Saturday 31 July 2021

Hadith umat Nabi saw dimuliakan dengan al-Quran

 

Matan hadith

 

اِنَ لِكُلِ شَيء شَرَفاً يَتَبَاهُونَ بِه وَاِنٌ بَهَأءَ اُمٌتَيِ وَشَرَفَهَا القُرانُ

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya setiap kaum itu mempunyai kemuliaan yang mereka banggakan. Dan sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku adalah al-Quran

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya' 2/175 no. 1982, daripada Aisyah ra.

 

Dalam Arkib Islam, menilai hadith ini tidak wujud asalnya dari Nabi saw.

 

Tiada asal. Malah kepalsuan hadith ini jelas dengan keberadaan perawi pendusta, al-Hakam bin Abdullah al-Aili.

 

Az-Zahabi menukilkan dalam Mizan al-I’tidal bahawa Ahmad bin Hanbal berkata, seluruh hadithnya adalah palsu (Lisan al-Mizan 2/572).

 

Dan Abi Hatim dalam Al-Jarh wa at-Ta’dil 3/120-121, menjarh beliau sebagai matrukul hadith, tidak ditulis hadithnya dan dia berdusta.

 

Selain itu, dalam sanadnya juga terdapat perawi yang majhul, iaitu Ahmad bin Ishaq al-Khasyab ar-Raqi.

Hadith 1000 pelayan syurga

 

Daripada Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhu beliau menegaskan:

 

إِنَّ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً مَنْ يَسْعَى عَلَيْهِ أَلْفُ خَادِمٍ كُلُّ خَادِمٍ عَلَى عَمَلٍ لَيْسَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

 

Sesungguhnya penghuni syurga yang paling bawah adalah seseorang yang memiliki 1000 pelayan yang selalu siap melayaninya. Setiap pelayan memiliki tugas yang berbeza antara yang satu dengan yang lainnya". (HR. Baihaqi dan disahihkan syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 3705).

 

Walaupun di ditas adalah perkataan seorang sahabat (mauquf), tetapi kerana ini bersangkutan perkara ghaib, maka, tak mungkin sahabat menyatakannya dari sisi ijtihad.

 

Maka hadith mauquf di atas tetap dihukumkan marfu' (bersambung pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), sebagaimana hal ini telah banyak dijelaskan oleh para ahli hadith.

Doa para salaf bila mendapat pujian

 

Ini adalah ucapan para salaf bila mereka dipuji:

 

 

اللَّهُمَّ لا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، واغْفِر لِي مَا لَا (يَعْلَمُونَ واجْعَلْنِي خَيْراً مِمَّا يَظُنُّونَ)

 

Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku

 

Takhrij

 

AR. Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 761, daripada Adi bin Artha', Imam Ahmad dalam al-Zuhd no. 1150,Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya no. 36853, Al-Albani dalam Sahih Al-’Adabul-Mufrad no. 585, (tanpa lafaz dalam kurungan)

 

Juga ditemukan dalam Syuabul Iman no. 4875, daripada al-Auzaie dan 4876,  Hilyatul Auliya' 5/240, al-Zuhd Ibnu Mubarak no. 1666, Usudul Ghabar Ibnu Athir 3/324, dll.(dengan tambahan lafaz dalam kurungan)

 

Doa masyhur dari salaf, ulama khilaf status atsar ini, dan ia adalah doa bagus yang dianjurkan ulama untuk diamalkan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Huda wal Nur kaset no. 239 dan Syeikh Muhammad Awwamah.

 

Rujukan

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 1314

 

https://hadithanswers.com/dua-of-sayyiduna-abu-bakr-radiyallahu-anhu-when-he-was-praised/

Hadith qudsi Wahai Anak Adam

 

Matan hadith

 

يا ابن آدم لا تخافن من ذي سلطان مادام سلطاني باقيا وسلطاني لا ينفد أبدا يا ابن آدم لا تخشى من ضيق الرزق وخزائني ملآنة وخزائني لا تنفذ أبداً، يا ابن آدم لا تطلب غيري وأنا لك فإن طلبتني وجدتني، وإن فتني فتك وفاتك الخير. يا ابن آدم خلقتك للعبادة فلا تلعب، وقسمت لك رزقك فلا تتعب، فإن رضيت بما قسمته لك أرحت قلبك وبدنك، وكنت عندي محموداً، وإن لم ترض بما قسمته لك فوعزتي وجلالي لأسلطن عليك الدنيا تركض فيها ركض الوحوش في البرية ثم لا يكون لك منها إلا ما قسمته لك، وكنت عندي مذموماً.إلى قوله : يا ابن آدم أنا لك محب فبحقي عليك كن لي محبا

 

Terjemahan

 

