij

 

Hadith ditemukan dalam kitab al-Majmu’ah al-Mubarakah fi Salawat al-Ma’surat wal A’amal Mabrurah karya Abduh Muhammad Baba hal. 34-35, tidak sahih menurut Majles al-Alukah pos no. 147200. Dan kitab ini telah diperingatkan oleh para ulama antaranya Ibn Baz dan Syeikhul Azhar Muhammad Rashid Ridha supaya dijauhi daripada membacanya, kerana mengandungi hadith-hadith palsu yang didustakan ke atas nama Nabi saw (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 158113).

 

Sebahagian matannya di akhir hadith tersebut pula merupakan hikayat nukilan Syekh Ustman Al-Khubawy dalam Durratun Nasihin hal. 196 cetakan Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut Lubnan. Ulasan pentahqiq: tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia cumalah sebuah kisah/hikayat.

 

 

Matan hadith

 

إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي منبر أمام العرش ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب.

 

Terjemahan

 

Pada hari kiamat kelak, sebuah mimbar akan didirikan di hadapan ‘Arasy untuk Nabi Ibrahim, sebuah lagi untukku di hadapan ‘Arasy, dan sebuah kerusi diletakkan untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut, kemudian ada satu suara menyeru: Wahai al-Siddiq, yang berada antara al-Khalil dan al-Habib (kekasih).

 

Takhrij

 

HR. al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 5/152, daripada Muadz bin Jabal ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam Mauduatnya 2/60

 

Az-Zahabi menilai hadith ini batil dalam Tartib al-Maudhuat no. 87

 

Hadith palsu menurut syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6925 dan disokong oleh syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah Hadith Dhaifah wa Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 8614.

 

Selain hadith di atas terdapat beberapa versi lain yang menunjukkan jalan cerita yang sama, antaranya keberadaan watak Nabi Adam as (Husnundzan Billah Ibnu Abi Duniya; Durratun Nasihin hal. 196; Qaulul Badi hal. 263-264, watak Ali ra (Maudhuat Ibnu Jauzi 1/396-397; al-Awsath at-Thabarani 4/171; al-Awsath at-Thabarani 4/171; Al-Riyadh Al-Nadhra fi Manaqib Al-Ashra Muhibuddin at-Thabari 3/185).

 

Kesimpulannya kesemua hadith-hadith menceritakan kedudukan mimbar Nabi Ibrahim dan Nabi saw ini jelas tidak sahih, tidak pula boleh menyokong antara satu sama lain.

 

Rujukan

 

https://www.alukah.net/sharia/0/147200/%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB-%22%D9%8A%D9%83%D9%88%D9%86-%D9%85%D9%86%D8%A8%D8%B1-%D8%A5%D8%A8%D8%B1%D8%A7%D9%87%D9%8A%D9%85-%D8%B9%D9%86-%D9%8A%D9%85%D9%8A%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1%D8%B4%22/

 

http://www.fatawa.com/view/31371

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 158113

Hadith keutamaan membaca al-Quran berbanding zikir lain

 Matan hadith

 

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى مَنْ شَغَلَهُ قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ عَنْ ذِكْرِي وَمَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ ثَوَابِ السَّائِلِينَ وَفَضَلُ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى خَلْقِهِ  

 

Terjemahan

 

Allah berfirman, “Siapa saja yang disibukkan oleh membaca Al-Qur’an, hingga tak sempat berzikir yang lain kepada-Ku dan meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya balasan terbaik orang-orang yang meminta. Ingatlah, keutamaan Al-Qur’an atas kalimat-kalimat yang lain seperti keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

 

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2926, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/288 daripada Abu Sa‘id al-Khudri ra.

 

Ibnu Al-Qaisarani memasukkannya dalam kitab himpunan hadith tidak sahihnya Tazkiratul Huffaz no. 223, 332.

