Friday 21 October 2022

Hadith memulakan salam terlepas dari sifat sombong

 

Matan hadith

 

البادِئُ بالسلامِ بَرِيءٌ من الْكِبْرِ

 

Terjemahan

 

Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur

 

Takhrij

 

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8786, Abu Nua'im dalam Hilyatul Awliya' 7/134, al-Khatib  dalam al-Jamaah 1/397, daripada Ibnu Mas'ud ra.

 

Dhaif menurut as-Shan'ani dalam al-Tanwir 4/579 kerana terdapat perawi bernama Abu al-Ahwas dimasukkan az-Zahabi dalam daftar perawi dhaif.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 2365

Hadith kelebihan selawat 100 kali

 Matan hadith

 

 من صلّى عليَّ مائةَ صلاةٍ حين يُصلِّي الصُّبحَ قبل أن يتكلَّمَ قضى اللهُ تعالى له مائةَ حاجةٍ، يُعجِّلُ له منها ثلاثين ويدَّخِرُ له سبعين، وفي المغربِ مثلُ ذلك. قالوا: وكيف الصَّلاةُ عليك يا رسولَ اللهِ ! قال: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلى النَّبِيِّ يا أَيُّها الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} [الأحزاب: ٥٦] اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ حتّى تعُدَّ مائةً

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang berselawat padaku 100 kali ketika waktu subuh sebelum mulai berbicara, maka Allah akan tunaikan 100 hajat, 30 diantaranya disegerakan, dan 70 sisanya diakhirkan. Dan bagi yang melakukannya waktu maghrib juga demikian”. Lalu sahabat bertanya, "Ya Rasulullah bagaimana cara selawatnya?" Kemudian Rasulullah membacakan:

 

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً  (Al-Ahzab/33: 56)

 

bacalah,

 

اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ (100X)

 

Takhrij

 

HR. Abu Musa al-Madini seperti mana disebutkan oleh al-Muqrizi dalam Imta' al-Asma' 11/147,  Ahmad bin Musa al-Hafiz  dan Ibnu Mandah sepertimana disebutkan Ibnu Qayyim dalam Jalaul Afham no. 430 dan 432 dari Jabir ra.

 

Sanadnya dhaif menurut as-Sakhawi dalam Qaulul Badi' no. 253

Hadith kelebihan selawat Ibrahimiyah

 

Matan hadith

 

مَن قال: اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ، كما صلَّيتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ، وبارِكْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ، كما بارَكتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ، وتَرحَّمْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ، كما تَرحَّمتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ؛ شَهِدتُ له يومَ القِيامةِ، وشفَعتُ له.

 

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang membaca

 

اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ، كما صلَّيتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ، وبارِكْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ، كما بارَكتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ، وتَرحَّمْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ، كما تَرحَّمتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ

 

maka kelak aku akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat dan akan memberi syafaat untuknya.

 

 

Takhrij

 

HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 641, at-Thabari dalam Tahdzib al-Atsar no. 348, Ibnu Syajarri dalam al-Amali no. 611, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith hasan menurut Ibnu Hajar al-Haitami dalam Durrul Mandhud 1/90, as-Sakhawi dalam Qaulul Badi' no. 63.

 

Dhaif menurut Syeikh Muqbil al-Wadi'ie dalam al-Syafaat no. 266.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Adabul Mufrad no. 101

Nasihat Syaikh Abdullah Al-Bukhari Untuk Berhati-Hati Dari Orang-Orang Jahil Yang Mendahului Ahlul Ilmi

 

Al-Allamah Asy-Syaikh DR. Abdullah bin Abdurrahim al-Bukhari hafizhahullah berkata,

 

الكلام في كل حادثة والمشاركة في كل نازلة والتسجيل في كل قضية والنشر لكل ما هب ودرج صلح للنشر أو لا يصلح ،

 

(Mereka berusaha) berbicara di setiap kejadian, ikut serta dalam semua peristiwa, merekam setiap perkara, dan menyebarkan semua berita, baik yang layak mahupun tidak layak untuk disebarkan.

 

فأفسدوا والله لا يحب المفسدين أوغروا صدور الناس ، سببوا الفرقة بين الإخوة ، أوجدوا وحشة بين صفوف أهل العلم ،

 

Mereka membuat kerosakan--dan Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan--. Mereka memprovokasi (memanas-manasi) dada-dada manusia, menyebabkan perpecahan di antara ikhwah, dan menyebabkan keresahan di antara barisan ahli ilmu.

 

كل هذا بسبب هؤلاء المفسدين الذين يظنون أنهم يصلحون وفي الحقيقة هم يفسدون

 

Ini semua disebabkan mereka, para perosak, yang menyangka bahawa mereka sedang melakukan perbaikan, padahal hakikatnya mereka sedang membuat kerosakan.

