Sunday 24 March 2024

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

 Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

Matan hadith
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن على باب الحِجر ملكا, يقول لمن دخله وصلى فيه ركعتين: مغفورا لك ما مضى, فاستأنف العمل, وعلى بابه الآخر ملك منذ خلق الله الدنيا إلى يوم يُرفع البيت, يقول لمن صلى وخرج: مرحوما إن كنت من أمة محمد تقيّا
Terjemahan Nabi Muhammad SAW bersabda, "Wahai Abu Hurairah, di pintu Hijir Ismail ada malaikat yang selalu mengatakan kepada setiap orang yang masuk dan solat dua rakaat di Hijir Ismail; kamu telah diampuni dosa-dosamu. Maka mulailah dengan amalanmu yang baru. Juga di pintu yang satu lagi ada malaikat yang selalu mengatakan kepada setiap orang yang keluar setiap salat di Hijir, 'Kau telah mendapatkan rahmat, kalau kau umat Muhammad kau telah menjadi orang yang taqwa,'" Takhrij HN. Taqi al-Din al-Fasi dalam Syifaul Gharam 1/288. Beliau menukilkan hadith ini dari Kitab Akhbar Makkah 1/137. Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Jurjani dalam Tarikh Jurjan hal. 168, Ibnu Zhahirah dalam Jami' al-Latif hal. 130. Lafaz yang diriwayatkan dalam Akhbar Makkah dan Tarikh Jurjan adalah berbeza dengan lafaz hadith yang dinukilkan dalam Syifaul Ghram dan Jami' al-Latif, akan tetapi sanad mereka sama.
وَحَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ صَالِحِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ : حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، عَنْ أَبِيهِ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ عَلَى الرُّكْنِ الْأَسْوَدِ لَسَبْعِينَ مَلَكًا يَسْتَغْفِرُونَ لِلْمُسْلِمِينَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ بِأَيْدِيهِمْ ، وَالرَّاكِعِينَ وَالسَّاجِدِينَ وَالطَّائِفِينَ

Sanadnya dhaif menurut pentahqiq Akhbar Makkah 1/83 Dar Khader Beirut Lebanon.













Monday 18 March 2024

Hadith-hadith berkaitan doa minta hujan

 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا

 

Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami (HR. Bukhari no. 1014)

 

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

 

Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh (HR. Abu Daud no. 1169, sanadnya sahih)

 

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

 

Ya Allah turunkanlah hujan kepada hamba-hamba-Mu, binatang ternakan serta luaskanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati (HR. Abu Daud no. 1176, hasan)

 

 

daripada Sa‘d R.A bahawa:

 

 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَعَا فِي الاسْتِسْقَاءِ: اللَّهُمَّ جَلِّلْنَا سَحَابًا كَثِيفًا قَصِيفًا دَلُوقًا ضَحُوكًا، تُمْطِرُنَا مِنْهُ رَذَاذًا قِطْقِطًا سَجْلًا، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

 

Nabi SAW berdoa ketika istisqa’ (memohon hujan): ‘Ya Allah, ratakanlah bagi kami awan yang tebal, guruh yang kuat bunyi guruhnya, yang cepat curahannya, yang banyak kilatnya. Engkau turunkan kepada kami dari awan itu hujan sikit, hujan yang renyai-renyai dan hujan yang banyak, wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia.’” (HR. Abu ‘Awwanah dalam Mustakhrajnya no. 2514, dhaif jiddan)

Hadith tambahan rabbighfirli sebelum amin dalam surah al-Fatihah ketika solat

 

Sanad dan matan hadith

 

 

وأخبرنا أبو الحسين بن بشران، أنبأ أبو جعفر الرزاز، ثنا أحمد بن عبد الجبار العطاردي، ثنا أبي، عن أبي بكر النهشلي، عن أبي إسحاق، عن أبي عبد الله اليحصبي، عن وائل بن حجر، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم حين قال: غير المغضوب عليهم ولا الضالين قال: رب اغفر لي آمين.

