Tuesday 19 May 2020

Tanda lailatul qadar



Matan hadith

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Terjemahan

Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi harinya matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.

Takhrij

HR. Ath-Thayalisi no. 2680 daripada Ibnu Abbas ra, dengan sanad yang baik menurut Haithami. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 5475.



Matan Hadith

إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَراً سَاطِعاً سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لاَ بَرْدَ فِيهَا وَلاَ حَرَّ وَلاَ يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَلاَ يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

Terjemahan

Sesungguhnya tanda lailatul qadar adalah jernih lagi terang, seakan-akan ada rembulan yang terang-benderang, tenang lagi sejuk, tidak ada dingin padanya tidak pula panas, dan tidak pula ada pelemparan bintang (meteor) pada malam itu hingga pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah bahawa pada pagi hari, matahari keluar dengan sempurna tanpa ada kesilauan padanya, seperti bulan pada bulan purnama. Syaithan tidak halal untuk keluar bersama (lailatul qadr) pada hari itu.

Takhrij

HR. Ahmad no. 22765, daripada Ubadah bin Shamit ra. Dihasankan oleh Syeikh al-Arnauth.




Matan hadith

وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا

Terjemahan

Dan sebagai tandanya adalah pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya putih yang tidak bersinar-sinar menyilaukan.

Takhrij
HR. Muslim no. 762, daripada Ubay bin Ka’ab ra. Sahih ijma’.

Berzikirlah sehingga orang berkata engkau gila



Matan hadith

أَكْثِرُوا ذِكْرَ اللَّهِ حَتَّى يَقُولُوْا مَجْنُونٌ

Terjemahan

Perbanyaklah berzikir kepada Allah, sehingga mereka (orang-orang munafik) berkata: Dia orang gila.


Takhrij

HR. Ahmad no. 11674, al-Hakim no. 1839, Ibnu Asakir 6/29/2, Ibnu Hibban no. 817, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 523, daripada Abu Said Al-Khudri ra.

Sanad hadith ini dari jalur Darraj Abus Samh al-Mishri, dari Abul Haitsam Sulaiman bin ‘Amr al-Mishri, dari dari Abu Sa’id al-Khudri ra. dari Rasulullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Hadith ini adalah hadith yang lemah bahkan munkar, dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Darraj Abus Samh (Tahzibut Kamal 3/479)

Imam Ahmad rahimahullah dan Imam an-Nasaie rahimahullah berkata tentangnya: “Hadithnya munkar (diingkari kerana kelemahannya)”.

Imam Abu Hâtim rahimahullah dan Imam ad-Daraquthni rahimahullah berkata, “Dia lemah dalam meriwayatkan hadith”.

Imam Ibnu ‘Adi rahimahullah berkata, “Majoriti hadith-hadith yang diriwayatkannya tidak didukung (dari jalur lain)”.

Khususnya riwayat perawi ini dari Abul Haitsam, seperti sanad ini, kelemahannya sangat jelas, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Abu Daud rahimahullah.

Hadith ini juga dilemahkan oleh Ibnu Adi dalam kamil fi Dhuafa’ 3/115, Az-Zahabi dalam Mizan ‘Itidal 2/25.

Syeikh Al-Albani setelah menjelaskan kelemahan hadith ini, beliau berkata: “dari penjelasan ini, anda dapat diketahui bahawa penetapan status sahih/hasan untuk hadith ini, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Hajar sebagaimana dinukil Al-Munawi, Ibnu Hibban dan al-Hakim adalah sesuatu yang ghayru hasan (tidak baik)” (Silsilah hadith Dhaif no. 517).

Solat menggugurkan dosa ibarat daun dari ranting




Matan hadith


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ زَمَنَ الشِّتَاءِ وَالْوَرَقُ يَتَهَافَتُ فَأَخَذَ بِغُصْنَيْنِ مِنْ شَجَرَةٍ قَالَ فَجَعَلَ ذَلِكَ الْوَرَقُ يَتَهَافَتُ قَالَ فَقَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ الْمُسْلِمَ لَيُصَلِّ الصَّلَاةَ يُرِيدُ بِهَا وَجْهَ اللَّهِ فَتَهَافَتُ عَنْهُ ذُنُوبُهُ كَمَا يَتَهَافَتُ هَذَا الْوَرَقُ عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ

Terjemahan

Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam keluar di musim dingin, waktu itu daun berguguran." Abu Dzar melanjutkan, "Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam mengambil dua ranting pohon dan menggugurkan daunnya." Beliau lalu bersabda: "Wahai Abu Dzar!" Aku menjawab, 'Wahai Rasulullah, aku penuhi panggilanmu.' Beliau melanjutkan sabdanya: "Sungguh, seorang Muslim yang menegakkan solat hanya untuk mencari redha Allah, niscaya dosa-dosanya akan berguguran sebagaimana daun-daun ini berguguran dari pohon ini."


Takhrij

HR. Ahmad no. 20576, daripada Abu Dzar ra. Hadith ini hasan lighairih menurut Syeikh al-Arnauth.

Sedekah yang utama adalah kepada isteri berbanding kerabat



Matan hadith

ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا يَقُولُ فَبَيْنَ يَدَيْكَ وَعَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ

Terjemahan

Manfaatkanlah wang ini untuk dirimu sendiri, bila ada sisanya maka untuk keluargamu, jika masih tersisa, maka untuk kerabatmu, dan jika masih tersisa, maka untuk orang-orang disekitarmu.


Takhrij

HR. Muslim no. 997, daripada Jabir ra.

Keluarga yang dimaksudkan disini adalah dibawah tanggungannya yakni isteri dan anak-anak.


إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu (HR. Bukhari no. 54)

Hadith-hadith berjabat tangan




Hadith Qatadah -Radiallahu anhu-

عَنْ قَتَادَةَ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ

Saya bertanya kepada Anas (bin Mâlik) Radhiyallahu anhu, ‘Apakah berjabat tangan dilakukan dikalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ?’ Beliau Radhiyallahu anhu menjawab, ‘Ya’. (HR. Bukhari no. 5908).



Hadith Bara' Ibn Azib -Radiallahu anhu-

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا، قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

Tidak ada dua orang muslim yang bertemu lalu berjabat tangan melainkan pasti diampuni untuk keduanya sebelum mereka berpisah." (HR. Tirmidzi no. 2804, Abu Daud no. 5207, Ibnu Majah no. 3786, Ahmad no. 18199, 18348 , Baihaqi no. 13746).

Imam Nawawi berkata: Berjabat tangan adalah sunnah secara ijma', pada setiap bertemu. Disamping sunnah pada saat bertemu berjabat tangan juga sunnah ada saat berpisah. Syekh al-Albani berkata: "Jabat tangan disyari'atkan ketika perpisahan. Jabat tangan setelah solat berjama'ah adalah bidaah, kecuali antara dua orang yang sebelum solat belum bertemu maka hukumnya sunnah (Silsilah Hadith Sahih no.  14, 16, Musnad Ahmad no.4947 dll)



Hadith Anas -Radiallahu anhu-

سَيَقْدُمُ عَلَيْكُمْ قَوْمٌ هُمْ أَرَقُّ قُلُوباً لِلإسْلاَمِ مِنْكُمْ

Akan datang kepadamu satu kaum, hati mereka lebih lembut kepada Islam dari pada kalian. Maka datanglah Bani 'Asy'ariy, di antara mereka adalah abu Musa al-'Asy'ari. Ketika mereka mendekati Madinah mereka melantunkan bait-bait syair:

غَدًا نَلْقَى اْلأَحِبَّةَ # مُحَمَّدًاً وَحِزْبَهْ

Besok kami bertemu para kekasih  
Iaitu Muhammad dan para sahabatnya.
Anas berkata: "Maka mereka adalah orang yang pertama kali mengadakan jabat tangan." (HR. Ahmad no. 13042, al-Mundziri berkata: Sanadnya sahih sesuai dengan syarat Muslim)



Sedangkan hadith Uqbah ibnu Amir -Radiallahu anhu- berbunyi:
أَهْلُ الْيَمَنِ أَرَقُّ قُلُوبَاً وَأَلْيَنُ أَفْئِدَةً وَأَسْمَعُ طَاعَةً

Penduduk Yaman itu lebih lembut qalbunya (hatinya, apa yang nampak bagi pandangan hati. Disebut qalbu karena berbolak-baliknya), lebih halus fu'adnya (hatinya, apa yang nampak bagi pandangan mata. Disebut fu'ad kerana tembusnya kebenaran ke dalam hatinya) dan lebih mendengar dalam ketaatan." (HR. Ahmad no. 17077, Faidhul Qadir: 2770, Silsilah Hadith Sahih no. 527)




Hadith Hudzaifah Ibnul Yaman -Radiallahu anhu-:

إِنَّ الْمٍّومِنَ إِذَاْ لَقِيَ الْمٍّومِنَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ

Sesungguhnya seorang mukmin apabila bertemu dengan mukmin lain kemudian mengucakan salam kepadanya, dan mengambil tangannya lalu menjabatnya maka berguguranlah dosanya seperti dedaunan berguguran." (Silsilah Hadith Sahih no. 526, 2004, 2692)


Hadith Anas -Radiallahu anhu- dia berkata:


قال رجلٌ: يا رسولَ الله! الرَّجلُ منَّا يلقى أخَاه أوْ صَدِيْقََهُ، أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: «لاَ». قَالَ: أَفَيَلْتَزِمَهُ وَيُقبِّلَهُ؟ قَالَ: «لاَ». قَالَ : أَفَيَأْخُذُ بِيَدِِهِ وِيُصَافِحَهُ؟ قاَلَ: «نَعَمْ»

Seseorang bertanya: Ya Rasulallah sesorang dari kami bertemu saudaranya atau temannya, apakah ia membungkuk kepadanya? Beliau menjawab: Tidak." Lalu apakah memeluknya dan menciumnya? Beliau menjawab: "Tidak." Lalu apakah mengambil tangannya dan menjabatnya? Beliau menjawab: 'Ya' (HR. Tirmidzi no. 4680,  Silsilah hadith Sahih no. 160-hadith Hasan)



Hadith Anas -Radiallahu anhu-, dia berkata:

كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيَّ إِذَا تَلاَقَوْا تَصَافَحُوْا وَإِذَا قَدِمُوْا مِنْ سَفَرٍ تَعَانَقُوْا

Adalah para sahabat Nabi -Shalallahu alihi salam- apabila mereka bertemu mereka saling berjabat tangan, dan apabila datang dari safar mereka berpelukan (HR. Thabrani, Mu'jam al-Awsath no. 97)


Ummu Darda' berkata: "Salman al-Farisi -Radiallahu anhu- mendatangi kami lalu berkata: Mana saudaraku (maksudnya Abu Darda' -Radiallahu anhu-)? Saya jawab: "Ada di masjid." Lalu ia mendatanginya, ketika ia melihatnya ia memeluknya." Imam Thahawi berkata: "Mereka itu para sahabat Nabi -Shalallahu alihi salam- saling berpelukan maka hal ini menunjukkan bahawa apa yang diriwayatkan dari Rasulullah -Shalallahu alihi salam- tentang kebolehan berpelukan adalah datang belakangan setelah adanya larangan. Inilah yang kami ambil, iaitu ucapan Abu Yusuf رحمه الله. (HR. Thahawi, Syarhu Ma'anil Atsar no. 6405)


