Wednesday 2 August 2023

Hadith Iblis yang pertama sekali melakukan liwat/gay

 Al-Imam Abu Al-Hasan terkenal dengan nama Al-Mawardi (w. 450 H) menyebut di dalam kitabnya yang masyhur “al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’I wa huwa Syarah Mukhtasar al-Muzani di dalam fasal (الْقَوْلُ فِي اللِّوَاطِ) berkata:

 

وَرُوِيَ عَنْهُ ﷺ : أَنَّهُ قَالَ : أَوَّلُ مَنْ لَاطَ إِبْلِيسُ ، أُهْبِطَ مِنَ الْجَنَّةِ فَرْدًا لَا زَوْجَةَ لَهُ لَا بِنَفْسِهِ فَكَانَتْ ذُرِّيَتُهُ مِنْهُ.

 

Dan diriwayatkan daripada Baginda ﷺ bahawa sesungguhnya Baginda bersabda:

 

(Makhluk) yang pertama sekali melakukan liwat adalah Iblis. Apabila ia dikeluarkan dari Syurga seorang diri, ia tidak mempunyai isteri. Lalu ia meliwat dirinya sendiri, dan ia mendapat zuriatnya daripada (perbuatan jijik) itu.”(Al-Hawi Al-Kabir, 13/222)

 

Takhrij

 

Hadith tiada asal menurut pengarang Kitab Fahisyatu 'Amalu Qaum Luth hal. 22, ia adalah riwayat Israiliyat yang tidak dapat dibenarkan  atau ditolak

Kisah karamah Sa’ad bin Abi Waqqas berjalan atas air (menerjah sungai)

 Matan kisah

 

فخطب سعد المسلمين على شاطئ دجلة ، فحمد الله وأثنى عليه ، وقال : إن عدوكم قد اعتصم منكم بهذا البحر ; فلا تخلصون إليه معه ، وهم يخلصون إليكم إذا شاءوا فيناوشونكم في سفنهم ، وليس وراءكم شيء تخافون أن تؤتوا منه ، وقد رأيت أن تبادروا جهاد العدو بنياتكم قبل أن تحصركم الدنيا ، ألا إني قد عزمت على قطع هذا البحر إليهم . فقالوا جميعا : عزم الله لنا ولك على الرشد ، فافعل . فعند ذلك ندب سعد الناس إلى العبور ، ويقول : من يبدأ فيحمي لنا الفراض - يعني ثغرة المخاضة من الناحية الأخرى - ليجوز الناس إليهم آمنين . فانتدب عاصم بن عمرو وذوو البأس من الناس ، قريب من ستمائة ، فأمر سعد عليهم عاصم بن عمرو ، فوقفوا على حافة دجلة ، فقال عاصم : من ينتدب معي لنكون قبل الناس دخولا في هذا البحر ، فنحمي الفراض من الجانب الآخر ؟ فانتدب له ستون من الشجعان المذكورين ; والأعاجم وقوف صفوفا من الجانب الآخر ؟ فتقدم رجل من المسلمين وقد أحجم الناس عن الخوض في دجلة ، فقال : أتخافون من هذه [ ص: 10 ] النطفة ؟ ثم تلا قوله تعالى وما كان لنفس أن تموت إلا بإذن الله كتابا مؤجلا [ آل عمران 145 ] . ثم أقحم فرسه فيها واقتحم الناس ، وقد افترق الستون فرقتين : أصحاب الخيل الذكور ، وأصحاب الخيل الإناث ، فلما رآهم الفرس يطفون على وجه الماء قالوا : ديوانا ديوانا . يقولون : مجانين مجانين . ثم قالوا : والله ما تقاتلون إنسا بل تقاتلون جنا . ثم أرسلوا فرسانا منهم في الماء يلتقون أول المسلمين ليمنعوهم من الخروج من الماء ، فأمر عاصم بن عمرو أصحابه أن يشرعوا لهم الرماح ويتوخوا الأعين ، ففعلوا ذلك بالفرس فقلعوا عيون خيولهم ، فرجعوا أمام المسلمين لا يملكون كف خيولهم حتى خرجوا من الماء ، واتبعهم عاصم وأصحابه فساقوا وراءهم حتى طردوهم عن الجانب الآخر ، ووقفوا على حافة الدجلة من الجانب الآخر ، ونزل بقية أصحاب عاصم من الستمائة في دجلة ، فخاضوها ، حتى وصلوا إلى أصحابهم من الجانب الآخر ، فقاتلوا مع أصحابهم حتى نفوا الفرس عن ذلك الجانب . وكانوا يسمون الكتيبة الأولى كتيبة الأهوال ، وأميرها عاصم بن عمرو ، والكتيبة الثانية الكتيبة الخرساء ، وأميرها القعقاع بن عمرو . وهذا كله وسعد [ ص: 11 ] والمسلمون ينظرون إلى ما يصنع هؤلاء الفرسان بالفرس ، وسعد واقف على شاطئ دجلة . ثم نزل سعد ببقية الجيش ، وذلك حين نظروا إلى الجانب الآخر وقد تحصن بمن حصل فيه من الفرسان المسلمين ، وقد أمر سعد المسلمين عند دخول الماء أن يقولوا : نستعين بالله ، ونتوكل عليه ، حسبنا الله ونعم الوكيل ، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم . ثم اقتحم بفرسه دجلة ، واقتحم الناس لم يتخلف عنه أحد فساروا فيها كأنما يسيرون على وجه الأرض ، حتى ملأوا ما بين الجانبين ، فلا يرى وجه الماء من الفرسان والرجالة ، وجعل الناس يتحدثون على وجه الماء كما يتحدثون على وجه الأرض ; وذلك لما حصل لهم من الطمأنينة والأمن ، والوثوق بأمر الله ووعده ونصره ، وتأييده ، ولأن أميرهم سعد بن أبي وقاص أحد العشرة المشهود لهم بالجنة ، وقد توفي رسول الله ، صلى الله عليه وسلم ، وهو عنه راض ، ودعا له ، فقال : اللهم أجب دعوته وسدد رميته

 

والمقطوع به أن سعدا دعا لجيشه هذا في هذا اليوم بالسلامة والنصر ، وقد رمى بهم في هذا اليم ، فسددهم الله وسلمهم ، فلم يفقد من المسلمين رجل واحد ، غير أن رجلا واحدا يقال له : غرقدة البارقي ، ذل عن فرس له شقراء ، فأخذ القعقاع بن عمرو بلجامها ، وأخذ بيد الرجل حتى عدله على فرسه ، وكان من الشجعان ، فقال : عجز النساء أن يلدن مثل القعقاع بن عمرو . ولم يعدم [ ص: 12 ] للمسلمين شيء من أمتعتهم غير قدح من خشب لرجل يقال له : مالك بن عامر . كانت علاقته رثة ، فأخذه الموج ، فدعا صاحبه الله ، عز وجل ، وقال : اللهم لا تجعلني من بينهم يذهب متاعي . فرده الموج إلى الجانب الذي يقصدونه ، فأخذه الناس ثم ردوه على صاحبه بعينه . وكان الفرس إذا أعيا وهو في الماء ، يقيض الله له مثل النشز المرتفع ، فيقف عليه فيستريح ، وحتى إن بعض الخيل ليسير وما يصل الماء إلى حزامها ، وكان يوما عظيما ، وأمرا هائلا ، وخطبا جليلا ، وخارقا باهرا ، ومعجزة لرسول الله ، صلى الله عليه وسلم ، خلقها الله لأصحابه ، لم ير مثلها في تلك البلاد ، ولا في بقعة من البقاع سوى قضية العلاء بن الحضرمي المتقدمة ، بل هذا أجل وأعظم ; فإن هذا الجيش كان أضعاف ذلك . قالوا : وكان الذي يساير سعد بن أبي وقاص في الماء سلمان الفارسي فجعل سعد يقول : حسبنا الله ونعم الوكيل ، والله لينصرن الله وليه ، وليظهرن الله دينه ، وليهزمن الله عدوه ، إن لم يكن في الجيش بغي أو ذنوب تغلب الحسنات . فقال له سلمان : إن الإسلام جديد ، ذللت لهم والله البحور ، كما ذلل لهم البر ، أما والذي نفس سلمان بيده ليخرجن منه أفواجا كما دخلوا أفواجا . فخرجوا منه كما قال سلمان ، لم يغرق منهم أحد ، ولم يفقدوا شيئا