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami Abu al-Husain bin Bisyran, Abu Ja‘far al-Razzaz bercerita, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin “Abd al-Jabbar al-‘Atharidiy, ayahku telah menceritakan kepadaku dari Abu Bakr al-Nahsyiliy, dari Abu Ishaq, dari Abu “Abdullah al-Yahshubiy, dari Wa’il bin Hujr, ia mendengar dari Rasulullah ketika membaca ayat ke-7 dari surah al-fatihah, beliau berdoa: rabbighfirli amin.

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 2551, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 107, Ibnu Bakhtari no. 379

 

Para ulama hadith cenderung berselisih antara mengkategorikan hadith ini sebagai hadith hasan atau dhaif, mengingat salah satu perawi hadith yang menjelaskan mengenai hal ini cenderung didhaifkan (dianggap lemah) oleh para ulama ahli jarh wa ta’dil. Dua rawi yang dianggap bermasalah adalah Ahmad bin ‘Abdul Jabbar al-‘Utharidi dan Abu Bakar an-Nahsyali.

 

Mengenai rawi yang disebutkan pertama, al-Haithami menjelaskan:

 

 وَفِيهِ أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْجَبَّارِ الْعُطَارِدِيُّ، وَثَّقَهُ الدَّارَقُطْنِيُّ وَغَيْرُهُ، وَقَالَ ابْنُ عَدِيٍّ: رَأَيْتُ أَهْلَ الْعِرَاقِ مُجْمِعِينَ عَلَى ضَعْفِهِ

 

Di dalam perawi hadith terdapat Ahmad bin ‘Abdul Jabbar al-‘Utharidi, Imam ad-Daruquthni dan Imam lainnya menganggap perawi tersebut tsiqqah (Dapat dipercaya). Imam Ibnu ‘Adi berkata: “Aku melihat para ulama iraq bersepakat mendhaifkannya” (Majma’ Zawaid 2/ 293).

 

Abdul Jabbar bin Umar al-‘Utharidi ialah rawi yang statusnya majhul hal. Ia rawi tingkatan (thabaqah) ke-9. Imam al-‘Uqaili mengatakan bahwa pada hadithnya terdapat banyak kesalahan. Imam Musalamah bin al-Qasim menilainya sebagai rawi yang dhaif. Meski demikian, Ibnu Hibban mengkatagorikannya sebagai rawi yang tsiqah.

 

Sedangkan Ahmad bin Abdil Jabbar al-‘Uthairidi, rawi thabaqah ke-11, dinilai kazzab (pendusta) oleh Muhtin al-Hadrami. Abu Hatim menilai hadithnya tidak kuat. Rawi asal Kuffah ini bahkan didhaifkan oleh ulama yang sedaerah dengannya, iaitu Abdul Abbas bin Aqdah.

 

Demikian dengan Ibn Hajar al-Asqalani, ia menyimpulkan bahawa Ahmad bin Abdil Jabbar adalah rawi yang dhaif (Taqribut Tahdzib no. 81). Akan tetapi terkait hadith-hadith sirah yang ia riwayatkan maka dipandang sahih. (Tahdzibul-Kamal bab Ahmad bin ‘Abdil Jabbar al-‘Utharidi)

 

Al-Iraqi dan Ibnu Hajar menilai hadith ini dhaif kerana sanadnya terdapat perawi Abu Bakar an-Nahsyali, dianya dhaif (Tharihul Tastrib 2/269, Irsyadus Sari 2/100)

 

Dari pemaparan di atas, maka sampai pada kesimpulan bahawa hadith ini tafarrud-munkar. Bahkan tidak ada satupun ulama ahli nuqqad (pengkritik hadith) yang menjadikan hadith ini sebagai hujjah (Fathul Bari Ibni Rejab 7/97-99).

 

Ibnu Rejab mendaatangkan satu riwayat dari al-'Ala daripada bapanya daripada Abu Hurairah yang berkata:

 

"Apabila imam membaca ummu al-Quran, maka (kamu) bacalah ummu al-Quran dan mendahului imam. Apabila imam membaca ولا الضالين, para malaikat akan berkata: آمين, maka sesiapa yang bertepatan aminnya maka akan dimustajabkan untuknya. Tidak dianjurkan menyambung sebutan amin dengan zikir lain seperti menyebut: "Amin Rabb al'Alamin" kerana tiada anjuran dr Sunnah. Inilah pandangan para Sahabat kami (mazhab al-Hambali). Kata al-Syafi'ie: ia suatu yang baik. Tidak dianjurkan juga didahulukan sebelum sebutan amin sebarang doa. Ini kerana amin tersebut adalah untuk doa yang ada dalam al-Fatihah iaitulah doa minta hidayah ke jalan yang lurus. Ia juga merupakan doa yang paling penting dan paling mulia." (Fathul Bari Ibni Rejab 7/97-99).

