Monday 11 February 2019

Takhrij Hadith Hak – Hak Seorang Muslim




No

Hadith

Takhrij

1

أَعْطُوا الْأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Berilah upah kepada kuli (pekerja) sebelum peluhnya kering." (Ibnu Majah)

HR. Ibnu Majah, Kitab Hukum, Bab ‘Ajr al-Ajra’, dari Abdullah bin Umar no. 2434, disahihkan oleh al-Albani.

2

فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَذَكَّرَ وَوَعَظَ فَذَكَرَ فِي الْحَدِيثِ قِصَّةً فَقَالَ أَلَا وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّمَا هُنَّ عَوَانٌ عِنْدَكُمْ لَيْسَ تَمْلِكُونَ مِنْهُنَّ شَيْئًا غَيْرَ ذَلِكَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ فَإِنْ فَعَلْنَ فَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا أَلَا إِنَّ لَكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ حَقًّا وَلِنِسَائِكُمْ عَلَيْكُمْ حَقًّا فَأَمَّا حَقُّكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ فَلَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ مَنْ تَكْرَهُونَ وَلَا يَأْذَنَّ فِي بُيُوتِكُمْ لِمَنْ تَكْرَهُونَ أَلَا وَحَقُّهُنَّ عَلَيْكُمْ أَنْ تُحْسِنُوا إِلَيْهِنَّ فِي كِسْوَتِهِنَّ وَطَعَامِهِن

Rasulullah SAW bersabda, "Dengarlah dengan penuh perhatian, berlaku baiklah terhadap isteri-isteri kamu kerana mereka ialah tawanan di sisi kamu. Kamu tidak memiliki apa-apa hak daripada mereka selain daripada mereka perlu menjaga kesucian diri mereka dan menjaga harta benda kamu. Namun, jika mereka melakukan perkara yang keji secara terang-terangan maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur mereka yakni jangan tidur bersama mereka namun mereka tetap tinggal di dalam rumah. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang ringan. Selepas itu jika mereka kembali mentaati kamu maka janganlah kamu mencari apa-apa alasan (untuk menzalimi mereka). Dengarlah dengan penuh perhatian, sesungguhnya ada hak kamu yang menjadi tanggungjawab isteri kamu dan (demikian juga) ada hak mereka yang menjadi tanggungjawab kamu. Adapun hak kamu yang menjadi tanggungjawab isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka memijak tilam-tilam kamu dan tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu. Dengarlah dengan penuh perhatian, hak isteri-isteri kamu yang menjadi tanggungjawab kamu ialah berlaku baik terhadap mereka dalam urusan pakaian dan makanan mereka yakni sediakan perkara-perkara itu sesuai dengan kemampuan kamu." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab al-Ridha’, Bab Haq al-Mara’at A’la Zawjiha, dari Amru bin al-Ahwash no. 1083, dihasankan oleh al-Albani.
3

أَحَقُّ أَنْ يُسْجَدَ لَهُ قَالَ فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ إِنِّي أَتَيْتُ الْحِيرَةَ فَرَأَيْتُهُمْ يَسْجُدُونَ لِمَرْزُبَانٍ لَهُمْ فَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ نَسْجُدَ لَكَ قَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ مَرَرْتَ بِقَبْرِي أَكُنْتَ تَسْجُدُ لَهُ قَالَ قُلْتُ لَا قَالَ فَلَا تَفْعَلُوا لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لِأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ الْحَقِّ


Rasulullah SAW bersabda, "Jika saya memerintah sesiapa bersujud kepada seseorang pasti saya memerintahkan wanita-wanita supaya bersujud kepada suami mereka kerana besarnya hak terhadap suami yang Allah telah pertanggungjawabkan ke atas para wanita." (Abu Daud)


HR. Abu Daud, Kitab Nikah, Bab Haq al-Zawj A’ala Mar’ah, dari Qais bin Sa’d, no. 1828, disahihkan oleh al-Albani jika tanpa kalimat yang menerangkan tentang kubur.

4

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ

Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana isteri yang meninggal dunia sedangkan suaminya reda terhadapnya akan memasuki syurga." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab Ridha’, Bab Haq al-Zawj A’ala Mar’ah, dari Ummu Salamah, no. 1081, didhaifkan oleh al-Albani.

5

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: جَاءَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عِنْدِي، فَقَالَ: لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ أَنْتِ؟» قَالَتْ: أَنَا جَثَّامَةُ الْمُزَنِيَّةُ، فَقَالَ: «بَلْ أَنْتِ حَسَّانَةُ الْمُزَنِيَّةُ، كَيْفَ أَنْتُمْ؟ كَيْفَ حَالُكُمْ؟ كَيْفَ كُنْتُمْ بَعْدَنَا؟» قَالَتْ: بِخَيْرٍ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَلَمَّا خَرَجَتْ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، تُقْبِلُ عَلَى هَذِهِ الْعَجُوزِ هَذَا الْإِقْبَالَ؟ فَقَالَ: «إِنَّهَا كَانَتْ تَأْتِينَا زَمَنَ خَدِيجَةَ، وَإِنَّ حُسْنَ الْعَهْدِ مِنَ الْإِيمَانِ

Sayyidatina Aisyah berkata, "Seorang wanita tua telah datang kepada Nabi SAW sedangkan pada masa itu Baginda berada di samping saya lalu Baginda berkata kepada wanita itu, "Siapakah kamu?" Beliau menjawab, "Saya ialah Juśamah Madaniyyah." Baginda berkata lagi, "Apakah hal kamu? Bagaimana keadaan kamu selepas kami (datang ke Madinah)?" Wanita itu menjawab, "Wahai Rasulullah, ibu dan ayah saya korbankan untuk tuan, kami berada dalam keadaan baik. Apabila wanita itu telah pergi maka saya bertanya (kehairanan), hai Rasulullah, tuan memberi perhatian yang begitu sekali kepada wanita tua itu?" Baginda menjawab, "Beliau selalu datang kepada kami semasa hayat Khadijah sedangkan layanan yang elok kepada kenalan lama ialah (tanda) iman." (Mustadrak Hakim dan Isobah).

