Friday 19 June 2020

Hadith keutamaan 10 surah


Matan hadith


 عَشْرٌ تَمْنَعُ عَشْرًا : سُوْرَةُ الفَاتِحَةِ تَمْنَعُ غَضَبَ الرَّبِّ وَسُوْرَةُ يس تَمْنَعُ عَطْشَ القِيَامَةِ وَسُوْرَةُ الدُّخَانِ تَمْنَعُ اَهْوَالِ القِيَامَةِ وَسُوْرَةُ الوَاقِعَةِ تَمْنَعُ الفَقْرَ وَسُوْرَةُ المُلْكِ تَمْنَعُ عَذَابَ القَبْرِ وَسُوْرَةُ الكَوْثَرِ تَمْنَعُ خُصُوْمَةَ الخُصَمَاءِ وَسُوْرَةُ الكَافِرُوْنَ تَمْنَعُ الكُفْرَ عِنْدَ النَّزْعِ وَسُوْرَةُ الإِخْلاَصِ تَمْنَعُ النِّفَاقَ وَسُوْرَةُ الفَلَقِ تَمْنَعُ حَسَدَ الحَاسِدِيْنِ وَسُوْرَة ُالنَّاسِ تَمْنَعُ الوَسْوَاسَ


Terjemahan

Sepuluh surah dalam al-Quran dapat mencegah sepuluh perkara, iaitu:
a. Surah al-Fatihah mencegah kemarahan Allah
b. Surah Yaasiin mencegah kehausan di hari kiamat
c. Surah ad-Dukhaan mencegah kesusahan di hari kiamat
d. Surah al-Waaqi’ah mencegah kefakiran
e. Surah al-Mulk mencegah siksa kubur
f. Surah al-Kautsar mencegah prmusuhan
g. Surah al-Kaafiruun mencegah kekufuran ketika dicabut ruh
h. Surah al-Ikhlaas mencegah kemunafikan
i. Surah al-Falaq mencegah iri hati seseorang
j. Surah an-Naas mencegah was-was


Takhrij

Hadith ini dikatakan dijumpai dalam kitab Misyaktul Masabih.

Syeikh Ahmad Syarif al-Na’san berkata hadith ini palsu naasan.net/hadith maudhu’ no. 24 dan 27. Juga dinilai palsu dalam dorar.net/fake hadith no. 83.

Abdullah bin Mubarak berkata:

Kuatnya sanggkaanku bahwa orang-orang zindiq (yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadith-hadith tentang fadhilat surah-surah tertentu). Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata: Semua hadith yang mengatakan, barangsiapa membaca surat ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu semua hadith tentang itu adalah palsu. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadith-hadith itu telah mengakuinya sendiri. Mereka berkata, tujuan kami membuat hadith-hadith palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surah-surah tertentu dari Al-Quran) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Quran yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Quran. (Al-Manarul Munif fi Sahih Wa Dha’if, hal. 113-115).



Rujukan




Fatwa Syabakah Islamiyah no. 30147, 124798



Thursday 18 June 2020

Hadith 5 wasiat Nabi saw kepada Ali ra sebelum tidur

Matan hadith



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" يا علي لا تنم حتى تأتي بخمسة أشياء هي : قراءة القرآن الكريم كله ، التصدق بأربعة ألاف درهم ، حفظ مكانك في الجنة ، إرضاء الخصوم .
فقال علي : وكيف يارسول الله – صلى الله عليه وسلم - ؟
قال رسول الله صلى الله علية وسلم : أما تعلم يا علي أنك :
إذا قرأت ( قل هو الله أحد ) ثلاث مرات كأنك قرأت القرآن كله ؟ وإذا قرأت ( سورة الفاتحة ) أربع مرات كأنك تصدقت بأربعة الأف درهم ؟ وإذا قلت " لا إله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شيء قدير " عشر مرات فقد حفظت مكانك في الجنة ؟ وإذا قلت " أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه " عشر مرات فقد أرضيت الخصوم ؟
ثم يختمونه بقولهم : صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم


Terjemahan

Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Madinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talib mengenai LIMA WASIAT . Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA perkara ini iaitu:

1. Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.

2. Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham .

3. Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah .

4. Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Syurga.

5. Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu .

Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal itu ya Rasulullah?. Maka Rasulullah pun bersabda:

1. MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA:
Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUWALLAH HU AHAD....." sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.

2. BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM:
Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.

3. ZIARAH KE KA'ABAH:
Hai Ali apabila engkau sebelm tidur membaca: "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.

4. PELIHARA TEMPAT MU DI SYURGA:
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca: "LAA HAWALA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILALIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguh engkau telah menjaga tempatmu di Syurga.

5. MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH:
Hai Ali apabila engkau membaca: "ASTAGAFIRRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIEH" sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu.


