Tuesday 24 December 2019

Hadith larangan tasybik



Matan hadith

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  إذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُشَبِّكَنَّ يَددَهُ فَإِنَّهُ فِي صَلَاةٍ

Terjemahan

Jika salah seorang daripada kalian berwuduk maka sempurnakanlah wuduknya, kemudia apabila dia keluar menuju ke masjid maka janganlah dia melakukan tasybik pada tangannya kerana dia itu berada dalam keadaan solat.

Takhrij

HR.  Abu Daud no. 562, Ibnu Majah no. 967 dan al-Tirmidzi no.386, disahihkan oleh Syeikh al-Albani

Penjelasan

Ketika solat makruh bagi seseorang itu untuk menggenggam secara tasybik. Mengikut jumhur ulama, larangan yang sama juga berlaku bagi seseorang bersiap sedia menuju solat. Adapaun jika sudah selesai solat, maka itu tidak mengapa.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Telah bersepakat para ashab (ulama Syafieyyah) dan selain daripada mereka tentang hukum makruh melakukan tasybik pada jari jemari ketika dalam perjalanan menuju masjid, ketika di dalam masjid pada hari Jumaat, dan selainnya, dan dimakruhkan semua bentuk perbuatan sia-sia selama mana seseorang itu menuju solat, atau menunggunya dengan menggunakan hadith di atas.

Berkata al-Khattabi: “Perbuatan tasyabbuk ini dilakukan orang sebagai satu benda perkara yang sia-sia. Sebahagian mereka pula meletupkan jari jemarinya. Sebahagian manusia pula duduk ihtiba (duduk di atas punggung sambal menegakkan dua peha dan memeluk pehanya), sambil bertasybik jari jemarinya sehingga mungkin dia akan dikalahkan dengan tidur lalu menjadi sebab batallah wuduknya. Oleh kerana itu dilarang bagi orang yang bersiap sedia untuk solat daripada berbuat semua yang disebut tadi kerana demikian tidak sesuai bagi orang yang hendak bersolat.” Terkecuali daripada hal ini ialah apa yang disebut dalam Sahih al-Bukhari.” [al-Majmu` Syarh al-Muhazzab 4/544-545].

Dan terdapat pengecualian terhadap perkara ini. Tidak dimakruhkan tasybik ketika selain waktu menuju dan menunggu solat sekalipun di dalam masjid. Ini kerana telah sahih daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda juga melakukan tasybik.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma berkata:

شَبَكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَابِعَهُ

Maksudnya: “Nabi SAW melakukan menggenggam secara tasybik pada jari jemarinya.” (HR. Bukhari no. 478).

Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu dengan orang beriman yang lain seumpama binaan yang saling mengukuh.” Lalu Baginda menggenggam tasybik. HR. Bukhari no. 482.

Hikmah larangan

Didalam Hasyiyah ath Thahawi ‘ala Maraqi al Falah, ”Hikmah larangan dari menjalin jari jemari adalah bahawa perbuatan itu berasal dari syaitan, dapat menyebabkan tidur dan tidur di antara posisi yang boleh menyebabkan hadas (al Mausu’ah al Fiqhiyah 2/4164 – 4165). Dan mengelak menyerupai solat orang yang dibenci (Yahudi) apabila dilakukan di dalam solat sepertimana hadith dari Ibnu Umar ra:

Dalam riwayat lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عن إسماعيل بن أمية، قال: سألت نافعاً عن الرجل يصلي وهو مشبِّك يديه؟ قال: قال ابن عمر: تلك صلاة المغضوب عليهم.

“Dari Isma’il bin Umayyah, ia berkata: Aku bertanya kepada Naafi’ tentang seorang laki-laki yang menjalin jari-jemarinya (tasybik) ketika solat? Maka ia berkata: Telah berkata Ibnu ‘Umar: “Itu adalah cara solat orang-orang yang dimurkai oleh Allah.” (HR. Abu Daud no. 993, sanadnya hasan dan semua perawinya tsiqah, disahihkan oleh Syeikh al-Albani)


Rujukan

Al-Kafi li al-Fatawi no. 669, Mufti Wilayah Persekutuan.

