Showing posts with label Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Show all posts

Friday, 20 March 2020

Tidak ada penyakit menular dengan sendirinya?



Hal ini berdasarkan pada hadith:


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ النَّبيُّ : لاَ عَدْوَى, وَلاَ طِيَرَةَ , وَأُحِبُّ الْفَأْلَ الصَّالِحَ

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda: “Tidak ada penyakit menular dan thiyarah (merasa sial dengan burung dan sejenisnya), dan saya menyukai ucapan yang baik” (HR. Muslim no. 2223).

Hal ini tentu kelihatannya bertentangan dengan kenyataan yang ada di mana kita melihat banyak sekali wabak dan penyakit yang menular, wabak ini bahkan boleh meragut nyawa sekelompok orang dengan cepat.


Perlu diketahui ada dalil-dalil lain yang menunjukkan bahawa Islam juga mengakui adanya wabak penyakit menular.

Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُوْرِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

“Janganlah unta yang sihat dicampur dengan unta yang sakit”(HR. Bukhari no. 5771 dan Muslim no. 2221).


Dan Sabda beliau,

فِرَّ مِنَ الْمَجْذُوْمِ فِرَارَكَ مِنَ الأَسَدِ

“Larilah dari penyakit kusta seperti engkau lari dari singa” (HR. Muslim no. 5380).



Maka mengkompromi hadith ini:

Maksud dari hadith pertama yang menafikan penyakit menular adalah penyakit tersebut tidak menular dengan sendirinya, tetapi menular dengan kehendak dan takdir Allah. Berikut keterangan dari Al-Lajnah Ad-Daimah:


العدوى المنفية في الحديث هي: ما كان يعتقده أهل الجاهلية من أن العدوى تؤثر بنفسها، وأما النهي عن الدخول في البلد الذي وقع بها الطاعون فإنه من باب فعل الأسباب الواقية.

Wabak yang dinafikan dari hadith tersebut iaitu apa yang diyakini oleh masyarakat jahiliyah bahawa wabak itu menular dengan sendirinya (tanpa kaitannya dengan takdir dan kekuasaan Allah). Adapun pelarangan masuk terhadap suatu tempat yang terdapat tha’un (wabak menular) kerana itu merupakan perbuatan pencegahan (Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah no. 16453).

Hal ini diperkuatkan dengan hadith bahawa Allah yang menciptakan pertama kali penyakit tersebut. Ia tidak menular kecuali dengan izin Allah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu , bahawa seorang lelaki yang berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa unta yang berpenyakit kudis ketika berada di antara unta-unta yang sihat tiba-tiba semua unta tersebut terkena kudis, maka beliau bersabda:


فَمَنْ أَعْدَى الْأَوَّلَ ؟

“Kalau begitu siapa yang menulari (unta) yang pertama ?” (HR. Bukhari no. 5775 dan Muslim no. 2220).




Friday, 13 March 2020

Selawat Nariyah/ Tafrijiyyah/ Qurthubiyyah




Selawat Nariyah/ Tafrijiyyah/ Qurthubiyyah (Tuntunan Ziarah Wali Songo karya Abdul Muhaimin (hlm. 144).



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتيم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه عدد كل معلوم لك

Allahumma sholli sholaatan kaamilatan Wa sallim salaaman taaman ‘ala sayyidinaa Muhammadin Alladzi tanhallu bihil ‘uqadu, wa tanfariju bihil kurabu, wa tuqdhaa bihil hawaa’iju Wa tunaalu bihir raghaa’ibu wa husnul khawaatimi wa yustasqal ghomaamu bi wajhihil kariimi, wa ‘alaa aalihi, wa shahbihi ‘adada kulli ma’luumin laka



Terjemahan

“Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna, Kepada junjungan kami Muhammad, Dengannya semoga terurai segala kesimpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik), dan dicurahkan hujan rahmat, dengan berkat wajah yang mulia. Demikian juga kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.

Menurut Syeikh Muhammad Amod dan Mufti Ibrahim Desai, tidak warid selawat ini dari Nabi saw dan tidak dijumpai sebarang riwayat pun dalam kitab-kitab hadith sahih mahupun lainnya.