HR. al-Hakim dalam Mustadraknya, dari Aisyah, no. 40, disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 1/424.
6

لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَأَوْ قَالَ غَيْرَهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak sepatutnya sorang lelaki mukmin membenci isterinya yang mukminah. Jika ada kelakuannya yang dibenci, terdapat juga kelakuannya yang lain yang disukai." (Muslim)


HR. Muslim, Kitab Ridha’, Bab Wasiyyah bi Nisa’, dari Abu Hurairah, no. 2672, sahih ijma’.
7

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي


Rasulullah SAW bersabda,” Yang terbaik antara kamu ialah orang yang terbaik kepada ahli keluarganya dan aku ialah yang terbaik kepada ahli keluarga dalam kalangan kamu” (Ibnu Hibban)


HR. Ibnu Hibban, dari Aisyah, no. 4177, disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 285.

8

مَا قَعَدَ يَتِيمٌ عَلَى قَصْعَةٍ قَوْمٌ فَيَقْرُبُ قَصْعَتَهُمْ شَيْطَانٌ

Nabi SAW bersabda, "Mana-mana kumpulan orang yang makan bersama anak yatim maka syaitan tidak dapat menghampiri talam makanan mereka." (Tabarani, Majma uz-Zawa'id)

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath, dari Abu Musa al-Asya’ari, no. 7165, didhaifkan oleh al-Haithami dalam Majmu’ Zawaid (8/160). Ibnu Hibban mengatakan hadith ini batil (Maudhu’at Kubra Ibnu Jauzi no. 982).

9

قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ امْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ وَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ

Seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW tentang hatinya yang keras maka Baginda bersabda, "Selalulah usapkan kepala anak yatim dan jamulah orang-orang miskin." (Musnad Ahmad, Majma uz-Zawa'id)

HR. Ahmad, dari Abu Hurairah, no. 8657, didhaifkan oleh al-Arnauth.
Al-Haithami pula mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh perawi kitab sahih (Majmu’ Zawaid 8/163).

10

السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ

Nabi SAW bersabda, "Ganjaran orang yang berusaha menyempurnakan keperluan balu-balu dan orang-orang miskin ialah seperti ganjaran mujahid di jalan Allah SWT ataupun seumpama orang yang berpuasa pada waktu siang dan beribadat sepanjang malam." (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab Nafaqat, Bab Fadhal al-Nafaqat A’ala al-Ahl, dari Abu Hurairah, no. 4934, sahih ijma’.
11

أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ وَقَرَنَ بَيْنَ أُصْبُعَيْهِ الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ


Rasulullah SAW bersabda, "Saya dan wanita yang hitam wajahnya (kerana menanggung susah-payah berusaha membesarkan, memelihara dan menjaga anak-anaknya) sebegini pada hari kiamat." Hadrat Yazid , perawi hadiś ini telah menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya (maksudnya ialah sebagaimana kedua-dua jari ini berdekatan antara satu dengan yang lain demikian juga keadaan Baginda dan wanita itu.
Di samping itu Baginda telah menerangkan tentang wanita yang hitam wajahnya) iaitu wanita yang telah kematian suami tetapi di sebalik kecantikan, kemuliaan dan kedudukannya dia tidak berkahwin lain (semata- mata untuk membesarkan anak-anaknya) sehinggalah anak-anaknya itu boleh berdikari atau mereka meninggal dunia." (Abu Daud)


HR. Abu Daud, Kitab Adab, Bab Fi Min Dhammi al-Yatiim, dari Sahl bin Sa’ad, no. 4483, disahihkan oleh al-Albani.
12

قَالَ أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَقَالَ بِإِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى

Rasulullah SAW bersabda, "Saya dan penjaga anak yatim akan berada dalam syurga (dekat) sebegini dan Baginda telah menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit di antara kedua-duanya." (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab Adab, Bab Fadhl Min Ya’uwil Yatiima, dari Sahl bin Sa’ad, no. 5546, sahih ijma’.
13

مَنْ ضَمَّ يَتِيمًا بَيْنَ أَبَوَيْنِ مُسْلِمَيْنِ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ حَتَّى يَسْتَغْنِيَ عَنْهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ الْبَتَّةَ وَمَنْ أَعْتَقَ امْرَأً مُسْلِمًا كَانَ فَكَاكَهُ مِنْ النَّارِ يُجْزِي بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهُ عُضْوًا مِنْهُ مِنْ النَّارِ

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengambil anak yatim yang kedua-dua ibu bapanya orang Islam untuk makan dan minum bersamanya yakni dia menanggung anak itu sehinggalah Allah menjadikannya tidak lagi memerlukan (tanggungannya) yakni sehingga anak itu boleh berdikari dalam menyempurnakan keperluannya maka syurga wajib untuknya." (Musnad Ahmad, Tabarani, Majma uz-Zawaid)







HR. Ahmad, dari Malik Bin Harith, no. 18252, al-Arnauth menilainya sahih lighairih. Sanadnya ikhtilaf atas Zurarah bin Awfa.

Juga diriwayatkan oleh at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dari Abu Malik, no. 668, disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 2543.
14

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mampu untuk berusaha supaya dia meninggal dunia di Madinah maka hendaklah dia berusaha. Ini kerana sesungguhnya saya akan memberi syafaat kepada orang yang meninggal dunia (dan dikebumikan) di sana." (Ibnu Hibban)


HR. Ibnu Hibban, dari Ibnu Umar, no. 3741, disahihkan oleh al-Arnauth dalam Musnad Ahmad no. 5180 dan al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 6/1033.
15

مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa daripada umatku yang tinggal di Madinah dan bersabar di atas kesusahannya maka pasti aku akan memberi syafaat kepadanya atau aku akan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat."(Muslim)


HR. Muslim, Kitab Hajj, Bab al-Targhib fi Saknaa al-Madinah wal Sabr A’ala Li Awahyiha, dari Ibnu Umar, no. 2445, sahih ijma’.
16

أَوَّلُ خَصْمَيْنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ جَارَانِ

Rasulullah SAW bersabda, daripada kalangan orang-orang yang bergaduh yang pertama sekali akan dibentangkan untuk dihisab pada hari kiamat ialah tentang dua orang jiran. Yakni dalam hak-hak sesama hamba, urusan antara dua orang jiran yang pertama akan dibentangkan." (Musnad Ahmad, Majma uz-Zawa'id)


HR. Ahmad, dari ‘Uqbah bin ‘Amir, no. 16732, dihasankan oleh al-Arnauth.

