Tuesday 25 April 2023

Hadith 5 keistimewaan umat Nabi Muhammad saw yang berpuasa

  

Matan hadith

 

أُعطيت أمتي خمسَ خصالٍ في رمضانَ لم تُعطهنَّ أمةٌ قبلهم: خَلوفُ فمِ الصائمِ أطيبُ عند اللهِ من ريحِ المسكِ وتستغفرُ لهم الحيتانُ حتى يفطروا ويزينُ اللهُ ﷿ في كلِّ يومٍ جنَّتَه ثم يقولُ: يوشِكُ عبادي الصالحون أنْ يُلقوا عنهم المئونةَ ويصيروا إليكِ وتصفدُ فيه مرَدَةُ الشَّياطين فلا يَخلصوا فيه إلى ما كانوا يخلصون إليه في غيرِه ويُغفر لهم في آخرِ ليلةٍ

 

 

Terjemahan

 

Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan, lima pemberian yang belum pernah diberikan kepada nabi sebelumku iaitu: pertama, pada awal bulan Ramadhan, Allah subhanahu wata'ala melihat umatku. Siapa yang dilihat oleh Allah, maka dia tidak akan disiksa untuk selama-lamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, di sisi Allah lebih baik dari bau minyak misik (kasturi). Ketiga, para Malaikat memohon ampunan untuk umatku siang dan malam. Keempat, Allah subhanahu wata'ala memerintahkan (penjaga) syurgaNya, Allah berkata kepadanya 'Bersiap-siaplah dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaKu, mereka akan beristirehat dari kesulitan hidup di dunia menuju tempatKu dan kemuliaanKu'. Kelima, pada akhir malam bulan Ramadhan Allah mengampuni dosa-dosa mereka semuanya

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 7904, al-Harits dalam Musnadnya no. 319, al-Bazzar dalam Musnandnya no. 8571, daripada Abu Hurairah ra.

 

al-Dimyathi dalam al-Mutjir Rabih no. 132, berkata sanadnya parah.

 

Ibnu Hajar menilai sanad hadith ini dhaif dalam Mathalib Aliyah 1/396.

 

Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini dhaif jiddan dalam takhrij Musnad.

 

Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targib no. 586, menilai hadith ini dhaif jiddan

Larangan menolak Sunnah yang telah terang dan jelas

 

Berkata al-Imam asy-Syafi'i rahimahullah Ta'ala:

 

Kaum muslimin (para ulama) telah bersepakat bahawasanya jika telah terang dan jelas sunnah (petunjuk Rasulullah saw) bagi seorang muslim, maka tidak diperbolehkan baginya meninggalkan sunnah tersebut kerana perkataan satu orang dari manusia

 

 I'laamul Muwaqi'in 1/6

Kisah Imam Abu Hanifah bermimpi mengutip tulang Nabi saw

 

Sanad dan matan kisah

 

أَخْبَرَنَا الْقَاضِي أَبُو بكر مُحَمَّد بن عُمَر الداودي، قَالَ: أَخْبَرَنَا عبيد الله بن أَحْمَد بن يَعْقُوب المقرئ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّد بن مُحَمَّد بن سليمان الباغندي، قَالَ: حَدَّثَنِي شعيب بن أيوب، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو يحيى الحماني، قال: سمعت أبا حنيفة، يقول: ( رأيت رؤيا فأفزعتني، رأيت كأني أنبش قبر النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فأتيت البصرة، فأمرت رجلا يسأل مُحَمَّد بن سيرين، فسأله، فقال: هذا رجل ينبش أخبار رَسُول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)

 

Terjemahan

 

Abu Hanifah RA menceritakan, “Aku bermimpi seolah kubongkar makam Nabi Saw. Lalu kukumpulkan tulang-tulangnya dan kudekap di dadaku. Mimpi itu membuat aku takut. Segera setelah itu aku bertanya kepada Muhammad bin Sirrin. Ia menjawab, “Tidak pantas manusia di zaman seperti ini mengalami mimpi seperti itu”. Aku menyahut, “Tapi aku telah mengalaminya.” Ibnu Sirrin mengatakan, “Jika mimpimu benar, maka kau adalah orang yang  menghidupkan sunnah beliau!.

