Wednesday 27 November 2019

Hadith Allah swt membanggakan orang yang bangun/solat malam dan akan dikurniakan syurga


Teks hadith

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba bangun dari kelazatan tidur padahal matanya masih mengantuk untuk menyenangkan Allah SWT dengan melakukan solat tahajud, maka Allah akan membanggakannya di hadapan para malaikat. Tuhan berkata, “Bukankah kalian melihat hambaKu bangun dari kelazatan tidur untuk melakukan solat yang tidak aku wajibkan kepadanya, saksikanlah bahawa aku telah mengampuni dosanya!”


Takhrij

Hadith ini tidak ditemui redaksinya oleh saya dalam Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disebarkan dalam media sosial. Hasil pencarian, hadith ini dijumpai  dari buku “Maka Bertahajudlah: Berdua dengan Tuhan” cetakan ke-6 yang diterjemahkan oleh Muhammad Andi dari buku “The Night Prayer (Salat al-Layl), diterbitkan oleh Al-Huda tahun 2006, hal. 146 dan buku ini https://qfatima.com/wp-content/uploads/2017/11/SALATUL-LAYL.pdf. Kedua-dua buku ini mengutip sumber-sumber dalil secara majoritinya dari Kitab Syiah seperti Bihar Al-Anwar, 87/161 dan Irshad Al-Qulub hal. 316. Juga didapati dalam web https://www.imamreza.net/old/eng/imamreza.php?id=331, hadith no. 9.


Akan tetapi, terdapat hadith-hadith yang hamper maknanya seperti hadith di atas dalam kitab sunnah:-


1.Matan hadith

أَلاَ إِنَّ اللهَ يَضْحَكُ إِلَى رَجُلَيْنِ: رَجُلٌ قَـامَ فِيْ لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ مِنْ فِرَاشِهِ وَلِحَافِهِ وَدِثَارِهِ، فَتَوَضَّأَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَيَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلاَئِكَتِهِ: مَا حَمَلَ عَـبْدِيْ هَذَا عَلَى مَا صَنَعَ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: رَبُّنَا رَجَاءً مَا عِنْدَكَ وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدَكَ، فَيَقُوْلُ: فَإِنِّي قَدْ أَعْطَيْتُهُ مَا رَجَا وَأَمَّنْتُهُ مِمَّا يُخَافُ.

Terjemahan

“Ketahuilah, sesungguhnya Allah tertawa terhadap dua orang laki-laki: Seseorang yang bangun pada malam yang dingin dari tempat tidur dan tilamnya, lalu ia berwudhu’ dan melakukan solat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada para MalaikatNya, ‘Apa yang mendorong hambaKu melakukan ini?’ Mereka menjawab, ‘Wahai Rabb kami, ia melakukan ini kerana mengharap apa yang ada di sisiMu dan takut dari apa yang ada di sisiMu pula.’ Allah berfirman, ‘Sesungguhnya Aku telah memberikan kepadanya apa yang ia harapkan dan memberikan rasa aman dari apa yang ia takutkan.'

Takhrij

HR. Ahmad 1/416, Ibnu Hibban 6/297, al-Hakim 2/112, Ibnu ‘Ashim dalam as-Sunnah, 1/249 dari Abdullah bin Mas’ud ra. Al-Hakim berkata: “Sanad hadith ini sahih.” Penilaian al-Hakim disetujui oleh az-Zahabi. Syeikh al-Albani berkata dalam Sahih Targhib no. 630, haith ini sahih lighairih. Sedangkan al-Haitsami berkata sanadnya hasan dalam Majma Zawaid 2/258.



2.Matan hadith

عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ رَجُلٍ ثَارَ عَنْ وِطَائِهِ وَلِحَافِهِ ، مِنْ بَيْنِ أَهْلِهِ وَحَيِّهِ إِلَى صَلَاتِهِ ، فَيَقُولُ رَبُّنَا : أَيَا مَلَائِكَتِي ، انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي ، ثَارَ مِنْ فِرَاشِهِ وَوِطَائِهِ ، وَمِنْ بَيْنِ حَيِّهِ وَأَهْلِهِ إِلَى صَلَاتِهِ ، رَغْبَةً فِيمَا عِنْدِي ، وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدِي

Terjemahan

Allah takjub terhadap seorang laki-laki yang bangun dari tempat tidur dan tilamnya meninggalkan keluarga dan kekasihnya untuk mengerjakan solat. Allah menyerukan: 'Wahai Malaikat-MalaikatKu, lihatlah hambaKu itu, ia bangun dari pembaringan dan tilamnya meninggalkan keluarga dan kekasihnya untuk mengerjakan solat, demi mengharapkan pahala di sisiKu dan merindukan apa yang ada di sisiKu.

