Thursday 2 June 2022

Banyak riwayat dan kitab tanda ilmu tinggi dan kebenaran?

 

 

Al-Imam Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Khalaf Al-Barbahari (329 H) berkata,

 

أن العلم ليس بكثرة الرواية والكتب وإنما العالم من اتبع العلم والسنن وإن كان قليل العلم والكتب

 

"Hakikat ilmu tidaklah ditunjukkan oleh banyaknya riwayat dan menulis kitab. Hanyalah orang yang berilmu itu yang mengikuti ilmu dan mengamalkan sunnah meski ilmu dan kitabnya sedikit.

 

ومن خالف الكتاب والسنة فهو صاحب بدعة وإن كان كثير العلم والكتب

 

Dan barangsiapa yang jalannya menyelisihi Al-Qur'an was Sunnah maka dia ahli bidaah meski ilmu dan kitabnya banyak."

 

Syaikh Al-'Allamah Shalih Al-Fawzan menjelaskan,

 

"Hanyalah disebut ilmu jika ditopang dengan pemahaman, mengikuti sunnah lalu beramal dengannya meskipun sedikit. Namun sedikitnya ilmu bila disertai amal soleh dan pemahaman yang benar terhadap agama Allah maka pada hakikatnya banyak dan ilmu seperti itu yang akan berguna." (Ithaful Qari 2/41)

 

Maka ilmu yang bermanfaat itu dan keberkatannya bukan ditimbang dengan banyaknya hafalan, ucapan, tulisan, dan kecerdasan di atas rata-rata. Akan tetapi yang sesuai dengan sunnah (petunjuk) Nabi dan cahaya yang Allah masukkan ke dalam hati.

Hadith bertakbir ketika bencana

 

Matan hadith

 

إذا وقعت كبيرة، أو هاجت ريح مظلمة، فعليكم بالتكبير، فإنه يجلي العجاج

 

Terjemahan

 

Daripada Jabir RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah RA: “Apabila terjadi sesuatu yang besar, atau bertiup angin ribut yang gelap, maka hendaklah kamu bertakbir, kerana takbir akan menghilangkan asap yang hitam

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 1947, Ibnu Adi dalam al-Kamil 6/204

 

Sanad hadith ini dhaif menurut al-Bushiri dalam Ithaf alKhiyarah 6/436.

 

Malah palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2256

 

Terdapat juga riwayat dari Anas bin Malik ra yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dalam Amal al-Yau, wa al-Lailah no. 284, Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/262. Ibn al-Qaisarani dalam Zakirah Huffaz 1/370 mengatakan dalam sanadnya terdapat perawi yang munkarul hadith, hadithnya tidak boleh dipegang iaitu Muhammad bin Zadzan.

Hadith kelebihan i'tikaf

 

Matan hadith

 

مَنْ مَشَى فِى حَاجَةٍ أَخِيْهِ كَانَ خَيْرًا لَهُ مِنْ اِعْتِكَافِ عَشْرِ سِنِيْنَ وَمَنْ اِعْتِكَفَ يَوْمًا اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ جَعَلَ اللهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ ثَلَاثَ خَنَادِقٍ كُلُّ خَنْدَقٍ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الخَافِقَيْنِ.

 

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang berjalan di dalam membantu keperluan saudaranya, maka itu lebih baik baginya dari pada  i’tikaf  sepuluh tahun lamanya. Dan barangsiapa yang beri’tikaf  satu hari kerana mengharap redha Allah SWT, maka Allah menjadikan di antara dia dan api neraka jarak sejauh tiga parit. Setiap parit dari parit lainnya jaraknya sejauh langit dan bumi  

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Awsath no.  7322, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/1445, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Dhaif menurut Imam at-Thabarani.

 

Dhaif menurut al-Baihaqi

 

Gharib menurut al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 4/349.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5345

 

Sanadnya jayyid menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 8/195.

Hadith orang mati menjawab salam

 

Matan hadith

 

ﻣَﺎ ﻣﻦ ﻣُﺴﻠﻢ ﻳﻤﺮ ﻋﻠﻰ ﻗﺒﺮ أَخِيْهِ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﻴﺴﻠﻢ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺇِﻟَّﺎ ﺭﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺭﻭﺣﻪ ﺣَﺘَّﻰ ﻳﺮﺩ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡ

 

Terjemahan

 

Tidaklah seorang Muslim melewati kuburan saudaranya di dunia, lalu mengucapkan salam kepadanya, kecuali Allah akan mengembalikan ruhnya, hingga si mayit boleh membalas salamnya

 

Takhrij

 

HN. Ibnu Jauzi dalam ar-Ruh hal. 7, dinukilkan dari Ibnu Abdil Bar, hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Abdil Bar dalam Al-Istidzkar 1/184.

