Wednesday 30 September 2020

Dosa riba lebih besar dari dosa zina

 Matan hadith

 

دِرْهَمُ رِبًا يَأْكُلُهُ الرَّجُلُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَشَدُّ مِنْ سِتَّةِ وَثَلاَثِيْنَ زَنْيَةً

 

Terjemahan

 

Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari transaksi riba sedangkan dia mengetahui, lebih besar dosanya daripada melakukan perbuatan zina sebanyak 36 kali

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 22007 al-Bazzar no. 3381, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 27/418, al-Daruquthni 2/586 dan Ibn Abi Ashim dalam al-Ahad wal Masani no. 2759, daripada Abdullah bin Hanzalah ra.

 

Menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad no. 21957,  hadith ini dhaif jika marfu’ dan sanadnya sahih jika mauquf kerana ia adalah kalam Ka’ab al-Ahbar ra.

Al-Haitami al-Makki menilai sanad hadith ini sahih dalam al-Zuwajir 1/227.

 

Syeikh al-Albani menilai sanad hadith ini sahih mauquf dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1033

Hadith larangan mendengar muzik/nyanyian

 

Matan hadith

 

من اسْتمع إِلَى صَوت غناء لم يُؤذن لَهُ أَن يستمع الروحانيين فِي الْجنَّة فَقيل وَمَا الروحانيون يَا رَسُول الله قَالَ قراء أهل الْجنَّة

 

Terjemahan

 

Barangsiapa mendengarkan suara nyanyian, maka dia tidak akan diizinkan mendengarkan para Ruhaniyyun. Sahabat bertanya, "Siapakah dia itu Ruhaniyyun ya Rasulullah?", Rasulullah menjawab "Para qari ahli syurga".

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim at-Tirmidzi dalam Nawadhir al-Ushul 2/87, al-Qurthubi dalam al-Tadzkirah hal. 631 dan al-Wahidi dalam tafsirnya al-Wasith 3/441-442, daripada Abu Musa al-Asya'ari ra.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini paslu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6516.


Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 122906

Kisah Ibnu Ummi Maktum dan iblis

  

قصة ابليس مع عبد الله بن ام مكتوم

بينما كان عبد الله بن أم مكتوم ذاهبا لصلاة الفجر ذات ليله, واذ هو فى الطريق وقع فى حفره. فنهض وسار الى المسجد , وفى الليله التاليه وهو فى الطريق الى المسجد ,وقبل ان يصل الى الحفره اذا بشخص يأخذه بيده ,ويوصله الى المسجد وعند باب المسجد سأله ابن ام مكتوم : من انت ؟ .. فقال له أنا الشيطان . فسأله ابن ام مكتوم متعجبا !!،، ولماذا أخذت بيدى الى المسجد ؟

فقال له : انك لما وقعت بألامس غفر لك الله نصف ذنوبك , فخشيت ان تقع الليله فيغفر الله كل ذنوبك

 

 

Maka, dengan penuh keimanan, setiap azan berkumandang dan waktu shalat tiba, ia pun segera pergi ke masjid dan berjamaah dengan Rasulullah SAW. Suatu ketika di waktu Subuh, saat azan dikumandangkan, Ibnu Ummi Maktum bergegas ke masjid. Di tengah jalan, kakinya tersandung batu hingga akhirnya mengeluarkan darah. Namun, tekadnya sudah bulat untuk tetap berjamaah ke masjid.

 

Waktu Subuh berikutnya, ia bertemu dengan seorang pemuda. Pemuda tersebut bermaksud menolongnya dan menuntunnya ke masjid. Selama berhari-hari, sang pemuda ini selalu mengantarnya ke masjid. Ibnu Ummi Maktum pun kemudian ingin membalas kebaikannya. “Wahai saudaraku, siapakah gerangan namamu. Izinkan aku mengetahuimu agar aku boleh mendoakanmu kepada Allah swt.

 

“Apa untungnya bagi Anda mengetahui namaku dan aku tak mahu engkau doakan,” jawab si pemuda. “Jika demikian, cukuplah sampai di sini saja engkau membantuku. Aku tak mahu engkau menolongku lagi sebab engkau tak mahu didoakan,” tutur Ibnu Ummi Maktum kepada pemuda itu.

 

Maka si pemuda ini pun akhirnya mengenalkan diri. “Wahai Ibnu Ummi Maktum, ketahuilah sesungguhnya aku adalah iblis,” ujarnya. “Lalu mengapa engkau menolongku dan selalu mengantarkanku ke masjid. Bukankah engkau semestinya mencegahku untuk ke masjid?” tanya Ibnu Ummi Maktum lagi.