 

Takhrij

 

Kisah ini ditemukan dalam Tarikh Baghdad 15/444, dengan  sanad yang hasan (Fatwa Soaljawab Islam no. 412234)

 

Juga boleh ditemukan dalam sanad-sanad yang berbeza seperti dalam Siyar A’alam an-Nubala 6/395, Tahzibul Kamal 29/423, Tahzhibut Tahdzib 10/401 dan 449 serta Tahdzib al-Asma perawi no. 771.

Hadith qudsi Allah swt cinta kepada 3 golongan

 

Matan hadith

 

أحب ثلاثة، وحبي لثلاثةٍ أشد.وأبغض ثلاثة، وبغضي لثلاثةٍ أشد

أُحب الطائعين، وحبي للشاب الطائع أشد

وأحب المتواضعين، وحبي للغني المتواضع أشد

وأحب الكرماء، وحبي للفقير الكريم أشد

وأبغض البخـلاء، وبغضي للغني البخـيل أشد

وأبغض المتكبرين، وبغضي للفقير المتكبر أشد

وأبغض الزناة، وبغضي للشيخ الكبير الزاني أشد

 

Terjemahan

 

Aku (Allah) mencintai tiga golongan tapi lebih mencitai tiga golongan.Dan Aku benci tiga golongan tapi lebih benci lagi tiga golongan: AKU (Allah) mencintai orang-orang yang taat, dan AKU lebih cinta lagi kepada pemuda-pemuda yang taat, AKU mencintai orang-orang yang tawadhu’ (rendah hati), dan Aku lebih mencintai orang-orang kaya yang rendah hati, AKU mencintai orang-orang yang memuliakan (mengutamakan) hak orang lain,dan AKU lebih mencintai orang miskin yang mengutamakan hak orang lain, AKU membenci orang-orang yang bakhil (kikir), dan tapi AKU lebih benci lagi orang kaya yang bakhil(kikir), AKU benci dengan orang-orang yang sombong, dan AKU lebih benci lagi dengan orang – orang miskin yang sombong, Aku membenci orang-orang yang berzina, dan AKU lebih benci lagi orang yang sudah tua tapi masih melakukan zina

 

Takhrij


Hadith ini ditemukan dalam kitab Tafsir as-Sya’rawi surah al-Ghaafir ayat ke 35.

 

Hadith palsu, tidak ditemui asal (https://www.dorar.net/fake-hadith/237)

 

Rujukan

 

https://nabulsi.com/web/article/4648

 

https://al-maktaba.org/book/31615/19379

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 37838

Hadith malaikat menangisi pemergian Ramadhan

 

Matan hadith

 

 

إِذَا كَانَ آخِرُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ بَكَتْ السَّمَاوَاتُ وَاْلأَرْضُ وَالْمَلاَئِكَةُ مُصِيْبَةٌ ِلأُمَّةِ مُحَمَّدٍ ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَيُّ مُصِيْبَةٍ هِيَ؟ قَالَ: ذِهَابُ رَمَضَانَ فَإِنَّ الدَّعَوَاتِ فِيْهِ مُسْتَجَابَةٌ، وَالصَّدَقَاتُ مَقْبُوْلَةٌ وَالْحَسَنَاتِ مُضَاعَفَةٌ، وَاْلعَذَابَ مَدْفُوْعٌ

 

Terjemahan

 

Jika tiba akhir malam bulan Ramadhan, maka langit, bumi dan malaikat menangisi musibah yang menimpa umat Muhammad SAW. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, musibah apakah itu? Beliau menjawab: Perginya bulan Ramadhan, kerana sesungguhnya doa-doa pada bulan ini dikabulkan, sedekah-sedekah diterima, kebaikan-kebaikan dilipat gandakan dan siksa ditolak

 

Takhrij

 

HN. Syeikh Utsman al-Khubawi dalam Durratun Nasihin hal. 11-12 cetakan Darul Arqam, daripada Jabir ra. Tanpa sanad.

 

Menurut pentahqiq Durratun Nasihin, hadith ini  tidak ditemui asal. Jelaslah hadith ini boleh dikatakan palsu.

