Friday 31 May 2019

Hadith Lailatul Qadar pada malam ke 21 Ramadhan

Matan Hadith


اِعْتَكَفَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ الأَوَّلِ مِنْ رَمَضَانَ, وَاعْتَكَفْنَا مَعَهُ, فَأَتَاهُ جِبْرِيْلُ, فَقَالَ: (إِنَّ الَّذِيْ تَطْلُبُ أَمَامَكَ), فَاعْتَكَفَ العَشْرَ الأَوْسَطَ فَاعْتَكَفْنَا مَعَهُ, فَأَتَاهُ جِبْرِيْلُ, فَقَالَ: (إِنَّ الَّذِيْ تَطْلُبُ أَمَامَكَ), قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيْباً صَبِيْحَةَ عِشْرِيْنَ مِنْ رَمَضَانَ, فَقَالَ: ((مَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلْيَرْجِعْ, فَإِنِّيْ أُرِيْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ, وَإِنِّيْ نُسِّيْتُهَا, وَإِنَّهَا فِيْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فِيْ وِتْرٍ, وَإِنِّيْ رَأَيْتُ كَأَنِّيْ أَسْجُدُ فِيْ طِيْنٍ وَمَاءٍ)), وَكَانَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ جَرِيْدَ النَّخْلِ, وَمَا نَرَى فِيْ السَّمَاءِ شَيْئاً فَجَاءَتْ قَزَعَةٌ فَأُمْطِرْنَا, فَصَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّيْنِ وَالْمَاءِ عَلَى جَبْهَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَرْنَبَتِهِ تَصْدِيْقَ رُؤْيَاهُ.



Terjemahan


“Rasulullah melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan, dan kami pun beri’tikaf bersamanya. Lalu Jibril datang dan berkata: “Sesungguhnya apa yang kamu minta (ada) di depanmu,” lalu Rasulullah berkhutbah pada pagi hari yang ke dua puluh di bulan Ramadhan dan bersabda: “Barangsiapa yang i’tikaf bersama Nabi, pulanglah. Kerana sesungguhnya aku telah diperlihatkan Lailatul Qadr, dan aku sudah lupa. Lailatul Qadr akan terjadi pada sepuluh hari terakhir pada (malam) ganjilnya, dan aku sudah bermimpi bahwa aku bersujud di atas tanah dan air”. Saat itu atap masjid (terbuat dari) pelepah daun pohon kurma, dan kami tidak melihat sesuatupun di langit. Lalu tiba-tiba muncul awan, dan kami pun dihujani. Lalu Rasulullah solat bersama kami, sampai-sampai aku melihat bekas tanah dan air yang melekat di dahi dan hujung hidungnya sebagai pembenaran mimpinya”.



Takhrij

HR. Bukhari no.780 dan Muslim no. 1167

Imam Syafi’i berkata: “Hadith ini adalah riwayat paling sahih” (Tafsir Quran al-Azim 8/447).

Tawaf 50 kali di ampunkan dosanya seperti baru dilahirkan


Matan Hadith



مَنْ طَافَ بِالبَيْتِ خَمْسِينَ مَرَّةً خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ



 Terjemahan

Barangsiapa yang tawaf di Ka'bah sebanyak lima puluh kali, niscaya dia keluar dari dosa-dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan oleh ibunya'. 


Takhrij

HR. at-Tirmidzi no. 866. Imam Tirmidzi menilainya gharib (dhaif)

Syaikh Ibnu Baz mengatakan hadits ini dhaif atau palsu dan berpendapat  bahawa riwayat ini tidak boleh dijadikan hujjah, dia menerangkan:

Kerana di sanadnya ada Sufyan bin Waqi', dia tidak boleh dijadikan hujjah kerana apa yang diperbuat oleh penulisnya sebagaimana di kitab at-Tahdzib. Majmu' Fatawa Ibnu Baz 26/286

Hadits ini juga didhaifkan oleh as-Suyuthi di dalam Jami' as-Saghir no. 8816, az-Zahabi di dalam Talkhis no. 190, Mubarakfuri di dalam Tufat al-Ahwadzi 3/298.

