Thursday 21 January 2021

Hadith orang yang sihat (semasa di dunia) iri hati dengan orang yang selalu tertimpa musibah di dunia ketika di akhirat

Matan hadith

 

يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يُعْطَى أَهْلُ الْبَلَاءِ الثَّوَابَ لَوْ أَنَّ جُلُودَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِي الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيضِ

 

Terjemahan

 

Pada hari Kiamat ketika orang-orang yang di uji diberi pahala, orang-orang yang sihat menginginkan seandainya kulit-kulit mereka di dunia dipotong dengan gunting.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2402, at-Thabarani dalam Mu’jam as Shaghir 241, Ibnu Abi Dunya dalam Al Maradh wal Kaffaarat no. 202.

 

al-Munawi menilai hadith ini hasan dalam takhrij Ahadiits al-Mashabih 2/23, begitu juga Syeikh al-Albani Sahih   Jami’ no.  8177.

 

Sementara itu, Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahkan mengisahkan:

 

دَخَلَ أَعْرَابِيٌّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ أَخَذَتْكَ أُمُّ مِلْدَمٍ قَطُّ قَالَ وَمَا أُمُّ مِلْدَمٍ قَالَ حَرٌّ يَكُونُ بَيْنَ الْجِلْدِ وَاللَّحْمِ قَالَ مَا وَجَدْتُ هَذَا قَطُّ

 

Ada seorang arab badwi menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apakah kamu pernah mengalami ummu mildam ?" orang badwi itu bertanya: "Apa itu ummu mildam ?" beliau bersabda: "Demam yang ada di antara kulit dan daging". Orang badwi itu berkata: "Aku tidak pernah mengalaminya sama sekali".

 

قَالَ فَهَلْ أَخَذَكَ هَذَا الصُّدَاعُ قَطُّ قَالَ وَمَا هَذَا الصُّدَاعُ قَالَ عِرْقٌ يَضْرِبُ عَلَى الْإِنْسَانِ فِي رَأْسِهِ قَالَ مَا وَجَدْتُ هَذَا قَطُّ فَلَمَّا وَلَّى قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا

 

Beliau bersabda: "Apakah kamu pernah mengalami shuda (pusing)",  Orang badwi itu bertanya; "Apa itu shuda ?", Beliau bersabda: "Rasa sakit di kepala yang dirasakan oleh manusia". Orang badwi itu berkata: "Aku tidak pernah mengalaminya sama sekali". Ketika orang badwi itu pergi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa yang ingin melihat seorang dari penghuni Neraka, maka lihatlah orang badwi ini".

 

HR. Ahmad no. 8395, Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 495, an—Nasaie dalam Sunan Kubra 7/50, al-Hakim 1/347, Ibnu Hibban no. 2916, al-Bazaar no. 7981. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan sahih dalam Sahihul Mawarid no.  580. Syeikh Muqbil pula menilainya hasan dalam Sahih Musnad no. 1281.

 

Hadith tersebut menunjukkan bahawa secara umum musibah terutama musibah sakit, justru merupakan tanda orang yang beriman. Bahkan bila ada orang yang nyaris selama hidupnya tidak pernah sakit, kita khawatir termasuk orang yang celaka.

 

Demikian pula musibah lainnya yang menimpa orang beriman, maka dari satu sisi itu merupakan tanda sayang Allah kepada kita untuk meringankan hisab kita kelak dihari kiamat. Maka bersabarlah.

 

Ibnu Rajab berkata, “Maka sakit kepala tanda orang yang beriman dan tanda penghuni syurga.” (Lathaif Maarif hal. 105).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 322838


55 amalan sunnah Rasulullah saw bersertakan semakan status hadithnya

 

Berikut hasil semakan syeikh Thtl dan sedikit tambahan dan kemasan dari saya.

 

1. PANDANGAN MATA (TAK SAHIH DGN KOMENTAR)

 

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

 

a) Pandangan mata adalah panahan iblis (TAK SAHIH)

 

النَّظرُ سَهمٌ مسمومٌ من سِهامِ إبليسَ

 

Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis.

 

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 10/214, Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Dhaif Targhib no. 1194 dan Hijab al-Mar’ah no. 49.

 

 

b) Lihat sekali sahaja (SAHIH)

 

يا عليُّ لاَ تتبعِ النَّظرةَ النَّظرةَ فإنَّ لَكَ الأولى وليست لَكَ الآخرةُ

 

Wahai Ali janganlah engkau ikuti pandangan yang pertama dengan pandangan yang berikutnya, kerana yang pertama untukmu dan kedua bukan lagi untukmu.

 

HR. Tirmidzi no. 2777, hasan lighairih menurut Syeikh al-Albani.

 

c) Pandangan kedua hilang nikmat ibadah 40 hari (TAK SAHIH), yang paling hampir adalah:-

 

من نظر إلى عورة أخيه متعمدا لم يقبل الله له صلاة أربعين يوما ، ولم تستجب له دعوة أربعين صباحا

 

Barangsaiapa melihat aurat saudaranya dengan sengaja tidak diterima Allah swt solatnya selama 40 hari dan tidak diterima doanya selama 40 subuh

 

HN. Al-Hasani Al-Maghribi dalam Kitab Ruh As-Sunnah wa Ruh An-Nufus al-Muthmainnah hal. 83.

 

Hadith palsu sepertimana dinaqalkan oleh Syeikh Muhammad Tahir al-Fattani dalam Tazkirah Mudhuat hal. 181.

 

 

 

2. MAKAN GARAM (TAK SAHIH)

 

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir

 

وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح؛ فإن في الملح شفاء من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص

 

Jika kamu makan, mulailah dengan merasa garam dan akhiri dengan merasa garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta”

 

HR. Baihaqi di dalam Dalail al-Nubuwwah 7/229, as-Suyuthi di dalam al-La’ali al-Masnu’ah 2/313.

 

Kedua-dua imam menilai hadith ini palsu. Hadith mauquf dari Ali ra.

 

Tidak ada satu pun hadith yang sahih dalam bab sunnahnya makan garam sebelum menjamah makanan (al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497; al-Fawaid al-Majmu’ah, lil Syawkani, 1/78).

 

 

Garam penangkal jin, syaitan dan sihir?

 

فلا نعلم ما يفيد من ناحية الشرع أو العقل أو التجربة كون الملح يفيد في طرد الحسد والشياطين، وقد قرر أهل العلم أنه لا يجوز للمسلم أن يجعل شيئاً سبباً لجلب نفع أو دفع ضر إلا ما ثبت شرعاً أو حساً أنه كذلك، قال الشيخ صالح آل الشيخ: اعتقادات الناس في دفع العين لا حصر لها، والجامع لذلك أن كل شيء يفعله الناس بما يعتقدونه سببا وليس هو بسبب شرعي ولا قدري فإنه لا يجوز اتخاذه.