 

Terjemahan

 

Sa'ad (Sa'ad bin Abi Waqqash r.a) sempat berpidato di tepi sungai Tigris, setelah memuji Allah dia berkata, "Sesungguhnya musuh kalian telah menyelamatkan diri dengan menyeberangi sungai dan kalian tidak dapat memburu mereka, sementara jika mereka kehendaki, mereka dapat menyerbu kalian dari sampan-sampan mereka. Di belakang kalian tidak ada musuh yang perlu ditakutkan. Aku berpendapat kita harus terus berjihad mengejar musuh-musuh kita dengan niat yang ikhlas sebelum dunia mengelilingi kita. Aku telah bertekad untuk menyeberangi sungai ini agar dapat menyerbu mereka." Maka seluruh pasukan berkata, "Sesungguhnya Allah juga telah berkehendak agar kami dan anda menyeberangi sungai ini maka lakukanlah." Sa'ad mulai memberikan motivasi kepada pasukannya untuk menyeberangi sungai tersebut dan berkata, "Siapa yang dapat melindungi kami dari serangan musuh di seberang sungai agar tentera dapat berjalan ke tepi sana dengan aman?" Maka Ashim bin Amru maju memenuhi seruan ini di ikuti oleh para pahlawan Islam berjumlah sekitar 600 orang. Sa'ad melantik Ashim sebagai pimpinan mereka lalu berdiri di tepi sungai Tigris. Ashim berkata kepada mereka, "Siapa yang mahu ikut denganku menyeberangi sungai ini agar kita dapat melindungi tentera dari tepi seberang sungai?" Maka 60 anggota yang terdiri dari para jagoan Islam segera turun menyeberangi sungai. Sementara orang-orang Ajam (bangsa non Arab) berdiri dan berbaris di tepi seberang sana menyaksikan adegan tersebut. Salah seorang dari tentera kaum muslimin mulai menyeberangi sungai Tigris dan berkata kepada para sahabatnya, "Kenapa kalian begitu takut dengan yang tercipta dari setitis sperma ini?" Kemudian dia membacakan sebuah ayat:

 

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. " [Aali Imran: 145]

 

Kemudian dia segera masuk ke dalam air dengan kudanya dan diikuti oleh para pasukan yang lain. 30 orang penunggang kuda ini terpisah menjadi dua kelompok. Kelompok para penunggang kuda jantan dan kelompok penunggang kuda betina. Ketika para penduduk Parsi melihat mereka berjalan terapung di atas air mereka tercengang kehairanan dan berkata dalam bahasa Parsi, "Diwana..diwana..." yang bermakna "gila. ..gila". Setelah itu mereka saling berbicara satu sama lainnya dan berkata, "Sesungguhnya kalian bukan memerangi manusia tetapi yang kalian perangi adalah jin!" Setelah itu mereka mengirim para pasukan penunggang kuda mereka untuk turun ke tepi sungai agar dapat menghalangi pasukan berkuda kaum muslimin yang hampir tiba di tepi sungai dan siap mendarat.  Maka 'Ashim segera memerintahkan pasukannya untuk memanahi mereka dengan membidik ke arah mata kuda-kuda mereka. Akhirnya mereka berhasil membuta-kan mata kuda-kuda musuh dan langsung mereka melompat meninggalkan kuda-kuda mereka yang tidak dapat dikendalikan lagi. Di saat mereka lari, 'Ashim mengerahkan tenteranya untuk memburu mereka hingga berhasil mengusir mereka dari tepi sungai itu dan akhirnya dapat menguasai tepi sungai tersebut. Setelah itu barulah sisa dari pasukan Ashim yang seluruhnya berjumlah 600 anggota tadi, mulai mengendarai kuda menyeberangi sungai dan bergabung dengan Ashim di tepian sungai. Kemudian mereka memerangi tentera Parsi yang berada di sana hingga berhasil mengusir seluruhya dari tepi sungai tersebut. Pasukan pertama ini disebut dengan Kutaibah Ahwal di bawah pimpinan Ashim bin Amru. Sa'ad turun membawa seluruh sisa pasukan, yakni ketika mereka melihat tepian seberang sungai telah aman dijaga oleh para pasukan berkuda kaum muslimin. Sa'ad memerintahkan kaum muslimin agar memasuki air sambil mengucapkan:

 

"Kami memohon pertolongan kepada Allah dan bertawakkal padanya, cukuplah Allah sebagai penolong kami, tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan bantuan Allah yang Mahatinggi dan Mahaagung."

 

Lantas seluruh pasukan turun ke sungai tanpa ada yang tersisa. Mereka berjalan di atas air seolah-olah sedang berjalan di atas tanah hingga mereka memadati dua tepi sungai tersebut. Permukaan air tidak nampak lagi disebabkan banyaknya para tentera yang terdiri dari pasukan berkuda dan pejalan kaki, para pasukan saling berbicara satu sama lainnya seolah-olah mereka sedang berbicara di atas daratan. Hal ini tentunya setelah mereka merasa tenang dan aman serta yakin bahawa Allah akan memberikan pertolonganNya dan akan memenuhi janjiNya. Apalagi yang menjadi pimpinan mereka adalah Sa'ad bin Abi Waqqash r.a salah seorang dari sepuluh sahabat Nabi yang dijanjikan masuk ke dalam syurga. Ketika Rasulullah s.a.w wafat, beliau meninggalkannya dalam keadaan redha kepadanya dan beliau juga pernah mendoakannya, yang bunyinya, "Ya Allah kabulkanlah doanya dan tepatkan bidikannya."