 

Sang pemuda yang bernama iblis itu kemudian membuka rahsia atas pertolongannya selama ini. “Wahai Ibnu Ummi Maktum, masih ingatkah engkau beberapa hari yang lalu tatkala engkau hendak ke masjid dan engkau terjatuh? Aku tidak ingin hal itu terulang lagi. Sebab, kerana engkau terjatuh, Allah telah mengampuni dosamu yang separuh. Aku takut kalau engkau jatuh lagi Allah akan menghapuskan dosamu yang separuhnya lagi sehingga terhapuslah dosamu seluruhnya. Maka, sia-sialah kami menggodamu selama ini,” jawab iblis tersebut.

 

Takhrij

 

Kisah ini disebutkan oleh Prof Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya dalam Shuwar min Hayaatis Shahabah hal. 148-154.

 

Kisah ini dinilai palsu oleh Syeikh Ishaq Huwaini dalam https://www.youtube.com/watch?v=LLzHgE6wLiU&feature=youtu.be

 

Kisah ini batil (https://ko-kr.facebook.com/361568820707312/posts/361579744039553/).

 

Menerusi soalan saya kepada Syeikh Zakaria Mandou, menurut beliau kisah ni tidak sahih

Kriteria wanita dianjurkan untuk dinikahi

 Matan hadith

 

إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ: تَيْسِير خِطْبَتِهَا، وَتَيْسِير صَدَاقِهَا، وَتَيْسِير رَحِمِهَا

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya diantara kebaikan seorang perempuan adalah, mudah meminangnya, ringan maharnya, dan subur rahimnya.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 24478, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 3612, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 1/394,  daripada Aisyah ra.

 

As-Shakawi dalam Maqasid al- Hasanah 2/44, menilai sanadnya jayyid.

 

Sanadnya hasan menurut Syeikh al-Arnauth

 

Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Irwa al-Ghalil 6/350

Hadith azab ke atas ibu jika tidak memberikan susu badan kepada bayinya

 

Matan hadith

 

ثُمَّ انْطَلَقَ بِي فَإِذَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثَدْيَهُنَّ الْحَيَّاتُ, قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قِيلَ: هَؤُلَاءِ اللَّاتِي يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

 

Terjemahan

 

Kemudian Malaikat itu mengajakku melanjutkan perjalanan, tiba-tiba aku melihat beberapa wanita yang payudaranya dicabik-cabik ular yang ganas. Aku bertanya: ‘Kenapa mereka?’ Malaikat itu menjawab: ‘Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar’i)’.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam sahihnya no. 7491, Ibnu Khuzaimah no. 1986, dan Syaikh Muqbil rahimahullah dalam Al-Jami’ush Sahih menyatakan: “Ini hadith sahih dari Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu.”

 

Sanadnya dinilai sahih oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban.

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Mawarid no. 1509.

 

Penjelasan

 

 

Ancaman ini hanya berlaku kepada ibu yang sengaja tidak memberikan susu ibu kepada anaknya tanpa uzur syarie.

 

Jika si ibu ada halangan untuk beri susunya atas alasan kesihatan, atau anak tidak mahu menerima susu tersebut, atau faktor yang lain maka dia tidaklah termasuk dalam golongan diazab tersebut.

 

 

Allah Ta’ala berfirman,

 

وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَى

 

“Jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.” (QS. Ath-Thalaq [65]: 6)

 

Terdapat beberapa keadaan ketika seorang ibu justru tidak boleh menyusui anaknya secara langsung, baik keadaantersebut bersifat sementara atau bersifat kekal. Misalnya, si ibu sedang menjalani rawatan sehingga harus rutin meminum ubat-ubatan tertentu (semacam ubat-ubat kemoterapi); seorang ibu yang dalam keadaab sakit infeksi ; atau payudara ibu mengalami infeksi oleh virus tertentu; kelainan (penyakit) tertentu pada bayi; dan keadaan - keadaan lainnya yang menurut para doktor ahli di bidang ini merupakan satu keburukan ketika susu ibu diberi.