 

Didhaifkan oleh as-Syaukani dalam Tuhfatul Dzakirin no. 422.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1335

 

 

 

Matan hadith

 

عَن عَائِشَةَ رَضي اللٌهُ عَنُهَا اَنٌ النٌبِيَ صَلٌي اللٌهُ عَلَيهَ وَسَلَمَ قَالَ قَرِاءَةُ القُرانِ فيِ الصَلآةِ اَفضَلُ مِن قِرَاءَةِ القُرآنِ فيِ غَيرِ الصَلآةِ وَقَرِاءَةُ القُرانِ فيِ غَيرِ الصَلآةِ اَفضَلُ مِنَ الٌتَسبِيحِ وَ التٌكبِيرِ وَ التٌسبِيحُ اَفضَلُ مِنَ الصَدَقَةَ وَ الصٌدَقَةُ اَفضَلُ مِنَ الصَومِ وَالصٌوَمُ جُنٌةٌ مِنَ النٌاَرِ

 

 

Terjemahan

 

Dari Aisyah RA, Rasulullah bersabda: "Membaca Al-Quran di dalam sklat lebih utama daripada membaca Al-Quran di luar solat. Membaca Al-Quran di luar solat lebih utama daripada tasbih dan takbir. Tasbih lebih utama daripada sedekah, sedekah lebih utama daripada puasa, dan puasa adalah perisai dari api neraka

 

Takhrij

 

HR. Al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2243, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 1427

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 4082.

 

Juga terdapat riwayat dari jalan sahabat yang lain iaitu Ali bin Abi Talib ra, juga dhaif (Mizanul I'tidal 3/251, Lisanul Mizan 6/197).

Kisah Nabi saw tidak redha seorangpun umatnya masuk neraka

 Kisah

 

Dalam mau’izhahnya Habib Ali Zainal Abidin Al-Kaff mengisahkan ihwal Rasulullah SAW mencari umatnya yang masih terkurung di neraka.

Ketika syurga dan neraka telah terkunci, dan semua umat manusia telah dimasukkan ke dalam syurga dan neraka sesuai dengan amalannya dan mereka telah menikmati ganjaran atau merasakan hukuman atas apa yang mereka kerjakan dalam waktu yang begitu lama, Allah SWT menanyakan kepada Malaikat Jibril, subhanallah sesungguhnya Allah Mahatahu, “Apakah ada umat Muhammad SAW yang masih tertinggal di dalam neraka?”

Maka Malaikat Jibril pun pergi ke neraka Jahanam.

Neraka Jahanam yang begitu gelap tiba-tiba berubah menjadi terang benderang kerana kedatangan Jibril.

Para penghuni Jahanam pun bertanya-tanya, siapakah yang datang, mengapa Jahanam tiba-tiba-tiba terang benderang.

Malaikat Jibril pun menjawab bahwa dia adalah Malaikat Jibril, yang diutus oleh Allah SWT untuk mencari apakah ada umat Muhammad yang masih terselib di neraka Jahanam.

Tiba-tiba sekelompok orang berteriak, “Sampaikan salam kami kepada Rasulullah SAW, beri tahukan keadaan kami di tempat ini kepada beliau.”

Jibril pun keluar dari neraka Jahanam dan pergi ke syurga untuk memberitahukan hal itu kepada Rasulullah.

Rasulullah begitu bersedih mendengar bahwa masih ada umatnya yang tertinggal di dalam neraka dalam waktu yang sudah begitu lama. Beliau tidak redha ada umatnya yang masih tertinggal di neraka walau dosanya sepenuh bumi.

Rasulullah SAW pun bergegas hendak pergi neraka.

Tapi di perjalanan beliau terhadang oleh garis batas Malaikat Israfil. Tidak ada seorang pun boleh melintasi garis itu kalau tidak seizin Allah SWT.

Rasulullah SAW pun mengadu kepada Allah SWT, dan akhirnya beliau diizinkan.

Tapi sesudah itu Allah SWT mengingatkan Rasulullah bahawa umat itu telah meremehkan beliau. “Ya Allah, izinkan aku memberi syafa’at kepada mereka itu walau mereka punya hanya punya iman sebesar zarrah.”

