Tuesday, 17 March 2026

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

 Matan hadith

 

إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد يفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة ثلاثمائة باب فيغفر لجميع من لا يشرك بالله شيئا غير مشاحن أو عاشر أو مدمن خمر أو مصر على زنى فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا فأما مدمن الخمر فإنه يترك له باب من أبواب الرحمة مفتوحا حتى يتوب فإذا تاب غفر الله له وأما المشاحن فيترك له باب من أبواب الرحمة حتى يكلم صاحبه فإذا كلمه غفر له قال النبي صلى الله عليه وسلم يا جبريل فإن لم يكلمه حتى يمضي عنه النصف قال لو مكث إلى أن يتغرغر بها في صدره فهو مفتوح فإن تاب قبل منه فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى بقيع الغرقد فبينا هو ساجد قال وهو يقول في سجوده أعوذ بعفوك من عقابك وأعوذ برضاك من سخطك وأعوذ بك منك جل ثناؤك لا أبلغ الثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك فنزل جبريل عليه السلام في ربع الليل فقال يا محمد ارفع رأسك إلى السماء فرفع رأسه فإذا أبواب الرحمة مفتوحة على كل باب ملك ينادي طوبى لمن تعبد في هذه الليلة طوبى لمن سجد في هذه الليلة طوبى لمن ركع في هذه الليلة طوبى لمن دعا ربه هذه الليلة طوبى لمن ناجى ربه في هذه الليلة طوبى للمسلمين في هذه الليلة طوبى للموحدين هل من تائب يتب عليه هل من مستغفر فيغفر له هل من داعي فيستجاب له ثم إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يا جبريل إلى متى أبواب الرحمة مفتوحة قال من أول الليل إلى صلاة الفجر فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيها من العتقاء أكثر من شعور الغنم فيها ترفع أعمال السنة وفيها تقسم الأرزاق.

 

 

Terjemahan

 

“Sesungguhnya Jibril datang kepadaku pada malam Nisfu Sya‘ban lalu berkata: ‘Bangunlah dan solatlah serta angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit.’ Aku bertanya: ‘Wahai Jibril, apakah malam ini?’ Dia menjawab: ‘Wahai Muhammad, pada malam ini dibukakan pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sebanyak tiga ratus pintu. Maka diampunkan semua orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun kecuali orang yang bermusuhan, orang yang ketagih arak, dan orang yang berterusan melakukan zina. Mereka tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat.’ Adapun orang yang ketagih arak, ditinggalkan baginya satu pintu rahmat terbuka sehingga dia bertaubat. Apabila dia bertaubat, Allah mengampunkannya. Adapun orang yang bermusuhan, ditinggalkan baginya satu pintu rahmat sehingga dia berbicara dengan orang yang dimusuhinya; apabila dia berbicara dengannya, dia diampunkan. Nabi ﷺ bertanya: ‘Jika dia tidak berbicara sehingga berlalu separuh malam?’ Jibril menjawab: ‘Sekalipun dia menunggu sehingga nyawa sampai ke kerongkong, pintu itu tetap terbuka; jika dia bertaubat, diterima taubatnya.’ Kemudian Rasulullah ﷺ keluar menuju Baqi‘ al-Gharqad dan ketika Baginda sujud, Baginda berkata: ‘Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu, aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu sendiri. Maha Tinggi pujian-Mu, aku tidak mampu menghitung pujian bagi-Mu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.’ Kemudian Jibril turun pada suku malam dan berkata: ‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit.’ Maka Baginda melihat pintu-pintu rahmat terbuka dan pada setiap pintu ada malaikat yang menyeru: ‘Berbahagialah orang yang beribadah, sujud, rukuk, berdoa dan bermunajat pada malam ini; berbahagialah kaum Muslimin dan orang-orang yang mentauhidkan Allah. Adakah orang yang bertaubat, maka diterima taubatnya? Adakah orang yang memohon keampunan, maka diampunkan baginya? Adakah orang yang berdoa, maka diperkenankan baginya?’ Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Sampai bila pintu-pintu rahmat dibuka?’ Jibril menjawab: ‘Dari awal malam hingga solat Subuh.’ Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Pada malam itu, mereka yang dibebaskan lebih banyak daripada jumlah bulu kambing; pada malam itu diangkat amalan setahun dan pada malam itu dibahagikan rezeki-rezeki.’”

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 51/72, daripada al-Dahhak bin Muzahim, daripada Ubay bin Ka‘b ra

 

Dr. Abdul Ghaffar bin Muhammad Hamidah dalam kitabnya bertajuk: Lailatu Nisfi Sya’ban: Riwayah wa Dirayah hal.  50 menyatakan: Sanadnya wahiy (tersangat lemah).

 

Dimasukkan as-Suyuthi dalam kitab daftar hadith palsu beliau iaitu Ziyadat ala al-Maudhuat 1/435.

 

Berikut merupakan kecacatan sanad riwayat tersebut sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syariah 2/126:

 

Padanya berturut-turut perawi yang tak dikenali iaitu:

1- Muhammad bin Hazim

2- Ibrahim bin Abdullah al-Bashri

3- Hamid bin Mahmud al-Hamdani

Manakala Ad-Dhahhak yang dalam sanad ini meriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab pula, menurut Imam Ibnu Hibban, dia tidak pernah mengambil riwayat terus daripada sahabat-sahabat Nabi r.a

 

Dr. Abdul Ghaffar menyebutkan (hal. 10):

 

لم يرد حديث ينص على أن الأعمال تعرض على الله عز وجل ليلة النصف من شعبان، لكن قال به بعض أهل العلم، فقد قال الشيخ البجيرمي  ـ“أما العرض على الله في ليلة نصف شعبان كل سنة فلجملة أعمال السنة وكل ذلك لإظهار العدل وإقامة الحجة إذ لا يخفى على الله من شيء في الأرض ولا في السماء

 

Tidak terdapat hadith (yang sahih) menunjukkan amalan-amalan akan dibentangkan kepada Allah pada malam Nisfu Syaaban. Akan tetapi sebahagian ahli ilmu menyatakan sedemikian. Al-Syaikh Al-Bujairimi menyatakan: Adapun pembentangan amal kepada Allah pada malam Nisfu Syaaban setiap tahun untuk amalan tahunan itu, semua itu untuk menzahirkan keadilan Allah, dan menegakkan hujah. Ini kerana tiada apa pun yang tersembunyi daripada Allah sama ada ia di bumi atau di langit.

.

Dr. Abdul Ghaffar berkata:

 

قلت: لكن الأعمال ترفع في شهر شعبان دون تخصيص ليلة بعينها، فقد صح من حديث أسامة بن زيد

 

Saya berkata: Akan tetapi, amalan-amalan diangkat pada bulan Syaaban, tanpa dikhususkan dengan malam tertentu. Ini sahih berdasarkan hadis Usamah bin Zaid. (hal 11).

.

Ini adalah hadith Usamah tersebut, Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:

.

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ‏.‏ قَالَ ‏ “‏ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ‏”‏ ‏.

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [HR. an-Nasaie no. 2357].