 

وأكثرهم يجهلون بل بعضهم يعلم أنه جاهل متقدم بين يدي أهل العلم ومع هذا يفعل ويستمر في هذا الغي ،

 

Kebanyakan dari mereka adalah jahil. Bahkan, sebagian mereka (sebenarnya) menyedari bahawa mereka adalah orang jahil yang mendahului ahli ilmu. Namun demikian, mereka tetap melakukannya dan terus-menerus melakukan kejahatan tersebut.

 

أولئك القوم احذروهم ،

 

Mereka itu adalah kaum yang hendaknya kalian berhati-hati darinya.

 

أولئك القوم احذروا هؤلاء المندسين الغشاشين النمامين الذين يُشيعون الفتنة بين أهل الإيمان وإخوة الإسلام وبين طلبة العلم و الأشياخ

 

Mereka itu adalah kaum, yang hendaknya kalian berhati-hati dari mereka para penyusup, pembuat makar, pengadu domba, yang menyebarkan fitnah di antara ahli iman dan saudara sesama Islam, demikian pula di antara para penuntut ilmu dan para syaikh.

 

ويوجدون هذه الفجوات بسبب بعدهم عن مثل هذه التوجيهات العلمية التي صدرت عن علماء الحق بارك الله فيكم

 

Mereka membuat kerenggangan-kerenggangan ini kerana mereka jauh dari arahan-arahan ilmiah seperti ini, yang bersumber dari ulama al-Haq. Barakallahufiikum.

 

المصدر مقتطف من اللقاء ٤٦ من لقاءات الجمعة بتاريخ ١٤٣٩/١/٩هـ .

 

Potongan nasihat Syaikh Abdullah al-Bukhari hafizhahullah pada pertemuan ke-46 dari Liqaa`aat al-Jumu'ah tanggal 9 Muharam 1439H

Hadith kelebihan selawat yang membuatkan Rasulullah saw akan hadir menggali kubur kita

 

 

Matan hadith

 

عن عليّ بن أبي طالب مرفوعا » من قال ليلة الجمعة ولو مرّة : *أللّهمّ صل على محمد النّبيّ الأمّيّ الحبيب العالى القدر العظيم الجاه وعلى آله وصحبه وسلّم* كنت ألحده بيدي »

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Sayyidina 'Ali Bin Abi Thalib ra: Barang siapa yang membaca selawat ini pada malam Jumaat walaupun hanya satu kali:

 

أللّهمّ صل على محمد النّبيّ الأمّيّ الحبيب العالى القدر العظيم الجاه وعلى آله وصحبه وسلّم

 

Maka saya (Nabi Muhammad SAW) Yang akan Memasukkan Ke Liang Lahad kuburannya dengan tanganku sendiri

 

Takhrij

 

HN. Habib Abdullah bin Husein bin Thahir Ba'alawi dalam Is'adur Rafiq wa Bughyatus Shadiq hal. 31, tanpa sanad.

 

Tidak sahih tidak tsabit disandarkan kepada nabi saw tanpa syak (Fatwa Soaljawab Islam no. 293625), kerana tanpa kehadiran sanad yang lengkap untuk dikaji. Maka telah gagal tapisan pertama dan matannya juga sangat gharib

 

Kisah Abdul Mutallib menjumpai telaga zam-zam

 

Abdul Muttalib bercerita:

 

إني لنائم في الحِجر، إذ أتاني آتٍ فقال: احفر طِيبة، قال: قلت: وما طِيبة؟ قال: ثم ذهب عني، فلما كان الغد رجعت إلى مضجعي، فنمت فيه، فجاءني آت فقال: احفر بَرّة. قال: فقلتُ: وما برّة؟ قال: ثم ذهب عني، فلما كان الغد رجعت إلى مضجعي، فنمت فيه، فجاءني

فقال: احفر المضنونة ، قال: قلت: وما المضنونة؟ قال: ثم ذهب عني. فلما كان الغد رجعت إلى مضجعي، فنمت فيه، فجاءني فقال: احفر زمزم. قال: قلت: وما زمزم؟ قال: لا تنزف  أبدًا، ولا تُذَم ، تسقي الحجيج الأعظم، وهي بين الفرث والدم، عند نقرة الغراب الأعصم ، عند قرية النمل

 

Suatu hari aku tidur di Hijr Ismail (dekat Kaabah), kemudian ada yang mengatakan kepadaku ‘Galilah thayyibah.’ Aku bertanya: ‘Apa itu thayyibah?’ namun dia malah pergi. Keesokan harinya aku kembali tidur di tempat tersebut. Kemudian suara itu datang kembali dan mengatakan ‘Galilah barrah’, maka aku berkata ‘Apa itu barrah?’. Dia pun pergi tidak menjelaskan. Besoknya aku tidur lagi, lalu datang lagi suara itu, dan berkata ‘galilah al-madhnunah’, maka aku berkata,” Apa itu al-madhnuunah?”, lalu ia pun pergi. Keesokan harinya aku kembali tidur di tempat tidurku, kemudian ia kembali berkata ‘Galilah zamzam’, maka aku bertanya ‘Apa itu zamzam?’ Lalu ia berkata, “Zamzam adalah air yang tidak akan surut, dengan air tersebut kau akan memberi minum para jama’ah haji.” Kemudian disebutkan posisinya, iaitu di tempat sarang semut.

