Monday 28 October 2019

Solat sunat menguatkan hafazan


Mereka yang mengamalkannya berdalilkan hadith berikut:-


Matan hadith

عن عَطَاءِ بن أبي رَبَاحٍ وَعِكْرِمَةَ مولى بن عَبَّاسٍ عن بن عَبَّاسٍ أَنَّهُ قال بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذْ جَاءَهُ عَلِيُّ بن أبي طَالِبٍ فقال بِأَبِي أنت وَأُمِّي تَفَلَّتَ هذا الْقُرْآنُ من صَدْرِي فما أَجِدُنِي أَقْدِرُ عليه فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يا أَبَا الْحَسَنِ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ الله بِهِنَّ وَيَنْفَعُ بِهِنَّ من عَلَّمْتَهُ وَيُثَبِّتُ ما تَعَلَّمْتَ في صَدْرِكَ قال أَجَلْ يا رَسُولَ اللَّهِ فَعَلِّمْنِي قال إذا كان لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَقُومَ في ثُلُثِ اللَّيْلِ الْآخِرِ فَإِنَّهَا سَاعَةٌ مَشْهُودَةٌ وَالدُّعَاءُ فيها مُسْتَجَابٌ وقد قال أَخِي يَعْقُوبُ لِبَنِيهِ ( سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ) يقول حتى تَأْتِيَ لَيْلَةُ الْجُمْعَةِ فَإِنْ لم تَسْتَطِعْ فَقُمْ في وَسَطِهَا فَإِنْ لم تَسْتَطِعْ فَقُمْ في أَوَّلِهَا فَصَلِّ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ في الرَّكْعَةِ الْأُولَى بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةِ يس وفي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَحم الدُّخَانِ وفي الرَّكْعَةِ الثَّالِثَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وألم تَنْزِيلُ السَّجْدَةِ وفي الرَّكْعَةِ الرَّابِعَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَتَبَارَكَ الْمُفَصَّلِ فإذا فَرَغْتَ من التَّشَهُّدِ فَاحْمَدْ اللَّهَ وَأَحْسِنْ الثَّنَاءَ على اللَّهِ وَصَلِّ عَلَيَّ وَأَحْسِنْ وَعَلَى سَائِرِ النَّبِيِّينَ وأستغفر لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلِإِخْوَانِكَ الَّذِينَ سَبَقُوكَ بِالْإِيمَانِ ثُمَّ قُلْ في آخِرِ ذلك اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ يا أَبَا الْحَسَنِ فافعل ذلك ثَلَاثَ جُمَعٍ أو خمس أو سبع يجاب بِإِذْنِ اللَّهِ وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ ما أَخْطَأَ مُؤْمِنًا قَطُّ قال عبد اللَّهِ بن عَبَّاسٍ فَوَاللَّهِ ما لَبِثَ عَلِيٌّ إلا خَمْسًا أو سَبْعًا حتى جاء علي رَسُولَ اللَّهِ في مِثْلِ ذلك الْمَجْلِسِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ إني كنت فِيمَا خَلَا لَا آخُذُ إلا أَرْبَعَ آيَاتٍ أو نَحْوَهُنَّ وإذا قَرَأْتُهُنَّ على نَفْسِي تَفَلَّتْنَ وأنا أَتَعَلَّمُ الْيَوْمَ أَرْبَعِينَ آيَةً أو نَحْوَهَا وإذا قَرَأْتُهَا على نَفْسِي فَكَأَنَّمَا كِتَابُ اللَّهِ بين عَيْنَيَّ وَلَقَدْ كنت أَسْمَعُ الحديث فإذا رَدَّدْتُهُ تَفَلَّتَ وأنا الْيَوْمَ أَسْمَعُ الْأَحَادِيثَ فإذا تَحَدَّثْتُ بها لم أَخْرِمْ منها حَرْفًا فقال له رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عِنْدَ ذلك مُؤْمِنٌ وَرَبِّ الْكَعْبَةِ يا أَبَا الْحَسَنِ قال أبو عِيسَى هذا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إلا من حديث الْوَلِيدِ بن مُسْلِمٍ



