Thursday 19 January 2023

Hadith Nabi saw mengucup dan mengucup lidah isterinya

 

Matan hadith

 

 

إن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا قبل بعض نسائه مص لسانها

 

Terjemahan

 

 Sungguh Nabi SAW ketika mencium salah satu isterinya, beliau mengucup lidahnya

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhu’afa’ 3/176 daripada Aisyah RA

 

Hadith munkar jiddan menurut al-Qaisarani dalam Dzakiratul Huffaz 2/814.

Orang yang nampak rajin beribadah, warak dan soleh belum tentu alim (faqih ilmu hadith)

 

Ibnu Abi Hatim ketika mengulas kedudukan perawi bernama Yazid ar-Raqasyi berkomentar:

 

Ahli hadith mengatakan bahawa ia adalah seorang yang selalu terobsesi dengan perbuatan ibadah serta kalimat-kalimat yang baik, namun sayang sekali ia tidak memiliki kemampuan mengetahui dan membezakan mana yang hadith dan mana yang bukan hadith (al-Majruhin 3/98)

Hadith palsu Imam Mahdi akan keluar dari Baghdad?

 

Matan hadith

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِنَّ الْمَهْدِيَّ عَلَيْهِ السَّلَامُ يَخْرُجُ مِنْ بَيْتِي فِي بَغْدَادَ، وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْحَجَّةِ، يَشْهَدُ بِالْحَقِّ وَيَقْضِي بِالْعَدْلِ، وَيَحْكُمُ بِالْحَقِّ وَيَشْهَدُ عَلَى الظَّالِمِينَ".

 

Terjemahan

 

Dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Al-Mahdi 'alaihis salam akan keluar dari rumahku di Baghdad, ia adalah seorang dari kalangan ahli haji, ia akan menyaksikan kebenaran dan menetapkan keadilan, ia akan menghukumi dengan benar dan menyaksikan terhadap orang-orang yang zalim"

 

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah

Hadith talak perkara halal yang dibenci oleh Allah swt

 

Matan hadith

 

أَبْغَضُ الحَلَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى الطَّلَاقُ

 

 

Terjemahan

 

Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah talaq

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 2178, Ibnu Majah 2018 daripada Abdullah bin Umar ra.

 

Abu Daud tidak memberi apa-apa hukum berkaitan hadith ini.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani.

 

Dhaif menurut az-Zahabi kerana terdapat perawi yang matruk, Abdullah bin Wasafi (Talkhis al-'Ilal Mutanahiyah hal. 213).

Hadith seandainya kalian tidak berbuat dosa, Allah akan gantikan kalian

 

 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

 

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ، وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ ، فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ

 

Demi Zat yang diriku berada ditanganNya, jika kalian tidak berbuat dosa Allah akan hilangkan kalian dan Allah akan datangkan kaum lain yang berdosa, lalu mereka pun minta ampun kepada Allah, Allah pun ampuni dosa mereka (HR. Imam Muslim 2749).

 

Syarah

 

Syeikh Shalih al Fauzan hafizahullah menjelaskan makna hadith ini ketika beliau mengatakan:

 

 Makna hadith ini sangat jelas, bahwa Allah -subhanahu wa ta’ala- senang jika hamba-Nya meminta ampun kepada-Nya dan Allah -subhanahu wa ta’ala- akan mengampuni mereka supaya nampak keutamaan Allah -subhanahu wa ta’ala- dan pengaruh dari sifat-Nya yaitu Al Ghafar dan Al Ghafur (Yang Maha Mengampuni) dan ini sebagaimana disebutkan di dalam firman-Nya:

 

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَه

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Rabbmu, dan berserah dirilah kepada-Nya” [QS. Az-Zumar: 53-54]

 

Hadith ini menunjukkan dua perkara yang agung:

 

a.       Yang pertama bahawa Allah subhanahu wa ta’ala Maha memaafkan, suka memaafkan, Maha pengampun, dan suka mengampuni.

 

b.       Yang kedua di dalam hadith ini ada khabar gembira bagi orang-orang yang bertaubat kepada Allah dimana Allah subhanahu wa ta’ala akan menerima taubat mereka dan akan mengampuni dosa-dosa mereka maka janganlah mereka berputus asa dari rahmat Allah subhanahu wa ta’ala dan jangan pula terus menerus melakukan maksiat. Akan tetapi yang mereka harus lakukan adalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah subhanahu wa ta’ala kerana Allah subhanahu wa ta’ala membukakan pintu istighfar bagi mereka. Demikian pula pintu membukakan pintu taubat. Inilah makna dari hadith tersebut.

 

Hadith ini juga telah menghilangkan kesombongan dari manusia karena terkadang manusia sombong terhadap dirinya dan ilmunya, padahal manusia adalah tempat kesalahan tempat ketergelinciran dan tempat kekurangan. Maka kewajipan anda adalah bersegera bertaubat dan beristighfar dari segala kekurangannya, kesalahannya, dan tergelincirnya. Jangan dia beranggapan bahawa dia adalah makhluk yang sempurna atau dia merasa tidak perlu pada istighfar.

 

Hadith ini memberikan dorongan dan motivasi untuk beristighfar kepada Allah kerana Allah subhanahu wa ta’ala senang jika hamba-hamba-Nya beristighfar dan bertaubat kepadaNya.

 

Juga menjelaskan bahawa setiap Bani Adam akan sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadith riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dari hadith Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu.

 

Hadith ini tidak bermakna Allah subhanahu wa ta’ala senang jika hambaNya melakukan dosa atau senang dengan kemaksiatan, akan tetapi Allah subhanahu wa ta’ala membenci kekufuran dan tidak pula redha dengan kekufuran serta tidak senang dengan kemaksiatan. Akan tetapi Allah suka jika hamba-Nya yang berbuat dosa dan maksiat dia bersegera bertobat kepada Allah subhanahu wa ta’ala serta beristighfar kepadanya. Inilah makna dari hadith tersebut”


Rujukan

 

alfawzan.af.org.sa/node/6061

 

https://abuubaidillah.com/andai-kau-tak-berbuat-dosa

 

Hadith malaikat mengazab orang kafir di kubur bisu pekak dan buta?