 

 

Takhrij

 

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam dalam Sirah Nabawiyah 1/150, daripada Ali bin Abi Thalib ra.

 

Sanad kisah ini hasan menurut Syeikh Sa’d al-Mursafi dalam Jami’ al-Sahih Sirah an-Nabawiyah 2/439.

 

Keterangan ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dalam sirahnya dengan tashrih bissama’ (penegasan mendengarnya), dan beliau (Ibnu Ishaq) adalah seorang yang shaduq. Menurut penilaian para ulama jarh wa ta’dil, apabila Ibnu Ishaq mengatakan “haddatsanii” (telah menyampaikan kepadaku) atau “sami’tu” (aku telah mendengar) maka sanadnya menjadi hasan. Adapun jika dia mengatakan “‘an” (dari) maka sanadnya lemah kerana dia seorang mudallis. Di dalam riwayat ini, beliau menyampaikan secara tashrih bit tahdits, dengan mengatakan “haddatsanii Yazid bin Abi Habib Al-Mishriy” hingga menyebutkan sanadnya kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallāhu Ta’āla ‘anhu. Riwayat ini berasal dari kisah ‘Ali bin Abi Thālib yang mana beliau adalah putera dari Abu Thalib, sedangkan Abu Thalib adalah putera ‘Abdul Muttalib. Sehingga ‘Ali bin Abi Thalib menceritakan tentang kisah datuknya. Riwayat ini bukanlah hadith tapi sekedar cerita tentang kisah datuknya iaitu ‘Abdul Muttalib. Kerana ‘Ali bin Abi Thalib sepupunya Nabi shallallāhu ‘alayhi wa sallam.

 

 

Di dalam riwayat lain dalam Sirah Ibnu Hisyam 1/143 disebutkan bahawa ada burung gagak yang mematuk-matuk disitu. Dijelaskan namanya dan dijelaskan pula posisinya untuk digali.

 

 

[عبد المطلب وابنه الحارث وما كان بينهما وبين قريش عند حفرهما زمزم ]

قال ابن إسحاق : فلما بين له شأنها ، ودل على موضعها ، وعرف أنه صدق غدا بمعوله ومعه ابنه الحارث بن عبد المطلب ، ليس له يومئذ ولد [ ص 144 ] بدا لعبد المطلب الطي كبر فعرفت قريش أنه قد أدرك حاجته فقاموا إليه فقالوا : يا عبد المطلب ، إنها بئر أبينا إسماعيل وإن لنا فيها حقا فأشركنا معك فيها ؛ قال ما أنا بفاعل إن هذا الأمر قد خصصت به دونكم وأعطيته من بينكم فقالوا له فأنصفنا فإنا غير تاركيك حتى نخاصمك فيها ، قال فاجعلوا بيني وبينكم من شئتم أحاكمكم إليه قالوا : كاهنة بني سعد هذيم قال نعم قال وكانت بأشراف الشام . فركب عبد المطلب ومعه نفر من بني أبيه من بني عبد مناف وركب من كل قبيلة من قريش نفر . قال والأرض إذ ذاك مفاوز . قال فخرجوا حتى إذا كانوا ببعض تلك المفاوز بين الحجاز والشام ، فني ماء عبد المطلب وأصحابه فظمئوا حتى أيقنوا بالهلكة فاستسقوا من معهم من قبائل قريش ، فأبوا عليهم . وقالوا : إنا بمفازة ونحن نخشى على أنفسنا مثل ما أصابكم فلما رأى عبد المطلب ما صنع القوم وما يتخوف على نفسه وأصحابه . قال ماذا ترون ؟ قالوا : ما رأينا إلا تبع لرأيك ، فمرنا بما شئت ؛ قال فإني أرى أن يحفر كل رجل منكم حفرته لنفسه بما بكم الآن من القوة فكلما مات رجل دفعه أصحابه في حفرته ثم واروه حتى يكون آخركم رجلا واحدا ، فضيعة رجل واحد أيسر من ضيعة ركب جميعا ، قالوا : نعم ما أمرت به . . فقام كل واحد منهم فحفر حفرته ثم قعدوا ينتظرون الموت عطشا ، ثم إن عبد المطلب قال لأصحابه والله إن إلقاءنا بأيدينا هكذا للموت لا نضرب في الأرض ولا نبتغي لأنفسنا ، لعجز فعسى الله أن يرزقنا ماء ببعض البلاد ارتحلوا ، فارتحلوا . حتى إذا فرغوا ، ومن معهم من قبائل قريش ينظرون إليهم ما هم فاعلون تقدم عبد المطلب إلى راحلته فركبها . فلما انبعثت به انفجرت من تحت خفها عين ماء عذب فكبر [ ص 145 ] عبد المطلب وكبر أصحابه ثم نزل فشرب وشرب أصحابه واستقوا حتى ملئوا أسقيتهم ثم دعا القبائل من قريش ، فقال هلم إلى الماء فقد سقانا الله فاشربوا واستقوا ، فجاءوا فشربوا واستقوا . ثم قالوا : قد والله قضي لك علينا يا عبد المطلب ، والله لا نخاصمك في زمزم أبدا ، إن الذي سقاك هذا الماء بهذه الفلاة لهو الذي سقاك زمزم ، فارجع إلى سقايتك راشدا . فرجع ورجعوا معه ولم يصلوا إلى الكاهنة وخلوا بينه وبينها