Al-Haithami mengatakan sanadnya hasan (Majmu’ Zawaid 10/352). 
17

وَلَا يُرِيدُ أَحَدٌ أَهْلَ الْمَدِينَةِ بِسُوءٍ إِلَّا أَذَابَهُ اللَّهُ فِي النَّارِ ذَوْبَ الرَّصَاصِ أَوْ ذَوْبَ الْمِلْحِ فِي الْمَاءِ


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ingin melakukan keburukan kepada penduduk Madinah maka Allah akan cairkan dia (dalam api neraka) sebagaimana cairnya timah (apabila dipanaskan) ataupun larutnya garam dalam air." (Muslim)


HR. Muslim, Kitab Hajj, Bab Fadhal al-Madinat wa Dua an-Nabi SAW fiha, dari Sa’ad bin Abi Waqash, no. 2426, sahih ijma’.

18

مَنْ أَخَافَ أَهْلَ المَدِينَةِ فَقَدْ أَخَافَ مَا بَيْنَ جَنْبِي

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menakut-nakutkan penduduk Madinah sesungguhnya dia telah menakut-nakutkan daku." (Musnad Ahmad)



HR. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah, no. 14290, disahihkan oleh al-Arnauth.
19

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُحِبَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أَوْ يُحِبَّهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ فَلْيَصْدُقْ حَدِيثَهُ إِذَا حَدَّثَ وَلْيُؤَدِّ أَمَانَتَهُ 

Sesungguhnya pada suatu hari Nabi SAW telah berwuduk maka para sahabat telah menyapu-nyapukan (wajah dan badan mereka) dengan lebihan air wuduk Baginda itu lalu Baginda bertanya, "Apakah yang menyebabkan kamu semua melakukan demikian?" Mereka menjawab, "Cinta Allah dan Rasul-Nya." Lalu Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang suka bahawa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan Rasul-Nya mencintainya maka hendaklah dia bercakap benar apabila dia bercakap, menunaikan amanah apabila dia diberi amanah dan berlaku baik terhadap orang yang berjiran dengannya." (Baihaqi dan Misykat)


HR Baihaqi, dari Abdul Rahman bin Abi Qurda, dalam Syuabul Iman, no. 1439, dihasankan oleh al-Albani dalam Takhrij Mishkatul Mashabih, no. 4920.
20

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Jibrail AS begitu banyak menasihatkan saya tentang jiran sehingga saya menyangka bahawa dia akan menjadikan jiran sebagai waris (sehingga dapat menerima harta pusaka)." (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab Adab, Bab al-Wasiyah bi al-Jaar, dari Ibnu Umar, no. 5556, sahih ijma’.
21

إِذَا سَمِعْتَ جِيرَانَكَ يَقُولُونَ‏:‏ قَدْ أَحْسَنْتَ، فَقَدْ أَحْسَنْتَ، وَإِذَا سَمِعْتَهُمْ يَقُولُونَ‏:‏ قَدْ أَسَأْتَ، فَقَدْ أَسَأْتَ‏

Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara saya mendapat tahu bahawa saya telah berbuat baik atau saya telah berbuat jahat?" Maka Nabi menjawab, "Apabila kamu mendengar jiran-jiran kamu mengatakan bahawa kamu telah berbuat baik maka sememangnya kamu telah berbuat baik dan apabila kamu mendengar jiran-jiran kamu mengatakan bahawa kamu telah berbuat jahat maka sememangnya kamu telah berbuat jahat. (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)


HR. Thabarani, dalam Mu’jam al-Awsath (3/223), dari Ibnu Mas’ud, disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1327.

Al-Haithami mengatakan perawi hadith ini adalah perawi kitab sahih (Majmu Zawaid 10/274).

Diriwayatkan juga oleh Al-Hakim (1/378) dan Al-Baihaqi (Syuabul Iman no. 9567). Al-Hakim berkata. hadits di tersebut sesuai dengan kriteria yang disyaratkn Al-Bukhari dan Muslim dan hal ini disepakati oleh Az-Zahabi.



22

مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ


Rasulullah SAW bersabda, "Siapakah yang ingin belajar perkara-perkara ini daripadaku untuk dia beramal dengannya ataupun untuk dia mengajar orang yang akan beramal dengannya?" Sayyidina Abu Hurairah berkata, "Saya ya Rasulullah." Maka Rasulullah memegang tangan saya (untuk menunjukkan kasih sayang) lalu memberitahu lima perkara itu dengan sabdanya, peliharalah dirimu daripada perkara-perkara yang haram maka kamu akan menjadi orang yang paling banyak beribadat. Redhalah terhadap apa-apa yang telah diberikan oleh Allah kepadamu maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berlaku baiklah terhadap jiranmu maka kamu akan menjadi orang mukmin. Sukalah untuk orang lain apa-apa yang kamu suka untuk dirimu sendiri maka kamu akan menjadi orang Islam yang sempurna. Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab Zuhud ‘an Rasulullah, Bab Mani  Ittaqaa al- Mahaarim Fahuwa ‘Abadunnas, dari Abu Hurairah, no. 2227, dihasankan oleh al-Albani.
23

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ الَّذِيْ يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائْعٌ إِلٰى جَنْبِهِ

Rasulullah SAW bersabda 'Seseorang itu bukanlah mukmin yang sempurna jika dia kenyang sedangkan jirannya dalam kelaparan." (Tabarani, Abu Ya'la: Majma uz- Zawa'id)


HR. Thabarani, dalam al-Kabir no. 12579, disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 149.

Al-Haithami pula dalam Majmu Zawaid (8/167) mengatakan: “Hadith ini telah diriwayatkan oleh At-Thabrani dan Abu Ya’la, sedangkan para perawinya adalah tsiqah.”








24

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا وَصِيَامِهَا وَصَدَقَتِهَا غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا قَالَ هِيَ فِي النَّارِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ قِلَّةِ صِيَامِهَا وَصَدَقَتِهَا وَصَلَاتِهَا وَإِنَّهَا تَصَدَّقُ بِالْأَثْوَارِ مِنْ الْأَقِطِ وَلَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا قَالَ هِيَ فِي الْجَنَّةِ


Seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah "Ya Rasulullah, telah masyhur mengenai seorang wanita bahawa dia banyak bersolat, banyak berpuasa sunat dan banyak bersedekah. Cuma dia menyakiti jirannya dengan lidahnya." Baginda bersabda, "Dia berada dalam neraka." Lelaki itu berkata lagi, "Ya Rasulullah, telah masyhur tentang seorang wanita bahawa dia kurang berpuasa sunat, kurang bersolah sunat dan kurang juga bersedekah. Sesungguhnya dia bersedekah tidak lebih daripada beberapa ketul keju sedangkan dia tidak menyakiti jirannya dengan lidahnya." Baginda bersabda, "Dia berada dalam syurga." (Musnad Ahmad)


HR. Ahmad, dari Abu Hurairah, no. 9298, al-Arnauth menilai sanad hadith ini hasan.
25

من كان يؤمن بالله واليوم الآخرِ ، فليُكرِمْ جارَه . قالوا : يا رسولَ اللهِ ! وما حقُّ الجارِ على الجار ؟ قال : إن سألك فأَعْطِه...