Takhrij

HR. Ahmad no. 3949, Ibnu Khuzaimah dalam Tauhid 2/895 dan Ibnu Hibban no. 2557  dari Ibnu Mas’ud ra. Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Ibnu Hibban. Ahmad Syakir berkata sanadnya sahih.


3.Matan hadith

لاثة يحبهم الله ويضحك إليهم ويستبشر بهم الذي إذا انكشفت فئة قاتل وراءها بنفسه لله عز وجل ، فإما أن يقتل وإما أن ينصره الله ، ويكفيه ، فيقول : انظروا إلى عبدي هذا كيف صبر لي بنفسه ، والذي له امرأة حسنة ، وفراش لين حسن فيقوم من الليل ، فيقول : يذر شهوته فيذكرني ولو شاء رقد ، والذي إذا كان في سفر ، وكان معه ركب فسهروا ثم هجعوا ، فقام من السحر في سراء وضراء

Terjemahan

Ada tiga golongan yang kelak dicintai Allah dan Allah tertawa kepada mereka sambil memberikan khabar gembira. Iaitu orang yang apabila melihat perang berkecamuk, dia segera ikut berperang di belakang orang-orang, kerana Allah. Dia tidak peduli apakah nanti terbunuh atau diselamatkan Allah. Yang demikian itu cukup baginya, dan Allah berkata kepada para malaikat, ‘Lihatlah hambaku ini bagaimana dia begitu sabar demi Aku’. Kemudian orang yang memiliki isteri cantik dan tilam yang empuk dan bagus, tetapi dia bangun di malam hari. Maka Allah berkata, ‘Dia mengabaikan syahwatnya demi mengingatiKu. Padahal kalau mahu, dia boleh sahaja tidur’. Kemudian, orang yang dalam musafir bersama rombongan, semua orang bangun lalu kembali tidur, maka dia tetap terjaga pada waktu sahur dalam keadaan lelah atau santai.


Takhrij

HR. Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat no. 983 dan Thabarani seperti disebutkan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/245, dari Abu Darda’ ra.

Sanadnya dihasankan oleh al-Dimyathi dalam al-Mutajir al-Rabih no. 72 dan al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/286, 1/297.

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 2/258, mengatakan, para perawi hadith ini terpecaya

Syeikh al-Albani mengatakan hadith ini hasan dalam Sahih Targhib no. 629 dan dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3478, beliau mengatakan isnadnya hasan dan mempunyai syawahid.


4.Matan hadith

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ

Terjemahan

Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia tertidur nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2485 dan Ibnu Majah no. 1334, dari Abdullah bin Salam.

Hadith ini disahihkan oleh Tirmidzi dalam Sunannya dan Syeikh al-Albani dalam Sahih Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah.


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 145706

https://www.al-islam.org/salatul-layl-tahera-kassamali-hasnain-kassamali/hadith-salatul-layl

https://www.academyofislam.com/reflection-no-317-on-q-5116-17-salatul-layl/

Hadith kelebihan bersabar pada awal ditimpa musibah


Matan hadith


اللَّهُ سُبْحَانَهُ ابْنَ آدَمَ إِنْ صَبَرْتَ وَاحْتَسَبْتَ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى لَمْ أَرْضَ لَكَ ثَوَابًا دُونَ الْجَنَّةِ


Terjemahan

Hai anak Adam, jika kamu bersabar dan ikhlas saat awal tertimpanya musibah, maka aku tidak akan meredhai bagimu sebuah pahala kecuali syurga


Takhrij

HR. Ibnu Majah no. 1597 dan Ahmad no. 22228, dari Abu Umamah ra.

Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Ibnu Majah no. 1597

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini sahih lighairih dalam Takhrij Musnad no. 22228

Hadith doa yang lalai tidak dimustajabkan

Matan hadith


ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ


Terjemahan

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.



Takhrij

HR. Tirmdzi no. 3479, dari Abu Hurairah ra. Imam Tirmidzi berkata hadith ini gharib, kami tidak mengetahui jalur lain melainkan ini.

An-Nawawi dalam al-Azkar no. 492, menilai sanad hadith ini dhaif.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dalam Sahih Sunan Tirmidzi no. 3479.

Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 8/477, berkata hadith ini mempunyai syawahid

Hadith banyak yang masuk syurga adalah orang-orang bodoh



Matan hadith


أكثرُ أهلِ الجنَّةِ البُلهُ


Terjemahan

Banyak di antara manusia yang masuk syurga adalah orang-orang yang bodoh



Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/581, dari Jabir bin Abdillah, dan beliau menilai sanad hadith ini munkar. Dan didhaifkan oleh al-Arnauth dalam Takhrij Musykil al-Atar 7/432. Ibnu Adiy dalam Kamil Dhu'afa 1/315, sanadnya batil.