Sesampainya Rasulullah di neraka Jahanam, padamlah api neraka yang begitu dahsyat itu.

Penduduk Jahanam pun berucap, “Apa yang terjadi, mengapa api Jahanam ini tiba-tiba padam? Siapakah yang datang lagi?”

Rasulullah SAW menjawab, “Aku Muhammad SAW yang datang, siapa di antara kalian yang jadi umatku dan punya iman sebesar zarrah, aku datang untuk mengeluarkannya.”

Demikianlah kecintaan Rasulullah kepada umatnya, beliau akan memperjuangkannya sampai di hadapan Allah SWT. Lalu bagaimana kecintaan kita sebagai umat Rasulullah SAW kepada peribadi yang begitu agung itu?

 

Takhrij

 

 

Kisah ini dikatakan diambil dari Kitab Muhammad Insan Kamil karya Sayyid Muhammad Al-Maliki, dan juga buku Air Mata Sang Nabi karya Habib Muhsin Ali bin Khan

 

Tidak ditemui asal kisah tersebut secara utuh dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

 

Yang ada, adalah gabungan beberapa hadith sahih (HR. Muslim no. 202) dan juga palsu (dari Tanbihul Ghafilin n. 110) yang membentuk kisah tersebut.

 

Pernyataan  utama dalam kisah ini:

 

 

لَا يُرْضَى مُحَمَّدٌ وَأَحَدَّ مِنْ أُمَّتِهِ فِي النَّارِ

 

Baginda tidak redha seorangpun umatnya dimasukkan ke dalam neraka

 

 

Pernyataan ini adalah perkataan Ibnu a

Abbas ra yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1374, al-Khatib dalam Talkhis Mutasyabih sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 8/542 dan at-Thabri dalam Tafsirnya 30/232, ketika membawa tafsir ad-Dhuha ayat 5:

 

ولسوف يعطيك ربك فترضى

 

Riwayat ini dhaif (Multaqa Ahlil Hadith 52/377)

 

 

Dan Ibnu Qayyim telah mengulas kenyataan di atas:

 

Ini adalah kebodohan yang busuk dan kebohongan yang sangat jelas atas Rasulullah saw., kerana beliau redha dengan apa yang Allah redha.  Sementara Allah redha menyiksa orang zalim, fasik, pengkhianat, dan orang yang selalu berbuat dosa besar. Tidak mungkin Rasulullah redha dengan sesuatu yang tidak diredhai Allah swt (al-Jawabul Kafi (t) hal. 31, Gema Insani)

 

Hadith cahaya yang dipunyai oleh orang mukmin

 Qatadah mengatakan, telah menceritakan kepada kami bahawa Nabi Saw. pernah bersabda:

 

"مِنَ الْمُؤْمِنِينَ مَنْ يُضِيءُ نُوره مِنَ الْمَدِينَةِ إِلَى عَدن أَبْيَنَ وَصَنْعَاءَ فَدُونَ ذَلِكَ، حَتَّى إِنَّ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ مَنْ يُضِيءُ نُورُهُ مَوْضِعَ قَدَمَيْهِ"

 

Terjemahan

 

Di antara orang-orang mukmin ada yang cahayanya menerangi antara Madinah dan 'Adn serta San'ah dengan sinar yang sangat terang, dan yang kurang dari itu hingga sesungguhnya di antara orang-orang mukmin ada yang cahayanya hanya dapat menerangi tempat kedua telapak kakinya saja

 

Takhrij

 

HN. at-Thabari 27/222, sanadnya terputus menurut pentahqiq Tafsir Ibnu Katsir 13/416 cet. Islamkotob

Hadith menghidupkan malam tarwiyah

  

1.