Hadith Abu Hurairah -Radiallahu anhu-, dan Ibnu Umar -Radiallahu anhu- mereka berkata: Nabi -Shalallahu alihi salam- apabila melepas kepergian seseorang (beliau mengambil tangannya lalu ) berkata (mendoakannya):

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Aku menitipkan agamamu, amanahmu, dan penutup amalmu kepada Allah." Syeikh al-Albani berkata: "Lalu orang yang mahu bermusafir menjawab:

أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ

Aku titipkan engkau kepada Allah yang tidak akan hilang (tersia-siakan) barang titipannya.

Di antara faedah hadith: Melepas kepergian dengan doa dan jabat tangan dengan satu tangan. Jabat tangan disyariatkan ketika perpisahan. Jabat tangan setelah solat berjamaah adalah bidaah, kecuali antara dua orang yang sebelum solat belum bertemu maka hukumnya Sunnah (Silsilah Hadith Sahih no. 14, 16, Musnad Ahmad no. 4947 dll)


Hadith Anas -Radiallahu anhu-, ia berkata:


«كَانَ النبيُّ إِذَا اسْتَقْبَلَهُ الرَّجُلُ فَصَافَحَهُ لاَ يَنْزِعُ يَدَهُ مِنْ يَدِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ الذي يَنْزِعُ، وَلاَ يَصْرِفُ وَجْهَهُ عن وَجْهِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ هُوَ يَصْرِفُهُ وَلَمْ يُرَ مُقَدِّماً رُكْبَتَيْهِ بَيْنَ يَدَيْ جَلَيْسٍ لَهُ»

Adalah Nabi saw jika menyambut seseorang (yang datang) beliau menjabat tangannya, beliau tidak menarik tangannya dari tangannya hingga orang itu yang menariknya. Beliau tidak memalingkan mukanya dari mukanya, hingga orang itu yang memalingkannya, dan tidak pernah terlihat beliau menjulurkan kedua lututnya dihadapan orang yang duduk di sisinya (HR. Tirmidzi no. 2539, Baihaqi no. 21250, Didhaifkan Imam Tirmidzi dan Syeikh al-Albani. Lihat juga Mu'jam al-Kabir no.  13495, al-Ausath no. 300 dari Ibnu Umar)

Sya'bi berkata: Para sahabat Nabi -Shalallahu alihi salam-, jika bertemu mereka saling berjabat tangan, dan apabila datang dari safar mereka berpelukan." (Thahawi, Syarah Musykil al-Atsar, Tahqiqi Muhasmmad Zuhri al-Najjar no. 6403)

Adapun mencium tangan maka dalam bab ini ada banyak hadith dan atsar yang keseluruhannya menunjukkan benarnya hal tersebut dari Rasulullah saw, maka kami memandang bahawa mencium tangan orang alim itu diperbolehkan jika ia tidak mengulurkan tangannya secara sombong, dan dengan syarat tidak dalam rangka tabaruk, tidak dijadikan kebiasaan, tidak meniadakan jabat tangan dan tidak diletakkan di dahi. (Muhammad Jamil Zeno, Majmu'atu Rasail at-Taujihat al-Islamiyyah 1/376, mengutip dari Silsilah Hadith Sahihsecara ringkas).

Hadith fadhilat meninggal pada malam atau hari Jumaat




Matan hadith


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Terjemahan

“Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 994, Ahmad no. 6582 dari Abdullah bin Amr.

Imam al-Tirmidzi menghukum hadith ini sebagai gharib (ganjil) dan sanad yang ada pada hadith ini tidak bersambung.

Begitu juga, al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa pada sanad hadith ini adalah dhaif. (Fath al-Bari 3/253).

Syeikh al-Albani menghasankan hadith ini dalam Sunan Tirmidzi dan Ahkam Janaiz no. 49.

Syeikh Syu’aib al-Arnauth mengatakan sanad pada hadith ini dhaif (lemah) dan syawahid yang ada untuk menyokong hadith ini adalah tidak boleh dan sesuai untuk dijadikan syawahid. Selain itu, beliau mengatakan bahawa al-Albani telah tersalah di dalam menghukumi hadith ini kerana mengikut al-Mubarakfuri di dalam Tuhfat al-Ahwazi (Takhrij Musnad 11/150).

Doa Hasan bin Ali ra untuk kemudahan rezeki



Matan doa

اَللَّهُمَّ اقْذِفْ فِى قَلْبِى رَجَاءَكَ وَاقْطَعْ رَجَائِى عَمَّنْ سِوَاكَ، حَتَّىٰ لاَ أَرْجُوْ اَحَدًا غَيْرَكَ. اَللَّهُمَّ وَمَا ضَعُفَتْ عَنْهُ قُوَّتِى وَقَصُرَ عَنْهُ عَمَلِى وَلَمْ تَنْتَهِ إِلَيْهِ رَغْبَتِى وَلَمْ تَبْلُغْهُ مَسْأَلَتِى وَلَمْ يَجْرِ عَلَىٰ لِسَانِى مِمَّا أَعْطَيْتَ اَحَدًا مِنَ اْلاَوَّلِيْنَ وَٱلْأَخِرِيْنَ مِنَ ٱلْيَقِيْنِ فَخُصَّنِى بِهِۦ يَارَبَّ ٱلْعَالَمِيْنَ

Terjemahan

Ya Allah, lemparkan pengharapan (kepada) Mu di hatiku, putuskan (ketergantungan) harapanku dari orang selainMu hingga aku tidak akan berharap kepada siapa pun selainMu. Ya Allah, dan sekalipun kekuatanku lemah darinya, usahaku pendek/sedikit darinya, dan itu tidak mampu menyelesaikan keinginanku dan tidak mampu menyampaikan permintaanku, dan keyakinan tidak berjalan pada lisanku dari apa/sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada siapa pun, baik dari orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terakhir, maka hal tersebut khususkan padaku wahai Tuhan semesta alam.