Ibn Qaisarani dalam Zakirah Huffaz 3/1330: hadith batil dengan sanad ini

Ibn Jauzi dalam al-'Ilal al- Mutanahiyah 2/934 - tidak sahih

Az-Zahabi dalam Mizan 'Itidal 1/126 - dalam sanadnya terdapat perawi batil Ahmad bin Isa.

Dari jalur Anas bin Malik:

Ibn Abi Hatim dari berkata dalam Jarh wa Ta'dil 4/302, sanad ini terdapat perawi bernama Salamah bin Ruh yang diberi komentar oleh Abu Zur'ah sebagai munkarul hadith, dan Abu Hatim 'laisa bi qawiy'.

Ibnu Adiy dalam Kamil Dhu'afa 4/329 : sanadnya munkar

Ibn Qaisarani dalam Zakirah Huffaz 1/445: sanadnya munkar

Ibn Jauzi dalam al-'Ilal al- Mutanahiyah 2/934 - tidak sahih

Qurtubi dalam Tazkirahnya no. 367 menilI hadith ini sahih

Al-Mizzi dalam Tahzibul Kamal 17/61 - dhaif

Az-Zahabi dalam Tarikh Islam 13/202-  hadith munkar

As-Sakhawi dalam Maqasid Hasanah no. 98, Salamah bin Ruh dia Layyin

Mulla Ali Qari dalam al-Asrar Marfu'ah no. 125 - tiada asal, palsu

Al-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid  no. 130 - dhaif

Al-Arnauth dalam Takhrij Siyar 'Alam an-Nubala 6/303 - sanad dhaif

Hadith akhir zaman haji kerana makan angin, riya, sum’ah, berniaga, meminta-minta


Matan hadith


ياتي علي الناس زمان يحج اغنياءُ امتي للنزهة و اوسطهم للتجارة و قراءهم للرياء و السمعة و فقراءُهم للمسالة


Terjemahan

Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadah haji hanya untuk berhibur saja, dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berdagang, dan orang-orang pandai kerana riya’ da sum’ah. Manakala orang yang fakir mengerjakan haji kerana sambil meminta-minta.


Takhrij

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 8689. Dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 10/296, dari Anas bin Malik ra.

Ibn Jauzi dalam al-‘Ilal al-Mutahiyah 2/565 menilai hadith ini tidak sahih dari Nabi saw.

Az-Zahabi dalam Talkhish al-‘Ilal al-Mutanahiyah menilai hadith ini batil dan sanadnya gelap.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1093.

Hadith membaca Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadiir sepuluh kali selepas subuh




Matan hadith


من قال في دبر كل صلاة الصبح وهو ثان رجليه قبل أن يتكلم : لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات كتب له عشر حسنات ، ومحي عنه عشر سيئات ، ورفع له عشر درجات ، وكان يومه ذلك في حرز من كل مكروه وحرس من الشيطان ولم ينبغ لذنب أن يدركه في ذلك اليوم إلا الشرك بالله تعالى


Terjemahan

Barangsiapa yang mengucapkan selesai solat Subuh dalam keadaan belum mengubah kedudukan kakinya sebelum berbicara (yang lain): Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadiir sepuluh kali, tercatat untuknya 10 kebaikan, dihapus 10 keburukan, diangkat 10 darjat dan hari itu dilindungi dari segala yang dibenci dan dibentengi dari syaitan dan tidak ada dosa yang mampu membatalkan amalannya pada hari itu kecuali kesyirikan.



Takhrij

HR. Tirmidzi no. 3474, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 9955. Dari Abu Dzar al-Ghiffari ra. Imam Tirmidzi menilai hadith ini hasan gharib sahih.

Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam Nataij al-Afkar 2/319, 2/321, sanad hadith ini mudhtharib dan perawi bernama Syahr bin Hausyab dia diperselisihkan ulama akan hafalanya akan tetapi dia mempunyai syawahid.

Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini dalam Dhaif Tirmidzi no 3474, dan mengeluarkan kedhaifkan lalu menilainya hasan lighairih dalam Sahih Targhib no. 472

Syeikh al-Arnauth berkata dalam Zaadul Ma’ad 1/290, perawi bernama Syahr bin Hausyab dia dhaif.