 

“Kami belum mendapatkan keterangan dari sisi syariat, akal mahupun penelitian yang menjelaskan bahawa garam itu mampu mengusir pandangan mata jahat dan syaitan. Para ulama telah menetapkan bahawa seorang muslim tidak boleh menjadikan sesuatu sebagai sebuah sebab untuk menghasilkan manfaat atau menolak mudharat. Kecuali apa-apa yang telah ditetapkan oleh syariat ataupun kajian kebenaran teori tersebut.

 

Syaikh Shalih Ali Syaikh menyatakan :

 

“Keyakinan manusia di dalam mengantisipasi ‘Ain (pandangan mata jahat) tidak mampu dihitung. Panduan dalam masalah itu adalah bahawa semua hal yang dilakukan oleh manusia yang ia yakini sebagai sebuah sebab padahal ia bukan sebab baik secara syar’i maupun qadari maka tidak boleh dilakukan.” (Fatawa Syabakah Islamiyah no. 178657).

 

 

3. MINUM TANGAN KANAN (SAHIH)

 

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

 

إذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

 

Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka hendaklah juga minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula (HR. Muslim no. 2020).

 

 

 

4. SESAAT DI JALAN ALLAH (SAHIH DGN KOMENTAR)

 

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

 

موقفُ ساعةٍ في سبيلِ اللهِ خيرٌ من قيامِ ليلةِ القدرِ عند الحجرِ الأسودِ

 

Berdiri sesaat di jalan Allah (jihad) adalah lebih baik dari melakukan qiyam Ramadhan pada malam lailatul Qadar di sisi hajar

 

HR. Ibn Hibban dan al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1068.

 

Tambahan "walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" adalah tambahan yang tak ada asal usulnya.

 

Sunnah no. 4 ini mengelirukan sebab kesemuanya sunnah, berjihad fi sabilillah, mencari malam Qadar dan juga tawaf di Kaabah. cuma yg lebih tinggi sunnahnya ialah berjihad dalam perang sabil.

 

 

 

5. LANGKAH KANAN (SAHIH)

 

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

 

Dahulu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam amat menyukai memulai dengan kanan dalam mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam urusannya yang penting semuanya (HR. Bukhari no. 168 dan Muslim no. 268).

 

 

 

6. MAKAN TIGA JARI (SAHIH DGN KOMENTAR)

 

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

 

Sahih dengan penjelasan:-

 

Sunnah makan dgn 3 jari: dari Kaab bin Maalik ra:

 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا

 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan dengan tiga jari, dan beliau menjilatinya sebelum mencuci tangannya (HR. Muslim no. 2032).

 

Kata Ibn Utsaimin, sunnah makan 3 hari untuk makanan orang arab, seperti roti dan kurma kerana supaya tidak menampakkan gelojoh atau rakus dalam makan. Jika makanan itu memerlukan lima jari, seperti  nasi bagi sesetengah kaum, maka sunnah juga makan dgn 5 jari. (Syarah Riyadhus Shalihin jil. 7)

 

 

7. JAMINAN ALLAH (SAHIH)

 

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

 

ثلاثة كلهم ضامن على الله إن عاش كفي وإن مات دخل الجنة من دخل بيته بسلام فهو ضامن على الله عز وجل ومن خرج إلى المسجد فهو ضامن على الله ومن خرج في سبيل الله فهو ضامن على الله

 

Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, siapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.”

 

HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 1094, Abu Daud no. 2494, Ibnu Hibban no. 499 disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh al-Arnauth.

 

 

 

8. GUNTING BULU (SAHIH)

 

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

 

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ‌‏

 

Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.

 

HR. Ahmad no. 12232 Muslim no. 258, Tirmidzi no. 2759, Abu Daud no. 4200, sahih.

 

Tambahan Iblis akan bersarang di situ adalah tambahan Muhyidin Ibn Arabi dalam kitabnya Sajaratul Kaun / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah. Ibn Taymiyah berkomentar, ia adalah batil, tiada asalnya (Majmu Fatawa 18/350).

 

 

 

9. JANGAN BERSIUL (TAK SAHIH)

 

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

 

TIDAK SAHIH, kenyataan siulan dikaitkan dgn Iblis adalah tidak sahih, tiada asalnya kenyataan yg demikian

 

Tidak ada nas hadith melainkan ayat al-Quran:-

 

وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِ

يَةً فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

 

Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu (al-Anfaal ayat 35).

Ayat ini menurut Ibn Abbas ialah cara orang arab jahiliyah mengerjakan ibadat tawaf dengan bersiul dan bertepuk tangan.

 

Menurut Mujahid, org jahiliyah bersiul di dalam Kaabah kerana nak mengacau Nabi dan para sahabat yang solat dan tawaf.

 

Adapun bersiul dalam diluar mesjid, tidak ada larangan hadith cuma ada dalam kitab-kitab adab, bahawa bersiul adalah makruh, dibenci, bukan amalan sunnah. Tapi hukum asalnya adalah khilaf, misalnya gembala kambing yg kesunyian, drebar lori, apakah mereka tidak bersiul kerana kebosanan?

 

Bersiul yang dilarang ialah dalam masjid. Itu jelas dan sunnah membenci siulan adalah pendapat ulama' hadith sahaja dan larangan siulan dan dikaitkan dengan Iblis adalah ekstrim.

 

Ibnu Utsaimin mengatakan,

 

أما التصفير فأنا أكرهه كراهة ذاتية ، وليس عندي دليل ، ولو أن شخصاً طلب مني دليلاً ، فلا أستطيع أن أقول : عندي دليل

 

Untuk bersiul, secara perbuatan saya tidak menyukainya. Meskipun saya tidak punya dalil. Jika ada orang yang memintaku membawakan dalil, saya tidak mampu mengatakan saya punya dalil (Liqa’at Bab al-Maftuh 4/119).

 

 

10. CARA POTONG KUKU TANGAN (TAK SAHIH)

 

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

 

 

11. CARA POTONG KUKU KAKI (TAK SAHIH)

 

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

 

10 & 11 TIDAK SUNNAH  dengan aturan demikian, dalil:

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar rh menjelaskan, “Dan tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang urutan jemari ketika memotong kuku.” Ia cuma pendapat ulama saja seperti al-Ghazali , hal ini dibantah oleh Ibnu Daqiq al-Ied dengan mengatakan semua ini tidak ada asalnya (Fathul Bari 10/345).

 

 

12. PANJANG LENGAN BAJU (TAK SAHIH)

 

Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

 

كانَ كمُّ يدِ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ إلى الرُّسغِ

 

Panjang lengan baju Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai pergelangan tangan.” (HR. Tirmidzi no. 1765 dan Abu Daud no. 4027, Abu Isa mengatakan bahawa hadith ini hasan gharib, Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini).

 

Ia sebenarnya isu Isbal pada lengan baju. Ini kerana kita hanya ingat isbal hanya pada bahagian bawah pakaian, tapi juga pada lengan baju, tidak melebihi pergelangan tangan. Ini kerana kaum bangsawan Inggeris memakai baju yg mana lengannya melebihi pergelangan kerana sombong.

 

Maka sapa yang pakai short-sleeve masih tidak menyalahi sunnah.  Yang tidak sunnah ialah isbal pada lengan baju (jangan melebihi pergelangan tangan kerana sombong).