Kemuliaan muslim yang wafat di atas islam dan sunnah Nabi saw

  

(1). Al-Fudhail bin Iyadh berkata :

 

طُوبَى لِمَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ

 

"Telah beruntunglah bagi orang yang wafat di atas Islam dan as-Sunnah"  (Syarah I'tiqaad Al-Lalikaie hal. 268)

 

الحَيَاةُ الطَّيِّبَةُ هِيَ الإِسْلَامُ وَالسُّنَّةُ

 

"Kehidupan yang baik adalah (berada di atas) Islam dan as-Sunnah"  (Dzammul Kalam (237)

 

(2). Abdullah bin Mubarak berkata:

 

إِعْلَمْ أَنِّي أَرَى الْمَوْتَ الْيَوْمَ كَرَامَةً لِكُلِّ مُسْلِمٍ لَقِيَ اللَّهَ عَلَى السُّنَّةِ

 

"Ketahuilah sesungguhnya aku memandang bahawa kematian pada hari ini adalah sebuah kemuliaan bagi setiap muslim yang bertemu Allah di atas Sunnah. Sesungguhnya kita ini

milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali"  (AI-Bida' hal. 84 oleh Ibnu Wadhdhah)

 

(3). Imam Malik berkata :

 

مَنْ مَاتَ عَلَى السُّنَّةِ فَلْيَبْشِرْ

 

"Barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah, barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah, dan barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah"  (Dzammul Kalam 7/76)

 

(4). Thalhah al-Baghdadi berkata :

 

"Aku pernah berlayar di atas kapal bersama Imam Ahmad, dan saat itu beliau sentiasa diam, maka ketika ia berucap ia pun berkata :

 

اللَّهُمَّ أَمِتْنَا عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ

 

"Ya Allah, wafatkanlah kami di atas Islam dan as-Sunnah"  (Tarikh Dimasyq 7/232 oleh Ibnu ‘Asakir dan Thabaqat al-Hanabilah 1/179)

 

(5). Al-Marwazi berkata :

 

قُلْتُ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ الإِمَامِ أَحْمَدَ رَحِمَهُ اللَّهُ: مَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ مَاتَ عَلَى خَيْرٍ.

قَالَ: اسْكُتْ، بَلْ مَاتَ عَلَى الْخَيْرِ كُلِّهِ.

 

"Aku telah berkata kepada Abu Abdillah iaitu Imam Ahmad: "Barangsiapa yang mati di atas Islam dan as-Sunnah, maka dia telah mati di atas kebaikan". Beliau berkata : "Diamlah, bahkan dia itu telah mati di atas semua kebaikan"  (Siyar A’lam an-Nubala 11/296 dan Manaqib al-Imam Ahmad 180 oleh Imam Ibnul Jauzi).

Hadith Nabi saw ingin melihat saudara-saudaranya yang tidak pernah berjumpa Nabi saw

 Hadith ini ada banyak versi dan jalur riwayat, ada yang sahih dan ada yang tidak.

 

Sahih: versi Nabi saw gembira

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا

 

Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW pernah mendatangi pekuburan lalu bersabda, "Semoga keselamatan terlimpahkah atas kalian penghuni kuburan kaum mukminin, dan sesungguhnya insya Allah kami akan bertemu kalian, "Sungguh aku sangat gembira seandainya kita dapat melihat saudara-saudara kita." Para Sahabat bertanya, 'Tidakkah kami semua saudara-saudaramu wahai Rasulullah? ' Beliau menjawab dengan bersabda: "Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudara-saudara kita ialah mereka yang belum berwujud." Sahabat bertanya lagi, 'Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum berwujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? ' Beliau menjawab dengan bersabda, "Apa pendapat kalian, seandainya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya, dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Apakah dia akan mengenali kudanya itu? ' Para Sahabat menjawab, 'Sudah tentu wahai Rasulullah.' Beliau bersabda lagi, 'Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka putih bercahaya karena bekas wudlu. Aku mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalangi dari datang ke telagaku sebagaimana dihalaunya unta-unta sesat'. Aku memanggil mereka, 'Kemarilah kamu semua'. Maka dikatakan, 'Sesungguhnya mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat'. Maka aku bersabda: "Pergilah jauh-jauh dari sini."

 

Takhrij

 

HR. Muslim no. 249, an-Nasaie no. 150, Abu Daud no. 3237, Ibnu Majah no. 4306 daripada Abu Hurairah ra.

 

 

Palsu: versi Nabi saw sedih

 

Matan hadith

 

بكى رسول الله يوماً فقالوا : ما يبكيك يا رسول الله ؟ قال : اشتقت لأحبابي قالوا : أولسنا أحبابك يا رسول الله قال : لا انتم اصحابي اما احبابي فقوم ياتون من بعدي يؤمنون بي ولم يروني صلّوا على من بكى شوقاً لرؤيتنا

 

Terjemahan

 

Pada suatu hari Rasulullah menangis. Mereka bertanya: ‘Apakah yang membuatmu menangis wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Aku rindu kepada kekasih-kekasihku.’ Mereka berkata: ‘Bukankah kami kekasihmu wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda: ‘Tidak, kalian adalah sahabat-sahabatku. Adapun kekasih-kekasihku ialah kaum yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku walaupun tidak melihatku.’ Berselawatlah ke atas baginda yang menangis kerana rindu untuk melihat kita.”

 

Takhrij

 

 

Hadith palsu, tidak ditemui asal dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah (https://dorar.net/fake-hadith/762).

 

Yang ada hanyalah lafaz yang hampir sama, antaranya:

 

1 – Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 30/137, melalui sanad Faid bin ‘Abd al-Rahman, daripada ‘Abdullah bin Abi Awfa, beliau berkata:

 

كنا مع النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال : (( إني لمشتاق إلى إخواني ، فقلنا : أو لسنا إخوانك يا رسول الله ، قال : كلا أنتم أصحابي وإخواني قوم يؤمنون بي ولم يروني

 

Kami bersama Nabi ﷺ, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku merindui saudara-saudaraku.” Maka kami berkata: “Bukankah kami saudaramu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:Tidak, kamu adalah para sahabatku. Saudara-saudaraku ialah kaum yang beriman kepadaku tetapi tidak melihatku.”

 

Hadith ini palsu. Ia berlegar pada perawi Faid bin ‘Abd al-Rahman. Mengenainya, imam besar Abu Hatim al-Razi berkata:

 

“Faid adalah perawi yang hadithnya gugur, tidak ditulis hadithnya. Muslim bin Ibrahim pernah meriwayatkan daripadanya tetapi tidak menyampaikan daripadanya, dan kami tidak bertanya kepadanya tentangnya. Hadith-hadithnya daripada Ibn Abi Awfa adalah batil dan hampir tidak mempunyai asal. Ia tidak menyerupai hadith Ibn Abi Awfa. Jika seseorang bersumpah bahawa kebanyakan hadithnya adalah dusta, maka dia tidak berdosa.”

 

Dan majoriti pengkritik hadith melemahkannya seperti Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, al-Daraqutni dan selain mereka (Tahdzib al-Kamal 23/137).