Berdasarkan rujukan yang ada, terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa pencipta selawat ini adalah seorang yang bernama as-Sanusy. Yang  pasti sebutan as-Sanusi ini merupakan bentuk penisbatan kepada tarekat sufi yang banyak tersebar di daerah Maroko, tarekat as-Sanusiyyah. (Rahasia Keutamaan dan Keistimewaan Sholawat karya Nur Muhammad Khadafi, dinukil dari Âtsâr ash-Shalawât al-Wâhidiyyah hlm. 21)

Selawat ini batil. Mengandungi banyak penyelewengan
a)            Dibaca ketika musibah
b)            Peruntukkan jumlah bacaan yang dibuat-buat
c)            Terdapat syirik dan berlebih-lebihan kepada Nabi saw :



- (تنحل به العقد) Dengannya simpul akan terurai. Maksudnya bahawa orang tersebut akan mendapatkan jalan keluar dari kesulitan yang dihadapinya atau dari perkara yang sulit dia pecahkan. Boleh juga dimaknai sebagai yang dapat meredam kemarahan.

- (تتفرج به الكرب) Kepedihan akan hilang. Maksudnya adalah hilangnya kesedihan dan kegundahan akan sirna dari dalam jiwa.

- (تقضى به الحوائج) Keperluan akan dipenuhi. Maksudnya adalah bahawa dia akan mendapatkan apa yang dia inginkan dan dia upayakan.

 (تنال به الرغائب وحسن الخواتيم) Keinginan tercapai dan akhir kehidupan yang baik. Maksudnya adalah cita-citanya terwujud, baik di dunia atau akhirat. Di antaranya mendapatkan akhir kehidupan yang baik.

- (يستسقى الغمم بوجهه الكريم) Maksudnya adalah berdoa kepada Allah Ta'ala untuk diturunkan hujan.




Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam Hanafi no. 85094

Fatwa Soaljawab Islam no. 7505

Rahasia Keutamaan dan Keistimewaan Sholawat karya Nur Muhammad Khadafi, dinukil dari Âtsâr ash-Shalawât al-Wâhidiyyah hlm. 21

Wednesday, 27 November 2019

Hadith roh mengetahui perbuatan keluarganya yang masih hidup




Ulama berbeza pendapat apakah kes semacam ini berlaku untuk semua keadaan. Dalam erti mayat boleh mendengar dan mengetahui semua keadaan orang yang masih hidup.

Sebagian menegaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya dengan izin Allah, dan dia di alam kubur. Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, Ibnul Qayyim menyebutkan bahawa terdapat berbagai riwayat dari para ulama masa silam yang menjelaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya. Dia merasa senang ketika keluarganya dalam keadaan baik, dan dia merasa sedih ketika keluarganya dalam keadaan tidak baik.

Mereka yang menegaskan bahawa mayat mengetahui keadaan keluarganya, berdalil dengan hadith dari Anas. Namun hadith statusnya lemah, kerana ada perawi yang tidak disebutkan namanya (Majma’ Zawaid, 2/329).

Dalam riwayat lain dari Abu Ayyub, diriwayatkan Thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir, namun dalam sanadnya terdapat perawi bernama Maslamah bin Ali Al-Khusyani, dan dia perawi dhaif. Maslamah bin Ali orang syam, perawi yang lemah, dan matruk (ditinggalkan). Sebagaimana dijelaskan dalam Mizan I’tidal (4/109). Ringkasnya, hadith dalam masalah ini tidak sahih.

Adapun Atsar yang disebutkan Ibnul Qayyim dalam Ar-Ruh, dinukil dari kitab Al-Qubur karya Ibnu Abi Ad-Dunya. Dan atsar-atsar ini dinilai bermasalah (Multaqa Ahlulhadits, 52691).

Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Barrak mengatakan


والميت كذلك لا يعلم بشيء من أحوالهم لأنه غائب عنهم في نعيم أو عذاب ، ولكن قد يُطلع الله بعض الموتى على بعض أحوال أهله ولكن دون تحديد. وقد جاءت آثار لا يعتمد عليها بأن الأموات قد يعرفون أشياء من أحوال أهلهم


Demikian pula mayat, dia tidak mengetahui keadaan keluarganya, kerana dia tidak ada di tengah-tengah mereka. Mereka sibuk dalam kenikmatan atau azab. Hanya saja, terkadang Allah tampakkan kepada beberapa mayat sebagian keadaan keluarganya, namun ini tanpa batasan waktu tertentu. Terdapat beberapa atsar (riwayat dari para ulama) tentang hal ini yang belum boleh dijadikan dalil (kerana perlu dilakukan semakan penelitian) yang menyebutkan bahawa mayat terkadang mengetahui keadaan keluarganya (Fatwa Soaljawab Islam no. 13183).