 

Rumusan:

 

sunnah pakai short dan long sleeve, tapi tidak isbal melebihi pergelangan tangan.

 

* isbal=melabuhkan pakaian kerana sombong

 

Masalah ini tidak berkaitan dengan masalah ibadah ataupun hukum syar’i, maka para ulama’ mempermudah masalah ini dan boleh diamalkan. Apalagi didapatkan riwayat dari sebahagian sahabat yang menguatkan masalah ini, seperti riwayat Ibnu Abil Bukhturi:

 

“Aku melihat Anas bin Malik panjang lengan bajunya sampai pergelangan tangan.” (HR. Ibnu Abi Syaibah). Di dalam kitab zadul ma’ad, Ibnul Qayyim berkata: “ Dahulu panjang lengan baju Nabi sampai pergelangan tangan.” (Fatwa Soaljawab Islam no. 223516).

 

 

 

13. PAKAIAN KESUKAAN

 

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

 

SAHIH, TAPI TAK SEPATUTNYA MASUK SENARAI SUNNAH

 

عن أمِّ سلمةَ قالت : كان أحبَّ الثيابِ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ القميصُ

 

Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis.

 

HR. Tirmidzi no. 1764 dan Abu Daud 4025, sahih.

 

Gamis adalah jubah arab.

 

Ia adalah sunnah al-jibliyah atau umur al-jibliyah (sunnah atau urusan yang bersifat lokal, tabiat dan peribadi). maksud gamis dalam masyarakat Melayu adalah kemeja dan baju melayu. Cuma gamis arab ni dia satu piece bukan dua piece yang dipakai oleh melayu, Maka sunnah berpakaian yang betul dalam isu ini ialah pakaian yang menutup aurat bukan gamis arab atau jubah arab.

 

Tutup aurat itulah yang sunnahnya. Jenis gamis tu isu no. 2

 

 

 

14. BERSIWAK (SAHIH DGN KOMENTAR)

 

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

 

Brsiwak itu SUNNAH, manakala fadilat 70X tasbih dan 70X solat adalah TIDAK SAHIH.

 

كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ، يَشُوصُ فَاهُ بالسِّوَاكِ.

 

Rasulullah SAW apabila bangun di malam hari Baginda SAW mengosok mulutnya dengan siwak"  (HR. Bukhari no. 245).

 

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

 

“Siwak membuat bersih mulut dan mendatangkan redha Allah” (HR. Ahmad no. 7, sahih menurut an-Nawawi dalam al-Majmu’ 1/267 dan Syeikh al-Albani) .

 

Dan banyak lagi anjuran bersiwak daripada Nabi saw.

 

Manakala hadith kelebihan solat selepas siwak 70x ganda daripada tidak bersiwak itu dhaif DAN tak sahih.

 

     عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها  قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَفْضُلُ الصَّلاَةُ الَّتِي يُسْتَاكُ لَهَا عَلَى الصَّلاَةِ الَّتِي لاَ يُسْتَاكُ لَهَا سَبْعِينَ ضِعْفًا

 

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat yang dikerjakan setelah bersiwak (membersihkan gigi) lebih utama tujuh puluh kali lipat daripada solat yang dikerjakan tanpa bersiwak.

 

HR. Ahmad 6/272, Ibnu Khuzaimah 1/71, al-Hakim 1/244 dan al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/1066. 

 

Ibn Hajar menilai hadith ini dha'if mungkar, jalur-jalur periwayatan semua cacat, kata Imam Yahya bin Ma'in, hadith batil. Ibnu Khuzaiman, Imam al-Baihaqi dan Imam an-Nawawi menyatakan kelemahan hadith dengan alasan yang sama yakni tadlisnya perawi Muhammad bin Ishaq bin Yasar.

 

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Takhrij Misyakatul Masabih 1/84.

 

Siwak diperbahaskan oleh prof Dr Yusuf al-Qardhawi, kesimpulan beliau, semua oral hygiene (penjagaan gigi) samada siwak, berus gigi, ubat gigi, gargle, mengunjungi dentist, semuanya termasuk sunnah siwak. Sunnah siwak bukan hanya dengan kayu sugi tapi juga dgn memberus gigi dgn ubat gigi. WA

 

 

 

15. DOA DALAM SUJUD (SAHIH)

 

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

 

قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

 

Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa (HR. Muslim no. 482).

 

Cara mengamalkan sunnah ini:

 

1. amalkan doa-doa yg diajar oleh Nabi saw ketika sujud

 

2. tidak boleh tertinggal dari mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa. Maka yang terbaik berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.

 

3. doa ketika sujud ada dua jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 1/235).

 

 

 

16. ADAB DI TANDAS

 

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

 

Tarjih:

 

Sunnah yang sahih ialah berzikir (HR. Muslim no. 375) ketika masuk, masuk dengan kaki kiri,

 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

 

keluar dengan kaki kanan (HR. Muslim no. 268) dan berzikir ketika keluar tandas:

 

(غُفْرَانَكَ ) (HR. Abu Daud no. 30, Tirmidzi no. 7, Ibnu Majah no. 300, sahih menurut Abu Hatim dalam al-Muharrar no. 69 )

 

Pakai selipar dan tutup kepala tu tidak tsabit dari Nabi saw, kerana berdalilkan hadith yang dhaif:-

 

Terdapat riwayat dari Habib bin Sholeh, beliau mengatakan,

 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ لَبِسَ حِذَاءَهُ وَغَطَّى رَأْسَهُ

 

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk tandas, beliau memakai sandal dan penutup kepala.

 

HR. Baihaqi dalam Sunan Baihaqi no. 465, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif jami’ no. 4393.

 

Yang benar ia bukan Sunnah Nabi saw, tapi cuma amalan para sahabat seperti Abu Bakar

Dari Zubair bin Awam, beliau mengatakan,

 

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ ، قَالَ ، وَهُوَ يَخْطُبُ النَّاسَ : ” يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ ، اسْتَحْ

يُوا مِنَ اللهِ ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إنِّي لأظل حِين أَذْهَبُ إلَى الْغَائِطِ فِي الْفَضَاءِ ، مُغَطّيًا رَأْسِي اسْتِحْيَاءً مِنْ رَبِّي

 

Bahawa Abu Bakr as-Shidiq pernah berkhutbah, “Wahai kaum muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, ketika saya hendak buang air di luar, saya tutupi kepalaku kerana malu kepada Rabku.” (HR. Ibnul Mubarak dalam az-Zuhd 1/107 dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushanaf 1/105, disahihkan oleh al-Baihaqi dalam as-Sunan 1/96).

 

 

 

17. ADAB MAKAN (SAHIH)

 

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

 

ما ملأ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطن، بحسب ابن آدم أكلات يُقمن صلبَه، فإن كان لا محالة، فثُلثٌ لطعامه، وثلثٌ لشرابه، وثلثٌ لنفَسِه

 

Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas.

 

HR Tirmidzi no. 2380, Ibn Majah no. 3349, Ahmad no. 17186, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2265.