 

 

Abdullah bin Mubarak rahimahullah mengatakan perkataan yang terkenal:

 

الإسناد من الدين، ولولا الإسناد؛ لقال من شاء ما شاء

 

Sanad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada sanad, maka orang akan berkata semahunya (Muqaddimah Sahih Muslim 1/12)

Hadith berkasih sayang kerana Allah

 

Hadith 1

 

عن أبي هريرة إنّ حولَ العرشِ منابرُ من نورٍ عليها قومٌ لباسُهم نورٌ ووجوهُهم نورٌ ليسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ يغبِطُهم النَّبيُّون والشُّهداءُ فقالوا: يا رسولَ اللهِ صِفْهم لنا فقال: هم المُتحابُّون في اللهِ والمُتجالِسون في اللهِ والمُتزاوِرون في اللهِ

 

Daripada Abu Hurairah ra, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Arasy Allah Ta’ala mempunyai mimbar dari cahaya. Di atas mimbar-mimbar itu mereka duduk. Mereka adalah orang-orang yang pakaiannya adalah cahaya dan wajahnya pun bercahaya. Mereka bukan dari kalangan para nabi, bukan pula dari kalangan orang-orang yang mati syahid. Bahkan mereka membuat iri para nabi dan syuhada. Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw. menjawab, ‘Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, saling mengunjungi dan duduk bersama dalam ikatan Allah.”(HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra sepertimana disebutkan oleh al-Iraqi dalam Takhrij Ihya' 2/198, para perawinya tsiqah).

 

Hadith 2

 

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: الْمُتَحَابُّونَ فِي جَلاَلِي لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُورٍ يَغْبِطُهُمُ النَّبِيُّونَ وَالشُّهَدَاءُ.

 

Muadz bin Jabal berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda bahawa Allah subhanahu wata’ala berfirman, ‘Orang-orang yang saling mencintai di bawah keagungan-Ku untuk mereka mimbar-mimbar (tempat yang tinggi) dari cahaya yang membuat iri para Nabi dan orang yang mati syahid (HR. Tirmidzi no. 2390, hasan sahih)

 

Hadith 3

 

الْمُتَحَابُّونَ فِي اللَّهِ عَلَى كَرَاسِيَّ مِنْ يَاقُوتٍ حَوْلَ الْعَرْشِ

 

Orang-orang yang saling mencinta kerana Allah, mereka berada pada kursi-kursi Yaqut (permata) di sekitar Arasy (HR. ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir no. 3973, Ibnu Adi dalam al-Kamil 4/106, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 9000, daripada Abu Ayyub al-Anshari ra. Dhaif menurut Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/258, az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal 2/455, dan Ibn al-Qaisarani dalam Dzakiratul Huffaz 4/2452. Munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 636)

 

Hadith 4

 

Allah berfirman dalam satu hadith Qudsi:

 

حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ، وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَزَاوِرِينَ فِيَّ، وَالْمُتَحَابُّونَ فِي اللهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ فِي ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ

 

“Kecintaan-Ku berhak didapat oleh orang yang saling mencinta kerana-Ku, saling memberi kerana-Ku, dan saling mengunjungi kerana-Ku. Orang-orang yang saling mencinta kerana Allah, akan berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, di bawah naungan ‘Arsy ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.” (HR. Ahmad no. 22064, daripada Muadz bin Jabal ra, sanadnya sahih)

 

Hadith 5

 

عن أبي مالكٍ الأشعري قالَ أنّهم بَينما هُم عندَ رسولِ اللهِ ﷺ فذكروا قَومًا لَيسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ يغبطُهم النَّبيونَ بمقعدِهم وقُربِهم مِن اللهِ يَومَ القيامةِ ثمَّ قال هُم عبادُ اللهِ مِن بلدانٍ شتّى وقبائلَ شتّى مِن شعوبِ القبائلِ لم يكن بَينها أرحامٌ يتَواصلون بها ولا دُنيا يتباذلونَها تحابُّوا بروحِ اللهِ يجعلُ اللهُ لهم منابرَ مِن نورٍ ويجعلُ وجوهَهم نورًا يَومَ القيامةِ قدامَ الرحمنِ يفزعُ النّاسُ ولا يفزعونَ ويخافُ النّاسُ ولا يخافونَ.

 

Dari Abu Malik Al-Asy’ari ra bahawa suatu ketika, setelah Rasulullah s.a.w menyelesaikan solatnya, maka baginda s.a.w menghadap ke arah orang yang hadir dan bersabda,  "Wahai manusia, dengarkan, fikirkan, dan amalkanlah. Sesungguhnya Allah azza wajalla memiliki hamba-hamba, yang mereka itu bukan para nabi dan bukan pula syuhada, namun para nabi dan syuhada berharap seperti diri mereka, yang duduk bersanding dan dekat dengan Allah.”