Wudhu Imam Abu Hanifah



Asad bin Amru berkata:


أن أبا حنيفة، رحمه الله، صلى العشاء والصبح بوضوء أربعين سنة


Bahawa Abu Hanifah Rahimahullah melakukan solat isyak dan subuh dengan sekali wudhu selama 40 tahun (Siyar ‘alam al-Nubala, 6/399)



يحيى بن عبدالحميد الحماني، عن أبيه أنه صحب أبا حنيفة ستة أشهر، قال: فما رأيته صلى الغداة إلا بوضوء عشاء الآخرة، وكان يختم كل ليلة عند السحر

Yahya bin Abdul Hamid Al-Himani, dari ayahnya bahawa Dia menemani Abu hanifah selama enam bulan, dia berkata, “Aku belum pernah melihatnya solat subuh melainkan dengan wudhu solat isyak, dan dia sentiasa mengkhatamkan Al-Quran setiap malam pada waktu sahur (Siyar ‘alam al-Nubala, 6/400)

Diriwayatkan dari al-Qadhi Abu Yusuf, dia berkata, “Ketika aku berjalan bersama Abu Hanifah, tiba-tiba aku mendengar seseorang berkata kepada orang lain: ‘Ini dia Abu Hanifah, dia tidak tidur semalaman (Siyar ‘alam al-Nubala, 6/399).



Kesimpulan

Satu wudhu itu bermaksud wudhu solat isyak yang tidak batal, lalu Imam Abu Hanifah menghidupkan malamnya (tidak tidur semalaman) dengan ibadat lalu terus solat subuh dengan menggunakan wudhu yang sama.


Rujukan

Siyar ‘alam al-Nubala, 6/399-400
Tahzeeb ul Kamal 29/434
Tahdhib al-Asma', hal. 378 perawi no. 771
Thabaqat Hanafiah 1/26
Tarikh al-Khatib 13/353-357
Wafiyat al-A’yan 5/425

https://www.ahlus-sunna.com/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=29&limitstart=197

https://www.ahlus-sunna.com/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=29&limitstart=206

Hadith memaafkan 70 kali sehari



Matan hadith

 جاء رجل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم -

 فقال: يا رسول الله كم نعفو عن الخادم؟

 فصمت، ثم أعاد عليه الكلام فصمت، فلما كان في الثالثة قال

: اعفوا عنه في كل يوم سبعين مرة

Terjemahan

Seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu ia berkata: "Wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, berapa kali kita memaafkan (kesalahan) pembantu?". Lalu beliau pun diam. Kemudian orang itu mengulang perkataannya. Dan Nabi pun masih terdiam. Lalu yang ketiga kalinya beliau shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Maafkanlah dia (pembantu) setiap hari tujuh puluh kali."


Takhrij

HR. Abu Daud no. 5164. Di diamkan oleh Abu Daud, dari Abdullah bin Umar.

Berkata al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 8/11- Riwayat ini kuat

Dihasankan oleh Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Takhrij Misykatul Masabih 3/341.

Sanadnya disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sunan Abi Daud no. 5164

Hadith amalan Abu Bakar ra



Matan hadith


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ


Terjemahan

Abu Hurairah meriwayatkan: Rasulullah bertanya: Siapakah di antara kamu yang berpuasa hari ini? Abu Bakar menjawab: Saya. Baginda bertanya lagi: Siapa di antara kamu yang menghantar jenazah hari ini? Abu Bakar menjawab: Saya. Baginda bertanya lagi: Siapa yang memberi makan pada orang miskin hari ini? Abu Bakar menjawab: Saya. Baginda bertanya lagi: Siapa yang telah menjenguk orang sakit hari ini? Abu Bakar menjawab: Saya. Kemudian Rasulullah bersabda: Tiadalah amalan tersebut berkumpul pada diri seseorang kecuali dia akan masuk syurga”


Takhrij

HR Muslim No: 1707

Hadith Allah melaknat orang zalim (Nabi Daud as)


Matan hadith


أوحى الله إلى داود: أن قل للظلمة لا يذكرونى فإنى أذكر من يذكرنى وإن ذكرى إياهم أن ألعنهم


Terjemahan

Allah swt mewahyukan kepada Nabi Daud as: Katakanlah kepada orang-orang yang melakukan kezaliman, janganlah kamu mengingati Aku, kerana Aku selalu mengingati orang yang mengingati Aku. Tetapi ingatanku terhadap orang berbuat zalim merupakan laknat kepada mereka.


Takhrij

HR. Ibnu 'Asakir dari Ibnu Abbas ra, seperti mana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Jami' as-Saghir wa Ziyadah wa Jami' al-Kabir no. 8705. Didhaifkan oleh as-Suyuthi.

Juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dan ad-Dailami sepertimana disebutkan dalam Hayatu Akhlak al-Anbiya Sayyid Sabiq hal. 244. Dan juga dalam Kanzul 'Ummal 3/615.

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 2113.