 

Tapi budaya arab lain dari yang apa yang hadith tersebut nyatakan. Kalau anda berada di Saudi, makan banyak adalah budaya di sini, khususnya kalau anda membeli makanan di restoran Arab, satu hidangan itu mencukupi untuk tiga orang Melayu makan; tambahan kalau anda di jemput makan, dan tuan rumah org Arab Saudi akan pastikan anda makan dengan sebanyak-banyaknya macam ular sawa. he3.

 

 

 

18. TIGA JENIS ORANG (SAHIH DENGAN SEDIKIT KOMENTAR)

 

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

 

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه و سلم: ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة و لا يزكيهم (قال ابو معاوية و لا ينظراليهم) و لهم عذاب اليم: شيخ زان و ملك كذاب و عائل مستكبر. (رواه مسلم)

 

Tiga orang yang Allah tidak akan bicara kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka serta tidak akan memandang mereka, dan bagi mereka azab yang pedih, iaitu; “orang tua yang berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang yang miskin yang sombong. (HR. Muslim no. 107, an-Nasaie no. 2575, Ahmad no. 9592).

 

Isunya macam mana nak beramal dengan hadith ini? Sebab ini berlaku di padang Mahsyar...kita di dunia tidak tahu siapa yang berzina, pemimpin mana yang berdusta dan siapa orang miskin yang sombong?

 

Maka tidak sepatutnya ia dimasukkan dalam senarai sunnah!.

 

 

 

19. PAKAI MINYAK WANGI (SAHIH)

 

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

 

حُبِّبَ إلي منَ الدُّنيا ، النساءُ ، والطِّيبُ ، وجُعِلَ قرةُ عيني في الصلاةِ

 

Telah dijadikan aku menyukai bahagian dari dunia, yaitu menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan dijadikan sebagai qurroatu a’yun (ketenangan hati) di dalam solat.

 

HR. an-Nasaie no. 3939, Ahmad no. 13079, hadith hasan sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Nasaie no. 3949.

 

 

 

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR (SAHIH)

 

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

 

مَن بات طاهرًا بات في شِعارِه مَلَكٌ فلَمْ يستيقِظْ إلَّا قال المَلَكُ : اللَّهمَّ اغفِرْ لعبدِك فلانٍ فإنَّه بات طاهرًا

 

Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

 

HR. Ibn Hibban dalam sahihnya, dinilai sahih sanadnya oleh syaikh Syu'aib al-Arnauth dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 597.

 

Adapun dihindari dari syaitan adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqalani dalam Fathul Bari 11/110.

 

 

 

21. CINCIN PERAK (KHILAF)

 

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

 

Disebabkan hadith ini:

 

Dari Anas bin Maalik ra, pembantu khas Nabi saw yg berkata :

 

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لن يقرءوا كتابك إذا لم يكن مختوما فاتخذ خاتما من فضة ونقشه محمد رسول الله

 

Tatkala Nabi saw hendak menulis surat kepada (Kerajaan) Rom, maka dikatakan kepada Baginda : "Sesungguhnya mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor". Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad Rasulullah" (HR. Bukhari no. 5875).

 

Maka kata Syaikh bin Uthaimin rh, hukum pakai cincin adalah sunnah jika ada keperluan seperti rubber stamp. Jika dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja. sunnah itu dinamakan sunnah al-adat. (http://ar.islamway.net/fatwa/9189).

 

Maka tidak boleh 100% yakin bila dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin. Sekian.

 

 

 

22. SOLAT FARDHU DI MASJID (SAHIH)

 

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda,

 

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

 

Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya.” (HR. Muslim no. 666).

 

 

 

23. PAKAI CELAK (SAHIH)

 

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

 

Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Nabi saw bersabda:

 

وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

 

Celak yang paling baik bagi kalian adalah istmid, ia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut (HR. Tirmidzi no. 994, Abu Daud no. 3878 dan 4061, Ibnu Majah no. 3566, Ahmad no. 2219).

 

Dalam Aunul Ma’bud dijelaskan bahawa Imam At Tirmidzi berkata: “Hadith ini hasan shahih”. Di sahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud (2/766/3426).

 

Kata Ibn Uthaimin, ia sunnah jika dipakai untuk tujuan perubatan bukan perhiasan lelaki.

 

Adapun Nabi saw mencalit 3X pada mata kanan dan kiri adalah adalah dha'if kerana adanya perawi dha'if bernama 'Abbad bin Manshur (Dr Maher al-Fahl, tahqiq hadith Syama'il no. 49).

 

 

 

24. PANJANG PAKAIAN (KHILAF YG MUKTABAR)

 

Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

 

*Isbal=melaburkan kaki pakaian melebih buku lali.

 

Ini kerana ada illat atau sebab ia dilarang:

 

من جر ثوبه خيلاء ، لم ينظر الله إليه يوم القيامة . فقال أبو بكر : إن أحد شقي ثوبي يسترخي ، إلا أن أتعاهد ذلك منه ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إنك لن تصنع ذلك خيلاء . قال موسى : فقلت لسالم : أذكر عبد الله : من جر إزاره ؟ قال : لم أسمعه ذكر إلا ثوبه

 

Barangsiapa menjulurkan pakaiannya kerana sombong, tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat. Abu Bakar lalu berkata: ‘Salah satu sisi pakaianku akan melorot kecuali aku ikat dengan benar’. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘Engkau tidak melakukan itu kerana sombong’.Musa bertanya kepada Salim, apakah Abdullah bin Umar menyebutkan lafadz ‘barangsiapa menjulurkan kainnya’? Salim menjawab, yang saya dengan hanya ‘barangsiapa menjulurkan pakaiannya’. ”. (HR. Bukhari no. 3665, Muslim no. 2085)

 

Ini kerana pakaian orang Islam adalah mengikut adat dan budaya sesuatu tempat. Budaya pakaian arab Saudi misalnya, mereka hanya memakai jubah putih 24/7 utk semua keadaan, kerja, kenduri, ke masjid. Jubah putih satu-satunya pakaian mereka. Manakala lelaki muslim di Malaysia mereka kebanyakannya mmakai seluar yang berasal dari Eropah dan cuttingnya adalah bawah pada buku lali. Oleh kerana semua cutting ini sama utk semua orang, maka tak ada langsung unsur sombong kepada pemakainya. Unsur kesombongan di zaman kini ialah JENAMA. seluar buatan BOSS, Levi's, Bonia, Guy Laroche, Dockers, dll. Jadi hukum isbal kepada masyarakat yang berubah dari pakai sarung kepada memakai seluar Barat, maka isu isbal tidak ada lagi melainkan isu jenama. Sekian.

 

أمرنا أن نسجد على سبعة أعظم ، ولا نكف ثوبا ولا شعرا

 

Kami diperintah sujud di atas 7 anggota, dilarang menyingsing pakaian dan memintal rambut" (HR Bukhari no. 810).

 

Ini bukan isu isbal, tapi isu khusu' dalam solat, di mana manusia sibuk dgn main rambut dan kalau di saudi di selak jubah dan serban mereka.