 

2 - Riwayat yang dikeluarkan oleh ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus 4/148, melalui sanad ‘Uthman bin ‘Abdullah al-Qurashi, daripada Yughnam bin Salim, daripada Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

 

متى ألقى أحبابي ؟ فقال أصحابه : بأبينا أنت وأمنا ، أو لسنا أحبابك ؟ فقال : أنتم أصحابي ، أحبابي : قوم لم يروني ، وآمنوا بي ، وأنا إليهم بالأشواق أكثر

 

Bilakah aku akan bertemu kekasih-kekasihku?” Para sahabat berkata: “Demi ayah dan ibu kami, bukankah kami kekasihmu?” Baginda bersabda:Kamu adalah para sahabatku. Kekasih-kekasihku ialah kaum yang tidak melihatku tetapi beriman kepadaku, dan kerinduanku kepada mereka lebih besar.”

 

 

Hadith ini juga palsu. Dalam sanadnya terdapat Yughnam bin Salim, seorang perawi yang mungkar hadithnya. Mengenainya:

 

Abu Hatim al-Razi berkata:Seorang yang majhul dan lemah hadithnya.”(al-Jarh wa al-Ta‘dil – 9/314)

 

al-‘Uqayli berkata:Mungkar hadith.” (al-Du‘afa’ al-Kabir – 4/466)

 

Ibn ‘Adi berkata: Dia meriwayatkan perkara-perkara mungkar daripada Anas.” (al-Kamil fi Du‘afa’ al-Rijal – 9/178)

 

Ibn Hibban berkata: Seorang syaikh yang mereka-reka hadith atas nama Anas bin Malik. Dia meriwayatkan daripadanya satu naskhah palsu. Tidak halal berhujah dengannya.” (al-Majruhin – 3/145)

 

Rujukan

 

https://asaneed.com/2024/04/06/%d8%ad%d8%af%d9%8a%d8%ab-%d8%a7%d8%b4%d8%aa%d9%82%d8%aa-%d9%84%d8%a3%d8%ad%d8%a8%d8%a7%d8%a8%d9%8a-%d8%aa%d8%ae%d8%b1%d9%8a%d8%ac-%d9%85%d8%ae%d8%aa%d8%b5%d8%b1/

Hadith memohon keampunan orang-orang beriman

 Rasulullah saw bersabda;

 

مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً

 

“Siapa yang beristighfar (memintakan ampunan) untuk orang-orang beriman lelaki dan perempuan maka Allah mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”

 

Takhrij

 

HR. at-Thabrani dalam Musnad Syamiyyin no. 2155, daripada Ubadah bin Shamit ra.

 

Sanadnya jayyid (bagus) menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/213.

 

Hadith hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Shahih Jami' no. 6026.

 

 

 

Rasulullah saw bersabda:

 

مَنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَلْيَسْتَغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ فَإِنَّهُ صَدَقَةٌ

 

Barangsiapa yang tidak memiliki harta yang dapat ia sedekahkan, maka hendaklah memohonkan ampunan bagi orang-orang yang beriman, kerana sesungguhnya hal tersebut adalah sedekah.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam ad-Dua no. 1849, Mu'jam al-Awsath no. 2963, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 5961, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6122.

 

Terdapat perawi yang tidak dikenali dalam sanadnya (Majma Zawaid 10/213).

Hadith kisah tangan anaknya lumpuh apabila cuba menyelamatkan ibunya dari neraka

 Matan kisah

 

حكي  عن عائشة رضي الله تعالى عنها أن امرأة أتت إلى النبي عليه الصلاة والسلام قد يبست يدها اليمني فقالت يا رسول الله ادع الله حتى يصلح يدي ويعيدها إلى الحالة الاولي فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام ماالذي أيبس يدك قالت رأيت في منامي كأن القيامة قد قامت والجحيم قد سعرت والجنة أزلفت وصارت النار أودية فرأيت في واد من أودية جهنم والدتي وفي يدها قطعة من شحم وفي يدها الأخرى خرقة صغيرة تتقى بها من النار قلت ما لي أراك يا أماه في هذا الوادي وكنت مطيعة لربك وراض عنك زوجك فقالت لي يا ابنتي إني كنت بخيلة فى الدنيا فهذا موضع البخلاء قلت لها هذه الشحمة والخرقة اللتان أراها في يدك قالت هذه الصدقة التي تصدقت بهما فى الدنيا وماتصدقت في جميع عمري إلا بهذه الخرقة والشحمة فأعطيت ذلك فأنا أتقى بهما من النار والعذاب عن نفسي قلت لها أين أبي قالت هو كان سخيا فهو في موضع الأسخياء فى الجنة فجئت إلى الجنة وإذا والدي قائم على شط حوضك يارسول الله يسقى الناس يأخذ الكأس من يدعلي وعلي من يد عثمان وعثمان من يد عمر وعمر من يد أبي بكر الصديق وأبو بكر منك يا رسول الله فقلت يا أبي إن والدتي امرأتك المطيعة لربها وراض أنت عنها وهي في وادي كذا في جهنم وأنت تسقى الناس من حوض النبي عليه الصلاة والسلام وهي عطشانة فاعطها شربة من ماء فقال يا ابنتي إن والدتك في موضع البخلاء والعصاة والمذنبين وان الله تعالى حرم ماء حوض النبي عليه الصلاة والسلام على البخلاء والعصاة والمذنبين قالت فأخذت منه كأسا بكف من ماء لأشربها فسقيت بها أمي فلما شربت سمعت صوتا يقول أيبس الله تعالى يدك جئت سقيت العاصية البخيلة من حوض النبي عليه الصلاة والسلام فانتبهت فإذا يدي يبست فقال لها النبي عليه الصلاة والسلام أضربك بخل والدتك فى الدنيا فكيف لها فى العقبي ثم قالت عائشة رضي الله تعالى عنها أن النبي عليه الصلاة والسلام قد وضع عصاه على يدها فقال إلهي بالرؤيا التي حكت عنها أن تصلح يدها فصلحت يدها على المكان فصارت كما كانت.

 

 

Terjemahan

 

Daripada Sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha; bahawa seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan tangan kanannya lumpuh, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memperbaiki tanganku dan mengembalikannya seperti sediakala.”

 

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan tanganmu lumpuh?”

Dia menjawab: “Dalam mimpiku aku melihat seolah-olah hari kiamat benar-benar terjadi, neraka Jahannam dinyalakan, syurga didekatkan dan neraka menjadi jurang. Aku melihat ibuku berada di salah satu jurang neraka Jahannam. Di tangannya ada sepotong lemak dan di tangan yang lain ada kain perca kecil, kedua-duanya digunakan untuk melindungi dirinya daripada api neraka.

 

Aku berkata: ‘Mengapa aku melihatmu berada dalam jurang ini wahai ibuku, sedangkan engkau taat kepada Tuhanmu dan suamimu reda kepadamu?’

Ibuku menjawab: ‘Wahai anakku! Sesungguhnya aku seorang yang kedekut ketika hidup di dunia, dan tempat ini adalah tempat orang-orang yang kedekut.’

 

Aku bertanya: ‘Apakah lemak dan kain perca kecil di tanganmu itu?’

Ibuku menjawab: ‘Inilah sedekah yang pernah aku berikan di dunia. Sepanjang hidupku aku tidak pernah bersedekah kecuali dengan lemak dan kain perca kecil ini. Kerana itulah aku diberi keduanya untuk melindungi diriku daripada api neraka dan azabnya.’