 

Ulama dalam Fatwa Lajnah Daimah 7/21 menjelaskan bahawasanya dibolehkan memberikan gantian susu ibu seperti susu formula dengan dua syarat:-

 

a) mendapat izin suaminya

b) susu formula tersebut tidak membahayakan bayi

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 238779

Hadith sedekah boleh memanjangkan umur

 

Matan hadith

 

إنَّ صدقةَ المسلمِ تزيدُ في العمرِ وتمنعُ ميتةَ السُّوءِ ويُذهبُ اللَّهُ بها الكبرَ والفقرَ والفخرَ

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya. Dapat mencegah kematian yang buruk (Su’ul khatimah). Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong. Kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 6086, daripada Amru bin Auf al-Muzani ra.

 

al-Haithami dalam majma Zawaid 3/113 menilai hadith ini dhaif kerani perawi yang dhaif bernama Kasir bin Abdullah al-Mizi.

 

Al-Bushiri dalam Ithaf al-Khiyarah 3/35 menilai sanadnya dhaif.

 

Didhaifkan juga oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 4979.

 

Syeikh al-Albani dalam Tamamul Minnah no. 391 menilai hadith ini dhaif atau dhaif jiddan.

 

Jumlah pengikut Nabi Nuh as yang terselamat dari banjir besar

 

Ibnu Katsir dalam Al-Bidaayah wa’n-Nihaayah 1/111-114  menyebutkan perbezaan ulama dalam menentukan jumlah pengikutnya ketika berada di atas kapal:-

 

a) 80 lelaki bersama isteri mereka - ini pendapat Ibnu Abbas

b) 72 orang - dari Ka'ab bin Ahbaar

c) 10 orang

 

Al-Hamawi menjelaskan,

 

كان أول من نزله نوح عليه السلام لما خرج من السفينة ومعه ثمانون إنسانا فبنوا لهم مساكن بهذا الموضع وأقاموا به فسمي الموضع بهم ثم أصابهم وباء فمات الثمانون غير نوح عليه السلام وولده فهو أبو البشر كلهم

 

Orang pertama yang turun kapal adalah Nuh ‘alaihis salam, ketika beliau keluar dari kapal, beliau bersama 80 manusia. Mereka membangun tempat tinggal di tempat itu dan menetap di sana. Kemudian mereka tertimpa wabak penyakit, sehingga 80 orang tersebut meninggal kecuali Nuh ‘alaihis salam dan anaknya. Maka beliau adalah Abul Basyar (bapa kepada seluruh manusia). (Mu'jam al-Buldan 2/84).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 130293

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 2762

Hadith 3 golongan yang dilaknat

 

Matan hadith

 

ثَلَاثَةٌ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ رَغِبَ عَنْ وَالِدَيْهِ، وَآخَرُ سَعَى فِي تَفْرِيقٍ بَيْنَ رَجُلٍ وَامْرَأَةٍ لِيَخَلُفَ عَلَيْهَا بَعْدَهُ، وَآخَرُ سَعَى بِالْأَحَادِيثِ بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ لِيَتَعَادَوْا وَيَتَبَاغَضُوا

 

 

Terjemahan

 

Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya

 

 

Takhrij

 

HR. Ishaq bin Rahuyah dalam al-Musnad daripada  Umar bin al-Khattab sebagaimana disebutkan oleh al-Busiri dalam Ithaf al-Khiyarah 6/68, 8/76. Beliau mendhaifkan sanad hadith ini kerana dhaifnya perawi bernama Musa bin Ubaidah.

 

Juga didhaifkan oleh Ibnu Katsir dalam Musnad Faruq 1/428 dan berkata "Dalam sanadnya ada perawi yang tidak dinamakan. Tetapi hadis ini berkaitan dengan al-targhib, dimaafkan kalau dhaif sekalipun."

 

Ibnu Hajar menilai sanad hadith ini dhaif dalam Mathalib Aliyah 6/86.

Kisah Nabi Musa as dan penzina

 

Matan Kisah

 