Takhrij

Berkata Al-lajnah Ad-daimah (Mufti kerajaan saudi) 4/462,463 :

هذا الحديث لا أصل له ، بل هو من الموضوعات ، من كذب بعض الشيعة كما نبَّه على ذلك أئمَّة الحديث .
" فتاوى اللجنة الدائمة " ( 4 / 462 ، 463 ) .

Hadith ini adalah la ashla lahu tidak memiliki asal usul, bahkan termasuk hadith yang PALSU, Termasuk dari kedustaan sebagian orang syi'ah, sebagaimana para imam ahli hadith telah memperingati hal tersebut.


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 30765

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 48898, 37891

Hadith doa Allahumma innii as'aluka bi annii usyhiduka annaka laa ilaaha illa anta, Al Ahad, Ash-Shamad, alladzii lam yalid walam yuulad walam yakun laka kufuwan ahad

Matan hadith


 أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلاً، يَقُولُ‏:‏ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، الأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏:‏ لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالاِسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ‏.‏


Terjemahan

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mendengar seseorang membaca: Allahumma innii as'aluka bi annii usyhiduka annaka laa ilaaha illa anta, Al Ahad, Ash-Shamad, alladzii lam yalid walam yuulad walam yakun laka kufuwan ahad (Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu bahawa aku bersaksi kepada-Mu bahwasanya Engkau tidak ada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Mu). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda: “Sungguh kamu telah memohon kepada Allah SWT dengan suatu Nama yang apabila Dia diminta dengan menggunakan Nama itu, maka Allah pasti memberi, dan apabila ia berdoa dengan menggunakan Nama itu, maka Allah pasti mengabulkannya.


Takhrij

HR. Ibnu Hibban no. 891, daripada Buraidah ra.

Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini sahih dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban no. 891.

Hadith Nabi saw benci suara nyanyian dan ratapan


Matan hadith


إني لم أنه عن البكاء ولكني نهيت عن صوتين أحمقين فاجرين : صوت عند نغمة لهو ولعب ومزامير الشيطان وصوت عند مصيبة لطم وجوه وشق جيوب ورنة شيطان


Terjemahan

Aku tidak melarang kalian menangis. Namun, yang aku larang adalah dua suara yang bodoh dan maksiat; suara di saat nyanyian hiburan/kesenangan, permainan dan lagu-lagu syaitan, serta suara ketika terjadi musibah, menampar wajah, merobek baju, dan jeritan syaitan


Takhrij

HR. Al-Hakim 4/40, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 4/69, daripada Abdurrahman bin Auf ra. Syeikh al-Albani berkata hadith ini para perawinya tsiqah dan ada penguatnya (Silsilah Hadith Sahih 1/790).

Al-Aini dalam Nukhab al-Afkar 13/511 menilai sanad hadith ini hasan.

Hadith membenci ayah



Matan hadith

قَالَ لَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ فَهُوَ كُفْرٌ

Terjemahan

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda, Janganlah kamu membenci bapak-bapamu, kerana barangsiapa membenci bapanya, maka itu merupakan perbuatan kekafiran


Takhrij

HR. Bukhari, no. 6386 dan Muslim, no. 62, daripada Abu Hurairah ra.

Kata “membenci” dalam hadits di atas diterjemahkan dari kata raghiba ‘an yang ertinya: meninggalkannya dengan sengaja dan meremehkannya. (Mu’jamul Wasith, bab: raghiba)

Demikian juga penjelasan Ulama yang menjelaskan makna hadits ini. Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Iaitu, janganlah kamu menisbahkan (nasab kamu) kepada selain mereka (ayah kamu).” [Fathul Bari 19/257]

Maksud perkataan kekafiran di sini bukanlah kufur akbar yang mengakibatkan pelakunya murtad dan kekal dalam neraka. Yang dimaksudkan adalah kufur ashghar atau kufur nikmat. Sebahagian Ulama menyatakan sebab disebut kufur ialah kerana itu merupakan kedustaan atas nama Allah Azza wa Jalla , seolah-olah dia mengatakan, “Allah telah menciptakan aku dari air mani Fulan”, padahal Allah telah menciptakannya dari yang lain [Fathul Bari Ibn Baththal 19/171]


Hadith anjuran membaca di penghujung surah At Tin ada anjuran membaca بلى وانا على ذلك من الشاهدين