 

Aku bertanya: ‘Di manakah ayahku?’

Ibuku menjawab: ‘Ayahmu seorang yang dermawan. Dia berada bersama orang-orang dermawan di dalam syurga.’

 

Kemudian aku pergi ke syurga. Ternyata ayahku sedang berdiri di tepi telagamu wahai Rasulullah, memberi minum orang ramai. Dia menerima gelas daripada tangan Sayyidina ‘Ali, Sayyidina ‘Ali menerima daripada tangan Sayyidina ‘Utsman, Sayyidina ‘Utsman menerima daripada tangan Sayyidina ‘Umar, Sayyidina ‘Umar menerima daripada tangan Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Abu Bakar menerima daripada tanganmu wahai Rasulullah.

 

Aku berkata: ‘Wahai ayahku! Ibuku seorang wanita yang taat kepada Tuhannya dan engkau reda kepadanya. Kini dia berada di salah satu jurang neraka Jahannam, sedangkan engkau memberi minum orang ramai dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ibuku sedang kehausan. Maka berilah dia seteguk air dari telaga itu.’

 

Ayahku menjawab: ‘Sesungguhnya ibumu berada di tempat orang-orang yang kedekut, maksiat dan berdosa. Allah Ta‘ala mengharamkan air telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bagi orang-orang yang kedekut, maksiat dan berdosa.’

 

Lalu aku mengambil air dari telagamu dengan tanganku untuk memberi minum ibuku. Ketika ibuku meminumnya, terdengarlah satu seruan: ‘Semoga Allah Ta‘ala melumpuhkan tanganmu. Engkau telah memberi minum wanita yang maksiat dan kedekut dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.’

 

Apabila aku terjaga dari tidur, tiba-tiba tanganku benar-benar menjadi lumpuh.”

 

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sifat kedekut ibumu telah membahayakanmu di dunia. Maka bagaimana mungkin sifat kedekut itu tidak membahayakan ibumu di akhirat.”

 

Kemudian Sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meletakkan tongkatnya di atas tangan wanita itu dan bersabda: ‘Wahai Tuhanku! Dengan sebab mimpi yang diceritakannya, sembuhkanlah tangannya.’ Maka tangan wanita itu pun sembuh kembali seperti sediakala.”

 

Takhrij

 

Kisah ini merupakan sebuah hikayat yang dinukilkan oleh Syeikh al-Usfuri dalam al-Mawaidz al-Usfuriyyah pada perbahasan hadith ke-11.

 

Sebuah hikayat tidak mempunyai asal (palsu) yang tidak bersanad dan tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

Bahaya beramal di atas kejahilan

 Daripada Muhammad bin Sirin رحمه الله, beliau berkata:

 

إن قومًا تركوا طلب العلم ومجالسة العلماء وأخذوا في الصلاة والصيام حتى يبس جلد أحدهم على عظمه ثم خالفوا السنّة فهلكوا وسفكوا دماء المسلمين 

 

فوالذي لا إله غيره ما عمل أحد عملاً على جهل إلا كان يفسد أكثر مما يصلح

 

“Sesungguhnya terdapat satu kaum yang meninggalkan tuntutan ilmu (agama) dan majlis-majlis para ulama, lalu mereka menyibukkan diri dengan solat dan puasa semata-mata, sehingga kulit salah seorang daripada mereka menjadi kering melekat pada tulangnya. Kemudian mereka menyelisihi sunnah, lalu mereka binasa (terjerumus ke dalam kesesatan) dan menumpahkan darah kaum Muslimin.

 

Maka demi Zat yang tiada sembahan yang berhak disembah selain-Nya, tidaklah seseorang melakukan sesuatu amalan atas dasar kejahilan, melainkan kerosakan yang dilakukannya itu lebih banyak daripada kebaikan yang diperbaikinya.”

 

Al-Istidzkar, Ibn ‘Abdil Barr 8/616

Hadith berjabat tangan sambil berselawat

 Matan hadith

 

مَا مِنْ عَبْدَيْنِ مُتَحَابَّيْنِ فِي اللهِ يَسْتَقْبِلُ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ فَيَتَصَافَحَانِ، وَيُصَلِّيَانِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِلَّا لَمْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى تُغْفَرَ ذُنُوبُهُمَا مَا تَقَدَّمَ مِنْهَا وَمَا تَأَخَّرَ

 

Terjemahan

 

Tidaklah dua orang hamba yang saling mencintai di jalan Allah saling berhadapan lalu berjabat tangan dan berselawat kepada Nabi Muhammad Saw, kecuali pasti mereka tidak berpisah sebelum diampuni dosanya baik yang terdahulu mahupun yang kemudian

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 2960, al-Uqaili dalam al-Dhuafa al-Kabir 2/45, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/330, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8543, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 190, daripada Anas ra.

 

Hadith ini dhaif seperti dinyatakan ibnu Hbban, al-Uqaili, az-Zahabi dalam Mizan al-'Itidal 2/26.

 

Akan tetapi kandungan hadith ini boleh diamalkan, kerana termasuk dalam perkara fadhilat amal, bukan akidah, ibadah dan hukum-hakam

 

 

Syaikh Abdullah Al Faqih ketika mengomentari hadith ini menjelaskan:

 

 ولا مانع من العمل بما في الحديث لأنه في فضائل، وهو داخل تحت الأصول العامة التي تحث على الذكر والصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم

 

Tidak terlarang mengamalkan kandungan yang ada di dalam hadith tersebut, kerana ini masuk kategori fadhilah amal. Dan itu tercakup oleh prinsip pokok tentang disyariatkannya amalan membaca selawat kepada Nabi ﷺ.” (Fatwa  Syabakah  Islamiyah no. 18346)

Hadith keutamaan belajar, beramal dan mengajar ilmu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat

 Matan hadith

 

مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عَمِلَ بِهِ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ بِهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ، فَإِنْ هُوَ عَمِلَ بِهِ أَوْ عَلَّمَهُ كَانَ لَهُ ثَوَابُهُ وَثَوَابُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

 

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang mempelajari satu bab daripada ilmu, beramal dengannya atau tidak beramal dengannya lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat. Jika dia beramal dengannya atau mengajarkannya (kepada orang lain), baginya pahala dan pahala orang yang beramal dengannya sehingga hari kiamat

 

Takhrij

 

HR.. al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 6/553, daripada Ibnu Abbas ra.

 

as-Suyuthi menghukumkan hadith ini palsu dalam kitab al-Ziyadat ‘ala al-Maudhu’at no. 204.

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6803, menilai hadith ini palsu.

 

Dalam sanadnya terdapat perawi dituduh pendusta dan pemalsu hadith oleh para nuqqad iaitu Muhammad bin Ziyad al-Yasykuri (Tahzibut Kamal no. 5223, Mizanul I'tidal no. 7547)

Hadith kelebihan selawat bertemu Nabi saw sebelum mati

 


Matan hadith

 

مَنْ صَلَّى بِهَا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ ثَمَانِينَ مَرَّةً، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَ ثَمَانِينَ سَنَةٍ، وَمَنْ صَلَّى بِهَا خَمْسَ مِائَةِ مَرَّةٍ لَا يَمُوتُ حَتَّى يَجْتَمِعَ بِالنَّبِيِّ ﷺ

 

Terjemahan

 

Barang siapa yang berselawat dengan doa ini pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, Allah akan mengampunkan dosa 80 tahun baginya. Dan barang siapa yang membacanya sebanyak 500 kali, dia tidak akan mati sebelum bertemu dengan Nabi ﷺ.