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah hak jiran?" Baginda bersabda, "Jika dia meminta sesuatu daripadamu maka hendaklah kamu memberi kepadanya, jika dia meminta tolong daripadamu maka hendaklah kamu menolongnya, jika dia ingin berhutang daripadamu maka hendaklah kamu memberi hutang kepadanya, jika dia menjemput kamu maka hendaklah kamu menerima jemputannya, jika dia sakit hendaklah kamu menziarahinya, jika dia mati hendaklah kamu iringi jenazahnya, jika dia ditimpa musibah hendaklah kamu mengucapkan takziah kepadanya, janganlah kamu sakitinya dengan bauan daging daripada periuk kamu (kerana mungkin dia tidak mampu untuk memasak daging kerana kemiskinannya) kalau tidak pun hendaklah kamu hantar kepadanya sebahagian daripada masakan kamu itu dan jangan kamu membina bangunan lebih tinggi daripada bangunannya sehingga menghalang angin ke rumahnya kecuali dengan kebenarannya." (Targhib)



HR. Mundziri, dalam Targhib wa Tarhib (3/243), dari Abu Hurairah, al-Albani menilainya dhaif jiddan (terlalu lemah) dalam Dhaif Targhib wa Tarhib no. 1525.


HR. Baihaqi dalam Syabul Iman (7/3136) dari Abdullah bin ‘Amru, sanad hadith ini didhaifkan oleh Baihaqi.
26

لَا يَحْقِرَنَّ أَحَدُكُمْ شَيْئًا مِنْ الْمَعْرُوفِ وَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيَلْقَ أَخَاهُ بِوَجْهٍ طَلِيقٍ وَإِنْ اشْتَرَيْتَ لَحْمًا أَوْ طَبَخْتَ قِدْرًا فَأَكْثِرْ مَرَقَتَهُ وَاغْرِفْ لِجَارِكَ مِنْهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah sesiapa dalam kalangan kamu menganggap rendah terhadap mana-mana kebaikan dan sekiranya dia tidak dapat melakukan mana-mana kebaikan maka bertemulah dengan saudaranya dengan wajah yang ceria (kerana itu pun kebaikan). Jika kamu membeli daging (untuk dimasak) atau kamu memasak apa-apa dalam periuk maka perbanyakkanlah kuahnya dan berilah sebahagian daripadanya kepada jiran kamu." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab al-Tho’amah ‘an Rasulullah SAW, Bab Ikthaari ma il Maraqati, dari Abu Dzar, no. 1756, disahihkan oleh al-Albani.
27

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لاَ يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang yang jirannya tidak terselamat daripada kejahatannya tidak akan dapat memasuki syurga." (Muslim)


HR. Muslim, Kitab Iman, Bab Bayaani Tahriim iza il Jaar, dari Abu Hurairah, no. 66, sahih ijma’.




28

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ تُقَبِّلُونَ الصِّبْيَانَ فَمَا نُقَبِّلُهُمْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ

Seorang badwi telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata, "Adakah tuan mencium anak-anak? Kami tidak mencium mereka "Maka Nabi menjawab, "Apakah yang boleh aku lakukan sekiranya Allah telah mencabut sifat kasih sayang daripada hatimu? (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab Adab, Bab Rahmatil Waladi wa Taqbiilihi wa Mu’aanaqitih, dari Aisyah, no. 5998, sahih ijma’.
29

تَهَادَوْا فَإِنَّ الْهَدِيَّةَ تُذْهِبُ وَحَرَ الصَّدْرِ وَلَا تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ شِقَّ فِرْسِنِ شَاةٍ

Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana sesungguhnya (pemberian) hadiah akan menghilangkan kemarahan hati. Dan janganlah seseorang wanita berasa lekeh untuk menerima sesuatu pemberian daripada jirannya walaupun seketul daripada hujung kaki kambing (demikian juga seseorang jiran janganlah berasa lekeh untuk memberi hadiah yang sedemikian)." (Tirmizi)



HR. Tirmidzi, Kitab al-Wala’ wa al-Hibah ‘an Rasulullah SAW, Bab Hathi an-Nabi SAW ‘ala at- Tahaadi, dari Abu Hurairah, no. 2056, didhaifkan oleh al-Albani.
30

أَنَّ أَبَاهُ أَتَى بِهِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي نَحَلْتُ ابْنِي هَذَا غُلَامًا فَقَالَ أَكُلَّ وَلَدِكَ نَحَلْتَ مِثْلَهُ قَالَ لَا قَالَ فَارْجِعْهُ


Sayyidina Nu’man bin Basyir meriwayatkan bahawa ayahnya telah membawanya pergi berjumpa Rasulullah SAW lalu berkata kepada Baginda "Saya telah memberikan seorang hamba sahaya kepada anak saya ini." Lalu Rasulullah bertanya, "Adakah kamu telah memberi kepada semua anakmu seumpamanya?" Ayahnya menjawab, "Tidak." Maka Rasulullah bersabda, "Ambillah hamba itu kembali." (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab Hibah wa Fadhilat wal Tahriidh ‘alaiha, Bab Hibah lil Waladi, dari Nu’man Bin Bashir, no. 2397, sahih ijma’.
31

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَلْيُحْسِنِ اسْمَهُ وَأَدَبَهُ فَإِذَا بَلَغَ فَلْيُزَوِّجْهُ ، فَإِنْ بَلَغَ وَلَمْ يُزَوِّجْهُ فَأَصَابَ إِثْمًا ، فَإِنَّمَا اثْمُهُ عَلٰى أَبِيْهِ