Mengingat keterangan semacam ini belum jelas, sebagian ulama menasihatkan agar tidak kita tidak disibukkan dengan pembahasan semacam ini. Kerana tidak memberikan banyak manfaat. Yang lebih penting, kita berusaha menunaikan semua yang menjadi tanggungan mayat, seperti utang, nadzar, fidyah, wasiat, dan semacamnya. Sehingga tidak ada beban baginya yang tidak ditunaikan. Kemudian kita berusaha menjadi hamba yang baik, bertaqwa kepada Allah, baik jenazah boleh mengetahui keadaan kita, atau tidak.

Nasihat semacam ini pernah disampaikan Ibnu Utsaimin. Ketika beliau ditanya, apakah mayat boleh mengetahui keadaan keluarganya atau tidak?


أما السؤال وهو: معرفة الميت ما يصنعه أهله في الدنيا؟ فإنني لا أعلم في ذلك أثراً صحيحاً يعتمد عليه.
وعلى أية حال فلا نرى نفعا في البحث عن هذا الأمر، والذي ينفعك أنك إذا كنت كذبت فالواجب عليك التوبة إلى الله، والتوبة تمحو ما قبلها، …. ، والانشغال بقبول التوبة، وإصلاح النفس بدلا من الانشغال بمعرفة الميت بهذا الأمر.


Adapun pertanyaan, apakah mayat mengetahui apa yang dilakukan keluarganya di dunia? Saya tidak mengetahui atsar (riwayat) yang sahih yang boleh dijadikan dalil. Namun apapun itu, saya berpendapat tidak ada banyak manfaat untuk melakukan pembahasan masalah ini. Pelajaran yang bermanfaat bagi anda, bahawa jika anda mendustakan hal itu maka anda wajib bertaubat kepada Allah. Dan taubat boleh menghapus dosa sebelumnya. … dan hendaknya anda sibukkan diri agar diterima taubatnya, dan memperbaiki diri, dari pada menyibukkan diri dengan mengetahui keadaan mayat semacam ini (Fatawa Syabakah Islamiyah no. 192755).



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 13183

Fatawa Syabakah Islamiyah no. 192755

Hadith orang meninggal dunia bertemu dalam mimpi orang hidup



Terdapat banyak keterangan dari ulama yang menyatakan bahawa roh orang yang telah meninggal boleh berjumpa dengan roh orang yang masih hidup dalam mimpi.

Berikut beberapa keterangan mereka,


Pertama,

Tafsir firman Allah di surat Az-Zumar ayat 42.

Allah berfirman,

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) roh (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah roh (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan roh yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” (QS. Az-Zumar : 42)

Ada dua pendapat ahli tafsir tentang ayat ini. Salah satunya, bahawa roh orang yang ditahan adalah roh orang yang sudah meninggal, sehingga dia tidak lagi boleh kembali ke jasadnya di dunia. Sedangkan roh orang yang dilepas adalah roh orang yang tidur. (Ar-Roh, Ibnul Qayyim, hlm. 31).

Diriwayatkan dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau menjelaskan tafsir ayat tersebut,


إِنَّ أَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ وَالْأَمْوَاتِ تَلْتَقِي فِي الْمَنَامِ فَتَتَعَارَفُ مَا شَاءَ اللَّهُ مِنْهَا، فَإِذَا أَرَادَ جَمِيعُهَا الرُّجُوعَ إِلَى الْأَجْسَادِ أَمْسَكَ اللَّهُ أَرْوَاحَ الْأَمْوَاتِ عِنْدَهُ، وَأَرْسَلَ أَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ إِلَى أَجْسَادِهَا

“Sesungguhnya roh orang yang hidup dan roh orang mati bertemu dalam mimpi. Mereka saling mengenal sesuai yang Allah kehendaki. Ketika masing-masing hendak kembali ke jasadnya, Allah menahan roh orang yang sudah mati di sisi-Nya, dan Allah melepaskan roh orang yang masih hidup ke jasadnya.” (Tafsir At-Thabari 21/298, Al-Qurthubi 15/260, An-Nasafi 4/56, Zadul Masir Ibnul Jauzi 4/20, dan beberapa tafsir lainnya).



Kejadian nyata yang dialami para sahabat

Matan


قصة ثابت بن قيس رضي الله عنه قصة ثابتة: لما استشهد رضي الله عنه في معركة اليمامة، وكانت عليه درع نفيسة، فأخذها أحد المسلمين، فبينما أحد المسلمين نائم، إذ أتاه ثابت بن قيس في منامه وقال له: أوصيك بوصية فإياك أن تقول: هذا حلم فتضيعه، إني لما قٌتلت مر بي رجل من المسلمين وأخذ درعي، ومنزله في أقصى الناس، وعند خبائه فرس يستن في طوله: (أي يمرح في حبله المشدود)، وقد كفأ على الدرع برمة (قدر)، وفوق البرمة رحل، فأتِ خالداً فمُره أن يبعث إليَّ درعي فيأخذها، فإذا قدمت إلى خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم أبي بكر فقل له: إن عليَّ من الدين كذا وكذا، وفلان من رقيقي عتيق، فأتى الرجل خالداً فأخبره، فبعث إلى الدرع فأُتي بها، وحدث أبا بكر برؤياه فأجاز وصيته بعد موته، ولذا قيل: لا يُعلم أحد أجيزت وصيته بعد موته إلا ثابت بن قيس رضي الله عنه.رابط المادة