Syaikh al-Albani juga berpendapat lemahnya riwayat tersebut, dia menerangkan:

Riwayat ini dipenuhi illah yang banyak:


Pertama:
Abu Ishaq - Ia adalah seorang mudallis dan hafalannya tercampur.

Kedua:
Syuraik - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata tentangnya: ia jujur, banyak salah, hafalannya berubah semenjak menjadi hakim di Kufah.

Ketiga:
Yahya bin Yaman - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata tentangnya: ia jujur, banyak beribadah, banyak salah dan hafalannya telah berubah.

Keempat.
Sufyan bin Waki' - Al-Hafidz berkata tentangnya:
Ia jujur, namun ia diuji dengan penulisannya, penulis itu memasukkan apa yang bukan haditsnya ke catatan hadits Sufyan, ia telah dinasihati namun ia belum menerima maka gugurlah haditsnya.

(Silsilah Hadith Dhaif no. 4035)


Malah hadith berkenaan kelebihan tawaf 7 kali tanpa melakukan perkara sia-sia  di dalamnya seperti memerdekakan seorang budak juga dhaif jiddan  (HR. Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf, 5/8833. Lihat Adh-Dha’ifah no. 4035)

Di dalam disiplin mengambil dalil untuk berhujah berkenaan fadhilat amalan....Ya memang dibenarkan untuk mengambil dalil dari hadith dhaif dengan syarat dhaif itu dhaif yang ringan (khaffif) tetapi dhaif yang berat sehingga mencapai taraf palsu adalah sama sekali TIDAK DIBENARKAN (Tamaamul Minnah hal. 36).


Yang sebenarnya adalah:


Selepas Imam Tirmidzi menilai hadith ini lemah, Imam Tirmidzi merujuk pula kepada Imam Bukhari. Ia berkata ini adalah perkataan Ibnu Abbas, seperti yang telah direkodkan di dalam Tuhfat al-Ahwadzi syarah hadith Tirmidzi no. 866, Musannaf ‘Abdur Razzaq no.9809 and Musannaf Ibn Abi Shaybah no. 12808 dengan sanad yang dipercayai. Also see Hadith: 12809 and Al ‘Ilalul Mutanahiyah, vol. 2 pg. 573/4, Hadith: 942

Terjemahan asalnya adalah seperti:

Sayyiduna ‘Abdullah ibn ‘Abbas (radiyallahu ‘anhuma) says:

“Whomsoever makes fifty (50) Tawafs of the Ka’bah (ie. fifty by seven rounds), will be free of all his (minor) sins, just as the day his Mother gave birth to him”.

(Refer: Tuhfatul Ahwadhi, Hadith: 866)

والله تعالى أعلم بالحق والصواب

Rujukan

Silsilah al-Ahadits adh-Dhaifah wa al-Maudhu'ah 11/175-176.

Kalau tidak kerana adanya orang yang hidup, maka binasalah orang yang telah mati




لولا الأحياء لهلك الأموات 
          

Diriwayatkan juga bahawa beliau pernah bersabda :”Kalau tidak keranna adanya orang yang hidup, maka binasalah orang yang telah mati".


Takhrij

Ini bukan hadith Nabi SAW. Hanya dinaqalkan dari perkataan orang soleh/ahlul ilmi/sufi (Syarah Shudur 1/298, Ahwal al-qubur 1/215).

Rujukan:


Hadith mencicipi garam sebelum dan selepas makan

Matan Hadith


وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم
بالملح؛ فإن في الملح شفاء من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص


Terjemahan

Jika kamu makan, mulailah dengan merasa garam dan akhiri dengan merasa garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta…”


Takhrij

Hadith mauquf dari Ali r.a. HR.Baihaqi di dalam Dalail al-Nubuwwah 7/229, as-Suyuthi di dalam al-La’ali al-Masnu’ah 2/313. Kedua-dua imam menilai hadith ini palsu.

Hadith ini turut dikomentar sebagai palsu oleh Ibn al-Jawzi di dalam al-Maudhu’at 1/289,al-Zahabi di dalam Talkhis al-Mudhu’at 2/289 dan al-Syawkani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah 1/78.