 

Takhrij

 

Bahagian pertama hadith adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Syahin dalam al-Targhib fi Fadhail Amal hal. 14, dari Abu Hurairah ra.  Hadith ini dhaif jiddan (Fatwa Soaljawab Islam no. 202162). Dari riwayat Annas ra pula menyatakan bentuk selawat tersebut:

 

من صلّى عليَّ يومَ الجمعةِ ثمانين مرَّةً غفر اللهُ له ذنوبَ ثمانين سنةً. قيل: يا رسولَ اللهِ ! كيف الصَّلاةُ عليك؟ قال: تقولُ: اللَّهمَّ صَلِّ على محمَّدٍ عبدِك ونبيِّك ورسولِك، النَّبيِّ الأمِّيِّ، وتعقِدُ واحدةً

 

Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah mengampunkan dosa-dosanya selama 80 tahun. Dikatakan kepada Baginda: Bagaimana cara berselawat kepadamu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkau limpahkanlah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu, dan Rasul-Mu, Nabi yang Ummi (buta huruf), kamu rangkaikan menjadi satu.

 

Takhrij

 

HR. al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 13/489, Ibnul Jauzi dalam al-Ilal Mutanahiyah no. 796.

As-Sakhawi dalam Qaulul Badi’  no. 285 mengisyaratkan kedhaifan hadith tersebut.

Hadith ini palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 215.

 

 

 

Bahagian kedua hadith: Tidak ditemui asal. Ia bukanlah hadith tetapi ucapan Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki dalam kitab Syawariqul Anwar no. 108 yang menjanjikan kelebihan2 selawat di atas ketika di baca pada hari jumaat.

Adab interaksi dengan hadith dhaif

 Al-Imam al-Nawawi RH menyebut dalam al-Majmu' 1/63:

 

فَصْلٌ قَالَ الْعُلَمَاءُ الْمُحَقِّقُونَ مِنْ أَهْلِ الْحَدِيثِ وَغَيْرِهِمْ إذَا كَانَ الْحَدِيثُ ضَعِيفًا لَا يُقَالُ فِيهِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ أَوْ فَعَلَ أَوْ أَمَرَ أَوْ نَهَى أَوْ حَكَمَ وَمَا أَشْبَهَ ذَلِكَ مِنْ صِيَغِ الْجَزْمِ: وَكَذَا لَا يُقَالُ فِيهِ رَوَى أَبُو هُرَيْرَةَ أَوْ قَالَ أَوْ ذَكَرَ أَوْ أَخْبَرَ أَوْ حَدَّثَ أَوْ نَقَلَ أَوْ أَفْتَى وَمَا أَشْبَهَهُ: وَكَذَا لَا يُقَالُ ذَلِكَ فِي التَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ فِيمَا كَانَ ضَعِيفًا فَلَا يُقَالُ في شئ مِنْ ذَلِكَ بِصِيغَةِ الْجَزْمِ: وَإِنَّمَا يُقَالُ فِي هَذَا كُلِّهِ رُوِيَ عَنْهُ أَوْ نُقِلَ عَنْهُ أَوْ حُكِيَ عَنْهُ أَوْ جَاءَ عَنْهُ أَوْ بَلَغَنَا عَنْهُ أَوْ يُقَالُ أَوْ يُذْكَرُ أَوْ يُحْكَى أَوْ يُرْوَى أَوْ يُرْفَعُ أَوْ يُعْزَى وَمَا أَشْبَهَ ذَلِكَ مِنْ صِيَغِ التَّمْرِيضِ وَلَيْسَتْ مِنْ صِيَغِ الْجَزْمِ: قَالُوا فَصِيَغُ الْجَزْمِ مَوْضُوعَةٌ لِلصَّحِيحِ أَوْ الْحَسَنِ وَصِيَغُ التَّمْرِيضِ لِمَا سِوَاهُمَا.

وَذَلِكَ أَنَّ صِيغَةَ الْجَزْمِ تَقْتَضِي صِحَّتَهُ عَنْ الْمُضَافِ إلَيْهِ فَلَا يَنْبَغِي أَنْ يُطْلَقَ إلَّا فِيمَا صَحَّ وَإِلَّا فَيَكُونُ الْإِنْسَانُ فِي مَعْنَى الْكَاذِبِ عَلَيْهِ وَهَذَا الْأَدَبُ أَخَلَّ بِهِ الْمُصَنِّفُ وَجَمَاهِيرُ الْفُقَهَاءِ مِنْ أَصْحَابِنَا وَغَيْرِهِمْ بَلْ جَمَاهِيرُ أَصْحَابِ الْعُلُومِ مُطْلَقًا مَا عَدَا حُذَّاقَ الْمُحَدِّثِينَ وَذَلِكَ تَسَاهُلٌ قَبِيحٌ فَإِنَّهُمْ يَقُولُونَ كَثِيرًا فِي الصَّحِيحِ رُوِيَ عَنْهُ وَفِي الضَّعِيفِ قَالَ وَرَوَى فلان وهذا حيد عن الصواب

 

Fasal: Para ulama peneliti dari kalangan ahli hadis dan selain mereka berkata: Apabila sesuatu hadis itu dhaif (lemah), maka tidak boleh dikatakan tentangnya: "Rasulullah ﷺ bersabda", atau "Baginda melakukan", atau "baginda memerintahkan", atau "baginda melarang", atau "baginda telah menetapkan hukum", dan seumpamanya dari bentuk-bentuk lafaz yang menunjukkan kepastian. Begitu juga, tidak boleh dikatakan untuknya: "Abu Hurairah meriwayatkan", atau "Abu Hurairah berkata", atau "Abu Hurairah menyebut", atau "Abu Hurairah mengkhabarkan", atau "Abu Hurairah menyampaikan hadis", atau "Abu Hurairah menukil", atau "Abu Hurairah memberi fatwa", dan yang semisalnya. Hal yang sama juga berlaku bagi para tabi‘in dan generasi selepas mereka dalam perkara yang dhaif. Maka, tidak boleh digunakan lafaz kepastian dalam hal-hal seperti itu. Sebaliknya, hendaklah digunakan lafaz tamridh (ungkapan yang menunjukkan ada masalah pada riwayat), seperti: "diriwayatkan daripadanya", "dinukil daripadanya", "diceritakan daripadanya", "datang dakwaan daripada beliau", "sampai kepada kami dakwaan daripadanya", "disebut", "dinyatakan", "diceritakan", "diriwayatkan", "diangkat", "dinisbahkan", dan yang seumpama itu daripada bentuk lafaz tamridh, bukan lafaz kepastian. Mereka berkata: Lafaz kepastian hanya digunakan bagi hadis sahih atau hasan, sedangkan lafaz tamridh digunakan untuk selain keduanya (bukan sahih atau hasan).