 

Kerana mimpi yang ketiga lebih jelas maka keesokan harinya ‘Abdul Muttalib berangkat dengan membawa cangkulnya. Saat itu ‘Abdul Muttalib baru memiliki satu orang anak laki-laki yang bernama Al-Harits. Mulailah ‘Abdul Muttalib menggali sumur tersebut, hingga mulai tampak tanda-tanda adanya sumur. Ketika kaum Quraisy mengetahui bahwa ‘Abdul Muttalib menemukan sumur, mereka mendatangi ‘Abdul Muttalib dan berkata: “Wahai ‘Abdul Muttalib, sumur tersebut adalah sumur datuk kita, Ismail ‘alaihissalam. Kami juga punya hak terhadap sumur tersebut. Maka jadikanlah kami termasuk pemilik sumur tersebut. ‘Abdul Muttalib berkata: “Aku tidak mahu, ini milikku. Sumur ini telah dikhususkan menjadi milikku, akan tetapi aku akan berbagi dengan kalian.” Mereka pun berkata: “Adillah terhadap kita, kalau tidak, kami tidak akan membiarkanmu menguasai sumur ini sampai kita berhakim kepada seseorang.” Maka ‘Abdul Muttalib dengan adilnya berkata: “Pilihlah siapa saja yang kita akan berhukum kepadanya.” Mereka berkata : “Ada seorang Perempuan dukun tetapi tempatnya jauh di negeri Syam sana.” Maka ‘Abdul Muttalib pun menyetujuinya. Berangkatlah ‘Abdul Muttalib bersama beberapa saudara dari Bani ‘Abdi Manaf, dengan sejumlah orang Quraisy lainnya, mereka berjalan bersama dalam dua kelompok rombongan. Kelompok pertama ‘Abdul Muttalib dengan Bani ‘Abdi Manaf dan kelompok kedua dari qabilah-qabilah lain yang menuntut untuk diberikan zamzam. Saat mereka melewati padang pasir, tiba-tiba persediaan air milik ‘Abdul Muttalib habis, sementara perjalanan masih sangat jauh. Selama dalam perjalanan tersebut mereka tidak menemukan sumber mata air. Hal ini menyebabkan rombongan ‘Abdul Muttalib kehausan, sementara rombongan yang satu masih memiliki persediaan air yang mencukupi. Akhinya ‘Abdul Muttalib dan rombongannya meminta air ke rombongan satunya, tetapi mereka menolak untuk memberi air. Di saat masing-masing dari kelompok ‘Abdul Muttalib merasa akan mati, muncullah idea dalam benak ‘Abdul Muttalib. “Kita masing-masing akan menggali kuburan kita, daripada kita semua tergeletak tanpa ada yang menguburkan. Siapa yang mati terlebih dahulu kita akan kubur lalu kita tutup, begitupun yang mati berikutnya sampai terakhir hanya bersisa satu yang akan mati tanpa dikuburkan.” Akhirnya mereka mulai menggali kuburan masing-masing dan perbuatan ini disaksikan oleh rombongan satunya dan tanpa memperdulikannya. Namun, setelah lubang-lubang kuburan tersebut tergali, ‘Abdul Muttalib lantas berubah fikiran dan mengatakan: “Perbuatan ini hanyalah sikap pasrah, kita harus berusaha.” Akhirnya mereka meninggalkan kuburan yang telah mereka gali. Mulailah ‘Abdul Muttalib naik ke atas untanya lalu tiba-tiba dari kaki untanya keluar mata air. Setelah itu ‘Abdul Muttalib mengambil air dan meminumnya kemudian memanggil kelompok sebelah yang tidak mahu memberikan air kepada’ Abdul Muttalib dan akhirnya mereka pun datang dan ikut minum. Akhirnya kelompok sebelah sedar bahawasanya air zamzam itu adalah hak ‘Abdul Muttalib, buktinya adalah di tengah-tengah padang pasir Allah keluarkan air khusus untuk ‘Abdul Muttalib. Akhirnya mereka tidak jadi pergi ke dukun yang berada di daerah Syam, tetapi mereka kembali ke Mekkah dan menyatakan bahawasanya air zamzam tersebut adalah milik ‘Abdul Muttalib.