Rujukan

al-Fatawa al-Hadithiyah, al-Huwayni 1/497

Sebaik-baik lauk adalah cuka

Matan Hadith


 نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلُّ اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي الْخَلِّ فَإِنَّهُ كَانَ إِدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ خَلٌّ



Terjemahan

Sebaik-baik lauk adalah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka, sesungguhnya cuka adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak dikatakan fakir rumah yang di dalamnya terdapat cuka.



Takhrij

HR. Ibnu Majah, Kitab at-Tha'amah, Bab al-'itidami bi al-Khall, dari Ummu Sa'ad no. 3318. Syeikh al-Albani menilai hadith ini maudhu' (palsu).

Hadith umatku dirahmati dosa segunung masuk kubur keluar bersih dosa

Matan Hadith


أُمَّتِي أُمَّةٌ مرحومةٌ، تدخلُ قبورَها بذنوبها، وتخرجُ من قبورِها لا ذنوبَ عليْها، يُمحَّصُ عنها باستغفارِ المؤمنين لها


Terjemahan

Umatku adalah umat yang dirahmati, Mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa-dosa setinggi gunung dan keluar dari sana dalam keadaan terampuni segala dosanya , yaitu dengan adanya istighfar yang dilakukan orang-orang yang hidup untuk mereka.



Takhrij

HR. Thabarani di dalam Mu'jam al-Awsath (2/246) dari Anas bin Malik dan didhaifkan oleh Imam Thabarani.

Hadith ini juga dinukilkan oleh as-Suyuthi di dalam Syarah al-Shudur no. 397 dengan komentar isnadnya terlalu lemah (wahi).

Al-Haithami pula mengatakan di dalam Majmu' Zawaid (10/72), di dalam hadith ini terdapat perawi bernama Ahmad bin Thahir bin Haramlah yang dituduh dusta.



Rujukan

Fatwa Islamweb no. 115392

https://www.alukah.net/sharia/0/99071/

Hadith 27 kali istighfar

Matan Hadith


مَنِ استغفَر للمؤمنين والمؤمناتِ كلَّ يومٍ سبعًا وعشرين مرَّةً أو خمسًا وعشرين مرَّةً أحدَ العددينِ كان مِنَ الَّذين يُستجابُ لهم ويُرْزَقُ بهم أهلُ الأرضِ



Terjemahan

Barangsiapa membacakan istighfar untuk mukminin dan mukminat sebanyak 27 kali di setiap hari, maka ia termasuk golongan mereka yang terkabul doanya dan mereka yang menjadi jaminan rezeki Allah bagi para penghuni bumi.



Takhrij

HR. Thabarani di dalam Kitab  al-Falah fi Azkar al- Masa' wa as-Sabah as-Suyuthi dan Majmu' Zawaid al-Haithami (10/210), didhaifkan oleh al-Haitami.

Syaikh al-Albani pula menilai hadith ini di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5974 sebagai munkar.



Rujukan

Fatwa Islamweb no. 115392

https://www.alukah.net/sharia/0/99071

Berjabat tangan sambil berselawat

Matan Hadith


ما من عبدين متحابين في الله يستقبل أحدهما صاحبه فيصافحه ويصليان على النبي صلى الله عليه وسلم إلا لم يتفرقا حتى يغفر الله لهما ذنوبهما ما تقدم منها وما تأخر 



Terjemahan


"Tidaklah dua orang hamba yang saling mencintai keran Allah, salah satunya menghampiri dan menyalami yang lain kemudian keduanya mengucap selawat kepada Rasulullah, maka tidaklah keduanya saling berpisah kecuali Allah mengampuni dosa keduanya yang telah lalu dan yang akan datang. "



Takhrij


HR. Abu Ya'la di dalam Musnadnya no. 2960, al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman no. 8543, dari Anas bin Malik.

Juga dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam 'Amal al-Yawm wa Lailah no. 194.

Hadith ini dilemahkan oleh Ibnu Hibban di dalam Adh Dhu’afa 1/289.

Syeikh al-Albani pula menilai hadith ini munkar jiddan di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 652.