 

 

Ya memang terdapat beberapa riwayat menceritakan akan hal tersebut, akan tetapi ia tidaklah secara jelas menunjukkan ianya adalah malaikat, melainkan lelaki, yang walhasil malaikat diketahui umum tidaklah berjantina. Lelaki yang dimaksudkan tidaklah diperincikan oleh ulama apakah ianya makhluk Allah yang khusus menyerupai manusia (itu amal) atau malaikat yang menyerupai seorang lelaki (itu manusia). Wallahu ta’ala ‘alam.

 

At-Tadzkirah fi Ahwal Al-Mauta wa Al-Umur Al-Akhirah hal. 362-363:-

 

قَالَ عَمْرٌو فِي حَدِيثِهِ: عَنْ مِنْهَالٍ، عَنْ زَاذَانَ، عَنِ الْبَرَاءِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَيُقَيَّضُ لَهُ أَصَمُّ أَبْكَمُ مَعَهُ مِرْزَبَّةٌ لَوْ ضُرِبَ بِهَا فِيلٌ صَارَ تُرَابًا، أَوْ قَالَ رَمِيمًا، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً تَسْمَعُهَا الْخَلَائِقُ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ، ثُمَّ تُعَادُ فِيهِ الرُّوحُ فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً أُخْرَى

لفظ أبي داود الطيالسي و خرجه علي بن معبد الجهني من عدة طرق بمعناه

 

Berkata Amru bin Thabit daripada Al Minhal , daripada Zaazan daripada Al Barra’ daripada Nabi bersabda,” Didatangkan dua lelaki yang pekak dan bisu kepadanya, di tangannya ada tukul daripada besi, jika dipalu kepada gunung, nescaya akan menjadi debu. Maka mayat orang kafir dipukul dengan tukul besi itu di mana bunyinya terdengar oleh semua makhluk kecuali Jin dan Manusia. Kemudian roh dikembalikan lagi kepadanya dan dipukul lagi.”

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud  no. 4753, al-Baihaqi dalam Ithbat Azab Al Qubur no.  20, disahihkan oleh al-Baihaqi, al-Qurthubi dan al-Haithami dalam Majma’ Zawaid 3/49.

 

 

At-Tadzkirah fi Ahwal Al-Mauta wa Al-Umur Al-Akhirah hal. 353

 

 

ثم يقيض له أعمى أبكم معه مرزبة من حديد لو ضرب بها جبل لصار تراباً قال: فيضربه بها ضربة يسمعها ما بين المشرق والمغرب إلا الثقلين فيصير تراباً، ثم تعاد فيه الروح

 

 

Tambahan dalam hadith Jarir, beliau berkata:

 

"Kemudian muncul seorang lelaki buta dan bisu yang memegang sebuah tongkat kecil dari besi. Jika dipukulkan pada gunung, maka gunung itu akan hancur lebur menjadi debu." Lalu beliau berkata, "Tongkat itu lalu dipukulkan kepadanya, yang suaranya terdengar dari timur sampai ke barat kecuali oleh manusia dan jin, kemudian dikembalikan rohnya."

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 4753, an-Nasaie no. 2001, Ibnu Majah no. 1549, Ahmad no. 18557, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan al-Arnauth.

Hadith fadhilat berkongsi bekas minuman

 

Matan hadith

 

من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه، ومن شرب من سؤر أخيه رفعت له سبعون درجة، ومحيت عنه سبعون خطيئة وكتبت له سبعون حسنة 

 

 

Terjemahan

 

Antara sikap rendah diri bagi seseorang lelaki ialah dia meminum baki air minuman saudaranya dan sesiapa yang meminum baki air minuman saudaranya diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan daripadanya 70 keburukan dan ditulis baginya 70 kebaikan

 

Takhrij

 

HR. ad-Daruquthni sepertimana disebutkan oleh as-Syaukani dalam Al-Fawa’id al-Majmuʻah no. 185, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad no. 2196, al-Ismaili dalam Mu’jam Asami Syuyukh 3/753 no. 377, juga disebutkan dalam Kanzul Ummal no. 5748, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat beliau 3/204, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Hadith ini palsu, kerana dalam sanadnya terdapat perawi pendusta dan matruk.  Nuh Ibn Abi Maryam dalam sanad tersebut adalah seorang pendusta. Perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jauzi, ad-Daruquthni, az-Zahabi, as-Suyuthi (al-Maudhuat Ibnu Jauzi 3/204; Tartib Maudhuat no. 229; al-La’li al-Maudhuat 2/258).

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 79.

 

Hadith tiada asal menurut Dr. al-Atar (shorturl.at/nwO35)

Imam Malik rah pernah mengusir/menghalau penyoal soalan bidaah

 

 

Imam Malik rah. pernah ditanya oleh seseorang tentang Istiwa Allah, maka beliau menjawab :

 

الرَّحْمنُ عَلىَ اْلعَرْشِ اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالَ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَأَنْتَ رَجُلُ سُوْءٍ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخْرِجُوْهُ

 

“Ar-Rahman di atas Arasy beristiwa sebagaimana Dia mensifatinya, dan tidak boleh ditanyakan padanya “ Bagaimana “ sedangkan bagaimana itu mustahil bagi-Nya, dan kamu orang buruk, pelaku bidaah, USIR dia “ (Asma wa Sifat al-Baihaqi 2/305, sahih).

 

Imam Malik mengusir orang yang bertanya itu, disebabkan menurut beliau sipenanya itu telah berbuat bid’ah dengan pertanyaanya tentang kaifiyyah (tatacara) istiwa.