Takhrij

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq Tarjamah al-Imam Hasan 7/10. Syeikh Abdul Rahman as-Sahim dalam Forum al-Mesykat, t71516, berkata kisah ini sanadnya dhaif

Malaikat menyentuh pipi wanita




Hadith tular

Malaikat menyentuh pipi wanita lalu bertanya kepada Allah S.W.T . "Ya Allah , kenapa pipi perempuan kelihatan ranum , berisi dan berkilauan ?" Lalu Allah S.W.T menjawab "pipi wanita bukan semata-mata ranum berisi dan berkilauan , bahkan disitu tersimpannya air mata dan di situ terletaknya beban berat ." Dan Malaikat bertanya lagi "kenapa mengalirnya air mata ?" Allah S.W.T menjawab lagi "air mata adalah satu cara melepaskan beban . Mengalirnya air mata adalah cara mengungkapkan rasa sedih , benci , susah , kekecewaan , percintaan , pergaduhan , kebahagian , kesendirian dan kerinduan . Wanita tidak lemah . Tetapi itulah cara yang terbaik untuk dirinya ."

Takhrij

Tidak ditemukan sumber hadith tersebut. Dr. Rozaimi Ramle dan Ustaz Wan (ISMA UK-EIRE) menilai hadith ini palsu dalam Hadis Palsu Daif Popular hal. 65. Kelemahan terdapat pada lafaz hadith yang sangat lekeh.

Karpet / permaidani terbang Nabi Sulaiman as




Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t. masih mahu menilik (melihat) kepada orang kafir (walaupun mereka tidak menyembahnya) tetapi Allah tidak mahu menilik (memandang) kepada orang yang sombong. Sesungguhnya Nabi Sulaiman Ibnu Daud menaiki angin (di atas permaidani) serta duduk berteleku, lalu baginda merasa ujub (hebat) dalam hatinya, maka baginda dicampakkan hingga jatuh ke tanah (Riwayat Thabrani).

Analisis

Pada suatu hari Nabi Sulaiman as. terbang dengan menggunakan permadaninya membeliti tempat yang luas, ia menonton apa yang diberikan, dianugrahkan, dan ditundukkan Allah untuknya, maka timbullah rasa bangga dalam dirinya. Ketika ia merasa bangga atas kebesaran dan kekuatan yang dimilikinya, maka bergoyanglah permadaninya dan 12000 (dalam jewishencyclopedia.com dikemukakan sebanyak 40000) pasukannya jatuh dari permadani tersebut hingga menyebabkan mati. Lalu ia memukul permadaninya dengan bambu kecil yang ada di tangannya dan bercakap “Luruslah, hai permadani!” “Sampai kamu sendiri lurus wahai Nabi Sulaiman as.” istilah permadaninya menimpali. Mendengar balasan tersebut, Nabi Nabi Sulaiman as. sedar bahwa permadani itu bergoyang atas perintah Allah Swt., Maka bersujudlah Nabi Sulaiman as. dan memohon ampun kepada Allah Swt. atas apa yang terjadi pada dirinya.

Takhrij

Tak dapat ditemukan riwayat tersebut dari sumber-sumber yang muktabar. Riwayat ini kemungkinan berasal dari riwayat Israiliyat (http://www.jewishencyclopedia.com/articles/13842-solomon#2945).

Syaitan-syaitan yang dipenjara oleh Nabi Sulaiman as. dibawah laut



Matan hadith

ان في البحر شياطينَ مسجونةً او شَقَها سليمان يوشكُ انْ تخرُجَ فتقرأ علي الناس قرآنا

Terjemahan

Sesungguhnya di tengah lautan terdapat setan-setan yang diikat oleh Sulaiman a.s . Sudah dekat masanya bagi setan-setan itu terbebas dan mereka akan membaca Alqur’an di hadapan manusia.”

Takhrij

HR.Muslim dalam Al-muqaddimah no. 7, daripada Abdullah bin Amr al-Ash ra..

Ibnu Utsaimin berkata ia sebuah khabar yang tidak boleh dipercayai begitu sahaja, tidak pula bohong, tidak ada hukum atasnya. (Syarah Sahih Muslim Ibnu Utsaimin 1/33).

Ibn Baz juga memberikan komentar yang sama, ia juga sebuah khabar israiliyat (Fatwa bin Baz no. 3291).

Tidur yang dilarang dalam islam




1. Tidur sebelum Isya.

وكان يكره النوم قبلها

Nabi saw tidak suka tidur sebelum isya.
HR. Bukhari no. 599 dan  Muslim no. 657, daripada Abi Barzah al-Aslami ra, sahih ijma.

Imam Ramli dalam kitab Nihayah;

ويكره النوم قبلها أي صلاة العشاء لما فيه من خوف استمراره إلى خروج الوقت

Dan makruh tidur sebelum isya kerana bimbang terus tidur sampai ke subuh.


