Monday 30 August 2021

Kisah Imam Malik dengan wanita pemandi jenazah

 

 

Matan kisah

 

في زمن الامام مالك رحمه الله

 ماتت امراة من نساء المدينة المنورة فجيء بها الى المغسلة كي تغسلها ولما وضع الجثمان ليغسل جاءت المغسلة تصب الماء على جسد الميتة فذكرتها بسوء وقالت كثيرا ما زنا هذا الجسد فالتصقت يد المغسلة بجسم الميتة بحيث اصبحت لا تقوى على تحريك يدها فاغلقت الباب حتى لا يراها احد وهي على هذا الحال واهل الميتة خارج الحجرة ينتظرون تكفين الجثة فقالوا لها انحضر الكفن فقالت لهم مهلا وكرروا عليها القول وهي تقول مهلا وبعد ذلك دخلت احدى انساء فرات ما رات فاخذوا راي العلماء فمنهم من قال تقطع يد المغسلة لتدفن الميتة لان دفن الميت امر واجب وقال بعضهم نقطع قطعة من جسد الميتة لنخلص المغسلة لان الحي ابقي من الميت واشتد الخلاف ووقف علماء المدينة المنورة حائرين ايقطعوا يد المغسلة ام يقطعوا قطعة من جسد الميتة

 

 واخيرا اهتدوا الى ان يسألوا الامام مالك بن انس رحمه الله وقالوا كيف نختلف وبيننا الامام ملك وذهبوا اليه وسالوه واذا بالامام ياتي على جناح السرعة وبينه و بين المغسلة و الميتة باب سالها الامام قائلا ماذا قلت في حق الميتة اجابته رميتها بالزنا فقال الامام

 

تدخل بعض النسوة على المغسلة ويجلدونها ثمانين جلدة حد القذف مصداقا لقوله تعالى :

"والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا باربعة شهداء فإجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا وأولائك هم الفاسقون" (النور:4)

فدخلت النسوة وجلدن المرأة المغسلة القاذفة وبعد تمام الجلدة الثمانين انفصلت يدها عن جسد الميتة.....

 

Terjemahan

 

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).

 

Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

 

Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.

 

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

 

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik membacakan firman Allah swt:

 

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

 

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.(An-Nuur: 4).

 

Dan beliau berkata:

 

 "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

 

Takhrij

 

Kisah ini disebutkan berserta sanadnya dalam kitab Lisan al-Mizan 6/304 karya Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Khutbah al-Mimbariyah 12/7-11.

 

Sanad kisah ini mempunyai 3 masalah.

 

Pertama, dalam sanadnya terdapat Ya’qub bin Ishaq al-Asqalani. Berkata az-Zahabi, beliau adalah pendusta. (Mizan al-I’tidal, 4/449)

 

Kedua, al-Musayyib bin Abdul Karim. Beliau dituduh sebagai pendusta oleh ad-Daraquthni. (Mizan al-I’tidal, 4/116)

 

Ketiga, padanya Ibrahim bin Uqbah, seorang yang majhul. (Mizan al-I’tidal, 1.49)

 

Berkata Ibnu Hajar al-Asqalani sebelum menukilkan kisah ini dalam biografi Ya’qub bin Ishaq al-Asqalani, “Dan aku telah mendapati hikayat daripadanya, seolah-olah ia daripada pemalsuannya.” (Lizan al-Mizan, 6/304)

 

Ali Ibrahim Hasyisy menjelaskan lebih lanjut kepalsuan kisah ini dalam Silsilah Ahadith al-Wahiyah wa Sahih Hadithsak 1/92-96.

 

Al-Khatib Syarbini dalam Mughni Muhtaj 1/358, mengisyaratkan kedhaifan kisah ini dengan lafaz tamridh “dihikayatkan” pada permulaan kisah dan seluruh kisah tersebut gharib (ganjil)

 

Syeikh Masyhur Hasan dalam Qusas la Tsabit 2/78-79 menilai kisah ini palsu.

 

Rujukan

 

https://bit.ly/2Y3Oc7z

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 80305

 

https://m.facebook.com/ahadeth.daeefa.batela/posts/968594373210892

 

https://al-maktaba.org/book/31621/37330

Sunday 29 August 2021

Hadith baca selawat ketika lupa?