 

Sesuatu hal yang dapat dipastikan bahawa Sa'ad mendoakan keselamatan pasukannya dan kemenangan. Mereka terjun ke tengah gelombang air sungai yang begitu deras. Allah menyelamatkan mereka hingga tidak satu pun dari anggota pasukannya yang hilang dan tidak satu pun dari bekal yang dibawa kaum muslimin hanyut kecuali satu piring kayu milik seorang anggota pasukan yang bernama Malik bin Amir. Ikatan bekalnya tidak kuat hingga terlepas dan hanyut dibawa arus. Tetapi pemiliknya berdoa kepada Allah agar barang tersebut kembali. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah janganlah kau jadikan dari sekian banyak pasukan hanya aku yang kehilangan piringku." Akhirnya ombak tinggi menghempaskan piring itu kembali kepadanya. Lebih hebat lagi seolah-olah sebahagian kuda-kuda berjalan dan air tidak sampai ke tali kekangnya. Hari itu merupakan hari yang sangat agung, penuh dengan keajaiban dan keanehan yang diluar jangkauan akal sekaligus merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w yang diciptakan Allah untuk para sahabatnya. Kejadian ini belum pernah terjadi sebelumnya di negeri ini atau di negeri mana pun, kecuali yang pernah terjadi dengan al-Ala' bin al-Hadhrami sebagaimana yang telah diterangkan terdahulu. Bah-kan kejadian di sungai Tigris ini lebih hebat dan jumlah pasukan jauh lebih ramai dibandingkan pasukan al-Ala'. Ada yang mengatakan bahawa Salman yang mengusulkan kepada Sa'ad untuk berjalan di atas air. Maka Sa'ad berjalan dengan berdoa, "Cukuplah Allah bagi kita. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Penolong. Demi Allah pasti Dia akan menolong para walinya dan akan memenangkan agamaNya dan mengalahkan para musuhNya, selama tentera kita tidak melakukan perbuatan yang melampaui batas ataupun kezhaliman yang mengalahkan kebaikan." Salman berkata padanya, "Sesungguhnya Islam adalah agama baru, namun dengan agama ini lautan dan sungai dapat ditundukkan sebagaimana ditundukkannya daratan untuk mereka. Demi Dzat yang jiwa Salman berada ditanganNya, mereka pasti akan keluar menyeberangi sungai ini dengan selamat secara berbondong-bondong sebagaimana mereka memasukinya secara berbondong-bondong pula. Akhirnya mereka selamat menyeberangi sungai tersebut tanpa ada dari mereka yang tenggelam ataupun kehilangan bekal.

 

Takhrij

 

KIsah ini disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 4/62-63 Darul Kutub al-Ilmiyyah..

Hadith banyak keruntuhan negara berlaku sebelum kiamat

 Matan hadith

 

ويبدأ الخراب في أطراف الأرض حتى تخرب مصر، ومصر آمنة من الخراب حتى تخرب البصرة وخراب البصرة من الغرق، وخراب مصر من جفاف النيل، وخراب مكة وخراب المدينة من الجوع، وخراب اليمن من الجراد، وخراب الأبلة من الحصار، وخراب فارس من الصعاليك، وخراب الترك من الديلم، وخراب الديلم من الأرمن، وخراب الأرمن من الخزر، وخراب الخزر من الترك، وخراب الترك من الصواعق، وخراب السند من الهند، وخراب الهند من الصين، وخراب الصين من الرمل، وخراب الحبشة من الرجفة، وخراب الزوراء من السفياني، وخراب الروحاء من الخسف وخراب العراق من القتل

 

 

Terjemahan

 

Berbagai penjuru bumi mulai runtuh hingga Mesir pun runtuh.Mesir merupakan negeri yang aman dari keruntuhan, sehingga Basrah runtuh. Keruntuhan Basrah di Iraq. Mesir runtuh kerana mengeringnya sungai Nil, Mekah dan Madinah runtuh kerana kelaparan,Yaman runtuh kerana (serangan) belalang, Aballah runtuh kerana pengepungan,Persia runtuh kerana  Sha’alik, runtuhnya Turki disebabkan Dailam,runtuhnya Dailam kerana Armenia,runtuhnya Armenia kerana bangsa khazar,runtuhnya bangsa khazar kerana Turki, runtuhnya Turki kerana Shawa’iq, runtuhnya sindh kerana India, runtuhnya India kerana China, runtuhnya China kerana Rumal, runtuhnya Habasyah kerana Rajfah, runtuhnya Zaura kerana Sufyani,runtuhnya Rauha kerana penenggelaman dan runtuhnya Irak kerana pembunuhan."

 

Setelah itu Al-Qurthubi berkata,"Hadith ini juga diriwayatkan Abu Faraj bin Jauzi. Ia berkata,'Aku mendengar bahawa runtuhnya Andalusia disebabkan kerana angin kencang yang membinasakan'."

 

Takhrij

 

HR. al-Qurthubi dalam al-Tadzkirah hal. 518, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus, juga disebutkan oleh  al-Munawi dalam Faidhul Qadir sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Hasanul Muhadharah fi Tarikh Mesir wal Kaherah hal. 15. Juga dinukilkan oleh  Ibnu Katsir dalam An-Nihayah fil Fitan wal Malahim 1/80-81 dan BIdayah wan Nihayah 17/59, daripada Hudzaifah al-Yamani ra.

 

Tidak sahih menurut Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 17/59

 

As-Suyuthi menilai hadith in dhaif sepertimana disebutkan dalamSyabakah Islamiyah no. 408790

 

Tidak sahih menurut pentahqiq kitab An-Nihayah fil Fitan wal Malahim Syeikh IShamuddin ash-Shababithi

 

Dhaif jiddan menurut Ibn Irraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 2/351

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 408790

 

https://hadithanswers.com/an-unreliable-narration-regarding-the-destruction-of-cities-countries-before-qiyamah/

Atsar Ibnu Mas’ud ra tidak ada solat bagi orang mendengar azan tapi tidak hadir solat jemaah

 Matan atsar

 

Ibnu Mas’ud menyebut :

 

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِي ، ثُمَّ لَمْ يُجِبْ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ ، فَلاَ صَلاَةَ لَهُ

 

Terjemahan

 

Siapa yang mendengar azan akan tetapi tidak menyahutnya (pergi solat di masjid) tanpa uzur maka tiada solat baginya

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannafnya no. 3486 dari Waki’  dengan sanad yang lengkap ditemukan dalam al-Awsath Ibnu Mundzir 4/136 no. 1902, Islamkotob:

 

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ، قَالَ : ثنا أَبُو بَكْرٍ ، أَظُنُّهُ عَنْ رَجُلٍ ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ الْمُغِيرَةِ ، عَنْ أَبِي مُوسَى الْهِلَالِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ : مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ ، ثُمَّ لَمْ يُجِبْ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ ، فَلَا صَلَاةَ لَهُ

 

Atsar ini sanadnya dhaif jiddan menurut pentahqiq Mathalib Aliyah 3/672-673, Islamkotob.

Hadith anjuran belajar ilmu faraid dan mengajarkannya

 Matan hadith

 

 

تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ ، تعلَّموا القرآنَ وعلِّموه الناسَ؛ فإِنَّي امرؤٌ مقبوضٌ ، والعلمُ سينقبِضُ ، وتظهرُ الفتنُ ، حتى يختلِفَ اثنانِ في فَريضَةٍ ،لايجدانِ أحدًا يَفْصِلُ بيينَهما

 

Terjemahan

 

Pelajarilah faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia, pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia, Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-duanya

 

Takhrij

 

HR. at-Thayalisi dalam Musnadnya no. 403, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 6306, ad-Darimi no. 227, ad-Daruquthni 4/81, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1668, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Ibnu Mulaqqin mendhaifkan hadith ini dalam al-Badrul Munir 7/186 kerana terdapa perawi yang majhul ain dan hal.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 4/226 berkata dalam nya terdapat perawi yang tak dikenali

 

Syeikh al-Albani menilai sanad hadith ini dhaif jiddan dalam Takhrij Misykatul Mashabih no. 268.

