Monday 29 July 2019

Hadith Doa Kebaikan sebelum dan selepas mati (Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut)

Matan Hadith

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ
" قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
فَقَالَ:   يَا عَائِشَةُ! إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ، مَنْ قَالَ فِي يَوْمٍ خَمْسَةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً: اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، ثُمَّ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ، أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ شَهِيدٍ

Terjemahan

Sayyidah 'Aishah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW:
Adakah ia betul Itu yang Syahid hanya satu siapa yang terbunuh di jalan Allah?
Rasulullah SAW "Wahai 'Aishah! Jika Itulah yang terjadi kepada Kemudian orang yang mati syahid dari umatku akan menjadi sangat sedikit, sesiapa yang berkata

“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” dua puluh lima kali setiap hari dan meninggal dunia di tempat tidurnya, Allah akan memberinya pahala syahid.

Takhrij

HR. ath-Thabarani di dalam Mu’jam al-Awsath no. 7875. Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani di dalam Silsilah Hadith Dhaif (14/931). Terdapat perawi yang tak dikenali dan dituduh berdusta. Al-Iraqi berkata beliau tidak menjumpai sanadnya yang sah (al-Mughni an Hamli Asfar, no. 4134).

Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 302367
https://hadithanswers.com/is-there-a-virtue-of-reciting-allahumma-barik-fil-mawt-twenty-five-times-daily/

Hadith larangan perempuan mandi di tempat awam atau kolam awam


Matan hadith

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُدْخِلْ حَلِيلَتَهُ الْحَمَّامَ

Terjemahan

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, janganlah memasukkan isterinya ke pemandian (umum).


Takhrij

HR. at-Tirmidzi no. 2801 dan Ahmad, no. 120. Dihasankan oleh Syeikh al-Albani.



Keutamaan surah al-Kautsar



Matan hadith

عشرة تمنع عشرة  : سورة الفاتحة تمنع غضب الله . سورة يس تمنع عطش يوم القيامة . سورة الواقعة تمنع الفقر . سورة الدخان تمنع أهوال يوم القيامة . سورة الملك تمنع عذاب القبر . سورة الكوثر تمنع الخصومة . سورة الكافرون تمنع الكفر عند الموت . سورة الإخلاص تمنع النفاق . سورة الفلق تمنع الحسد . سورة الناس تمنع الوسواس


Terjemahan


Sepuluh menghalangi sepuluh, surah al Fatihah menghalangi murka Allah, sura Yasiin menghalangi kehausan pada hari kiamat, surah al Waqi’ah menghalangi kefakiran, surah ad Dukhan menghalangi huru hara hari kiamat, surah al Mulk menghalangi azab kubur, surah al Kautsar menghalangi permusuhan, surah al Kafiruun menghalangi meninggal dunia dalam keadaan kafir, surah al Ikhlas menghalangi kemunafikan, surah al Falaq menghalangi iri hati, surah an Naas menghalangi bisikan syaitan.


Takhrij

Bab keutamaan al Quran adalah bab yang paling banyak digunakan untuk memalsukan hadith.
Hadith di  atas adalah dusta belaka tidak ada dasarnya.

Syeikh Ibnu Utsaimin telah menyatakan bahawa hadith tersebut adalah bohong di dalam “Majmu’ah ar Rabi’ah min Khutabil Jum’at”


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam, no. 82800.

Hadith kelebihan halba


Matan hadith


عن النبي صلى الله عليه وسلم ، أنه عاد سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه بمكة ، فقال : ادعوا له طبيبا ، فدعي الحارث بن كلدة ، فنظر إليه ، فقال :ليس عليه بأس ، فاتخذوا له فريقة ، وهي الحلبة مع تمر عجوة رطب يطبخان ، فيحساهما ، ففعل ذلك ، فبرئ

Terjemahan

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menziarahi Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu di Mekah. Lalu baginda bertitah: “Panggilkan untuknya seorang tabib.” Lalu dipanggil al-Harith bin Kaladah lalu beliau melihat keadaan Sa’ad. Dia kemudian berkata: “Sa’ad tidak apa-apa.” Dibawakan kepada Sa’ad fariqah [sejenis makanan] yang dimasak daripada halba dan kurma ajwah muda. Sa’ad memakannya lalu beliau sembuh.”


Takhrij

HN. Ibnu Qayyim di dalam Zaadul Maad hal. 639.


