Tuesday 23 February 2021

Hadith serban Nabi saw mempunyai 2 ekor

 


Matan hadith


  رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ قَدْ أَرْخَى طَرَفَهَا بَيْنَ كَتِفَيْهِ


Terjemahan


Aku melihat nabi SAW atas minbar, memakai serban hitam, hujungnya (ekor serban) terjuntai antara kedua bahunya.


Takhrij


HR. Muslim no. 1359, Abu Daud no. 4077, an-Nasaie no. 5346 dan Ibnu Majah no. 1104, daripada Amru bin Harits al-Makhzumi ra. Sahih.


Hadith sabar dan redha ketika kekasih hati ‘diambil’ oleh Allah swt

 

Matan hadith

 

يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: مَا لِعَبْدِي الْمُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلاَّ الْجَنَّةُ

 

Terjemahan

 

“Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, ‘Tidak ada balasan yang diperoleh seorang hambaKu yang mukmin di sisiKu ketika Aku mengambil orang yang dikasihinya dari penduduk dunia kemudian dia bersabar (kerana mengharapkan pahala dariKu), kecuali (dia akan memperoleh) syurga’.”

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no. 6424, daripada Abu Hurairah ra, sahih ijma'

Hadith ancaman tidak mengeluarkan zakat emas dan perak

 

 

Matan hadith

 

مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ

 

Terjemahan

 

Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar dahi, rusuk dan belakang mereka

 

Takhrij

 

HR. Muslim no. 987, daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma'.

Atsar wanita yang berumur 9 tahun adalah wanita

 Matan hadith

 

قَالَتْ عَائِشَةُ إِذَا بَلَغَتْ الْجَارِيَةُ تِسْعَ سِنِينَ فَهِيَ امْرَأَةٌ

 

Terjemahan

 

Aisyah r.a. berkata, “Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita”.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi 3/417 no. 1109

 

Ibnu Arabi dalam Aridhah al-Ahwadzi 3/34 berkata atsar ini tidak sahih

Sunday 21 February 2021

Kisah pemuda yang ditunda kematian

 

Kisah yang tular

 

Dikisahkan Nabi Daud a.s. saat itu sedang duduk dengan seorang pemuda dan mengetahui waktu ajalnya datang setelah berjumpa dengan malaikat maut.Namun hingga datang waktunya, malaikat tersebut tak kunjung mencabut nyawanya. Ternyata ada alasan dibaliknya.Nabi Daud a.s. duduk di suatu tempat. Kemudian di sampingnya, ada seorang pemuda soleh yang duduk dengan tenang tanpa banyak bicara.Tiba-tiba, datang Malaikat Maut yang mengucapkan salam kepada Nabi Daud. Anehnya, Malaikat Maut terus memandangi pemuda itu dengan serius dan tak berpaling sama sekali.

 

Nabi Daud berkata kepadanya, “Mengapa engkau memandangi dia?”

 

Malaikat Maut menjawab, “Aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya tujuh hari lagi di tempat ini!”

 

Nabi Daud pun merasa hiba dan kasihan kepada pemuda tersebut. Beliau pun berkata kepadanya, “Wahai Anak Muda, apakah engkau mempunyai isteri?”

 

“Tidak, saya belum pernah menikah,” jawabnya.

 

“Datanglah engkau kepada Fulan – seseorang yang sangat dihormati di kalangan Bani Israil – dan katakan kepadanya, ‘Daud menyuruhmu untuk mengawinkan anakmu denganku.’ Lalu, kau bawa perempuan itu malam ini juga. Bawalah bekal yang engkau perlukan dan tinggallah bersamanya. Setelah tujuh hari, temuilah aku di tempat ini.”

 

Pemuda itu pergi dan melaksanakan nasihat Nabi Daud kepadanya. Dia pun dinikahkan oleh orang tua si Gadis. Kemudian dia tinggal bersama isterinya selama tujuh hari.Pada hari kedelapan pernikahannya, dia menepati janjinya untuk bertemu dengan Nabi Daud.

 

“Wahai Pemuda, bagaimana engkau melihat peristiwa itu?”

 

“Seumur hidupku, aku belum pernah merasakan kenikmatan dan kebahagiaan seperti yang kualami beberapa hari ini,” jawabnya.