Hadith Nabi memohon keampunan ibubapanya dan wafat selepas kembali beriman



Matan hadith


حجَّ بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حجة الوداع ، فمرَّ بي على عقبة الحجون وهو باكٍ حزين مغتم ، فبكيتُ لبكاء رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم إنه نزل فقال : يا حميراء استمسكي ، فاستند إلى البعير فمكث عني طويلاً ، ثم إنه عاد إليَّ وهو فرح مبتسم ، فقلت له : بأبي أنت وأمي يا رسول الله ، نزلت من عندي وأنت حزين مغتم فبكيت لبكائك ، ثم إنك عدت إليّ وأنت فرح مبتسم ، فعَمَ ذا يا رسول الله ؟ فقال : ذهبت لقبر أمي آمنة فسألت الله أن يحييها فأحياها ، فآمنت بي وردها الله عز وجل


Terjemahan

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan haji wada’ bersama kami. Ketika beliau melewati Aqabah al-Hajun, beliau menangis, sangat sedih. Akupun ikut menangis, kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menangis. Kemudian beliau turun dari untanya, dan mengatakan, “Ya Humaira, berhentilah.” Lalu beliau bersandar di untanya, dan membiarkan aku dalam waktu lama. lalu beliau kembali lagi menampakkan rasa senang sambil tersenyum. Akupun bertanya, “Ayah dan ibuku jadi tebusannya, Ya Rasulullah, anda turun tadi dalam keadaan sedih, akupun menangis kerana anda menangis. Lalu anda kembali dengan senang dan tersenyum. Ada apa Ya Rasulullah?”

Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

Aku berziarah ke makam ibuku Aminah, lalu aku memohon kepada Allah agar Dia menghidupkannya. Lalu Allah-pun menghidupkannya. Lalu beliau beriman kepadaku, kemudian Allah kembalikan ke kuburannya.


Takhrij

HR. Ibnu Syahin dalam Nasakh wa Mansukh no. 656, al-Khatabi dalam Al-Sabiq wa al-Lahiq dari Aisyah ra, sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Hawi 2/440.

Al-Baijuri dalam Hasyiyah Al-Baijur, hal. 14 - sahih menurut sebahagian ahli hakikat.

As-Suyuthi dalam Qasais Kubra 2/40 - dhaif kerana terdapat perawi yang majhul: -

Imam al-Suyuthi r.a. berpendapat bahawa kedua ibu bapa Rasulullah s.a.w. selamat daripada kebinasaan di mana Allah Ta'ala telah menghidupkan mereka selepas mereka wafat dan mereka telah beriman dengannya. As-Suyuthi berpendapat hadith ini menjadi penyokong walaupun lemah. Pendapat ini adalah pendapat yang disanggah oleh kebanyakan ahli ilmu dan majoriti ulama hadith. Mereka menghukum hadith-hadith yang mengatakan ibubapa hidup dan kembali beriman sebagai samada hadith yang palsu atau amat lemah ('Aun Ma'bud 12/358).


Mulla Ali Qari dalam al-Asrar Marfuah, hal. 83 - maudhu'

Imam Zarqani dalam Syarah Mawahib al-Laduniyah 1/349 - hadith wahi

Ibnu 'Asakir dalam Gharaib Malik seperti yang disebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Rasail 'Asyara, hal. 107 daln Lisanul Mizan 4/111 - munkar

Al-Jauzaqani dalam al-Abatil wal Manakir 1/377 - hadith batil

Al-'Ajuluni dalam Kaayaful Khafa 1/63 - dhaif menurut kesepakatan ulama hadith

Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/283 - maudhu'

Az-Zahabi dalam Tartib Maudhuat no. 77 - dusta, "semoga Allah memburukkan oranf yang mereka hadith ini"

Ibnu Katsir dalam Bidayah wa Nihayah 2/261 - munkar jiddan

As-Sakhawi dalam al-Ajuwbah Mardhiyyah 3/968 - tersangat lemah (wahi jiddan)

Ibnu Dahiyah berkata - hadith ini adalah maudhu’, Al-Qur’an dan sunnah telah membantahnya. Lalu menyebut firman Allah swt:-

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang" Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.” (QS. Al-Nisa’: 18)

Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 6/101 - didhaifkan oleh ad-Daruquthni (munkar lagi batil melalu perawi bernama Ali bin Ahmad Al-Ka’bi)

Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 5/479 - terdapat perawi mutham (Ali bin Ahmad al-Ka'bi)


Ibnu Taimiyyah berkata:-

Tidak sah riwayat ini daripada sesiapapun di kalangan pakar hadith. Bahkan para ulama bersepakat bahawa perkara itu adalah bohong dan rekaan… Tiada khilaf di kalangan para ulama bahawa itu amat jelas kepalsuannya seperti yang dinyatakan oleh para ulama. Riwayat itu tidak terdapat dalam kitab-kitab muktabar dalam hadith; tidak dalam kitab sahih

, sunan, musnad mahupun apa sahaja kitab-kitab hadith yang masyhur. Ianya tidak juga dinyatakan oleh pengarang-pengarang kitab sejarah dan tafsir walaupun mereka ada juga meriwayatkan hadith da’if di samping sahih. Ini kerana kejelasan pembohongan riwayat itu tidak tersembunyi langsung ke atas mana-mana orang yang beragama (Majmu’ al-Fatawa. 4/325-327).