 

 مَنْ أَحْيَا الليَالِيْ الخَمْس ؛ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّة: لَيْلَةَ التَّرْوِيَةِ، وَلَيْلَةَ عَرَفَةَ، وَلَيْلَةَ النَّحْرِ، وَلَيْلَةَ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

 

Barangsiapa yang menghidupkan lima malam maka dia akan masuk syurga, iaitu: malam tarwiyah (9 Zulhijjah), malam ‘Arafah, malam aidiladha, malam aidilfitri dan malam pertengahan di bulan Syaaban

 

Takhrij

 

 HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 43/93, al-Asbahani dalam al-Qawam as-Sunnah, daripada Muadz bin Jabal ra seperti disebutkan dalam al-Targhib wa al-Tarhib al-Mundziri 2/158 dan beliau menilainya dhaif, al-Dimyathi menilai sanadnya parah dalam al-Mutjir Rabih no. 138, palsu menurut syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 667

 

2.

 

 من أحيا الليالي الأربع وجبت له الجنة ليلة التروية وليلة عرفة وليلة النحر وليلة الفطر

 

Barangsiapa menyemarakkan malam yang empat, maka dia berhak masuk syurga: malam tarwiyah, malam wuquf di Arafah. malam penyembelihan korban dan malam hari raya aidil Fitri

 

Takhrij

 

HR. Nashr aI-Maqdisi dalam bahagian kitab al-Amah` 2/186, dengan sanad dari Suwaid bin Said, dari Abdur Rahim bin Zaid al-Ammi, dari bapanya, dari Wahab bin Munabbah, dari Mu'adz bin Jabal r.a.

 

Sanad riwayat ini palsu. Telah diutarakan oleh as-Suyuthi dalam kitab al-Jami' as-Saghir, kemudian pensyarahnya (al-Manawi) menyatakan, ”Hadith ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Takhrij al-Adzkar sebagai hadith gharib (asing).

 

Sedangkan Abdur Rahim bin Zaid ditinggalkan riwayatnya, dengan kata lain tidak diterima oleh jumhur ulama ahli hadith. Bahkan Ibnul Jauzi dengan menukil pernyataan Yahya bin Main mengatakan bahawa Abdur Rahim adalah pendusta (Silsilah Hadith Dhaif no. 522)a

Hadith fitnah itu tidur

 Matan hadith

 

 

الفِتْنَةُ نَائِمَةٌ لَعَنَ اللهُ مَنْ أَيْقَظَهَا

 

Terjemahan

 

Fitnah itu tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.

 

Takhrij

 

HR. al-Rafaie dalam al-Tadwin 1/291, daripada Anas bin Malik ra.

 

Dhaif menurut Muhammad Jarullah al-Sa’di dalam Nawafih al-‘Ithrah no. 218

 

Hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3258

Doa kelahiran

 Dari hadith Anas bin Malik ra, di saat ibunya mendapatkan anak hasil pernikahan dengan Abu Thalhah, Rasulullah saw berkata kepada Anas: Pergilah kepada ibumu dan ucapkan,

 

بَارَكَ اللَّهُ لَكِ فِيهِ، وَجَعَلَهُ بَرًّا تَقِيًّا

 

Semoga Allah memberkati anak ini untukmu dan menjadikannya orang baik yang bertaqwa (HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 7310, sanadnya disahihkan oleh al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/216, para perawinya, perawi kitab sahih selain Ahmad bin Mansur Ramadi dia tsiqah).

 

Rujukan

 

https://ilmusunnah.com/mendoakan-keberkahan-untuk-bayi-di-saat-kelahirannya/

Hadith kelebihan solat ba’diyah isyak setara malam lailatul qadar

  

 

Hadith

 

1.

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ، وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَبْلَ أَنْ يَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ، كَانَ كَعِدْلِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Sesiapa yang solat isyak berjemaah dan solat empat rakaat sebelum dia keluar daripada masjid, seolah-olah dia mendirikannya pada malam al-Qadr (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13800, Mu’jam al-Awsath no. 5239, daripada Ibnu Umar ra, sanadnya dhaif menurut at-Thabarani dan  al-Iraqi Tarhul Tathrib fi Syarah al-Taqrib 4/162).

 

 

2.