 

Kemudian, Nabi Daud memerintahkan pemuda itu untuk duduk di sampingnya sembari menunggu kedatangan malaikat yang hendak menjemput kematiannya.Setelah cukup lama menunggu, akhirnya Nabi Daud berkata, “Pulanglah kepada keluargamu dan kembalilah ke sini untuk menemuiku di tempat ini delapan hari setelah ini.”Pemuda itu pun pergi meninggalkan tempat itu menuju ke rumahnya. Pada hari kelapan, dia menemui kembali Nabi Daud di tempat tersebut dan duduk di sampingnya.Kemudian, kembali lagi pada minggu berikutnya, dan begitu seterusnya. Waktu berjalan terus hingga kemudian datanglah Malaikat Maut kepada Nabi Daud.

 

“Bukankah engkau pernah mengatakan kepadaku bahawa engkau akan mencabut nyawa anak pemuda ini dalam waktu tujuh hari ke depan?”

 

Malaikat itu menjawab, “Ya.

 

Nabi Daud berkata lagi, “Telah berlalu lapan hari, lapan hari lagi, lapan hari lagi, dan engkau belum juga mencabut nyawanya.”

 

“Wahai Daud, sesungguhnya Allah swt merasa hiba kepadanya lalu dia menunda ajalnya sampai tiga puluh tahun yang akan datang.”

 

Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

 

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkahwinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

 

Takhrij

 

KIsah ini tiada asalnya. Buktinya, kisah ini terdapat banyak sangat versi, ada versi Nabi Ibrahim as, Nabi Daud as, dan Nabi Sulaiman as. Ada pula 70 tahun, ada pula 60 tahun, dan ada pula 30 tahun. Variasi yang terlalu besar ini menunjukkan bahawasanya kisah ini tidak sahih.

 

 

Kisah ini ditemukan dalam kitab ‘Uqubah ahlil Kabair hal. 68 oleh Syeikh Abu Laits al-Samarqandi.Abu Laits al-Samarqandi dikritik oleh az-Zahabi dan Ibnu Utsaimin kerana memasukkan sejumlah besar hadith palsu dalam kitabnya (Syiar ‘Alam an-Nubala 16/322; Majmu Fatawa 26/352). Ini adalah kisah yang tidak sahih (Fatwa Soaljawab Islam no. 303969).

 

Malah kisah ini dijumpai di dalam sumber kitab Syiah seperti Bihar al-Anwar 14/37, perawinya dalam sanadnya tidak dikenali.

 

دخل ملك الموت ع نبى الله داوود فنهض النبي عليه السلام . وقال : أهلا بأخي وحبيبي ملك الموت ، أجئتني قابضاً أم زائرا قال لا جئت أعلمك بأمر هذا الشاب

الذي في مجلسك بقي من عمره عشرة أيام والشاب عمره عشرين سنة يأتي

ليجالس نبي الله ؟؟؟ فاغتم نبي الله داوود ، واخذ يراقب هذا الشاب ،

ومضت الايام العشر ولم يأتيه الموت لهذا الشاب واذ بملك الموت يدخل ع نبي الله فنهض وقال : اهلا بأخي وحبيبي ملك الموت أجئتني قابضا أم زائرا

قال ملك الموت : لا جئت أعلمك بأمر هذا الشاب الذي خرج من مجلسك

قال نبي الله : بلى ياملك الموت قلت لي عشرة أيام و إلى اليوم ستة عشرة يوما !!! قال أمرني ربي أن أقبض روحه فمشيت شرقا وغرباً فلم أجد له لقمة يأكلها ولا جرعة ماء يشربها ومابقي له إلا انفاساً معدودة هو يمشي وانا أمشي بجانبة

فمر به فقيرا وقال أعطني بالله عليك .. فمد يده في جيبه وأخرج ستة دنانير وأعطاها للفقير .. فقال الفقير :أطال الله ف عمرك وجعلك رفيق داوود في الجنة

فناداه رب العزة تعال ياملك الموت لاتقبض ؟ قال ملك الموت: ربي لم يكن له لقمة يأكلها ولا جرعة ماء يشربها ومابقي له إلا انفاس معدودة ؟

قال الله : اما رأيت ماأعطى الفقير قال بلى ؟ اما سمعت دعاء الفقير

قال بلى : قال اذهب الى نبي الله وقل السلام يقرؤك السلام ويقول لك ان الله اعطاه بستة دنانير ستين عاماً ولايموت الا وله من العمر ثمانين عاما وهو رفيقك ياداوود في الجنة .