Matan hadith


أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ مِنْكُمْ { وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ } فَانْتَهَى إِلَى آخِرِهَا { أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ } فَلْيَقُلْ بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنْ الشَّاهِدِينَ وَمَنْ قَرَأَ { لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ } فَانْتَهَى إِلَى { أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى } فَلْيَقُلْ بَلَى وَمَنْ قَرَأَ { وَالْمُرْسَلَاتِ } فَبَلَغَ { فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ } فَلْيَقُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ قَالَ إِسْمَعِيلُ ذَهَبْتُ أُعِيدُ عَلَى الرَّجُلِ الْأَعْرَابِيِّ وَأَنْظُرُ لَعَلَّهُ فَقَالَ يَا ابْنَ أَخِي أَتَظُنُّ أَنِّي لَمْ أَحْفَظْهُ لَقَدْ حَجَجْتُ سِتِّينَ حَجَّةً مَا مِنْهَا حَجَّةٌ إِلَّا وَأَنَا أَعْرِفُ الْبَعِيرَ الَّذِي حَجَجْتُ عَلَيْهِ


Terjemahan

Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa di antara kalian membaca: {WAT TIINI WAZ ZAITUN} (Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun) sampai akhir ayat {ALAISALLAHU BI AHKAMIL HAAKIMIIN} (Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya?) hendaknya ia mengucapkan: "Benar, dan kami menjadi saksi untuk itu." Dan barangsiapa membaca: {LAA UQSIMU BIYAUMIL QIYAAMAH} (Aku bersumpah demi hari kiamat), hingga akhir ayat {ALAISA DZAALIKA BI QAADIRIN `ALAA AYYUHYIYAL MAUTA} (Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?) maka hendaklah ia mengatakan: "Benar." Dan barangsiapa membaca: {WAL MURSALAATI `URFA} (Demi malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan) sampai dengan: {FA BI AYYI HADITSIN BA`DAHU YU`MINUN} (Maka kepada perkataan apakah sesudah Al Quraan ini mereka akan beriman?) maka hendaknya ia mengatakan: "Aku beriman kepada Allah." Isma'il berkata: Aku pergi untuk melihat apakah dia menjaganya, Dan dia adalah seorang badui, dia berkata: "Wahai saudaraku, apakah kamu mengira bahwa aku tidak menjaganya, sungguh aku telah berhaji sebanyak enam puluh kali, tidaklah ada pada satu tahun pun kecuali aku mengetahui unta yang dulu aku pakai untuk berhaji."


Takhrij

HR. Abu Daud no. 887, didiamkan oleh Abu Daud, dan didhaifkan oleh Syeikh al-Albani.

Juga, hadith ini telah didhaifkan / sanadnya telah didhaifkan oleh ramai ulama terdahulu,

al-Bushiri Ittihaf al-Khiyarah 6/296
Imam an-Nawawi dalam al-Majmu' 4/67
Ibnu Hajar dalam al-Kafi as-Syafi no. 320, terdapat perawi yang matruk, Yazid bin Íyadh dan Nataij al-Afkar 2/41 (tetapi dalam mukasurat selepasnya, Ibnu Hajar berkata hadith ini hasan dengan banyaknya jalan riwayat)
Ibnu Arabi berkata hadith ini batil dalam 'Aridhah al-Ahwadzi 6/401
al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 8/348
al-Azim al-Ibadi dalam Aun Ma'bud 3/78
as-Syaukani dalam Fathul Qadir 5/488
al-Haithami dalam Majma' Zawaid 7/135 terdapat perawi yang tidak dikenali
Syeikh al-Arnauth dalam Sunan Abu Daud no. 887
Syeikh Ahmad Syakir dalam Takhrij Musnad 13/120

Hadith cintakan dunia punca segala kesalahan



Matan hadith


قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ: حُبُّ الدُّنْيَا رَأْسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ، وَالْمَالُ فِيهِ دَاءٌ كَثِيرٌ، قِيلَ: يَا رَوْحَ اللهِ: مَا دَاؤُهُ؟ قَالَ: لَا يُؤَدِّي حَقَّهُ قَالُوا: فَإِنْ أَدَّى حَقَّهُ؟ قَالَ: لَا يَسْلُمُ مِنَ الْفَخْرِ وَالْخُيَلَاءِ، قَالُوا: فَإِنْ سَلِمَ مِنَ الْفَخْرِ وَالْخُيَلَاءِ؟ قَالَ: يَشْغَلُهُ اسْتِصْلَاحُهُ عَنْ ذِكْرِ اللهِ


Terjemahan

Isa bin Maryam bersabda: “Cinta dunia adalah pangkal segala kesalahan, dan pada harta terdapat penyakit yang sangat banyak.”
Beliau ditanya: “Wahai roh (ciptaan) Allah, apa penyakit-penyakitnya?”
Beliau menjawab: “Tidak ditunaikan haknya.”
Mereka bertanya lagi: “Jika haknya sudah ditunaikan?”
Beliau menjawab: “Tidak selamat dari membanggakannya dan menyombongkannya.”
Mereka bertanya kembali: “Jika selamat dari bangga dan sombong?”
Beliau menjawab: “Memperindah dan mempermegahnya akan menyibukkan diri dari zikrullah (mengingat Allah).