Saya tidak tahu dari mana Ibnu Qayyim ambil kisah ini. Syeikh Syu’aib al-Arnauth dan Syeikh Abdul Qadir al-Arnauth yang mentahqiq kitab ini tidak pula menyatakan sumbernya.




Matan hadith


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي الْحُلْبَةِ لَاشْتَرَوْهَا وَلَوْ بِوَزْنِهَا ذَهَبًا

Terjemahan

Kalaulah manusia itu mengetahui apa (kebaikan) yang ada pada halba, nescaya mereka akan membelinya walaupun dengan kadar (harga) emas.


Takhrij

HR. ath-Thabarani di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir daripada Mu’az bin Jabal, no. 187 dan ad-Dailami di dalam Musnad Firdaus, no. 5052.

Komentar ringkas ulama hadith:-

Imam Ibn al-Jauzi - tidak sahih (al-Mawdhu’at, 2/297)

Imam as-Suyuthi - palsu (al-La’aali al-Masnu’ah, 2/187)

Syeikh Mulla Ali al-Qari - palsu (al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’, 1/150)

Imam al-Zurqani - palsu (Mukhtasar al-Maqasid, hal. 182)


Rujukan

Irsyad al-hadith siri ke - 310, Mufti Wilayah Persekutuan.


Wallahu a’lam.

Hadith kelebihan surah alhakumut-takaasur




Matan Hadith


قال رسول الله صلى الله عليه و سلم :أَلا يَسْتَطِيعُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ أَلْفَ آيَةٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ ؟ “، قَالُوا : وَمَنْ يَسْتَطِيعُ ذَلِكَ ؟، قَالَ : ” أَمَا يَسْتَطِيعُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ : أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ؟

Terjemahan

 
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Tidak sanggupkah salah seorang kamu membaca seribu ayat tiap hari?
Menjawab para sahabat “Siapakah yang sanggup demikian?” Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:  “Apakah sanggup salah seorang diantara kamu membaca surah Alhaakumut-Takaasur?”


Takhrij

HR. Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, no. 2081, dan al-Baihaqi di dalam Syuabul Iman, no. 2518.


Hadith ini dhaif, kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Uqbah bin Muhammad bin Uqbah dan Daud bin ar-Rabi.

Mereka adalah perawi yang majhul (tidak dikenali), sebagaimana dinyatakan oleh imam al-Hakim dan az-Zahabi (Sheikh al-Albani di dalam Dhaif Targhib, no. 891).

3 perkara memudahkan tidur, meletakkan konteks pada hadith yang salah



Melalui satu video ceramah oleh seorang Ustaz tanah air, beliau ada menyebutkan bagaimana Nabi SAW mengajar kita agar keluarga kita mudah untuk tidur malam. Tetapi huraian kepada (perkarah dilalkukan sebelum tidur)  yang digunapakai itu agak lari dengan konteks hadith tersebut.



3 perkara yang memudahkan tidur malam?

1-tutup pintu baca bismillah
2-tutup lampu baca bismillah
3-tutup bekas makanan baca bismillah



Huraian


Matan hadith


( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ

Terjemahan

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana  ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian dan berzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekedar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari no 3280, Muslim no. 2012). Sahih ijma'.



Matan Hadith


خَمِّرُوا الْآنِيَةَ وَأَوْكِئُوا الْأَسْقِيَةَ وَأَجِيفُوا الْبَابَ وَأَطْفِئُوا الْمَصَابِيحَ عِنْدَ الرُّقَادِ فَإِنَّ الْفُوَيْسِقَةَ رُبَّمَا اجْتَرَّتْ الْفَتِيلَةَ فَأَحْرَقَتْ الْبَيْتَ ، وَأَكْفِتُوا صِبْيَانَكُمْ عِنْدَ الْمَسَاءِ فَإِنَّ لِلْجِنِّ انْتِشَارًا وَخَطْفَةً

Terjemahan

“Tutuplah bekas-bekas dan tempat minum kalian. Serta matikanlah lampu-lampu ketika hendak tidur. Kerana fuwaisiqah (binatang kecil, seperti cicak, serangga, dll) terkadang terlanggar sumbu dan boleh membakar rumah. Dan tahanlah anak-anak kalian (di rumah) ketika petang hari kerana jin bertebaran ketika itu dan terkadang menculiknya”
(HR. Ahmad no. 14747, disahihkan Syeikh al-Albani di dalam Sahih Jami' no. 3256).