 

 

Iblis menjerit ketika Nabi saw dilahirkan?

 

Al-Hafiz Ibnu Katsir Rahimahullah beliau mengutip riwayat:

 

حكى السهيلي عن تفسير بقي بن مخلد الحافظ أن ابليس رن أربع رنات: حين لعن، وحين أهبط، وحين ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم، وحين أنزلت الفاتحة

 

 

"Al Imam As Suhaili rahimahullah, menceritakan dari tafsir Baqi bin Makhllad Al Hafiz bahawasanya Iblis menangis dengan keras sekali, sebanyak empat kali :

 

·         Ketika dilaknat (oleh Allah)

 

·         Ketika diusir

 

·         Ketika Rasulullah SAW dilahirkan

 

·         Ketika surah Al-Fatihah diturunkan

 

(Bidayah wan Nihayah 2/266-267, Maktabah Ma'arif)

 

Takhrij

 

 

AN. al-Suhaili di dalam kitab Ar Raudhul Anfi 2/93, Ibnu Katsir  dalam Bidayah wan -Nihayah 2/266-267, daripada Mujahid ra.

 

 

2 poin penting:

 

1- Ia bukan kalam Nabi saw melainkan cuma kalam Mujahid saja (Majles Alukah, t139771).

 

Jumhur ulama mengatakan, ucapan/pendapat tabieen bukanlah hujah dan dalil (al-Khatib al-Baghdadi, al-Faqih wal Mutafaqqih 1/439).

 

2- Atsar tular tidak sahih, kerana berlaku kesalahan nukilan oleh as-Sahili ketika mengutipnya dari tafsir Baqi bin Makhllad:

 

Kewujudan  perkataan "kelahiran (ولد)" ,dalam riwayat as-Sahili telah bertentangan dengan riwayat Mujahid yang lainnya dengan sanad yang sahih yakni dengan menyebutkan  " diutus ( بُعِثَ )", seperti dikeluarkan oleh Abu Syaikh dalam al-Azhamah, al-Qurthubi dalam Tafsirnya dan Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya:-

 

 

 أخرجه أبو الشيخ في العظمة 5 / 1679 واسنادہ صحیح الی مجاھد قال :

 

أَخْبَرَنَا أَبُو يَعْلَى، حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى قَالَ:

 

 رَنَّ إِبْلِيسُ أَرْبَعًا حِينَ لُعِنَ، وَحِينَ أُهْبِطَ، وَحِينَ بُعِثَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَبُعِثَ عَلَى فَتْرَةٍ مِنَ الرُّسُلِ، وَحِينَ أُنْزِلَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

 

وفي كتاب حلية الأولياء 3/299

 

حدثنا محمد بن معمر، ثنا يوسف القاضي، ثنا أبو الربيع، ثنا جرير بن عبد الحميد، عن منصور، عن مجاهد، قال: " رن إبليس أربعا: حين لعن، وحين أهبط، وحين بعث النبي صلى الله عليه وسلم، وقد بعث على فترة من الرسل، وحين أنزلت الحمد لله رب العالمين وأنزلت بالمدينة...".

 

 

تفسير القرطبي 1/ 109 واسنادہ صحیح الی مجاھد

 

حدثني أبي حدثني أبو عبيد الله الوراق حدثنا أبو داود حدثنا شيبان عن منصور عن مجاهد قال: إن إبليس لعنه الله رن أربع رنات: حين لعن، وحين أهبط من الجنة، وحين بعث محمد صلى الله عليه وسلم، وحين أنزلت فاتحة الكتاب

 

 

Kesilapan as-Suhaili itu jelas apabila terdapat ulama lain seperti Muhammad bin Abdillah as-Syibli dalam Akamul Marjan yang meriwayatkan dari tafsir Baqi tanpa perkataan "kelahiran":

 

 

آكام المرجان في أحكام الجان ,ص: 234

 

ذكر بَقِي بن مخلد فِي تَفْسِيره أَن إِبْلِيس رن أَربع رنات رنة حِين لعن وَرَنَّة حِين أهبط وَرَنَّة حِين بعث رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَرَنَّة حِين أنزلت فَاتِحَة الْكتاب

 

 

Maka riwayat yang sebetulnya (sahih) adalah dengan perkataan saat nabi diutuskan dan bukanlah "dilahirkan". Ibnu Katsir juga menyebutkan riwayat sahih tersebut di tempat yang lain. Pernyataan ini (diutus) juga disokong oleh Ibnu Rejab:

 

البداية والنهاية، مكتبة المعارف: 9/ 225

 

وروى أبو الريبع عن جرير ابن عبد الحسيب عن منصور عن مجاهد قال رن إبليس أربع رنات حين لعن وحين أهبط وحين بعث النبي ( صلی اللہ علیہ وسلم ) وحين أنزلت الحمد لله رب العالمين