Wahai anak Adam, jangan kamu takut/ khuwatir terhadap mereka yang memiliki kekuasaan, selama Kekuasaan-Ku abadi dan kekal. Wahai anak Adam, jangan khuwatir kerana kesempitan rezeki, sedangkan perbendaharaan-Ku itu sangat cukup lagi terus bertambah. Dan perbendaharaan-Ku itu tidak akan pernah habis. Wahai anak Adam, janganlah kamu mencari sesuatu selain diri-Ku, sedangkan Aku sudah jami bagimu. Jika kamu mencari-Ku, maka kamu akan menemukan-Ku, “wahai anak Adam, Aku ciptakan kamu untuk beribadah, maka jangan bermain-main. Dan telah Aku jamin kepadamu rezekimu maka jangan bermalas-malas dan kepenatan. Jika kamu redha atas apa yang telah aku tetapkan untukmu, maka Aku akan buat tenang hati dan badanmu. Dan kamu di sisi-Ku termasuk orang yang terpuji. Adapun jika kamu tidak redha dan ikhlas atas ketetapanku kepadamu, maka kemuliaan dan kekuasaan-Ku akan menjadikan seluruh dunia menguasai dirimu, sebagaimana merangkaknya haiwan di atas daratan, sedangkan hal itu bukan menjadi hakmu kecuali yang telah aku tetapkan. Dan kamu termasuk orang tercela. Wahai anak manusia, Aku adalah pecinta bagi dirimu, maka jadilah engkau juga pecinta bagi diri-Ku.

 

 

Takhrij

 

Ditemukan dalam Tafsir al-Sya'rawi tanpa sanad dan sumber.

 

Ibnu Utsaimin menilai hadith ini palsu.

 

Fatwa Syabakah Islamiyah dan Durar Saniyah mengatakan hadith ini palsu, tidak ditemukan dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah.

 

 

Rujukan

 

 

Durar Saniyah, hadith maudhu no. 684

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 43669, 18340

 

http://www.almeshkat.net/vb/showthre…threadid=25857

 

https://youtu.be/Em5SYpRPk8k

Thursday 29 July 2021

Azan berkumandang memadamkan murka Allah swt

  

(فائدة) ذكر الإمام الرازي في الأسرار أن الماء زاد ببغداد حتى أشرفت على الغرق فرأى بعض الصلحاء في النوم كأنه واقف على طرف دجلة وهو يقول لا حول ولا قوة إلا بالله غرقت بغداد فجاء شخصان فقال أحدهما لصاحبه ما الذي أمرت به قال بتغريق بغداد ثم بهيت قال ولم قال رفعت ملائكة الليل أن البارحة افتض ببغداد سبعمائة فرج حرام فغضب الله فأمرني بتغريقها ثم رفعت ملائكة النهار في صبح ذلك اليوم سبعمائة أذان وإقامة فغفر الله تعالى لهؤلاء بهؤلاء ، فانتبه وقد نقص الماء

 

Terjemahan

 

Al-Munawi berkata dalam "Syarahnya" : Disini ada suatu faedah yang telah disebutkan Imam ar- Razi bahawasanya air (banjir) di Baghdad terus bertambah hingga hampir tenggelam. Lalu ada orang soleh yang bermimpi seakan-akan ia berada di sungai Dajlah dan berkata : "Lahaula wa La Quwwata Illa Billah, Baghdad akan tenggelam." Kemudian datang dua orang yakni 2 malaikat, lalu salah satu malaikat berkata kepada yang lain: "Apa yang telah diperintahkan kepadamu?". Dia menjawab : "Untuk menenggelamkan Baghdad lalu aku dicegah untuk melakukanya." Malaikat bertanya :" Mengapa?" Malaikat tadi menjawab, "Malaikat malam naik dengan membawa khabar bahawa tadi malam telah hilang 700 keperawanan wanita dengan perbuatan zina di Baghdad, Lalu Allah murka dan memerintahkanku untuk menenggelamkannya." Kemudian, Malaikat siang naik dengan membawa 700 Azan dan Iqamah, maka Allah mengampuni mereka yang melakukan zina sebab Azan dan Iqamah."

 

Lalu orang sholeh tadi bangun dan air (banjir) telah berkurang.

 

 

Takhrij

 

Kisah ini disebutkan oleh al-Munawi dalam Faidh Qadir 1/327 no. 373 dan kitab Tatsbitul Fuad 1/354.

 

Dan beliau (al-Munawi) menyatakan kisah ini didhaifkan oleh al-Mundziri, lihat :-

 

 (طص عن أنس) وفيه عبد الرحمن بن سعد ضعفه ابن معين وغيره وظاهر تخصيصه المعجم الصغير بالعزو أنه لم يخرجه إلا فيه والأمر بخلافه فقد خرجه في معاجيمه الثلاثة ، هكذا ذكره المنذري وضعفه

Hadith keutamaan orang berakhlak baik

 

Matan hadith

 

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya seorang mukmin mampu meraih darjat orang yang rajin berpuasa dan solat dengan sebab akhlaknya yang baik

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 25013 dan Abu Daud no. 4165. Dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhiib no. 2643, daripada Aisyah ra, Syeikh al-Arnauth mengatakan sahih dengan riwayat penyokong,

 

Dalam hadith lain, beliau bersabda yang maknanya: “Sesungguhnya dengan akhlaknya yang baik, seseorang benar-benar dapat mencapai tingkatan orang yang bangun (solat) malam dan berpuasa di siang hari.” (HR. Al-Hakim 1/60)

Hadith tatacara Nabi saw mengubati demam dengan berendam dalam sungai?