Hadith-hadith ini menunjukkan beberapa perkara:

1.Dianjurkan untuk melarang anak-anak kecil keluar rumah ketika menjelang malam. Iaitu petang hari menjelang maghrib hingga beberapa saat setelah isyak. Kerana ketika itu syaitan yang berupa jin sedang bertebaran di muka bumi. Adapun setelah beberapa saat masuknya waktu malam (iaitu waktu isyak), maka dibolehkan untuk keluar.

2. Dianjurkan menutup pintu rumah, bilik dan tingkap ketika malam hari. Ketika tidak ada keperluan untuk membukanya. Anjurkan ini terutama ketika hendak tidur.

3. Juga dianjurkan untuk menutup bekas makanan, tempat minum, tempat makan atau semisalnya. Jika tidak ada benda untuk menutupnya, dianjurkan tetap berusaha menutupkan semua itu, walaupun dengan tidak sempurna, semisal dengan menaruh sebatang kayu di atasnya.



Ibnu ‘Abdil Barr mengatakan:

وفي هذا الحديث الأمر بغلق الأبواب من البيوت في الليل ، وتلك سنة مأمور بها رفقا بالناس لشياطين الإنس والجن

“Dalam hadith ini adalah perintah untuk menutup pintu rumah di malam hari. Sunnah ini diperintahkan sebagai bentuk kasih menjaga manusia dari gangguan syaitan yang berupa manusia atau berupa jin” (Al Istidzkar, 8/363).



Ibnu Bathal mengatakan:

أمره عليه السلام بإغلاق الأبواب بالليل خشية انتشار الشياطين وتسليطهم على ترويع المؤمنين وأذاهم

“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan untuk menutup pintu-pintu ketika malam hari kerana dikhuatiri tersebarnya jin akan membuat orang dirasuki atau menimbulkan ketakutan dan gangguan pada kaum mu’minun” (Syarah Shahih Al Bukhari, 9/67).


Imam An Nawawi menjelaskan:

هذا الحديث فيه جمل من أنواع الخير والأدب الجامعة لمصالح الآخرة والدنيا ، فأمر صلى الله عليه وسلم بهذه الآداب التي هي سبب للسلامة من إيذاء الشيطان ، وجعل الله عز وجل هذه الأسباب أسبابا للسلامة من إيذائه ، فلا يقدر على كشف إناء ، ولا حل سقاء ، ولا فتح باب ، ولا إيذاء صبي وغيره إذا وجدت هذه الأسباب ، وهذا كما جاء في الحديث الصحيح أن العبد إذا سمى عند دخول بيته قال الشيطان : ( لا مبيت ) أي : لا سلطان لنا على المبيت عند هؤلاء ، وكذلك إذا قال الرجل عند جماع أهله : ( اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا ) كان سبب سلامة المولود من ضرر الشيطان ، وكذلك شبه هذا مما هو مشهور في الأحاديث الصحيحة

“Hadith ini mengandungi sejumlah ajaran kebaikan serta adab-adab yang mengumpulkan maslahah dunia dan akhirat. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan untuk melaksanakan adab-adab sebagai sebab agar terhindar dari gangguan syaitan.  Maka setan tidak mampu membuka penutup bekas makan dan minum, tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat mengganggu anak kecil dan selainnya jika sebab-sebab dilakukan.

Untuk ibadah, ada yang dapat disingkapi oleh akal hikmahnya, ada yang melalui jalur wahyu, ada yang melalui jalur ijtihad para ulama. Diantara hikmah ibadah yang dapat kita ketahui melalui jalur wahyu adalah, hikmah yang terkandung dalam perintah menutup bejana dan pintu-pintu rumah (termasuk juga jendela) di malam hari.


Ibnu Daqiq Al ‘Ied mengungkapkan alasannya dengan bahasa yang menarik,

وأما قوله : ( فإن الشيطان لا يفتح بابا مغلقا ) فإشارة إلى أن الأمر بالإغلاق لمصلحة إبعاد الشيطان عن الاختلاط بالإنسان  وخصه بالتعليل تنبيها على ما يخفى مما لا يطلع عليه إلا من جانب النبوة

“Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup.”


Potongan hadith ini menunjukkan, bahawa perintah menutup pintu adalah untuk tujuan menjauhkan syaitan dari bercampurbaur dengan manusia. Kemudian pada hadith hanya disebut alasan ini saja (menjauhkan dari syaitan), kerana hal ini tidak dapat diketahui kecuali melalui jalur kenabian (Fathul Bari 11/90).