Terjemahan

Diriwayatkan daripada Atha’ bin Rabah dan Ikrimah (hamba kepada Ibn Abbas), mereka berdua meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma katanya: Ketika kami bersama-sama dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam , tiba-tiba datang Saidina Ali bin Abu Talib radhiyallahu anhu mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam: Demi sesungguhnya ya Rasulallah ,aku secara tiba-tiba tidak mampu untuk mengingati al-quran yang telah dihafaz (telah hilang secara tiba-tiba daripada ingatanku), telah aku cuba untuk mengingatinya tetapi aku tidak mampu. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Wahai Abu al-Hasan (gelaran kepada Saidina Ali radhiyallahu anhu), Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang mana ianya akan memberikan faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari serta mengukuhkan lagi ingatanmu terhadap apa yang engkau pelajari?Kata Saidina Ali radhiyallahu anhu: Tentu sekali aku mahu ya Rasulallah, ajarkanlah aku perkara tersebut. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Bilamana tiba malam Jumaat maka jika kamu mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, yang mana waktu tersebut adalah waktu terakhir yang akan disaksikan oleh para malaikat, dan waktu yang mustajab doanya, sesungguhnya saudaraku Yaakub alaihi al-salam telah berkata kepada anaknya (seperti yang difirmankan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam surah Yusuf ayat 98) maksudnya: Aku akan memohon ampun bagimu kepada Allah taala dan Nabi Yaakub alaihi al-salam menyebutkan (pada malam Jumaat nanti).Tetapi jika kamu tidak mampu untuk bangun pada waktu tersebut, maka (bolehlah untuk kamu) bangun pada pertengahan malam, dan jika tidak juga mampu, maka bolehlah bagimu bangun pada permulaan malam. Dan dirikanlah solat sebanyak 4 rakaat. Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. Dan pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan pada rakaat ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Apabila kamu telah selesai tasyahhud maka berzikirlah memuji Allah taala, kemudian pujilah Dia dengan sebaik-baik pujian, dan selawatlah kamu ke atas aku dengan sebaik-baik selawat dan selawat juga ke atas para Nabi dan mohonlah ke ampunan ke atas golongan Mukminin dan mukminat dan kepada saudara-saudaramu yang telah mendahului kamu dengan keimanan mereka kepada Allah taala dan kemudian sebutkanlah olehmu pada akhir  (pujian-pujian dan doa kamu tersebut) dengan doa ini:

اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam lagi: Wahai Abu al-Hasan, lakukanlah olehmu solat ini pada tiga kali Jumaat, atau lima Jumaat , atau tujuh Jumaat ,Dengan Izin Allah akan mustajab doamu tersebut. Demi tuhan yang mengutuskan aku dengan kebenaran tidak akan tersalah sedikitpun seorang mukmin (yang beramal dengan perkara ini).
Kata Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma: Demi Allah, tidak lama selepas Saidina Ali radhiyallahu anhu melaksanakan perkara ini lebih kurang lima kali atau tujuh kali maka beliau sekali lagi datang bertemu Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam majlis yang seumpama sebelumnya dan beliau berkata: Ya Rasulullah, aku sebelum ini hanya mampu menghafaz empat ayat dan seumpamanya sahaja, bila aku membaca semula maka ianya akan hilang, tapi sekarang aku sudah mampu menghafaz 40 ayat dan seumpamanya, bilamana aku membacanya semula aku mendapati seolah-olah al-Quran berada di depan mataku. Begitu juga dengan hadithmu ya Rasulallah, bila aku mengulang-ulangnya maka sekejap sahaja ianya akan hilang daripada ingatanku, tetapi sekarang ya Rasulallah, bila kamu menyebutkan hadith tersebut maka tiada satu huruf pun daripadanya hilang daripada ingatanku. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam bila mana mendengar perkara tersebut: Demi Tuhan Pemilik Kaabah ,Kamu adalah mukmin (benar-benar beriman dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam) wahai Abu al-Hasan.


Takhrij

HR. Tirmidzi, Kitab Doa, Bab Doa al-Hafidz, no. 3570, dari Ibnu Abbas. Imam Tirmidzi berkata "Hadith ini hasan gharib, tidak dikeluarkan kecuali dari hadith Al-Walid ibn Muslim".

Hadith ini juga dikeluarkan oleh:-

Imam Al-Khathib dalam Al-Jami’ li Ahlaq Ar-Rawi wa Adab As-Sami’ (2/259) no. 1792

Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq  (51/251)

Imam Al-Hakim dalam Al-Mustadrak pada  (1/461) no. 1190. Al-Hakim berkata "Sahih dengan syarat syaikhain".

Al-Baihaqi dalam Al-Asma' wa As-Sifat (2/108)

Al-Asbahani dalam At-Targhib (127/2)

Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3374:-

Dan hadith ini tidaklah seperti yang dikatakan oleh Tirmidzi atau Al-Hakim, di dalam sanadnya, terdapat perawi bernama Walid ibn Muslim dan dia terkenal sebagai mudalis. Beliau berkata, “Hadith ini munkar”.

Sedangkan dalam Dhaif Sunan Tirmidzi beliau berkata, “Maudhu”.

Ibnul Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhu'at 2/138.

Az-Zahabi dalam Mizan Al-I’tidal 2/213 biografi no. 3487, menyebutkan hadith ini sambil berkata, “Hadith ini munkar sekali”.

Az- Zhahabi dalam  Talkhish 1/316 juga memperbetulkan hadith al-Hakim dan berkata :

 (هذا حديث منكر شاذ ،وقد حيرني والله جودة إسناده)

 “Hadith ini munkar syaz, dan ini mengagumkan aku, demi Allah sanadnya ada kualiti.”

Hadith ini sama sekali tidak mampu dikuatkan oleh hadith lain yang dikeluarkan dari jalan Muhammad ibn Ibrahim Al-Qurasiyu, menceritakan kepada kami Abu Solehh dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu, seperti hadith di atas, bahkan menguatkankan pula kepalsuan hadith diatas.

Hadith ini dikeluarkan oleh Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wa Lailah no. 572, at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Kabir no. 12036 dan Al-Uqaili dalam Dhuafa Al-Kabir no. 1721.

Ibnu Jauzi berkata dalam al-Maudhu'at 2/138 hadith ini juga tidak sahih kerana Muhammad bin Ibrahim majruh. Dan Ishaq bin Najih matruk.