 

Sanadnya cacat menurut pentahqiq Sunan ad-Darimi

 

Ada lagi satu hadith hampir semakna sebahagiannya matannya, iaitu dari Abu Hurairah ra:

 

تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ فإنه نصفُ العلمِ وهو يُنسَى وهو أولُ ما يُنتَزَعُ من أمتي

 

Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku  (HR. Ibnu Majah no. 2719, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/293, ad-Daruquthni no. 4059, al-Hakim no. 7948, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 12175,  at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 5293)

 

Hadith ini dilemahkan oleh Ibnu Hibban kerana terdapat perawi yang hadithnya tidak boleh dijadikan hujah dalam apa keadaan sekalipun sama ada sebagai mutabaʻah(sokongan) atau seumpamanya, iaitu Hafs bin Umar bin Abu al-‘Atthaf.

 

Hafs bin Umar bin Abu al-‘Atthaf dikritik Imam Bukhari dan Abu Hatim ar-Razi sebagai munkarul hadith (Tahdzibul Kamal 7/39), Ibn Hajar al-Asqalani pula mengkritiknya sebagai perawi yang matruk (Talkhisul Habir 3/172)

 

Ibnu Adi mendhaifkan hadith dalam al-Kamil fi Dhu’afa’ 3/276

 

Al-Uqaili dalam Dhuafa al-Kabir 1/271 berkata bahawa hadith ini tidak mempunyai sokongan daripada mana-mana hadith lain.

 

Juga dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Ibnu Majah

Hadith ajal haiwan bukan melalui malaikat maut?

 Matan hadith

 

آجال البهائم كلها – من القمل، والبراغيث، والجراد، والخيل، والبغال، والدواب كلها، والبقر، وغير ذلك؛ آجالها في – التسبيح، فإذا انقضى تسبيحها؛ قبض الله أرواحها، وليس إلى ملك الموت من ذلك شيء.

 

Terjemahan

 

Ajal bagi binatang-binatang kesemuanya – kutu kepala, kutu penghisap darah, belalang, kuda, baghal, binatang-binatang yang melata kesemuanya, lembu dan selainnya, ajal mereka – ada pada tasbih. Apabila habis tasbih mereka, Allah akan menarik ruh mereka. Tidak ada suatupun daripada yang demikian tadi (diserahkan) kepada malaikat maut.

 

 

Takhrij

 

HR. al-Uqaili dalam Dhuafa al-Kabir 4/321, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuatnya 3/222, daripada Anas bin Malik ra

 

Hadith batil tiada asal menurut al-Uqaili

 

Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi

 

Hadith munkar jiddan menurut Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan.

 

Hadith palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6114.

 

 

Dan tidak ditemui sebarang nas yang jelas dan sahih membicarakan bagaimana nyawa haiwan diambil.

 

Syeikh Ibnu Utsaimin berkata tidak patut seseorang bertanya soalan yang tidak memberi faedah seperti ini. Apakah faedah setelah mengetahui nyawa haiwan itu dicabut dengan siapa?, dan para sahabat tidak pernah bertanyakan hal tersebut, sedangkan merekalah yang sepatutnya bertanya kerana mereka ini terlalu cintakan ilmu dan pasti akan bertanya kepada guru mereka Nabi saw. Beliau juga menasihatkan agar seseorang tidak terlampau ekstrim dalam menanyakan soalan (Liqa’ al-Baab al-Maftuh, 11/146)

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 119652

Hadith nisbah rahmat Allah di dunia dan akhirat adalah 1:99

  

1.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الرَّحْمَةَ يَوْمَ خَلَقَهَا مِائَةَ رَحْمَةٍ، فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً، وَأَرْسَلَ فِي خَلْقِهِ كُلِّهِمْ رَحْمَةً وَاحِدَةً، فَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ بِكُلِّ الَّذِي عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الرَّحْمَةِ لَمْ يَيْأَسْ مِنَ الْجَنَّةِ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ بِكُلِّ الَّذِي عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْعَذَابِ لَمْ يَأْمَنْ مِنَ النَّارِ

 

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menciptakan rahmat. Pada hari Dia menciptakannya, Dia menjadikannya sebanyak 100 rahmat. Dia menyimpan di sisiNya 99 rahmat. Dia hantar kepada semua makhluknya 1 rahmat. Seandainya orang kafir tahu tentang semua rahmat yang ada di sisi Allah, mereka tidak akan berputus asa daripada memasuki syurga. Seandainya orang beriman tahu semua azab yang ada di sisi Allah, dia tidak akan berasa selamat daripada neraka. [HR. Bukhari no. 6469].

 

2.

 

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

 

جَعَلَ اللَّهُ الرَّحْمَةَ مِائَةَ جُزْءٍ فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ وَأَنْزَلَ فِي الأَرْضِ جُزْءًا وَاحِدًا فَمِنْ ذَلِكَ الْجُزْءِ تَتَرَاحَمُ الْخَلاَئِقُ حَتَّى تَرْفَعَ الدَّابَّةُ حَافِرَهَا عَنْ وَلَدِهَا خَشْيَةَ أَنْ تُصِيبَهُ

Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya. [HR. Muslim no. 2752]

 

3.

 

Daripada Salman al-Farsi radiallahu 'anhu:

 

عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ فَمِنْهَا رَحْمَةٌ بِهَا يَتَرَاحَمُ الْخَلْقُ بَيْنَهُمْ وَتِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ "

 

Daripada Salman al-Farsi radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Daripadanya terdapat 1 rahmat yang mana dengannya makhluk-makhluk saling berkasih sayang antara mereka. 99 rahmat lagi adalah untuk hari Kiamat. [HR. Muslim no. 2753]

Hadith dan atsar berkaitan rezeki diberikan sesuai takarannya

  

1.

 

إِنَّ رُوْحَ القُدُسِ نَفَثَ فِي رَوْعِي إِنَّ نَفْسًا لاَ تَمُوْتَ حَتَّى تَسْتَكْمِلَ رِزْقُهَا ، فَاتَّقُوْا اللهَ وَأَجْمِلُوْا فِي الطَّلَبِ ، وَلاَ يَحْمِلَنَّكُمْ اِسْتَبْطَاءَ الرِّزْقُ أَنْ تَطْلُبُوْهُ بِمَعَاصِي اللهَ ؛ فَإِنَّ اللهَ لاَ يُدْرِكُ مَا عِنْدَهُ إِلاَّ بِطَاعَتِهِ

 

“Sesungguhnya roh qudus (Jibril), telah membisikkan ke dalam batinku bahawa setiap jiwa tidak akan mati sampai sempurna ajalnya dan dia habiskan semua bahagian rezekinya. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaguslah cara dalam mengais rezeki. Jangan sampai tertundanya rezeki mendorong kalian untuk mencarinya dengan cara bermaksiat kepada Allah. Kerana rezeki di sisi Allah tidak akan diperoleh kecuali dengan taat kepadaNya.” (HR. Musnad Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya 8/129 dan Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir 8/166, sahih, Silsilah  Hadith Sahih no. 2866).