 

Lalu datang seorang Arab Badwi di pinggir kerumunan orang, lalu menunjukkan jarinya ke arah Rasulullah s.a.w, seraya berkata,

 

"Wahai Nabi Allah, ada orang yang mereka itu bukan nabi dan bukan pula syuhada, yang para nabi dan syuhada itu berharap sekiranya seperti mereka, kerana kedekatan mereka dengan Allah. Beritahukanlah kepada kami bagaimana gambaran mereka?”

 

Wajah baginda s.a.w tampak berseri kerana pertanyaan orang Badwi tersebut. Maka baginda s.a.w menjawab,

 

"Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah dikenal dan terasing dari keluarga dan kabilahnya. Mereka tidak diikat oleh hubungan kekerabatan, namun mereka saling mencintai kerana Allah dan saling rukun. Allah meletakkan bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya, lalu mendudukkan mereka di atasnya. Lalu Allah membuat wajah mereka dari cahaya, membuat pakaian mereka dari cahaya, membuat manusia hairan terhadap mereka pada hari Kiamat, sementara mereka sendiri tidak hairan. Mereka adalah para Wali Allah yang tiada ketakutan atas diri mereka, dan mereka tidak bersedih hati."  (HR.  Ahmad 37/530 no. 22894/21832, sanadnya didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth, dan hadithnya sahih lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no.  3027)

 

Hadith 6

 

حقَّتْ محبَّتي على المُتحابِّينَ فيَّ وحقَّتْ محبَّتي على المُتناصِحينَ فيَّ وحقَّت محبَّتي على المُتزاوِرينَ فيَّ وحقَّتْ محبَّتي على المُتباذِلينَ فيَّ وهم على منابرَ مِن نورٍ يغبِطُهم النَّبيُّونَ والصِّدِّيقونَ بمكانِهم

 

Berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling mencintai kerana Aku. berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling memberi kerana Aku. Mereka akan berada di mimbar-mimbar dari cahaya yang membuat iri para Nabi dan orang-orang soleh terhadap tempat mereka itu” (HR. Ibnu Hibban no. 577, disahihkan Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Mawarid no. 2129)

Hadith dirimu dan hartamu milik ayahmu

 

Matan hadith

 

 عن جابر بن عبد الله جاء رجُلٌ إلى النَّبيِّ ﷺ فقال يا رسولَ اللهِ إنّ أبي أخَذ مالي فقال رسولُ اللهِ ﷺ للرَّجُلِ اذهَبْ فأتِني بأبيكَ فنزَل جِبْريلُ على النَّبيِّ ﷺ فقال إنّ اللهَ يُقرِئُكَ السَّلامَ ويقولُ إذا جاءكَ الشَّيخُ فسَلْه عن شيءٍ قاله في نَفْسِه ما سمِعَتْه أُذناه فلمّا جاء الشَّيخُ قال له النَّبيُّ ﷺ ما زال ابنُكَ يشكوكَ أنّكَ تأخُذُ مالَه قال سَلْه يا رسولَ اللهِ هل أُنفِقُه إلّا على إحدى عَمّاتِه أو خالاتِه أو على نَفْسي فقال النَّبيُّ ﷺ إيهٍ دَعْنا مِن هذا أخبِرْني عن شيءٍ قُلْتَه في نَفْسِكَ ما سمِعَتْه أُذناكَ قال الشَّيخُ واللهِ يا رسولَ اللهِ ما يزالُ اللهُ يَزيدُنا بكَ يقينًا قُلْتُ في نَفْسي شيئًا ما سمِعَتْه أُذُناي قال قُلْ وأنا أسمَعُ قال قُلْتُ … غَذَوْتُكَ مَولودًا ومُنْتُكَ يافِعًا … تُعَلُّ بما أجْني عليكَ وتنهَلُ … … إذا ليلةٌ ضافَتْكَ بالسُّقْمِ لَمْ أبِتْ … لِسُقْمِكَ إلّا ساهرًا أتَمَلْمَلُ … … تخافُ الرَّدى نَفْسي عليكَ وإنّها … لَتعلَمُ أنّ الموتَ وقْتٌ مُؤجَّلُ … … كأنِّي أنا المَطرُوقُ دونَكَ بالَّذي … طُرِقْتَ به دُوني فعينايَ تهمُلُ … … فلمّا بلَغْتَ السِّنَّ والغايةَ الَّتي … إليها مَدى ما فيكَ كُنْتُ أُؤَمِّلُ … … جعَلْتَ جَزائي غِلْظةً وفَظاظةً … كأنّكَ أنتَ المُنعِمُ المُتفضِّلُ … فلَيْتَكَ إذْ لَمْ تَرْعَ حقَّ أُبوَّتي … كما يفعَلُ الجارُ المُجاوِرُ تفعَلُ … قال فعندَ ذلكَ أخَذ النَّبيُّ ﷺ بتَلابيبِ ابنِه وقال أنتَ ومالُكَ لِأبيكَ.