 

Matan hadith

 

إذا أصابَت أحدَكمُ الحمّى فإنَّ الحمّى قِطعةٌ منَ النّارِ فليُطفئْها عنْهُ بالماءِ فليستَنقِعْ نَهرًا جاريًا ليستَقبلَ جريةَ الماءِ فيقولُ: بسمِ اللهِ اللَّهمَّ اشفِ عبدَكَ وصدِّق رسولَكَ بعدَ صلاةِ الصُّبحِ قبلَ طُلوعِ الشَّمسِ فليغتَمِس فيهِ ثلاثَ غَمساتٍ ثلاثةَ أيّامٍ فإن لم يبرَأْ في ثلاثٍ فخَمسٌ وإن لم يبرأْ في خمسٍ فسبعٌ فإن لم يبرَأْ في سبعٍ فتِسعٌ فإنَّها لا تَكادُ أن تجاوزُ تسعًا بإذنِ اللَّهِ.

 

Terjemahan

 

Apabila panas demam menimpa seseorang dari kamu sesungguhnya panas demam itu satu potongan dari api neraka maka hendaklah dia memadamkannya dengan air iaitu hendaklah dia mandi di sungai yang mengalir lalu membaca:

 

 بسمِ اللهِ اللَّهمَّ اشفِ عبدَكَ وصدِّق رسولَكَ بعدَ صلاةِ الصُّبحِ قبلَ طُلوعِ الشَّمسِ

 

(Dengan nama Allah sembuhkanlah hambaMu dan benarkanlah RasulMu iaitu sesudah solat subuh dan sebelum terbit matahari) dan hendaklah dia berendam dirinya di dalamnya sebanyak tiga kali benaman selama tiga hari kalau belum sembuh pada tiga hari maka sembuh pada lima hari, jika belum sembuh juga maka lanjutkanla pada tujuh hari,  kalau belum sembuh pada tujuh hari, maka lanjutkanlah selama sembilan hari, kerana hal itu jaranng sekali melebihi sembilan hari dengan izin Allah

 

Takhrij

 

HR. Tirmidizi no. 2084 dan Ahmad no. 22478 daripada Tsauban ra.

 

Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib (dhaif), begitu juga Syeikh al-Albani dani Silsilah Hadith dhaif no. 2339 dan Syeikh al-Arnauth dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad.

Ukuran kebenaran

 

Syaikh Al-'Allamah Shalih Al-Fawzan,

 

ليست العبرة بكثرة العمل ولا بكثرة البكاء وإنما العبرة في الطريق الذي عليه الإنسان

 

"Ukuran kebenaran bukanlah dengan banyaknya ibadah, bukan dengan banyaknya tangisan, hanyalah yang menjadi ukuran itu di atas apa seseorang berjalan."

 

(Syaarh Fadhlil Islam hal. 13)

 

Kadang sebahagian orang mudah sekali terkesan oleh isak tangis, terpikat oleh penampilan tawadhuk, kelihatan khusyuk, padahal bukan itu yang menjadi timbangan kebenaran.

 

Dahulu ada orang-orang yang disifati oleh Rosulullah dengan banyaknya ibadah seperti solat, puasa, qiraah, bahkan secara jumlah amalannya jauh melampaui para sahabat.

 

Namun bersamaan dengan itu Rasulullah memperingatkan, "Tetapi mereka itu mudah terkeluar dari Islam seperti anak panah yang mudah meleset dari busurnya.."

 

Dari sini kita mengambil pelajaran bahawa yang menjadi timbangan adalah lurusnya manhaj dan aqidah serta ucapan yang dibangun di atas ilmu dan pemahaman yang benar.

 

https://t.me/manhajulhaq

Hadith-hadith kelebihan ulama

 

Ampunan Dosa Kerana Memandang Ulama

 

وقال صلى الله عليه وسلم: من نظر إلى وجه العالم نظرة ففرح بها خلق الله تعالى من تلك النظرة ملكا يستغفر له إلى يوم القيامة

 

Nabi bersabda: “Barangsiapa memandang wajah orang alim dengan pandangan yang menyenangkan maka Allah akan menciptakan malaikat dari pandangan tersebut yang akan memohonkan ampunan kepada orang tersebut di hari kiamat.”

 

Takhrij

 

HR. Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 49/366, daripada Abu Sa’id al-Khudri ra.

 

Sanadnya dhaif, terdapat perawi yang majhul antaranya Qaid bin Bisr.

 

Ibnu Iraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 1/281 mendhaifkan hadith ini.

 

Hadith penguat dalam bab ini kesemuanya dhaif dari al-Azraq ra sanadnya kelam menurut az-Zahabi dalam Mizan al-‘Itidal 3/681, dari Anas ra, palsu menurut Mulla Ali Qari dalam al-Asrar al-Marfuah no. 356, dari Abu Hurairah ra, dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 2855.

 

 

Memuliakan Ulama, Syurga Imbalannya

 

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: من أكرم عالما فقد أكرمني، ومن أكرمني فقد أكرم الله، ومن أكرم الله فمأواه الجنة

 

Nabi bersabda: “Barangsiapa memuliakan orang alim, bererti ia telah memuliakan aku. Barangsiapa memuliakan aku, bererti memuliakan Allah. Barang siapa memuliakan Allah, maka tempat kembalinya adalah syurga.”

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan hadith ini dalam kitab hadith muktabar Sunnah. Ia ditemukan dalam kitab hadith Syiah seperti Jami’ al-Akhbar 1/38 karangan Muhammad al-Syai’iri, daripada Abu Hurairah ra.

 

Ibnu Iraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 1/318 mendhaifkan hadith ini.