 

Matan hadith

 

إذا نَسيتُم شيئًا، فصَلُّوا عليَّ تَذكُروه إنْ شاء اللهُ تعالى

 

Terjemahan

 

Jika kalian lupa sesuatu, bacalah selawat kepadaku, kalian akan segera ingat, insyaaAllah

 

Takhrij

 

HN. Ibnu Qayyim dalam Jalaul Afham 5/80. Beliau menyebutkan riwayat yang dibawakan Abu Musa al-Madini, dari jalur Muhammad bin Itab al-Maruzi, dari Sa’dan bin Abdah, dari Ubaidillah al-Atki, dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu.

 

Sanadnya dhaif meurut al-Qastalani dalam Mawahib Laduniyah 2/672, dan as-Sakhawi dalam Qaul Badi’ no. 326. Terdapat 2 perawi dhaif, salah satunya, Ubaidillah al-Atki, dia tidak boleh dijadikan penguat menurut al-Uqaili dan al-Baihaqi, malah menurut Imam Bukhari dia banyak meriwayatkan hadith munar (Tahzibut Tahzib 7/27). Makala Sa’dan bin Abdah didaikan oleh Ibnu Adi.

Hadith antivaksin (vaksin adalah racun pembunuh setahun)??

 

 

Matan hadith

 

حَدَّثَنِي الْأُسْتَاذُ أَبُو الْوَلِيدِ، ثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سُلَيْمَانَ بْنِ الْأَشْعَثِ، ثنا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ جَدِّي، عَنْ عَقِيلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ رَجُلًا أَهْدَى يَوْمًا لِأَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ صَحْفَةً مِنْ خَزِيرَةٍ، وَعِنْدَهُ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ الْحَارِثُ بْنُ كَلَدَةَ، وَعِنْدَهُ عِلْمٌ، فَلَمَّا أَكَلَا مِنْهَا، قَالَ ابْنُ كَلَدَةَ فِيهَا سُمٌّ سَنَةٍ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَمْ يَمُرَّ الْحَوْلُ حَتَّى مَاتَا فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ رَأْسِ السَّنَةِ

 

Takhrij

 

Diriwayatkan kepadaku, Al-Ustadz Abul Walid, dari Abdullah bin Sulaiman bin Al-Asy’ats, dari Abdul Malik bin Syu’aib bin Al-Laits, dari ayahnya, dari datuknya, dari Aqil, dari Ibnu Syihab; bahawa suatu hari seorang lelaki memberi hadiah kepada Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, satu mangkuk daging yang direbus. Di sisi Abu Bakar, ada seorang yang bernama Al-Harits bin Kaladah. Ia punya pengetahuan tentang ilmu perubatan. Ketika keduanya memakan daging rebus itu, Ibnu Kaladah berkata, “Di dalamnya terdapat racun satu tahun.” Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidak berlalu satu tahun sampai keduanya mati, pada hari yang sama, di akhir tahun itu.”

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Mustadraknya no. 4472 dan Abu Nu’aim dalam Al-Thibb Al-Nabawi no. 570, daripada Ibnu Syihab al-Zuhri.

 

Sanad Abu Nua'im:-

 

Ahmad bin Muhammad meriwayatkan kepada kami dalam kitabnya, dari Abdullah bin Muhammad bin Ziyad Al-Naisaburi, dari Yusuf bin Sa’id bin Muslim, dari Hajjaj, dari Al-Laits bin Sa’d, dari Aqil, dari Ibnu Syihab....

 

Az-Zahabi dalam al-Talkhis menilai atsar ini mursal.

 

Jika diamati, akan ditemukan setidaknya tiga masalah utama dalam sanad hadith summu sanatin.

 

Pertama, adanya inqitha’ (terputusnya sanad). Diduga, dalam sanad hadith ini terdapat unsur yang menyebabkan hadith bernilai dhaif. Iaitu inqitha’ atau terputusnya sanad. Lokasinya ada pada perawi antara Ibnu Syihab dengan Abu Bakar Al-Shiddiq. Kita dapat mengamatinya dengan mata kasar.

 

Ibnu Syihab wafat tahun 125 Hijriah. Sedangkan Abu Bakar wafat tahun 13 Hijriah. Ada jarak 112 tahun antara wafatnya Abu Bakar dan Ibnu Syibah. Jika kita andaikan Ibnu Syihab berusia 60 tahun, bererti ia lahir sekitar tahun 65 H. Puluhan tahun setelah Abu Bakar wafat. Dan kenyataannya, menurut keterangan para ulama Ibnu Syihab, iaitu Ibnu Syihab Al-Zuhri lahir pada tahun 50-an Hijriah. Disebutkan pula keterangan bahawa Ibnu Syihab hanya meriwayatkan dari 10 orang sahabat Nabi. Tidak ada nama Abu Bakar di dalamnya.