 

Riwayat ini disahihkan Ibnul-Qayyim dalam Badaa’iul-Fawaaid 2/173-174.

 

Ibnu Rajab rahimahullah berkata :

 

خرجه ابن عبد البر وقال عبد الحق الإشبيلي: إسناده صحيح يشير إلى أن رواته كلهم ثقات وهو كذلك إلا أنه غريب بل منكر.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil-Barr, dan berkata ‘Abdul-Haqq Al-Isybili : ‘Sanadnya sahih’, mengisyaratkan bahawa seluruh perawinya tsiqah. Dan memang seperti itulah keadaannya, kecuali hadith tersebut gharib, bahkan munkar [Ahwaalul-Qubuur, hal. 85-86].

 

Tashhih Ibnu Qayyim –berikut Al-Isybili – ini perlu ditinjau kembali. Ada perselisihan dalam periwayatan dari Ar-Rabii’ bin Sulaiman dari Bisyr bin Bakr.

 

Terdapat juga riwayat dari al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, 6/137, Tamam Ar-Razi Al-Fawaid, 2/122 no. 515, Ibnu Abid-Dun-yaa dalam Al-Qubuur hal. 202 no. 2

 

Asy-Syaikh Ishaumuddin (pentahqiq kitab ar-Ruh) mengoreksi status hadith diatas :

Hadithnya dikeluarkan oleh al-Baghdadi dalam Tarikhnya 6/3175) dan ad-Dailami dalam Firdaus al-Akhbar dengan catatan kakinya 4/6440), keduanya meriwayatkan dari jalan Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam dari Bapanya dari ‘Atha` bin Yasar dari Abi Hurairah radhiyallahu anhu secara marfu’.

 

Sanad ini dhaif, kerana kedhaifan Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam, kerana kebanyakan ulama memdhaifkannya. Ibnul Jauzi berkata : “para ulama sepakat mendhaifkannya”…. (Tahdzibut-Tahdzib 6/177-179 no. 361).

 

Diriwayatkan pula secara mauquf dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu :

 

حدثنا محمد بن قدامة الجوهري : حدثنا معن بن عيسى القزاز : أخبرنا هشام بن سعد : حدثنا زيد بن أسلم، عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال : إذا مرَّ الرجل بقبر أخيه يعرفه، فسلم عليه، رد عليه السلام، وعرفه، وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Qudamah Al-Jauhary : Telah menceritakan kepada kami Ma’n bin ‘Iisaa Al-Qazaz : Telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam bin Sa’d : Telah menceritakan kepada kami Zaid bin Aslam, dari Abu Hurairah radliyallaahu ta’ala ‘anhu, ia berkata : “Apabila seseorang melewati kuburan saudaranya yang ia kenal, lalu memberi salam kepadanya, nescaya ia (yang telah mati) menjawab salamnya dan mengenalinya. Dan apabila ia melewati kubur yang tidak dikenalnya lalu memberi salam kepadanya, niscaya ia (yang mati) menjawab salamnya” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dun-yaa dalam Al-Qubur hal. 202 no. 2].

 

Riwayat ini lemah kerana Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari [Taqribut-Tahdzib, hal. 890 no. 6274]. Begitu juga dengan Hisyam bin Sa’d Al-Madani [Tahrirut-Taqrib, 4/39 no. 7294].

 

Ada riwayat lain yang dikatakan dapat menguatkan riwayat di atas :

 

حدثنا محمد بن عون : حدثنا يحيى بن يمان، عن عبد الله بن سمعان، عن زيد بن أسلم، عن عائشة رضي الله تعالى عنها، قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من رجل يزور قبر أخيه، ويجلس عنده إلا استأنس به، ورد عليه، حتى يقوم

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Aun : Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yamaan, dari ‘Abdullah bin Sam’an, dari Zaid bin Aslam, dari ‘Aaisyah radliyallaahu ta’ala ‘anha, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Tidaklah ada seseorang yang berziarah ke kuburan saudaranya dan duduk di sampingnya, kecuali ia dapat mendengarkannya dan menjawabnya hingga ia pergi” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dun-yaa dalam Al-Qubuur, hal. 201 no. 1].