Monday 27 May 2019

Hadith 120 rahmat di Batullah

يُنْزِلُ اللهُ كُلَّ يَوْمٍ عِشْرِيْنَ وَمِائَةِ رَحْمَةٍ سِتُّوْنَ مِنْهَا لِلطَّائِفِيْنَ وَأَرْبَعُوْنَ لِلْعَاكِفِيْنَ حَوْلَ الْبَيْتِ وَعِشْرُوْنَ مِنْهَا لِلنَّاظِرِيْنَ إِلَى الْبَيْتِ (الطَّبْرَانِى عَنِ ابْنِ 
عَبَّاسٍ)

Driwayatkan oleh Ibnu Abbas dari Nabi SAW: Allah menurunkan tiap harinya  120 rahmat . Enam puluh  rahmat untuk orang – orang yang menjalankan tawaf .  40 untuk orang – orang yang ber’itikaf  di sekitar baitullah . 20 untuk orang – orang yang melihat Kaabah.HR Thabrani, No. 11248; AlKhatib, 26/6; Dailami, No. 814; Syuabul Iman, 454/3.

Takhrij hadith

Namun sanadnya terdapat Yusuf bin Assifr yang di tinggalkan oleh ulama  . [1]

Imam  Bukhari berkata :

 يُوسُفُ بْنُ السَّفَرِ أَبُو الْفَيْضِ كَاتِبُ الأَوْزَاعِىِّ مُنْكَرُ الْحَدِيثِ.

Yusuf bin Assifr – Abul faidh – penulis al Auza`I  adalah mungkarul hadis  - perawi yang hadisnya mungkar atau lemah . [2]

Ali  ( Ibnu Hazm ) berkata  :

قَالَ عَلِىٌّ : يُوسُفُ بْنُ السَّفَرِ مَتْرُوكٌ وَلَمْ يَأْتِ بِهِ غَيْرُهُ.

Ali berkata : Yusuf bin Assafar    di tinggalkan ulama   dan tiada perawi selainnya yang meriwayatkannya . [3]

قَالَ يَعْقُوْبُ : يُوْسُفُ بَيْرُوْتِيٌّ ، لاَ يُكْتَبُ حَدِيْثُهُ إِلاَّ ِللْمَعْرِفَةِ - يَعْنِي - ِللْمَعْرِفَةِ بِحَالِهِ وَضُعْفِهِ فِي الرِّوَايَةِ

Ya`qub berkata : Yusuf adalah orang Beirut , hadisnya tidak boleh ditulis kecuali untuk mengenalnya  - yakni agar di ketahui keadaannya  dan dia juga lemah dlm meriwayatkan hadis .

قَالَ الْهَيْثَمِى (1/218) : ِفيْهِ يُوْسُفُ بْنُ السَّفَرِ ، وَقَدْ أَجْمَعُوا عَلَى ضُعْفِهِ

Al Haitsami berkata : Sanadnya terdapat Yusuf bin Assafar . Sungguh ulama telah sepakat kelemahannya . [4]

Albani menyatakan hadis tersebut lemah . Silsilah dhaifah 342/1

Ada redaksi hadis yang sama dari Bahihaqi:

 [2561/2] ورواه البيهقي ولفظه: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "يُنَزِّلُ اللّهُ كُلَّ يَوْمٍ عَلَى حُجَّاجِ بَيْتِهِ الْحَرَامِ عِشْرِيْنَ وَمِائَةِ رَحْمَةٍ: سِتِّيْنَ لِلطَّائِفِيْنَ، وَأَرْبَعِيْنَ لِلْمُصَلِّيْنَ، وَعِشْرِيْنَ لِلنَّاظِرِيْنِ ".رَوَاهُ الْبَيْهَقِي، وَحَسَّنَ الْحَافِظُ الْمُنِْذِرِي إِسْنَادَهُ.

Rasulullah SAW  bersabda : Allah menurunkan setiap hari  kepada para jemaah haji 120 rahmat . 60  untuk orang – orang yang melakukan tawaf . 40 untuk  orang – orang yang lagi menjalankan salat   dan 20 untuk  orang – orang yang melihat . HR Baihaqi.
Al Hafidh al mundziri  menyatakan  sanad hadis tersebut hasan .
Albani menilai hadis ini lemah .[6]
Albani juga menilai hadis ini maudhu’ dalam silsilah hadith dhaif , 181/1 dan 256/1.