2. Tidur bahagian atas rumah (rooftop) yang tiada penghadang.

Nabi saw bersabda:

 من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

Sesiapa yang tidur diatas rumah yang tiada penghadang sesungguhnya telah terlepas dari tanggungan.
HR. Abu Daud no. 5041, daripada Ali bin Syaiban ra. Didiamkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani.


3. Tidur terdedah sebahagian badan pada matahari.

Nabi saw bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الشمس ، فَقَلَصَ عَنْهُ الظِّلُّ ، وَصَارَ بَعْضُهُ فِي الشَّمْسِ وَبَعْضُهُ فِي الظِّلِّ، فَلْيَقُمْ

Apabila kami berada tengah panas kemudian mengecut bayang sehingga menjadi sebahagian dalam bayang dan sebahagian terdedah cahaya matahari hendaklah dia bangun. HR. Abu Daud no. 4821, daripada Abi Hurairah ra. Didiamkan oleh Abu Daud dan Disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Dalam kitab Kasyaful Qina:

وَيُكْرَهُ َنَوْمُهُ وَجُلُوسُهُ بَيْنَ الظِّلِّ وَالشَّمْسِ ، لِنَهْيِهِ عَنْهُ

Dilarang tidur dan duduk antara bayang dan sinaran matahari kerana ada larangan.


4. Tidur selepas subuh.

Imam as-Safarini berkata:

يكره نومك ـ أيها المكلف ـ بعد صلاة الفجر؛ لأنها ساعة تقسم فيها الأرزاق، فلا ينبغي النوم فيها

Makruh tidurmu selepas solat subuh kerana sesungguhnya ia waktu dibahagi-bahagikan rezeki maka tidak patut tidur.

Nabi saw bersabda bila melihat Fatimah tidur selepas subuh:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين،
 فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Wahai anakku bangunlah saksikan rezki tuhanmu dan jangan tergolong dari orang yang lalai sesungguhnya Allah membahagi-bahagikan rezeki antara terbit fajar hingga terbit matahari.
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 4/1708, daripada Fatimah ra. Sanadnya didhaifkan al-Baihaqi. Syeikh al-Albani berkata dalam Dhaif Targhib no. 1047, hadith ini palsu.


5. Tidur lepas asar.

Khawwat bin Jubair ra berkata:

كان نوم أول النهار خرق، وأوسطه خلق، وآخره حمق

Tidur pagi merosakkan, tengahari akhlak yang baik dan tidur petang menyebabkan kebodohan.
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4407, 4408. Ibnu Hajar berkata sanadnya sahih dalam al-Ishabah. (Alukah.net)


6. Tidur berseorang di rumah.

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الوحدة، أن يبيت الرجل وحده أو يسافر وحده

Nabi saw melarang dari berseorang iaitu bermalam berseorangan dan bermusafir berseorangan.
HR. Ahmad no. 5650, daripada Abdullah bin Amru ra. Sanadnya disahihkan Syeikh Ahmad Syakir.

Ibnu imad as-Syafie dlm kitab Tashilil Maqasid menyatakan makruh tidur berseorangan.


7. Tidur meniarap

مرَّ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم على رجلٍ مُنبطِحٍ ، فقال : هذه ضَجعةٌ لا يُحبُّها اللهُ عزَّ وجلَّ

Rasulullah saw lalu pada seorang laki meniarap dan bersabda: Ini baring yang Allah tidak suka.
HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 4/1704, daripada Abu Hurairah ra. Hadithnya kacau (غلط).

Ada lafaz: إن هذه ضجعة يبغضها الله
Sesungguhnya ini baring yg Allah murka. (HR. Abu Daud no. 5040, didhaifkan Syeikh al-Albani).

Ada lafaz: إنها ضجعة أهل النار sesungguhnya ini baring ahli neraka. (HR. Abu Daud no. 5040, didhaifkan Syeikh al-Albani).


8. Tidur sambil meletakkan sebelah kaki pada yang lain jika terdedah aurat.

وأن يرفع الرجل إحدى رجليه على الأخرى وهو مستلق على ظهره

Nabi saw melarang baring menelentang sambil meletakkan satu kaki pada yg lain.
HR. Muslim no. 2099, daripada Jabir bin Abdillah ra.

Imam nawawi berkata:

أحاديث النهي عن الاستلقاء رافعا إحدى رجليه على الأخرى، محمولة على حالة تظهر فيها العورة أو شيء منها

Hadis larangan ditafsirkan sekiranya bimbang terdedah aurat atau sebahagiannya.


9. Tidur berjunub tanpa mandi dan berwuduk.

 ثلاث لا تقربهم الملائكة : جيفة الكافر ، والمتضمخ بالخلوق ، والجنب إلا أن يتوضأ

3 manusia tidak dihampiri oleh malaikat : mayat non Muslim, lelaki yg mewarna tubuhnya dan berjunub hingga dia berwuduk.
HR. Abu Daud no. 4180, daripada Amar bin Yasar ra. Didiamkan oleh Abu Daud dan dihasankan oleh Syeikh al-Alabani.


10. Tidur tidak bersihkan diri.

مَنْ بَاتَ وَفِي يَدِهِ رِيحُ غَمَرٍ، فَأَصَابَهُ شَيْءٌ، فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ

Sesiapa yang tidur dan tangannya ada bau daging lalu ditimpa sesuatu maka jangan cela melainkan dirinya.
HR. Tirmidzi  no. 1859, daripada Abu Hurairah ra. Gharib menurut imam Tirmidzi dan palsu menurut syeikh al-Albani.