 

Namun riwayat ini tidak diterima karena sangat lemah. ‘Abdullah bin Sam’an, nama lengkapnya adalah ‘Abdullah bin Ziyad bin Sulaiman bin Sam’an Al-Makhuumi Abu ‘Abdirrahman Al-Madani; seorang yang matruk, dan bahkan dituduh berdusta [At-Taqrib, hal. 507 no. 3346].

 

Imam Ibnu Abdil Barr mendatangkan sanad lainnya dalam kitabnya al-Istidzkar :

 

ﺃﺧْﺒَﺮَﻧَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋُﺒَﻴْﺪُ ﺑْﻦُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻗِﺮَﺍﺀَﺓً ﻣِﻨِّﻲ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺳَﻨَﺔَ ﺗِﺴْﻌِﻴﻦَ ﻭَﺛَﻠَﺎﺛِﻤِﺎﺋَﺔ ٍ ﻓِﻲ ﺭَﺑِﻴﻊٍ ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﻣْﻠَﺖْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﻓَﺎﻃِﻤَﺔُ ﺑِﻨْﺖُ ﺍﻟﺮَّﻳَّﺎﻥِ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻤْﻠِﻲّ ِ ﻓِﻲ ﺩَﺍﺭِﻫَﺎ ﺑِﻤِﺼْﺮَ ﻓﻲ ﺷﻮﺍﻝ ﺳﻨﺔ ﺍﺛﻨﺘﻴﻦ ﻭﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻭﺛﻼﺙ ﻣﺌﺔ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺍﻟﺮَّﺑِﻴﻊُ ﺑْﻦُ ﺳُﻠَﻴْﻤَﺎﻥَ ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟﺸَّﺎﻓِﻌِﻲِّ ﻗَﺎﻝَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺑِﺸْﺮُ ﺑْﻦُ ﺑُﻜَﻴْﺮٍ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﺄَﻭْﺯَﺍﻋِﻲِّ ﻋَﻦْ ﻋَﻄَﺎﺀٍ ﻋَﻦْ ﻋُﺒَﻴْﺪِ ﺑْﻦِ ﻋُﻤَﻴْﺮٍ ﻋَﻦْ ﺍﺑﻦ ﻋَﺒَّﺎﺱٍ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ _ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ _ : ” ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﺃَﺣَﺪٍ ﻣَﺮَّ ﺑِﻘَﺒْﺮِ ﺃَﺧِﻴﻪِ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﻛَﺎﻥَ ﻳَﻌْﺮِﻓُﻪُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﺴَﻠَّﻢَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺇِﻟَّﺎ ﻋَﺮَﻓَﻪُ ﻭَﺭَﺩَّ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡَ

 

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Ubaidillqh bin Muhammad secara qiraah kepadaku pada Rabi’ul Awwal tahun 390 H ia berkata, telah mengimlakkan kepada kami Fathimah binti ar-Rayyan al-Mustamli di rumahnya di Mesir pada Syawal tahun 342 H ia berkata, telah menceritakan kepada kami ar-Rabi’ bin Sulaiman -tukang azan, muridnya Imam Syafi’i- ia berkata, telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bukair dari al-Auza`ie dari ‘Athaa` dari Ubaid bin Umair dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu beliau berkata, Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda :Tidaklah seorang Muslim melewati kuburan saudaranya yang mukmin yang ia kenal di dunia, lalu mengucapkan salam kepadanya, kecuali si mayit mengenalinya lalu membalas salamnya.

 

Al-Imam al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Silsilah Hadith Dhaif 9/475 mengomentari sanad yang dibawakan oleh Imam ibnu Abdil Bar diatas :

 

Sanad ini gharib (aneh), ar-Rabii’ bin Sulaiman dan para perawi diatasnya adalah para perawi tsiqah dan terkenal yang biografinya terdapat dalam kitab “at-Tahdziib”.

 

Adapun perawi dibawahnya maka aku tidak mengetahuinya, tidak gurunya Ibnu Abdil barr mahupun Fatimah binti ar-Rayyaan. Ku duga ia menyendiri dalam meriwayatkannya, bahkan syadz dalam meriwayatkan dari ar-Rabii’ bin Sulaiman dengan sanad yang sahih sampai kepada Ibnu Abbas.

 

Yang “mahfuz” (lawan dari syadz) adalah seperti pada sanad yang pertama, demikianlah yang diriwayatkan oleh al-Hafiz yang tsiqah Abul Abbas al-Asham yang telah berlalu penyebutannya, beliau berkata :

 

ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺍﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ : ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺑﺸﺮ ﺑﻦ ﺑﻜﺮ ، ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺑﻦ ﺯﻳﺪ ﺑﺈﺳﻨﺎﺩﻩ ﺍﻟﻤﺘﻘﺪﻡ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ

 

Telah menceritakan kepada kami ar-Rabii’ bin Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr, dari Abdie Rahman bin Zaid dengan sanad yang lalu dari Abi Hurairah radhiyallahu anhu”.