Fatwa Lajnah Daimah Lilbuhutsil Ilmiyyah wal Ifta' no. 21389

Hadith 3 waktu doa mustajab


Matan hadith

اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ

Terjemahan

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dikerjakan, dan [3] Saat turunnya hujan

Takhrij

HR. Imam Syafie dalam al-Umm. Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih menilai hadith ini hasan dan ada syawahidnya.



Matan hadith

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ

Terjemahan

“Dua doa yang tidak akan ditolak: [1] doa ketika azan dan [2] doa ketika ketika turunnya hujan.”[3]

Takhrij

HR. Abu Daud no. 2540, disahihkan oleh Syeikh al-Albani

Hadith tidur lepas subuh


Matan hadith

حَدَّثَنَا عَبْد اللَّهِ حَدَّثَنَا أَبُو إِبْرَاهِيمَ التَّرْجُمَانِيُّ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ عَنِ ابْنِ أَبِي فَرْوَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يُوسُفَ عَنْ عَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَةُ تَمْنَعُ الرِّزْقَ

Terjemahan

Telah menceritakan kepada kami Abdullah, Telah menceritakan kepada kami Abu Ibrahim At Turjumani Telah menceritakan kepada kami Isma'il Bin 'Ayyasy dari Ibnu Abi Farwah dari Muhammad Bin Yusuf dari 'Amru Bin Utsman Bin Affan dari bapaknya dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidur pagi dapat menolak rizeki."


Kedudukan Hadith:

Hadis ini adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan sebagai palsu oleh al Hasan Ibnu Muhammad al Shaghani dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah [Al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadith al Maudhu’ hal. 230]. Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami [Majma’ al Zawaaid no. 6091.], Ahmad Syakir [Musnad Ahmad 2/4], Muhammad Nasiruddin al Albani [Dhaif al Jami’ as Shaghir no. 1484 dan 3531] dan Syuaib al Arnauth [Takhrij Musnad Ahmad no. 530].



Ulasan:



Tiada tegahan dan tiada pula suruhan ke arah perkara ini. Perkara ini dilakukan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan. Sedangkan sesiapa sahaja yang ingin mencari hadis ini pasti akan menemui bahawa para ulama hadis yang terkenal telah mengkritik hadis ini sekaligus menjadikannya hadis yang tidak sahih. Ada pula yang berhujah bahawa logik akal menyokong hadis ini kerana orang yang bekerja akan lewat ke tempat kerja dan tidak dapat menjalankan tugas sekiranya tidur selepas subuh. Mereka seolah-olah lupa bahawa ada juga masyarakat kita yang bekerja pada waktu petang dan malam. Adakah mereka tidak dapat menjalankan tugas jika tidur selepas subuh?



Persoalan rezeki ini adalah persoalan besar dan untuk menyatakan sesuatu perkara itu menghalang rezeki, kita memerlukan hujah dan dalil yang kuat daripada Al Quran atau hadis sahih. Terdapat beberapa perkara lagi yang dikatakan menghalang rezeki seperti minum daripada gelas sumbing, menjahit baju di badan sendiri dan lain-lain lagi tetapi semuanya tidak mempunyai dalil atau hujah daripada Al Quran atau hadis sahih.

Saad bin Abi Waqqas meninggal dan dikebumikan di perkuburan Baqi


Yang lebih tepat kubur di cina adalah kubur Saad bin Lubaid Al Habsyi. Ini menurut sejarawan Islam China Haji Ibrahim Tien Ying Ma di dalam bukunya "Perkembangan Islam Di China".

Adapun Sa'ad Bin Abi Waqqas meninggal di lembah Aqiq, Madinah dan dimakamkan di Baqi'.

Ada hadith dari Saidatina Aisyah dan peristiwa ini bukan di China

حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ رَافِعٍ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ أَخْبَرَنَا الضَّحَّاكُ يَعْنِي ابْنَ عُثْمَانَ عَنْ أَبِي النَّضْرِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ عَائِشَةَ لَمَّا تُوُفِّيَ سَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَتْ ادْخُلُوا بِهِ الْمَسْجِدَ حَتَّى أُصَلِّيَ عَلَيْهِ فَأُنْكِرَ ذَلِكَ عَلَيْهَا فَقَالَتْ وَاللَّهِ لَقَدْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ابْنَيْ بَيْضَاءَ فِي الْمَسْجِدِ سُهَيْلٍ وَأَخِيهِ قَالَ مُسْلِم سُهَيْلُ بْنُ دَعْدٍ وَهُوَ ابْنُ الْبَيْضَاءِ أُمُّهُ بَيْضَاءُ