 

 

 

Keutamaan Tidurnya Ulama

 

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: نَوْمُ العَالِمِ أَفْضَلُ مِنْ عِبَادَةِ الجَاهِلِ

 

Nabi bersabda: “Tidurnya orang ‘alim adalah lebih utama dari pada ibadahnya orang bodoh.”

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan hadith ini dalam kitab hadith muktabar Sunnah. Ia ditemukan dalam kitab hadith Syiah seperti Man la Yahduruhu al-Faqih 4/352-367 karangan Syeikh as-Shaduq, Makaraim al-Akhlaq  oleh al-Tabrizi hal. 441, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi 2/25, daripada Ali ra.

 

Hadith ini jelas kepalsuannya, perawinya tidak dikenali sama ada dari kitab rijal Sunnah mahupun Syiah. Mulla Ali al-Qari mengatakan, tidak ada satupun hadith marfu’ berkenaan bab ini. (al-Asrar al-Marfuah fil Akhbar al-Maudhuah hal. 374.

 

 

 

Belajar Satu Bab Lebih Utama

 

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ العِلْمِ، يَعْمَلُ بهِ أوْ لَمْ يَعْمَلْ بهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ أَنْ يُصَلِّي أَلْفَ رَكْعَةٍ تَطَوُّعًا

 

Nabi bersabda: “Barang siapa belajar ilmu satu bab, diamalkan atau tidak, adalah lebih utama dari pada solat sunnat 1000 (seribu) rakaat.”

 

Takhrij

 

HR. Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 1/190 daripada Ibnu Umar ra. dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 6/50, Kanzul Ummal no. 28743 daripada Ibnu Abbas ra. Juga hadith ini banyak ditemukan dari sumber syiah, seperti Misykatul Anwar no. 136, Bihar al-Anwar 1/180 dll.

 

Syeikh al-Albani menilai riwayat dari Ibnu Umar munkar dalam Silsilah hadith Dhaif no. 3139,  dan dari Ibnu Abbas palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6803

 

 

Keutamaan Berkunjung Kepada Orang ‘Alim

 

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ زَارَ عَالِمًا فَكَأَنَمَّا زَارَنِي، وَمَنْ صَافَحَ عَالِمًا فَكَأَنَّما صَافَحَنِي، وَمَنْ جَالَسَ عَالِمًا فَكَأَنَّما جَالَسَنِي في الدُّنْيَا، وَمَنْ جَالَسَنِي في الدُّنْيَا أَجْلَسْتُهُ مَعِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ

 

Nabi bersabda: “Barang siapa mengunjungi orang alim, maka seolah-olah ia mengunjungiku. Barang siapa berjabat tangan dengan orang alim, maka seolah-olah ia berjabat tangan denganku. Barang siapa duduk berdampingan dengan orang alim, maka seolah-olah ia duduk berdampingan dengan denganku di dunia. Barang siapa duduk berdampingan denganku di dunia, maka ia akan duduk berdampingan denganku di hari kiamat.”

 

Takhrij

 

HR. al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan, Abu Nu'aim dalam Tarikh Asbahan 2/364 dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus daripada Ibnu 'Abbas ra.

 

Hadith ini dinilai sebagai palsu oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Zail al-Laali al-Masnu'ah 1/159 no. 172,  Ibnu 'Arraq dalam Tanzih al-Syari'ah al-Marfu'ah 1/272, Mulla 'Ali al-Qari dalam al-Masnu' no. 335 dan al-Asrar al-Marfu'ah no. 490, al-Qawuqji dalam al-Lu'lu' al-Marsu' no. 568 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3333.

 

Rujukan

 

Fatwa Soljawab Islam no. 171514, 16067

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 279550

Jadilah Murid Dan Guru Yang Tawadhu' (Rendah Hati) !

 

Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu pernah berkata :

 

“Saling bersikap tawaddhu'-lah (rendah hati-lah) kepada orang yang mengajari ilmu kepada kalian (yakni guru kalian), dan saling bersikap tawaddhu'-lah kepada orang yang kalian ajari ilmu (yakni murid kalian), dan janganlah kalian menjadi (termasuk) golongan ulama/ahli ilmu yang keras/kasar !”

 

(Al-Adab As-Syar'iyyah 1/243)

Hadith qalbu mukmin adalah Baitullah

 

Matan hadith

 

لم يسعني سمائي ولا أرضي ووسعني قلب عبدي المؤمن

 

Terjemahan

 

Baik langit mahupun bumi tidak dapat menampung Zatku, dan hati hambaKu yang mukmin dapat menampungKu

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak ditemui asal dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah.

 

Tetapi ditemukan dalam Kitab Ihya Ulumuddin seperti disebutkan oleh al-Ajluni dalam  Kashful Khafa juz 2.

 

Al-Iraqi mengatakan beliau tidak menemui asal hadith ini dalam Takhrij Ihya.

 

Malah ditemukan juga dalam kitab hadith Syiah Bihar al-Anwar 55/39.

 

Ibnu Taimiyah berkata dalam Majmu Fatawa  18/122, hadith ini tiada asal, tiada sanad yang bersambung dengan Rasulullah saw, malah ia merupakah riwayat Israiliyat.  Tidak ditemukan dalm kitab Sahih mahupun Dhaif.

 

Juga dinilai palsu, tiada asal, tiada sanad oleh ahli Hadith kontemporari Syeikh Ishak al-Huwaini (https://youtu.be/PxuGuzAFbD0).