 

Demikian sanadnya secara sempurna dari dua jalan yang berbeda dari ar-Rabii’ juga.

 

Berdasarkan penelitian ini jelaslah bahawa pendapat Abdul Haq al-Isybiili dalam Ahkamnya 1/80 : sanadnya sahih. Ini adalah penilaian yang tidak benar, sekalipun diikuti juga oleh al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya 4/419 – Halabi dan disepakati juga oleh al-Munawi.

 

Adapun al-Hafiz ibnu Rajab al-Hanbali telah membantahnya dalam kitabnya Ahwal al-Qubur 2/83 : ia mengisyaratkan bahawa para perawinya tsiqah dan seperti itu, namun sebenarnya gharib (aneh) bahkan mungkar”. -selesai-.

 

Bahkan yang menarik dengan penilaiannya yang tajam al-‘Alamah bin baz rahimahullah ketika ditanya hadith diatas beliau menjawab :

 

ﺣﺪﻳﺚ ﻓﻴﻪ ﻧﻈﺮ، ﺫﻛﺮﻩ ﺍﺑﻦُ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺒﺮ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻗﻮَّﻯ ﺇﺳﻨﺎﺩﻩ، ﻭﻟﻜﻦ ﻣﺎ ﻭﻗﻔﺖُ ﻋﻠﻰ ﺇﺳﻨﺎﺩﻩ، ﻧﻘﻠﻮﻩ ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺒﺮ، ﻭﻟﻜﻦ ﻣﺎ ﻭﻗﻔﺖُ ﻋﻠﻴﻪ

 

Hadithnya perlu dipertimbangkan, Ibnu Abdil Barr menyebutkannya dan menguatkan sanadnya, namun aku belum menemukan sanadnya, mereka menukil dari Ibnu abdil Barr, namun aku belum menemukan sanadnya… (https://binbaz.org.sa/audios/1841/كيفية-حياة-الرسول-صلى-الله-عليه-في-قبره).

 

Hadith-hadith dalam tema ini adalah lemah, tidak boleh dipakai berhujjah.

Hadith 5 perkara

 

 

سيأتى على امتى زمان يحبون الخمس وينسون الخمس يحبون الدنيا وينسون الآخرة يحبون الحيوة وينسون الموت يحبون القصور وينسون القبور يحبون المال وينسون الحساب يحبون الخلق وينسون الخالق

 

Akan datang suatu masa pada umatku, dimana mereka mencintai 5 perkara dan lupa terhadap 5 perkara :

pertama: mereka cinta dunia dan melupakan akhirat

kedua :mereka cinta hidup dan melupakan kematian

ketiga: mereka cinta bangunan-bangunan mewah dan melupakan kubur

keempat mereka cinta kepada harta dan melupakan hisab

kelima mereka cinta kepada makhluk dan melupakan Pencipta.

 

Takhrij

 

Tidak wujud dalam kitab hadith muktabar Sunnah (https://dorar.net/fake-hadith/128)

Hadith bertanya soalan yang tidak ada keperluan

 

Berikut hadithnya:

 

    يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَأَيْتَ أَنْ لَوْ وَجَدَ أَحَدُنَا امْرَأَتَهُ عَلَى فَاحِشَةٍ، كَيْفَ يَصْنَعُ إِنْ تَكَلَّمَ تَكَلَّمَ بِأَمْرٍ عَظِيمٍ؟ وَإِنْ سَكَتَ سَكَتَ عَلَى مِثْلِ ذَلِكَ، قَالَ: فَسَكَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُجِبْهُ، فَلَمَّا كَانَ بَعْدَ ذَلِكَ أَتَاهُ، فَقَالَ: " إِنَّ الَّذِي سَأَلْتُكَ عَنْهُ قَدِ ابْتُلِيتُ بِهِ، 

 

 Ya Rasulallah, bagaimana menurut anda seumpama seseorang di antara kita ada yang mendapati isterinya sedang melakukan perzinaan? Apa yang harus dilakukan? Kalau mahu dibicarakan, mestinya dia akan membicarakan masalah besar. Namun kalau mahu diam, apakah dia ya mendiamkan masalah besar? Mendapati pertanyaan tersebut, Nabi Muhammad hanya diam seribu bahasa. Beliau tidak berkenan menjawab. Setelah beberapa waktu, laki-laki yang pernah melontarkan pertanyaan pengandaian itu menghadap kepada Nabi. Ia mengaku, pertanyaan yang pernah ia lontarkan ternyata menimpa dirinya. Ia mengaku mendapat ujian dari Allah bahawa istrinya malah berzina. (HR Muslim no. 1493).