Kesimpulan

Hadith ini sahih, tetapi konteksnya adalah perintah berupa adab-adab perlu dilakukakn di rumah untuk manusia menjauhi gangguan syaitan, bukan untuk memudahkan tidur malam.



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 153403, 125922. 

Hadith-hadith kelebihan wanita yang tidak sahih


Maksud hadith:

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala/lapis emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala/lapis perak.

Hadith ini tidak berjaya di jumpai....tetapi ada sebahagian team Dr Rozaimie (melalui akaun  FB rasminya) sudah mengkelaskan sebahagian hadith-hadith  kelebihan seorang wanita yang tersebar di media sosial. Yang mungkin hadith-hadith  ini dipetik dari pelbagai kitab seperti:-

Kanzul ‘Ummal
Misykah
Riadhush Salihin
Uqudil lujjain
Bhahishti Zewar
Al-Hijab
Bayan mastura Maulana Syed Ahmad Khan (Pakistan)


KELEBIHAN WANITA:

1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali

Status hadith: Tidak Shahih

2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.

Status hadith: Tidak Shahih

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.

Status hadith: Tidak Shahih

4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

Status hadith: Tidak Shahih

5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.

Status hadith: Tidak Shahih

6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

Status hadith: Tidak Shahih

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.

Status hadith: Tidak Shahih

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

Status hadith: Tidak Shahih

9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

Status hadith: Tidak Shahih

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.

Status hadith: Tidak Shahih

11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.

Status hadith: Tidak Shahih

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".

Status hadith: Tidak Shahih

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

Status hadith: Tidak Shahih

14. Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.

Status hadith: Tidak Shahih

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.

Status hadith: Tidak Shahih

dan banyak lagi sebenarnya. 

Menurut analisa Dr. Lily Suzana (UNISSA) di dalam pembentangan kertas kerjanya di Majlis Ilmu Ogos 2016, beliau mengulas penularan hadith-hadith kelebihan wanita yang mengatasnamakan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam serta mempercayainya, adalah satu tindakan yang tidak patut. Ini memandangkan dunia telah disediakan dengan kemajuan teknologi untuk menyemak keberadaan hadith secara online di Dorar.net dan Islamweb.

Beliau menambah:-

Ganjaran pahala hanya disabitkan melalui sumber berautoriti antaranya ialah hadith baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Perkara-perkara ghaibiyyat (ghaib- ketentuan pahala dan dosa) hanya disabitkan melalui hadith baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Para ulama khususnya ilmuwan ilmu hadith telah lama memperingatkan tentang wujudnya riwayat-riwayat sebegini. Pada kebiasaannya riwayat-riwayat ini dibawa oleh para qussas (pencerita) bagi tujuan merangsang minat orang ramai kepada melakukan suatu amalan yang berkebajikan.

Tanda hadith palsu ialah kenyataan azab seksa yang melampau atau ganjaran balasan baik yang berlebihan kepada amalan kecil dan tidak sesuai.

Beliau menyeru ummat kepada pendidikan untuk menyaring berita dari media sosial sebelum disebarkan dan beramal dengannya.

Umat Islam hari ini perlu kepada pendidikan: 

1) pengetahuan dalam kaedah untuk berinteraksi dengan mesej mengandungi ajaran dan amalan beragama dalam dunia media sosial. 

2) pengetahuan atau sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kemahiran menggunakan beberapa aplikasi pangkalan data seperti pangkalan data hadis berautoriti yang tersedia di laman-laman web; seperti laman web al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb. 

3) merujuk kepada yang berkepakaran dalam bidang berkenaan mesej yang diterima dan membudayakan sifat suka menyelidik akan keabsahan suatu berita sungguhpun berbaur agama.





Rujukan



Lilly Suzana Shamsu. 2016. Biografi mengenai wanita di media sosial: Tinjauan autoriti dan keabsahan. UNISSA.

Bacaan tahiyyat adalah dialog antara rasulullah saw. dengan Allah swt



Tidak dijumpai adanya dalil yang menyebutkan hal ini.

Ada satu buku yang berjudul al-Isra wal Mi’raj. Buku ini ditulis oleh ulama ahli hadis, Syeikh al-Albani.