 

Juga dinilai batil dan palsu dalam Fatwa Soaljawab Islam no. 14017.

 

 

Rujukan

 

http://www.fatawa.com/view/33212

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 14017

Hadith tidak sahih berkenaan kalimah syahadah di pintu syurga/ tiang arasy/ di dinding syurga/ di leher bidadari dll

 

Matan kisah

 

Kemudian Allah SWT meletakkan Nur Baginda Nabi Muhammad SAW dalam punggung Nabi Adam AS, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi dalam Kitabnya Ad-Durarul Hisan Hamisy Daqa’iqul Akhbar hal. 5;

 

قال الامام جلال الدين السيوطي في الدرر الحسان هامش دقائق الأخبار ص 5:

ثم ان الله تعالى استودع نور محمد صلى الله عليه وسلم في ظهره وأسجد له الملائكة وأسكنه الجنة فكانت الملائكة تقف خلف آدم صفوفا صفوفا يسلمون على نور محمد صلى الله عليه وسلم

 

Bahawa sesungguhya Allah SWT telah meletakkan Nur Baginda Nabi Muhammad SAW dalam punggung Nabi Adam AS. Sehingga para malaikat sujud dan berbaris rapi di belakang Nabi Adam AS untuk menghaturkan salam kepada Nur Baginda Nabi Muhammad SAW”. Dan pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan kepada Iblis agar sujud kepada Nabi Adam AS, namun dia membangkang dan sombong. Sebagaimana disebutkan dalam Firman Allah SWT Surat Al-Baqarah ayat 34 ;

 

وإذ قلنا للملائكة اسجدوا لآدم فسجدوا إلا إبليس أبى واستكبر وكان من الكافرين)   البقرة  34  )

 

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat; “Sujudlah kalian semua kepada Adam”, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan sesungguhnya ia (Iblis) termasuk golongan orang-orang yang kafir”. (Q.S.Al-Baqarah 34).

 

 

Selanjutnya Allah SWT menciptakan ibunda Hawwa’ yang sangat cantik jelita dan sempurna kecantikannya dari tulang rusuk kiri Nabi Adam AS. Dan mengizinkan kepada Nabi Adam AS (yang merupakan bapa dari seluruh umat manusia) untuk menikahinya setelah memberikan maharnya berupa  berselawat sebanyak tiga kali kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hal itu telah disebutkan oleh Imam Abdur Rahman bin Abdus Salam Ash-Shafuri Asy-Syafi’i di kitabnya Nuzhatul Majalis 2/169 yang menukil perkataan Imam Al-Kisa’i dan juga disebutkan pula oleh Syeikh Ahmad bin Zaini Dahlan Al-Hasaniy di kitabnya As-Sirah An-Nabawiyyah 1/17 ;

 

قال الإمام عبد الرحمن بن عبد السلام الصفوري الشافعي في نزهة المجالس الجزء الثاني ص 169

قال الكسائي وغيره- لما خلق الله آدم خلق حواء من ضلعه الأيسر وهو في الجنة وأودعها حسن سبعين حوراء فصارت حواء بين الحور العين كالقمر بين الكواكب وكان آدم نائما فلما استيقظ مد يده إليها فقيل له مه يا آدم حتى تؤدي مهرها قال وما هو ؟ قال أن تصلي على محمد صلى الله عليه وسلم ثلاث مرات

 

Ketika Allah SWT sudah menciptakan Nabi Adam AS di syurga, Allah SWT kemudian menciptakan Ibu Hawwa’ dari tulang rusuk Nabi Adam AS sebelah kirinya dan menganugerahinya kecantikan luar biasa melebihi  kecantikan 70 bidadari sehingga dibanding kecantikan para bidadari syurga, Ibu Hawwa’ laksana bulan purnama dikelilingi bintang-bintang yang gemerlapan. Begitu Nabi Adam AS bangun dari tidurnya dan melihat Ibu Hawwa’, Beliau AS hendak menyentuhnya. Namun terdengar seruan kepadanya; “Hai Nabi Adam AS, Engkau tidak diizinkan untuk menyentuhnya sebelum Engkau memberikan maharnya”. Beliau Nabi Adam AS bertanya; “Apa maharnya?” Kemudian terdengar seruan menjawab; “Hai Nabi Adam AS, maharnya adalah Engkau mengucapkan selawat sebanyak tiga kali kepada  Baginda Nabi  Muhammad SAW”.

 

Sungguh alangkah mulianya derajat Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad SAW,  sampai ditetapkan/disahkan oleh Allah SWT pernikahannya Nabi Adam AS dengan Ibu Hawwa’ dengan bacaan selawat sebanyak tiga kali kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan dipersilahkan kepada mereka (Nabi Adam AS dan Ibu Hawwa’) untuk  bersenang-senang di syurga yang sangat indah dan nikmat sekali.