 

 

Sebuah kisah yang diceritakan oleh Ibnu Abbas:

 

 

 

   أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أَعْرَابِيٍّ يَعُودُهُ، قَالَ: وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَى مَرِيضٍ يَعُودُهُ قَالَ: «لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» فَقَالَ لَهُ: «لاَ بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» قَالَ: قُلْتُ: طَهُورٌ؟ كَلَّا، بَلْ هِيَ حُمَّى تَفُورُ، أَوْ تَثُورُ، عَلَى شَيْخٍ كَبِيرٍ، تُزِيرُهُ القُبُورَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَنَعَمْ إِذًا 

 

Nabi Muhammad mendatangi seorang Badui yang sedang sakit. Setiap mengunjungi orang sakit, Nabi bersabda: ‘Tidak apa-apa, menjadi penghapus dosa. insyaallah.’ Begitu juga perkataan Nabi tersebut, beliau sampaikan kepada orang Badui yang sedang sakit. Reaksi Badui ketika mendapatkan doa, malah berkata: ‘Penghapus dosa? Sekali-kali tidak (tidak mungkin), sakit panas saya yang bergejolak ini memang menimpa orang tua yang sudah lanjut usia yang mengantarkannya ke alam kubur.’ Maka Nabi Muhammad bersabda: Ya sudah kalau begitu. (HR. Bukhari no. 3616)

Hadith Aisyah ra meratap jenazah Nabi saw?

 

Aisyah berkata:

 

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبِضَ وَهُوَ فِي حِجْرِي، ثُمَّ وَضَعْتُ رَأْسَهُ عَلَى وِسَادَةٍ وَقُمْتُ أَلْتَدِمُ مَعَ النِّسَاءِ وَأَضْرِبُ وَجْهِي

 

“Rasulullah saw telah wafat dan beliau berada dikamarku, kemudian aku letakan kepala sucinya diatas bantal, lalu aku bersama dengan para wanita memukul dada dan wajahku.”

 

 

Takhrij

 

HR. Musnad Abu Ya’la no. 4586, Ibnu Hisham dalam Sirahnya no. 26391, Ibnu Ishak dalam Sirahnya 2/713, Ahmad no. 26348.

 

Hadith tersebut sanadnya hasan menurut Syeikh al-Arnauth dan Syeikh al-Albani dalam Irwa 7/86.

 

Ia cuma atsar sahabat, bukan hadith Nabi saw. Perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan hujah bila bertentangan dengan hadith sahih yang lain (Irsyad al-Salik 1/227, Jami Bayan al-Ilm 2/91]

 

Sabda Nabi SAW;

 

ليس مِنَّا من ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَةِ الْجَاهِلِيَّةِ

 

Bukan daripada kalangan kami, mereka yang memukul muka, mengoyakkan baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (HR. Bukhari  no. 1232, Muslim no. 103)

 

Dan sabda beliau.

 

أَنَا بَرِيْءٌ مِنَ الصَّالِقَةِ وَاْلحَالِقَةِ وَالشَّاقَّةِ

 

“Aku berlepas diri dari wanita yang berteriak-teriak, mencukur rambut dan merobek-robek pakaian”. [HR. Bukhari no. 1296, Muslim no.104]

 

Maksudnya adalah saat tertimpa musibah. Juga berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

 

 أَرْبَعٌ فِيْ أُمَّتِيْ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ: الْفَخْرُ فِي اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي اْلأَنْسَابِ وَاْلاِسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُوْمِ وَالنِّيَاحَةُ

 

“Empat hal pada umatku yang termasuk kebiasaan jahiliyah yang belum mereka tinggalkan ; membanggakan kekayaan, menghinakan keturunan, meminta hujan kepada bintang-bintang dan meratapi musibah [HR. Muslim no. 934]

 

Dalam sabda beliau lainnya disebutkan.