Rujukan

[1] Jamiul ahadis 260/24
[2] Sunan  Kubra lil baihaqi 72/1
[3] Sunan  Kubra lil baihaqi 72/1
[4] Jamiul ahadis 496/15
[5] Jamiul ahadis 303/8
[6] Kitabul haj 181 /1

Sumber:
https://www.scribd.com/document/371760163/Silsilah-Hadits-Shahih-Al-Albani#download

Status hadith melihat 3 perkara itu ibadah


Daripada ‘Aisyah r.anha bahawa Rasulullah saw bersabda : “Melihat pada tiga perkara ini adalah ibadah : Melihat al-Quran, melihat ibu bapa dan melihat laut. Dalam riwayat lain menyebut : “Melihat Kaabah adalah ibadat. Apakah Status hadis ini?


Jawapan :



Berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah daripada Allah swt yang disebutkan di dalam kebanyakan tempat di dalam al-Quran.  Antaranya firman Allah swt :

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ

Maksudnya :” Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki..”

(Surah al-Nisa’ : 36)

Berkenaan persoalan yang telah dikemukakan, hadis ini telah disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus. Beliau berkata

قال أبو نعيم : حدثنا عبد الله بن محمد بن جعفر ، حدثنا عبد الله بن محمد بن زكريا ، حدثنا سعيد بن يحيى ، حدثنا زافر ، عن أبي عثمان ، عن يحيى بن سعيد ، عن محمد بن إبراهيم ، عن عائشة ، قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” النَظَرُ فِي ثَلَاثَة أَشْيَاءَ عِبَادَةُ ، النَظَرُ فِي َوجْهِ الَأَبوَيْنِ  وِفِي المُصْحَفِ ، وَفِي البَحْرِ

Maksudnya :” Abu Nuaim berkata :” Abdullah Bin Muhammad Bin Jaafar menceritakan kepada kami : Abdullah Bin Muhammad bin Zakaria menceritakan kepada kami : Sa’id bin Yahya menceritakan kepada kami : Zafir menceritakan kepada kami daripada Abu Uthman daripada Yahya Bin Said daripada Muhammad bin Ibrahim daripada ‘Aisyah r.anha. Beliau berkata : Rasulullah saw bersabda : “Melihat pada tiga perkara (ini) adalah ibadah : melihat kepada wajah kedua ibu bapa, melihat mushaf (al-Quran) dan melihat laut.”

Rujuk al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus (2688)



Dengan sanad yang sama, hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Dailami daripada sahabat yang sama iaitu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha :

النَّظَرُ إِلَى الْكَعْبةِ عِبَادَة، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ، وَالنَّظَرُ فِي كِتَابِ اللَهِ عِبَادَةٌ

Maksudnya :”Melihat kaabah adalah ibadah, melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah dan melihat kitab Allah (al-Quran) adalah ibadah.”

Riwayat al-Dailami (6863 atau 6873) di dalam al-Firdaus Bi Ma’thur al-Khitab

Hadis ini tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis muktabar seperti al-Kutub al-Sittah dan lain-lain melainkan hanya terdapat di dalam Musnad al-Firdaus.

Berkenaan status hadis ini, ia merupakan hadis yang lemah. Ini kerana di dalam sanad hadis tersebut terdapat perawi yang dikritik kredibilitinya. Antaranya Zafir. Nama sebenar beliau ialah Zafir Abu Sulaiman al-Quhastani. Ibnu ‘Adiy menyatakan bahawa beliau adalah perawi yang lemah. Kata beliau :

“Secara umumnya apa yang diriwayatkan oleh beliau tidak boleh dijadikan sandaran dan hadis yang dia riwayatkan tidak ditulis. Di samping itu, Zafir adalah perawi yang lemah.”

Rujuk al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ (3/232)

Kesimpulannya, hadis ini adalah hadis yang berstatus lemah. Tambahan pula, Musnad Firdaus adalah antara kitab yang mana terkumpulnya hadis-hadis yang lemah dan palsu seperti mana yang telah dijelaskan para ulama hadis.

Namun sekiranya melihat Kaabah dan setiap makhluk Allah yang lainnya dengan disertai memikirkan dan merasai kebesaran Allah SWT, maka ia merupakan satu ibadah. 