Ishaq ibn Najih  juga tertuduh telah berdusta. Imam Ahmad ibn Hanbal, Ibnu Ma’in dan selain mereka menganggapnya pendusta. Imam Bukhari berkata, “Munkarul hadith”. An-Nasaie berkata, “Matrukul hadith”. Dia ini pernah mengaku meriwayatkan dari Ibn Juraij, maka boleh jadi dialah pembuat hadith solat hifdzi ini yang kemudian dikutip oleh Walid ibn Muslim.

Sedangkan tentang penilaian hasan dan sahih yang dilakukan oleh at-Tirmidzi dan Al-Hakim, tidak diterima, kerana mereka dikenali dikalangan ahli hadith yang bermudahan (mutasahil) dalam penilaian sahih hadith (Ahadith Mua'llah, hal. 198).


Rujukan

Fatwa Islamweb no. 344.

Fatwa Soaljawab Islam no. 139768

KIsah Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun


Matan hadith

Muhammad ibnu Ishaq ibnu Yasar telah menceritakan kisah berikut yang ia terima dari orang yang menceritakan kisah ini kepadanya dari Abdullah ibnu Rafi' maula Ummu Salamah yang mengatakan, bahwa ia pernah mendengar Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:


" لَمَّا أَرَادَ اللَّهُ حَبْسَ يُونُسَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ، أَوْحَى اللَّهُ إِلَى الْحُوتِ أَنْ خُذْهُ، وَلَا تَخْدِشْ لَحْمًا وَلَا تَكْسِرْ عَظْمًا، فَلَمَّا انْتَهَى بِهِ إِلَى أَسْفَلِ الْبَحْرِ، سَمِعَ يُونُسُ حِسًّا، فَقَالَ فِي نَفْسِهِ: مَا هَذَا؟ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ، وَهُوَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ: إِنَّ هَذَا تَسْبِيحُ دَوَابِّ الْبَحْرِ. قَالَ: فَسَبَّح وَهُوَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ، فَسسَمِعَ الْمَلَائِكَةُ تَسْبِيحَهُ فَقَالُوا: يَا رَبَّنَا، إِنَّا نَسْمَعُ صَوْتًا ضَعِيفًا [بِأَرْضٍ غَرِيبَةٍ] قَالَ: ذَلِكَ عَبْدِي يُونُسُ، عَصَانِي فَحَبَسْتُهُ فِي بَطْنِ الْحُوتِ فِي الْبَحْرِ. قَالُوا: الْعَبْدُ الصَّالِحُ الَّذِي كَانَ يَصْعَدُ إِلَيْكَ مِنْهُ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ عملٌ صَالِحٌ؟. قَالَ: نَعَمْ". قَالَ: "فَشَفَعُوا لَهُ عِنْدَ ذَلِكَ، فَأَمَرَ الْحُوتَ فَقَذَفَهُ فِي السَّاحِلِ، كَمَا قَالَ اللَّهُ  عَزَّ وَجَلَّ: {وَهُوَ سَقِيمٌ}


Terjemahan

Ketika Allah hendak menyekap Yunus di dalam perut ikan besar, Allah memerintahkan kepada ikan besar untuk menelannya, tetapi tidak boleh melukai dagingnya dan tidak boleh pula meremukkan tulangnya. Setelah ikan besar sampai di dasar laut, sedangkan di perutnya terdapat Yunus, Yunus mendengar suara, maka Yunus berkala dalam hatinya, "Suara apakah ini?” Lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya, sedangkan ia berada di dalam perut ikan, bahwa suara itu adalah suara tasbih haiwan-haiwan laut. Maka Yunus pun bertasbih pula dalam perut ikan besar itu; suara tasbihnya terdengar oleh para malaikat. Maka mereka bertanya, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar suara(tasbih) yang lemah di kedalaman yang jauh sekali lagi terpencil.” Allah berfirman, "Itu adalah suara hamba-Ku, Yunus. Dia durhaka kepada-Ku, maka Aku sekap dia di dalam perut ikan di laut.” Para malaikat bertanya, "Dia adalah seorang hamba yang saleh, setiap malam dan siang hari dilaporkan ke hadapan¬Mu amal saleh darinya.” Allah berfirman, "Ya, benar.” Maka pada saat itu para malaikat memohon syafaat buat Yunus, akhirnya Allah memerintahkan kepada ikan besar itu untuk mengeluarkan Yunus, lalu ikan besar melemparkannya ke tepi pantai, seperti yang disebutkan oleh firman-Nya, "Sedangkan ia dalam keadaan sakit." (Ash-Shaffat: 145)


Takhrij

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, juga oleh Al-Bazzar di dalam kitab Musnadnya 15/34 melalui jalur Muhammad ibnu Ishaq, dari Abdullah ibnu Rafi', dari Abu Hurairah, lalu berkata: “bahawa kami tidak mengetahui hadith ini bersumber dari Nabi Saw. kecuali melalui jalur sanad ini” (hadith gharib). 

Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Mukhtasar al-Bazzar 2/104, menilai hadith ini munkar.

Pentingnya sanad!!!



Menurut Muhammad Ali Wafa dalam Majalah Nabawi 05/12/2017, jika ditinjau dari kajian ilmu riwayat, hadith tersebut tidak memiliki sanad. Tidak adanya sanad menjadikan hadith ini bermasalah, lemah tidak memiliki dasar yang jelas.