 

2.

 

 

إن من عبادى من لا يصلح إيمانه إلا بالغنى ولو أفقرته لكفر، وإن من عبادى من لا يصلح إيمانه إلا الفقر ولو أغنيته لكفر

 

“Sesungguhnya di antara hamba-Ku, keimanan barulah menjadi baik jika Allah memberikan kekayaan padanya. Seandainya Allah membuat ia miskin, tentu ia akan kufur. Dan di antara hamba-Ku, keimanan barulah baik jika Allah memberikan kemiskinan padanya. Seandainya Allah membuat ia kaya, tentu ia akan kufur”.[HR. Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 8/355, daripada Annas ra, hadith ini dinilai dhaif oleh ahli hadith, namun maknanya adalah sahih kerana memiliki dasar sahih dari surah Asy Syuraa ayat 27.(Silsilah Hadith Dhaif no. 1774)].

 

3.

 

الْجَنِينُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ لَا يَطْلُبُ وَلا يَحْزَنُ وَلا يَغْتَمُّ، وَإِنَّمَا يَأْتِيهِ رِزْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ مِنْ دَمِ حَيْضَتِهَا، فَمِنْ ثَمَّ لَا تَحِيضُ الْحَامِلُ، فَإِذَا وَقَعْ إِلَى الأَرْضِ اسْتَهَلَّ، وَاسْتِهْلالُهُ اسْتِنْكَارًا لِمَكَانِهِ فَإِذَا قُطِعَتْ سُرَّتُهُ حَوَّلَ اللَّهُ رِزْقَهُ إِلَى ثَدْي أُمِّهِ، فَيَأْكُلُهُ فَإِذَا هُوَ بَلَغَ قَالَ هُوَ الْمَوْتُ أَوِ الْقَتْلُ قَالَ: أَنَّى لِي بِالرِّزْقِ؟ فَيَقُولُ مَكْحُولٌ: يَا وَيْحَكَ غَذَّاكَ وَأَنْتَ فِي بَطْنِ أُمِّكَ وَأَنْتَ طِفْلٌ صَغِيرٌ حَتَّى إِذَا اشْتَدَدْتَ وَعَقَلْتَ. قُلْتَ: هُوَ الْمَوْتُ أَوِ الْقَتْلُ أَيْنَ لِي بِالرِّزْقِ. ثُمَّ قَرَأَ مَكْحُولٌ: يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنْثَى وَمَا تَغِيضُ الأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ.

 

“Ingatlah, janin yang ada dalam perut ibunya. Tak meminta,  tak bersedih, dan tak merasa cemas. Namun, rezekinya saat berada di perut sang ibu datang melalui darah haidhnya. Kerananya, perempuan hamil tidak ada yang haidh. Kemudian, ketika si janin lahir ke dunia, ia menangis keras. Tangisannya itu kerana mengingkari tempat barunya. Padahal, saat tali ari-arinya diputus, Allah mengalihkan rezekinya ke payudara ibunya. Ia pun makan melaluinya. Namun, di saat dewasa, ia malah berkata, “Aku bolehmati, aku bolehterbunuh. Di manakah rezeki untukku.”  Makhul melanjutkan sabda Rasulullah saw, “Celakalah engkau, Allah telah menjamin makanmu, sejak kau berada dalam perut ibumu, saat kau masih kecil. Namun, ketika dewasa dan berakal sempurna, engkau justru berkata, ‘Aku boleh mati. Aku boleh terbunuh. Manakah rezeki untukku.”’ Lantas ia melantunkan ayat, yang ertinya, “Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.” (Tafsir Ibni Hatim 7/ 2227 no. 12170).

 

4.

 

قيل لأبي حازم سلمة بن دينار رحمه الله : « يَا أَبَا حَازِمٍ أَمَا تَرَى قَدْ غَلَا السِّعْرُ، فَقَالَ: وَمَا يَغُمُّكُمْ مِنْ ذَلِكَ؟ إِنَّ الَّذِي يَرْزُقُنَا فِي الرُّخْصِ هُوَ الَّذِي يَرْزُقُنَا فِي الْغَلَاءِ.

 

Datang suatu kaum mengatakan kepada Abi Hazim, Salamah bin Dinar r.a. “Wahai Abi Hazim, apakah kamu tidak melihat harga barang semakin naik/mahal, Aba Hazim menanggapi pernyataan tersebut, beliau berkata terus apa yang kamu resahkan dari itu? Rezeki yang Allah berikan kepada kita saat harga barang murah dan mahal itu disesuaikan.”(AN. Abu Nua’im dalam Hilyatul Aulia wa Thabaqatul al-Ashfiya 3/239; Ibnu Asakir  dalam Tarikh Dimasyq 12/146)

Hadith dalam tafsir ayat at-Taghabun: 14

  

Sanad dan matan hadith

 

وقال ابن أبي حاتم حدثنا أبي ، حدثنا محمد بن خلف العسقلاني ، حدثنا الفريابي ، حدثنا إسرائيل ، حدثنا سماك بن حرب ، عن عكرمة ، عن ابن عباس - وسأله رجل عن هذه الآية : ( يا أيها الذين آمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدوا لكم فاحذروهم ) - قال : فهؤلاء رجال أسلموا من مكة فأرادوا أن يأتوا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فأبى أزواجهم وأولادهم أن يدعوهم ، فلما أتوا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - رأوا الناس قد فقهوا في الدين ، فهموا أن يعاقبوهم ، فأنزل الله هذه الآية : ( وإن تعفوا وتصفحوا وتغفروا فإن الله غفور رحيم

 

Terjemahan

 

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Khalaf As-Saidalani, telah menceritakan kepada kami Al-Faryabi, telah menceritakan kepada kami Israil, telah menceritakan kepada kami Sammak ibnu Harb, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang telah ditanya oleh seorang lelaki tentang makna firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. (At-Taghabun: 14) Bahawa ada sejumlah lelaki yang telah masuk Islam di Mekah; ketika mereka hendak bergabung dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di negeri hijrah, maka isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak mahu ditinggalkan. Pada akhirnya setelah mereka datang kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (sesudah penaklukan Mekah), mereka melihat orang-orang telah mendalami agama mereka. Kemudian mereka melampiaskan kemarahannya kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka yang menghalang-halangi mereka untuk hijrah. Dan ketika mereka hendak menghukum isteri-isteri dan anak-anak mereka, Allah menurunkan firman-Nya: dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (At-Taghabun: 14)

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 3317, at-Thabari dalam Tafsirnya 28/124, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 11720, daripada Ibnu Abbas ra

 

Hasan sahih menurut Imam Tirmidzi dan hasan menurut Syeikh al-Albani

Hadith Nabi saw mencela Muawiyah ra?