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mendapat anak lelaki maka hendaklah dia menamakan anaknya itu dengan nama yang baik dan mentarbiahnya dengan baik dan apabila anaknya itu telah baligh maka hendaklah dia mengahwinkannya. Sekiranya setelah baligh dia tidak mengahwinkannya (kerana kelalaian dan kecuaiannya) dan anaknya itu terlibat dengan dosa maka ayahnyalah yang menanggung dosa itu." (Baihaqi)


HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman dari Abi Sa’id dan Ibnu Abbas, no. 8145, dinilai dhaif oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no. 737.
32

مَنْ وُلِدَتْ لَهُ ابْنَةٌ فَلَمْ يَئِدْهَا وَلَمْ يُهِنْهَا وَلَمْ يُؤْثِرْ وَلَدَهُ عَلَيْهَا يَعْنِي الذَّكَرَ أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهَا الْجَنَّةَ

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mendapat anak perempuan dan dia tidak menanam anaknya itu hidup-hidup (seperti yang berlaku pada zaman jahiliah) dan dia tidak menghinakannya serta tidak melebihkan anak lelaki daripada anak perempuan itu yakni dia melayan anak perempuan sama seperti dia melayan anak lelaki maka Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga sebagai balasan ke atas perlakuannya yang baik terhadap anak perempuannya itu."(Mustadrak Hakim)










HR. al-Hakim dalam Mustadrak, dari Ibnu Abbas, no. 7348, sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim.
Hadith serupa ini juga didhaifkan oleh al-Albani dalam Sunan Abu Daud no. 4480 dan juga didhaifkan oleh al-Arnauth dalam Musnad Ahmad no. 1856.
33

مَنْ يَلِي مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ شَيْئًا فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang telah mengambil tanggungjawab ke atas salah satu daripada urusan anak-anak perempuan dan dia berlaku baik terhadap mereka maka anak-anak perempuan itu akan menjadi penghalangnya daripada api neraka." Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab Adab, Bab Rahmatil Waladi wa Taqbilihi wa Mu’aanaqatih, dari Aisyah, no. 5536, sahih ijma’.
34

لَا يَكُونُ لِأَحَدِكُمْ ثَلَاثُ بَنَاتٍ أَوْ ثَلَاثُ أَخَوَاتٍ فَيُحْسِنُ إِلَيْهِنَّ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang adik beradik perempuan atau pun dua orang anak perempuan atau dua orang adik beradik perempuan dan dia telah berlaku baik terhadap mereka dan dia takut kepada Allah dalam menguruskan mereka maka dia akan memasuki syurga." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab al-Baru wa al-Shalah, Bab Nafaqah ‘Ala al-Banati wal Aqhawati, dari Abu Sai’d al-Khudry, no. 1835, didhaifkan oleh al-Albani.
35

مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدًا مِنْ نَحْلٍ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ

Rasulullah SAW bersabda, "Hadiah yang paling baik daripada seorang bapa kepada anaknya ialah pengajaran dan tarbiah yang baik. (Tirmizi)


HR. Tirmidzi, Kitab al-Baru wa al-Shalah, Bab Adab al-Waladi, dari Amru bin Sa’id, no. 1875, didhaifkan oleh al-Albani.
36

مَا مِنْ مُسْلِمٍ لَهُ ابْنَتَانِ ، فَيُحْسِنُ إِلَيْهِمَا مَا صَحِبَتَاهُ أَوْصَحِبَهُمَا ، إِلاَّ أَدْخَلَتَاهُ الْجَنَّةَ

Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa daripada kalangan orang Islam yang mempunyai dua orang anak perempuan dan dia berlaku baik terhadap mereka selama mereka berdua tinggal bersamanya atau dia tinggal bersama mereka maka pastilah mereka berdua akan menjadi sebab dia boleh memasuki syurga." (Ibnu Hibban)

HR. Ibnu Hibban, dari Ibnu Abbas, no. 2945, sanad hadith dhaif tetapi hadithnya hasan kerana syawahidnya.

Al-Albani pula mendhaifkannya dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5216.

37

مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ دَخَلْتُ أَنَا وَهُوَ الْجَنَّةَ كَهَاتَيْنِ وَأَشَارَ بِأُصْبُعَيْهِ


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memelihara dan membesarkan dua orang anak perempuan maka saya dan dia akan memasuki syurga seperti keadaan dua jari ini dan Baginda telah menunjukkan dua jari Baginda" (Tirmiżi)

HR. Tirmidzi, Kitab al-Baru wa al-Shalah, Bab Nafaqah ‘Ala al-Banati wal Aqhawati, dari Anas bin Malik, no. 1837, disahihkan oleh al-Albani.
38

مَنْ عُرِضَ عَلَيْهِ رَيْحَانٌ فَلَا يَرُدُّهُ فَإِنَّهُ خَفِيفُ الْمَحْمِلِ طَيِّبُ الرِّيحِ


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dihadiahkan bunga yang berbau harum maka janganlah dia menolak kerana ia ringan dan murah serta baunya pun harum." (Muslim)


HR. Muslim, Kitab al-Lafadz min al-Adab wa Ghairuha, Bab Isti’mali al-Misk wa Annahu Athyabut thibb wa Kara Hati Raddi ar-Rayhan al-Tibb, dari Abu Hurairah, no. 4183, sahih ijma’.

39

ثَلَاثٌ لَا تُرَدُّ الْوَسَائِدُ وَالدُّهْنُ وَاللَّبَنُ الدُّهْنُ يَعْنِي بِهِ الطِّيبَ

Rasulullah SAW bersabda, "Tiga perkara tidak patut ditolak, bantal, wangi-wangian dan susu." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab Adab, Bab Karahiyat radi al-Thayyib, dari Ibnu Umar, no. 2714, dihasankan oleh al-Albani.