11. Tidur di laluan binatang (dan juga manusia)

وَإِذَا عَرَّسْتُمْ فَاجْتَنِبُوا الطَّرِيقَ فَإِنَّهَا طُرُقُ الدَّوَابِّ وَمَأْوَى الْهَوَامِّ بِاللَّيْلِ

Dan apabila kamu nak singgah diakhir malam jauhi dari jalan kerana ia adalah laluan binatang dan serangga.
HR. Muslim no. 1926, daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma'.

Qunut (nazilah) sebulan Nabi saw dalam Solat Subuh kerana pembunuhan 70 al-Qura '





Matan hadith

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏

 Terjemahan

Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.

Takhrij

HR. Bukhari no.4090, daripada Anas bin Malik ra.

Dialog Adam as. memohon taubat dan ingin kembali ke Syurga


Sanad dan Matan hadith


حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ، ثنا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ عَفَّانَ، ثنا الْحَسَنُ بْنُ عَطِيَّةَ، ثنا الْحَسَنُ بْنُ صَالِحٍ، عَنِ الْمِنْهَالِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ قَالَ: أَيْ رَبِّ أَلَمْ تَخْلُقْنِي بِيَدِكَ؟ قَالَ: «بَلَى» . قَالَ: أَيْ رَبِّ، أَلَمْ تَنْفُخْ فِيَّ مِنْ رُوحِكَ؟ قَالَ: «بَلَى» . قَالَ: أَيْ رَبِّ، أَلَمْ تُسْكِنِّي جَنَّتَكَ؟ قَالَ: «بَلَى» . قَالَ: أَيْ رَبِّ أَلَمْ تَسْبِقْ رَحْمَتُكَ غَضَبَكَ؟ قَالَ: «بَلَى» . قَالَ: أَرَأَيْتَ إِنْ تُبْتُ وَأَصْلَحْتُ أَرَاجِعِي أَنْتَ إِلَى الْجَنَّةِ؟ قَالَ: «بَلَى» .


 Terjemahan matan

Disebutkan bahawa Adam a.s. berkata, "Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah menciptakan diriku dengan tangan kekuasaan-Mu sendiri?" Dikatakan kepadanya, "Memang benar." Adam berkata, Engkau telah meniupkan sebahagian dari roh (ciptaan)-Mu kepadaku?" Dikatakan kepadanya, "Memang benar." Adam berkata, "Dan ketika aku bersin, Engkau mengucapkan, "Semoga Allah merahmatimu.' Dan rahmat-Mu selalu mendahului murka-Mu?" Dikatakan kepadanya, "Memang benar." Adam berkata, "Dan Engkau telah memastikan terhadap diriku bahawa aku akan melakukan hal ini?" Dikatakan kepadanya, "Memang benar." Adam berkata, "Bagaimanakah pendapat-Mu jika aku bertaubat? Apakah Engkau akan mengembalikan diriku ke dalam syurga?" Allah menjawab, "Ya."


Takhrij

HR. al-Hakim dalam Mutadraknya no. 4002, daripada Ibnu Abbas ra. Atsar ini sahih menurut al-Hakim.

Syeikh al-Albani mensahihkan sanad hadith ini dalam Tawassul no. 113.

Hadith sentuhan syaitan di wajah ahli ibadah




Matan hadith

[عن أنس بن مالك:] كان في عهدِ رسولِ اللهِ ﷺ رجلٌ يُعجبُنا تعبُّدُه واجتهادُه فذكرناه لرسولِ اللهِ ﷺ باسمِه فلم يعرِفْه ووصفناه بصفتِه فلم يعرفْه فبينا نحنُ نذكرُه إذ طلع الرجلُ قلنا ها هو ذا قال إنكم لَتخبروني عن رجلٍ إن على وجههِ سفعةٌ من الشيطانِ فأقبل حتى وقف عليهم ولم يُسلِّمْ فقال له رسولُ اللهِ ﷺ نشدتك باللهِ هل قلتَ حينَ وقفت على المجلسِ ما في القومِ أحدٌ أفضلُ مني قال اللهمَّ نعم ثم دخل يصلِّي فقال رسولُ اللهِ ﷺ من يقتلُ الرجلَ فقال أبو بكرٍ أنا فدخل عليه فوجده قائمًا يصلِّي فقال سبحانَ اللهِ أقتلُ رجلًا يصلِّي وقد نهى رسولُ اللهِ ﷺ عن قتلِ المصلين فخرج فقال رسولُ اللهِ ﷺ ما فعلتَ قال كرهتُ أن أقتلَه وهو يصلِّي وقد نهيتَ عن قتلِ المصلين قال عمرُ أنا فدخل فوجدَه واضعا وجهَه فقال عمرُ أبو بكرٍ أفضلُ مني فخرج فقال رسولُ اللهِ ﷺ مَهْ قال وجدتُه واضعًا وجهَه فكرهت أن أقتلَه فقال من يقتلُ الرجلَ فقال عليٌّ أنا فقال أنت إن أدركته قال فدخل عليه فوجدَه قد خرج فرجع إلى رسولِ اللهِ ﷺ فقال مهْ قال ما وجدتُه قال لو قُتِل ما اختلف في أمتي رجلانِ كان أولَهم وآخرَهم، قال موسى سمعت محمدَ بنَ كعبٍ يقولُ هو الذي قتلَه عليٌّ ذو الثُّدِيَّةِ


Terjemahan

Satu waktu, Rasulullah Saw sedang berkumpul bersama para sahabatnya. Sebagian mereka menceritakan tentang seorang lelaki kepada Rasulullah Saw. Mereka berulang kali memuji kehebatan ibadah ritualistik lelaki tersebut di hadapan beliau. Di tengah-tengah pujian mereka, tiba-tiba lelaki tersebut muncul dengan wajah masih basah dengan air wudhu; Buliran-buliran air wudhu masih menetes dari wajahnya. Lelaki tersebut berjalan sambil menjinjing sandalnya dengan kedua tangannya. Sementara di kening antara kedua matanya tampak bekas sujud, atsarus sujud. Tatkala melihat kedatangan lelaki tersebut, para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, inilah orang yang kami gambarkan tentang kehebatan ibadah dan kesalehannya kepada engkau”. Dengan ketajaman nubuwahnya, Rasulullah Saw memandang lelaki tersebut. Lalu beliau berkata yang membuat semua yang hadir tersentak.