Kejadian ini pernah dialami seorang sahabat yang dijamin masuk surga kerana kerendahan hatinya. Beliaulah sahabat Tsabit bin Qais radhiyallahu ‘anhu. Peristiwa ini terjadi ketika perang Yamamah, menyerang nabi palsu Musailamah Al-Kadzab di zaman Abu Bakar. Dalam peperangan itu, Tsabit termasuk sahabat yang mati syahid. Ketika itu, Tsabit memakai baju besi yang cukup bernilai harganya.

Sampai akhirnya lewatlah seseorang dan menemukan jasad Tsabit. Orang ini mengambil baju besi Tsabit dan membawanya pulang. Setelah peristiwa ini, ada salah seorang mukmin bermimpi, dia didatangi Tsabit bin Qais. Tsabit berpesan kepada si Mukmin dalam mimpi itu:

“Saya wasiatkan kepada kamu, dan jangan kamu katakan, ‘Ini hanya mimpi sia-sia’ kemudian kamu tidak mempedulikannya. Ketika saya mati, ada seseorang yang melewati jenazahku dan mengambil baju besiku. Tinggalnya di paling hujung sana. Di kemahnya ada kuda yang dia gunakan membantu kegiatannya. Dia meletakkan sebuah bekas di atas baju besiku, dan diatasnya ada pelana. Datangi Khalid bin Walid, minta beliau untuk menugaskan orang agar mengambil baju besiku. Dan jika kamu bertemu Khalifah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (iaitu Abu Bakr), sampaikan bahawa saya punya tanggungan hutang sekian dan punya piutang banyak sekian. Sementara budakku fulan, statusnya merdeka. Sekali lagi jangan kamu katakan, ‘Ini hanya mimpi sia-sia’ kemudian kamu tidak mempedulikannya.”

Setelah bangun, orang ini pun menemui Khalid bin Walid radhiyallahu ‘anhu dan menyampaikan kisah mimpinya bertemu Tsabit. Sang panglima, Khalid bin Walid mengutus beberapa orang untuk mengambil baju besi itu, dia memperhatikan kemah yang paling hujung, ternyata ada seekor kuda yang disiapkan. Mereka melihat isi kemah, ternyata tidak ada orangnya. Merekapun masuk, dan langsung mengalihkan pelana. Ternyata di bawahnya ada sebuah bekas. Kemudian mereka mengangkat bekas itu, ketemulah baju besi itu. Merekapun membawa baju besi itu menghadap Khalid bin Walid.

Setelah sampai Madinah, orang itu penyampaikan mimpinya kepada Khalifah Abu Bakr As-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, dan beliau membolehkan untuk melaksanakan wasiat Tsabit. Para sahabat mengatakan, “Kami tidak pernah mengetahui ada seorangpun yang wasiatnya dilaksanakan, padahal baru disampaikan setelah orangnya meninggal, selain wasiat Tsabit bin Qais. (HR. Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwah 5/162, no. 2638) dan Al-Bushiri dalam Al-Ittihaf 3010, at-Thabarani dalam Mu’jam Kabir 2/70, no. 1320, al-Hakim 3/234-235 dan al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/535-536, no. 15784 para perawinya adalah perawi hadith sahih, disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi)

Kes semacam ini juga terjadi pada beberapa ulama. Kisah-kisah mereka banyak disebutkan Ibnul Qayyim dalam bukunya Ar-Ruh (hlm. 30 – 48). Salah satunya adalah kisah sahabat tsabit bin Qais di atas.

Ini semua menunjukkan bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dalam mimpi.