 

Az-Zahabi dalam al-Muhazzab (ringkasan Sunan Kubra al-Baihaqi) menyatakan hadith ini munkar, kerana al-Utharidi dan bapanya tidak terlepas dari kritikan dan al-Yahshubi pula terdapat ketidakjelasan (al-Muhazzab 1/508).

 

Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad 31/137 menilai sanad hadith ini dhaif.

 

Walaupun demikian terdapat juga sebahagian ulama seperti Mulla Ali al-Qari menilai sadah itu tidak bermasalah (la ba’sa bih) dalam Mirqatul Mafatih 2/686).

 

Selain itu, hadith ini juga bertentangan dengan hadith sahih yang hanya menyebutkan “amin” dengan tanpa tambahan “rabighfirli”:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِذَا قَالَ الإِمَامُ: {غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ} [الفاتحة: 7] فَقُولُوا: آمِينَ، فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ المَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “

 

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila imam membaca ghairil-maghdubi ‘alaihim wa laddhalin, maka katakanlah “amin”. Barangsiapa bacaan aminnya itu bersamaan dengan bacaan para malaikat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. (HR. Bukhari no. 782)

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا يَقُولُ: ” لَا تُبَادِرُوا الْإِمَامَ إِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَالَ: وَلَا الضَّالِّينَ فَقُولُوا: آمِينَ، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا قَالَ: سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، فَقُولُوا: اللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ “

 

Dari Abu Hurairah ia berkata, “Adalah Rasulullah shalla-‘Llahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kami.” Nabi bersabda, “Janganlah kalian mendahului imam. Apabila imam takbir, maka bertakbirlah kalian. Apabila imam membaca “wa ladhdhalin”, maka katakana “amin”. Apabila imam rukuk, maka rukuklah kalian. Apabila imam berkata “sami’a-Llahu liman hamidah”, maka katakanlah “allahumma rabbana lakalhamdu”. (HR. Muslim no. 959)

 

 


 

Tidak menambah kalimah doa itu lebih afdhal dan sahih

 

Maka dari itu, tidak boleh ingkari lagi bahawa hadith yang menjadi landasan anjuran membaca “amin” cenderung lebih kuat dan sahih dibandingkan dengan hadith yang menjadi pijakan membaca kata “rabbighfir li amin”. Kesimpulan inilah yang dijadikan pedoman oleh salah satu ulama hadith kenamaan Mesir, Syeikh Abdullah bin Muhammad al-Ghumari dalam himpunan fatwanya:

 

 والحاصل: أن الحديث بدون زيادة: «رب اغفر لي» حسن صحيح كما قال ابن حجر وغيره، وهو بها ضعيف كما قال الحافظ العراقي، فظهر أن لا تناقض بين القولين لاختلاف موردهما وإن كان أصل الحديث واحد، وبالله التوفيق.

 

Kesimpulannya bahawa hadith yang menjelaskan bahawa Rasulullah tidak menambahkan kata rabbighfir li dianggap hasan dan sahih, seperti yang dijelaskan Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan Imam lainnya, sedangkan dengan menambahkan kata tersebut dihukumi dhaif, seperti yang diungkapkan al-Hafiz al-‘Iraqi, maka dapat disimpulkan bahawa tidak ada pertentangan diantara dua pendapat kerana berbeza-bezanya dasar (hadith) dari keduanya, meskipun asal dari (dua) hadith tersebut tetaplah satu (Mausu’ah Abdullah al-Ghumari Fatawa wa Ajwibah 16/181).