 

Boleh singsing seluar ketika nak solat, dalilnya:

 

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا ابْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا عُمَرُ بْنُ أَبِي زَائِدَةَ أَخْبَرَنَا عَوْنُ بْنُ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ فَرَأَيْتُ بِلَالًا جَاءَ بِعَنَزَةٍ فَرَكَزَهَا ثُمَّ أَقَامَ الصَّلَاةَ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ فِي حُلَّةٍ مُشَمِّرًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ إِلَى الْعَنَزَةِ وَرَأَيْتُ النَّاسَ وَالدَّوَابَّ يَمُرُّونَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ وَرَاءِ الْعَنَزَةِ

 

Telah menceritakan kepadaku Ishaq telah mengabarkan kepada kami Ibnu Syumail telah mengabarkan kepada kami Umar bin Abu Zaidah telah mengabarkan kepada kami 'Aun bin Abu Juhaifah dari ayahnya Abu Juhaifah dia berkata; "Lalu aku melihat Bilal datang dengan membawa tongkat (berujung runcing) dan menancapkan tongkat tersebut, kemudian dia mengumandangkan iqamah, setelah itu saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar (rumah) dengan menyingsingkan pakaiannya, lalu beliau solat dua rakaat di hadapan tongkat tersebut, dan saya melihat orang-orang dan binatang pun lewat di hadapan beliau di belakang tongkat tersebut (HR. Bukhari no. 5786).

 

Orang singsing seluar ada dua sebab:

 

1. nak pastikan dalam solat dia langsung tak isbal kerana pakai seluar slack atau jeans memang kebanyakannya isbal (tapi bukan kerana sombong tapi by design seluar tu memang begitu)

 

2. dia datang dari tandas atau tempat wuduk masjid, maka sudah tentu dia singsing seluar dan terus demikian ketika solat.

 

Manakala lengan baju sapa yg pakai long sleeve. Selepas wudhuk ada yang terus dalam keadaan berlipat dan ada yg uraikan semula. terpulanglah.

 

Namun sapa yang yakin seluarnya isbal tapi tak ada rasa riak dan sombong, boleh saja dia solat dalam keadaan demikian tapi kalau rasa nak lebih aman hatinya, dia melipat kaki seluar dalam solat dan melepaskannya kembali selepas solat.

 

 

 

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH (SAHIH)

 

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

 

صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

 

Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat sendirian. (HR. Bukhari no. 645 dan Muslim no. 650).

 

 

 

26. MENGUAP (SAHIH DGN KOREKSI)

 

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

 

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dia berkata: Rasulullah saw bersabda:

 

إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ

 

Bila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)

 

Koreksi: Tidak dinyataan dengan detail, depan tangan atau belakang, menandakan boleh keduanya.

 

Masalah ini luas, Syeikh Ibn Utsaimin berkata Boleh dengan tangan kanan atau tangan kiri. Yang penting tidak membiarkan mulut terbuka ketika menguap” (Fatawa Nurun ‘alad Darbi, 13/61). Dan boleh saja depan atau belakang tapak tangan (Ghadza al-Albab 1/348).

 

 

27. MENYIMPAN JANGGUT (SAHIH)

 

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

 

Ia adalah sunah al-fitrah bukanlah sunah syari'at.

 

Dari Ummul Mukminin, Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,

 

عَشْرٌ مِنَ الفِطْرَةِ: قَصُّ الشّارِبِ، وإعْفاءُ اللِّحْيَةِ، والسِّواكُ، واسْتِنْشاقُ الماءِ، وقَصُّ الأظْفارِ، وغَسْلُ البَراجِمِ، ونَتْفُ الإبِطِ، وحَلْقُ العانَةِ، وانْتِقاصُ الماءِ. قالَ زَكَرِيّا: قالَ مُصْعَبٌ: ونَسِيتُ العاشِرَةَ إلّا أنْ تَكُونَ المَضْمَضَةَ. زادَ قُتَيْبَةُ، قالَ وكِيعٌ: انْتِقاصُ الماءِ: يَعْنِي الاسْتِنْجاءَ

 

“Ada sepuluh macam fitrah, yaitu memendekkan misai, memelihara janggut, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian (baraajim), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ (cebok) dengan air.” Zakariya berkata: Mush'ab berkata: "Dan aku lupa yang kesepuluh, kecuali ia adalah berkumur-kumur." Qutaibah menambahkan, " Waki' berkata: 'Bersuci dengan air maksudnya beristinja'."  (HR. Muslim no. 261).

 

 

 

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR (SAHIH)

 

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

 

Dari Ibnu ‘Umar ra yang mengatakan,

 

ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِى ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْضِى حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ

 

“Aku pernah menaiki rumah Hafshah (umul mukminin) karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah saw buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (HR. Bukhari no. 148, 3102 dan Muslim no. 262).

 

Pendapat yang terkuat ialah makruh menghadap kiblat ketika buang air di luar bangunan (orang zaman dahulu bila mereka mengembara di padang pasir, akan buang air di kawasan terbuka) dan harus dalam bangunan.

 

 

 

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH (SAHIH)

 

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

 

الْبِسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فإنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُم

 

"Pakailah pakaian-pakaian kalian yang berwarna putih, sesungguhnya itu merupakan pakaian kalian yang terbaik, dan hendaknya kalian mengkafani mayat-mayat kalian dengan kain putih"

 

HR. Abu Daud no. 3878, Tirmidzi no. 994, Ibn Majah no. 3566, Ahmad no. 2219, Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih.

 

Tapi ia hanyalah sunnah al-jibliah (kebiasaan/tabiat Nabi saw yg dibentuk oleh iklim, citarasa tempatan, budaya dan norma kaum), termasuk di dalamnya warna pakaian, jubah, serban, igal, smagh, kasut, capal, kenderaan (kaldai atau unta)...ianya tidak diberatkan.

 

 

 

30. POSISI TIDUR (SAHIH)

 

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

 

Dari Al Bara’ bin ‘Azib, Nabi saw bersabda,

 

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

 

“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).

 

 

 

31. MINUM LEPAS MAKAN (TIDAK SAHIH)

 

Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

 

Ini hanyalah petua sahaja. Tidak ada dalam kitab-kitab sunnah akan larangan ini.

 

 

 

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR (SAHIH)

 

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

 

Tidur ini namanya Qailulah.

 

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:

 

قِيْلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ

 

“Qailulah-lah kalian, sesungguhnya syaitan-syaitan itu tidak pernah istirehat siang.”

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 28, Abu Nu’aim dalam Ath-Thibb no. 151, Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dalam Sahih Jami’ no. 4431.

 

Waktunya khilaf, ada kata sebelum zawal (masuk zuhur) dan boleh juga selepas solat zuhur.