Dan telah menceritakan kepadaku Harun bin Abdullah dan Muhammad bin Rafi' -lafazhnya juga milik Ibnu Rafi'- keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik telah mengabarkan kepada kami Ad Dhahak yakni Ibnu Utsman, dari Abu Nadlr dari Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa ketika Sa'd bin Abu Waqash meninggal, Aisyah berkata, "Masukkanlah ia ke dalam masjid hingga aku bisa menshalatkannya." Namun mereka tidak menyetujuinya, maka ia pun berkata, "Demi Allah, sungguh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menshalatkan jenazah dua orang putra Baidha di dalam masjid, yaitu Suhail dan saudaranya." Muslim berkata; "Suhail bin Da'd adalah Ibnul Baidha, dan ibunya adalah Baidha`. (Sahih Muslim no. 1617)

Hadith melihat aurat (pornografi) tidak diterima solat selama 40 hari


Matan hadith

من نظر إلى عورة أخيه متعمدا لم يقبل الله له صلاة أربعين يوما ، ولم تستجب له دعوة أربعين صباحا
Terjemahan

Barangsiapa melihat ‘aurat saudaranya dengan sengaja, tidak diterima Allah swt solatnya selama 40 hari, dan tidak diterima doanya selama 40 subuh (hari)”

Takhrij

HN. Al-Hasani Al-Maghribi dalam Kitab Ruh As-Sunnah wa Ruh An-Nufus Al-Muthmainnah. Hadith palsu sepertimana dinaqalkan oleh Syeikh Muhammad Tahir al-Fattani dalam Tazkirah Mudhuat hal. 181.

Rujukan

http://shamela.ws/browse.php/book-12738

Hadith larangan gelojoh dalam jimak seperti haiwan bersenggama


Matan hadith

 لا يقعنَّ أحدُكُم علَى امرأتِهِ كما تقعُ البَهيمةُ وليكُن بينَهما رسولٌ قيلَ وما الرسولُ قال القُبلَةُ والكلامُ
                                                          
Terjemahan

Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian menyetubuhi isterinya seperti seekor haiwan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan di antara keduanya. Ada yang bertanya, apakah perdahuluan itu? “Beliau bersabda:” Ciuman dan ucapan (romantis).

Takhrij

HN. al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin 2/65. Al-Iraqi menilai hadits ini munkar begitu juga Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6075.

Hadith suami tergesa-gesa ketika berjimak


Matan hadith

إذا أتى أحدكم أهله فليصدقها فإن سبقها فلا يعجلها

Terjemahan

Apabila seseorang kamu mendatangi isterinya maka berilah dia sedekah jika dia (si suami) mendahuluinya (si isteri) maka janganlah dia tergesa-gesa”.

Takhrij

HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya. As-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 546, mendhaifkan hadith ini dan juga Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 451.

Hadith Aisyah ra disihir


Matan hadith

عَنْ عائشةَ زَوجِ النَّبيِّ ﷺ، أنَّها أعتَقَتْ جاريةً لها عَنْ دُبُرٍ مِنْها، ثُمَّ إنَّ عائشةَ مَرِضَتْ، فدخَلَ عليْها سِنْدِيٌّ، فقالَ: إنَّكِ مَطْبوبةٌ، فقالَتْ: مَنْ طَبَّني؟ قالَ: امرأةٌ مِن نَعْتِها كَذا وكَذا، وقَدْ بالَ في حِجْرِها صبيٌّ، فقالَتْ عائشةُ: ادْعُوا لي فُلانةَ، لجاريةٍ لها تخدُمُها، فوَجَدوها في بَيتِ جِيرانٍ لها، في حِجْرِها صبيٌّ قَدْ بالَ، فقالَتْ: حتّى أغسِلَ بَولَ هذا الصَّبيِّ، فغسلَتْهُ، ثُمَّ جاءَتْ، فقالَتْ لها عائشةُ: أسَحَرْتِينِي؟ فقالَتْ: نَعَمْ، فقالَتْ: لِمَ؟ قالَتْ: أحبَبْتُ العِتْقَ، قالَتْ عائشةُ: واللَّهِ لا تَعْتِقِي أبدًا، فأمَرَتِ ابْنَ أخيها أنْ يبيعَها مِنَ الأعرابِ ممَّنْ يُسِيءُ مَلَكَتَها، ثُمَّ ابْتَعْ بثَمنِها رقبةً؛ حتّى أُعْتِقَها، ففعَلَتْ. قالَتْ عَمْرةُ: فلَبِثَتْ عائشةُ ما شاءَ اللَّهُ مِنَ الزَّمانِ، ثُمَّ إنَّها رأَتْ في النَّومِ أَنِ اغْتَسِلي مِنْ ثلاثِ أَبْؤُرٍ يَمُدُّ بعضُها بعضًا؛ فإنَّكِ تُشْفَيْنَ، فاغتَسَلَتْ، فشُفِيَتْ