 

Di sini, tentu saja Ibnu Syihab tidak bertemu dengan Abu Bakar. Jika tidak bertemu Abu Bakar, dari mana Ibnu Syihab dapat kisah ini? Kerana itu, kemungkinanannya, ada satu orang perawi yang menghubungkan Ibnu Syihab dan Abu Bakar, yang mana perawi tersebu hilang! Inilah inqitha’.

 

Kedua, adanya perawi yang diperselisihkan oleh para ulama tentang kualitinya. Perawi tersebut adalah Abdullah bin Sulaiman bin Al-Asy’ats (w. 316 H.). Beliau adalah putera Imam Abu Daud Al-Sijistani, penulis kitab Sunan Abi Daud. Para ulama lebih banyak yang menilainya sebagai perawi yang terpercaya (tsiqah). Tetapi, anehnya, ayahnya sendiri menyebut Abdullah bin Sulaiman sebagai pendusta (kazzab). Akibatnya tentu saja tidak ringan pada hadith yang diriwayatkannya. Kerana, perawi yang digelari dengan sebutan ini, bererti hadith yang diriwayatkannya berstatus maudhu’ atau palsu. Imam Al-Daruquthni menilainya tsiqah tetapi memiliki banyak kesalahan dalam periwayatan hadith.

 

Ketiga, perawi yang majhul. Dalam jalur riwayat Imam Abu Nu’aim ditemukan perawi bernama Ahmad bin Muhammad. Tidak diketahui siapa beliau sebenarnya (majhul). Kerana itu, sementara, status beliau adalah sebagai perawi yang berkualifikasi majhul. Keberadaan perawi majhul dalam sebuah sanad, menyebabkan riwayat ini mengalami inqitha’ atau terputusnya sanad.

Hadith mati akibat kezaliman penguasa adalah lebih baik dari kesesatan

 

Matan hadith

 

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ نَصْنَعُ ؟ قَالَ : ” كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ

 

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya roda Islam terus berputar, maka hendaklah kalian berputar bersama kitab Allah kemanapun ia berputar. Ketahuilah, sesungguhnya al-Quran akan berpisah dengan pemerintah, maka janganlah kalian memisahkan diri dari Al-Quran.Ketahuilah, sesungguhnya akan datang kepada kalian para penguasa yang memutuskan perkara untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak memutuskannya untuk kepentingan kalian. Jika kalian tidak mentaati mereka, nescaya mereka akan membunuh/menyusahkan kalian. Namun jika kalian mentaati mereka, nescaya mereka akan menyesatkan kalian. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, apakah yang harus kami lakukan?. Beliau SAW menjawab, Lakukanlah sebagaimana hal yang dilakukan oleh para pengikut setia nabi Isa bin Maryam. Mereka rela digergaji dengan gergaji besi dan disalib di atas batang kayu. Mati di atas ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam kemaksiatan kepada Allah.

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 5/188, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 172, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 3/398.

 

Hadith gharib dari Muadz menurut Abu Nua'im.

 

Terdapat beberapa perawi yang dhaif antaranya Suwaid bin Abdul Aziz al-Madini (Ithaf al-Khiyarah 8/98).

 

al-Haithami dalam Majma Zawaid 5/241 mengisyaratkan kedhaifkan hadith ini.

 

Dhaif sepertimana disimpulkan dalam Fatwa Soaljawab Islam no. 214533

Hadith roh pulang ke rumah

 

Matan hadith

 

 

اذا مات المؤمن دارت روحه حول داره شهرا فتنظر الى ما خلفه من ماله كيف يقسم أو كيف تؤدى ديونه فإذا تم له شهر ردت الى حفرته فتدور بعد ذلك حتى يتم عليه حول فينظر من يدعوله ومن يحزن عليه فاذا تم الحول رفع روحه الى حيث يجتمع الارواح الى يوم القيامة

 

 

Terjemahan

 

Ketika seorang mukmin meninggal dunia, rohnya berputar mengelilingi rumahnya selama satu bulan, dia melihat harta yang ditinggalkannya, bagaimana pembahagiannnya dan pembayaran hutang-hutangnya. Setelah genap satu bulan dia kembali pada kuburnya dan berputar-putar selama tahun tahun, maka dilihatnya orang-orang yang mendoakannya dan orang-orang yang bersedih atas kematiannya. Setelah genap satu tahun rohnya diangkat dan dikumpulkan dengan roh-roh yang lain sampai hari kiamat

 

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

 

Hadith ini ditemukan dalam kitab Daqaiq al-Akhbar Fi Zikr al-Jannah Wa al-Nar, bab 18, hal. 18-19, daripada Abu Hurairah ra.