 

 

Terjemahan

 

Dari Jabir Ra meriwayatkan, ada seorang lelaki datang menemui Nabi Saw dan mengadu. Dia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku ….” “Pergilah Kau membawa ayahmu ke sini”, perintah beliau. Bersamaan dengan itu Malaikat Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau. Jibril berkata: “Ya, Muhammad, Allah ‘Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orang tua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya dan tidak didengarkan oleh teliganya. Ketika orang tua itu tiba, maka nabi pun bertanya kepadanya: “Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil wangnya?” Lelaki tua itu menjawab: “Tanyakan saja kepadanya, ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan wang itu untuk beberapa orang ammati (saudara ayahnya) atau khalati (saudara ibu) nya, atau untuk keperluan saya sendiri?” Rasulullah bersabda lagi: “Lupakanlah hal itu. Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!” Maka wajah tua kedut lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: “Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah Swt berkenan menambah kuat keimananku dengan keRasulanmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya …” Nabi mendesak: “Katakanlah, aku ingin mendengarnya.” Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: “Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini: ‘Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda. Semua hasil jerih payahku kau minum dan kau reguk puas. Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak boleh tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita. Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras. Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang. Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan. Sayang…, kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu. Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu berada pada dirimu …, seakan-akan kesejukan bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.’ Selanjutnya Jabir berkata: “Pada saat itu Nabi langsung memegangi hujung baju pada leher anak itu seraya berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu!”

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/339 no. 6570 dan Mu'jam as-Saghir 2/152.

 

Dilemahkan oleh at-Thabarani dalam al-Awsath kerana lemahnya Ibnu Munkadir dan tambahan bait lafaz syair tersebut.

 

al-Haithami menilai hadith ini munkar dalam Majma Zawaid 4/158.

 

as-Sakhawi juga mengisyaratkan kedhaifkan hadith ini dalam al-Maqasid al-Hasanah no. 127.

 

al-Haitami al-Makki berkata dalam al-Zawajir 2/68, di dalam sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenalinya.

 

Dilemahkan juga oleh Syeikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil 3/324 kerana lemahnya al-Munkadir dan perawi yang tidak dikenali Ubaid bin Khalshah.

Hadith palsu ucap alhamdulillah 3 kali

 

Matan hadith

 

عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما أنعم الله -تعالى- على عبد من نعمة، فقال: الحمد لله؛ إلا وقد أدى شكرها، فإن قالها الثانية؛ جدد الله له ثوابها، فإن قالها الثالثة؛ غفر الله له ذنوبه

 

Terjemahan

 

Daripada Jabir RA-diriwayat secara marfu’-: Tidaklah Allah memberikan nikmat kepada seseorang hamba-Nya lalu dia mengucapkan: Alhamdulillah melainkan dia telah menunaikan kesyukurannya. Jika hamba itu mengucapkannya kali kedua, maka Allah memperbaharui pahalanya, jika hamba itu mengucapkannya kali ketiga, maka Allah mengampunkan dosanya

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Mustadrak no. 1861, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4402 dan ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 6272.

 

Sanadnya disahihkan oleh al-Hakim tetapi dibantah oleh az-Zahabi, beliau menukilkan jarh Abu Zur’ah ke atas salah seorang perawi yang dituduh pendusta, iaitu Abu Muawiyah Abdul Rahman bin Qais. Juga Muhammad bin Abi Humaid dia munkarul hadith menurut Imam Bukhari, at-Tirmidzi, , Ahmad bin Hanbal, Abu Hatim ar-Razi.

 

Palsu menurut Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Mawdhu' ah Mujarradah ‘An al-Takhrij no.10033.

 

Palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2010.

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...