"Semua hadith yang berkenaan penghidupan semula ibu bapa Rasulullah s.a.w. dan keimanan mereka berdua serta keselamatan mereka kebanyakannya adalah palsu, bohong lagi direka dan sebahagiannya pula adalah sangat dhaif. Ianya tidak sahih sama sekali dengan kesepakatan imam-imam hadith ke atas pemalsuannya, seperti al-Daraqutni, Ibn Shahin, al-Khatib, Ibn 'Asakir, Ibn Nasir, Ibn al-Jauzi, al-Suhayli, al-Qurtubi, al-Muhibbudin al-Tabari, Fath al-Din bin Sayyid al-Nas, Ibrahim al-Halibi dan banyak lagi ('Aun Ma'bud 12/358; Sabil al-Hadi wal Irsyad 2/123).


Wallahu 'alam

Hadith roh mengetahui perbuatan keluarganya yang masih hidup




Ulama berbeza pendapat apakah kes semacam ini berlaku untuk semua keadaan. Dalam erti mayat boleh mendengar dan mengetahui semua keadaan orang yang masih hidup.

Sebagian menegaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya dengan izin Allah, dan dia di alam kubur. Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, Ibnul Qayyim menyebutkan bahawa terdapat berbagai riwayat dari para ulama masa silam yang menjelaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya. Dia merasa senang ketika keluarganya dalam keadaan baik, dan dia merasa sedih ketika keluarganya dalam keadaan tidak baik.

Mereka yang menegaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya, berdalil dengan hadith dari Anas. Namun hadith statusnya lemah, kerana ada perawi yang tidak disebutkan namanya (Majma’ Zawaid, 2/329).

Dalam riwayat lain dari Abu Ayyub, diriwayatkan Thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir, namun dalam sanadnya terdapat perawi bernama Maslamah bin Ali Al-Khusyani, dan dia perawi dhaif. Maslamah bin Ali orang syam, perawi yang lemah, dan matruk (ditinggalkan). Sebagaimana dijelaskan dalam Mizan I’tidal (4/109). Ringkasnya, hadith dalam masalah ini tidak sahih.

Adapun Atsar yang disebutkan Ibnul Qayyim dalam Ar-Ruh, dinukil dari kitab Al-Qubur karya Ibnu Abi Ad-Dunya. Dan atsar-atsar ini dinilai bermasalah (Multaqa Ahlulhadits, 52691).

Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Barrak mengatakan


والميت كذلك لا يعلم بشيء من أحوالهم لأنه غائب عنهم في نعيم أو عذاب ، ولكن قد يُطلع الله بعض الموتى على بعض أحوال أهله ولكن دون تحديد. وقد جاءت آثار لا يعتمد عليها بأن الأموات قد يعرفون أشياء من أحوال أهلهم


Demikian pula mayat, dia tidak mengetahui keadaan keluarganya, kerana dia tidak ada di tengah-tengah mereka. Mereka sibuk dalam kenikmatan atau azab. Hanya saja, terkadang Allah tampakkan kepada beberapa mayat sebagian keadaan keluarganya, namun ini tanpa batasan waktu tertentu. Terdapat beberapa atsar (riwayat dari para ulama) tentang hal ini yang belum boleh dijadikan dalil (kerana perlu dilakukan semakan penelitian) yang menyebutkan bahawa mayat terkadang mengetahui keadaan keluarganya (Fatwa Soaljawab Islam no. 13183).

Mengingat keterangan semacam ini belum jelas, sebagian ulama menasihatkan agar tidak kita tidak disibukkan dengan pembahasan semacam ini. Kerana tidak memberikan banyak manfaat. Yang lebih penting, kita berusaha menunaikan semua yang menjadi tanggungan mayat, seperti utang, nadzar, fidyah, wasiat, dan semacamnya. Sehingga tidak ada beban baginya yang tidak ditunaikan. Kemudian kita berusaha menjadi hamba yang baik, bertaqwa kepada Allah, baik jenazah boleh mengetahui keadaan kita, atau tidak.

Nasihat semacam ini pernah disampaikan Ibnu Utsaimin. Ketika beliau ditanya, apakah mayat boleh mengetahui keadaan keluarganya atau tidak?