Di sana beliau mengutip riwayat-riwayat sahih tentang Isra’ Mi’raj. Dan kami tidak menjumpai riwayat tersebut dalam buku itu.

Memang benar, ada beberapa kitab tafsir – seperti Tafsir al-Alusi – yang menyebutkan kisah tahiyat kaitannya dengan Isra Mi’raj di atas, namun tanpa menyebutkan sanad.


Kisah ni juga ada disebutkan dalam Tafsir al-Samarqandi 1/213-215, dari Mujahid dari Ibnu Abbas dalam Surah al-Baqarah ayat 285, dengan sanad yang tidak jelas kerana terdapat perawi yang tidak dikenali (tanpa status). dan ia merupakan salah satu ciri-ciri hadith dhaif.


Dan disebut juda di dalam Tafsir al-Tha'labi (tafsir surah al-Isra' ayat 1)

Kisah ini juga dinilai palsu oleh Fatwa Syabakah Islamiyah dan Fatwa Soaljawab Islam.



Rujukan:

Fatwa Soaljawab Islam no. 117604

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 231700

Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/67


Hadith membaca surah al-ikhlas 10 kali sampai khatam



Matan hadith


مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ


Terjemahan

Barangsiapa yang membaca Qulhuwallahu ahad 10 kali sampai mengkhatamkannya, Allah akan membangunkannya sebuah istana di syurga.


Takhrij

HR. Ahmad no. 15610, dan at-Thabarani no. 397, dari Muadz bin Anas al-Juhani r.a. Syeikh al-Arnauth mendhaifkan sanad hadith ini. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan lighairih di dalam Silsilah Hadith Sahih no. 589. Manakala Ibn Baaz mendhaifkan sanadnya di dalam Majmu’ Fatawa, 26/285.

Tuesday 23 July 2019

Hadith keutamaan 10 hari awal Zulhijah




Matan hadith


"ما مِن أيَّام العملُ الصَّالح فيهنَّ أحبُّ إلى اللهِ مِن هذه الأيَّام"، قال الرَّاوي: يعني أيَّام العشر، قالوا: يا رسول الله! ولا الجهادُ في سبيل الله؟ فقال -صلى اللهُ عليهِ وسلَّم-: "ولا الجهادُ في سبيلِ الله؛ إلا رجلٌ خرج بنفسِه ومالِه؛ فلم يرجعْ مِن ذلك بشيءٍ"..



Terjemahan

Tidak ada hari di mana amal soleh di dalamnya adalah lebih dicintai oleh Allah berbanding hari-hari ini.” Berkata perawi hadith ini: Yakni, 10 hari Zulhijjah. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Walaupun Jihad di jalan Allah?” Jawabnya: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad) dengan jiwanya dan hartanya lalu tidak pulang dengan apa-apapun daripadanya.”



Takhrij

HR. Bukhari no. 969; Abu Daud no. 2438; Ibnu Majah no. 1727 dengan lafaz Tirmidzi no. 757, sahih.




ما من عمل أزكى عند الله عز وجل ، ولا أعظم أجراً من خير يعمله في عشر الأضحى قيل : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله عز وجل ، إلا رجل خرج بنفسه وماله ، فلم يرجع من ذلك بشيء

Terjemahan

Tidaklah suatu amalan yang lebih bersih di sisi Allah Azza Wajalla, dan lebih agung pahalanya dari suatu kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari adha. Dikatakan, “Meskipun Jihad di jalan Allah. Beliau menjawab, “Meskipun berjihad fi sabilillah azza Wajalla. Kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya dan tidak kembali sedikitpun darinya.” HR. Darimi, (1/357 dan sandanya hasan sebagaiman di ‘Irwa’, (3/398).

Nas ini dan lainnya menunjukkan bahawa sepuluh hari (awal) lebih utama dibandingkan hari-hari lain dalam setahun tanpa ada pengecualian sedikitpun. Meskipun sepuluh terakhir Ramadan. Akan tetapi sepuluh malam akhir Ramadan itu lebih utama dibandingkan sepuluh malam Zulhijjah. Kerana mengandungi malam al-qadar. Dimana ia lebih baik dari seribu bulan. (Tafsir Ibnu Katsir, 5/412; Zaadul Maad, 1/35).


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menghuraikan dalam Fathul Bari:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره


Sebab yang menjadikan sepuluh hari awal Zulhijjah itu mulia kerana ia merupakan tempat berkumpulnya semua pokok-pokok ibadah iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Ini tidak akan berlaku pada hari-hari yang lain. (Fathul Bari hal. 534).