 

 

 

33. BERDIRI HORMAT (SAHIH DENGAN ADANYA KHILAF)

 

Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

 

عن أبي مجلز قال خرج معاوية على بن الزبير وبن عامر فقام بن عامر وجلس بن الزبير فقال معاوية لابن عامر اجلس فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من أحب أن يمثل له الرجال قياما فليتبوأ مقعده من النار

 

Dari Abu Mijlaz ia berkata : Mu’awiyyah keluar menemui Ibnuz-Zubair dan Ibnu ‘Aamir. Maka Ibnu ‘Aamir berdiri sementara Ibnuz-Zubair tetap duduk. Berkata mu’awiyyah kepada Ibnu ‘Aamir : “Duduklah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Barangsiapa yang suka seseorang berdiri untuknya, maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka”

 

HR. Bukhari dalam Adabul-Mufrad no. 977, Abu Daud no. 5229, At-Tirmidzi no. 2753, Ahmad 4/93, dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahaan 1/219, sahih menurut Syeikh al-Albani.

 

Yang dilarang ialah pemimpin yang suka pengikutnya berbuat demikian. Sebaliknya berdiri juga dibolehkan dan juga sunnah menurut Imam Nawawi dan Ibn Hajar jika menyambut dan memuliakan orang yang soleh.

 

Ibnu Hajar menukilkan dalam Fathul Bari 11/51 :

 

“Ibnul-Qayyim berkata dalam Hasyiyyah As-Sunan : Berdiri terbagi menjadi tiga tingkatan:-

 

a)Pertama, berdiri pengagungan terhadap seorang yang sedang duduk, ini merupakan perbuatan orang-orang yang sombong/zalim.

 

b)Kedua, berdiri untuk menyambut kedatangan seseorang, ini tidak mengapa.

 

c)Ketiga, berdiri ketika melihat seseorang, ini yang diperselisihkan para ulama” Juga jika ia menjadi sebahagian adat, maka ia juga muhkam:

 

Kaedah dalam usul fiqh,

 

العادة محكمة

“Adat dapat menjadi dasar dalam hukum”

 

Maka jika anda ada majlis di istana, menghadiri kes di mahkamah, maka adat istana dan mahkamah adalah berdiri menyambut ketibaan raja dan Hakim. Sekian.

 

 

 

34. PAKAIAN BERWARNA (SAHIH)

 

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

 

أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَخْبَرَهُ قَالَ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَىَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ « إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلاَ تَلْبَسْهَا ».

 

Telah mengabarkan kepadanya, dan ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash; Telah mengabarkan kepadanya, dia berkata; Rasulullah saw pernah melihat aku memakai dua potong pakaian yang dicelup ‘ushfur, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.” (HR. Muslim no. 2077)

 

 

 

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN (SAHIH)

 

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

 

Ia tsabit dari nas al-Quran

 

Perintah Memberi Makan Orang Miskin

 

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

 

Dan mereka memberikan makanan yang dia sukai kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan perang (QS al-Insan ayat 8).

 

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (44)

 

(Penduduk syurga bertanya kepada penduduk neraka) apa yang menyebabkan kalian masuk ke neraka (Saqar)? Mereka (penduduk neraka) berkata: Kami dulu bukan termasuk orang-orang yang solat. Kami pun tidak memberi makan kepada orang-orang miskin (QS al-Muddatstsir ayat 42-44).

 

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (٢) وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (٣

 

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (QS al-Maa’un 1-3).

 

Hadith:-

 

خِيَارُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ

 

Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan (HR. Ahmad no. 23971, disahihkan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 44).

 

Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

فُكُّوا الْعَانِىَ – يَعْنِى الأَسِيرَ – وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ

 

“Bebaskanlah tahanan, berilah makan orang yang lapar, dan jenguklah orang sakit.”(HR. Bukhari no. 3046).

 

 

 

36. MENU RASULULLAH (TAK SAHIH)

 

Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

 

Rasulullah SAW biasa minum madu setiap hari, iaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari ketika perut masih kosong”.

 

HN. Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad 4/32, al-Imam Muwaffaq Abdul Latif al-Baghdadi dalam Thibbu Minal Kitab was Sunnah hal. 135,  tidak diketahui akan kesahihannya kerana al-Baghdadi tidak menyatakan sanadnya. Dan ia bukanlah kitab karangan Abdul Latif al-Baghdadi (https://www.alukah.net/culture/0/68059/).

 

Tidak ada satupun hadith marfu’ tentang tatacara pengambilan madu secara terperinci. Rincian tatacara meminum madu hendalah dikembalikan kepada ahlinya dari kalangan ahli perubatan (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 156095).

 

 

 

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK (KHILAF AKAN KESAHIHANNYA)

 

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

 

ثلاثة لا ترد اللبن والوسائد والدهن

 

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu."

 

HR. Tirmidzi no. 2790, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/446 dan at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13279.

 

Ahli hadith mutaqaddimin seperti  Imam Tirmidzi menyatakan hadith "gharib" (petanda dhaif), Ibn Qayyim, kata hadith ma'lul (cacat) dalam Zadul Maad 1/171 dan Ibn Abi Hatim, hadith mungkar (dhaif), Syaikh Mahir Yasin  al-Fahl menilai hadith ini dhaif dalam tahqiqnya ke atas Syamail Tirmidzi no. 218.

 

Manakala muhaddith mutaakhirin seperti Syeikh al-Albani dalam Mukhtasar Syamail no. 187, Ibn Hajar dalam Fathul Bari 5/247, Syuaib al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Maad 1/171, menilai hadith ini hasan.

 

Jika ianya sahih/hasan bermaksud, jika kita menjadi tamu, maka jangan tolak tiga perkara, bantal atau sofa stail arab untuk bersandar, minuman yang dihidangkan (sekarang ialah jus atau teh) dan minyak wangi.

 

 

 

38. KETAWA RASULULLAH (TIDAK SAHIH)

 

Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

 

Ini kerana Imam Abu Isa at-Tirmidzi ada satu bab dalam Syamail Muhammadiah:

 

34 - باب ما جاء في ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم

 

bab 34: Perihal ketawa Rasulullah saw..

 

ada 9 hadith dalam tu yang menceritakan baginda memang ketawa dan senyum.

 

Antaranya:-

 

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ الْيَمَنِ فَقَالَ إِنَّ ثَلَاثَةَ نَفَرٍ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ أَتَوْا عَلِيًّا يَخْتَصِمُونَ إِلَيْهِ فِي وَلَدٍ وَقَدْ وَقَعُوا عَلَى امْرَأَةٍ فِي طُهْرٍ وَاحِدٍ فَقَالَ لِاثْنَيْنِ مِنْهُمَا طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا فَغَلَيَا ثُمَّ قَالَ لِاثْنَيْنِ طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا فَغَلَيَا ثُمَّ قَالَ لِاثْنَيْنِ طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا فَغَلَيَا فَقَالَ أَنْتُمْ شُرَكَاءُ مُتَشَاكِسُونَ إِنِّي مُقْرِعٌ بَيْنَكُمْ فَمَنْ قُرِعَ فَلَهُ الْوَلَدُ وَعَلَيْهِ لِصَاحِبَيْهِ ثُلُثَا الدِّيَةِ فَأَقْرَعَ بَيْنَهُمْ فَجَعَلَهُ لِمَنْ قُرِعَ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَضْرَاسُهُ أَوْ نَوَاجِذُهُ

 