Takhrij

HR. Abu Nu’aim al Ashbahani dalam Hilyatul Auliya 6/388 no. 9484, daripada Sufyan al-Tsauri. Al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’ 1/412 no. 1099 menilai hadith ini dhaif.

As-Sakhawi menilai hadith ini mursal dan sanadnya hasan melalui Hasan al-Basri ra dalam Maqasid Hasanah hal. 182-183, dengan lafaz  hadith yang lebih ringkas “حُبُّ الدُّنْيَا رَأْسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ


Hadith zikir yang mendapat ganjaran 2 juta kebaikan



Matan hadith


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ اَبِى اَوْفَى رض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: مَنْ قَالَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ اَحَدًا صَمَدًا لَمْ يَلِدْ وَ لَمْ يُوْلَدْ وَ لَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ كَتَبَ اللهُ لَهُ اَلْفَيْ اَلْفِ حَسَنَةٍ. الطبرانى


Terjemahan

Dari ‘Abdullah bin Abi Aufa RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah ahadan shamadan lam yalid walam yulad wa lam yakun lahu kufuwan ahad, Allah mencatat baginya dua juta kebaikan”.


Takhrij

HR. Ibnu Asakir dalam Mu'jam Syuyyukh 2/1197, beliau berkata hadith  ini gharib.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5122.

Syaitan tidak akan memasuki rumah selama 3 hari apabila dibaca surah al-Baqarah


Matan hadith

Dari Sahl bin Said beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahualaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا ، وَإِنَّ سَنَامَ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ ، مَنْ قَرَأَهَا فِي بَيْتِهِ لَيْلًا لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ ثَلَاثَ لَيَالٍ ، وَمَنْ قَرَأَهَا نَهَارًا لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ


 Terjemahan

Sesungguhnya segala sesuatu punya puncak, dan puncak Al-Qur’an adalah surah Al-Baqarah. Siapa yang membacanya di rumahnya pada malam hari, setan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam. Dan siapa yang membacanya di siang hari, setan tidak akan bisa masuk rumahnya selama tiga hari.

Takhrij

HR. Ibnu Hibban no. 780. Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini dhaif kerana dhaifnya Khalid bin Saíd.

Syeikh al-Albani juga mendhaifkan hadith ini dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1349


Hadith syaitan hadir ketika sakaratul maut


Matan hadith

روي عن النبي صلى الله عليه وسلم : أن العبد إذا كان عند الموت قعد عنده شيطانان ، الواحد عن يمينه والآخر عن شماله ، فالذي عن يمينه على صفة أبيه ، يقول له : يا بني ! إني كنت عليك شفيقاً ولك محباً ، ولكن مت على دين النصارى فهو خير الأديان ، والذي على شماله على صفة أمه ، تقول له : يا بني ! إنه كان بطني لك وعاء ، وثديي لك سقاء ، وفخذي لك وطاء ، ولكن مت على دين اليهود وهو خير الأديان

Terjemahan

Diriwayatkan dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, bahawa seorang hamba jika menghadapi sakratul maut, maka ada dua syaitan yang duduk di sisinya. Yang satu di sisi kanannya dan yang satunya lagi di sisi kirinya. Yang berada di sisi kanannya memiliki ciri seperti bapanya, dia berkata kepadanya, ‘Wahai anakku! Sungguh aku sangat sayang dan cinta kepadamu, akan tetapi matilah dalam agama Nasrani, dia adalah sebaik-baik agama. Sedangkan yang di sebelah kiri berwujud seperti ibunya, dia berkata kepadanya, ‘Wahai anakku! Sesungguhnya dahulu perutku menjadi tempatmu, susu awal ibu menjadi minumanmu, pahaku menjadi bantalmu, akan tetapi matilah dalam agama Yahudi, dia adalah sebaik-baik agama

Takhrij

HR. Qurtubi dalam at-tazkirah fi ahwal al-mauta wa umuril akhirah’ hal. 29-30. Juga disebutkan oleh Al-Hasan Al-Qabisi dalam ‘Syarah Ibnu Abi Zaid’ dan disebutkan pula oleh Abu Hamid, dalam kitab ‘Kasyfu Ulumil Akhirah’.

Syeikh al-Albani berkata apa yang disebutkan al-Qurtubi ini tidak ditemukan dalam al-Quran dan Sunnah yang muktabar untuk dijadikan pedoman (Silsilah Hadith Dhaif 3/645).

As-Suyuthi juga berkata  beliau tidak menemukan hadith ini dalam riwayat yang sahih.