أما السؤال وهو: معرفة الميت ما يصنعه أهله في الدنيا؟ فإنني لا أعلم في ذلك أثراً صحيحاً يعتمد عليه.
وعلى أية حال فلا نرى نفعا في البحث عن هذا الأمر، والذي ينفعك أنك إذا كنت كذبت فالواجب عليك التوبة إلى الله، والتوبة تمحو ما قبلها، …. ، والانشغال بقبول التوبة، وإصلاح النفس بدلا من الانشغال بمعرفة الميت بهذا الأمر.


Adapun pertanyaan, apakah mayat mengetahui apa yang dilakukan keluarganya di dunia? Saya tidak mengetahui atsar (riwayat) yang sahih yang boleh dijadikan dalil. Namun apapun itu, saya berpendapat tidak ada banyak manfaat untuk melakukan pembahasan masalah ini. Pelajaran yang bermanfaat bagi anda, bahawa jika anda mendustakan hal itu maka anda wajib bertaubat kepada Allah. Dan taubat boleh menghapus dosa sebelumnya. … dan hendaknya anda sibukkan diri agar diterima taubatnya, dan memperbaiki diri, dari pada menyibukkan diri dengan mengetahui keadaan mayat semacam ini (Fatawa Syabakah Islamiyah no. 192755).



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 13183

Fatawa Syabakah Islamiyah no. 192755

Hadith orang meninggal dunia bertemu dalam mimpi orang hidup



Terdapat banyak keterangan dari ulama yang menyatakan bahawa roh orang yang telah meninggal boleh berjumpa dengan roh orang yang masih hidup dalam mimpi.

Berikut beberapa keterangan mereka,


Pertama,

Tafsir firman Allah di surat Az-Zumar ayat 42.

Allah berfirman,

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) roh (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah roh (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan roh yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” (QS. Az-Zumar : 42)

Ada dua pendapat ahli tafsir tentang ayat ini. Salah satunya, bahawa roh orang yang ditahan adalah roh orang yang sudah meninggal, sehingga dia tidak lagi boleh kembali ke jasadnya di dunia. Sedangkan roh orang yang dilepas adalah roh orang yang tidur. (Ar-Roh, Ibnul Qayyim, hlm. 31).

Diriwayatkan dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau menjelaskan tafsir ayat tersebut,


إِنَّ أَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ وَالْأَمْوَاتِ تَلْتَقِي فِي الْمَنَامِ فَتَتَعَارَفُ مَا شَاءَ اللَّهُ مِنْهَا، فَإِذَا أَرَادَ جَمِيعُهَا الرُّجُوعَ إِلَى الْأَجْسَادِ أَمْسَكَ اللَّهُ أَرْوَاحَ الْأَمْوَاتِ عِنْدَهُ، وَأَرْسَلَ أَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ إِلَى أَجْسَادِهَا

“Sesungguhnya roh orang yang hidup dan roh orang mati bertemu dalam mimpi. Mereka saling mengenal sesuai yang Allah kehendaki. Ketika masing-masing hendak kembali ke jasadnya, Allah menahan roh orang yang sudah mati di sisi-Nya, dan Allah melepaskan roh orang yang masih hidup ke jasadnya.” (Tafsir At-Thabari 21/298, Al-Qurthubi 15/260, An-Nasafi 4/56, Zadul Masir Ibnul Jauzi 4/20, dan beberapa tafsir lainnya).



Kejadian nyata yang dialami para sahabat

Matan


قصة ثابت بن قيس رضي الله عنه قصة ثابتة: لما استشهد رضي الله عنه في معركة اليمامة، وكانت عليه درع نفيسة، فأخذها أحد المسلمين، فبينما أحد المسلمين نائم، إذ أتاه ثابت بن قيس في منامه وقال له: أوصيك بوصية فإياك أن تقول: هذا حلم فتضيعه، إني لما قٌتلت مر بي رجل من المسلمين وأخذ درعي، ومنزله في أقصى الناس، وعند خبائه فرس يستن في طوله: (أي يمرح في حبله المشدود)، وقد كفأ على الدرع برمة (قدر)، وفوق البرمة رحل، فأتِ خالداً فمُره أن يبعث إليَّ درعي فيأخذها، فإذا قدمت إلى خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم أبي بكر فقل له: إن عليَّ من الدين كذا وكذا، وفلان من رقيقي عتيق، فأتى الرجل خالداً فأخبره، فبعث إلى الدرع فأُتي بها، وحدث أبا بكر برؤياه فأجاز وصيته بعد موته، ولذا قيل: لا يُعلم أحد أجيزت وصيته بعد موته إلا ثابت بن قيس رضي الله عنه.رابط المادة


Kejadian ini pernah dialami seorang sahabat yang dijamin masuk surga kerana kerendahan hatinya. Beliaulah sahabat Tsabit bin Qais radhiyallahu ‘anhu. Peristiwa ini terjadi ketika perang Yamamah, menyerang nabi palsu Musailamah Al-Kadzab di zaman Abu Bakar. Dalam peperangan itu, Tsabit termasuk sahabat yang mati syahid. Ketika itu, Tsabit memakai baju besi yang cukup bernilai harganya.