Dari Zaid bin Arqam, ia berkata: Aku pernah duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian terdapat seorang laki-laki dari Yaman yang masuk dan berkata: "Sesungguhnya terdapat tiga orang penduduk Yaman datang kepada Ali, mereka memperselisihkan kepada Ali mengenai anak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang telah mereka gauli dalam satu masa suci. Kemudian Ali berkata kepada dua orang diantara mereka: "Relakan anak itu untuk orang ini!" Kemudian mereka berteriak, kemudian ia berkata kepada dua orang: "Relakan anak tersebut untuk orang ini!" Kemudian mereka berteriak, kemudian ia berkata kepada dua orang: "Relakan anak tersebut untuk orang ini!" Kemudian mereka berteriak. Lalu Ali berkata: "Kalian adalah sekutu yang saling berseteru, aku akan mengundi kalian. Barangsiapa yang keluar undiannya, maka anak tersebut adalah miliknya dan ia wajib membayar kepada kedua sahabatnya dua pertiga diyah." Kemudian Ali mengundi diantara mereka. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tertawa hingga nampak gigi-gigi geraham beliau atau gigi-gigi seri beliau (HR. Abu Daud no. 2269,2270; an-Nasaie no. 3487, Ibnu Majah no. 2348, disahihkan oleh Syeikh al-Albani).

 

Dr Yusuf al-Qardhawi berkata, tidak benar sama sekali anggapan sesetengah pihak, bahawa Islam adalah agama yg serius dan kering kontang...ada senyum, ketawa dan tangisan...cuma tidak melampau batas dalam ketawa.

 

 

 

39. MINUMAN RASULULLAH (TIDAK SAHIH BAHKAN MURSAL)

 

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

 

كان أحبُّ الشرابِ إلى رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : الحلوَ الباردَ

 

Adapun minuman yang paling disukai Nabi saw ialah yang manis dan sejuk

 

HR. Tirmidzi. no. 1895 kata Imam Abu Isa, yang sahih dari az-Zuhri, hadith Mursal (dhaif).

 

Nabi suka apa jua minuman yg ada ditanah arab pada masa itu. Baginda dilaporkan menyukai madu, susu, nabidz, dan air sejuk. Ini semua sunnah al-jibliyah atau sunnah yg bersifat peribadi.

 

 

 

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG (SAHIH)

 

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

 

إِذَا اِسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثاً فَإِنًّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيْشُوْمِهِ

 

Dari Abu Hurayra ra: (sabda Nabi saw): “Apabila seorang di antara kalian bangun tidur, maka beristintsarlah tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya.” (HR. Bukhari no. 3295 dan Muslim no. 238).

 

 

 

41. BERI MAKAN ANAK YATIM (SAHIH DENGAN KOREKSI)

 

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

 

Ada nas AQ yang banyak, antaranya:

 

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (٢) وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (٣

 

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (QS al-Maa’un: 1-3)

 

فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنه

 

“Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap pengemis janganlah mengherdik (QS adh-Dhuha: 9-10).

 

Adapun tambahan "Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut"

 

Tidak ada asalnya kata-kata ini dalam kitab-kitab sunnah.

 

 

 

42. LARANGAN PAKAI CINCIN (SAHIH)

 

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

 

Dari Ali bin Abi Thalib, amirul mukminin, ra berkata :

 

نَهَانِي رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي أُصْبُعَيَّ هَذِهِ أَوْ هَذِهِ قَال : فأومأ إلى الوسطى والتي تليها

 

"Rasulullah saw melarangku untuk memakai cincin di kedua jariku ini atau ini". Ali mengisyaratkan kepada jari tengah dan yang selanjutnya (iaitu jari telunjuk)." (HR. Muslim no. 2078).

 

Adapun larangan itu dihukumkan makruh bukan haram. Ia khusus buat lelaki tidak bagi wanita, semua jari boleh (Syarah Sahih Muslim 14/71).

 

 

 

43. BANGUN TIDUR (SAHIH)

 

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

 

فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ ثُمَّ قَرَأَ الآيَاتِ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ آلِ عِمْرَانَ حَتَّى خَتَمَ

 

Dari Abdullah bin Abbas ra, dia berkata: “Kemudian Rasulullah SAW bangun, lalu mengusap (bekas pengaruh) tidur dari wajahnya (kedua mata), lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran”. (HR. Bukhari no. 4570).

 

 

 

44. KONGSI MAKANAN (SAHIH DENGAN KOREKSI)

 

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

 

قال صلى الله عليه وسلم "اجْتَمِعُوا عَلى طَعَامِكُم وَاذْكُروا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ "

 

Makanlah beramai-ramai, dan bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.

 

HR. Abu Daud no. 3764  dan Ibn Majah no. 3286, hadith hasan lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 664.

 

Namun sunnah juga makan berdua, yakni dgn isteri. Tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa.

 

 

 

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR (SAHIH)

 

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

 

Ianya dinamakan solat qabliyah Zuhur 4 rakaat, dalil:

 

أنَّ رسولَ اللَّهِ -صلَّى اللَّهُ عليهِ وعلَى آلِه وسلَّمَ- كانَ يُصلِّي أربعًا بعدَ أن تَزولَ الشَّمسُ قبلَ الظُّهرِ فقالَ : إنَّها ساعةٌ تُفتَحُ فيها أبْوابُ السَّماءِ وأُحبُّ أن يصعدَ لي فيها عملٌ صالحٌ

 

Rasulullah saw sentiasa solat 4 rakaat qabliah zuhur dan bersabda: Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa p

Kamal Shah

Assalamualaikum.. Maaf sya nak tanya :red_circle:ini dah ada lampiran utk status semua sunnah ini?:grin: Kalau x ada x mngpa:sweat_smile:

ada saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana." HR. Ahmad no. 23551,  Tirmidzi no. 478, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Tirmidzi, Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad dan al-Wad'iy katanya hasan dalam al-Sahih al-Musnad no. 568).

 

Adapun tambahan " tertutup ketika solat zohor " tiada asalnya dan pelik kenapa pintu langit ditutup ketika solat?" Tiada asalnya.

 

 

 

46. ISTIGHFAR (SAHIH)

 

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

 

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

 

Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali (HR. Bukhari no. 6307).

 

 

 

47. JANGAN MENCACI MAKANAN (SAHIH)

 

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

 

ما عابَ النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم طَعامًا قَطُّ، إنِ اشْتَهاه أكله وإلا تَرَكَه

 

Dari Abu Hurairah, Nabi saw tidak pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka, dia biarkan saja (HR. Bukhari no. 3563, Muslim no. 2064).

 

 

 

48. APABILA BERTAMU (SAHIH)

 

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

 

كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا أتى بابَ قومٍ لم يستقبلِ البابَ من تلقاءِ وجهِه ، ولكن من ركنِه الأيمنِ أو الأيسرِ ، ويقولُ: السلامُ عليكمُ السلامُ عليكمُ وذلك أن الدورَ لم يكن عليها يومئذٍ ستورٌ.