 Matan hadith

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كُنْتُ أَلْعَبُ مَعَ الصِّبْيَانِ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَتَوَارَيْتُ خَلْفَ بَابٍ - قَالَ - فَجَاءَ فَحَطَأَنِي حَطْأَةً وَقَالَ ‏"‏ اذْهَبْ وَادْعُ لِي مُعَاوِيَةَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَجِئْتُ فَقُلْتُ هُوَ يَأْكُلُ - قَالَ - ثُمَّ قَالَ لِيَ ‏"‏ اذْهَبْ وَادْعُ لِي مُعَاوِيَةَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَجِئْتُ فَقُلْتُ هُوَ يَأْكُلُ فَقَالَ ‏"‏ لاَ أَشْبَعَ اللَّهُ بَطْنَهُ ‏"‏ ‏ ‏

 

Terjemahan

 

Pada suatu ketika, saya sedang bermain bersama anak-anak. Tiba-tiba Rasulullah ﷺ datang dan saya langsung bersembunyi di balik pintu. Kemudian beliau mendekat seraya menepuk pundak saya dari belakang dan berkata, 'Hai Abdullah, pergi dan panggil Mu'awiyah kemari!' lbnu Abbas berkata, 'Tak lama kemudian saya datang untuk menemui beliau sambil berkata, 'Ya Rasulullah, Mu'awiyah sedang makan.' Setelah itu, Rasulullah menyuruh saya kembali sambil berkata, 'Pergi dan panggil Mu'awiyah untuk datang kemari!' Ibnu Abbas berkata, 'Kemudian saya datang menemui Rasulullah dan berkata, 'Ya Rasulullah, Mua'wiyah sedang makan.' Lalu Rasulullah berkata, 'Semoga Allah tidak mengenyangkan perutnya.

 

Takhrij

 

HR. Muslim no. 2604

 

Syarah

 

Imam Muslim meletakkan hadith ini dalam kumpulan hadith dalam tema orang yang dicela Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam namun didoakan kebaikan untuknya.

 

Dalam Shahih Muslim, hadith ini masuk dalam bab:

 

بَابُ مَنْ لَعَنَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَوْ سَبَّهُ، أَوْ دَعَا عَلَيْهِ، وَلَيْسَ هُوَ أَهْلًا لِذَلِكَ، كَانَ لَهُ زَكَاةً وَأَجْرًا وَرَحْمَةً

 

Orang muslim yang dicela Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam atau yang didoakan keburukan, sementara dia tidak berhak untuk itu, maka celaan dan doa buruk itu menjadi penyuci, sumber pahala, dan rahmat baginya

 

Dalam banyak riwayat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sering berdoa kepada Allah, yang itu menjadi syarat beliau di hadapan Allah,

 

اللهُمَّ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ، فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ سَبَبْتُهُ، أَوْ لَعَنْتُهُ، أَوْ جَلَدْتُهُ، فَاجْعَلْهَا لَهُ زَكَاةً وَرَحْمَةً

 

Ya Allah, saya hanyalah manusia. Maka siapa pun kaum muslimin yang aku cela, yang ku laknat, atau yang ku sebat, jadikanlah itu penyuci dan rahmat baginya (HR. Muslim no. 2601).

 

Dalam riwayat lain,

 

فَاجْعَلْهُ لَهُ زَكَاةً وَأَجْرًا

 

Jadikanlah itu penyuci dan sumber pahala baginya (HR. Muslim no. 2600)

 

Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan,

 

قد فهم مسلم رحمه الله من هذا الحديث أن معاوية لم يكن مستحقاً للدعاء عليه، فلهذا أدخله في هذا الباب، وجعله من مناقب معاوية لأنه في الحقيقة يصير دعاءً له

 

Imam Muslim memahami dari hadith ini bahawa Muawiyah tergolong orang yang tidak berhak untuk mendapatkan doa keburukan. Kerana itulah, beliau masukkan dalam bab ‘Orang muslim yang didoakan keburukan, sementara dia tidak berhak’. Bahkan beliau jadikan hadith ini sebagai keutamaan Muawiyah, kerana doa buruk itu menjadi doa kebaikan baginya (Syarah Sahih Muslim 16/156).

 

Hal yang sama juga disampaikan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi ketika menjelaskan hadith di atas,

 

لعل هذه منقبة لمعاوية لقول النبي صلى الله عليه وسلم:اللهم من لعنته أو شتمته فاجعل ذلك له زكاة ورحمة

 

Barangkali ini keutamaan Muawiyah, berdasar doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ya Allah, siapa saja yang aku laknat atau aku cela maka jadikanlah hal itu sebagai penyuci dan rahmat baginya' (At-Tadzkirah, 2/699).

Melihat wajah wali dan auliya adalah asbab kepada hidayah Allah?

 Petikan yang tular

 

وقبل قبل لقاء الإخوان لقاح

ولا شك أن البواطن تتلقح ويتقوى البعض بالبعض بل بمجرد النظر إلى أهل الصلاح يؤثر صلاحا، والنظر فى الصور يؤثر اخلاقا مناسبة لخلق

المنظور إليه، كدوام النظر إلى المخزون يحزن، ودوام النظر إلى المسرور يسر.

 

Asy-syaikh Al-Imam As-Sahruwardi di dalam kitabnya 'Awariful Ma'aarif 1/394:

 

Memandang kepada orang soleh (dengan disertai kehadiran hati) maka akan membekas kesolehan orang soleh tersebut terhadap yang memandang. Dan memandang gambar-gambar atau foto-foto itu akan membekaskan akhlak dari akhlaknya sosok yang ia pandang dalam gambar/foto tersebut.

 

(Maka jika sering memandang kepada foto-foto awliya Allah ta'ala, foto para wali quthub, maka cahaya mereka akan membekas terhadap orang yang memandangnya, meskipun hanya foto kuburnya, kerana tanah kuburnya terhubung dengan jasadnya, dan jasadnya terhubung dengan ruhnya, dan ruhnya berada dihadapan Allah ta'ala). (Dan sebaliknya, memandang kepada gambar/foto orang-orang yang dibenci oleh Allah ta'ala, maka akan membekas api keburukannya terhadap yang memandangnya).  (Kesimpulannya, bahawa foto atau apapun atsar mereka para awliya Allah ta'ala adalah termasuk hidayah Allah ta'ala)

 

Penjelasan

 

Mana dalilnya? Ini adalah kenyataan yang terlalu memaksakan sehingga mengatakan memandang wajah auliya termasuk HIDAYAH ALLAH...

 

hidayah Allah adalah bab perkara ghaib, kesepakatan ahli sunnah wal jamaah, hal ghaib perlu dalil yang sahih.

 

Satu lagi disiplin perlu ditanam dalam jiwa orang awam dan santri mahupun asatizah:

 

ucapan semua orang boleh jadi benar dan boleh jadi salah, KECUALI ucapan Nabi saw.

 

Maka, mana-mana ucapan yang bertentangan dengan kalam Allah dan RasulNya maka hendaklah ditolak.

 

Sangat besar dakwaan melihat foto wali ailiya ini membekaskan akhlak dan hidayah..cuba perhatikan?

 

Bagaimanapula kalau kita memandang mereka yang didakwa "wali' itu merokok, apakah kita perlu mencontohi mereka dan merokok, sedangkan merokok itu hukumnya haram* secara amnya berdasarkan bukti empiris terkni akan kemudharatannya lebih besar ketimbang kebaikannya.

 

Bagaimana pula kalau kita memandang mereka yang didakwa 'wali' yang betelanjang, kalau kita lihat dia maka kita harus berpakaian seperti dia? bukankah aurat di sisi mazhab syafi'i itu antara pusat dan lutut bagi lelaki dan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi wanita?