40

مَنْ شَفَعَ لِأَخِيهِ بِشَفَاعَةٍ فَأَهْدَى لَهُ هَدِيَّةً عَلَيْهَا فَقَبِلَهَا فَقَدْ أَتَى بَابًا عَظِيمًا مِنْ أَبْوَابِ الرِّبَا

Nabi SAW bersabda, Sesiapa yang merekomen untuk saudaranya (dalam apa-apa urusan) lalu saudaranya itu menghadiahkan kepadanya sesuatu sebagai balasan atas rekomennya itu dan dia telah menerima hadiah tersebut maka sesungguhnya dia telah masuk ke dalam salah satu pintu riba yang besar." (Abu Daud)


HR. Abu Daud, Kitab al-Buyu’, Bab Hadiyah li Qadhaie al-Hajati, dari Abu Umamah, no. 3074, dihasankan oleh al-Albani.
41

الْمَدِينَةَ أَتَاهُ الْمُهَاجِرُونَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا رَأَيْنَا قَوْمًا أَبْذَلَ مِنْ كَثِيرٍ وَلَا أَحْسَنَ مُوَاسَاةً مِنْ قَلِيلٍ مِنْ قَوْمٍ نَزَلْنَا بَيْنَ أَظْهُرِهِمْ لَقَدْ كَفَوْنَا الْمُؤْنَةَ وَأَشْرَكُونَا فِي الْمَهْنَإِ حَتَّى لَقَدْ خِفْنَا أَنْ يَذْهَبُوا بِالْأَجْرِ كُلِّهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا مَا دَعَوْتُمْ اللَّهَ لَهُمْ وَأَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِمْ

Seorang sahabat muhajirin datang kepada Baginda SAW lalu berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak pernah melihat satu golongan yang lebih baik daripada golongan yang kami datangi yakni orang Ansar Madinah. Jika mereka ada kelapangan, mereka akan berbelanja banyak dan jika mereka kesempitan pun mereka masih memberi sebaik-baik bantuan dan pertolongan. Segala susah payah kami telah ditanggung oleh mereka. Sedangkan keuntungan, mereka berkongsi dengan kami. (Layanan mereka yang luar biasa ini) menyebabkan kami bimbang hanya mereka yang akan membolot segala ganjaran (dan di akhirat nanti kami tidak mendapat apa-apa)." Baginda bersabda, "Tidak, yang demikian tidak akan berlaku selagi kamu terus berdoa untuk mereka dan kamu memuji mereka yakni kamu sentiasa berterima kasih kepada mereka." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab Sifah al-Qiyamah ar-Riqaq wa al-Wara’, Bab Minh, dari Anas bin Malik, no. 2411, disahihkan oleh al-Albani.
42

مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ لَا يَشْكُرُ اللَّهَ

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia juga tidak bersyukur kepada Allah" (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab al-Baru wa al-Shalah, Bab as-Syukri li Man Ahsana Ilaik, dari Abu Hurairah, no. 1877, disahihkan oleh al-Albani.

43

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dílakukan kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan 'Jazakallahu khaira' (semoga Allah memberi balasan kepada kamu dengan sesuatu yang lebih baik) maka dia telah membuat sepenuh pujian dan telah menunaikan kesyukuran (terima kasih)." (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab al-Baru wa al-Shalah, Bab al-Thanai bil Ma’aruf, dari Usamah bin Zaid, no. 1958, disahihkan oleh al-Albani.
44

لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا يَسُرُّنِي أَنْ لَا يَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثٌ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْءٌ أُرْصِدُهُ لِدَيْنٍ


Rasulullah SAW bersabda, "Jika saya memiliki emas sebanyak gunung Uhud, saya hanya akan bergembira apabila semua emas itu habis sebelum cukup tiga hari kecuali sedikit yang disimpan untuk membayar hutang." (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab al-Istiqradh wa’ da’a al-Duyuni wal Hajr wal Taflis, Bab a’da’il Duyun, dari Abu Hurairah, no. 2214, sahih ijma’.
45

جَاءَ رَجُلٌ يَتَقَاضَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعِيرًا فَقَالَ أَعْطُوهُ سِنًّا فَوْقَ سِنِّهِ وَقَالَ خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً

Rasulullah SAW telah berhutang seekor unta dan membayar hutang itu dengan unta yang lebih besar daripada unta yang dihutangnya dan Baginda bersabda, "Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah orang yang terbaik dalam membayar hutang (Muslim)


HR. Muslim, Kitab al-Musaqah, Bab Istaslafa Syai an Faqdha Khairan Minhu, dari Abu Hurairah, no. 3005, sahih ijma’.
46

أَرْبَعِينَ أَلْفًا فَجَاءَهُ مَالٌ فَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَقَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ إِنَّمَا جَزَاءُ السَّلَفِ الْحَمْدُ وَالْأَدَاءُ

Rasulullah SAW telah berhutang daripadaku empat puluh ribu. Setelah Baginda mendapat harta maka Baginda telah memberikan harta itu kepadaku sambil berdoa untukku, "Semoga Allah memberkati ahli keluarga dan hartamu. Balasan untuk hutang ialah hutang itu dibayar, ucapan terima kasih dan pujian (terhadap si pemiutang)." (Nasa'i)

HR. Nasaie, Kitab al-Buyu’, Bab al-Istiqradh, dari Abdullah bin Abi Rabi’ah, no. 4604, disahihkan oleh al-Albani.
47

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

Nabi SAW bersabda, Sesiapa yang berhutang daripada orang ramai dengan niat akan membayar hutangnya itu maka Allah akan melangsaikan hutang itu. Sesiapa yang berhutang daripada seseorang sedangkan niatnya ialah untuk tidak membayar hutang itu maka Allah akan membinasakan hartanya itu." (Bukhari)


HR. Bukhari, Kitab al-Istiqradh wa’ da’a al-Duyuni wal Hajr wal Taflis, Bab Akhaza Amwa linnas Yuridu Ada’aha aw Itlafaha, dari Abu Hurairah, no. 2212, sahih ijma’.
48

كَانَ اللَّهُ مَعَ الدَّائِنِ حَتَّى يَقْضِيَ دَيْنَهُ مَا لَمْ يَكُنْ فِيمَا يَكْرَهُ اللَّهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Allah bersama orang yang berhutang sehinggalah dia melangsaikan hutangnya dengan syarat hutang itu tidak digunakan untuk perkara-perkara yang dibenci oleh Allah." (Ibnu Majah)












HR. Ibnu Majah, Kitab Sadaqat, Bab Min A’dan Dinana Wahu Yanwi Qada’ah, dari Abdullah bin Ja’afar, no. 2400, disahihkan oleh al-Albani.
49

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا فَقَالَ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ قَالُوا لَا قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا قَالُوا لَا فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلِّ عَلَيْهَا قَالَ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ قِيلَ نَعَمْ قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا قَالُوا ثَلَاثَةَ دَنَانِيرَ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا قَالَ هَلْ تَرَكَ شَيْئًا قَالُوا لَا قَالَ فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ قَالُوا ثَلَاثَةُ دَنَانِيرَ قَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَيَّ دَيْنُهُ فَصَلَّى عَلَيْهِ