اكثرو من الصدقات فانها ترفع البلاء وتغير الاقدار اللهم اكرمنا بما تحب وترضى واجعلنا ممن نظرت اليهم بعين الرضى اللهم آمين

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 303969

 

Kisah gempa bumi ketika zaman Umar al-Khattab ra

 

Matan kisah

 

زُلْزِلَتِ الأَرْضُ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ حَتَّى اصْطَفَقَتِ السُّرُرُ فَوَافَقَ ذَلِكَ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ وَهُوَ يُصَلِّي فَلَمْ يَدْرِ ، قَالَت : فَخَطَبَ عُمَرُ لِلنَّاسِ فَقَالَ : أَحدَثْتُم لَقَدْ عَجِلْتُمْ ، قَالَت : وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ : لَئِنْ عَادَتْ لأَخْرُجَنَّ مِنْ بَيْنِ ظَهْرَانِيكُمْ

 

Terjemahan

 

Bumi bergegar pada zaman pemerintahan Umar sehingga katil-katil turut bergegar. Gegaran itu turut berlaku pada Abdullah Bin Umar yang mana pada ketika itu beliau sedang menunaikan solat. Beliau tidak perasan tentang keadaan tersebut. Kata Safiah :Apa yang telah kalian lakukan. Sesungguhnya kalian telah bersegera (melakukan maksiat). Kata Safiah : Aku tidak tahu melainkan beliau berkata:Jika gempa ini berlaku lagi, aku akan keluar dari hadapan kalian (segera keluar).

 

Takhrij

 

AR.  al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 6604, Ibn Abu Syaibah dalam al-Musannaf no. 8335, Ibnu Munzir dalam al-Awsat no. 2825 dan Nuaim Bin Hammad dalam al-Fitan no. 1731, daripada Safiah bin Abu Ubaid ra.

 

Sahih menurut kajian sanadnya (Irsyad al-Hadith no. 308).

 

Dalam kisah yang lain pula:

 

عندما وقعت الزلزلة في المدينة المنورة، ضرب الفاروق عمر بن الخطاب الدرة على الأرض وقال: يا اسكني بإذن ‏اللّه، الم اعدل عليك؟ فسكنت

 

Saat sedang istirehat dan melepas lelah, tiba-tiba bumi mMadinah bergegar menggoncang cukup terasa. Umar bangkit dari tepat duduknya, lalu mengambil tombak dan menancapkannya ke bumi sambil berkata: Diamlah kamu wahai bumi. Kenapa kamu bergoncang, padahal saya sudah berlaku adil kepadamu. (Thabaqat Syafieyyah 2/326).

 

Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr berkata:

 

لم يأت عن النبي صلى الله عليه وسلم من وجه صحيح أن الزلزلة كانت في عصره ، ولا صحت عنه فيه سنة وقد كانت أول ما كانت في الإسلام على عهد عمر

 

"Tidak ada riwayat yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa gempa pernah terjadi di masa hidup beliau, dan tidak benar ada sunnah dari beliau terkait gempa bumi. Awal terjadinya gempa dalam Islam sesungguhnya terjadi di masa pemerintahan Umar." (At-Tamhid 3/318)

Larangan mencela sahabat Nabi saw

 

Matan hadith

 

مَنْ سَبَّ أَصْحَابِي فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang mencela para Sahabatku, ia akan mendapatkan laknat (dari) Allah, Malaikat, dan manusia seluruhnya

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Adi daalm al-Kamil fi Dhua’fa’ 6/363, daripada Ibnu Abbas ra.

 

As-Suyuthi menilai hadith ini hasan dalam Jamius Saghir no. 8715.

 

Muhammad Jarullah al-Sa’di menilai hadith ini hasan dalam al-Nawafih al-I’thrath no. 383.

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2340, menilai hadith ini hasan dengan pengumpulan semua jalan riwayat.

 

Rujukan

 

https://umma.id/post/kemuliaan-para-sahabat-nabi-dan-hukum-mencela-mereka-bagian-ke-empat-344172?lang=id

 

https://rumaysho.com/2331-kafirnya-orang-yang-mencela-sahabat-nabi.html

Hadith mencintai dunia atau akhirat sebagai tujuan utama

 

Matan hadith

 

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ ، فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ِ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ ، جَمَعَ اللهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ.

 

Terjemahan

 

Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran selalu ada dihadapannya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allah akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.

 

Takhrij

 

HR Ibnu Majah no. 4105, Ahmad 5/183, ad-Daarimi no. 229, Ibnu Hibban no. 680 daripada Zaid bin Tsabit ra.

 

Ibnu Hibban menilai hadith ini sahih, begitu juga  al-Dimyathi dalam al-Mutjir Rabih no. 334, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Sahih Targhib no. 3168, Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Sahih Ibnu Hibban no. 680 dan al-Wadi'ie dalam Sahih Musnad no. 358.