 

Kerana sesungguhnya lafaz kepastian mengandungi makna ia benar-benar sahih daripada orang yang disandarkan lafaz kepadanya, maka tidak wajar dilafazkan kecuali dalam perkara yang sahih. Jika tidak, maka seseorang itu termasuk dalam makna seorang yang berdusta atasnya.

 

Adab ini telah diabaikan oleh penulis kitab dan majoriti fuqaha dari kalangan mazhab kita (Syafi'e) dan selain mereka, bahkan oleh kebanyakan ahli ilmu secara umum kecuali ulama hadis yang benar-benar mahir. Hal ini adalah suatu bentuk tasahul (ambil mudah) yang buruk, kerana mereka sering menggunakan lafaz tamridh "diriwayatkan daripadanya" bagi hadis sahih, dan sebaliknya menggunakan lafaz kepastian "baginda bersabda" atau "fulan meriwayatkan" bagi hadis dhaif. Perbuatan ini menyimpang daripada kebenaran."

 

Rujukan

 

Telegram Ustaz BinSahak Channel

Periwayatan dan penceritaan riwayat sirah

 Para ulama hadith tidak berbeza pandangan bahawa dalam bab sirah dan maghazi (peperangan) Nabi adalah antara bab yang diharuskan padanya “meriwayatkan” hadith-hadith dhaif, “menghikayatkannya (menceritakannya)” dan “menukilkannya”. Mereka bertasahul (bermudah-mudah) dalam isu sanad riwayat berkenaan sirah dan peperangan Nabi.

 

Walaupun demikian dibolehkan, ini tidak bermakna kita boleh secara jazam (pasti) menyandarkan kepada baginda sesuatu yang tidak tsabit dengan sanad yang sahih atau ḥasan, tidak kiralah berkaitan hukum-hakam, akidah, fadilat amal, sirah atau bab-bab yang lain.

 

Adapun riwayat yang datang daripada jalan pendusta hadith, atau pencuri hadith, atau riwayat yang mengandungi nakarah atau shudhudh (iaitu riwayat munkar atau syaz) yang tiada seumpamanya yang diriwayatkan daripada baginda, maka riwayat seperti ini tidak diperkenankan untuk diriwayatkan melainkan untuk mentahzirnya (memberikan peringatan berkenaannya), dan tidak diceritakan kecuali untuk memberitahu kesalahannya.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 255686

 

https://syakirkamal.wordpress.com/2022/10/11/ringkasan-berkenaan-periwayatan-dan-penceritaan-riwayat-sirah/

Atsar dari Ibnu Abbas ra ruqyah dengan cara meminum air basuhan ayat-ayat al-Quran

 Matan atsar

 

عن ابن عباس قال : إذا عَسِر على المرأة ولدها، فيكتب هاتين الآيتين والكلمات في صحفة، ثم تُغسل فتسقى منها : بسم الله الذي لا إله إلا هو الحليم الكريم، سبحان الله ربِّ السماوات السبع، وربِّ العرش العظيم، كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا - كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ بَلاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

 

 

Terjemahan

 

Dari Ibnu ‘Abbas ia berkata : “Apabila ada seorang wanita yang kesulitan dalam proses bersalin anaknya, hendaklah ditulis dua ayat dan beberapa kalimah pada secarik kertas (yang direndam dalam bekas). Kemudian (air  dalam bekas itu) dibasuhkan dan diminumkan kepadanya. Kalimah tersebut adalah : “Dengan menyebut nama Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah, Rabb langit yang tujuh dan Rabb ‘Arasy yang agung - Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari (QS. An-Naazi’aat : 46) - Pada hari mereka melihat ‘azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik (QS. Al-Ahqaaf : 35)”

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf no. 23974, ats-Tsa'labi dalam Tafsirnya 9/27 dan Ibnu Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 619. Juga al-Baihaqi dalam Ad-Da‘awat al-Kabir no. 497. Dinukilkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Al-Fatawa 19/64-65 dan Ibnul Qayyim dalam Zaadul Maad 4/326.

 

Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (Masail Imam Ahmad no. 1623) dan Ibnu Abi Syaibah dari Ya'la bin 'Ubaid dari Sufyan at-Tsauri dari Muhammad bin Abi Laila dari al-Hakam dari Sa'id bin Jubair dari Ibn 'Abbas secara mauquf. Para perawi Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah yang disebutkan dalam Musnad semuanya adalah perawi Muslim kecuali Muhammad bin Abi Laila yang merupakan perawi terpercaya namun buruk hafalannya. Dalam al-Musnad terdapat Ya‘la bin ‘Ubaid, dan dalam riwayatnya daripada Sufyan terdapat kelemahan, sedangkan ia meriwayatkannya di sini daripadanya. Adapun al-Hakam bin ‘Utaybah, beliau adalah seorang yang thiqah lagi tsabat, namun kadang-kadang beliau melakukan tadlīs dan dalam riwayat ini beliau menggunakan lafaz ‘an‘anah.

 

Syeikh Muhammad ‘Amr bin ‘Abd al-Latif dalam Takmil al-Naf‘ bima Lam Yathbut bihi Waqf wa La Raf hal. 13 menyebutkan, hadith ini sangat lemah bahkan palsu. Ia diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah (no. 619) melalui jalan ‘Abdullah bin Muhammad bin al-Mughirah, berkata: Telah menceritakan kepada kami Sufyan al-Tsauri, daripada Ibnu Abi Laila, daripada al-Hakam, daripada Sa‘id bin Jubair, daripada Ibn ‘Abbas secara marfu‘.

 

Adapun Ibn al-Mughirah ini adalah perawi yang sangat lemah, bahkan dituduh (mereka-reka hadith). Al-‘Uqayli berkata: “Beliau keliru dalam sebahagian hadithnya dan meriwayatkan perkara yang tidak ada asalnya.” Al-Nasa’i pula berkata: “Dia meriwayatkan daripada al-Tsauri dan Malik bin Mighwal hadith-hadith yang keduanya lebih takut kepada Allah daripada meriwayatkannya.”

 

Al-Hafiz al-Zahabi rahimahullah menyebut dalam al-Mizan (2/487–488) beberapa hadith riwayatnya, lalu beliau berkata: “Ini semua adalah hadith-hadith maudhu‘ (palsu).”

 

Hadith ini (baik marfu' atau mauquf Ibnu Abbas) didhaifkan oleh Syeikh Basyir Muhammad ‘Uyuun dalam tahqiqnya terhadap kitab ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah hal. 292 (Maktabah Daul Bayan Cet. 1/1407 H),

 

Cacat riwayat tersebut terletak pada madar (muara) sanad iaitu pada Ibnu Abi Laila. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata tentang perawi tersebut: “Shaduq (jujur), sayyiul hifdhi jiddan (hafalannya sangat teruk)” [Taqribut Tahdzib hal. 871, no. 6121, tahqiq : Abu Asybal Al-Bakistani; Darul ‘Aashimah].