 

النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَاٍن وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

 

 “Wanita yang meratapi kematian, jika ia tidak bertaubat sebelum kematiannya, maka pada Hari Kiamat nanti ia akan diberdirikan sementara diatasnya besi panas dan baju koreng  [HR. Muslim no. 934]

 

 

Kalau lihat di awal matan:

 

عن عائشة أم المؤمنين ماتَ رسولُ اللهِ ﷺ بَينَ سَحْري ونَحْري وفي دَوْلَتي، لم أظْلِمْ فيه أحَدًا، فمِن سَفَهي وحَداثةِ سِنِّي أنَّ رسولَ اللهِ قُبِضَ وهو في حِجْري، ثم وضَعتُ رَأْسَه على وِسادةٍ، وقُمتُ ألْتَدِمُ مع النِّساءِ، وأضْرِبُ وَجْهي

 

pada ayat "dan kerana kejahilanku dan keremajaan umurku"

 

Ia menunjukkan bahawa Aisyah ra mengakui ia adalah satu kesilapan dan para ulama berpendapat  Aisyah ra telah bertaubat daripada kesilapan tersebut.

 

dan berkata Ibnu Katsir:

 

Hadith yang sanadnya sahih atau hasan belum tentu menjanjikan matan hadithnya juga sahih/ hasan. Kerana berkemungkinan juga matannya syadz dan terdapat kecacatan yang lain pada hadith (Ikhtisar Ulum al-Hadith hal. 43).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 62097

Sabar dan syukur

 

Sayyidina Umar bin khattab RA berkata :

 

لو كان الصبر والشكر بعيرين ما باليت أيهما ركبت

 

Seandainya sabar dan syukur itu layaknya dua unta maka aku tidak peduli mana unta yang akan aku naiki! [AR. Ad-Dinuwari dalam al-Majalisah 4/376, no. 1588, Ibn Abi Duniya dalam as-Sabr wa Shawab no. 7, sanadnya dhaif (munqathi) menurut Ibnu Hajar dalam at-Taqrib]

Hadith-hadith seputar kelebihan umrah

 

 

1.       MENJADI TETAMU ALLAH

 

وفدُ اللهِ ثلاثةٌ الحاجُّ والمعتمِرُ والغازي

 

Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang (HR. Nasaie no. 2625, Ibnu Hibban no. 3692, Ibnu KHuzaimah no. 2511, daripada Abu Hurairah ra, sahih al-Arnauth, al-Albani).

 

2.       PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN

 

 

الحاج والمعتمر وفد الله، ان سألوه أعطاهم، وإن دعوه أجابهم، وان شفعوا شفعهم وان سكتوا ابتدأهم، ويعوضون بالدرهم الف ألف درهم

 

 

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah : "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (HR. al-Fakihi dalam Akhbar Makkah 1/418 no. 907, dhaif, sanadnya matruk kerana terdapat perawi yang dituduh dusta oleh Yahya bin Main iaitu Abdurahim bin Ziyad).

 

Terdapat hadith yang semakna dengan hadith di atas dari Anas ra:

 

الحُجّاجُ والعُمّارُ وَفْدُ اللهِ، يُعطِيهم ما سأَلوا، ويستجيبُ لهم ما دَعَوْا، ويُخلِفُ عليهم ما أنفَقوا، الدِّرهمَ ألفَ ألفٍ

 

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah Azza wa Jalla, Allah memberikan mereka apa yang mereka minta, dan memakbulkan bagi mereka apa yang mereka pinta, dan menggantikan mereka apa yang telah mereka infaqkan, dengan ganjaran seribu kali ganda bagi setiap dirham (HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3810, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani no. 6574 dan Syeikh Manshur bin Hasan Salman dalam Silsilah Hadith Dhaif wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 3892, 8020).

 

Terdapat juga hadith dari Ibnu Umar, Amru nin Syuaib dari ayah dari datuknya, dari Jabir, kesemuanya dhaif (Dhaif Jami’ no. 2765).

 

Yang lebih baik sikit kualitinya adalah:

 

 

اَلْغَازِي فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ، وَفْدُ اللهِ، دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ. وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ

 

Orang yang berperang di jalan Allah dan orang yang menunaikan haji dan umrah, adalah delegasi Allah. (ketika) Allah menyeru mereka, maka mereka memenuhi panggilanNya. Dan (ketika) mereka meminta kepada-Nya, maka Allah mengabulkan (pemintaan mereka) (HR. Ibnu Majah no. 2893,Ibnu Hibban no. 4613, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13556, daripada Ibnu Umar ra, sahih as-Suyuthi dan dihasankan oleh Syeikh al-Albani)

 

 

3.       TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

 

مَنْ مَاتَ فِيْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَاجٍّ أَوْ مُعْتَمِرٍ ، لَمْ يُعْرَضْ وَ لَمْ يُحَاسَبْ ، وَ قِيْلَ لَهُ ادْخُلِ الْجَنَّةَ  .