 

 

Praktis pembacaan doa yang dilakukan setelah membaca surah al-fatihah dan sebelum melafazkan amin sering kita dengarkan oleh beberapa qari ketika mengimamkan solat. Doa tersebut memiliki redaksi rabbighfirli. Sebagian muslim ada yang menambahkan dengan wa li walidayya dan atau wa li al-muslimin wa al-muslimat, yang pada prinsipnya merupakan tambahan objek permintaan ampunan (maghfirah). Kebelakangan, praktis ini mendapatkan “tentangan” dari beberapa kalangan terkait keabsahan dan landasan yang digunakan. Hal ini berlandaskan apa yang disebutkan ulama dalam beberapa kitab fiqh mazhab Syafie seperti:

 

a)Tuhfatul Muhtaj Ibnu Hajar al-Haitami 2/50

b) Hasyiah as-Syabramallisi 1/489

c) Hasyiah al-Jamal 1/354

d) Hasyiah al-Bujairimi ala al-Khatib 2/29

e) Hasyiah al-Bujairimi ala al-Minjaj  1/199

f) Busyra al-Karim hal. 220

g) al-Umm 1/131

h) al-Majmu 3/373

i) Raudhatut Thalibin 1/247

 

ـ (تَنْبِيهٌ) أَفْهَمَ قَوْلُهُ عَقِبَ فَوْتَ التَّأْمِينِ بِالتَّلَفُّظِ بِغَيْرِهِ وَلَوْ سَهْوًا كَمَا فِي الْمَجْمُوعِ عَنْ الْأَصْحَابِ وَإِنْ قَلَّ، نَعَمْ يَنْبَغِي اسْتِثْنَاءُ نَحْوِ رَبِّ اغْفِرْ لِي لِلْخَبَرِ الْحَسَنِ «أَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ عَقِبَ الضَّالِّينَ رَبِّ اغْفِرْ لِي آمِينَ»

 

Penjelasan penting. Ucapan penulis “Hilangnya kesunnahan membaca amin dengan mengucapkan kalimat yang lain, walaupun dalam keadaan lupa, seperti dijelaskan dalam kitab al-Majmu’ dari para pengikut Imam as-Syafie, meskipun hanya kalimat yang sedikit” hendaknya dikecualikan penambahan kalimat rabbighfir lî berdasarkan hadith hasan bahawa “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda setelah melafalkan ad-dhallin adalah doa “rabbighfir li amin” (Ibnu Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj 2/49)

 

Syekh Ali Syibramalisi menambahkan tambahan kata “Wa li walidayya wa li jami’il muslimin” agar doa semakin bertambah lengkap. Dalam kitab hasyiyahnya, beliau menjelaskan:

 

 وَيَنْبَغِي أَنَّهُ لَوْ زَادَ عَلَى ذَلِكَ وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ لَمْ يَضُرَّ أَيْضًا

 

Hendaknya jika menambahkan kalimat Wa li walidayya wa li jamî’il muslimin juga tidak masalah (Hasyiyah as-Syibramalisi ‘ala Nihayah al-Muhtaj 1/489).

 

 

 

Ironinya, terkait pandangan penambahan doa dalam al-Fatihah ini hanya ditemukan dalam mazhab Syafie dan tidak ditemuan dalam mazhab lainnya (Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 1/114)

 

Rujukan

 

https://tafaqquh.net/2020/10/09/status-hadits-rabighfirli-amin/

 

https://www.kanglatif.com/2019/04/penambahan-doa-rabbighfirli-ketika.html

 

https://islam.nu.or.id/shalat/penambahan-doa-rabbighfir-li-ketika-selesai-membaca-al-fatihah-WoDyu

 

https://binsahak.com/index.php/fiqh-ibadat/458-sdi-1121-hukum-sebut-rabbigh-firlii-sebelum-sebut-aamin-slps-alfatihah

Kisah mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

 

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a.

 

Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

 

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

 

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

 

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

Allah SWT berfirman, " SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal dalam mana mana kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 260639)

Hadith Nabi saw amin doa Jibril as 3 kali yang sahih

 Matan hadith

 

diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

 

Terjemahan

 

Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban no. 907. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 997 dan al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad 2/322.

 

Berdasarkan hadith ini, tiga hal yang disebut di dalam hadith yang sahih ini adalah:

 

-Orang yang bertemu bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

-Orang yang tidak berlaku baik kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.

-Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW apabila disebut kepadanya

Asal perkataan Allah maujud bila makan

 

Berkata Saidina Ali ra:-

 

كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان

 

Allah wujud pada azali dan tidak bertempat dan sekarang juga tidak bertempat

 

Takhrij

 

Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalam Kitab al-Firaq bin al-Firaq hal. 333

 

Tidak ditemui sanadnya dalam kitab tersebut. Dan ini adalah penisbatan palsu ke atas Ali bin Abi Thalib ra. (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 275170).

 

 Ada lagi satu atsar dari Ali ra.

 

من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.

 

”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan kita terbatas (mahdhud) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang Pencipta.”[Hilyatul Awliya’; Abu Nu’aim al Isfahani 1/73, ketika menyebut sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]

 

Hadith ini dinilai gharib oleh Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya'  1/72-73.

 

Az-Zahabi berkata dalam Al ‘Uluwwu lil ‘Aliyyil Ghaffar hal. 81 no. 182:

 

 هذا حديث منكر وإسناده غير ثابت لكنه صح إلى عبد الوارث

 

Hadith ini munkar dan sanadnya tidak tsabit, tetapi hadith sah sehingga Abdul Warits

 

Sesungguhnya atsar ini dibawakan oleh orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:

 

وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ

 

Dan diriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salaam berkata, “Mana pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Bihar al-Anwar 4/295; Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)

 

Jelas bertentangan dengan pemahaman sahabat tabien dan tabiut tabien. Dan tidak ada imam sunnah menyebutkan sedemikian. Para sahabat bersepakat bahawa Allah maha besar, dan maha tinggi dia atas semua mahluk ciptaanNya dan dia bersemayam di atas Arasy dan mengimani sifat yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t. sendiri tentang diri-Nya dan apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat-sifat Allah tanpa ta’wil (mengubah) takyif (membagaimanakan) juga tidak tasybih (menyamakan) tidak juga ta’thil (menafikannya) (Fatwa Soaljawab Islam no. 219727).

 

Kenyataan Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari bahawasanya Aqidah Allah berada dimana-mana atau Allah wujud tanpa bertempat ialah Aqidah Muktazilah .

 

 

Seperti yang disebut oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari di dalam kitabnya (مقالات الإسلاميين والختلاف المصلين) Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Mushallin 1/236:

 

 

اختلف المعتزلة في ذلك، فقال قائلون: البارئ بكل مكان، بمعنى أنه مدبر لكل مكان...والقائلون بهذا القول جمهور المعتزلة أبو هزيل والجعفراني والإسكافي ومحمد بن عبد الوهاب الجبائي. وقال قائلون: البارئ لا في مكان، بل هو على ما لم يزل. وهو قول هشام الفوطي وعباد بن سليمان وأبي زفر وغيرهم من المعتزلة. وقالت المعتزلة في قول الله عزوجل (طه: 5) الرحمن على العرش استوى يعني استولى.

 

Muktazilah telah bercanggah pendapat dalam masalah ini. Berkata sebahagiannya Allah berada dimana-mana bermaksud mentadbir di setiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie. Sebahagian pula berkata Allah tidak bertempat. Pendapat ini ialah pendapat Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya dikalangan muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah surah Thaha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah bermaksud Istaula iaitu berkuasa.

 

Selain kitab di atas, ditemui juga dengan ditulisnya buku al-Ibanah, dan Risalah Ahli Saghr. Di antara pernyataan al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah dalam ‘al-Ibanah’ adalah:

 

قولنا الذي نقول به وديانتنا التي ندين بها التمسك بكتاب الله ربنا عز و جل وبسنة نبينا محمد صلى الله عليه و سلم وما روى عن السادة الصحابة والتابعين وأئمة الحديث ونحن بذلك معتصمون وبما كان يقول به أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل – نضر الله وجهه ورفع درجته وأجزل مثوبته – قائلون…الخ

 

“Pendapat yang kami pegangi dan agama yang mana kami beragama dengannya adalah: berpegang teguh dengan Kitab Allah Rabb kami azza wajalla, dengan sunnah Nabi kami Muhammad shallallahu alaihi wasallam dan juga dengan riwayat dari para pembesar sahabat, tabiin dan para imam ahlul hadits. Kami berpegang teguh dengan itu semuanya. Dan kami juga berpendapat dengan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal –semoga Allah menjadikan wajah beliau berseri, mengangkat derajat beliau dan memperbanyak pahala beliau-…dst.” (Al-Ibanah an Ushulid Diyanah hal. 20).