Hadits peristiwa ajaib kelahiran Nabi SAW




Matan hadith


لَمَّا كَانَ لَيْلَةَ وُلِدَ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلِّي اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ارْتَجَسَ إِيوَانُ كِسْرَى وَسَقَطَتْ مِنْهُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ شُرَّافَةً، وَخَمَدَتْ نَارُ فَارِسَ وَلَمْ تَخْمَدْ قَبْلَ ذَلِكَ بِأَلْفِ عَامٍ، وَغَاضَتْ بُحَيْرَةُ سَاوَةَ، وَرَأَى الْمُوبَذَانُ إِبِلًا صِعَابًا تَقُودُ خَيْلًا عِرَابًا قَدْ قَطَعَتْ دِجْلَةَ وَانْتَشَرَتْ فِي بِلَادِهِ


Terjemahan

Pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, istana maharaja Parsi roboh, 14 tiang utama di istana Parsi runtuh, terpadam api sembahan Majusi yang kekal menyala selama 1000 tahun, air tasik Sawah menjadi kering, mimpi aneh al-Mubizan, ahli nujum kerajaan Parsi melihat unta-unta menyeberangi Sungai Dijlah dan bertebaran di negara Parsi.

Takhrij

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dalamTarikh al-Tabari 1/459, al-Khara’iti dalam Hawatif al-Jan hal. 56, Abu Nu’aim dalam Dalail al-Nubuwwah no. 82, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah 1/126), Abu al-Qasim al-Asbahani (Dalail al-Nubuwwah hal. 147) dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 37/361.

Ibnu Asakir menilai kisah ini ganjil dalam Tarikh Dimasyq 72/221.

az-Zahabi menilai hadith ini gharib lagi munkar dalam Tarikh al-Islam 1/491.

Ibnu Hajar al-Asqalani menilai riwayat ini mursal dalam al-Khasais al-Kubra hal. 89.

Al-Sheikh Muhammad Khalil Harras menilai sanad hadith ini gelap, kesemua perawinya tidak dikenali dalam Tahqiq al-Khasais al-Kubra hal. 127.

Al-Sheikh Muhammad al-Ghazali menegaskan bahawa riwayat tentang irhashat semasa kelahiran Nabi SAW adalah rekaan semata-mata, dan Nabi Muhammad SAW tidak memerlukan keajaiban seperti itu. (Fiqh al-Sirah hal. 62).

Dr. Akram Diya’ al-‘Umari menegaskan bahawa kisah tentang peristiwa-peristiwa berkenaan adalah palsu. (al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah 1/100).


Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang keadaan lahirnya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam, namun sebahagiannya adalah riwayat-riwayat yang lemah. Diantaranya :