مَنْ صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ خَلْفَ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ قَرَأَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَفِي الْأُخْرَيَيْنِ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَالم تَنْزِيلُ كُتِبْنَ لَهُ كَأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Sesiapa yang solat empat rakaat selepas Isyak terakhir, dia membaca pada dua rakaat pertama Qul Ya Ayyuhal Kafirun dan Qul Huwa Allah Ahad dan dua rakaat terakhir dia membaca Tabarakalladhi biyadihi al-Mulk dan Alif Laam Mim Tanzil, maka dicatatkan untuk mereka seperti mendirikan empat rakaat daripada malam al-Qadr (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 11/347, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 2/671 daripada Ibnu Abbas ra, sanadnya dhaif menurut al-Baihaqi kerana tafarrud perawi bernama Ibnu Farrukh; dan terdapat perawi yang disepakati kelemahannya iaitu Abu Farwah, Ibnu Main mengatakan hadithnya tiada nilai, an-Nasaie menilainya matruk dan Ibnu adi mengatakan kebanyakan hadith Abu Farwah tidak sahih (Tahdzibut Tahdzib 11/3360).

 

3.

 

أَرْبَعٌ قَبْلَ الظُّهْرِ كَعِدْلِهِنَّ بَعْدَ الْعِشَاءِ، وَأَرْبَعٌ بَعْدَ الْعِشَاءِ كَعِدْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Empat rakaat sebelum zohor seperti mendirikan solat empat rakaat selepas Isyak dan empat rakaat selepas Isyak seperti mendirikan empat rakaat pada malam al-Qadr (HR. at-Thabarani dalam  Mu’jam al-Awsath 3/141 no .2733 daripada Anas bin Malik ra, sanadnya lemah menurut at-Thabarani, sanadnya lemah sekali sebenarnya kerana keberadaan perawi bernama Yahya bin ʻUqbah bin Abi al-ʻAizar. Beliau merupakan perawi yang sering memalsukan hadith (Lisanul Mizan 6/270). Abu Hatim mengatakan Yahya bin ʻUqbah bin Abi al-Aizar sebagai seorang pemalsu hadith (Diwan al-Dhuafa’ wal Matrukin hal. 437). Al-Bukhari berpandangan bahawa haditg-hadithnya adalah munkar (Tarikhul Kabir 8/297).  Kemudian, Yahya bin Maʻin menyebutkan beliau tidak thiqah dan seorang pendusta (Tarikhul Baghdad 16/170)).

 

4.

مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ كَأَنَّمَا تَهَجَّدَ بِهِنَّ مِنْ لَيْلَتِهِ، وَمَنْ صَلَّاهُنَّ بَعْدَ الْعِشَاءِ كُنَّ كَمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَإِذَا لَقِيَ الْمُسْلِمُ الْمُسْلِمَ فَأَخَذَ بِيَدِهِ، وَهُمَا صَادِقَانِ، لَمْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُمَا

 

Sesiapa yang solat sebelum zohor empat rakaat seolah-olah dia bertahajud pada malamnya dan sesiapa yang solat empat rakaat selepas isyak seumpama dia mendirikannya pada malam al-Qadr. Apabila bertemu seorang muslim dengan muslim yang lain lalu keduanya bersalaman dan keduanya bersahabat tidak akan berpisah kedua mereka sehingga diampunkan bagi keduanya (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 6332 daripada Bara’ bin ‘Azib ra, sanadnya parah menurut al-Dimyathi dalam al-Mutajir Rabih no. 66).

 

5.