 

Abul-Hasan Al-Asy’ari berkata dalam Risalah Ahli Saghr

 

وأجمعوا . . أنه فوق سماواته على عرشه دون أرضه ، وقد دل على ذلك بقوله : {أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض}، وقال : {إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه}. وقال : {الرحمن على العرش استوى}، وليس استواءه على العرش استيلاء كما قال أهل القدر، لأنه عز وجل لم يزل مستوليا على كل شيء

 

“Dan mereka (para ulama Ahlus-Sunnah) bersepakat..... bahwasannya Allah berada di atas langit-langit-Nya, di atas ‘Arsy-Nya, bukan di bumi-Nya. Dan hal itu ditunjukkan melalui firman-Nya : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu’ (QS. Al-Mulk : 16). Dan Allah berfirman : ‘Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya’ (QS. Faathir : 10). Allah berfirman : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang ber-istiwaa’ di atas 'Arsy’ (QS. Thaha : 5). Dan bukanlah yang dimaksud istiwaa’-nya Allah di atas ‘Arsy itu adalah istilaa’ (menguasai) sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Qadariyyah. Karena Allah ‘azza wa jalla senantiasa berkuasa atas segala sesuatu” [Risaalatun ilaa Ahlits-Tsaghr oleh Abul-Hasan Al-Asy’ari, hal. 231-234, tahqiq : ‘Abdullah bin Syaakir Al-Junaidi; Maktabah Al-‘Uluum wal-Hikam, Cet. 2/1422 H].

 

Jadi, perkataan bahawa Allah ada di mana-mana adalah pendapat rasmi dari kelompok Jahmiyah yang kemudian diikuti oleh Muktazilah. (Jahmiyah merupakan pengikut Jahm bin Shafwan yang mengatakan bahawa Allah tak mempunyai sifat apa pun). Mereka mengatakan itu sebab menolak sifat istiwa’ sebagaimana difirmankan Allah.

 

Abu Nu’aim Al Ash-bahani, penulis kitab Al Hilyah. Beliau rahimahullah, “Metode kami (dalam menetapkan sifat Allah) adalah jalan hidup orang yang mengikuti Al Kitab, As Sunnah dan ijma’ (konsensus para ulama). Di antara i’tiqad (keyakinan) yang dipegang oleh mereka (para ulama) bahawasanya hadith-hadith yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menetapkan Allah berada di atas ‘Arsy dan mereka meyakini bahawa Allah beristiwa’ (menetap tinggi) di atas ‘Arsy-Nya. Mereka menetapkan hal ini tanpa melakukan takyif (menyatakan hakikat sifat tersebut), tanpa tamtsil (memisalkannya dengan makhluk) dan tanpa tasybih (menyerupakannya dengan makhluk). Allah sendiri terpisah dari makhluk dan makhluk pun terpisah dari Allah. Allah tidak mungkin menyatu dan bercampur dengan makhluk-Nya. Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy-Nya di langit sana dan bukan menetap di bumi ini bersama makhluk-Nya (Majmu’ Al Fatawa, Ahmad bin Abdul Halim Al Harani  5/60).

 

 

Bukti ulama telah berijma' akan permasalahan ini, seperti yang dibawakan oleh Ishaq bin Rahuwyah.

 

قال أبو بكر الخلال أنبأنا المروذي حدثنا محمد بن الصباح النيسابوري حدثنا أبو داود الخفاف سليمان بن داود قال قال إسحاق بن راهويه قال الله تعالى الرحمن على العرش استوى إجماع أهل العلم أنه فوق العرش استوى ويعلم كل شيء في أسفل الأرض السابعة

 

“Abu Bakr Al Khallal mengatakan, telah mengabarkan kepada kami Al Maruzi. Beliau katakan, telah mengabarkan pada kami Muhammad bin Shobah An Naisaburi. Beliau katakan, telah mengabarkan pada kami Abu Daud Al Khanaf Sulaiman bin Daud. Beliau katakana, Ishaq bin Rahuwyah berkata, “Allah Ta’ala berfirman,

 

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

 

 

“Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy”[QS. Thaha: 5].