 

Hadith perumpamaan terhadap orang yang menjaja cerita kelambu suami isteri

 

 

Matan hadith

 

عن أبي هريرة  رضي الله عنه قال ‏أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم فلما سلم أقبل عليهم بوجهه فقال مجالسكم هل منكم الرجل إذا أتى أهله أغلق بابه وأرخى ستره ثم يخرج فيحدث فيقول فعلت بأهلي كذا وفعلت بأهلي كذا فسكتوا فأقبل على النساء فقال هل منكم من تحدث فجثت فتاة كعاب على إحدى ركبتيها وتطاولت ليراها رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم ويسمع كلامها فقالت أي واللّه أنهم يتحدثون وأنهن ليتحدثن فقال هل تدرون مامثل من فعل ذلك أن مثل من فعل مثل شيطان وشيطانة لقى أحدهما صاحبه بالسكة فقضى حاجته منها والناس ينظرون إليه‏

 

 

Terjemahan

 

Daripada Abu Hurairah ra, dia berkata ketika Rasulullah saw selesai mengucapkan salam kepada pengujung solatnya, lalu beliau menghadapkan wajah ke arah jamaah (makmum) seraya bertanya:"Majlis yang berbahagia, apakah ada di antara kalian yang mencampuri isteri dengan menutup pintu dan merapatkan tabir, akan tetapi, kemudian membicarakan kejadian itu kepada orang lain dengan mengucapkan, bahawa aku telah melakukan begini dan begitu terhadap isteriku?" Mendengar perkataan itu, para jemaah laki-laki berdiam diri. Lalu Beliau menghadap ke arah jemaah wanita seraya menanyakan: "Apakah ada di antara kalian yang membicarakannya?  Kemudian ada seorang wanita muda duduk di atas kedua lututnya sambil mengangkat kepala agar terlihat dan terdengar suaranya oleh Rasulullah berkata: "Demi Allah mereka semua jemaah lelaki dan juga jemaah wanita membicarakannya. Kemudian beliau bertanya: "Apakah kalian mengetahui perumpamaan orang yang melakukan hal itu?". "Sesungguhnya perumpamaan orang semacam itu seperti syaitan jantan dan betina, di mana salah satu dari mereka bertemu pasangannya di tengah jalan lalu melepaskan hajat mereka di sana, sedangkan orang-orang tengah melihat kepadanya.

 

 

Takhrij

 

HR. Ahmad 2/540-541, Abu Daud no. 2174, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 7/194, Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya 7/67/1.

 

Hadith ini sanadnya dhaif kerana terdapat perawi yang majhul, al-Thafawi (Nailul Authar 6/350).

 

Akan tetapi, hadith ini sahih menurut Syeikh Zaid Bin Muhammad al-Madkhali dan Syeikh al-Albani kerana terdapat syawahid [dalam Musnad Ahmad 6/456-457] (al-Afnan al-Nadiyyah 4/345; Irwaul Ghalil 7/73).

Hadith-hadith kelebihan duduk bersama orang alim

 

Hadith 1

 

من جلس عند العالم ساعتين او اكل معه لقمتين او سمع منه كلمتين او مشى معه خطوتين اعطاه الله تعالى جنتين كل جنة مثل الدنيا مرتين

 

Barangsiapa yang duduk dua waktu bersama orang alim atau makan dua suapan bersamanya atau mendengar dua kakimat darinya atau berjalan dua langkah bersamanya maka Allah akan memberikannya dua syurga yang luasnya setiap syurga seperti dua kali ganda dunia

 

Takhrij

 

HN.  Syeikh Uthman ibn Hasan ibn Ahmad al-Shakir dalam Durratun Nasihin hal 14. Tanpa sanad

 

Tidak sahih. Ia hadith yang popular dialangan sufi.

 

Hadith 2

 

قال النبي صلعم : جلوس ساعة عند العلماء احب الى الله الف سنة

 

Nabi saw bersabda: Duduk satu waktu dihadapan ulama lebih disukai Allah dari pada ibadah seribu tahun

 

Takhrij

 

HN.  Syeikh Uthman ibn Hasan ibn Ahmad al-Shakir dalam Durratun Nasihin hal 14. Tanpa sanad, tidak sahih.

 

Juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah, Bihar al-Anwar 1/205 daripada Ali ra.

 

Rujukan

 

https://sufilive.com/Six-things-Allah-swt-will-give-to-people-who-join-an-association-of-knowledge-1875-EN-print.html

Hadith orang yang riya akan dihinakan di hari kiamat dengan panggilan yang buruk

 

Matan hadith

 

إنّ المُرائي يُنادى عليه يومَ القيامةِ يا فاجرُ يا غادرُ يا كافرُ يا خاسرُ ضلَّ عملُك وحبط أجرُك اذهبْ فخذْ أجرَك ممن كنت تعملُ له

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya orang yang berbuat riya akan dipanggil pada hari kiamat dengan empat nama; hai kafir, hai fajir (durjana), hai kadir (penghianat), dan hai khaasir (orang yang rugi), usahamu telah sesat dan sia-sia pahalamu. Maka tiada bagian untukmu hari ini. Carilah pahala dari orang yang untuknya engkau beramal

 

Takhrij

 

HN. al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 3/359.

 

al-Iraqi berkata hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Duniya dengan melalui seorang sahabat yang tidak dinamakan, dan beliau menilai hadith ini sanadnya dhaif dalam Takhrij Ihya 3/362. Dan turut memberi penilaian yang sama, as-Suyuthi dalam Durar al-Mansur 1/158, as-Syaukani dalam Fathul Qadir 1/57.