Terjemah

Telah mengabarkan pada kami Abu al-Hasan asy-Syairazi, telah   mengkabarkan kepada kami Zahir bin Ahmad, telah mengabarkan pada kami Abu Ishaq al-Hasyimi, telah mengabarkan pada kami Abu Musy’ab dari Malik, Abi ar-Rijal Muhammad bin Abdurrahman, dari ibunya Amrah binti Abdurrahman dari Aisyah, istri Nabi ﷺ, bahawa dia membebaskan budak wanita dari biara. Kemudian Aisyah sakit. Maka Seorang Sindi masuk menemui Aisyah. Dia berkata, “Sesungguhnya kamu terkena sihir.” Aisyah bertanya, “Siapa yang telah menyihirku?”. Dia menjawab, “Seorang wanita dengan ciri-ciri seperti ini dan seperti ini. Di kamarnya ada bayi yang kencing.” Lalu Aisyah berkata, “Tolong panggilkan oleh kalian si fulanah,” wanita budak yang membantunya. Mereka   menemukan wanita budak itu ada di rumah tetangga Aisyah. Di kamarnya ada bayi yang telah kencing. Wanita budak itu berkata, “Tunggu sebentar, saya mau mencuci kencing bayi ini dulu.” Budak itu pun membersihkan kencing bayi tersebut. Lalu dia datang menemui Aisyah. Aisyah pun bertanya kepadanya, “Apakah kamu telah menyihir saya?” Wanita budak itu menjawab, “Iya”. Aisyah bertanya kembali, “Kenapa?” Wanita budak itu menjawab, “Saya ingin jadi orang merdeka.” Aisyah mengatakan, “Demi Allah, selamanya kamu tidak akan menjadi orang yang merdeka.” Lalu Aisyah menyuruh Anak saudara laki-lakinya (keponakan) itu untuk menjual wanita budak itu ke orang Arab yang memperlakukan tidak baik budaknya.  Dari hasil penjualan wanita budak tersebut, kamu belikan satu wanita budak lain, sehingga saya akan memerdekan wanita budak tersebut. „Aisyah pun melakukannya.  Amrah berkata: “Aisyah pun masih tetap dalam keadaan sakit beberapa waktu lamanya, sesuai kehendak Allah. Kemudian suatu saat ketika tidur, Aisyah bermimpi (dalam mimpinya ada yang menyuruh), mandilah kamu dengan air yang berasal dari 3 sumur yang berbeza. Air itu dicampur. Maka engkau akan sembuh (dari sihir).

Takhrij

Dikeluarkan oleh Imam Baghawi dalam Syarhus Sunnah no. 3261, Syeikh al-Arnauth melalui takhrij kitab tersebut menilai sanad hadith ini sahih.

Juga boleh ditemui:

HR. Ahmad no. 22996, dari Amrah binti Abdurrahman.
Atsar ini disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad no. 22996. Juga disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil no. 1757.

Hadith kelebihan surah Waqiah, Mulk, Hasyr, Sajadah, Yasin , Dukhan


Surah al-Waqiah


Matan hadith

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا


Terjemahan

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Takhrij

HR. Harits bin Abu Usamah dalam kitab Musnadnya, no. 178, Ibnu Sunni dalam kitab Amalul Yaum wal Lailah, no. 674, dikeluarkan pula oleh Ibnu Bisyran dalam Al ‘Amali, 1/38/20, dikeluarkan juga oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 2498, dan selainnya. Semuanya berasal dari jalan Abu Syuja’ dari Abu Thayyibah dari Abdullah bin Mas'ud ra.

Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 3/279 menilai hadith ini gharib.