 

Para ulama sepakat (berijma’) bahawa Allah berada di atas ‘Arasy dan beristiwa’ (menetap tinggi) di atas-Nya. Namun Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi di bawah-Nya, sampai di bawah lapis bumi yang ketujuh.[Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghafar hal. 179; Mukhtashar Al ‘Uluw hal. 194].

 

Az-Zahabi rahimahullah ketika membawakan perkataan Ishaq di atas, beliau rahimahullah mengatakan,

 

اسمع ويحك إلى هذا الإمام كيف نقل الإجماع على هذه المسألة كما نقله في زمانه قتيبة المذكور

 

“Dengarkanlah perkataan Imam yang satu ini. Lihatlah bagaimana beliau menukil adanya ijma’ (kesepakatan ulama) mengenai masalah ini. Sebagaimana pula ijma’ ini dinukil oleh Qutaibah di masanya.”[Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghafar hal. 179; Mukhtashar Al ‘Uluw hal. 194]

 

Imam Zahabi menyebut lagi;

 

"kata-kata Salaf dan imam-imam Sunnah bahkan sahabat-sahabt Nabi seperti yang disebutkan Allah dan rasulNYA; "Sesungguhnya Allah berada di atas langit-langitnya..,kata-kata Jahmiyyah yang pertama ialah Allah berada di merata-rata tempat, dan kata-kata ahli kalam yang terkemudian dikalangan Muktazilah, Mathurdiyyah dan Asyaierah menyatakan; "Allah itu bukan di langit dan bukan di atas arasyhnya, tidak juga di atas langit-langitNYA, tidak didalam bumi dan tidak diluar bumi dan tidak juga tinggi di atas makhluk-makhluknya (al-Uluw karangan imam az-Zahabi hal. 107 dan 195)

 

Berkata Ibnu Katsir Rahimahullah:

 

وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري،والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. ...

 

“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: (ثم استوى على العرش) maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....” (Tafsir Ibnu Katsir 3/426-427).

 

Rujukan

 

https://celiktafsir.net/2015/11/06/isu-allah-tanpa-bertempat/

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 219727

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 129671, 54039

 

https://nu.or.id/ilmu-tauhid/siapakah-yang-berkata-allah-ada-di-mana-mana-iHrkj

 

https://rumaysho.com/933-di-manakah-allah-4.html#_ftn23

 

https://maktabahabufateema.blogspot.com/2020/

 

https://nu.or.id/ilmu-tauhid/siapakah-yang-berkata-allah-ada-di-mana-mana-iHrkj

 


Hadith-hadith tauriyah

 

dari Suwaid bin Handzalah ra, yang berkata:

 

«خَرَجْنَا نُرِيْدُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَنَا وَائِلٌ بْنُ حَجَرٍ، فَأَخَذَهُ عَدُوٌّ لَهُ فَتَحَرَّجَ الْقَوْمُ أَنْ يَحْلَفُوا، وَحَلَفَتْ اَنَّهُ أَخِيْ فَخُلِيَ عَنْهُ، فَأَتَيْنَا رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: أَنْتَ كُنْتَ أَبَرَّهُمْ وَاصْدَقْهُمْ، اَلْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ»

 

‘Kami pernah keluar hendak menjumpai Rasulullah saw, sementara Wail bin Hajr ikut bersama kami. Lalu Wail ditangkap oleh musuh. Lalu kaumnya (merasa) berdosa bersumpah, sedangkan aku bersumpah bahawa Wail adalah saudaraku, maka iapun dilepaskan. Kemudian kami datang kepada Rasulullah saw dan kusampaikan kejadian tersebut kepada beliau. Beliau bersabda: ‘Engkau adalah orang yang paling baik dan paling benar diantara mereka. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya.’ (HR. Abu Daud no. 3256, sahih).

diriwayatkan oleh Anas Bin Malik RA. Ketika Rasulullah SAW keluar berhijrah bersama Abu Bakar al-Siddiq RA, mereka didatangi oleh seorang lelaki kemudian bertanya Abu Bakar al-Siddiq RA, “Siapakah yang bersama dengan beliau itu?”, maka Abu Bakar al-Siddiq RA menjawab:

 

هَذَا الرَجُلُ يَهْدِينِي السَّبِيلَ

 

Lelaki ini menunjukkan aku jalan (HR. Bukhari no. 3911)

 

satu ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat RA di dalam suatu permusafiran. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan sekumpulan kaum musyrikin yang bertanyakan dari mana kedatangan mereka. Maka Rasulullah SAW menjawab :

 

نَحْنُ مِن مَاءٍ

 

Kami datang daripada air.