 

Maka di situlah Nabi Adam AS dan ibunda Hawwa’ senantiasa melihat Asma Nabi Muhammad SAW terukir indah di mana-mana senantiasa berdampingan dengan Asma Allah SWT, Sebagaimana yang  telah disebutkan oleh Imam Jalaluddin Abdur Rahman As-Suyuthi Asy-Syaafi’i dalam kitabnya Al-Hawi Lil-Fatawi 2/174; dan disebutkan pula oleh Syeikh Ahmad bin Zaini Dahlan Al-Hasaniy dalam kitabnya As-Sirah An-Nabawiyyah 1/15;

 

قال الإمام جلال الدين عبد الرحمن السيوطي في الحاوي للفتاوي الجزء الثاني ص 174 و الشيخ أحمد بن زيني دحلان الحسني في السيرة النبوية الجزء الأول ص 15

أن آدم عليه السلام رأى مكتوبا على ساق العرش وعلى كل موضع في الجنة  من قصر وغرفة  ونحورالحور العين  وورق شجرة طوبى وورق سدرة المنتهى وأطراف الحجب وبين أعين الملائكة إسم محمد صلى الله عليه وسلم مقرونا باسم الله تعالى وهو لاإله إلا الله محمد رسول الله

 

Sesungguhnya Nabi Adam AS telah melihat Nama Baginda Nabi  Muhammad SAW senantiasa berdampingan dengan Asma Allah SWT tertulis Laailaaha illallaah Muhammadur Rasuulullaah di setiap tempat di syurga, di setiap gedung-gedung syurga, di kamar-kamar syurga, di leher-leher bidadari, di daun-daun pohon Thuba, di daun-daun pohon Sidratil Muntaha, di hujung-hujung benteng dan di setiap dahi para malaikat (antara kedua matanya)” . 

 

Kemudian akibat gangguan Iblis terkutuk kepada Ibu Hawwa’, maka Allah SWT menurunkan keduanya di muka bumi ini. Dan dalam jangka waktu yang lama, mereka mengalami berbagai macam kesedihan dan penyesalan yang luar biasa. Berulang kali Nabi Adam AS memohon ampunan dan meratap kepada Allah SWT, namun belum ada jawaban dan tidak diperdulikan sama sekali. Hingga akhirnya Beliau Nabi Adam AS teringat kemuliaan dan keagungan darjat Baginda Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT. Sehingga timbullah harapan Beliau untuk memohon ampunan kepada Allah SWT dengan berwasilah kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Dan berkat kemuliaan Baginda Nabi Muhammad SAW di sisi-Nya, maka Allah SWT mengabulkan permohonan ampun Nabi Adam AS dan menerima taubatnya.

 

Sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Ahmad bin Zaini Dahlan Al-Hasaniy dalam kitabnya As-Sirah An-Nabawiyyah 1/15 ;

 

قال الشيخ أحمد بن زيني دحلان الحسني في السيرة النبوية الجزء الأول ص 15

وعن عمر بن الخطاب  رضي الله عنه قال; قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  لما اقترف آدم الخطيئة قال يا رب أسالك بحق محمد صلى الله عليه وسلم إلا ما غفرت لي فقال الله تعالى يا آدم كيف عرفت محمدا ولم أخلقه قال يا رب لأنك لما خلقتني بيدك أي من غير واسطة أم وأب  ونفخت في من روحك أي من الروح المبتدأة منك المتشرفة بالإضافة إليك رفعت رأسي فرأيت على قوائم العرش مكتوبا لا إله إلا الله محمد رسول الله فعلمت أنك لم تضف إلى إسمك إلا أحب الخلق إليك فقال الله تعالى صدقت يا آدم إنه لأحب الخلق إلي وإذ سألتني بحقه فقد غفرت لك ولولا محمد ما خلقتك . رواه البيهقي في دلائله.

 

Diriwayatkan dari Sayyidina Umar Ibnul Khaththab Radliyallahu ‘Anhu, bahwa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda; Manakala Nabi Adam AS bermunajat kepada Allah SWT memohon ampunan dengan berwasilah kepada Baginda Nabi Muhammad SAW Beliau berkata; Ya Allah, demi kemuliaan/keagungan derajat Baginda Nabi Muhammad SAW di sisi-Mu limpahkanlah ampunan-Mu kepadaku. Seketika Allah SWT Berfirman; Hai Adam, bagaimana engkau boleh  mengenali Nabi Muhammad SAW padahal Aku belum menciptakannya. Nabi Adam AS menjawab; Ya Allah, sesungguhnya Engkau tatkala telah menciptakanku dan memberiku nyawa, aku lihat di sekitar Arasy diliputi kalimat Laailaaha illallaah Muhammadur Rasuulullaah. Aku yakin bahawa sesungguhnya Engkau tidak mendampingkan Asma-Mu kecuali kepada  makhluk yang paling Engkau cintai. Allah SWT Berfirman; Kamu benar hai Adam. Sungguh dia (Nabi Muhammad SAW) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Dan kerana kamu telah memohon ampunan kepadaKu dengan berwasilah kepadanya, Maka Aku kabulkan permohonanmu. Dan kalau bukan kerana dia maka Aku tidak akan menciptakan kamu”

 

Ibnu Taimiyah dalam Majmu Fatawa 2/159, mengutip hadith yang diriwayatkan oleh Abul Faraj Ibnul Jauzi dengan sanad Maisarah yang mengatakan sebagai berikut:  

 

قُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ, مَتَى كُنْتَ نَبِيَّا ؟ قَالَ: لَمَّا خَلَقَ اللهُ الأرْضَ وَاسْتَوَى إلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَما وَا تٍ وَ خَلَقَ العَرْشَ كَتـَبَ عَلَى سَـاقِ العَـرْشِ مُحَمَّتدٌ رَسُوْلُ اللهِ خَاتَمُ الأَنْبِـيَاءِ , وَ خَلَقَ اللهُ الجَنَّـةَ الَّتِي أسْكَـنَهَا آدَمَ وَ حَوَّاءَ فَكـُتِبَ إسْمِي عَلَى الأبْـوَابِ وَالأوْرَاقِ وَالقـِبَابِ وَ الخِيَامِ وَ آدَمُ بَيْـنَ الرَوْحِ وَ الجَسَدِ,فَلَـمَّا أحْيَاهُ اللهُ تَعَالَى نَظَرَ إلَى العَـرْشِ , فَرَأى إسْمِي فَأخْبَرَهُ الله أنَّهُ سَيِّدُ وَلَدِكَ, فَلَمَّا غَرَّهُمَا الشَّيْطَانُ تَابَا وَاسْتَشْفَعَا بِإسْمِي عَلَيْهِ

 

“Aku pernah bertanya pada Rasulallah Saw.: ‘Ya Rasulallah kapankah anda mulai menjadi Nabi?’ Beliau menjawab: ‘Setelah Allah menciptakan tujuh petala langit, kemudian menciptakan ‘Arsy yang tiangnya termaktub Muhamad Rasulallah khatamul anbiya (Muhamad pesuruh Allah terakhir para Nabi). Allah lalu menciptakan syurga tempat kediaman Adam dan Hawa. Kemudian menuliskan namaku pada pintu-pintunya, dedaunannya, kubah-kubahnya dan khemah-khemahnya. Ketika itu Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad. Setelah Allah Swt . menghidupkannya, ia memandang ke Arsy dan melihat namaku. Allah kemudian memberitahu padanya bahawa dia (yang bernama Muhamad itu) anak keturunanmu yang termulia. Setelah keduanya (Adam dan Hawa) terkena bujukan setan mereka bertaubat kepada Allah dengan minta syafa’at pada namaku’ ”.(HR. Ibnu Jauzi dalam al-Wafa seperti mana dibawakan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5709, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani, manakala Muhammad ibn Yusuf al-Salihi menilai sanadnya Jayyid la Ba’ sa bihi dalam Subul al-Hadi wal Rashhad 1/86)

 

 

Baginda SAW bersabda :

 

دخلت الجنة فرأيت في عارضتي الجنة مكتوباً ثلاثة أسطر بالذهب - لا بماء الذهب -: السطر الأول: لا إله إلا الله محمد رسول الله. والسطر الثاني: ما قدمنا وجدنا، وما أكلنا ربحنا، وما خلفنا خسرنا. والسطر الثالث: أمة مذنبة ورب غفور)

 

 

Saat aku memasuki syurga (pada malam mi’raj) aku melihat kedua belah pintu syurga tertulis 3 baris ayat:-

 

Ayat Pertama : Laa ilaha illallahu Muhammadurrasuulullah. (Tidak ada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah – Nabi Muhammad SAW adalah Utusan Allah).

 

Ayat kedua : Maa qaddamnaa wajadnaa wamaa akalnaa rabihnaa wamaa khalafnaa khasarnaa (Apa-apa yang telah kami hantar kemuka (sedekah dsb) telah diterima. Apa-apa yang telah kami makan (didunia) telanh menguntungkan kami. Dan apa-apa yang kami tinggalkan (didunia) telah merugikan kami).

 

Ayat ketiga : Ummatummadznibatun warabbun ghafuurun (Umat adalah pendosa dan Tuhan pengampun). (HR. ar-Rifaie dalam Tarikhnya 3/91, sanadnya kelam, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3291).

 

 

 

Baginda SAW bersabda :

 

مكتوب على باب الجنة : لا إله إلا الله ، محمد رسول الله ، علي أخو رسول الله ؛ قبل أن تخلق السماوات والأرض بألفي عام

 

Pada pintu syurga tertulis kalimah Laa ilaaha ill-Allaah Muhammad Rasulullaah ‘Ali akhu RasuuIllaah, dimana kalimat itu telah tertulis 2000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi (HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya 7/301, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 5498, tidak sahih menurut Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah 1/238 dan palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4901).

 

 

Ulasan

 

Hadith Nabi Adam bertawassul dengan Nabi Muhammad saw untuk bertaubat adalah dhaif malah palsu menurut az-Zahabi dan Syeikh al-Albani (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 68196).

 

Ibnu Taimiyah berkata: Akan tetapi semuanya itu bukan ucapan Rasulallah saw, bukan hadith sahih dan bukan hadith dhaif, tidak ada ahli ilmu yang mengutipnya sebagai ucapan (hadith) Nabi saw. dan tidak dikenal berasal dari sahabat Nabi. Hadith tersebut merupakan pembicaraan yang tidak diketahui siapa yang mengucapkannya. (Majmu Fatwa 2/96).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 38161, 160123

 

http://hadithproofsfortawassul.blogspot.com/2005/11/adamas-seeks-intercession-with.html

Akal sihat tidak mungkin bercanggahan dengan dalil

 

Syaikh Al-'Allamah Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i berkata,

 

الذين يعارضون الأدلة بالمعقولات يرد عليهم بما كان عليه النبي صلى الله عليه وآله وسلم والصحابة ثم ينبغي أن يعلم أنهم يتوهمون أنها معقولات وفي الحقيقة هي وساوس وليست بمعقولات لأن العقل الصحيح لا يخالف النقل الصريح

 

"Orang-orang yang menentang dalil-dalil dengan logik maka mereka dibantah dengan petunjuk Nabi dan para sahabat. Kemudian hendaklah diketahui bahawasanya mereka menyangka pandangannya itu logik padahal hakikatnya hanyalah bisikan syaithan kerana akal yang sihat tidak mungkin bertentangan dengan dalil."