Satu jenazah telah dibawa kepada Rasulullah supaya Baginda menyembahyangkannya lalu Baginda bertanya, "Apakah dia ada menanggung hutang?" Maka para sahabat menjawab, "Tidak." Lalu Baginda menyembahyangkannya. Kemudian dibawa satu jenazah yang lain maka Baginda bertanya, "Apakah dia ada menanggung hutang?" Mereka menjawab, "Ya." Maka Baginda bersabda, "Kamulah yang menyembahyangkan saudara kamu ini." Lantas Sayyidina Abu Qatadah berkata, "Ya Rasulullah, saya akan menanggung hutangnya itu." Lalu Baginda pun menyembahyangkan jenazahnya." (Bukhari)












HR. Bukhari, Kitab al-Hawalah, Bab in Ahala Dainal Mayyit ‘Ala Rajulin Jaza, dari Salamah bin al-Akwa, no. 2127, sahih ijma’.
50

كُنَّا جُلُوسًا بِفِنَاءِ الْمَسْجِدِ حَيْثُ تُوضَعُ الْجَنَائِزُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ بَيْنَ ظَهْرَيْنَا فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَصَرَهُ قِبَلَ السَّمَاءِ فَنَظَرَ ثُمَّ طَأْطَأَ بَصَرَهُ وَوَضَعَ يَدَهُ عَلَى جَبْهَتِهِ ثُمَّ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ سُبْحَانَ اللَّهِ مَاذَا نَزَلَ مِنْ التَّشْدِيدِ قَالَ فَسَكَتْنَا يَوْمَنَا وَلَيْلَتَنَا فَلَمْ نَرَهَا خَيْرًا حَتَّى أَصْبَحْنَا قَالَ مُحَمَّدٌ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا التَّشْدِيدُ الَّذِي نَزَلَ قَالَ فِي الدَّيْنِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ رَجُلًا قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ عَاشَ ثُمَّ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ عَاشَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ مَا دَخَلَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَقْضِيَ دَيْنَهُ


Sayyidina Muhammad bin Abdullah bin Jahsy berkata, "Kami sedang duduk-duduk di halaman masjid di tempat yang biasanya jenazah diletakkan dan Rasulullah pun ada bersama kami. Rasulullah telah mengangkat pandangan Baginda ke langit lalu memandang sesuatu kemudian Baginda menundukkan pandangan keadaan yang penuh fikir) Baginda meletakkan tangannya di atas dahi lalu bersabda, "Subhanallah! Subhanallah! Alangkah kerasnya amaran yang diturunkan!" ya. Kemudian Sayyidina Muhammad bin Abdullah berkata, "Kami hanya berdiam diri sepanjang siang dan malam itu sehinggalah ke pagi. Namun kami merasakan bukanlah satu perkara yang baik untuk kami berdiam diri. Lantaran itu pada waktu pagi saya bertanya kepada Nabi "Apakah amaran keras yang telah diturunkan?" Baginda bersabda, "Amaran keras telah diturunkan berkenaan hutang. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, jika seseorang itu syahid di jalan Allah kemudian hidup kembali lalu syahid lagi, kemudian hidup kembali sedangkan dia masih menanggung hutang maka dia tidak akan dapat memasuki syurga selagi hutangnya tidak dijelaskan." (Musnad Ahmad)


HR. Ahmad, dari Abdullah bin Jahsy, no. 21455, didhaifkan oleh al-Arnauth.
51

إِنَّ أَعْظَمَ الذُّنُوبِ عِنْدَ اللَّهِ أَنْ يَلْقَاهُ بِهَا عَبْدٌ بَعْدَ الْكَبَائِرِ الَّتِي نَهَى اللَّهُ عَنْهَا أَنْ يَمُوتَ رَجُلٌ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ لَا يَدَعُ لَهُ قَضَاءً

Rasulullah SAW bersabda, "Dosa paling besar yang seseorang hamba akan bawa berjumpa Allah selain daripada dosa-dosa besar yang dilarang keras oleh Allah (seperti syirik, zina dan lain-lain) ialah seseorang yang mati dalam keadaan dia berhutang sedangkan dia tidak menyediakan apa-apa rancangan untuk melunaskan hutangnya itu." (Abu Daud)






HR. Abu Daud, Kitab al-Buyu’, Bab Tasydid fi Daini, dari Abu Musa al-Asya’ari, no. 2901 didhaifkan oleh al-Albani.
52

الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Rasulullah SAW bersabda, "Roh orang mukmin tergantung-gantung (tidak sampai ke tempat rahmat dan kebahagiaan yang dijanjikan untuk orang-orang yang soleh) disebabkan oleh hutangnya selagi hutangnya tidak dilunaskan." (Tirmiži)


HR. Tirmidzi, Kitab Janaiz, Bab an- Nabi SAW annahu Qaala: Nafs al-Mu’min Mu’allaqatu Bidainihi Hatta Yuqhdha Anhu, dari Abu Hurairah, no. 998, disahihkan oleh al-Albani.
53

الْقَتْلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا الدَّيْنَ

Rasulullah SAW bersabda, "Semua dosa orang yang mati syahid akan diampunkan kecuali hutang." (Muslim)

HR. Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Qutila fi Sabililah Kuffirat Khatayah’illal Dayn, dari ‘Amru al-Ash, no. 3499, sahih ijma’.
54

إِذَا حَدَّثَ الرَّجُلُ بِالْحَدِيثِ ثُمَّ الْتَفَتَ فَهِيَ أَمَانَةٌ

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang itu memberitahu halnya dan dia berpaling ke sana sini maka hal itu ialah amanah." (Abu Daud) 

Keterangan: Maksudnya ialah jika ada sesiapa yang bercakap-cakap dengan kamu dan dia tidak menyatakan kepada kamu bahawa perkara ini hendaklah dirahsiakan tetapi daripada mana-mana tindak tanduknya kamu dapat merasakan bahawa dia tidak mahu perkara itu diketahui oleh sesiapa seumpama semasa bercakap dia memandang ke sana sini dan lain-lain perbuatan maka perkara itu adalah amanah dan hendaklah kamu memeliharanya sebagai amanah. (Ma’arif ul-Hadiś)