 

Lalu kaum musyrikin pun melihat antara satu sama lain, dan salah seorang berkata, “Sesungguhnya kabilah bagi bangsa Yaman sangat banyak. Boleh jadi mereka salah satu dari kalangan mereka.” Kemudian mereka pun beredar. Sedangkan yang dimaksudkan Rasulullah SAW sebenarnya adalah bahawa manusia itu berasal daripada benih lelaki. (Sirah Ibn Hisyam 2/255)

Hadith doa mustajab ketika azan

 

Ulama berbeza pendapat pada maksud ketika azan dikumandangkan dalam hadith dari Sahl bin Sa'ad ra:

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

 

ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا

 

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud no. 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nataijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”)

 

 

Kepada:

 

1- maksudnya adalah setelah azan atau antara azan dan iqamah, kerana hadith2 yang menyatakan setelah azan lebih sahih, lebih banyak, lebih jelas seperti hadith Abdullah bin Amru bin Al-Aas, HR. Muslim no. 384; Anas bin Malik HR. Abu Daud no. 521; Abdullah Ibnu 'Amr, HR. Abu Daud no. 524; Marqaatul Mufaqifah 2/570.

 

2- maksudnya adalah kalimah menjawab azan itu sendiri (HR. Muslim no. 385)

 

3- maksudnya adalah berdoa pada waktu sama sesambil jawab azan sesuai dengan hadith lainnya dari Abu Umamah ra (Marqaatul Mufaqifah 2/570):

 

Rasulullah saw bersabda,

 

إِذَا نَادَى الْمُنَادِي فُتِحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ، وَاسْتُجِيْبَ الدُّعَاءُ

 

“Apabila pemanggil memanggil (muazzin mengumandangkan azan) maka dibukalah pintu-pintu langit dan dikabulkan doa.” (HR. Abu Awanah dalam musnadnya, al-Hakim dalam Mustadraknya no. 2004, dan disahihkan al-Albani dalam Sahih al-Jami’ no. 803).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 5666, 290226

Ini Penyebab Dicabutnya Pemahaman Terhadap Al-Qur'an, Meskipun Ia Seorang Alim..

 

Syaikh al-'Allamah Bakr Abu Zaid rahimahullah membawakan riwayat dari Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri beliau berkata,

 

كنت أوتيت فهم القرآن فلما قبلت الصرة سلبته

 

"Dahulu aku dianugerahi pemahaman tentang Al-Qur'an akan tetapi setelah aku menerima "shurrah" hilanglah pemahaman itu dariku."

 

(Tadzkiratus Sami' (hal. 19)

 

Syaikh al-'Allamah al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan,

 

"Shurrah iaitu hadiah dari penguasa, ketika Sufyan menerima pemberian itu hilanglah pemahaman beliau terhadap agama.

 

Para salaf dahulu orang-orang kemas terhadap suatu urusan, sebab itu mereka sangat menjaga diri dari pemberian para penguasa.

 

Mereka berkata, "Tidaklah para penguasa memberi kepada kita hadiah melainkan untuk membeli agama kita lalu menukarnya dengan dunia mereka."

 

Oleh sebab itu tidak sepatutnya seorang alim menerima hadiah dari penguasa yakni bila maksud pemberian itu diketahui untuk memanfaatkan dirinya.

 

Adapun jika penguasa itu mengumpulkan hartanya dengan cara yang halal dan si alim itu tidak mengambil hadiah untuk menjual agamanya maka ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadith,

 

"Adapun harta yang datang kepadamu sedang engkau tidak mengharap dan memintanya maka ambillah, selain itu maka janganlah engkau mengharapkannya."

 

Tujuan Sufyan ats-Tsauri menyampaikan hal itu agar menjadi peringatan sekaligus penyesalan atas pengalaman yang beliau lakukan."

 

(Syarah Hilyah Thalibil 'Ilmi (hal. 20)

 

 

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...