Ibnu Mubarak meriwayatkan:

اَلإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata sekehendak hatinya (Muqaddimah Sahih Muslim, 1/15).


Muhammad bin Sirin berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu mengambil agama kamu. (Muqaddimah Sahih Muslim 1/43-44)


Imam Muslim berkata:

فَإِذَا كَانَ الرَّاوِي لَهَا لَيْسَ بِمَعْدِنٍ لِلصِّدْقِ وَالْأَمَانَةِ ثُمَّ أَقْدَمَ عَلَى الرِّوَايَةِ عَنْهُ مَنْ قَدْ عَرَفَهُ وَلَمْ يُبَيِّنْ مَا فِيهِ لِغَيْرِهِ مِمَّنْ جَهِلَ مَعْرِفَتَهُ كَانَ آثِمًا بِفِعْلِهِ ذَلِكَ غَاشًّا لِعَوَامِّ الْمُسْلِمِينَ إِذْ لَا يُؤْمَنُ عَلَى بَعْضِ مَنْ سَمِعَ تِلْكَ الْأَخْبَارَ أَنْ يَسْتَعْمِلَهَا أَوْ يَسْتَعْمِلَ بَعْضَهَا وَلَعَلَّهَا أَوْ أَكْثَرَهَا أَكَاذِيبُ لَا أَصْلَ لَهَا

Jika perawi bagi hadith-hadith itu bukan merupakan sumber bagi kebenaran dan amanah kemudian orang yang memang mengenalinya memberanikan diri meriwayatkan daripadanya dan dia tidak menyatakan keburukan yang ada pada perawi tadi kepada orang lain iaitu orang-orang yang tidak tahu, maka dia berdosa dengan perbuatannya. Dia adalah penipu bagi orang-orang awam Islam kerana tidak selamat sebahagian orang yang mendengar cerita-cerita itu daripada mengamalkannya semua atau sebahagiannya. Dan barangkali semuanya itu atau kebanyakannya dusta belaka tidak ada puncanya. (Muqaddimah Sahih Muslim 1/22)


Sebuah ungkapan berharga Imam as-Syafie dalam ilmu hadith:-

وَجِمَاعُ هَذَا أَنَّهُ لَا يُقْبَلُ إِلَّا حَدِيثٌ ثَابِتٌ كَمَا لَا يُقْبَلُ مِنَ الشُّهُودِ إِلَّا مَنْ عُرِفَ عَدْلُهُ، فَإِذَا كَانَ الْحَدِيثُ مَجْهُولًا أَوْ مَرْغُوبًا عَمَّنْ حَمَلَهُ كَانَ كَمَا لَمْ يَأْتِ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِثَابِتٍ

“Kesimpulan dari semua ini, bahawa tidaklah (sebuah hadith) diterima kecuali hadith yang sah, sebagaimana tidaklah para saksi diterima (persaksiannya) kecuali orang yang dikenali keadilannya. Sehingga apabila hadith itu tidak diketahui atau dijarh perawinya, maka seakan hadits itu tidak ada, kerana ketidaksahannya.” (Ma’rifat Sunan Wal Atsar, 1/180).


Imam Malik berkata:

لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب في حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.

“Jangan mengambil ilmu dari orang ahli bid’ah, serta janganlah menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana ia mendapatkannya, dan tidak pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada kebohongan, meskipun ia tidak berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal Jama’ah 7/1418).


Sehingga kemudian hadith seperti itu (tanpa sanad) dalam kajian ilmu hadith disebut sebagai hadith yang la ashla lahu atau laisa lahu ashl (tidak ada dasarnya). Hadith-hadith yang la ashla lahu seperti ini, tidak boleh dibenarkan kerana tergolong sebagai hadith maudhu’ (palsu).


وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنَ الْأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ ، فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ ، لَا يُضِلُّونَكُمْ وَلَا يَفْتِنُونَكُمْ .


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan ada di akhir zaman para Dajjal Pendusta membawa hadith-hadith kepada kalian yang tidak pernah kalian mendengarnya dan bapak-bapak kalian juga belum pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka oleh kalian, sehingga mereka tidak dapat menyesatkan kalian dan tidak pula dapat memfitnah kalian (HR. Muslim no. 8).

Hadith banyaknya wanita berbanding lelaki di akhir zaman


1) 1:50

Matan hadith

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ اْلعِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثرَ النِّسَاءُ وَيَقلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُونُ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً القَيِّمُ اْلوَاحِدُ


Terjemahan

“Di antara tanda-tanda dekatnya hari Kiamat adalah sedikitnya ilmu (tentang Ad-Dien), berleluasanya kebodohan dan penzinaan, dan sedikitnya kaum laki-laki, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki-laki) saja”.

Takhrij

HR. Al-Bukhari no. 81, Muslim no. 2671, dan At-Tirmidzi no. 2205, sahih.

Penjelasan

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata :

والظاهر أنها علامة محضة لا لسبب آخر بل يقدر الله في آخر الزمان أن يقل من يولد من الذكور ويكثر من يولد من الإناث وكون كثرة النساء من العلامات مناسبة لظهور الجهل ورفع العلم

“Menurut zahirnya, hal ini merupakan pertanda semata-mata, bukan kerana sebab lain. Bahkan Allah mentaqdirkan bahawa akhir zaman nanti sedikit sekali orang yang melahirkan anak laki-laki dan banyak melahirkan anak perempuan. Dan banyaknya kaum wanita yang merupakan salah satu pertanda telah dekatnya hari kiamat, dan itu sangat relevan dengan berleluasanya kebodohan dan dihilangkannya ilmu (tentang Ad-Dien)” [Fathul-Bari oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar 1/179 – penjelasan hadith no. 81].