As-Suyuthi mendhaifkan hadith ini dalam Jamius Saghir no. 8923.

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Masabih no. 2122, 1. Dari turuq Ibn Abbas, Syeikh al-Albani menilai hadith ini maudhu' (palsu) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 290.



Surah al-Mulk


Matan hadith

لوددت أنها في قلب كل إنسان من أمتي  وفي رواية: {تبارك الذي بيده الملك}


Terjemahan

“Mahukah aku hadiahkan kamu satu hadis yang kamu akan bergembira dengannya?” Lelaki itu menjawab: “Tentu sekali aku mahu!” Beliau berkata: “Bacalah “Tabarakal-lazi biyadihil-mulk” dan ajarkanlah ahli keluargamu, semua anak-anakmu, kanak-kanak di rumahmu dan jiran-jiranmu. Sesungguhnya ia adalah al-munjiah dan al-mujadilah yang akan menjadi pembela pada hari qiamat di sisi Tuhannya bagi pihak orang yang membacanya. Dia akan meminta supaya orang yang membacanya itu selamat daripada azab neraka dan dengannya juga orang yang mendampinginya selamat daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Sungguh aku sangat bercita-cita ia (surah al-Mulk) berada di dalam hati setiap insan daripada umatku".

Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no.11616, dari Ibnu Abbas ra. Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 3/395 berkata hadith ini gharib dan Ibrahim bin al-Hakim dhaif.

Sheikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah hadith Dhaif no. 6572.


Surah al-Hasyr



Matan hadith

أنّ النبيَّ ﷺ أوصى رجلا إذا أخذ مضجعه أن يقرأ سورة الحشر وقال: إن مت مت شهيدا


Terjemahan

Jika engkau hendak tidur, maka bacalah surat Al-Hasyr. Jika engkau mati, maka engkau mati dalam keadaan syahid


Takhrij

HR. Ibnu Sunni dalam 'Amal al-Yaum wa Lailah no. 718, dari Annas bin Malik ra.

Sanadnya didhaifkan oleh as-Syaukani dalam Fathul Rabbani hal. 4962.

Didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam al-Itqan hal. 2126.

Ibnu Hajar berkata dalam Futuhat Rabbaniyah 3/161, hadithnya gharib sanadnya dhaif jiddan.

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2217.



Surah as-Sajadah


Matan hadith

كان النبي صلّى اللّه عليه وسلّم لا ينام حتى يقرأ الم تَنْزِيلُ السجدة ، وتَبارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Terjemahan

Nabi saw. tidak akan tidur sampai beliau membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulku (Al-Mulk)

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 3404, Ahmad no. 14659, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 10542 dan at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 1483, dari Jabir bin Abdillah ra.

Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 3/265, gharib, terdapat dua kecacatan yakni pada Az-Zubair dan Laith.

Disahihkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 6903

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalamSilsilah Hadith Sahih no. 585.

Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad no. 14659.



Matan hadith

من قرأ الم تنزيل، وتبارك الذي بيده الملك، فكأنّما أحيى ليلة القدر

Terjemahan

Barangsiapa yang membaca surah as-Sajadah dan al-Mulk, dia seolah-olah dia telah menghidupkan malam al-Qadar


Takhrij

HN. al-Jaza' dalam Majma' al-Bayan 8/324.

Ibnu Hajar al-Asqhalani menilai hadith yang bermula dengan barangsiapa yang membaca surah as-Sajadah.........ini  palsu dalam al-Kafiy al-Syaf no. 247.

As-Sakhawi juga menilai hadith ini palsu dalam al-Ajuwbah al-Mardhiyah 2/462.



Surah Yasin


Matan hadith

الْبَقَرَةُ سَنَامُ الْقُرْآنِ وَذُرْوَتُهُ نَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا وَاسْتُخْرِجَتْ
{ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ }
مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ فَوُصِلَتْ بِهَا أَوْ فَوُصِلَتْ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ


Terjemahan

"Al Baqarah adalah Al Qur'an kedudukan yang tertinggi dan puncaknya. Lapan puluh Malaikat turun menyertai masing-masing ayatnya. Laa ilaaha illaahu wal hayyul qayyuum di bawah 'Arsy, lalu ia digabungkan dengannya, atau digabungkan dengan surah Al Baqarah. Sedangkan Yasin adalah hati Al Qur'an.