 

 

والمعروف هذا عن هذا عن مجاهد من قوله قال: رن إبليس أربع رنات حين لعن وحين أهبط من الجنة وحين بعث محمد وحين أنزلت فاتحة الكتاب [لطائف المعارف لابن رجب: ص: 181]

 

 

Rujukan

 

 

https://forum.mohaddis.com/threads/ولادت-رسول-صلی-اللہ-علیہ-وسلم-پر-شیطان-کا-رونا.31014/

 

https://salafcenter.org/6257/#_ftn15

 

https://al-maktaba.org/book/1514/386

Hadith dosa kepada ibu bapa yang dipercepatkan balasannya

 

Matan hadith

 

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

 

Terjemahan

 

“Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.”

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 4902, Tirmidzi no. 2511, Ibnu Majah no. 4211, Ahmad no. 20374, al-Bazzar no. 3693, al-Hakim no. 7263, daripada Abi Bakrah ra

 

Sanadnya disahihkan al-Hakim tetapi dibantah oleh az-Zahabi

 

Disahihkan as-Suyuthi dalam Jamius Saghier no. 6286.

 

Dhaif menurut as-Shan'ani dalam al-Tanwir Syarah Jamius Saghier 8/152

 

Didhaifkan syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib nom 1486

 

Kisah dialog Iblis dan Firaun berkenaan manusia paling buruk dari mereka

 

Kisah tular

 

Suatu kali Iblis mendatangi Fir’aun dan berkata, “Apakah kau mengenaliku?”

 

“Ya,” sahut Fir’aun.

 

“Kau telah mengalahkanku dalam satu hal.”

 

“Apa itu?” Tanya Fir’aun penasaran.

 

“Kelancanganmu mengaku sebagai tuhan. Sungguh, aku lebih tua darimu, juga lebih berpengetahuan dan lebih kuat berbanding dirimu. Tapi aku tidak berani melakukannya.”

 

“Kau benar. Tapi aku akan bertaubat,” kata Fira’un.

 

“Jangan buru-buru begitu,” bujuk Iblis la’natullah ‘alaih , “Penduduk Mesir sudah menerimamu sebagai tuhan. Jika kau bertaubat, mereka akan meninggalkanmu, merangkul musuh-musuhmu, dan menghancurkan kekuasaanmu, hingga kau tesungkur dalam kehinaan.”

 

“Kau benar,” jawab Fir’aun, “Tapi, apakah kau tahu siapa penghuni muka bumi ini yang lebih buruk dari kita berdua?”

 

Kata Iblis, “Ya. Orang yang tidak mahu menerima permintaan maaf orang lain. Ia lebih buruk dariku dan darimu.”

 

Takhrij

 

Kisah dialog iblis firaun ini memang ada dinukilkan oleh Syeikh Syihabuddin Ahmad ibn Salamah al-Mishri al-Qalyubi dalam an-Nawadir hal. 48, DKI:

 

حكمي : أن إبليس دخل يوما على فرعون، فقال له : أتعرفني؟ قال : نعم، فقال : إنك قد فتني بخصلة واحدة، قال: وما هي؟ قال: جراءتك على الله في دعوى الربوبية فإني أكبر منك سناً وأكثر منك علماً وأعظم ملك قوة ولم أتجاسر على ذلك، فقال له : صدقت ولكني أتوب عنها ، فقال له اللعين : مهلاً لا تفعل ذلك فإن أهل مصر قد قبلوك بالربوبية فإذا رجعت عنها أدبروا عنك وأقبلوا على عدوك وسلبوك ملكك فتصير ذليلاً ، قال : صدقت ولكن هل تعلم على وجه الأرض أخبث منا؟ قال: نعم، من اعتذر إليه فلم يقبل فهو أشر مني ومنك، ثم خرج من عنده قلعنة الله عليهما معاً.

 

 

Ya ia cuma hikayat, tidak disertakan sebarang sanad.

 

Maka ia telah gagal tapisan pertama untuk menyemak akan kesahihan sesuatu khabar,  iaitu keberadaan sanad.

 

Kerana sanad adalah agama:

 

Abdullah bin Mubarak rahimahullah mengatakan:

 

الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

 

“Sanad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada sanad, maka orang akan berkata semahunya.” (Muqaddimah Sahih Muslim 1/12)

Kisah Jibril membawakan api percikan neraka kepada Nabi Adam as untuk dijadikan api dunia

 

Kisah tular

 

Dalam sebuah cerita dikisahkan sewaktu Nabi Adam AS sampai di dunia kesukaran dalam menjalani kehidupannya. Untuk memperoleh makanan, terlebih dahulu harus bekerja keras. Namun ketika sudah mendapatkan bahan makanan, bahan-bahan tersebut tidak boleh langsung dimakan seperti di syurga. Harus diolah lagi baru kemudian boleh dinikmati. Caranya adalah memasaknya dengan api. Nabi Adam akhirnya memohon kepada Allah SWT agar diberi api. Maka Allah SWT mengutus Malaikat Jibril agar meminta sedikit api neraka kepada malaikat Malik penjaga neraka, untuk keperluan nabi Adam AS tersebut.