 

Bagaimanapula kalau kita memandang mereka yang didakwa 'wali' yang telah hilang akalnya, apakah kita harus menjadi gila juga?

 

Bagaimanapula kalau kita memandang mereka yang didakwa ‘wali’ itu terkenal dengan pelanggarannya terhadap sunnah dan menghidupkan bidaah? Apakah kita juga harus meninggalkan sunnah dan menghidupkan bidaah?

 

Panutan kita yang sebenarnya adalah kebenaran, yang apa adanya pada alquran dan sunnah yg dipahami sesuai dengan paham para sahabat

 

BUKAN pada individu tertentu secara ta'shub sehingga kesalahan mereka pun kita contohi

 

*Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa tentang rokok dalam sidang pleno Ijtima Ulama Komisi Fatwa MUI se-Indonesia III di aula Perguruan Diniyyah Puteri, Kota Padang Panjang, Sumatra Barat, pada Ahad (25/1/2009) silam. Ijtima tersebut dihadiri sedikitnya sekitar 700 ulama se-Indonesia.

 

Terdapat beberapa hadith juga yang digunakan mereka untuk berhujah akan perkara di atas, antaranya:

 

 

من نظر إلى وجه العالم نظرة ففرح بها خلق الله تعالى من تلك النظرة ملكا يستغفر له إلى يوم القيامة

 

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa memandang wajah orang ‘alim dengan pandangan yang menyenangkan maka Allah akan menciptakan malaikat dari pandangan tersebut yang akan memohonkan ampunan kepada orang tersebut di hari kiamat (HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 49/366, daripada Abu Said al-Khudri ra)

 

Hadith ini dhaif kerana terdapat perawi-perawi di dalam sanad tersebut majhul (Fatwa Soaljawab Islam no. 246216).

 

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw:

 

قال رجلٌ يا رسولَ اللهِ مَن أولياءُ اللهِ قال الذين إذا رُؤُوا ذُكِرَ اللهُ

 

Wahai Rasulullah, siapakah mereka para wali Allah? Maka beliau saw bersabda: mereka adalah kaum yang ketika dipandang wajah mereka, maka akan langsung mengingatkan kepada Allah swt (dengan pandangan tersebut)(HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 2/271 daripada Said bin Jubair ra, juga dari Ibnu Abbas ra)

 

Hadith ini dhaif. Abu Nua’im menilai hadith ini gharib dalam Hilyatul Auliya’. Manakala sanad Ibnu Abbas mursal, dan terdapat perawi yang tidak dikenali iaitu Ali bin Harb al-Razi menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/81 (Silsilah Hadith Dhaif no. 1733).

 

Dan

 

Daripada Ibnu  Mas'ud R.A, Rasulullah saw bersabda :

 

 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، نا هَارُونُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، نا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، أنا سُفْيَانُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ: «§إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ ذِكْرِ اللَّهِ، إِذَا رُؤُوا ذُكِرَ اللَّهُ

 

Sesungguhnya ada daripada golongan manusia yang dijadikan oleh Allah swt sebagai kunci (pembuka) untuk berzikir kepada Allah swt (dengan zikir yang penuh khusyuk dan rasa takut pada Allah swt), jika wajah mereka di pandang maka akan mengingatkan kepada Allah swt (HR. Ibnu Abi Duniya dalam al-Auliya’ no. 26,at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 10476, daripada Ibnu Mas’ud ra)

 

Hadith ini dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2409

 

Rujukan

 

https://hadithanswers.com/who-are-the-friends-of-allah/

 

http://alkulify.blogspot.com/2013/10/blog-post_6621.htmla

Hadith ahli syurga berasa kesal kerana tidak berzikir ketika di dunia

 Matan hadith

 

ليس يتحسَّرُ أهلُ الجنَّةِ إلّا على ساعةٍ مرَّتْ بهم لم يذكُروا اللهَ تعالى فيها

 

 

Terjemahan

 

Tidak ada yang menyebabkan ahli syurga berasa kesal melainkan (apabila mengingatkan) pada saat-saat yang lalu dalam hidup mereka sedangkan mereka tidak berzikir kepada Allah

 

 

Takhrij

 

HR.at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 182, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 152, Ibnu Sunni dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 3, daripada Muadz bin Jabal ra.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4986.

 

Juga dhaif menurut Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 7608

Hadith 3 golongan yang patut dikasihi

 Matan hadith

 

ارحموا ثلاثة: عزيز قوم ذل , وغني قوم افتقر , وعالماً يتلاعب به الصبيان

 

Terjemahan

 

Kasihanilah olehmu tiga golonhan manusia, iaitu: Orang mulia pada satu kaum yang kemudian jatuh terhina, orang kaya raya yang jatuh bankrap, dan orang yang berilmu berada di kalangan orang bodoh

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/334, Ibnu Jauzi dalam Maudhuatnya 1/236, daripada Anas bin Malik dan Ibnu Abbas ra.

 

Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/386.

 

Hadith palsu juga menurut as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu'ah 278.

 

Palsu juga menurut al-Ajluni dalam Kasyful Khafa' 1/125 kerana terdapat perawi pendusta.

Hadith-hadith ancaman berilmu tanpa beramal

  

1.

Dari Usamah bin Zaid, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

ﻳُﺠَﺎﺀُ ﺑِﺎﻟﺮَّﺟُﻞِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﻓَﻴُﻠْﻘَﻰ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ، ﻓَﺘَﻨْﺪَﻟِﻖُ ﺃَﻗْﺘَﺎﺑُﻪُ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ، ﻓَﻴَﺪُﻭﺭُ ﻛَﻤَﺎ ﻳَﺪُﻭﺭُ ﺍﻟْﺤِﻤَﺎﺭُ ﺑِﺮَﺣَﺎﻩُ ، ﻓَﻴَﺠْﺘَﻤِﻊُ ﺃَﻫْﻞُ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ، ﻓَﻴَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﺃَﻯْ ﻓُﻼَﻥُ ، ﻣَﺎ ﺷَﺄْﻧُﻚَ ﺃَﻟَﻴْﺲَ ﻛُﻨْﺖَ ﺗَﺄْﻣُﺮُﻧَﺎ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﺗَﻨْﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻨْﺖُ ﺁﻣُﺮُﻛُﻢْ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﻻَ ﺁﺗِﻴﻪِ ، ﻭَﺃَﻧْﻬَﺎﻛُﻢْ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ ﻭَﺁﺗِﻴﻪِ

 

Ada seseorang yang didatangkan pada hari kiamat lantas ia dilemparkan dalam neraka. Usus-ususnya pun terburai di dalam neraka. Lalu dia berputar-putar seperti keledai memutari penggilingannya. Lantas penghuni neraka berkumpul di sekitarnya lalu mereka bertanya, “Wahai fulan, ada apa denganmu? Bukankah kamu dahulu yang memerintahkan kami kepada yang kebaikan dan yang melarang kami dari kemungkaran?” Dia menjawab, “Memang betul, aku dulu memerintahkan kalian kepada kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya. Dan aku dulu melarang kalian dari kemungkaran tapi aku sendiri yang mengerjakannya. ” (HR. Bukhari no. 3267 dan Muslim no. 2989)

 

 

2.