DAN perlu diingat tiada apa-apa menunjukkan satu ketetapan bolehnya mengambil hukum dari mimpi sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Khalid bin Ali al-Masyaikhih (Fatwa Islamway no. 55121). Mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum. Adapun bagi kes-kesan bukan hujah hukum, seseorang boleh mengetahui perihal orang yang telah mati melalui mimpinya, dan ia bergantung kepada kesalehan dan kejujuran empunya orang yang melihat mimpi tersebut sama ada dia benar atau tidak dan kebolehannya mentafsir mimpi tersebut. Dan seharusnya tidak meletakkan keyakinan kepada mimpi tersebut melainkan terdapat petunjuk-petunjuk yang meyokong mimpi tersebut secara realiti (Fatwa Soaljawab Islam no. 13183). Ibnu Hajar berkata dalam hal ini mimpi boleh jadi benar atau batil sehingga tidak boleh menolak semuanya atau menerima semuanya (Fathul Bari 6/369).


Rujukan

https://konsultasisyariah.com/28912-bertemu-mayat-dalam-mimpi.html

https://ar.islamway.net/fatwa55121

Mereka Adalah Para Shahabat, Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, Penerbit at-Tibyan, Hal.13-18

Thursday, 7 November 2019

Dalil wajibnya Yahudi dan Nasrani bersyariat dengan syariat Nabi Muhammad saw


Adalah pelik jika seorang muslim boleh mengungkap kata-kata bahawa semua agama adalah sama. Malah jika diperhatikan di dalam al Quran, Allah menceritakan keadaan ahli kitab dikalangan Yahudi dan Kristian serta orang-orang yang menyembah berhala, setelah dibentangkan bukti dan kebenaran dihadapan mereka dan jika mereka menolak, mereka akan dibalas dimasukkan ke dalam neraka:

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.” (Surah al Bayyinah: 6)

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلاَ نَصْرَانِيٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
 “Demi zat yang jiwa Muhammad ditangan-Nya. Tiada seorang-pun dari umat ini yang mendengar seruanku, baik Yahudi mahupun Nasrani, tetapi ia tidak beriman kepada seruan yang aku sampaikan, kemudian ia mati, pasti ia termasuk penghuni neraka. (HR.  Muslim no.153 dalam kitabul Iman)

Ini merupakan dalil yang sangat tegas bahawasanya hukum asal seorang yang meninggal bukan di atas Islam, sementara telah sampai hujjah kepadanya, maka ia adalah penghuni neraka.

جاء أعرابي إلى النبي صلى الله عليه و سلم فقال يا رسول الله إن أبي كان يصل الرحم وكان وكان فأين هو قال في النار …قال رسول الله صلى الله عليه و سلم حيثما مررت بقبر مشرك فبشره بالنار قال فأسلم الأعرابي بعد وقال لقد كلفني رسول الله صلى الله عليه و سلم تعبا ما مررت بقبر كافر إلا بشرته بالنار

Ada seorang arab badui menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku (yang mati dalam keadaan musyrik) dahulu menyambung silaturahim, dan melakukan kebaikan kebaikan, maka dimanakah ayahku?”. Nabi berkata, “Di neraka“….Rasulullah berkata kepadanya, “Bilamana saja engkau melewati kuburan seorang musyrik maka kabarilah ia dengan neraka”. Lalu arab badui tersebut masuk Islam setelah itu, dan arab badui tersebut berkata, “Sungguh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menugaskan aku dengan pekerjaan yang berat, tidaklah aku melewati kuburan seorang kafir kecuali aku kabarkan ia dengan neraka” (HR Ibnu Maajah no 1278, sahih)

Sangatlah jelas bahawa hukum asal non muslim adalah di neraka, sehingga arab badui tersebut setiap kali melewati kuburan kafir/musyrik maka iapun menyatakan kepada penghuni kubur tersebut, “Selamat masuk neraka”.



ثَلَاثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ : رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ ، وَأَدْرَكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآمَنَ بِهِ

“Tiga golongan yang akan mendapatkan dua pahala : Seseorang dari golongan Ahli Kitab yang beriman kepada Nabinya dan beriman kepada Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam”.[Hadits Riwayat. Bukhari no. 97 dalam Kitabul Ilmu.

Adapun sekarang, kedua kaum ini telah mengetahui kebenaran Muhammad sebagai rasul dan mengenalnya, tetapi mereka tetap menentangnya. Oleh sebab itu, kedua kaum ini berhak menjadi kaum yang dimurkai Allah. Saya (Syaikh Utsaimin) serukan kepada kaum Yahudi dan Nasrani untuk beriman kepada Allah, semua RasulNya dan mengikuti Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam kerana hal inilah yang diperintahkan kepada mereka didalam kitab-kitab mereka (Majmu Fatawa 3/18-23), sebagaimana firman Allah :

Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman : “Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung” [Al-A’raf/7 : 156 -157]


Rujukan

Fatwa Kontemporari Yusuf al-Qardhawi (3/47, 55), PTS Publication

Fatwa Soaljawab Islam no. 20938



Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...