أرى عل وجهه سفعة من الشّيطان

“Aku justru melihat sentuhan syaitan pada wajahnya.”

Kemudian lelaki tersebut mendekat, mengucapkan salam dan duduk kumpul bersama Rasulullah Saw dan para sahabat. Lalu Rasulullah Saw bertanya kepada lelaki itu, “Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah, apakah ketika engkau datang kepada kaummu engkau berkata kepada dirimu sendiri bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripada engkau di kalangan mereka?”

Lelaki itu pun menjawab, “Ya, benar”.

dan panjang lagi.....sehingga bahagian sahabat hendak membunuhnya lalu gagal


Takhrij


HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 83, al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 3/341, daripada Anas bin Malik ra.

Terdapat perawi (Musa bin Ubaidah) yang matruk menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 6/228.

Ibnu Hajar pula berkata dalam al-Isabah 1/484, jalan turuq hadith ini sangat banyak.

Syeikh al-Albani pula menilai sanad hadith ini sahih menuruti syarat Muslim dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2495.

Hadith rukuk sambil berjalan menuju saf dalam solat berjamaah



Matan hadith


إذا دخل أحدُكم المسجدَ والنّاسُ رُكوعٌ فليركَعْ، حين يدخلُ ثمَّ يدُبُّ راكعًا حتّى يدخلَ في الصَّفِّ، فإنَّ ذلك السُّنَّةُ


Terjemahan

Jika salah seorang di antara kalian memasuki masjid, sementara orang-orang sudah ruku', maka hendaklah ia ikut ruku'. Kemudian sambil ruku' hendaknya ia masuk barisan. Sebab hal itu merupakan sunnah.


Takhrij

HR. Thabrani di dalam Mu'jam al-Ausath no. 7016, Ibnu Khuzaimah no. 1571, al-Hakim no. 777, daripada Abdullah bin Zubair ra.

Disahihkan oleh al-Hakim, dan disetujui oleh az-Zahabi.

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 229.

Hadith makan hindiba/salad



Matan hadith

عليكم بالهِندباء؛ فإنَّه ليس يوم من الأيامِ إلّا وهو يقطرُ عليه قطرةٌ من قطرات الجنة


Terjemahan

Hendaklah kalian menggunakan al-Hindiba, kerana sesungguhnya tidak sehari pun kecuali pastilah terenjis tetesan dari syurga.


Takhrij

HR. Abu Nuaiym dalam Tibb al-Nabawi no. 678, daripada Anas bin Malik ra.

Sanadnya dan semua perawinya rosak menurut as-Suyuthi dalam al-La'ali 2/222.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 509

Kisah abid Ibadah 500 tahun, masuk Syurga kerana Rahmat Allah



Matan hadith

أخبرني أحمد بن محمد بن سلمة العنزي ، ثنا عثمان بن سعيد الدارمي ، ثنا عبد الله بن صالح المقري ، ثنا سليمان بن هرم القرشي ، وحدثناعلي بن حمشاذ العدل ، ثنا عبيد بن شريك ، ثنا يحيى بن بكير ، ثنا الليث بن سعد ، عن سليمان بن هرم ، عن محمد بن المنكدر ، عن جابر بن عبد الله- رضي الله عنهما – قال : خرج علينا النبي – صلى الله عليه وآله وسلم – ، فقال : ” خرج من عندي خليلي جبريل آنفا فقال : يا محمد ، والذي بعثك بالحق إن لله عبدا من عبيده ، عبد الله – تعالى – خمسمائة سنة على رأس جبل في البحر عرضه وطوله ثلاثون ذراعا في ثلاثين ذراعا ، والبحر محيط به أربعة آلاف فرسخ من كل ناحية ، وأخرج الله – تعالى – له عينا عذبة بعرض الأصبع تبض بماء عذب فتستنقع في أسفل الجبل ، وشجرة رمان تخرج له كل ليلة رمانة فتغذيه يومه ، فإذا أمسى نزل فأصاب من الوضوء وأخذ تلك الرمانة فأكلها ثم قام لصلاته ، فسأل ربه – عز وجل – عند وقت الأجل أن يقبضه ساجدا ، وأن لا يجعل للأرض ولا لشيء يفسده عليه سبيلا حتى بعثه وهو ساجد قال : ففعل فنحن نمر عليه إذا هبطنا وإذا عرجنا ، فنجد له في العلم أنه يبعث يوم القيامة فيوقف بين يدي الله – عز وجل – فيقول له الرب : أدخلوا عبدي الجنة برحمتي ، فيقول : رب بل بعملي ، فيقول الرب : أدخلوا عبدي الجنة برحمتي ، فيقول : يا رب ، بل بعملي ، فيقول الرب : أدخلوا عبدي الجنة برحمتي ، فيقول : رب بل بعملي ، فيقول الله – عز وجل – للملائكة : قايسوا عبدي بنعمتي عليه وبعمله فتوجد نعمة البصر قد أحاطت بعبادة خمس مائة سنة وبقيت نعمة الجسد فضلا عليه فيقول : أدخلوا عبدي النار قال : فيجر إلى النار فينادي : رب برحمتك أدخلني الجنة ، فيقول : ردوه فيوقف بين يديه فيقول : يا عبدي ، من خلقك ولم تك شيئا ؟ فيقول : أنت يا رب ، فيقول : كان ذلك من قبلك أو برحمتي ؟ فيقول : بل برحمتك . فيقول : من قواك لعبادة خمس مائة عام ؟ فيقول : أنت يا رب ، فيقول : من أنزلك في جبل وسط اللجة وأخرج لك الماء العذب من الماء المالح وأخرج لك كل ليلة رمانة وإنما تخرج مرة في السنة ، وسألتني أن أقبضك ساجدا ففعلت ذلك بك ؟ فيقول : أنت يا رب ، فقال الله – عز وجل – : فذلك برحمتي وبرحمتي أدخلك الجنة ، أدخلوا عبدي الجنة فنعم العبد كنت يا عبدي ، فيدخله الله الجنة ، قال جبريل – عليه السلام – : إنما الأشياء برحمة الله – تعالى – يا محمد ” .