 

Barang siapa meninggal dunia (pada waktu) melaksanakan Ibadah haji atau umrah, maka dia tidak akan dimintai pertanggungjawaban atas perbuatannya dan tidak akan dihisab dan dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam syurga” (HR. ad-Daruquthni no. 288, Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 4708, al-‘Uqaili dalam adh-Dhuafa‘ 3/310, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil, 5/354 dari Aisyah ra, hadith munkar. Pada sanadnya terdapat perawi bernama A’idz bin Nushair. Dia  munkarulhadits  sebagaimana yang dikatakan oleh al-‘Uqaili rahimahullah. Ibnu Ma’in rahimahullah juga berkata: “Dia telah meriwayatkan hadith-hadith munkar”. [Silsilah Hadith Dhaif 5/186 no. 2187].

 

 

 

4.       PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

 

 

فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِى فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ حَجَّةٌ

 

Jika Ramadhan tiba, berumrahlah saat itu kerana umrah Ramadhan senilai dengan haji  (HR. Bukhari no. 1863 dan Muslim no. 1256, daripada Ibnu Abbas ra).

 

Dalam lafaz Muslim disebutkan:

 

فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

 

Umrah pada bulan Ramadhan senilai dengan haji (HR. Muslim)

 

Dalam lafaz Bukhari yang lain disebutkan,

 

فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ تَقْضِى حَجَّةً مَعِى

 

Sesungguhnya umrah di bulan Ramadhan seperti berhaji bersamaku (HR. Bukhari).

 

5.       MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

 

تَابِعُوا بين الحجِّ والعمرةِ ، فإنَّهما ينفيانِ الفقرَ والذنوبَ ، كما يَنفي الكيرُ خَبَثَ الحديدِ والذهبِ والفضةِ ، وليس للحجةِ المبرورةِ ثوابٌ إلا الجنةُ

 

Iringilah ibadah haji dengan (memperbanyak) ibadah umrah (berikutnya), kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana alat peniup besi panas menghilangkan karat pada besi, emas dan perak. Dan tidak ada (balasan) bagi (pelaku) haji yang mabrur melainkan syurga” [HR. at-Tirmidzi no. 810, dan an-Nasaie no. 2631, dan Ahmad 1/387, daripada Ibnu Mas’ud ra, hasan sahih gharib menurut at-Tirmidzi, hasan sahih al-Albani).

 

 

 

6.       DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

 

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah: 196 yang bermaksud :

 

 

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ

 

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

 

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ – رضى الله عنهما – إِنَّهَا لَقَرِينَتُهَا فِى كِتَابِ اللَّهِ ( وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ )

 

Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Sesungguhnya umrah benar-benar merupakan temannnya haji di dalam Al-Quran iaitu firman Allah yang ertinya: “Dan sempurnakanlah haji dan umrah hanya untuk Allah”. (HR. Bukhari 3/597 no. 1773)

 

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

 

لَيْسَ أَحَدٌ إِلاَّ وَ عَلَيْهِ حَجَّةٌ وَ عُمْرَةٌ

 

Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah (HR. Bukhari 3/597 no. 1773)

 

 

7.       PENGHAPUSAN DOSA

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: العمرةُ إلى العمرةِ كفَّارَةٌ لمَا بينَهمَا ، والحجُّ المبرورُ ليسَ لهُ جزاءٌ إلا الجنَّةُ

 

Rasululluh SAW telah bersabda, Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349).

 

8.       PAHALA JIHAD

 

Aisyah ra berkata,

 

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ « نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ

 

Wahai Rasulullah, apakah wanita juga wajib berjihad?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Iya. Dia wajib berjihad tanpa ada peperangan di dalamnya, IAitu dengan haji dan ‘umrAh.” (HR. Ibnu Majah no. 2901, sahih Al-Albani).

 

Banyaknya orang atas suatu amalan bukan ukuran kebenaran

 

Al Fudhail bin Iyadh rahimahullah (wafat 187 H) berkata,

 

لا تستوحِشْ طُرُقَ الهدى لقلة أهلها، ولا تغترَّ بكثرةِ الهالكين

 

“Janganlah Engkau menganggap buruk jalan-jalan kebenaran kerana sedikit orang yang menjalaninya. Dan jangan pula terpedaya oleh banyaknya orang-orang yang rosak (agamanya)” (Dinukil dari Al-Adabusy Syar’iyyah 1/163).