Kisah anak Khalifah Harun al-Rasyid yang menasihati ayahnya

 Matan kisah

 

عن أبي بكر بن أبي الطيب قال بلغنا عن عبد الله بن الفرج العابد قال احتجت إلى صانع يصنع لي شيئا من امر الروز جاريين فأتيت السوق فجعلت ارمق الصناع فإِذا في آواخرهم شاب مصفر بين يديه زبيل كبير ومر وعليه جبة صوف ومئزر صوف فقلت له تعمل قال نعم قلت بكم قال بدرهم ودانق قلت له قم حتى تعمل قال على شريطه قلت ما هي قال إذا كان وقت الظهر واذن المؤذن خرجت وتطهرت وصليت في المسجد جماعةثم رجعت فإِذا كان وقت العصر فكذلك قلت نعم فقام معي فجئنا المنزل فوافقته على ما ينقله من موضع إلى موضع فشد وسطه وجعل يعمل ولا يكلمني بشيء.

حتى إذا أذّن المؤذن للظهر قال يا عبد الله قد أذّن المؤذن قلت شانك.

فخرج فصلى فلما رجع عمل أيضاً عملا جيدا إلى العصر فلما أذّن المؤذن قال يا عبد الله قد أذّن المؤذن قلت شأنك فخرج فصلى ثم رجع فلم يزل يعمل إلى آخر النهار فوزنت له اجرته وانصرف.

فلما كان بعد أيام احتجت إلى عمل فقالت لي زوجتي اطلب لنا ذلك الصانع الشاب فانه قد نصحنا في عملنا فجئت السوق فلم اره فسألت عنه فقالوا تسأل عن ذلك المصفر المشؤوم الذي لا نراه إلا من سبت إلى سبت لا يجلس إلا وحده في آخر الناس فانصرفت.

فلما كان يوم السبت اتيت السوق فصادفته فقلت تعمل فقال قد عرفت الاجرة والشرط قلت استخر الله تعالى فقام فعمل على النحو الذي كان عمل.

قال فلما وزنت له الاجرة زدته فابى أن يأخذ الزيادة فألححت عليه فضجر وتركني ومضى فغمني ذلك فاتبعته وداريته حتى أخذ اجرته فقط.

فلما كان بعد مدة احتجنا أيضاً إليه فمضيت في يوم السبت فلم اصادفه.

فسألت عنه فقيل لي هو عليل وقال لي من كان يخبر أمره إنما كان إلى السوق من سبت إلى سبت يعمل بدرهم ودانق يتقوت كل يوم دانقا وقد مرض.

فسألت عن منزله فأتيته وهو في بيت عجوز فقلت لها هذا الشاب الروزجاري فقالت هو عليل منذ أيام فدخلت عليه فوجدته لما به وتحت رأسه لبنة.

فسلمت عليه وقلت لك حاجة قال نعم ان قبلت قلت اقبل ان شاء الله تعالى قال إذا أنا مت فبع هذا المر واغسل جبتي هذه الصوف وهذا المئزر وكفني بهما وافتق جيب الجبة فان فيها خاتما فخذه ثم انظر يوم يركب هارون الرشيد الخليفة فقف له في موضع يراك فكلمه واره الخاتم فانه سيدعو بك فسلم إليه الخاتم ولا يكن هذا إلا بعد دفني قلت نعم.

فلما مات فعلت ما امرني ثم نظرت اليوم الذي يركب فيه الرشيد فجلست له على الطريق فلما مر ناديته يا أمير المؤمنين لك عندي وديعة ولوحت بالخاتم فامر بي فأخذت وحملت حتى دخل إلى داره ثم دعا بي ونحى جميع من عنده وقال من أنت فقلت عبد الله بن الفرج فقال هذا الخاتم من أين لك فحدثته قصة الشاب فجعل يبكي حتى رحمته.

فلما انس الي قلت يا أمير المؤمنين من هو منك قال ابني قلت كيف سار إلى هذه الحال قال ولد لي قبل ان ابتلى بالخلافة فنشأ نشوءاً حسناً وتعلم القرآن والعلم فلما وليت الخلافة تركني ولم ينل من دنياي شيئا فدفعت إلى أمه هذا الخاتم وهو ياقوت ويساوي مالا كثيرا فدفعته إليها وقلت لها تدفعين هذا إليه وكان براً بأمه وتسأليه أن يكون معه فلعله ان يحتاج إليه يوماً من الأيام فينتفع به وتوفيت أمه فما عرفت له خبراً إلا ما أحبرتني به أنت ثم قال لي إذا كان الليل فأخرج معي إلى قبره.

فلما كان الليل خرج وحده معي يمشي حتى أتينا قبره فجلس إليه فبكى بكاء شديدا فلما طلع الفجر قمنا فرجع فقال لي تعاهدني في الأيام حتى ازور قبره.

فكنت اتعاهده بالليل فيخرج حتى يزور قبره ثم يرجع.

قال عبد الله بن الفرج ولم اعلم انه ابن الرشيد حتى أخبرني الرشيد انه ابنه أبو كما قال ابن أبي الطيب

 

Terjemahan

 

Daripada Abu Bakar bin Abi al-Thayyib berkata: Telah sampai kepada kami daripada Abdullah bin al-Faraj al-‘Abid, katanya:

 

Aku memerlukan seorang tukang bangunan. Lalu aku pergi ke pasar dan memperhatikan para tukang yang menunggu panggilan kerja. Maka tiba-tiba aku melihat pada bahagian hujung mereka seorang pemuda yang berwajah pucat, di hadapannya terdapat alat pertukangan, dan dia memakai jubah bulu serta kain sarung bulu. Maka aku berkata kepadanya: “Adakah kamu mahu bekerja?” Dia menjawab: “Ya.” Aku bertanya: “Dengan upah berapa?” Dia menjawab: “Satu dirham dan satu daniq (pecahan dirham).” Aku berkata kepadanya: “Bangunlah, mari bekerja.” Dia berkata: “Dengan satu syarat.” Aku bertanya: “Apakah dia?” Dia menjawab: “Apabila masuk waktu Zuhur dan muazin melaungkan azan, aku akan keluar, berwuduk, dan solat berjemaah di masjid. Kemudian aku kembali. Dan apabila masuk waktu Asar, maka demikian juga.” Aku berkata: “Baiklah.”

 

Lalu dia pun bangun bersamaku dan kami sampai ke rumah. Aku menyuruhnya mengangkat barang dari satu tempat ke tempat lain. Dia mengikat pinggangnya dan mula bekerja, tidak berkata sepatah pun kepadaku. Hingga apabila muazin melaungkan azan Zuhur, dia berkata: “Wahai Abdullah, azan telah dilaungkan.” Aku menjawab: “Silakan.” Maka dia keluar lalu solat, kemudian kembali dan bekerja dengan baik sehingga waktu Asar. Apabila muazin melaungkan azan Asar, dia berkata: “Wahai Abdullah, azan telah dilaungkan.” Aku berkata: “Silakan.” Maka dia keluar lalu solat, kemudian kembali. Dia terus bekerja sehingga penghujung siang, lalu aku menimbang upahnya dan dia pun pulang.