Seorang muslim seharusnya membuka di sepuluh hari ini dengan bertaubat nasuha kepada Allah Azza Wajalla. Kemudian memperbanyakkan amalan soleh secara umum kerana amalan di awal 10 hari bulan Zulhijah akan dilipatgandakan (Lathaif Ma'arif hal. 458)



Amalan 10 hari bulan Zulhijah

-Solat eid dan memperbanyakkan solat sunat lain

-Puasa (1-9 hari sahaja seperti disyarahkan oleh Imam Nawawi dalam Sahih Muslim no. 1176)

-Memberbanyakkan dan mengeraskan (bagi lelaki) tahlil, takbir, tahmid di mana-mana seperti pasar, masjid, jalan-jalan dan tempat lainnya (HR. Ahmad, 7/224 disahihkan sanadnya oleh Ahmad Syakir)

a) takbir mutlak (1-13 Zulhijah, pada bila-bila masa dan dimana jua)-QS al-Baqarah: 203

b) takbit muqayyad (terikat waktu , selepas solat fardhu, bermula dari selepas subuh 9 Zulhijah hingga selepas asar 13 Zulhijah)-HR. Al-Hakim no. 100 disahihkan oleh Imam Nawawi dalam al-Majmu'.

-Menunaikan haji dan menunaikan umrah

-Berkorban

-Sedekah

-Membaca al-Quran

-Memperbanyakkan istighfar

-Amar ma'ruf nahi mungkar

Kesimpulannya, keutamaan sepuluh hari awal Zulhijah berlaku untuk amalan apa saja, tidak terbatas pada amalan tertentu. (Tajridul Ittiba', hal. 116, 119-121).


Wallahu ta'ala 'alam


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 49042, 191418

Kisah Saidina Ali dan Khunsa (mengira tulang rusuk)


Matan hadith


حَدَّثَنَا علي بْن عَبْد اللهِ بْن معاوية، قال : حَدَّثَنِيْ أبي ، عَن أبيه معاوية ، عَن ميسرة ، عَن شريح : قال : تقدمت إِلَى شريح امرأة ، فقالت : إني امرأة لي إحليل ، ولي فرج ، قال : قد كان لأمير المؤمنين في هَذَا قضية ، ورث من حَيْثُ يجيء البول ، قالت : إنه يجيء منهما جميعاً ، قَالَ : فانظري من أين يسبق ، قالت : ليس شيء منهما يسبق صاحبه إنما يجيئان في وقت ، وينقطعان في وقت . قال : إنك لتخبريني بعجيب ، ... وساق الخبر ، وفيه أن عليا رضي الله عنه قال : خذوا هذه المرأة ، إن كانت امرأة فادخلوها بيتاً وألبسوها ثياباً ، وعدوا أضلاع جنبيها . ففعلوا ، فقال : عدد الجنب الأيمن أحد عشر ، وعدد الأيسر اثنا عشر ؛ فَقَالَ علي : الله أكبر . فأمر لها برداء وحذاء وألحقها بالرجال . فَقَالَ زوجها : يا أمير المؤمنين زوجتي وابنة عمي ، فرقت بيني وبينها ، فألحقتها بالرجال ، عمن أخذت هذه القصة ? قال : إني أخذتها عَن أبي آدم صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . إن الله عز وجل خلق حواء ، ضلعا من أضلاع آدم ، فأضلاع الرجال أقل من أضلاع النِّسَاء بضلع .

Terjemahan

Pada masa Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'Anhu, ada seorang laki-laki menikahi perempuan yang ternyata adalah seorang khunsa. Si istri memiliki dua kemaluan, kemaluan perempuan dan kemaluan laki-laki. Sang suami memberi mahar kepada isterinya berupa seorang budak perempuan. Layaknya sebuah keluarga, si isteri lalu hamil dan melahirkan anak. Akan tetapi, tak lama selepas itu, si budak perempuan yang menjadi mahar itu juga hamil dan melahirkan anak.

Madinah gempar. Peristiwa ini pun diajukan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib. Ali bertanya tentang keadaan si isteri yang ternyata seorang khunsa tersebut. Ali mendapat keterangan bahawa si isteri haid, menyetubuhi, disetubuhi, mengeluarkan sperma dari dua kemaluannya, dan dia juga boleh hamil mahupun menghamili. Masyarakat bingung dengan keadaan si khunsa.