 

Syeikh al-Albani pula menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6412

 

 

Yang sahih:

 

Dari Muadz bin Jabal RA Nabi SAW bersabda:

 

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُومُ فِي الدُّنْيَا مَقَامَ سُمْعَةٍ وَرِيَاءٍ الا سمع الله بِهِ على رُؤُوس الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 

"Tidaklah seorang hamba didunia ini mengerjakan sum'ah dan riya melainkan Allah akan mempamerkan aib riya dan sum'ahnya dihadapan seluruh manusia pada hari kiamat."(HR al-Hakim 4/127, ath-Thabarani 2803, hasan al-Albani).

 

Dari Mahmud bin Lubaid RA Nabi SAW bersabda:

 

 

يَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ: اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

 

“Allah berkata kepada mereka tatkala Allah membalas amalan manusia dengan balasan, pergilah kalian kepada mereka yang dahulu kalian cari muka terhadap mereka. Perhatikanlah, apakah kalian akan mendapati balasan dari mereka? (HR. Ahmad no. 23630, hasan Al-Arnauth)

 

Dari Jundub bin Abdullah RA Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ

 

Barangsiapa yang memperdengarkan maka Allah akan memperdengarkan tentangnya, dan barangsiapa yang memperlihatkan (Riya) maka Allah akan memperlihatkan tentang dia (HR. Bukhari no. 6499).

 

 

قالَ الْخَطَّابِـيُّ : مَـعْنَاهُ مَنْ عَـمِلَ عَمَلًا عَلَى غَـيْرِ إِخْلَاصٍ ، وَإِنَّـمَا يُرِيـدُ أَنْ يَـرَاهُ الـنَّاسُ وَيَسْـمَعُوهُ : جُـوزِيَ عَلَى ذَلِكَ ، بِأَنْ يُشَهِّرَهُ اللَّهُ وَيَفْضَـحَهُ ، وَيُظْـهِرَ مَـا كَـانَ يُبْطِـنُه.

 

Al-Khatthabi berkata:

 

Maknanya adalah barang siapa yang mengamalkan sebuah amalan tanpa ikhlas, akan tetapi kerana ingin dilihat oleh masyarakat dan disebut-sebut oleh mereka maka ia akan dibalas atas perbuatannya tersebut, iaitu Allah akan membongkarnya dan menampakkan apa yang dulu disembunyikannya (Fathul Bari 11/344-345).

 

 

Al-Mubarakfuri berkata:

 

Barangsiapa yang menjadikan dirinya tersohor dengan kabaikan atau yang lainnya kerana kesombongan atau kerana Riya maka Allah akan mensohorkannya pada hari kiamat kelak dihadapan khalayak manusia di padang mahsyar dengan membongkar bahawasanya ia adalah orang yang Riya pendusta. Allah mengabarkan kepada manusia Riyanya dan sum’ahnya, maka terbongkarlah aibnya di hadapan manusia (Tuhfatul Ahwazi 4/186).

Hadith larangan memberi nama buruk pada anak

 

 

عن سمرة بن جندب رضي الله عنه قال : قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) :  لا تسمين غلامك يسارا ، ولا رباحا ، ولا نجاحا ، ولا أفلح

 

Dari Samurah bin Jundub RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Jangan kalian memberi nama anak kalian dengan nama Yasar, Rabah, Najah, dan Aflah (HR. Muslim no. 2136).

 

 

عن أبي وهب الجشمي الصحابي رضي الله عنه قال : قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : " تسموا بأسماء الأنبياء ، وأحب الأسماء إلى الله تعالى : عبد الله وعبد الرحمن ، وأصدقها : حارث وهمام ، وأقبحها : حرب ومرة

 

Dari Abi Wahb Al-Jusyami RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Berilah nama (kepada anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi, dan nama-nama yang paling disukai oleh Allah SWT adalah Abdullah dan Abdurrahman. Sedangkan yang pertengahannya adalah Haris dan Hammam. Adapun nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah (HR. Abu Daud no. 4950, sahih al-Albani).

Kisah orang nazak didatangi 4 malaikat

 Teks kisah

 

Dalam sebuah khabar disebutkan bahawa; apabila lepasnya ruh seorang hamba telah tiba masanya maka lisannya terkunci, lalu datanglah empat malaikat.

 

Malaikat pertama berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi rezekimu, aku telah mencari dari hujung timur sampai hujung barat namun aku tidak mendapatkan rezekimu sesuappun, kini ajalmu telah tiba.

 

Malaikat kedua berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku  adalah malaikat yang bertugas mengurusi minumanmu dan lain-lainnya, aku telah mencari dari hujung bumi timur sampai hujung barat namun aku tidak mendapatkan seteguk airpun untukmu, kini ajalmu tinggal sesaat lagi.

 

Malaikat ketiga berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku  adalah malaikat yang bertugas mengurusi hembusan nafasmu, aku telah mencari mulai dari hujung bumi bahagian timur sampai hujung bahagian barat namun aku tidak mendapatkan satu hembusan nafaspun untukmu.

 

Malaikat keempat berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi usiamu, aku telah mencari mulai dari hujung bumi bahagian timur sampai hujung bumi bahagian barat namun aku tidak mendapatkan satu detikpun untukmu.

 

Lalu datanglah malaikat Kiram Al Katibin dari arah kanan dan arah kiri, dan malaikat yang berada di arah kanan berkata; Assalaamu ‘alaika, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi ‘amal baikmu. Lantas ia mengeluarkan buku catatan berwarna putih dan memperlihatkannya kepadanya seraya berkata; Lihatlah ‘amal-‘amalmu!. Begitu melihatnya dia merasa senang dan bersemangat. Lalu malaikat yang berada di arah kiri berkata; Assalaamu ‘alaika, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi ‘amal jelekmu. Lantas ia mengeluarkan buku catatan berwarna hitam dan memperlihatkannya kepadanya seraya berkata; Lihatlah!. Begitu melihatnya, keringatnya bercucuran dan memandang kearah kanan dan kiri kerana takut membaca buku catatannya, maka malaikat itu menjatuhkannya diatas bantal dan pergi.