 

“Wahai Jibril, berapa banyak engkau menginginkan api?” Tanya malaikat Malik.

 

“Aku minta api neraka sebesar buah kurma?” Jawab malaikat Jibril.

 

“Jika aku memberikan api neraka seukuran buah kurma, maka tujuh langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh kerana panasnya!” Malaikat Malik menjelaskan.

 

“Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja!” Minta malaikat Jibril.

 

Kemudian malaikat Malik menjawab, “Jika aku berikan api sebesar separuh kurma. Maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitis pun dan air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tanaman yang hidup kerana panasnya.”.

 

Sang Malaikat kemudian bertanya kepada Allah SWT berkaitan jumlah yang betul api yang boleh di bawa ke bumi. Dan Allah pun berfirman:

 

 “Ambillah api dari neraka sebesar zarah!”

 

Malaikat Malik kemudian mengambil api neraka sebesar zarah (ukuran terkecil dari atom), lalu diserahkan pada malaikat Jibril. Malaikat Jibril merasakan api yang sebesar zarah masih terlalu panas untuk nabi Adam AS. Lalu api neraka sebesar zarah itu terpaksa didinginkan dengan mencelupkannya ke dalam sungai di syurga sebanyak 70 buah sungai, setiap satu sungai 70 kali celupan. Setelah selesai dan dirasa tidak terlalu panas, maka malaikat Jibril membawan api neraka ke bumi.

 

Ternyata gunung pun tidak sanggup menahan panas dari api yang hanya sebiji zarah tersebut. Sebelum diserahkan kepada nabi Adam as, api neraka itu diletakkan di atas gunung yang tinggi. Tetapi ketika api itu diletakkan, gunung tersebut hancur lebur sebab tidak mampu menahan panasnya api neraka yang sebesar zarah itu. Tanah, batu-batu, besi dan semua yang ada di sekitar gunung, di dalam tanah dan di atas daratan menjadi bara api yang sangat panas dan mengeluarkan asap tebal. Bahkan api neraka itu tembus hingga perut bumi dan menyebabkan munculnya bara api yang sangat besar di dalam perut bumi. Dahsyatnya, bara api yang ditinggalkan adalah berwarna hitam pekat bukan berwarna merah menyala.

 

 

Takhrij

 

Sebahagian jalan ceritanya ditemukan dalam kitab Qisasul Anbiya ats-Tsa'labi hal. 36, DKI:-

 

ثم جاءه بشرر من جهنم، فوقع في يد آدم، فطار منه شرارة، فوقعت في البحر، فدخل جبريل إليها وأتى بها، فدفعها إلى آدم فطارت منه أيضا، حتى فعل ذلك سبع مرات

 

 

Kemudian Jibril membawa kepada Adam percikan api dari Neraka lalu diletakkan ke tangan Adam;  tetapi satu percikan api itu terbang dan jatuh ke dalam laut.  Lalu Jibril masuk ke dalam laut, membawanya kembali dan menyerahkannya kepada Adam, dan ia melakukannya berulang kali sehingga tujuh kali.

 

Yang benarnya cukupkan diri dengan hadith sahih nabi saw beritakan api dunia adalah 1/70 api neraka seperti terdapat dalam hadith Sahih Muslim no. 2843.

Hadith fadhilat surah al-Fajr

 

 

Matan hadith

 

من قرأ سورة والفجر وليال عشر غفرت له ذنوبه وكانت له نورا يوم القيامة

 

Terjemahan

 

Rasulullah saw pernah bersabda, barangsiapa membaca surah ‘Wal fajr wa layaalin ‘asyr, maka dosa-dosanya akan diampuni dan kelak surah Al-Fajr tersebut menjadi cahaya baginya di hari kiamat

 

Takhrij

 

HN ats-Tsa'labi dalam Tafsirnya 10/191, al-Zamakhsyari dalam Tafsir Kasyaf 4/212. ,daripada Ubay bin Ka’ab ra.

 

Hadith palsu menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Khafi al-Shaf no. 317.

Hadith qasidah Abbas ra kepada Nabi saw

 

Sanad dan matan hadith

 

زكريا بن يحيى الخزاز ثنا عم أبي زحر بن حصين عن جده حميد بن منهب قال سمعت جدي خريم بن أوس بن حارثة بن لام رضي الله عنه يقول هاجرت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم منصرفه من تبوك فأسلمت فسمعت العباس بن عبد المطلب يقول يا رسول الله إني أريد أن أمتدحك فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم قل لا يفضفض الله فاك قال فقال العباس ....