 

 

الزَّبانيةُ أسرعُ إلى فسَقةِ القرآنِ منْهم إلى عبدَةِ الأوثانِ فيقولونَ يبدأُ بنا قبلَ عبدةِ الأوثانِ. فيقالُ ليسَ من علِمَ كمن لم يعلمْ

 

Malaikat Zabaniyah lebih cepat (penyiksaannya) kepada ahli baca al-quran yang fasik daripada penyembah berhala, mereka berkata : Mengapa kami lebih dahulu disiksa daripada penyembah berhala ? dijawab : Orang yang tahu tidak sama dengan orang yang tidak tahu (HR. Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya 8/286; ad-Dailami dalam Musnad Firdaus daripada Anas bin Malik ra, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2588, dan munkar /palsu menurut al-Ajluni dalam Kasyful Khafa' 1/533).

 

3.

 

 

 

العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ

 

Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu (HR. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 1/127, Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-`Ilm wa Fadhlihi no. 202, daripada Muadz ra, palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5293.)

 

Yang lebih tepat, ia adalah mauquf kepada Muad ra. menurut Ibnu Qayyim dalam al-Madarijus Salikin 4/134, Dan maknadnya benar menurut Ibnu Abdil Bar.

 

4.

 

أشدُّ النّاسِ عذابًا يومَ القيامةِ عالمٌ لم ينفعْهُ علمُهُ

 

Orang yang paling keras siksanya adalah seorang berilmu dan tidak diberi manfaat oleh Allah dengan sebab ilmunya (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam as-Saghir no. 507, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1778, daripada Abu Hurairah ra, dhaif jiddan menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Minhaj Qasidin no. 21)

 

5.

 

يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ 

 

Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik  (HR. al-Hakim no. 7883, daripada Anas ra, sanandya dhaif menurut al-Iraqi dalam Takhrij Ihya 1/86, as-Syaukani dalam al-Fawaid Majmuah no. 289)

 

6.

 

 

العالم والعلم في الجنة، فإذا لم يعمل العالم بما يعلم كان العلم والعمل في الجنة، وكان العالم في النار

 

 

Orang alim dan ilmu berada dalam syurga. Apabila orang alim yang tidak beramal dengan ilmu yang dia pelajari, maka ilmu dan amal berada dalam syurga sedangkan orang alim pula berada dalam neraka (HR. ad-Dailami dalam Mssnad Firdaus no. 4198, daripada Abu Hurairah ra. Didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5641, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3929, dan juga Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 6498).

 

7.

 

 

لاَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ وَلاَ لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ وَلاَ تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَالنَّارُ النَّارُ

 

Janganlah kalian belajar ilmu agama untuk berbangga diri di hadapan para ulama atau untuk mendebat orang-orang bodoh, dan janganlah memilih majlis dengan tujuan seperti itu. Siapa yang melakukannya, maka nerakalah baginya (HR. Ibnu Majah no. 254, Ibnu Hibban no. 88, sahih al-Albani).

 

Banyak ulama menjelaskan akan kepentingan ilmu sebelum beramal:-

 

Umar bin Abdil Aziz ra yang menuturkan :

 

"من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح"

 

"Barangsiapa yang beramal tanpa berdasarkan ilmu, maka itu lebih banyak merosak berbanding memperbaiki." (Jami' Bayan Ilmi wa Fadhlihi  1/131, Al-Faqih wal Mutafaqqih : 1/19)

 

Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah- mengatakan,

 

مَنْ فَسَدَ مِنْ عُلَمَائِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ الْيَهُودِ وَمَنْ فَسَدَ مِنْ عِبَادِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ النَّصَارَى

 

“Orang berilmu yang rosak (kerana tidak mengamalkan apa yang dia ilmui) memiliki keserupaan dengan orang Yahudi. Sedangkan ahli ibadah yang rosak (kerana beribadah tanpa dasar ilmu) memiliki keserupaan dengan orang Nasrani.” (Majmu’ Al Fatawa, 16/567)

 

 

Ulama hadith terkemuka, yakni Al Bukhari berkata, “Al ‘Ilmu Qablal Qauli Wal ‘Amali (Ilmu Sebelum Berkata dan Berbuat)”. Perkataan ini merupakan kesimpulan yang beliau ambil dari firman Allah ta’ala,

 

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ

 

“Maka ilmuilah (ketahuilah)! Bahwasanya tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu” (QS. Muhammad [47]: 19).

 

Dalam ayat ini, Allah memulai dengan ‘ilmuilah’ lalu mengatakan ‘mohonlah ampun’. Ilmuilah yang dimaksudkan adalah perintah untuk berilmu terlebih dahulu, sedangkan ‘mohonlah ampun’ adalah amalan. Ini pertanda bahawa ilmu hendaklah lebih dahulu sebelum amal perbuatan.

 

Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berdalil dengan ayat ini untuk menunjukkan keutamaan ilmu. Hal ini sebagaimana dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Al Hilyah ketika menjelaskan biografi Sufyan dari jalur Ar Rabi’ bin Nafi’ darinya, bahwa Sufyan membaca ayat ini, lalu mengatakan, “Tidakkah engkau mendengar bahwa Allah memulai ayat ini dengan mengatakan ‘ilmuilah’, kemudian Allah memerintahkan untuk beramal?” (Fathul Bari, Ibnu Hajar, 1/108)

 

Al Muhallab rahimahullah mengatakan, “Amalan yang bermanfaat adalah amalan yang terlebih dahulu didahului dengan ilmu. Amalan yang di dalamnya tidak terdapat niat, ingin mengharap-harap ganjaran, dan merasa telah berbuat ikhlas, maka ini bukanlah amalan (kerana tidak didahului dengan ilmu, pen). Sesungguhnya yang dilakukan hanyalah seperti amalannya orang gila yang pena diangkat dari dirinya.“ (Syarah Al Bukhari libni Baththal, 1/144)

 

Syeikh Shalih al-Fauzan menuturkan:

 

فسمى الله الذين يعملون بدون علم : الضالين ، والذين يعلمون ولا يعملون : بالمغضوب عليهم

 

Maka Allah menamakan orang-orang yang beramal tanpa ilmu sebagai orang sesat dan orang-orang yang sudah berilmu tapi tidak mengamalkan sebagai orang yang di murkai.

(Syarah Tsalsat Al-Ushul hal. 24-26)

 

Ibnu Ruslan menuturkan:

 

وعالم بعلمه لم يعملن معذب من قبل عباد الوثن

 

Orang yang mengetahui yang tidak beramal akan diazab sebelum para penyembah berhala

 

فعالم بعلمه لم يعملن معذب من قبل عباد الوثن أي أن العالم إذا لم يعمل بعلمه بأن ترك شيئا مما تعين عليه عمله أو ارتكب محرما يعذبه الله إن لم يعفو عنه قبل تعذيبه عابد الوثن وهو الصنم

 

Orang alim ketika tidak mengamalkan ilmunya, misal ia meninggalkan sesuatu yang wajib ia amalkan, atau melakukan hal yang diharamkan, maka Allah akan menyiksanya -jika tidak diampuni- sebelum Allah menyiksa penyembah berhala, kerana orang alim yang melakukan kemaksiatan mengetahui keharamannya, sedangkan penyembah berhala tidak mengetahui keharaman ibadahnya (Ghayatul Bayan syarah Zubad ibnu Ruslan hal. 4-5)

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...