 

Kemudian datanglah malaikat Maut bersama malaikat Rahmah disebelah kanannya, dan malaikat ‘azab disebelah kirinya, serta diantara mereka adalah malaikat pencabut ruh, malaikat yang menarik ruh dan malaikat yang cekatan kerjanya.

 

Setelah ruh sampai dikerongkong, malaikat Maut lantas menggenggamnya, apabila dia termasuk orang yang beruntung maka malaikat Rahmah memberi aba-aba, dan apabila dia termasuk orang yang celaka maka malaikat ‘azab memberi aba-aba.

 

Kemudian malaikat itu pergi membawa ruh tersebut kehadapan Tuhan semesta alam. Apabila dia termasuk orang yang beruntung maka Allah berfirman; Kembalikanlah ruh ini kejasadnya sehingga dia menyaksikan apa yang terjadi pada jasadnya. Maka malaikat itu pergi membawa ruh tersebut dan meletakkannya ditengah-tengah rumah, maka ruh tersebut menyaksikan orang-orang yang bersedih dan yang tidak bersedih atas kamatiannya, sementara dia tidak mampu untuk berbicara.

 

 

Takhrij

 

Dinuqil oleh Syeikh Abdul Rahim Ahmad al-Qadhi dalam Daqaiq al-Akhbar hal. 13-15, dar al-Haramain, tanpa sanad

Hadith doa Abu Hurairah yang diaminkan Nabi saw

 

Matan hadith

 

عن محمد بن قيس بن مخرمة، قال: إن رجلاً جاء زيد بن ثابت، فسأله عن شيء، فقال له زيد: عليك بأبي هريرة؛ فإنه بينا أنا وأبو هريرة وفلان في المسجد ذات يوم ندعوا الله تعالى ونذكر ربنا؛ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى جلس إلينا، قال: فجلس وسكتنا، فقال: عودوا للذي كنتم فيه. قال زيد: فدعوت أنا وصاحبي قبل أبي هريرة، وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يؤمن على دعائنا، قال: ثم دعا أبو هريرة فقال: اللهم! إني أسألك مثل الذي سأل صاحباي هذان، وأسألك علماً لا ينسى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: آمين، فقلنا: يا رسول الله! ونحن نسأل الله علماً لا ينسى. فقال: سبقكما بها الدوسي.

 

Terjemahan

 

Daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah berkata: Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Zaid bin Thabit lalu beliau bertanya tentang satu perkara, Zaid pun berkata kepada lelaki itu: Kamu perlu menemui Abu Hurairah, kerana ketika aku, Abu Hurairah dan si fulan berada dalam masjid pada suatu hari, kami sedang berdoa dan berzikir kepada Allah. Rasulullah SAW pun keluar menemui kami dan baginda duduk menghadap kami, Zaid berkata: Baginda duduk lalu kami pun diam. Baginda pun bersabda: Ulangilah apa yang telah kamu lakukan tadi. Zaid berkata: Aku dan sahabatku pun berdoa sebelum Abu Hurairah, Rasulullah SAW pun mengaminkan doa kami. Zaid berkata: Kemudian Abu Hurairah pun berdoa, katanya: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu seperti yang telah diminta oleh dua sahabatku ini dan aku meminta kepada-Mu ilmu yang tidak dilupakan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Amin. Kami pun berkata: Wahai Rasulullah! Kami berdua pun mahu meminta kepada Allah ilmu yang tidak dilupakan. Jawab baginda: Al-Dawsi (Abu Hurairah) telah mendahului kamu berdua.

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 6158, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 4750, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 2/45.

 

Sanad disahihkan al-Hakim.

 

Tetapi didhaifkan oleh az-Zahabi kerana terdapat perawi dhaif, Hammad bin Syuaib.

 

Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar 'Alam an-Nubala 2/616, hadith ini mempunyai penyokong dari Muhammad bin Ibrahim sebagaimana dalam Sunan Kubra oleh An-Nasaie 5/374 no. 5839.

 

Manakala, Syeikh al-Albani menilai dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no.3848 dan disetujui oleh Syeikh Masyhur bin Hasan Salman dalam Takhrij Silsilah Hadith Dhaif no. 7455.

 

 

Atsar orang yang kegemukan mati busuk?

 

Matan atsar

 

ونظر عمر رضي الله عنه إلى رجل بادن فقال: ما هذا؟قال: بركة الله. فقال: بل سخطه، ثم قال: إياكم والبطنة فإنها ثقل في الحياة ونتن في الممات.

 

Terjemahan

 

Suatu hari Umar ra didatangi seorang lelaki berperut buncit, lalu umar berkata kepadanya sambil menyentuh perut beliau ' Apakah ini?' Dia menjawab ini adalah anugerah dari Allah, Lalu Umar menyangkal dan berkata " Jauhilah dari kebanyakan makan, kerana hal itu menjadikan beratnya hidup dan kebusukan saat kematian".

 

Takhrij

 

Atsar ini tidak sahih kerana tidak ditemukan sanad yang dapat dipertanggungjawabkan.

 

Dikeluarkan oleh al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 4/1603 no  2488 tanpa sanad.

 

Juga ditemukan dalam kitab Muhadharat al-Adba' oleh al-Raghib al-Asbhahani 1/451, juga tanpa sanad.

Atsar memudahkan meminang wanita

 

Matan atsar

 

[عن عبد الله بن حفص بن عمر:] كان ابنُ عمرَ إذا دُعِي إلى تزويجٍ قال لا تُفَضِّضُوا وفي نسخةٍ تُعَضِّضُوا علينا الناسَ الحمدُ للهِ وصلّى اللهُ على محمدٍ إنّ فلانًا خطب إليكم فلانةً إن أنكَحْتُموه. ..