 

Dari Abdullah bin Busr, beliau berkata, “Apabila Rasulullah SAW mendatangi kediaman suatu kaum, beliau tidak menghadap ke arah pintu rumah dengan wajahnya, akan tetapi beliau memalingkan wajahnya ke arah kanan atau kiri, dan berkata: “Assalamu ’alaikum, assalaamu ’alaikum”. Hal itu kerana rumah kediaman di saat itu belum memiliki penghalang seperti daun pintu.” (HR. Abu Daud no. 5186, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Abu Daud).

 

 

 

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS (SAHIH)

 

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

 

عنِ المُهاجرِ بنِ قُنفذٍ ، أنَّهُ أتى النَّبيَّ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ - وَهوَ يبولُ فسلَّمَ عليهِ ، فلم يرُدَّ عليهِ حتَّى توضَّأَ ، ثمَّ اعتَذرَ إليهِ فقالَ إنِّي كَرِهْتُ أن أذكرَ اللَّهَ تعالى ذكرَه إلَّا علَى طُهْرٍ أو قالَ : على طَهارةٍ .

 

Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz, ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla kecuali dalam keadaan suci. (HR. Abu Daud no. 17 disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Abi Daud dan al-Wad'iy dalam  al-sahih al-Musnad no. 1161).

 

Dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma,

 

أَنَّ رَجُلًا مَرَّ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبُولُ ، فَسَلَّمَ ، فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ 

 

"Seseorang melewati Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang sedang kencing, lalu dia mengucapkan salam, namun beliau tidak menjawab salamnya." (HR. Muslim no. 370)

 

Apakah berdehem atau isyarat suara itu tsabit? - Tidak thabit

 

Para ahli fiqh bersepakat makruhnya menyampaikan dan menjawab salam di tandas (Fatwa Soaljawab Islam no. 129369).

 

 

 

50. MAKANAN PANAS (SAHIH)

 

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

 

Dari Ibnu Abbas ra,

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ

 

Nabi saw melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.

 

HR. Ahmad no. 1907, Tirmidzi no. 1888, dan Imam  Tirmidzi berkata hadith ini hasan sahih, dan  disahihkan oleh syeikh al-Albani, Syuaib Al-Arnauth.

 

 

 

51.GILIRAN MINUM (SAHIH)

 

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

 

أُتِيَ بلَبَنٍ قدْ شِيبَ بماءٍ، وعَنْ يَمِينِهِ أعْرابِيٌّ، وعَنْ شِمالِهِ أبو بَكْرٍ، فَشَرِبَ ثُمَّ أعْطى الأعْرابِيَّ، وقالَ: الأيْمَنَ فالأيْمَنَ

  

Dari Anas ra: Nabi saw pernah diberi susu (kambing) yang dicampur dgn air, terdapat di sisi kanan baginda seorang Arab dusun dan di sisi kiri pula Abu Bakar. baginda lantas meminumnya dan bakinya diberikan kepada Arab Dusun dan bersabda, " berikan ke kanan, kanan lagi. (HR. Bukhari no. 5619, Muslim no. 2029).

 

 

 

52. 3 AMAL (SAHIH DGN PENJELASAN)

 

 

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

 

 أَوْصَانِي خَلِيلِي صلى الله عليه وسلم بِثَلاثٍ : صِيَامِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ , وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى , وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

 

Dari Abu Hurayra ra: Kekasihku saw berwasiat kepadaku agar berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat sunat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. (HR. Bukhari no. 1841).

 

Nota:

 

1. Khilaf akan wasiat nabi khusus kepada sahabat, apakah ia untuk semua atau khusus kepada sahabat. ia khusus buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat. sahabat yang lain dia melakukan amal dengan pedang dan yang lain dgn businessnya.

 

2. Puasa 3 hari setiap bulan boleh bermaksud mana-mana tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan isnin dan khamis.

 

 

 

53. JANGAN TIDUR MENIARAP (SAHIH, TAPI NASNYA DHAIF)

 

 

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

 

مرَّ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ على رجلٍ نائمٍ في المسجدِ مُنبطِحٍ على وجْهِهِ فضربَهُ برجلِهِ وقالَ قُم واقعُد فإنَّها نَومةٌ جَهنَّميَّةٌ

 

Nabi saw pernah melewati seseorang yang tidur (dalam masjid Nabawi) dengan posisi meniarap, maka Nabi cuit dengan kakinya dan bersabda," bangun, ini posisi tidur penduduk neraka jahannan.

 

(HR. Ibnu Majah no. 3725, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Ibnu Majah no. 751.

 

DIBENCI ALLAH ADALAH SAHIH:

 

وقال: ( إنَّ هذه ضِجْعَةٌ لا يُحِبُّها اللهُ )

 

"Sesungguhnya tidur posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." (HR. Ahmad no. 8041, Tirmidzi no. 2768, disahihkan oleh Ahmad Syakir dan Syeikh al-Albani).

 

 

 

54. CARA PEGANG MISWAK (TIDAK SAHIH)

 

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

 

Tidak ada hadith akan kaifiyat atau tatacara memegang kayu sugi, sebab ia pelbagai saiz dan panjang/pendek.

 

Cara penggunaan tersebut disebutkan oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari 1/55, bukan Sunnah Nabi saw.

 

Dr Yusuf al-Qardhawi (Fiqh Taharah) membahaskan siwak vs Oral hygiene (penjagaan gigi secara moden).

 

Menurut beliau, golongan literal (yg amalkan maksud zahir hadith) menetapkan sunnah hanya dgn siwak yakni kayu miswak yg datangnya dari India dan tanah Arab; manakala golongan yg guna fiqh maqasid (ruh sunnah), oral hygiene juga termasuk dalam konsep siwak. Maksudnya sapa yg guna kayu sugi pun sunnah, yang guna berus gigi nylon bristle pun sunnah, guna ubat gigi, gargle dgn Listerine dan juga mendapat rawatan pergigian stiap 6 bulan pun sunnah oral juga.

 

Amalan yg selamat, guna berus gigi, dan guna ubat gigi yg mengandungi ekstrak pati miswak.

 

 

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH (SAHIH)

 

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

 

Dari A’isyah ra, bahawa Nabi saw bersabda,

 

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

 

”Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya.”

 

HR. Muslim no. 725, Nasaie no. 1758, Tirmidzi no. 416, dan yang lainnya.

 

Fiqh:

 

ia adalah solat sunat qabliyah subuh. Maksud lebih baik dari dunia dan seisinya adalah pahalanya amat besar, bukan maksud kalau solat dua rakaat ni seseorang akan lebih kaya dari Bill Gates atau TS Syed Mukhtar al-Bukhari dari segi kekayaan fizikal. Pahala solat ni akan diclaim di Akhirat nanti. Adapun dii dunia, selepas solat sunat subuh dan solat subuh, dia masih kena pergi opis mencari rezki macam biasa, kena trafik jm dsbnya. cukup bulan terima gaji. hakikat hadith ini iala pahalanya begitu besar kerana degree of difficulty atau tahap kesukarannya amat sukar dilaksanakan oleh kebanyakan umat islam sejak dulu.

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...