Rujukan

Fatwa Soal Jawab Islam no. 224448

Hadith-hadith kepada pelaku bidaah



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعْ بِدْعَتَهُ

“Sungguh Allah menghalangi taubat dari setiap pelaku bidaah sampai ia meninggalkan bidaahnya” (HR. Ath Thabrani dalam Mu'jam al- Ausath no.4334, daripada Anas ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 54).



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحِبِ كُلِّ بِدْعَةٍ

Sesungguhnya Allah menutupi tabir taubat dari setiap pelaku bidaah (HR. al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath no. 4202, daripada Anas ra. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Takhrij Kitab Sunnah no. 37).



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إذا مات صاحب بدعة فقد فتح في الإسلام

Apabila seseorang ahli bidaah mati, maka sesungguhnya telah menanglah dalam Islam suatu kemenangan (HR. Dailami dalam Musnad Firdaus no. 1118, daripada Anas ra. Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2706).



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

من وقَّر أهلَ البِدَعَ فقد أعان على هدمِ الإسلامِ

Barangsiapa yang menghormati (memuliakan) ahli bidaah, maka sesungguhnya ia telah membantu menghancurkan Islam (HR. Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 6772, daripada Abdullah bin Bisyr ra. As-Sakhawi mendhaifkan hadith ini dalam Maqasid Hasanah no. 482 dan Syeikh al-Albani no. 5877).



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

أَهْلُ البدَعِ شرُّ الخَلقِ والخليقةِ

Orang-orang ahli bidaah itu seburuk-buruknya makhluk dan seburuk-buruk yang diciptakan (HR. Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 4/196, daripada Anas ra. Syikh al-Albani mendhaifkan hadith ini dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3351).


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اصحاب البدع كلاب النار

Orang-orang ahli bidaah itu adalah anjing-anjing neraka! (HR. Ibnu al-Banna dalam al-Rad 'ala al-Mubtadi'a 1/3, daripada Abu Umamah ra. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2792).

Hadith ajaran Islam akan terungkai sedikit demi sedikit, mula-mula hukum Allah dan terakhir adalah solat


Matan hadith

لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.

Terjemahan

Demi sesungguhnya tali simpulan yang mengikut setiap ajaran islam akan dirungkai (dirombak) satu demi satu (satu selepas satu). Maka setiap kali satu ikatan dirungkai nescaya orang ramai terpaksa bergantung dengan ikatan simpulan yang masih ada lagi. Maka yang mula-mula dirungkai ialah perkara hukum (Allah) dan yang paling akhirnya ialah solat.

Takhrij

HR. Ahmad no. 22160, daripada Abu Umamah al-Bahili RA. Syeikh al-Arnauth dan Ibn Bazz menilai sanadnya jayyid (baik).

Hadith tersebut juga dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Mawarid no. 216 dan Mustafa al-'Adhawi dalam Sahih Musnad Min Ahadith Fitan  hal. 381.

Bumi menangisi orang mukmin ketika dia meninggal


Matan hadith

عن شريح بن عبيد الحضرمي:] إنَّ الإسلامَ بدأ غريبًا وسيعودُ غريبًا ألا لا غُربةَ على مؤمنٍ ما ماتَ مؤمنٌ في غربةٍ غابَت عنه فيها بواكيِه إلا بكتِ عليه السماءُ والأرضُ ثُمَّ قرأ رسولُ اللَّه ﷺ فَما بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّماءُ والأَرْضُ ثُمَّ قال: إنَّهما لا يبكيانِ على كافرٍ

Terjemahan

Dari Syuraih ibnu Ubaid Al-Hadrami yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw, pernah bersabda: Sesungguhnya Islam itu asing permulaannya dan kelak akan kembali asing seperti semula. Ingatlah, tiada keterasingan bagi orang mukmin. Tidak sekali-kali seorang mukmin meninggal dunia di pengasingan yang padanya tiada seorang pun yang menangisi kepergiannya, melainkan langit dan bumi menangisi kepergiannya. Kemudian Rasulullah Saw. membaca firman-Nya: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka. (Ad-Dukhan: 29) Kemudian Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan menangisi kematian orang kafir.

Takhrij

HR. at-Tabari dalam Tafsirnya 22/34. As-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 13/274 dan As-Syaukani dalam Faidhul Qadir 4/808 mendhaifkan (mursal) hadith ini.


وقال ابن جرير : حدثنا أبو كريب ، حدثنا طلق بن غنام ، عن زائدة ، عن منصور ، عن منهال ، عن سعيد بن جبير قال : أتى ابن عباس رجل فقال : يا أبا عباس أرأيت قول الله : ( فما بكت عليهم السماء والأرض وما كانوا منظرين ) فهل تبكي السماء والأرض على أحد ؟ قال : نعم إنه ليس أحد من الخلائق إلا وله باب في السماء منه ينزل رزقه ، وفيه يصعد عمله ، فإذا مات المؤمن فأغلق بابه من السماء الذي كان يصعد فيه عمله وينزل منه رزقه بكى عليه ، وإذا فقد مصلاه من الأرض التي كان يصلي فيها ويذكر الله فيها بكت عليه ، وإن قوم فرعون لم تكن لهم في الأرض آثار صالحة ، ولم يكن يصعد إلى الله منهم خير ، فلم تبك عليهم السماء والأرض .


Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Talq ibnu Ganam, dari Zaidah, dari Mansur, dari Minhal, dari Sa’id ibnu Jubair yang menceritakan bahwa pernah seorang lelaki datang kepada Ibnu Abbas r.a, lalu bertanya:

"Hai Abul Abbas, bagaimanakah pendapatmu tentang firman Allah subhanahu wa ta’ala:
‘Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh.’ (QS. Al-Dukhan: 29)

Maka apakah langit dan bumi itu dapat menangisi kematian seseorang?" Ibnu Abbas menjawab, "Ya, sesungguhnya tiada seorang makhluk pun melainkan mempunyai pintu di langit yang darinya turun rezekinya dan dengan melaluinya amal perbuatannya dinaikkan.
Maka apabila seorang mukmin meninggal dunia pintunya yang di langit tempat naik amalnya dan tempat turun rezekinya ditutup, lalu ia merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan tempat dia biasa mengerjakan solatnya di bumi dan tempat ia biasa berzikir kepada Allah subhanahu wa ta’ala bila dia meninggal, merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan sesungguhnya kaum Fir’aun itu tidak mempunyai jekak-jejak yang baik di bumi, tidak pula memiliki kebaikan yang dinaikkan ke langit kepada Allah subhanahu wa ta’ala Maka langit dan bumi tidak menangisi kematian mereka. (Tafsir Ibnu katsir 7/254).

Hadith ancaman orang solat masih berbuat mungkar



Matan hadith

مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ تَنْهَهُ صَلَاتُهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللَّهِ إِلَّا بُعْدًا

Terjemahan

Siapa yang melakukan shalat yang tidak mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar maka tidak bertambah dari Allâh Subhanahu wa Ta’ala kecuali semakin jauh

Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 1102 dan al-Qudhaie dalam Munas as-Syihab 2/43, Ibnu Abi Hatim sepertimana disebutkan dalam Tafsir Ibnu Katsir 2/414, daripada Ibnu Abbas ra. secara marfu’, sanadnya dhaif jiddan.

Secara mauquf,

مَنْ لَمْ تَأْمُرْهُ صَلاَتُهُ بِالْمَعْرُوْفِ وَ لَمْ تَنْهَهُ عَنِ الْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا

Siapa yang shalatnya tidak mengajaknya berbuat kebaikan dan tidak mencegahnya dari kemungkaran, tidak bertambah dari Allâh Subhanahu wa Ta’ala kecuali semakin jauh.

Takhrij

HR. Ahmad dalam al-Zuhd no. 871 dan at-Thabari dalam Tafsirnya 10/144 , at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 9/103, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/174dari sahabat Ibnu Mas’ud ra. Sanadnya sahih.


Ada riwayat yang marfu’

 لاَ صَلاةَ لِمَن لَمْ يُطِعِ الصَّلاةَ، وَطاعَةُ الصَّلاةِ أنْ تَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ

Tidak ada solat bagi yang tidak mentaati solat.  Mentaati solat adalah mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Takhrij

HR. at-Thabari dalam tafsirnya 20/155, Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya no. 17342 dan al-Wahidi dalam al–Wasîth 3/421 dari jalan Juwaibir dari ad-Dhahak dari Ibnu Mas’ud. Sanadnya hadith ini lemah sekali dengan ada Juwaibir seorang perawi yang lemah sekali (at-Taqrib hal. 987)

Ada juga marfu’ dari Ibnu Umar ra. dalam al-Majruhin 2/297, ad-Daraquthni dalam Gharaib Malik meyatakan hadith ini bathil (Takhrij Ahadits al-Kasyaf az-Zailaie 3/44).

Juga marfu’ dari al-Hasan sepertimana disebutkan Ibnu Abi Hâtim dalam Tafsirnya sebagaimana disampaikan Ibnu Katsîr 2/414. Riwayat ini dhaif.

Daripada Hasan al-Basri secara mursal:

مَنْ صَلَّى صَلاَةً فَلَمْ تَأْمُرْهُ بِالْمَعْرُوْفِ وَ لَمْ تَنْهَهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَ الْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ بِهَا مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا،

Siapa yang melakukan Solat lalu Solatnya tidak mengajaknya berbuat kebaikan dan tidak mencegahnya dari perbuatan keji dan kemungkaran, tidak bertambah dari Allâh kecuali semakin jauh.

Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/174. Al-Hafiz al-Iraqi berkata hadith ini mursal, tetapi sanadnya sahih.

Syaekh al-Albani pun menambahkan, “Sanadnya kepada al-Hasan yang sahih namun itu tidak mesti hadithnya sahih sebagaimana sudah diketahui dalam ilmu mushthalah hadith. Apalagi itu termasuk mursal al-Hasan iaitu al-Bashri. Ibnu Sa’ad berkata: Semua yang dimursalkan al-Hasan bukanlah hujjah.


Kesimpulan

Syaikh al-Albâni t menyatakan, “Kemudian saya mendapatkan Syaikhul Islâm Ibnu Taimiyah berkata pada sebagian fatwanya: Hadits ini tidak sah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tapi shalat itu memang bisa mencegah dari perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dijelaskan Allâh Azza wa Jalla dalam al-Qur`an. Kesimpulannya shalat tidak menambah pelakuya jauh, bahkan orang yang shalat lebih baik dari yang tidak shalat dan lebih dekat kepada Allâh walaupun ia seorang fasiq. Saya katakan bahwa seakan-akan beliau mengisyaratkan pelemahan hadits ini dari sisi pengertian (matannya) juga dan inilah yang benar. (Silsilah Hadith Dhaif no. 2).

Hadith Malaikat Mikail tidak pernah senyum sejak neraka diciptakan


Matan hadith

ثَابِتًا الْبُنَانِيَّ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِجِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام مَا لِي لَمْ أَرَ مِيكَائِيلَ ضَاحِكًا قَطُّ قَالَ مَا ضَحِكَ مِيكَائِيلُ مُنْذُ خُلِقَتْ النَّارُ

Terjemahan

Tsabit al-Bunani menceritakan dari Anas Bin Malik dari Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam beliau bertanya kepada Jibril Aalaihissalam, "Kenapa saya sama sekali tidak pernah melihat Mikail tersenyum?". Jibril menjawab, "Ia tidak pernah tersenyum sejak neraka dicipta.

Takhrij

HR. Ahmad no. 13343, sanadnya dinilai dhaif oleh Syeikh al-Arnauth.

al-Iraqi dalam Takhrij Ihya 4/181 menilai hadith ini hasan.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dengan syawahidnya dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2511

Zikir melancarkan rezeki (haqqul mubin, tasbih, istighfar 100 kali)




Berikut adalah amalan yang disunnahkan kepada para sahabat Rasulullah SAW dengan faedah untuk memudahkan saluran-saluran rezeki yang disebutkan Abu Bakar bin Sayid Muhammad Syatha Dimyathi dalam karyanya Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in 1/286-287:-

وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث صحيحة كثيرة، أمر بها بعض أصحابه لتوسعة الرزق، وقال بعض العارفين: وهي مجربة لبسط الرزق الظاهر والباطن، وهي هذه: لا إله إلا الله الملك الحق المبين، كل يوم مئة مرة. سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم، أستغفر الله، كل يوم مئة مرة. واستحسن كثير من الأشياخ أن تكون بين سنة الصبح والفريضة، فإن فاتت في ذلك فبعد صلاة الصبح وقبل طلوع الشمس، وإن فاتت في ذلك فعند الزوال. فلا ينبغي للعبد أن يخلي يومه عنها.

Tersebut dalam banyak hadits sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian ‘arifin mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin. Bacaan yang dimaksud ialah “La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin” setiap hari 100 kali. “Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil adzim, astaghfirullahal adzim” setiap hari 100 kali. Banyak guru besar menganggap baik melazimkan bacaan ini saat di antara sembahyang sunah Subuh dan sembahyang Subuh. Kalau kesempatan itu luput, maka bacalah setelah Subuh hingga sebelum fajar menyingsing.

Analisis

Pernyataan al-Dimyathi ini ada dasarnya daripada gabungan beberapa hadith yang darjatnya berbeza-beza, antaranya:-

1)      Hadith zikir La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin 100 kali

مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ

Barangsiapa membaca Laa Ilaaha Illallaah Al-Malikul Haqqul Mubin seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari azab kubur, mendapat kekayaan dan terbuka baginya pintu-pintu syurga.”

Takhrij
HR. Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 8/280, daripada Anas bin Malik ra; Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya 12/358-359, Ibnu Asakir dalam Mu’jam Syuyukh no. 266, daripada Ali bin Abi Thalib ra.

Abu Nu’aim berkata hadith sanad dari Anas ra, gharib melalui Salim bin Maimun dari Malik. Abu Hatim dan al-Uqaili berkata hadithnya tidak boleh ditulis (Mizan ‘Itidal 2/186-187).