 

Imam An-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) berkata,

 

ولا يغتر الإنسانُ بكثرةِ الفاعلين لهذا الذي نُهينا عنه ممَّن لا يراعي هذه الآدابَ

 

“Seorang manusia hendaknya tidak terpedaya dengan banyaknya orang yang melakukan hal-hal terlarang, iaitu orang-orang yang tidak menjaga adab-adab ini” (Dinukil dari Al-Adabusy Syar’iyyah 1/163).

 

Hadith pahala haji dan umrah sempurna bagi yang tinggal dimasjid lalu solat isyraq dua rakaat

 

Hadith

 

Sabda Nabi shallallahu alaih wa sallam,

 

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ , تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ  (رواه الترمذي، رقم 586)

 

Siapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian duduk dua rakaat, maka baginya pahala bagaikan pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna dan sempurna." (HR. Tirmizi, no. 586)

 

Hadith ini diperdebatkan kesahihannya. Sebahagian ulama menyatakan dhaif, sedangkan yang lain menyatakan hasan. Di antara yang menyatakan hasan adalah Syekh Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Sunan Tirmidzi.

 

Syekh Ibn Baz rahimahullah berkata, "Hadith ini memiliki banyak jalur periwayatan yang wajar, maka kami menganggapnya sebagai hadith hasan lighairihi. Maka sklat ini disunahkan setelah matahari terbit dan telah meninggi seukuran tombak. Atau sekitar sepertiga atau seperempat jam kurang lebih setelah terbit (Fatawa Syeikh Ibn Baz 25/171)

 

Pahala

 

Bagi lelaki, yang kuat dia berjemaah duduk di masjid lalu solat, baru dapat keutamaan tersebut.

 

 

Adapun bagi wanita, dia pun mendapatkannya menurut Ibn Baz walaupun dia solat dirumahnya bersama wanita lain dan anaknya.

 

 

Nilai pahala

 

Menurut Syeikh Ibn Utsaimin,

 

Pertama, bahawa hadith ini dipertentangkan kesahihannya. Banyak ulama hadith yang menyatakan dhaif.

 

Kedua: Kalaupun hadith ini dianggap sahih, maka pahala tidak dapat dibanding-bandingkan. Seseorang dapat saja diberi pahala besar atas amalan yang sedikit. Kerana pahala merupakan keutamaan Allah Azza wa Jalla, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki (Al-Liqa Asy-Syahri 74/22).

 

Maka, bukan maksudnya bahawa orang yang telah melakukan hal itu dia telah menunaikan haji dan telah gugur kewajipannya.

 

Cuma ia satu bentuk motivasi supaya kita suka beramal:

 

Dikenali sebuah perkataan ulama dalam bab ini,

 

المشابهة في الجزاء ، لا في الإجزاء .

 

Keserupaan dalam balasan, bukan dalam keabsahan.

 

Yang dimaksudkan hadith ini adalah dorongan untuk berzikir kepada Allah Ta'ala serta duduk di masjid hingga matahari terbit dan menunaikan solat dua rakaat setelah itu.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 95782

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 135418

Hadith larangan menyebut sayyid dalam solat

 

Matan hadith

 

لَا تُسَيِّدُونِي فِي الصَّلَاةِ

 

Terjemahan

 

Janganlah kamu mengucapkan saidina kepadaku di dalam solat

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan dalam kitab hadith muktabar Sunnah.

 

Imam As-Sakhawi berkata, “Tidak ada landasannya.” (Al-Maqashid Al-Hasanah, hal. 135)

 

Ibnu Hajar Al-Haithami berkata, “Tidak ada landasannya.”  (Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra, 1/151)

 

Senada dengan penilaian tersebut adalah Ibn Muhammad al-Ghazi dalam Itqan Ma Yahsan 2/696, Al-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid no. 1183, al-Qawqaji dalam al-Lu’lu’wal Marsu’ no. 219 dan Syeikh al-Hut al-Beiruti dalam Asna al-Mathalib 1/318.

 

Palsu menurut Mulla Ali al-Qari dala al-Asrar al-Marfuah 1/381 al-Wadie dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah 1/398.

 

Sebagaimana dinyatakan para ahli fikih dalam kitab-kitab mereka yang mengingkari hadith ini, sebagaimana terdapat dalam kitab Raddul Mukhtar, 1/513, Al-Fawakih Ad-Dani, 2/359, Nihayatul Muhtaj, 1/530.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 141710

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...