Selain dari faktor sedikitnya jumlah kelahiran laki-laki dibandingkan wanita, hal itu juga disebabkan kerana banyaknya fitnah yang terjadi di akhir zaman seperti banyaknya peperangan. Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan satu hadith yang menunjukkan bahawa banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum laki-laki itu disebabkan perginya kaum lelaki dan tetap tinggalnya kaum wanita, iaitu kaum lelaki pergi berperang dan kaum wanita tinggal di rumah.



2) 1:40

Matan hadith

وَيُرَى الرَّجُلُ اْلوَاحِدُ يَتْبَعُهُ أَربَعُونَ امْرَأَة يَلِذْنَ بِهِ مِنْ قِلَّةِ الرِّجَالِ وَكَثْرَةِ النِّسَاءِ

Terjemahan

“Dan seorang laki-laki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita, yang mereka ingin bersenang-senang dengannya”

Takhrij

HR. Muslim no. 1012, sahih ijma’.

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al- Quran



1)    Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

Takhrij dan ulasan


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. [HR. Bukhari no. 5027]


2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.

Takhrij dan ulasan

عَنْ خَبَّابِ بْنِ الْأَرَتِّ رضى الله عنه أَنَّهُ قَالَ: ” تَقَرَّبْ مَا اسْتَطَعْتَ، وَاعْلَمْ أَنَّكَ لَنْ تَتَقَرَّبَ إِلَى اللهِ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إإِلَيْهِ مِنْ كَلَامِهِ

Khabbab bin Al Arat radhiyallahu ‘anhu berkata: “Beribadah kepada Allah semampumu dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak akan pernah beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang lebih dicintaiNya dibandingkan (membaca) firman-Nya (Atsar sahih diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman 11/284, karya Al Baihaqi).


3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para Nabi saw.

Takhrij dan ulasan

عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِى ييَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ »

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Yang mahir membaca al Quran bersama malaikat yang terhormat, dan yang membaca al Quran sedangkan ia merangkak-rangkak serta mengalami kesulitan maka baginya dua pahala.” (HR. Bukhari no.  4937 dan Muslim no. 798)


4) Pembaca al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau & rasa yang enak iaitu disukai ramai.

Takhrij dan ulasan

مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا ططَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَييِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا

Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau. [HR. Bukhari no.7560 dan Muslim no. 797]


5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu  di dunia

Takhrij dan ulasan

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ، وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا

Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu (di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya [HR.  Abu Daud no.1464, hasan]


6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

Takhrij dan ulasan

قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النَّاسِ أَحْسَنُ صَوْتًا لِلْقُرْآنِ وَأَحْسَنُ قِرَاءَةً قَالَ مَنْ إِذَا سَمِعْتَهُ يَقْرَأأُ أُرِيتَ أَنَّهُ يَخْشَى اللَّهَ

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah ditanya; Siapa orang yang paling bagus suaranya membaca Al Qur'an dan paling bagus bacaan Al Qur'annya?" Beliau menjawab: "Seseorang yang jika engkau mendengarnya ketika sedang membaca (Al Qur`an), engkau melihatnya takut kepada Allah [HR. Darimi no. 3353, dhaiful isnad].

Tetapi ada dalil yang sahih dari al-Quran:-

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal."..[Surah An-Anfaal: 2].


7) Pendamping (ibu bapa) Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mendapat kemuliaan dan akan mendapat keredhaan Allah Ta'ala.

 Takhrij dan ulasan

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ ، أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ  ، ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا  لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا

Siapa yang membaca Al-Qur’an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya mahkota di hari kiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik dari cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah demikian itu matahari berada di rumahmu (dipenuhi dengan sinarnya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Qur’an) [HR. Abu Daud no. 1453, dhaif]

Akan tetapi terdapat satu lagi hadith syawahid yakni:

وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”.[HR. Ahmad no. 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadith ini hasan. [al-Mathalib al-‘Aliyah, 14/324]


8) Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

Takhrij dan ulasan

Tidak ditemui nas yang berkaitan.

Kalau nak dimaksudkan dengan membaca al-Quran itu ibarat membaca wahyu adalah lebih mendekati ketepatan maksud di atas. Al-Quran pula adalah sepenuhnya wahyu Allah SWT tanpa pembahagian-pembahagian khusus dan dihafal terus oleh Nabi SAW sebelum ditulis oleh penulis wahyu [Bayan Linnas siri 139, Mufti Wilayah Persekutuan].


9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

Takhrij dan ulasan

لِحَامِلِ الْقُرْآنِ إِذَا عَمِلَ بِهِ ، فَأَحَلَّ حَلالَهُ ، وَحَرَّمَ حَرَامَهُ ، يُشَفَّععُ فِي عَشَرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُمُ النَّارُ

Bagi pembawa al-Quran; apabila dia beramal dengannya, menghalalkan apa yang halal dalam al-Quran, mengharamkan apa yang haram dalam al-Quran, dia akan dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya pada hari kiamat, yang mana semua daripada mereka telah dijatuhkan hukuman untuk masuk ke neraka.