Ad-Daraquthni mendhaifkan hadith dari sanad Ali ra, dalam Ilalnya 3/106, gharibnya hadith-hadith Malik.

Az-Zahabi menilai hadith ini palsu dalam Talkhish al-“Ilal Mutanahiyah no. 306.

Ibn Rajab menilai hadith ini mursal dalam Kalimah al-Ikhlas 3/84.

As-SaKhawi berkata dalam al-Ajuwbah Mardhiyyah 1/337 hadith marfu’tidaklah sahih.

Dalam takhrij dan tahqiq Syaikh Thariq ‘Athif Hijazi di Alukah.net, hadith ini dhaif jiddan. Sebahagian perawinya lemah (Fadhl bin Ghanam) dan sebahagaian yang lain mursal.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah hadith Dhaif no. 3310.


2)      Hadith Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil 'adzim  dan istighfar 100 kali

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Ada dua kalimat zikir yang ringan diucapkan di lidah, tetapi berat, besar pahalanya pada timbangan amal kebaikan, dan sangat dicintai oleh Ar-Rahman (Allah Ta’ala yang  Maha Luas Rahmat-Nya), iaitu: Subhaanallaahi wa Bihamdihi, Subhaanallahil ‘Azhiim

Takhrij

HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694 daripada Abu Hurairah ra.

Lafaz hadith di atas tidak pula menyebutkan bilangan 100 kali. Adapun yang menyebut lafaz

Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim dan istighfar 100 kali berasal dari hadith berikut:

جاء رجلٌ إلى النَّبيِّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فشكى إليه فقرًا ، فقال: أين أنت من صلاةِ الملائكةِ ، وتسبيحِ الخلائقِ ، وبها ينزِلُ الرِّزقُ ، تقولُ من طلوعِ الفجرِ إلى صلاةِ الصُّبحِ: سبحانَ اللهِ وبحمدِه سبحانَ اللهِ العظيمِ ، أستغفِرُ اللهَ مائةَ مرَّةٍ تأتيك الدُّنيا راغمةً ذاخِرةً ، ويخلُقُ اللهُ من كلِّ كلمةٍ ملَكًا يُسبِّحُ ، لك ثوابُه إلى يومِ القيامةِ

Takhrij

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3731, daripada Abdullah bin Umar ra.

Ibnu Adi dalam Kamil Fi Dhuafa’ 1/558 berkata sanad hadith ini bathil dari Malik.

Az-Zahabi berkata dalam Tartib maudhuat no. 276, sanad hadith ini terdapat perawi bernama Ishaq, dia munkarul hadith jiddan.

Terdapat satu lagi riwayat yang menggabungkan amalan di atas dengan beberapa amalan lain, yang dinaqalkan oleh al-Subki dalam Thabaqat Syafieyyah Kubra 6/306, dan beliau menyatakan sanadnya tidak diketahui.

حديثُ كلماتٍ وردَ في تكرارِها فضائلٌ وهيَ عشرٌ الأولى لا إلهَ إلا اللهُ وحدهُ لا شريكَ لهُ إلى آخرِهِ الثانيةُ سبحانَ اللهِ والحمدُ للهِ إلى آخرهِ الثالثةُ سبوحٌ قدوسٌ ربُّ الملائكةِ والروحِ الرابعةُ سبحانَ اللهِ العظيمِ وبحمدهِ الخامسةُ أستغفرُ اللهَ العظيمَ الذي لا إلهَ إلا هوَ الحيُّ القيومُ وأسألهُ التوبةَ السادسةُ اللهمَّ لا مانعَ لما أعطيتَ إلى آخرهِ السابعةُ لا إلهَ إلا اللهُ الملكُ الحقُّ المبينُ الثامنةُ بسم اللهِ الذي لا يضرُّ معَ اسمِهِ شيءٌ في الأرضِ ولا في السماءِ إلى آخرهِ التاسعةُ اللهمَّ صلِّ على محمدٍ عبدِكَ ونبيكَ ورسولِكَ النبيِّ الأميِّ وعلى آلِ محمدٍ العاشرةُ أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ مِنَ الشيطانِ الرجيمِ الواردُ في فضلِ قراءةِ {لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ} إلى آخرِ السورةِ وفي فضلِ قراءةِ {الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا} إلى آخرِ السورةِ وفي قراءةِ أول الحديدِ


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 110949



Hadith larangan melaknat orang lain



Matan hadith


إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتِ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا، ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا، ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا، فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ، فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا

Terjemahan

Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit di bawahnya. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tetutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri. Jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, ia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika orang itu memang layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.

Takhrij

HR. Abu Daud no. 4905, daripada Abu Darda’ ra, didiamkan ole Abu Daud dan dinilai hasan oleh Syeikh al-Albani.

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...