 

(Ijabatus Sa'il hal. 366)

 

Hadith selawat pada hari jumaat 80 kali diampuni dosa selama 80 tahun

 Matan hadith

 

الصَّلَاةُ عَلَيَّ نُورٌ عَلَى الصِّرَاطِ فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ثَمَانِينَ مَرَّةً غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُ ثَمَانِينَ عَامًا

 

Terjemahan

 

Selawat ke atasku menjadi cahaya di atas titian sirat. Maka sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama 80 tahun.

 

Takhrij

 

Terdapat dua riwayat tentang selawat sebanyak 80 kali pada hari Jumaat berserta kelebihannya, iaitu riwayat Abu Hurairah RA dan riwayat Anas RA.

 

Pertama: Riwayat Abu Hurairah RA

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Shahin dalam kitabnya, al-Targhib fi Fadail al-A’mal (h. 14, no 22) daripada jalur riwayat ‘Awn bin Umarah daripada Sakan al-Barjumi daripada Hajjaj bin Sinan daripada ‘Ali bin Zayd daripada Sa’id bin al-Musayyab daripada Abu Hurayrah RA secara marfu’.

 

Sanad hadith ini adalah TERLALU LEMAH, kerana terdapat EMPAT orang perawi yang dinilai lemah. Mereka adalah:

 

1. ‘Ali bin Zayd bin Jud’an al-Basri: Hammad bin Zayd: “Dia sering mengubah hadith-hadith,” Shu’bah menyatakan dia telah iktilat (mencampur adukkan riwayat). Imam Ahmad: “Laysa bi shay” (hadithnya terlalu sedikit), Abu Zur’ah al-Razi: “Dia tidak kuat, sentiasa keliru dan silap,” Abu Hatim al-Razi: “Dia tidak boleh dijadikan hujah” dan al-Daraqutni: “Saya masih menganggapnya lemah.” Lihat al-Dhahabi, al-Mughni fi al-Du’afa’ (2: 447)

 

2. Hajjaj bin Sinan. Al-Azdi menyatakan tentangnya, “Matruk”. Lihat Ibn Hajar, Lisan al-Mizan (2: 563).

 

3. Zakariyya bin ‘Abd al-Rahman al-Barjami. Dia telah dinilai sebagai lemah oleh al-Azdi. Lihat Ibn Hajar, Lisan al-Mizan (3: 510).

 

4. ‘Awn bin Umarah al-Qaysi. Abu Zur’ah berkata, “Munkar al-hadith.” Al-Hakim berkata, “Saya sempat dengannya, tetapi saya tidak menulis hadith daripadanya. Dia seorang munkar al-hadith dan daif al-hadith.” Abu Dawud berkata, “Lemah.” Lihat Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib (8: 154).

 

Hadith ini telah dinilai sebagai lemah oleh al-Daraqutni (Nataij al-Afkar, 5: 56), “munkar” oleh Ibn Hajar (Lisan al-Mizan, 2: 563), al-Sakhawi (al-Qawl al-Badi’, 199), al-Munawi (Fayd al-Qadir, 4: 249), Muhammad Darwish al-Hut (Asna al-Matalib, 175) dan al-Albani (al-Dai’fah, 8: 274).

 

Kedua: Riwayat Anas bin Malik RA.

 

Riwayat ini dikeluarkan oleh al-Khatib al-Baghdadi (Tarikh Baghdad, 15: 636, no 7278) menerusi tariq Wahb bin Dawud bin Sulayman al-Darir, daripada Ismail bin Ibrahim daripada ‘Abd al-Aziz bin Suhayb daripada Anas bin Malik RA secara marfu’. Dalam riwayat ini terdapat penambahan:

 

فَقِيلَ لَهُ: كَيْفَ الصَّلاةُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: تَقُولُ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ، وَتَعْقِدُ وَاحِدَةً

 

Ditanyakan kepada baginda: bagaimana cara berselawat ke atas tuan? Baginda berkata, “Kamu menyebut اللهم صل …” dan kamu mengiranya sebagai sekali.

 

Al-Khatib menukilkan riwayat ini dalam biografi Wahb bin Dawud al-Darir, dan beliau menyatakan al-Darir seorang perawi yang tidak thiqah. Menurut al-Dhahabi, al-Khatib menukilkan hadith itu sebagai contoh hadith yang direka oleh Wahb. (al-Mughni, 2: 727-728).

 

Menurut al-Albani, tanda-tanda kepalsuan pada hadith ini amat jelas. (al-Da’ifah, 1: 382).

 

Kesimpulan

 

Hadith riwayat Abu Hurairah RA adalah sangat lemah, manakala hadith riwayat Anas RA adalah palsu.

 

NAMUN, hari Jumaat adalah hari yang digalakkan bagi seseorang Muslim memperbanyakkan selawat, tanpa sebarang angka tertentu.

 

Fadilat selawat telah dinyatakan dalam banyak hadith-hadith yang sahih. Tak perlu dihidangjajakan dengan yang dhaif dan palsu

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...