 

Terjemahan

 

Dari Abu Bakar bin Hash, dia berkata: "Jika Ibnu Umar diundang untuk melamarkan seseorang, ia berkata: 'Janganlah kalian mempersulit (di dalam salah satu naskah tertulis: Janganlah kalian menahan-nahan) kami dalam urusan sesama manusia. Segala puji bagi Allah, dan semoga Allah menganugerahkan shalawat kepada Muhammad. Sesungguhnya si Fulan datang kepada kalian untuk meminang Fulanah. Jika kalian berkenan menerima lamarannya, maka alhamdulillah (segala puji bagi Allah); sedangkan jika kalian menolaknya, maka subhanallah (mahasuci Allah)."

 

Takhrij

 

AR. Al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 7/181

 

Sanadnya sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil 6/221

Hadith palsu bertongkat umur 40 tahun

 

Matan hadith

 

مَن بلغَ الأربعينَ ولمْ يمسكِ العَصا فقدْ عَصى

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang sampai (umurnya) kepada empat puluh dan dia tidak meenggunakan tongkat, sesungguhnya dia telah melakukan dosa

 

Takhrij

 

Hadith tiada asal menurut Mulla Ali Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah no. 179 dan al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’ no.  1025.

 

 

Hadith-hadith lain berkenaan tongkat

 

 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:

 

 

حَمْلُ العَصَا عَلَامَةُ المُؤْمِنِ وَسُنَّةُ الأَنْبِيَاءِ

 

Tongkat adalah tanda seorang itu mukmin dan sunnah para anbiya (HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 2750, palsu menurut Syeikh al-Albani dalam  Silsilah Hadith Dhaif no. 535).

 

Daripada Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata:

 

التوكؤُ على العصا من أخلاقِ الأنبياءِ قال وكان لرسولِ اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عصا يتوكأُ عليها ويأمرُ بالتوكؤِ عليها

 

Berpegang pada tongkat adalah daripada akhlak nabi-nabi dan Rasulullah SAW mempunyai tongkat yang mana Baginda SAW berpegang padanya dan juga Baginda SAW memerintahkan agar berpegang pada tongkat (HR. Abu SYaikh dalam Akhlak Nabi no. 764, Ibnu Adi dalam al-Kamil 8/101, al-Baghawi dalam al-Anwar fi Syamail al-Nabi no. 873,  palsu menurut Ibnu Adi Ibnu al-Qaisarani dalam Zakiratul Huffaz 2/1178).

 

 

التَّوَكُؤُ عَلَى العَصَا مِنْ سُنَّةِ الأَنْبِيَاءِ

 

Berpegang pada tongkat adalah daripada Sunnah nabi-nabi (Tiada asal yang jelas menurut Mulla Ali Qari dalam al-Asrar al-Marfuah* no. 179 dan al-Qawaqaji dalam al-Lu’lu’ wal Marsu’ no. 67).

 

 

Yang lebih ringan darjatnya adalah dari Abu Umamah al-Bahili:

 

خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا

 

Rasulullah SAW telah keluar menemui kami dalam keadaan berpegang pada tongkat

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 5230 at-Thabari dalam Musnad Umar no. 833, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8937, Ibnu Majah no. 3836, Ahmad no. 22235.

 

Didiamkan oleh Abu Daud petanda memerlukan kajian lanjut, maka perlukan penilaian lain dari ulama hadith.

 

Didhaifkan oleh Ibn Jarir at-Thabari dalam Musnad Umar 2/563

 

Didhaifkan oleh al-Qasthalani dalam Irsyad al-Sari 9/135

 

Didhaifkan oleh Ibnu Mulaqqin dalam Syarah Sahih Bukhari 29/100

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sunan Abu Daud no. 5230.

 

Hasan menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Takhrij Misykatul Mashabih 4/336, al-Mundziri dalam al-Targhib wal Tarhib 3/372, Ibnu Muflih dalam al-Adabul Syariah 1/438, al-Haitami al-Makki dalam al-Zawajir 2/171

 

Penggunaan tongkat termasuk di dalam sunnah al-jibiliyyah yang berkait dengan adat sesuatu tempat atau masyarakat dan tongkat boleh digunakan bagi sesiapa yang berhajat padanya. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh mempercayai bahawa terdapat fadhilat atau kelebihan-kelebihan tertentu padanya (Irsyad al-Hadith no. 56).

 

* al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah yang dikenali juga sebagai al-Maudhu’at al-Kubra adalah karya Mulla Ali Qari yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

 

 

Rujukan

 

Irsyad al-Hadith no. 56

 

Hadith palsu amalan ditolak malaikat penjaga pintu langit kerana ujub, takabur, hasad

 

Matan hadith

 