HR. Abu Daud, Kitab Adab, Bab Naql al-Hadith, dari Jabir bin Abdullah, no. 4225, dihasankan oleh al-Albani.
55

ما من عبدٍ أتى أخاه يزوره في اللهِ ، إلا ناداه [ منادٍ ] من السماءِ : أن طِبتَ وطابت لك الجنةُ ، وإلا قال اللهُ في ملكوتِ عَرشِه : عبدي زار فيَّ ، وعليَّ قِراه ، فلم يَرضَ [ اللهُ ] له بثوابِ دونَ الجنَّةِ

Nabi SAW bersabda, "Sesiapa dalam kalangan hamba Allah yang pergi menziarahi saudara Islamnya semata-mata kerana Allah maka seorang malaikat akan menyeru, Hiduplah dengan bahagia dan berbahagialah dengan syurga. Dan Allah akan berkata kepada para malaikat Arasy, "Hambu-Ku ini menziarahi saudaranya kerana-Ku maka Aku bertanggungjawab melayaninya iaitu Allah tidak reda balasan yang kurang daripada syurga untuknya." (Bazzar, Abu Ya la: Targhib)










HR. Musnad Bazzar (no. 6466), Musnad Abu Ya’la (4140), dari Annas bi Malik. Al-Albani menilai hadith ini hasan sahih dalam Sahih Targhib wa Tarhib, no. 2579.
56

إِذَا وَعَدَ الرَّجُلُ أَخَاهُ وَمِنْ نِيَّتِهِ أَنْ يَفِيَ لَهُ فَلَمْ يَفِ وَلَمْ يَجِئْ لِلْمِيعَادِ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang itu berjanji dengan saudaranya dan dia berniat untuk menunaikan janjinya itu tetapi dia tidak dapat menunaikan janji itu dan dia tidak dapat datang pada masa yang dijanjikan maka dia tidak akan berdosa." (Abu Daud)


HR. Abu Daud, Kitab Adab, Bab al-‘Idah, dari Zaid bin Arqam, no. 4343, didhaifkan oleh al-Albani.
57

الْمُسْتَشَارُ مُؤْتَمَنٌ

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang diminta memberikan cadangan untuk apa-apa urusan maka dia telah diberi kepercayaan dalam urusan itu, (oleh itu, sepatutnya dia tidak menyebarkan rahsia orang yang meminta cadangan itu dan hendaklah dia memberi cadangan hanya yang lebih bermanfaat untuk orang itu). (Tirmiżi)


HR. Tirmidzi, Kitab Adab, Bab al-Mustashar Mu’taman, dari Abu Hurairah, no. 2747, disahihkan oleh al-Albani.

Petunjuk:


Klasifikasi


Kod Warna
Hadith sahih, hasan

Hadith dhaif

Hadith maudhu’


Maklumat tambahan

Hadith-hadith di atas adalah sebahagian daripada petikan Hadith Nukilan (HN) Syeikh Muhammad Yusuf Kandhalawi (1917-1965) di dalam Kitab Muntakhab Ahadith. Kitab ini merangkumkan pilihan hadith-hadith Nabi SAW yang berkaitan dengan 7 kualiti dakwah dan Jemaah Tagligh. 7 kualiti tersebut adalah:

1)    Kalimah thayyibah (ucapan yang baik)
2)    Solat
3)    Ilmu dan zikir
4)    Ikram muslimin (memuliakan saudara seislam)
5)    Ikhlas
6)    Dakwah dan Tabligh
7)    Meninggalkan perkara sia-sia

Kitab ini memuatkan hadith-hadith kebanyakkanya adalah sahih dan hasan. Adakalanya terdapat hadith yang dhaif. Kitab ini juga telah ditahqiq oleh al-Syeikh al-Hasan Muhammad al-Amin, terbitan Dar Ibn Katsir, Beirut. Cetakan pertama, tahun 1431 H/2010 M.
Biografi ringkas Syeikh Muhammad Yusuf Kandhlawi

Secara ringkasnya Maulana Muhammad Yusuf dilahirkan di Kandhala pada Jamadil Awal 1335 hijrah atau 20 Mac 1917 dan menerima pendidikan awal daripada bapanya sendiri yang juga pendakwah dan pemilik madrasah, Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi.

Berjaya menghafaz al-Quran pada usia 10 tahun. Beliau menerima pelajaran hadith dari kitab sahih yang enam (kutub as sittah), dan lain-lain dibawah bimbingan ayahnya, Maulana Muhammad Ilyas, kemudian beliau meneruskan pendidikannya di Madrasah Madzahirul Ulum di Sharanpur, di bawah bimbinga alim ulama yang besar seperti Syaikh Abdul Latif, pimpinan Madrasah terdahulu, dan Syaikh Manzhur Ahmad Khan as Sharanpuri serta Syaikh Muhammad Zakariya al Kandhalawi, iaitu saudara sepupunya. Beliau telah menamatkan pelajaran di Madrasah Hadith pada tahun 1354 H. Selain itu, beliau menguasai kesusasteraan Arab dan Parsi dengan baik serta turut mempelajari hadis 40 Shah Waliyullah Dehlawi, Misykat al-Masabih, Mustadrak Hakim, Mu'watta Imam Malik, Mu'watta Imam Shaibani, Syamail Tirmizi dan Hadith 40 Imam Nawawi.

Selain merupakan amir jemaah Tabligh ke-2, Muhammad Yusuf, menghasilkan tiga kitab untuk terkenal di kalangan umat Islam, di sebalik kesibukannya berdakwah. Pertama, Amani al-Ahbar, sebuah kitab setebal empat jilid, mengkaji dan mengomentari kitab Ma’ani al-Atsar karya Imam Thahawi. Kedua, Hayat as-Shahabah, sebuah ensiklopedia setebal tiga jilid, tentang kehidupan para sahabat. Kitab yang kedua ini merupakan kitab yang menuai sambutan dan sanjungan dari para ulama di berbagai penjuru dunia. Ketiga, adalah kitab Muntakab Ahadith, seperti yang telah diterangkan di atas.

Beliau meninggal di Lahore dalam usia 48 tahun.


Rujukan:-

1.    Muhammad Abdulloh Suradi, 2011. Biografi ulama sunnah India. Cet. 1. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa.
2.    Mausu'ah al- Hadithiyyah, https://www.dorar.net/
3.    Mausu'ah al-Hadithiyyah, http://www.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php.





Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...