 

أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْحَابَهُ أَنْ يَقْرَءُوا الم السَّجْدَةَ، وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ فَإِنَّهُمَا تَعْدِلُ كُلُّ آيَةٍ مِنْهُمَا سَبْعِينَ آيَةً مِنْ غَيْرِهِمَا، وَمَنْ قَرَأَهُمَا بَعْدَ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ كَانَتَا لَهُ مِثْلُهُمَا فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

 

Nabi SAW memerintahkan para sahabatnya untuk membaca alif lam mim al-Sajdah dan Tabarak alladhi biyadihi al-Mulk, sesungguhnya kedua-dua ayat itu jika dibaca seperti membaca keseluruhan ayat daripada kedua surah tersebut serta tujuh puluh ayat daripada surah yang lain. Sesiapa yang membaca kedua-dua ayat tersebut selepas solat isyak seolah-olah seperti melakukannya pada malam al-Qadr (HR. Abdurrazzaq dalam Musannafnya no. 6035, Yahya bin Abi Kathir meriwayatkan hadith ini secara mursal, beliau tsiqah tetapi terkenal dengan mudallil, maka hadith ini dhaif (Tahdzibut Kamal 31/509)).

 

Selain itu, terdapat juga beberapa athar dalam kalangan sahabat dan tabiʻin yang menyerupai makna hadith ini. Walaupun begitu, kesemuanya diriwayatkan secara mauquf dengan sanad yang sahih iaitu daripada Abdullah bin Mas’ud ra (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7275, sanadnya hasan):

 

Atsar

 

من صلى أربعا بعد العشاء لا يفصل بينهن بتسليم، عدلن بمثلهن من ليلة القدر

 

Sesiapa yang solat empat rakaat selepas Isyak tidak dipisahkan di antaranya dengan salam, seolah-olah mereka melakukannya di malam al-Qadr (HR. Ibnu Abi Syaibah no. 7275 daripada Ibnu Mas’ud ra, mauquf).

 

 

Juga dari Aisyah ra (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7274, sanadnya hasan), Abdullah bin Amru ra (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7273, sanadnya sahih), Kaʻab bin Matiʻ (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7276, sanadnya hasan), Maisarah dan Zazan (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 5969), Abd al-Rahman bin al-Aswad (Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 7279) dan Imran bin Khalid al-Khuza’I (Hilyatul Auliya 4/6-7).

 

Dalam isu ini al-Albani pula berpandangan bahawa sanad yang diriwayatkan secara mauquf berkenaan hadith ini dihukumkan marfuʻ dan sanad daripada mereka kesemuanya adalah sahih dan mengisyaratkan kesunnahan solat sunnah ini (Silsilah Hadith Dhaif 11/103).

 

 

Kesimpulan

 

Hadith-hadith  yang meriwayatkan fadhilat berkenaan solat empat rakaat selepas isyak seolah-olah mendirikan solat empat rakaat pada malam al-Qadr kesemua hadithnya adalah dhaif jiddan. Maka tidak dapat dinaik taraf untuk dijadikan sokongan antara satu sama lain (Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan no. 216).

 

Ibnu Baaz rahimahullah berkata:

 

الراتبة ركعتان، وإن صلى أربع ركعات فلا بأس، فقد جاء في الحديث: " أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصلي أربعاً قبل أن ينام " وإذا فعلها الإنسان فلا بأس، وإن اقتصر على ركعتين فهي الراتبة، والراتبة التي كان يحافظ عليها: بعد العشاء ركعتان، ثم ينام، ويقوم في آخر الليل يتهجد عليه الصلاة والسلام

Solat sunnah rawatib setelah isyak adalah dua rakaat. Apabila ia solat empat rakaat, maka tidak mengapa, kerana terdapat dalam hadith : ‘Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah sholat empat rakaaat sebelum beliau tidur’ (HR. Bukhari no. 117). Apabila seseorang melakukannya, maka tidak mengapa. Dan apabila ia meringkasnya dua rakaaat, maka itulah solat sunnah rawatib. Solat sunnah rawatib yang sentiasa dijaga oleh beliau adalah : dua rakaaat setelah isyak, kemudian tidur. Setelah itu bangun di akhir malam untuk melakukan solat tahajjud. Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada beliau” [Majalah Al-Buhuuts Al-Islaamiyyah 46/197].

 

Rujukan

 

Irsyad al-Fatwa Khas Ramadhan no. 216

 

http://abul-jauzaa.blogspot.com/2014/04/shalat-sunnah-4-rakaat-setelah-isyaa.html?m=1

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...