 

Sayyidina Abbas radhiyallahu 'anhu (RA) yang dipersembahkannya kepada Baginda Rasulullah SAW . Disebutkan, sahabat Khuraim bin Aus al-Tha’iy RA berkata: "Aku berhijrah kepada Rasulullah SAW sepulang beliau dari peperangan Tabuk dan aku masuk Islam. Lalu aku mendengar Sayyidina Abbas bin Abdul Muttalib berkata: "Wahai Rasulullah, aku ingin memujimu." Rasulullah SAW menjawab: "Allah akan memberimu kehidupan dengan gigi-gigi yang sehat." Lalu Abbas berkata:

 

"مِنْ قَبْلِهَا طِبْتَ فِي الظِّلاَلِ وَفِيْ ... مُسْتَوْدَعٍ حَيْثُ يُخْصَفُ الْوَرَقُ"

 

Wahai Rasulullah, engkau telah harum sebelum diciptakan di bumi, dan ketika engkau berada dalam tulang rusuk Adam, ketika ia dan Hawa menempelkan dedaunan syurga ke tubuh mereka.

 

"ثُمَّ هَبِطْتَ الْبِلاَدَ لاَ بَشَرُ ... أَنْتَ وَلاَ مُضْغَةٌ وَلاَ عَلَقُ."

 

Engkau harum ketika Adam turun ke bumi engkau berada dalam tulang rusuknya, ketika engkau bukan seorang manusia, bukan gumpalan daging dan bukan gumpalan darah.

 

"بَلْ نُطْفَةٌ تَرْكَبُ السَّفِيْن وَقَدْ ... أَلْجَمَ نَسْراً وَأَهْلَهُ الْغَرَقُ."

 

Bahkan engkau harum ketika berupa setitis air di punggungnya Nabi Nuh 'alaihissalam ketika naik perahu. Sementara berhala Nasr dan orang-orang kafir pemujanya ditenggelamkan dalam banjir bandang.

 

"تُنْقَلُ مِنْ صَالَبٍ إِلىَ رَحِمِ ... إِذَا مَضَى عَالَمٌ بَدَا طَبَقُ."

 

Engkau harum ketika dipindah dari tulang rusuk laki-laki ke rahim wanita, ketika generasi berlalu diganti oleh generasi berikutnya.

 

"وَرَدْتَ نَارَ الْخَلِيْلِ مُكْتَتِمًا ... فِيْ صُلْبِهِ أَنْتَ كَيْفَ يَحْتَرِقُ"

 

Engkau harum ketika berada pada tulang rusuk Nabi Ibrahim sang kekasih Allah, ketika ia dilemparkan ke sekumpulan api, sehingga tidak mungkin ia terbakar.

 

"حَتَّى احْتَوَى بَيْتُكَ الْمُهَيْمِنُ مِنْ ... خِنْدِفَ عَلْيَاءَ تَحْتَهَا النُّطُقُ."

 

Sampai kemuliaanmu yang tinggi yang menjadi saksi akan keutamaanmu memuat dari suku yang tinggi dan di bawahnya terdapat lapisan gunung-gunung.

 

"وَأَنْتَ لَمَّا وُلِدْتَ أَشْرَقَتِ اْل ... أَرْضُ وَضَاءَتْ بِنُوْرِكَ اْلأُفُقُ."

 

Ketika engkau dilahirkan, bumi menjadi bersinar dan cakerawala menjadi terang berkat cahayamu.

 

"فَنَحْنُ فِي ذَلِكَ الضِّيَاءِ وَفِي ال ... نُّوْرِ وَسُبُلِ الرَّشَادِ نَخْتَرِقُ."

 

Maka Kami menerobos dalam sinar, cahaya dan jalan-jalan petunjuk itu.

 

Takhrij

 

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 4/213, al-Hakim dalam Mustdrak 3/326, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 3/408.

 

Dilemahkan oleh al-Hakim

 

Gharib Jiddan menurut Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 3/409.

 

Palsu menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 8/6

 

Palsu menurut as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 320

 

Mungkar Jiddan menurut Ibnu Katsir 2/259 dalam Bidayah wan Nihayah

Memilih fatwa yang hanya mencocoki hawa nafsu

 

Asy Syaikh Muqbil bin Hadi al Wadi'i rahimahullah berkata,

 

 الناس من يستفتي أهل العلم ، فإن كانت الفتوى توافق هواه قبلها وإلا أعرض

 عنها ، وهذه صفة من صفات اليهود .

 

Didapati sebahagian orang ada yang meminta fatwa kepada para ulama. Saat fatwa yang diminta sesuai dengan hawa nafsunya, dia terima. Namun jika tidak sesuai, dia berpaling darinya. Yang demikian ini termasuk sifat dari sekian sifat kaum Yahudi.

 

[Riyadhul Jannah fii ar Raddi 'Ala A'dais Sunnah hal. 17]

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...