[HR. At-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Awsath, Bab al-Mim, Man Ismuhu Muhammad, no. 5258, dan Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Fasl Fi Tanwir Maudhi' al-Quran, no. 2438, Tirmidzi no. 2905, sangat dhaif].


10) Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.


Takhrij dan ulasan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضى الله عنهما : ضَمِنَ اللَّهُ لِمَنَ اتَّبَعَ الْقُرْآنَ أَنْ لاَ يَضِلَّ فِي الدُّنْيَا ، وَلاَ يَشْقَى فِي الآخِرَةِ ، ثُمَّ تَللاَ {فَمَنَ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى}

Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata: Allah telah menjamin bagi siapa yang mengikuti Al Quran, tidak akan sesat di dunia dan tidak akan merugi di akhirat”, kemudian beliau membaca ayat:

{فَمَنَ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى}

“Lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”. (QS. Thaha: 123) (Atsar sahih diriwayatkan di dalam kitab Musannaf Ibnu Abi Syaibah dan didhaifkan as-Syaukani dalam Fathul Qadir 3/554).

Tetapi ada dalil dari al-Quran:-

Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”. (Surah Al-Maidah: 16)


11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

Takhrij dan ulasan

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf: 204)


12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

Takhrij dan ulasan

(Yakni) orang-orang yang beriman dan juga hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati seseorang akan menjadi tenteram,” (Surah ar-Ra'du: 28).

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf,: 204)

Mengingati Allah itu termasuklah berdoa, zikir, dan membaca al-quran.

An-Nawawi rahimahullah mengatakan dalam kitab Al-Azkar, 1/255: “Ketahuilah bahawa bacaan Al-Quran merupakan zikir yang utama, maka hendaknya dibiasakan. Jangan sampai terlewatkan dalam sehari semalam (tanpa membacanya). Hal tersebut dapat teraih dengan sekedar  membaca ayat meskipun sedikit.

مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِينَ ، وَمَنْ قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْقَانِتِينَ ، وَمَنْ قَامَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ  الْمُقَنْطِرِينَ

Barangsiapa yang menunaikan (membaca) sepuluh ayat, maka dia tidak termasuk golongan orang-orang lalai. Dan barangsiapa yang menunaikan seratus ayat, maka dia termasuk qhanitin (ahli ibadah). Barangsiapa menunaikan seribu ayat, maka dia termasuk golongan orang Muqanthirin.” [HR. Abu Daud no. 1264, sahih]


13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf berbanding yang baca secara biasa.

Takhrij dan ulasan

Tidak dijumpai nas yang menyebutkan 1 huruf 70 pahala. Tetap yang ada adalah 1 huruf 10 pahala seperti:-

عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ ».

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” [HR. Tirmidzi no. 2910, sahih].

Tetapi walaupun 70 itu difahami dengan menggandakan pahala 1 huruf ini ketika bulan Ramadhan, maka ia tetap bersandarkan dengan dalil yang lemah.

Adapun mengenai apa yang diyakini oleh sebahagian orang, bahawa setiap amalan sunnah kebaikan di bulan Ramadhan diganjar pahala sebagaimana amalan wajib, dan amalan wajib diganjari dengan 70 kali ganda pahala ibadah wajib di luar bulan Ramadhan, keyakinan ini tidaklah benar. Kerana yang mendasari keyakinan ini adalah sebuah hadith yang lemah, iaitu hadith:

يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،

“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan buka  kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun.” Kemudian para Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai buka orang yang berpuasa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan buka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

[HR. Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah no. 1887 dan Al-Ashhabani dalam At Targhib no.178. Hadith ini didhaifkan oleh para pakar hadith seperti Al-Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115), juga oleh Dhiya Al Maqdisi di Sunan Al Hakim (3/400), bahkan dikatakan oleh Al-Albani hadits ini munkar, dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 871.


14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

Takhrij dan ulasan

مَنْ قَرَأَ القُرْآنَ بِإعْرَابٍ فلھ أَجْرُ شَھِیْد

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca al-Quran dengan i'rab (nahu), ia akan mendapat pahala syahid [HR. Abu Nuaim disebutkan dalam Kanzul 'Umal no. 2391, tanpa status].


15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

Takhrij dan ulasan

Ini dalilnya apabila kita membaca Surah al-Fatihah:-

قَالَ اللهُ تَعَالَى: قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ: {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْععَالَمِينَ} ، قَالَ اللهُ تَعَالَى: حَمِدَنِي عَبْدِي، وَإِذَا قَالَ: {الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}، قَالَ اللهُ تَعَالَى: أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي، وَإِذَا قَالَ: {مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ}، قَالَ: مَججَّدَنِي عَبْدِي – وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي – فَإِذَا قَالَ: {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ} قَالَ: هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ: {اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ} قَالَ: هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلل

Allah berfirman, “Saya membagi shalat antara diri-Ku dan hamba-Ku menjadi dua. Untuk hamba-Ku apa yang dia minta.