 

Beberapa hari kemudian, aku memerlukan kerja lagi. Isteriku berkata: “Carilah tukang muda itu, kerana dia telah melakukan kerja kita dengan jujur.” Maka aku pergi ke pasar, tetapi tidak menjumpainya. Aku bertanya tentangnya, lalu mereka berkata: “Adakah engkau bertanya tentang pemuda pucat yang malang itu? Kami tidak melihatnya melainkan dari hari Sabtu saja. Dia hanya duduk sendirian di hujung orang ramai.” Maka aku pun pulang.

 

Apabila tiba hari Sabtu, aku pergi ke pasar dan menemuinya. Aku berkata: “Adakah kamu mahu bekerja?” Dia berkata: “Kamu sudah tahu upah dan syaratnya.” Aku berkata: “Bertawakkallah kepada Allah.” Maka dia pun bangun dan bekerja seperti sebelumnya. Setelah aku menimbang upahnya, aku menambahkan sedikit kepadanya, tetapi dia enggan menerimanya. Aku mendesaknya sehingga dia kesal, meninggalkanku dan pergi. Aku berasa sedih lalu mengejarnya, memujuknya hingga akhirnya dia mengambil hanya upah yang sepatutnya.

 

Selepas beberapa lama, kami memerlukan dia lagi. Aku pergi pada hari Sabtu, tetapi tidak menemuinya. Aku bertanya tentangnya, lalu dikatakan kepadaku: “Dia sakit.” Orang yang sebelumnya mengabariku tentang jadual kedatangan orang itu ke pasar dan besar upah kerjanya berkata kepadaku: “Kini dia jatuh sakit.”

 

Aku bertanya alamat rumahnya lalu aku pergi ke sana. Dia tinggal di sebuah rumah seorang wanita tua renta. Aku berkata kepadanya: “Adakah pemuda tukang itu di sini?” Dia berkata: “Ya, dia sakit sejak beberapa hari.” Maka aku masuk menemuinya, dan mendapati dia sedang sakit tenat, dan di bawah kepalanya hanya sepotong bata.

 

Aku memberi salam kepadanya lalu berkata: “Apakah engkau memerlukan sesuatu?.” Dia menjawab: “Ya, sekiranya engkau sudi menerima amanah dariku.” Aku berkata: “InsyaAllah aku akan terima.” Dia berkata: “Apabila aku mati nanti, juallah peralatan ini, basuhlah jubah bulu dan kain sarung ini, lalu kafankan aku dengannya. Kemudian bukalah poket jubah itu, kerana di dalamnya ada sebuah cincin. Ambillah cincin itu, kemudian perlihatkanlah kepada khalifah Harun ar-Rasyid pada hari beliau keluar menunggang, berdirilah di suatu tempat hingga dia melihatmu. Bercakaplah dengannya dan tunjukkan cincin itu. Maka dia akan memanggilmu. Serahkanlah cincin itu kepadanya, tetapi jangan lakukan semua ini melainkan selepas aku meninggal dunia.” Aku menjawab: “Baik.”

 

Apabila dia meninggal dunia, aku lakukan sebagaimana yang diperintahkannya. Aku menunggu hari ar-Rasyid keluar menunggang, lalu aku duduk di jalan. Apabila dia lalu, aku menyeru kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin, aku ada amanah untukmu,” sambil menunjukkan cincin itu. Maka dia memerintahkan agar aku dibawa kepadanya. Aku dibawa hingga masuk ke dalam istananya. Dia memanggilku dan menyuruh semua orang keluar. Dia berkata: “Siapakah engkau?” Aku menjawab: “Aku Abdullah bin al-Faraj.” Dia berkata: “Dari mana engkau mendapat cincin ini?” Maka aku menceritakan kepadanya kisah pemuda itu. Dia pun menangis sehingga aku merasa kasihan kepadanya.

 

Apabila suasana sudah tenang, aku berkata kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin, siapakah dia denganmu?” Dia menjawab: “Dia adalah anakku.” Aku berkata: “Bagaimana dia boleh sampai ke keadaan ini?” Dia berkata: “Dia dilahirkan sebelum aku diuji dengan kekhalifahan. Dia membesar dengan baik, mempelajari al-Quran dan ilmu. Tetapi apabila aku dilantik menjadi khalifah, dia menjauhiku dan tidak mahu mengambil sedikitpun dari duniaku. Aku berikan cincin ini kepada ibunya, ia batu yaqut yang sangat berharga, lalu aku berkata kepadanya: ‘Berikan cincin ini kepadanya, dan mintalah dia menyimpannya. Mungkin suatu hari dia memerlukan cincin itu, lalu ia akan bermanfaat baginya.’ Dia adalah anak yang berbakti kepada ibunya. Tetapi setelah ibunya wafat, aku tidak pernah tahu khabarnya lagi, sehinggalah engkau memberitahuku cerita sebentar tadi.” Kemudian dia berkata kepadaku: “Apabila malam tiba, keluarlah bersamaku menuju ke kuburnya.”

 

Apabila malam tiba, dia keluar berjalan bersamaku sehingga kami sampai ke kuburnya. Dia duduk di sisinya lalu menangis dengan tangisan yang sangat hebat. Apabila fajar menyingsing, kami bangun dan pulang. Dia berkata kepadaku: “Ingatkan aku pada hari-hari berikutnya agar aku dapat menziarahi kuburnya.” Maka aku sentiasa menemaninya pada waktu malam. Dia keluar, menziarahi kuburnya, kemudian kembali.

 

Berkata Abdullah bin al-Faraj: “Aku tidak mengetahui bahawa pemuda itu adalah anak ar-Rasyid sehinggalah ar-Rasyid sendiri memberitahuku bahawa dia adalah anaknya.” Atau sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abi al-Ṭayyib.

 

Takhrij

 

Kisah anak Khalifah Harun ar-Rasyid ini ada banyak versi, dan dua jalan riwayat. Sanadnya berlegar antara hasan dan sahih.

 

Ia nukilkan dalam beberapa kitab seperti Uyunul Hikayat hal. 69, DKI; dan  Sifatul Safwah 1/466-468, Syamilah, karya Ibnul Jauzi dan at-Tawwabin hal. 105, Syamilah, karya Ibnu Qudamah.

 

Ibnul Jauzi dalam Sifatul Safwah 1/468 berkata:

 

هذا طريق حسن والطريق الذي قبله اصح لانه متصل ورواته ثقات وقد زاد القصاص في حديث السبتي وابداوا واعادوا وذكروا ان هذا الرجل كان من زبيدة وانه خرج يتصيد فوعظه صالح المري فوقع فرسه في اشياء كلها محال. فاقتصرنا على ما صح والله الموفق

 

Ini adalah sanad (riwayat) yang hasan, tetapi sanad sebelumnya lebih sahih kerana ia bersambung dan para perawinya adalah orang-orang yang terpercaya. Adapun para pencerita (al-Quṣṣāṣ) telah menambah dalam kisah as-Sabtī, mereka ulang-ulanginya, dan mereka menyebut bahawa lelaki itu adalah daripada (keturunan) Zubaidah, bahawa dia keluar berburu lalu dinasihati oleh Ṣāliḥ al-Marrī, kemudian kudanya jatuh ke dalam perkara-perkara yang semuanya adalah kepalsuan. Maka kami hanya mencukupkan diri dengan riwayat yang sahih, dan Allah jualah yang memberi taufiq.

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...