يا معاذُ قلتُ له: لبَّيك بأبي أنت وأمي، قال: إني مُحَدِّثُك حديثًا إن أنت حفظتَه نفعَك وإن أنت ضيَّعْتَه ولم تحفظْه انقطعَتْ حُجَّتُك عند اللهِ يومَ القيامةِ، يا معاذُ ! إنّ اللهَ خلق سبعةَ أملاكٍ، قبل أن يخلق السمواتِ والأرضَ، ثم خلق السمواتِ، فجعل لكلِّ سماءٍ من السبعةِ ملَكًا بوّابًا عليها، قد جلَّلها عَظْمًا، فتصعد الحفَظَةُ بعمل العبدِ، من حين أصبح إلى أن أمسى، له نورٌ كنور الشمسِ، حتى إذا صعِدَت به إلى السماءِ الدنيا ذكَرتْه فكثَّرَته، فيقول الملَكُ للحفَظةِ: اضربوا بهذا العمل وجه صاحبِه، أنا صاحبُ الغِيبةِ، أمرني ربي أن لا أدَعَ عملَ من اغتاب الناسَ يجاوزني إلى غيري. قال: ثم تأتي الحفَظةُ بعملٍ صالحٍ من أعمال العبدِ، فتمرُّ فتُزكِّيه وتُكثِّرُه، حتى تبلغَ به إلى السماءِ الثانيةِ، فيقولُ لهم الملَكُ الموكَّلُ بالسماءِ الثانيةِ: قِفوا واضربوا بهذا العمل وجهِ صاحبِه، إنه أراد بعمله هذا عَرَضَ الدنيا، أمرني ربي أن لا أدَعَ عملَه يجاوزُني إلى غيري، إنه كان يفتخرُ على الناسِ في مجالسِهم قال: وتصعدُ الحفَظةُ بعملِ العبدِ يبتهجُ نورًا من صدقةٍ وصيامٍ وصلاةٍ قد أعجب الحفَظةَ، فتجاوز به السماءَ الثالثةَ، فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضربوا بهذا العمل وجهَ صاحبِه، أنا ملَكُ الكِبرِ، أمرني ربي أن لا أدَع عملَه يجاوزُني إلى غيري، إنه كان يتكبّرُ على الناسُ في مجالسِهم. قال: وتصعد الحفظَةُ بعمل العبدِ يزهرُ كما يزهرُ الكوكبُ الدُّرِّيُّ، له دَويٌّ من تسبيحٍ وصلاةٍ وحجٍّ وعمرةٍ، حتى يجاوزوا به إلى السماء الرابعةِ، فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضربوا بهذا العملِ وجهَ صاحبِه، اضربوا ظهرَه وبطنَه، أنا صاحبُ العُجْبِ، أمرني ربي أن لا أدعَ عملَه يجاوزُني إلى غيري، إنه كان إذا عمل عملًا أدخل العُجْبَ في عملِه. قال: وتصعد الحفظةُ بعمل العبدِ حتى يجاوزوا به إلى السماءِ الخامسةِ، كأنه العَروسُ المزفوفةُ إلى بَعْلِها، فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضربوا بهذا العملِ وجهَ صاحبِه، واحمِلوه على عاتقِه، أنا ملَكُ الحسَدِ، إنه كان يحسدُ الناسَ ممن يتعلمُ ويعملُ بمثلِ عملِه، وكلُّ من كان يأخذ فضلًا من العبادة يحسدُهم ويقعُ فيهم، أمرني ربي أن لا أدَع عملَه يجاوزني إلى غيري. وتصعَدُ الحفَظةُ بعمل العبدِ من صلاة وزكاةٍ وحجٍّ وغيرِه وصيامٍ فيجاوزون به السماءَ السادسةَ فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها قِفوا واضربوا بهذا العملِ وجهَ صاحبِه إن كان لا يرحم إنسانًا قطُّ من عبادِ اللهِ أصابه بلاءٌ أو ضُرٌّ بل كان يشمتُ به أنا ملَكُ الرحمةِ أمرني ربي لا أدع عملَه يجاوزني إلى غيري قال: وتصعدُ الحفظةُ بعملِ العبدِ إلى السماءِ السابعةِ، من صومٍ وصلاةٍ ونفقةٍ واجتهادٍ وورعٍ، له دَويٌّ كدويِّ الرَّعدِ، وضوءٌ كضوءِ الشمسِ، معه ثلاثةُ آلافِ ملَكٍ، فيجاوزون به إلى السماء السابعةِ: فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضرِبوا بهذا العملِ وجهَ صاحبِه، اضربوا جوارحَه، اقفِلوا على قلبِه، إني أحجُبُ عن ربي كلَّ عملٍ لم يُرِدْ به وجهَ ربي، إنه أراد بعمله غير اللهِ، إنه أراد به رِفعةً عند الفُقهاءِ، وذكرًا عند العلماءِ، وصوتًا في المدائن، أمرني ربي أن لا أدع عملَه يجاوزني إلى غيري، وكلُّ عملٍ لم يكن لله خالصًا فهو رياءٌ، ولا يقبل اللهُ عملَ المُرائي. قال: وتصعد الحفظةُ بعمل العبدِ من صلاةٍ وزكاةٍ وصيامٍ وحجٍّ وعمرةٍ، وخلُقٍ حسنٍ، وصمتٍ، وذكرٍ لله تعالى، وتُشَيِّعُه ملائكةُ السمواتِ حتى يقطعوا به الحُجُبَ كلَّها إلى اللهِ ﷿، فيقِفون بين يدَيه، ويشهدون له بالعملِ الصالحِ المخلصِ لله، قال: فيقولُ اللهُ لهم: أنتم الحفَظةُ على عملِ عبدي، وأنا الرَّقيبُ على نفسه، إنه لم يُرِدْني بهذا العمل، وأراد به غيري، فعليه لَعْنتي، فتقول الملائكةُ كلُّها: وعليه لعنَتُك ولعنتُنا وتقول السمواتُ كلُّها: عليه لعنةُ اللهِ ولعنتُنا، وتلعنُه السمواتُ السبعُ ومن فيهنَّ، قال معاذٌ: قلتُ: يا رسولَ اللهِ ! أنت رسولُ اللهِ وأنا معاذٌ. قال: اقْتَدِ بي، وإن كان في عملِك تقصيرٌ، يا معاذُ ! حافِظْ على لسانِك من الوقيعةِ في إخوانك من حملَةِ القرآنِ، واحمل ذنوبَك عليك، ولا تحملْها عليهم ولا تُزَكِّ نفسَك بذمِّهم، ولا ترفعْ نفسَك عليهم، ولا تدخِلْ عملَ الدنيا في عملِ الآخرةِ، ولا تتكبَّرْ في مجلسِك، لكي يحذرَ الناسُ من سوءِ خُلُقِك، ولا تُناجِ رجلًا وعندك آخرُ، ولا تتعظَّمْ على الناسِ فينقطعَ عنك خيرُ الدنيا والآخرةِ، ولا تمزِّقِ الناسَ، فتُمزِّقك كلابُ النّارِ يومَ القيامةِ في النّارِ، قال تعالى (والنّاشِطاتِ نَشْطًا)، أتدري ما هنَّ يا معاذُ؟ قلتُ: ما هن بأبي أنت وأمي؟ قال: كلابٌ في النّارِ، تنشطُ اللَّحمَ والعظمَ.