Takhrij

HR. Ahmad no. 19415, an-Nasaie dalam  ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 1075 dari Ma'qil bin Yasar.

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth di dalam Takhrij Musnad Ahmad no. 20300. Dinyatakan mungkar oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6843.



Surah Dukhan


Matan hadith

مَنْ قَرَأَ حم الدُّخَانَ فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ يَسْتَغْفِرُ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ


Terjemahan

Barangsiapa membaca HAA MIIM (surah) Ad-Dukhan pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan memohonkan ampunan untuknya di pagi harinya.


Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2888 dari Abu Hurairah ra. Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib.

Hadith ini dinilai palsu ileh Syeikh al-Albani dalam Sunan Tirmidzi no. 2888.

As-Suyuthi berkata dalam al-Nukat 'ala Maudhuat no. 59, terdapat perawi yang dituduh berdusta bernama Umar bin Khas'am.

Dia (Umar bin Khas'am) juga dijarh munkarul hadith oleh al-Bukhari, Ibnu 'Adiy dan Baihaqi (Takhrij al-Kasyaf Ibnu Arabi 3/271).

Hadith tujuh perkara membuatkan pahala terus mengalir walaupun sudah meninggal dunia


Matan hadith

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ ، وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ ، وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ ، أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ ، أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ ، أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ ، أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Terjemahan

Di antara amalan yang tetap mengalir pahalanya bagi seorang mukmin saat dia telah wafat :ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Qur'an yang dia bagi-bagikan, masjid yang dia bangun, atau, sebuah rumah yang dia bangun untuk para musafir, sungai yang dia alirkan, dan sedekah yang dia dermakan pada saat dia sihat dan masih hidup namun tetap bermanfaat setelah wafatnya.

Takhrij

HR. Ahmad 14/439 dari Abu Hurairah ra. Sanadnya didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth.
Hadith ini dhaif menurut al-Baihaqi, Ibnu Hibban, al-Haisami, dan al-Munziri kerana perawi Muhammad bin Ubaidullah al-‘Arzami. Abu Nu’aim menyatakan gharib hadith dari Qatadah, tafarrud (bersendirian)nya Abu Nu’aim dari al-‘Arzami. Dinilai sahih oleh al-Suyuthi,  dan al-Munziri pula menyatakan sanadnya sahih atau hasan atau yang hampir dengannya pada riwayat yang lainnya. Al-Albani menilainya hasan dalam Sahih Jami’ no. 2231.

Kisah dialog Syeikh Mutawalli dengan ekstremis


Matan Kisah

Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan;

كنت أناقش أحد الشباب المتشددين فسألته: هل تفجير ملهى ليلي في إحدى الدول المسلمة حلال أم حرام ؟
فقال لي : طبعا حلال وقتلهم جائز .
فقلت له : لو أنك قتلتهم وهم يعصون الله ما هو مصيرهم ؟
قال : النار طبعاً ..
فقلت له : الشيطان أين يريد أن يأخذهم ؟
فقال: إلى النّار طبعاً
فقلت له : إذن تشتركون أنتم والشيطان في نفس الهدف وهو
إدخال النّاس إلى النار !
وذكرت له حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم لمّا مرّت جنازة يهودي أخذ الرسول صلى الله عليه وسلم يبكي فقالوا : ما يبكيك يا رسول الله ؟؟ قال : نفس أفلتت منّي إلى النار
فقلت : لاحظ الفرق بينكم وبين رسول الله صلى الله عليه وسلم الذى يسعى لهداية الناس وإنقاذهم من النار
أنتم في واد .. والحبيب محمد صلى الله عليه وسلم في واد !!!


Terjemahan

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda:
"Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi:
"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda:
"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh:
"Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda:
"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh:
"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW.
Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya:

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?"

Baginda SAW berkata:
"Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh:
"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!"


Takhrij kisah

Dinaqalkan perkataan Syeikh ini dalam sebuah buku  دولم: رواية” hal. 76  yang dikarang oleh Radwa Ibrahim. 2017, Sama For Publishing & Distribution. Dubai. Juga ditemui dalam web almantiq.net. yang diterbitkan pada May 30, 2015, 2:23 pm, dan banyak lagi.


Rujukan

https://almnatiq.net/70919/

http://www.al-jazirah.com/2015/20150813/rj7.htm

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...