Ali pun mengirim dua orang utusan untuk menemui si khunsa dan memerintahkan agar memeriksa tulang rusuknya dari kedua sisi. Jika tulang tersebut sama, bererti dia perempuan. Dan kalau sisi kiri lebih pendek, berarti dia laki-laki. Ternyata didapati bahawa tulang rusuk sebelah kiri si khunsa lebih pendek, beza satu tulang. Maka, Ali memutuskan bahawa si khunsa adalah laki-laki. Lalu, Ali memisahkan si isteri itu dari suaminya.

Dalilnya adalah, saat Adam masih tercipta seorang diri, Allah ingin memberikan pasangan untuk Adam dari jenisnya, agar mereka boleh saling memberikan ketenangan dan cinta kasih. Oleh kerana itu, ketika Adam tidur, Allah 'Azza wa Jalla menciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya. Itulah makanya, tulang rusuk kiri laki-laki kurang satu, sedangkan tulang rusuk perempuan sempurna. Pada perempuan terdapat 24 buah tulang. Sementara pada laki-laki terdapat 23 tulang, dua belas di sebelah kanan dan sebelas di sebelah kiri. Dan, perempuan itu tercipta dari tulang yang bengkok. [Nur Al-Abshar fi manaqib Aali Bayti An-Nabiy Al-Mukhtar/Mukmin Hasan Asy-Syabalankhi]


Takhrij

Hadith ini diriwayatkan oleh Muhammad bin Khalaf dan Ka'ee’ di dalam Akhbar al-Qadaah (2/197) .Kisah ini dinilai palsu yang tidak benar.

Huraian:-

Berkata Imam Nawawi di dalam Majmu’ (2/54-55), tiada petunjuk yang ia adalah benar menunjukkan perbezaan tulang rusuk lelaki dan wanita ia tidak mempunyai asas sama ada dalam syariat malam bidang ilmu anatomi, beliau menaqalkan kata Imam Haramain: "Berkenaan kata-kata orang bahawa tulang rusuk itu tidak sama jumlahnya antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang tidak dapat di fahami, kerana tidak terdapat perbezaan jumlah tulang antara lelaki dan wanita''.

Pendapat tulang rusuk tidak sama jumlah lelaki dan wanita juga dibantah oleh Al-Hattab di  dalam Mawahib al-Jalil (6/431-432), Al-'Abdari di dalam al-Taj wa al-Ikalil, (6/430), Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Lisan al-Mizan (6/430) dan Abi Hatim di dalam Jarh wa Ta’dil (6/193).


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 145800

Hadith kelebihan air zam zam



Matan hadith


ماءُ زمزمَ لِما شُرِبَ لَهُ، فإِنَّ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِى بِهِ شفاكَ اللهُ، وإِنْ شَرِبْتَهُ مسْتَعِيذًا أعاذَكَ اللهُ، وإِنْ شربْتَهُ لِتَقْطَعَ ظَمَأَكَ قطَعَهُ اللهُ، وإِنْ شرِبْتَهُ لشَبَعِكَ أشبعَكَ اللهُ، وهِيَ هَزْمَةُ جبريلَ، وسُقْيا إسماعيلَ


Terjemahan

Air zam zam itu sesuai dengan niat peminumnya. Jika kamu meminumnya untuk penyembuhan daripadanya maka Allah akan menyembuhkan mu, jika kamu meminumnya untuk memohon perlindungan maka Allah akan melindungimu dan jika kamu meminumnya untuk menghilangkan kehausan maka Allah akan menghilangkannya”. [HR. as-Suyuthi no. 7741]

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani di dalam Dhaif al-Jami' no. 4972.


Tetapi ada hadith sahih yang lain menjelaskan kedudukan air zam zam secara terpisah melalu beberapa hadith:-


 زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

Maksudnya: “Air zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. [Riwayat Ibn Majah no. 3062, disahihkan Syeikh al-Albani].


 مُبارَكَةً، وَإِنَّها طَعامُ طُعْمٍ وَشِفاءُ سُقْمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat , dan ia adalah makanan yang mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit” [HR. Ath-Thayalisi no. 459 disahihkan oleh Imam Suyuthi dan al-Mundziri]

Rujukan

Irsyad al-Hadith siri ke 125

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...