  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya beliau dilahirkan dalam keadaan tangannya seperti duduk bersandar dan matanya melihat ke atas langit, keadaan yang tidak wajar seperti bayi biasanya. Riwayat seperti ini lemah, tidak boleh dijadikan sandaran.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya ketika beliau dilahirkan kemudian diletakkan di atas periuk diperbuat daripada batu (Burmah) maka tiba-tiba batu itu pecah agar Nabi tetap melihat ke atas. (HR. Abu Nua'im dalam Dalail Nubuwah 1/172). Hadith ini adalah hadis Muʿḍal kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah bin Shalih yang merupakan seorang yang jujur tetapi banyak melakukan kesilapan.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya ibunya tatkala melahirkannya tiba-tiba azimat-aziimat yang dipakainya yang terbuat dari besi menjadi terpotong-potong.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya ibunya melihat dalam mimpinya ada yang menyuruhnya agar menamai anaknya dengan Muhammad, (HR. Abu Nua'im dalam Dalail Nubuwah no. 78),  sanadnya  wahi jiddan menurut Muhammad bin Yusuf al-Syami di dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad. 
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya tatkala Nabi dilahirkan maka bergetarlah istana raja Persia.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya tatkala Nabi dilahirkan api yang disembah oleh kaum Majusi padam
  • Riwayat yang menceritakan bahwasanya Nabi shallallāhu ‘alayhi wa sallam dilahirkan dalam keadaan sudah tersunat (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 6148. Riwayat ini berasal hadith yang lemah (dhaif jiddan), dan tidak mampu dijadikan dalil. Ada pula riwayat lain bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam lahir kemudian pada hari ke-7 datuknya Abdul Mutallib menyunat beliau. Riwayat ini pun juga lemah, hanya saja sanadnya lebih baik daripada riwayat tentang Nabi lahir dalam keadaan sudah tersunat. (As-Sirah An-Nabawiyah As-Shahihah 1/100).
  • Riwayat yang menceritakan Aminah tidak merasa dirinya mengandung. Kisah ini juga teramat dhaif kerana terdapat perawi yang teramat dhaif, al-Waqidi. Imam Bukhari berkata hadithnya tidak diambil, az-Zahabi berkata hadithnya disepakati ulama untuk ditinggalkan. (Thabaqat al-Kubra 1/78-79).
  • Riwayat yang menceritakan bahwasanya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dilahirkan dalam keadaan bersujud (Thabaqat al-Kubra 1/103). Dr. Akram Dhiya` menyatakan, sanadnya dhaif. Sebahagian hadith lain nampak cuba menguatkannya tetapi ia tidak dapat kerana ia mengandungi riwayat-riwayat al-Waqidi. Al-Waqidi itu matruk (ditinggalkan hadithnya).
  • Riwayat yang menceritakan terdapat suara-suara bisikan jin pada malam kelahiran Nabi saw serta menyatakan gembira tentangnya. Serta hancurnya berhala-berhala Mekah. Di dalam sanad kisah ini terdapat 2 perawi pendusta, iaitu Abdullah bin Muhammad al-Balwi dan Imarah bin Zaid.



Rujukan


https://firanda.com/1825-sirah-nabi-12-beberapa-hal-tentang-kelahiran-nabi.html

https://www.ustazusa.com/2016/12/kisah-kelahiran-nabi-muhammad-antara.html

Kelebihan surah al-Ikhlas

 

Hadith 1

 

Matan hadith

 

عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :لما أسري إلى السماء رأيت العرش على ثلثمائة وستين الف ركن من الركن الى الركن ثلثمائة الف وتحت كل ركن اثنا عشر الف صحراء من المشرق الى المغرب وفي كل صحراء ثمانون الفا من الملائكة يقرؤون قل هو الله احد فإذا فرغوا من القراءة يقولون يا ربنا يا سيدنا قد وهبنا ثواب هذه القراءة لمن قرأ قل هو الله احد من الرجال والنساء...

 

Terjemahan

 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya {Rasulullah SAW} Isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360000 tiang dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap tiang  itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur  hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mahupun perempuan...

 

Takhrij

 

Hadith ini ditemukan di dalam kitab sufi yang ditulis oleh As-Sayyid Muhammad Haqqiy An-Naziliy dalam Khazinat al-Asrar Jahilat al-Azkar hal. 162 dan Syeikh Utsman al-Khubawie dalam Durratun Nasihin hal. 332, tanpa sanad.

 

Pentahqiq Durratun Nasihin dalam nota kaki hadith ini menyebutkan, hadith ini tidak ditemui asal daripada kitab hadith muktabar sunnah.

 

Dinilai maudhu' ( palsu ) oleh panel dakwah JAKIM dalam soal jawab kemusykilan agama

 

Hadith 2

 

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ، فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ، فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟ قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ.

 

Terjemahan

 

Pernah suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari terbit dengan sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya. Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril, mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan 70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’. Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya. Maka adakah anda ingin wahai Pesuruh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat ke atas Muawiyah kemudian pulang.

 

Takhrij

 

HR. Tsa'labi sepertimana disebutkan oleh al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran 20/250.

 

Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiyah 1/298: “Tidak sahih.”

 

Ibn Hibban dalam al-Majruhin 2/173: “Hadith munkar yang tidak dapat dikuatkan dengan mutabaah.”

 

Imam Nawawi berkata Ulama sepakat atas kedhaifan hadith ini antaranya al-Baihaqi dengan katanya, ‘al-Ala’ mengambil hadith daripada Anas dengan hadith-hadith munkar.”

 

Berkata Imam al-Bukhari: “Munkarul Hadith”. Begitu juga pendapat Abu Hatim dan Ibn Adi

 

(Khulasah al-Ahkam 2/964).