هذا حديث صحيح الإسناد ، فإن سليمان بن هرم العابد من زهاد أهل الشام ، والليث بن سعد لا يروي عن المجهولين .


Terjemahan

Dari Jabir ra mengisahkan, Rosulullah saw keluar menemui kami dan bercerita,”Tadi Jibril baru saja keluar dari tempatku. Ia berkata,”Wahai Muhammad, demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran. Sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba yang telah menyembah kepada Allah selama 500 tahun. Ia tinggal di atas sebuah bukit yang panjang dan lebarnya 30 x 30 hasta. Bukit itu dikelilingi lautan seluas 4000 farsakh dari segala penjuru (1 farsakh). Bukit itu memiliki satu mata air sebesar ibu jari yang memancarkan air bersih untuknya. Si abid menetap di bawah bukit itu. Untuk keperluan makan, sebatang pohon delima setiap malam memberinya satu buah yang matang. Hari-harinya ia habiskan untuk beribadah. Bila sore menjelang, ia turun dari atas bukit dan melakukan wudhu. Kemudian ia mengambil buah delima itu dan memakannya, lalu ia melaksankan solat. Sebelum meninggal, ia memohon kepada Allah swt agar mencabut nyawanya saat sedang bersujud dan agar jangan memberi kesempatan kepada bumi atau benda-benda lainnya merusak jasadnya, sampai ia dibangkitkan kembali pada hari kiamat nanti dan tetap dalam keadaan bersujud. Jibril berkata,”Maka Allah mengabulkan permintaannya”. Kami selalu melewatinya bila kami turun ke bumi dan bila kami naik kembali ke langit. Kami mendapatkan khabar dalam ilmu (Tuhan) bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat, kemudian didudukkan dihadapan Allah swt, dan Allah swt berfirman,”Masukkanlah hambaKu ini ke syurga atas berkat rahmatKu.” Si Abid berkata,”Tapi ya Rabbi, masukkanlah hamba ke syurga atas berkat amal perbuatanku.” Allah berfirman,”masukkanlah hambaKu ke syurga atas berkat rahmatKu.”si Abid berkeras,“ya Rabbi, masukkanlah hamba ke syurga atas berkat amal perbuatanku.” Allah berfirman,”masukkanlah hambaKu ke surga atas berkat rahmatKu.”si Abid berkeras,“ya Rabbi, masukkanlah hamba ke syurga atas berkat amal perbuatanku.Allah swt lalu menjelaskan,”Timbanglah pada hambaKu ini antara nikmat yang telah Ku berikan dengan amal perbuatannya.” Maka didapati bahawa nikmat penglihatan telah meliputi ibadah selama 500 tahun itu, belum lagi nikmat-nikmat badan yang lainnya.
Allah berfirman,”Kembalikan dia kepadaKu!”. Maka ia dudukkan kembali dihadapan Allah. Allah menanyainya,”Wahai hambaKu, siapakah yang telah menciptakan kamu dari tidak ada?”si Abid menjawab, “Engkau wahai tuanku”.”Siapa yang telah memberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah selama 500 tahun?”si Abid menjawab,”Engkau wahai tuhanku”.”Siapa Zat yang telah menempatkanmu di sebuah bukit yang terletak di tengah-tengah deburan ombak samudera, mengeluarkan mata air tawar dari air yang masin, mengeluarkan buah delima setiap malamnya padahal delima hanya berbuah sekali dalam setahun, dan engkau telah memintaNya agar mecabut nyawamu saat engkau sedang bersujud dan Dia mengabulkan permintaan mu?” si Abid menjawab,”Engkau wahai Rabbi.” Allah ta’ala berfirman,”Semua itu atas berkat rahmatKu dan dengan rahmatKu pula engkau masuk syurga. Masukkanlah hambaKu ini ke syurga! Sebaik-baik hamba adalah engkau wahai hambaKu.”Maka Allah memasukkannya ke syurga.

Malaikat Jibrail alaihis salaam berkata:”Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah, wahai Muhammad. ”


Takhrij

HR. al-Hakim 5/356 dan ia berkata hadith ini sahih sanadnya.

Al-Uqaili pula mendhaifkan hadith ini di dalam Dhuafa’ Kabir 2/144 kerana perawi terdapat perawi yang majhul, Sulaiman bin Harm, dan riwayat hadoithnya nya tidak terpelihara.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1183

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...