Apabila hamba-Ku membaca, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.”
Allah Ta’ala berfirman, “Hamba-Ku memuji-Ku.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Ar-rahmanir Rahiim.”
Allah Ta’ala berfirman, “Hamba-Ku mengulangi pujian untuk-Ku.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Maaliki yaumid diin.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Hamba-Ku mengagungkan-Ku.” Dalam riwayat lain, Allah berfirman, “Hamba-Ku telah menyerahkan urusannya kepada-Ku.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Iyyaka na’budu wa iyyaaka nasta’in.”
Allah Ta’ala berfirman, “Ini antara diri-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku sesuai apa yang dia minta.”
Apabila hamba-Ku membaca, “Ihdinas-Shirathal mustaqiim….dst. sampai akhir surat.”
Allah Ta’ala berfirman, “Ini milik hamba-Ku dan untuk hamba-Ku sesuai yang dia minta.”
[HR. Muslim 395, sahih ijma’].


16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

Takhrij dan ulasan

( إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ ) قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَنْ هُمْ ؟ قَالَ : ( هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ ، أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia.’ Beliau saw ditanya, 'Siapa mereka wahai Rasulullah.’ Beliau saw menjawab,’mereka adalah Ahlul Qur’an, mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang khusus-Nya,” [HR. Ahmad no. 11870 dan Ibnu Majah no. 215, sahih].

Ahli al-Qur’an adalah orang-orang beriman yang berusaha menghafalnya dan membacanya dengan benar, serta memahami dan mengamalkan kandungannya, jadi bukan hanya sekadar membaca dan menghafal lafaznya [Faidul Qadhir 3/67].


17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya.

Takhrij dan ulasan

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Orang-orang yang telah kami beri (turunkan) al-kitab (al-Qur’an) kepada mereka, mereka mentilawah (membaca)nya dengan tilawah yang sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi (dunia dan akhirat) [Surah Al-Baqarah: 121]

Ketika menjelaskan firman Allah Azza wa Jalla di atas, Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Tilawah al-Qur’an meliputi tilawah (membaca) lafaznya dan tilamawah (memahami) makna (kandungan)nya. Tilawah makna al-Quran lebih mulia (utama) daripada sekadar tilawah lafaznya [Miftah dar Sa'adah 1/42]

Hadith panji hitam dan ciri-ciri Ashabu Rayati Suud



Ia termasuk dalam hadith-hadith panji hitam yang menerangkan ciri-ciri pasukan tersebut seperti berserban serba hitam berbaju putih dan lain-lain.


Hadis pasukan panji hitam disebutkan dalam sejumlah kitab hadis.

Secara umum hadis tentang pasukan panji hitam berstatus lemah bahkan ada yang munkar.


1) hadis pertama: riwayat dari jalur Sufyan Tsauri, dari Khalid Al-Hadza’, dari Abi Qilaabah, dari Abi Asmaa’, dari Tsauban secara marfu’.

Ada tiga orang yang akan saling membunuh di sisi simpanan kalian; mereka semua adalah putera khalifah, kemudian tidak akan kembali ke salah seorang dari mereka. Akhirnya muncullah panji-panji hitam dari arah timur, lalu mereka akan memerangi kalian dengan peperangan yang tidak pernah dilakukan oleh satu kaum pun… (lalu beliau menutur-kan sesuatu yang tidak aku fahami, kemudian beliau berkata:) Jika kalian melihatnya, maka bai’atlah dia! Walaupun dengan merangkak di atas salju, karena sesungguhnya ia adalah khalifah Allah al-Mahdi
[HR. Ibnu Majah no.4084, Al-Bazzaar (2/120), Al-Hakim (4/510)]

Yang melemahkan dan bahkan memunkarkan hadis ini:

Imam Adz-dzahabi : “hadis munkar” dalam “mizaanul i’tidaal”  (3/218)

Imam Ibnul Jauzi di dalam kitab Al-Ahadits Al-Wahiyah : 1445

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Al-Qaulul Musaddad : 45, beliau berkata ; ‘Ali bin Zaid di dalamnya ada kelemahan.’”

al-Hakim menilai hadis ini sahih berdasarkan piawai al-Bukhari dan Muslim.

Maka,

Seandainya Khalid Al-Hadzdza’ diterima, riwayat al-Hakim masih mempunyai masalah lain. Iaitu pada perawi bernama Muhammad bin Ibrahim bin Arumah dan Abu Abdillah al-Shaffar yang tidak diketahui biografinya (majhul). Hadis yang dalam sanadnya terdapat perawi majhul . Di sini dapat disimpulkan riwayat ini dhaif.


2) hadis kedua,riwayat yang dikeluarkan oleh banyak Imam Mukharrij bermuara hanya kepada Yazid bin Abi Ziyad

Jalur hadis lainnya, Hanan bin Sudair, dari ‘Amr bin Qais al-Mala’i, dari al-Hakam, dari Ibrahim.

Ketika kami berada di sisi Rasulullah (SAW), tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang pada mereka, maka kedua air mata Rasulullah berlinang dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.”
[HR. Abi Syaibah (7/527), Ibnu Majah  no. 4082,  Abu Ya’la dalam “Al-Musnad” (9/17) dari Jalur Abu Bakar bin ‘Ayaash dan Thabrani dalam “Al-Ausath” (6/29) dari Jalur Shabaah bin Yahya al-Mazni dan Ibnu ‘Adi dalam “Al-Kamal” (9/164) dan Ajri dalam “As-syari’ah” (5/2177)].