 

قلتُ: بأبي وأمي ! فمن يُطيقُ هذه الخصالَ، ومن ينجو منها؟ قال: يا معاذُ ! إنه لَيسيرٌ على من يسَّره اللهُ عليه. قال: فما رأيتَ أكثرَ تلاوةً للقرآنِ من معاذٍ، للحذَرِ مما في هذا الحديثِ.

 

 

Terjemahan

 

Ibnu Mubarak menceritakan bahawa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadith Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadith manakah menurut Tuan?

 

Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan kuceritakan.”

 

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliaupun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.”

 

Kata beliau selanjutnya, “Tatkala aku menghadap Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkenderaan unta itu. Selanjutnya beliau menadah ke langit dan bersabda:

 

Puji syukur ke hadrat Allah Yang Berkehendak atas makhlukNya, ya Mu’adz!

 

Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin.”

 

Beliau kemudian berkata, ‘Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujah (argumen).

 

Hai Mu’adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut darjat pintu itu dan keagungannya.

 

Dengan demikian, malaikat pulalah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari.

 

Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu.

 

Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:

 

“Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!”

 

Keesokan harinya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal soleh yang berkilau, yang menurut malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji.

 

Sesampainya di langit kedua (ia melepasi langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit kedua berkata, “Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya. Sebab ia beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya.”

 

Maka para malaikatpun melaknat orang itu.

Di hari berikutnya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji.

 

Sesampainya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata:

“Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku agar amalan semacam ini tidak pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya. Itu kerana salahnya sendiri, ia takbur di dalam majlis.”

 

Singkat kata, malaikat Hafadzah pun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, solat, ibadah haji, dan umrah.

 

Sesampainya pada langit keempat, malaikat penjaga langit berkata:

 

“Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ujub (rasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri). Allah memerintahkanku agar amal ini tidak melewatiku. Sebab amalnya selalu disertai ujub.”

 

Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari.

 

Sesampainya pada langit kelima, malaikat penjaga mengatakan:

 

“Aku malaikat penjaga sifat hasud(dengki). Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasud kepada orang lain yang mendapat kenikmatan Allah swt. Bererti ia membenci yang meredhai, yakni Allah. Aku diperintahkan Allah agar amalan semacam ini tidak melewati pintuku.”

 

Lagi, malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wuduk yang sempurna, solat yang banyak, puasa, haji, dan umrah.

 

Sesampai di langit keenam, malaikat penjaga berkata:

“Aku malaikat penjaga rahmat. Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidup ia tidak pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku, dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.”

Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit. Dan kali ini adalah langit ke tujuh. Ia membawa amalan yang tak kalah baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, solat, jihad, dan warak. Suaranya pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat.

 

Tetapi sesampai pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata:

“Aku malaikat penjaga sum’at (sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan ketenaran dalam setiap perkumpulan, menginginkan darjat tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku dan sampai kepada yang lain. Sebab ibadah yang tidak kerana Allah adalah riak. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riak.”

 

Kemudian malaikat Hafadzah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa solat, puasa, haji, umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berzikir kepada Allah. Dengan diiringi para malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan diikhlaskan kerana Allah.

 

Kemudian Allah berfirman:

 

“Hai Hafadzah, malaikat pencatat amal hambaKu, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untukKu. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi Aku tidak tertipu olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal ghaib. Aku mengetahui segala isi hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi tidaklah tersembunyi bagiKu.

 

PengetahuanKu atas segala sesuatu yang telah terjadi sama dengan pengetahuanKu atas segala sesuatu yang belum terjadi. PengetahuanKu atas segala sesuatu yang telah lewat sama dengan yang akan datang. PengetahuanKu atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan datang.

 

PengetahuanKu atas orang-orang terdahulu sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang kemudian.

 

Aku lebih mengetahui atas sesuatu yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu dapat menipu dengan amalnya. Mereka mungkin dapat menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang ghaib. Aku tetap melaknatnya…!”

Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami atas mereka.”

 

Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan, “Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat.”‘

 

Sayyidina Mu’adz (yang meriwayatkan hadith ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, “Ya Rasulallah, bagaimana aku boleh selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?”

 

Jawab Rasulullah, “Hai Mu’adz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan.”

 

Tanyaku (Mu’adz), “Engkau adalah Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu’adz bin Jabal. Bagaimana aku boleh selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?”

 

Berkatalah Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam amal ibadahmu. Kerana itu, jagalah mulutmu jangan sampai menburukkan orang lain, terutama kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak menburukkan orang lain, sehingga sedar bahawa dirimupun penuh aib.

 

Jangan menutupi kekurangan dan kesalahanmu dengan menburukkan orang lain. Janganlah mengorbitkan dirimu dengan menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riak dalam beramal, dan jangan mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam majlis agar orang takut dengan keburukan akhlakmu. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan peribadi orang lain, kelak engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan anjing Jahanam, sebagaiman firman Allah dalam surah An-Naziat ayat 2.”

 

Tanyaku selanjutnya, “Ya Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?”

 

Jawab Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Mu’adz, yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap suatu hal sebagaimana kau benci bila itu menimpa dirimu. Jika demikian engkau akan selamat.”

 

Khalid bin Ma’dan meriwayatkan, “Mu’adz sering membaca hadith ini seperti seringnya membaca al Quran, dan mempelajari hadith ini sebagaimana mempelajari al Quran di dalam majlis.”

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/217, Ibn Mubarak dalam al-Zuhd no. 452, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/339, daripada Muadz ra.

 

Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi.

 

Hadith palsu menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/57.

 

Hadith palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 27.

 

Hadith palsu menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 308665

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...