Sampai akhirnya lewatlah seseorang dan menemukan jasad Tsabit. Orang ini mengambil baju besi Tsabit dan membawanya pulang. Setelah peristiwa ini, ada salah seorang mukmin bermimpi, dia didatangi Tsabit bin Qais. Tsabit berpesan kepada si Mukmin dalam mimpi itu:

“Saya wasiatkan kepada kamu, dan jangan kamu katakan, ‘Ini hanya mimpi sia-sia’ kemudian kamu tidak mempedulikannya. Ketika saya mati, ada seseorang yang melewati jenazahku dan mengambil baju besiku. Tinggalnya di paling hujung sana. Di kemahnya ada kuda yang dia gunakan membantu kegiatannya. Dia meletakkan sebuah bekas di atas baju besiku, dan diatasnya ada pelana. Datangi Khalid bin Walid, minta beliau untuk menugaskan orang agar mengambil baju besiku. Dan jika kamu bertemu Khalifah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (iaitu Abu Bakr), sampaikan bahawa saya punya tanggungan hutang sekian dan punya piutang banyak sekian. Sementara budakku fulan, statusnya merdeka. Sekali lagi jangan kamu katakan, ‘Ini hanya mimpi sia-sia’ kemudian kamu tidak mempedulikannya.”

Setelah bangun, orang ini pun menemui Khalid bin Walid radhiyallahu ‘anhu dan menyampaikan kisah mimpinya bertemu Tsabit. Sang panglima, Khalid bin Walid mengutus beberapa orang untuk mengambil baju besi itu, dia memperhatikan kemah yang paling hujung, ternyata ada seekor kuda yang disiapkan. Mereka melihat isi kemah, ternyata tidak ada orangnya. Merekapun masuk, dan langsung mengalihkan pelana. Ternyata di bawahnya ada sebuah bekas. Kemudian mereka mengangkat bekas itu, ketemulah baju besi itu. Merekapun membawa baju besi itu menghadap Khalid bin Walid.

Setelah sampai Madinah, orang itu penyampaikan mimpinya kepada Khalifah Abu Bakr As-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, dan beliau membolehkan untuk melaksanakan wasiat Tsabit. Para sahabat mengatakan, “Kami tidak pernah mengetahui ada seorangpun yang wasiatnya dilaksanakan, padahal baru disampaikan setelah orangnya meninggal, selain wasiat Tsabit bin Qais. (HR. Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwah 5/162, no. 2638) dan Al-Bushiri dalam Al-Ittihaf 3010, at-Thabarani dalam Mu’jam Kabir 2/70, no. 1320, al-Hakim 3/234-235 dan al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/535-536, no. 15784 para perawinya adalah perawi hadith sahih, disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi)

Kes semacam ini juga terjadi pada beberapa ulama. Kisah-kisah mereka banyak disebutkan Ibnul Qayyim dalam bukunya Ar-Ruh (hlm. 30 – 48). Salah satunya adalah kisah sahabat tsabit bin Qais di atas.

Ini semua menunjukkan bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dalam mimpi.

DAN perlu diingat tiada apa-apa menunjukkan satu ketetapan bolehnya mengambil hukum dari mimpi sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Khalid bin Ali al-Masyaikhih (Fatwa Islamway no. 55121). Mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum. Adapun bagi kes-kesan bukan hujah hukum, seseorang boleh mengetahui perihal orang yang telah mati melalui mimpinya, dan ia bergantung kepada kesalehan dan kejujuran empunya orang yang melihat mimpi tersebut sama ada dia benar atau tidak dan kebolehannya mentafsir mimpi tersebut. Dan seharusnya tidak meletakkan keyakinan kepada mimpi tersebut melainkan terdapat petunjuk-petunjuk yang meyokong mimpi tersebut secara realiti (Fatwa Soaljawab Islam no. 13183). Ibnu Hajar berkata dalam hal ini mimpi boleh jadi benar atau batil sehingga tidak boleh menolak semuanya atau menerima semuanya (Fathul Bari 6/369).


Rujukan

https://konsultasisyariah.com/28912-bertemu-mayat-dalam-mimpi.html

https://ar.islamway.net/fatwa55121

Mereka Adalah Para Shahabat, Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, Penerbit at-Tibyan, Hal.13-18

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...