Al Mizzi dalam kitab Tahdzibul kamal (32/135): terdapat perawi lemah hafalan dan Syiah (Yazid bin Abi Ziyad),  Ibnu Ma’in menilai hadis-hadisnya tidak bisa dipakai hujjah.

Terdapat perawi Syiah dan pendusta bernama Hanān ini Ibnu Abi Dārim (Lisanul Mizan 3/304; Al-Fawaid Al-Majmu’ah Fiel Ahadits Al-Maudhu’at; Asy-Syaukani. Tahqiq Al-Mu’allimy. Hal. 355).



3) Jalur riwayat Imam At-Tirmidzi no. 2269 yang bermuara ke Risydīn bin Sa’d.

Akan muncul dari khurusan panji-panji hitam, maka tidak ada sesuatu pun yang bisa mencegahnya sehingga panji-panji itu ditancapkan di Eliya’ (Al-Quds; Palestin).
[HR. Tirmidzi no. 2269]

Imam Ahmad berharap Risydīn bin Sa’d rawi baik, namun Abu Zur’ah menilai ia rawi dhaif. Abu Hatim menilai dia perawi yang munkar. Bahkan Imam An-Nasai lebih keras lagi menilai : “dia rawi matruk. Haditsnya dhaif dan tidak ditulis”(Tahdzibul Kamal No.1911. Tahdzibu At-Tahdzib No. 526).

Ibnu Hajar menyimpulkan di kitabnya at-Taqrīb “dia (Risydin bin Sa'd) itu rawi dhaif” (Taqribu At-Tahdzib, Tahqiq Abul Asybal. Hal. 326).


4) hadis keempat,

Dari jalur Katsir bin Yahya, dari Sharik bin Abdullah, dari Ali bin Zaid, dari Abi Qilaabah, dari Abu Asma al-Rahbi, dari Tsauban.

Apabila kalian melihat panji–panji hitam yang datang dari khurosan maka datangilah (kelompok itu) karena disana terdapat khalifah Allah yakni Al-Mahdi”.
[HR. Ahmad no. 22387]>

Imam Adz-dzahabi : “hadis munkar” dalam “Mizaanul i’tidaal”  (3/218).

Syeikh al-Arnauth menilai hadis ini dhaif jiddan dalam tahqiq Musnad (14/383).

Ibnu Qayyim berkata Ali bin Zaid dia dhaif dan munkar dalam Manar Munif no. 115.



5) Hadis kelima sebuah atsar dari Ali bin Abi Thalib. Dari jalur Al Waliid dan Risydiin dari Ibnu Lahii’ah dari Abi Qabiil dari Abi Ruuman dari Ali ra.

Jika kamu melihat bendera-bendera hitam, maka tetaplah di tanah [mu] dan janganlah menggerakkan tangan dan kakimu, kemudian muncul kaum yang lemah, tidak ada yang menghiraukan mereka, hati mereka seperti potongan besi, mereka adalah shahibul daulah, mereka tidak menepati perjanjian dan kesepakatan, mereka mengajak kepada kebenaran tetapi mereka bukan termasuk ahlinya, nama mereka adalah kuniyah dan nisbat mereka kepada desa, rambut mereka terjuntai seperti rambut wanita hingga akhirnya mereka berselisih di antara mereka kemudian Allah akan mendatangkan kebenaran kepada orang yang Dia kehendaki.
[HR. Nu’aim bin Hammaad dalam al-fitan no. 57, Kanz Al ‘Ummaal Muttaqiy Al Hindiy no. 31530.]


Namun demikian riwayat diatas juga tidak luput dari cacat dan kelemahan. Bahkan Nu’aim bin Hammad sendiri dituding sering menukilkan riwayat yang munkar, sebagaimana yang dinyatakan oleh imam adz Dzahabi : “Tidak diperbolehkan seorangpun untuk berhujjah dengannya dan sungguh ia telah menulis kitab Al Fitan maka ia mendatangkan di dalamnya riwayat-riwayat yang menghairankan dan riwayat-riwayat mungkar (Siyaar A’lam An Nubalaa’ 10/60)

Walid bin Muslim pula terkadang melakukan tadlis dari para pendusta” [Siyaar A’lam An Nubalaa’ 9/216]

Abdullah bin Lahii’ah seorang yang dhaif tetapi dapat dijadikan i’tibar hadisnya, dan hadisnya sahih jika yang meriwayatkan darinya Al ‘Abadillah yaitu ‘Abdullah bin Mubarak, Abdullah bin Wahb, Abdullah bin Yazid Al Muqriiy dan ‘Abdullah bin Maslamah Al Qa’nabiy [Tahrir Taqrib At Tahdzib no. 3563]



Kesimpulan:-

Ibnu Katsir dalam kajiannya terhadap semua hadis panji hitam:-

Ibnu Kathir yang menyatakan semua sanad hadis pasukan panji hitam bermasalah. Kerana terdapat perawi-perawi kurang kredibiliti dalam sanad hadis masing-masing (al-Bidayah wa al-Nihayah 6/278).

Senada dengan pandangan Ibnu Katsir, Nadhatul Ulama melalui unit kajian tafsir dan hadis berkenaan hadis panji hitam berkata ia lemah bahkan dhaif jiddan (NU online post no.103588).

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...