القِيَامَةِ وَعَلى وَجْهِهِ ثَلاثَة أَسْطُرِ مَكْتُوبَاتٍ فِي السَّطْر الأوّلِ: يَا مُضَيعَ حَقِّ الله، والسطر الثاني: يا مخْصوصاً بِغَضَبِ الله، والسَّطر الثالث: ضَيَّعَكَ الله كَمَا ضَيَّعْتَ في الدُّنْيا حَقَّ الله، فَايأَس اليَوْمَ أَنْتَ مِنْ رَحْمَةِ الله» وروي «أنَّ فِي جَهَنّمَ وَادِياً يُقَالُ لَهُ لَمْلُم فِيهِ حَيَّاتٌ كُلُّ حَيَّةٍ بِثُخْنِ رَقْبَةِ البَعِيرِ طولَها مَسِيرَةُ شَهْرٍ، تَلْسَعُ تارِكَ الصَّلاةِ، فيغلي سَمُّها في جسمِهِ سبعينَ سَنَةً ثُمَّ يَتَهرّى لحْمُهُ» وروي أيضاً «إنَّ امرَأَةً مِنْ بِني إسْرَائِيلَ جَاءَتْ إلى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ. فقالت: يا نبيَّ الله أذْنَبْتُ ذنباً عظِيماً وَقَدْ تُبْتُ إلى الله تَعَالَى، فَادْعِ الله أَنْ يَغْفِرَ لِيَ ذَنْبِي وَيَتُوب عَلَيّ. فقالَ لَها موسَى: وَمَا ذَنْبُكِ؟ قَالَتْ: يا نبيَّ الله زَنَيْتُ وولدْتُ ولداً وَقَتَلْتُهُ. فقال موسى عليه السَّلامُ: اخْرُجي يا فَاجِرةُ لئَلا تَنْزِلَ نارٌ مِنَ السَّمَاءِ فَتحرقنَا بِشُؤْمِكِ، فَخَرَجَتْ مِنْ عِنْدِهِ مُنْكَسِرَةَ القَلْبِ، فَنَزِلَ جِبْريلُ عَلَيْهِ السَّلامُ وقال: يا مُوسَى الرَّبُّ تَعَالَى يَقُولُ لَكَ: لمَ رَدَدْتَ التَّائِبَةَ يا موسَى أَمَا وَجَدْت شَرَّاً مِنْها؟ قالَ موسَى: يَا جِبْرِيلُ وَمَنْ شَرٌّ مِنْها؟ قَالَ مَنْ يَتْركَ الصَّلاةَ عَامِداً مُتَعَمِّداً

 

 

Terjemahan

 

Dikisahkan, ada seorang perempuan dari Bani Israil yang datang mengadukan perihal dirinya kepada nabi Musa. Begitulah kemujuran manusia yang hidup semasa dengan nabinya, bertemu, dan beriman yaitu dapat bertaya langung kepada Nabi. Perempuan itu berkata, wahai nabiyullah Musa, saya berbuat dosa, dosa yang sangat besar dan saya sungguh telah bertaubat kepada Allah. Maka mintakanlah aku olehmu kepada Tuhanmu serta menerima taubatku, kata perempuan dari Bani Israil itu kepada nabi Musa.” Nabi pun menjawab, “jenis dosa apa yang telah kau perbuat, tanya nabi Musa kepada perempuan tersebut.” Wanita itu melanjutkan, “Ya Nabi, saya melahirkan seorang anak yang merupakan hasil dari hubungan zina. Tidak hanya itu, saya juga telah membunuh anak hasil zina itu !, terang perempuan Bani Israil menjawab pertanyaan nabi Musa. Wajah nabi Musa memerah kerana marah dan nabi Musa berkata, “Wahai wanita jahat, pergi kau dari negeriku ini agar tidak turun api dari langit yang kemudian api itu melalap kami akibat perbuatanmu.” Lantas perempuan itu pergi dengan hati yang kecewa kepada nabi Musa. Sembil menyesali atas semua ketercelaan perbuatannya. Kemudian Jibril datang menegur nabi Musa dan berkata, “Saya datang dengan membawa wahyu Allah ta’ala, mengapa kau menolak perempuan tadi yang hendak bertaubat? Apakah engkau tidak tahu tentang dosa yang melebihi perbuatan perempuan tadi?”, Nabi Musa terkedu mendengar ucapan Jibril dan bertanya, Duhai Jibril, adakah dosa yang lebih keji dari perbuatan perempuan yang tadi mengadu kepadaku. Dosa apakah itu ya Jibril ? Pertanyaan nabi Musa ini dijawab dengan singkat sebelum akhirnya malaikat Jibril pergi dari hadapan Musa, orang yang meinggalkan solat dengan sengaja itu lebih keji.

 

Takhrij

 

Syaikh Zainuddin Ibni Abdil Aziz dalam karyanya, Irsyad al-Ibad hal. 13 tanpa sanad.

 

Abdullah bin Mubarak rahimahullah mengatakan:

 

الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

 

 

“Sanad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada sanad, maka orang akan berkata semaunya.” (Muqaddimah Sahih Muslim, 1/12).

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...