 

 

Hadith 3

 

روى أبو نعيم من حديث أبي العلاء يزيد بن عبد الله بن الشخير عن أبيه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: “من قرأ { قل هو الله أحد } في مرضه الذي يموت فيه لم يفتن في قبره، وأمن من ضغطة القبر، وحملته الملائكة يوم القيامة بأكفها حتى تجيزه من الصراط إلى الجنة

 

Terjemahan

 

Abu Nu’aim meriwayatkan dari hadith dari Abul ‘Alaa’ Yazid bin Abdullah Asy-Syikhkhir, dari ayahnya, ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ”Barangsiapa membaca surat “Qul Huwallaahu Ahad” (yakni surah Al-Ikhlas) pada sakit yang membawa kepada kematiannya, nescaya ia tidak akan menghadapi fitnah dalam kuburnya (yakni pertanyaan dan siksaan di alam kubur), ia juga aman dari disempitkan kuburnya, dan para malaikat akan membawanya dengan sayap-sayapnya melalui titian sirat mustaqim sampai ke dalam syurga.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Nu’aim di dalam Hilyatu Al-Auliya’ 2/213, dan at-Thabarani dalam Mu'jam Al-Ausath 2/54 no.5913.

 

Hadith ini dinilai Maudhu’ (PALSU) oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif dan Maudhu' 1/473 no. 301.

 





Rujukan

 

Al-Kafi li al-Fatawi no. 346

 

Khazinat al-Asrar Jalilat al-Azkar, Syed Muhammad Haqqi an-Naziliy, 1909, Darul Kutub Arabiyyah Kubra, Mesir.

 

Durratun Nasihin, Syeikh Utsman al-Khubawie, 2016, Darul Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut, Lebnon

 

http://kemusykilan.islam.gov.my/v2/index_jawapan.php?ids=106380&q=

 

https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.361929/page/n1

Kisah Nabi SAW bercakap dengan binatang


Adapun riwayat nabi berbicara/mengakui binatang boleh bercara memang terdapat dalam banyak riwayat. Tetapi darjat kisah tersebut ada yang sahih ada yang palsu. Antaranya:-


Kisah unta (nabi memahami rintihan unta) - Abu Daud 2186, Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, 485.

Kisah serigala, lembu (nabi mengakui kebolehan binatang berbicara) - Bukhari 3471, 3690, 2324, 2156; Muslim 2388.

Burung humara - Ahmad 3643 isnadnya sahih

Peha kambing berbicara dengan nabi - Abu Daud 3912 hasan.


Yang diperselisihkan kesahihan:-


Bercakap dengan singa - tidak sahih dari nabi kerana yang boleh bercakap itu hamba nabi yang telah dimerdekakan (Safeenah) - fatwa islamweb no 144539

Kisah nabi berbicara dengan kijang - Thabarani dan Dalail Nubuwah dan di albani berkata dhaif jiddan (fatwa islamweb 144539).

Nabi berbicara terus dengan keldai (nama Ya'fur) - dinukil dari kitab Bidayah wa Nihayah 6166 dan kitab syiah Khaafiy 1/293 dan Bihar al- anwaar 17/405 - kisah ini di lemahkan oleh ramai ulama hadis kerana mu'dhol...perawinya tidak dikenali, masakan perawi hadist adalah keldai.


Kisah dhab berbicara dalam bahasa arab kepada nabi - Bidayah wa Nihayah 6/149......


Imam Ibn Kathir berkata di dalam al-Bidayah : Pada kisah ini terdapat keganjilan dan aneh.

Ibn Dihyah mengatakan di dalam al-Khasais : Ini adalah kisah palsu.

Imam al-Zahabi pula berkata di dalam al-Mizan : Kisah ini adalah bathil.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar berkata di dalam al-Lisan : Kisah ini bathil kerana salah seorang daripada perawi di dalam kisah ini iaitu Muhammad bin Ali bin al-Walid al-Sulami al-Basri adalah munkar al-Hadith.



Rujukan:

Irsyad al-hadis siri ke 30.

Fatwa Islamweb no 144539

http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=251&CID=95&SW=دماغك#SR1


Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...