 

Juga ditemukan dalam kitab Syiah Syajarah Tuba 2/450.

 

Hadith palsu menurut ustaz Zulhusni Mat Resat

 

Kitab Daqaiq al-Akhbar ini diperingatkan ulama (Abu Ubaydah Mashur ibn Hasan) untuk dijauhkan daripada dijadikan sumber bacaan atau rujukan kerana kitab ini majoritinya mengandungi hadith-hadith tidak sahih lagi palsu  (Qutub Hassar Minha al-Ulamah  2/2007-208).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 13183

http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2016/04/hadis-palsu-roh-berputar-mengelilingi.html?m=1

https://al-maktaba.org/book/31615/25560#p1

 




Thursday 26 August 2021

Hadith larangan menyerupai Yahudi dan Nasrani dalam memberi salam

 

Matan hadith

 

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا لَا تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى فَإِنَّ تَسْلِيمَ الْيَهُودِ الْإِشَارَةُ بِالْأَصَابِعِ وَتَسْلِيمَ النَّصَارَى الْإِشَارَةُ بِالْأَكُفِّ

 

Terjemahan

 

Dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menyerupai selain kami, maka janganlah kalian menyerupai Yahudi dan Nasrani, kerana sungguh mereka kaum Yahudi memberi salam dengan isyarat jari jemari, dan kaum Nasrani memberi salam dengan isyarat telapak tangannya

 

Takhrij

 

HR. al-Tirmidzi no. 2695. At-Thabarani dalam, Mu’jam al-Awsath no. 7380 dan al-Qadhaie dalam Musnadnya no. 1191.

 

Dhaif menurut Imam Tirmidzi dan majoriti ulama hadith (al-Mundziri dalam al-Targhib 3/375, Ibnu Arabi dalam ‘Aridhah Ahwadzi 5/358,  Ibn Muflih dalam Adab al-Syariah 1/358, al-Munawi dalam Takhrij Ahadith al-Mashabih 4/153, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Futuhat Rabbaniyah 5/300, Ibnu Taimiyah dalqtidha’ al-Sirathal Mustaqim 1/279 dll .

 

Manakala Syeikh al-Albani menghasankan hadith tersebut.

Hadith Allah tidak menerima solat wanita telah baligh yang tidak memakai hijab dan menutup aurat

 

Hadith 1

 

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ امْرَأَةٍ قَدْ حَاضَتْ إِلَّا بِخِمَارٍ

 

Allah tidak menerima solat wanita yang telah baligh, kecuali dengan memakai jilbab (HR. Ibnu Khuzaimah no. 775 dan Al-A’dzami mengatakan sanadnya sahih).

 

Hadith 2

 

لا يقبل الله من امرأة صلاة حتى تواري زينتها . ولا من جارية بلغت الحيض حتى تختمر

 

Allah tidak akan menerima (Ibadah) seseorang perempuan hingga menutup auratnya, dan Allah tidak akan menerima solat seorang  perempuan  yang telah cukup umur hingga ia berjilbab (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Saghir 2/54 no. 919, at-Thabarani mengisyaratkan kedhaifan kerana bersendirinya perawi Ismail bin Ishaq meriwayatkan hadith ini)

Hadith berzikir lebih utama daripada infak wang yang banyak

 Matan hadith

 

لو أنَّ رجُلًا في حِجرِه دراهمُ يقسِمُها وآخَرَ يذكُرُ اللهَ كان الذّاكرُ للهِ أفضَلَ

 

Terjemahan

 

Sekiranya seseorang yang di sisinya terdapat wang yang banyak lalu dia membahagikan wang tersebut (pada jalan Allah) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka yang berzikir itu lebih afdal

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/116 no. 5969, daripada Abu Musa ra.

 

Imam at-Thabarani mengisyaratkan kedhaifan hadith ini.

 

al-Dimyathi dalam al-Mutjir Rabih no. 205 menilai sanad hadith ini hasan.

 

al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/77 berkata para perawinya tsiqah.

 

al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/330 berkata para perawinya baik (hasan).

 

as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 7394 menilai hadith ini hasan.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4348

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...