 

Juga terdapat riwayat dari Anas bin Malik RA berkata; Rasulullah bersabda:

 

مَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا قُدِّرَ لَهُ

 

Barangsiapa yang keinginannya hanya kehidupan akhirat maka Allah akan memberi rasa cukup dalam hatinya, menyatukan urusannya yang berserakan dan dunia datang kepadanya tanpa dia cari, dan barangsiapa yang keinginannya hanya kehidupan dunia maka Allah akan jadikan kemiskinan selalu membayang-bayangi di antara kedua matanya, mencerai beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekedar apa yang telah ditentukan baginya."

 

HR. Tirmidzi no.  2465. al-Mubarakfuri berkata: “Pada sanadnya perawi Yazid al-Raqasyi adalah daif”. Manakala al-Albani berkata: Sanadnya dhaif tetapi hasan kerana mutaba’ah dan syawahidnya.

Hadith 5 nasihat dan doa Jibril kepada Nabi saw

 

Sanad dan matan hadith

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ نُصَيْرٍ الْأَصْبَهَانِيُّ، ثنا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَمْرٍو الْبَجَلِيُّ، ثنا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، عَنْ عَبْدَةَ بْنِ أَبِي لُبَابَةَ، عَنْ سُوَيْدِ بْنِ غَفَلَةَ، قَالَ: أَصَابَتْ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَاقَةٌ، فَقَالَ لِفَاطِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: لَوْ أَتَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْتِيهِ وَكَانَ عِنْدَ أُمِّ أَيْمَنَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، فَدَقَّتِ الْبَابَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأُمِّ أَيْمَنَ: «إِنَّ هَذَا لَدَقُّ فَاطِمَةَ، وَلَقَدْ أَتَتْنَا فِي سَاعَةٍ مَا عَوَّدَتْنَا أَنْ تَأْتِيَنَا فِي مِثْلِهَا، فَقُومِي فَافْتَحِي لَهَا الْبَابَ» قَالَتْ: فَفَتَحْتُ لَهَا الْبَابَ، فَقَالَ: «يَا فَاطِمَةُ، لَقَدْ أَتَيْتِنَا فِي سَاعَةٍ مَا عَوَّدْتِنَا أَنْ تَأْتِينَا فِي مِثْلِهَا» فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذِهِ الْمَلَائِكَةُ طَعَامُهَا التَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَالتَّمْجِيدُ، فَمَا طَعَامُنَا؟ قَالَ: «وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ مَا اقْتَبَسَ فِي آلِ مُحَمَّدٍ نَارٌ مُنْذُ ثَلَاثِينَ يَوْمًا وَقَدْ أَتَانَا أَعْنُزٌ فَإِنْ شِئْتِ أَمَرْتُ لَكِ بِخَمْسَةِ أَعْنُزٍ، وَإِنْ شِئْتِ عَلَّمْتُكَ خَمْسَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ آنِفًا» قَالَتْ: بَلْ عَلِّمْنِي الْخَمْسَ كَلِمَاتٍ الَّتِي عَلَّمَكَهُنَّ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، قَالَ: " قُولِي: يَا أَوَّلَ الْأَوَّلِينَ، يَا آخِرَ الْآخَرِينَ، ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِينَ، وَيَا رَاحِمَ الْمَسَاكِينِ، وَيَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ " قَالَ: فَانْصَرَفَتْ حَتَّى دَخَلَتْ عَلَى عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقَالَتْ: ذَهَبْتُ مِنْ عِنْدِكِ إِلَى الدُّنْيَا وَأَتَيْتُكَ بِالْآخِرَةِ، قَالَ: خَيْرًا يَأْتِيكِ، خَيْرًا يَأْتِيكِ

 

 

Terjemahan

 

Suatu waktu Ali RA mengalami kesempitan, lalu berkata kepada Fatimah RA; “Andai engkau datang kepada Nabi , pintalah sesuatu kepadanya." Maka pergilah Fatimah ke sana, dan ada Ummu Aiman di sana. Fatimah pun mengetuk pintu. Nabi berkata kepada Ummu Aiman: “Bahawa itu adalah bunyi ketukan Fatimah, dia datang di waktu yang bukan kebiasaannya dia datang seperti sekarang, bangunlah dan bukakan pintu untuknya.” Ummu Aiman berkata: “Akan aku bangun dan bukakan pintu untuknya.” Nabi bertanya: “Wahai Fatimah, mengapakah engkau datang di waktu yang bukan kebiasaannya engkau datang seperti sekarang?” Fatimah berkata: "Wahai Rasulullah, jika makanan malaikat itu adalah tahlil, tasbih, dan tahmid, lalu apakah makanan kita?" Nabi menjawab; “Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, tidaklah dinyalakan api (dapur) di rumah Muhammad sejak tiga puluh hari lalu. Aku baru diberikan kambing, jika kau mahu, maka aku akan mengusahakan lima ekor kambing untukmu. Namun jika kau mahu, aku akan akan ajarkan kamu lima kalimah yang diajarkan Jibril kepadaku." Fatimah menjawab: "Ajarkanlah kepadaku lima kalimah yang diajarkan Jibril kepadamu." Nabi bersabda; “Ucapkanlah:

 

يَا أَوَّلَ الْأَوَّلِينَ، يَا آخِرَ الْآخَرِينَ، ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِينَ، وَيَا رَاحِمَ الْمَسَاكِينِ، وَيَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

 

"Wahai yang Maha Awal dari yang awal, wahai yang Maha Akhir dari yang akhir, Pemilik kekuatan yang hebat, wahai yang Maha Mengasihani orang-orang miskin, wahai yang Maha Pengasih dari yang mengasihani.” Maka pulanglah Fatimah berjumpa dengan Ali RA lalu dia berkata: "Aku keluar meninggalkanmu untuk dunia, dan aku kembali kepadamu membawakan akhirat." Ali berkata: “Kebaikan datang bersamamu, kebaikan datang bersamamu.”

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani lam al-Dua’  1/319 no. 1047, al-Syajari dalam al-Amal al-Khamisiyyah 1/325, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 8656, daripada Suwaid bin Ghaflah ra.

 

Kisah ini juga disebutkan oleh Imam Az-Zahabi dalam Mu'jamah al-Kabir 2/258, Ibnu Hajar dalam al-Zahrul Firdaus 8/299-300, al-Rafaie daam Tadwin fi Akhbar Qazwin 1/402-403, as-Suyuthi dalam Musnad Fatimah az-Zahra.

 

Imam az-Zahabi menilai hadith ini tidak sahih. Beliau berkata hadith ini tersangatlah gharib dan mursal. Terdapat perawi yang didhaifkan oleh al-Uqaili, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Hibban, Ibnu Adi, ad-Daraquthni, iaitu Ismail bin Amru al-Bajali. Malah Ibnu Said menilainya dhaif pendusta. (Dhu’afa’ al-Kabir 1/86, al-Jarh wa Ta’dil 2/190, al-Tsiqat Ibni Hibban 8/100, al-Kamil fi Dhua’fa’ 1/525, Dhu’afa’ al-Matrukin 1/256, Tarikh Baghdad 1/62, Tarikh Islam 5/536).

 

Al-Hindi dalam Kanzul Ummal no. 5022 menilai hadith dhaif mursal.

 

Al-Mudaihisy dalam Fatimah Bintu Nabi saw Siratuha Fadailuha Musnaduha 5/158 menilai hadith ini dhaif jidan.

 

Menurut pentahqiq al-Zahrul Firdaus hadith ini munkar.

 

Rujukan

 

https://majles.alukah.net/t108461/

 

https://muslimobsession.com/5-kalimat-yang-rasulullah-ajarkan-kepada-fatimah/

Hadith membaca surah al-Isra’ dan az-Zumar sebelum tidur

 

Matan hadith

 

 كانَ النَّبيُّ ﷺ لا ينامُ علَى فِراشِه حتَّى يقرأ بَني إسرائيلَ ، والزُّمَرِ

 

Terjemahan

 

"Tidaklah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam beranjak ke ranjangnya untuk tidur, hingga beliau membaca (surat) Bani Israil (surat Al Isra) dan surat Az Zumar."

 

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2920, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 10548, Ahmad no. 24388, daripada Aisyah Ra.

 

Hasan gharib menurut Imam Tirmidzi.

 

Sahih menurut Syeikh al-Albani dan hasan menurut al-Hafiz Abu Thahir dalam takhrij mereka ke atas Sunan Tirmidzi.

Hadith seburuk-buruk kematian adalah mati bujang

 

Matan hadith

 

شراركم عزابكم, وأراذل موتاكم عزابكم

 

Terjemahan

 

Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah

 

Takhrij

 

HR. Abdurrazzaq dalam Musannnafnya no. 10387, Ahmad no. 21450, daripada Abu Dzar al-Ghiffari ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih dalam al-'Ilal Mutanahiyah 2/608.

 

Muhammad bin Abdil Hadi menilai hadith ini palsu dalam Tanqih al-Tahqiq 4/283.

 

Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini dhaif.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6053.

 

 

Hadith-hadith celaan hidup membujang/pujian/fadhilat membujang bertaraf dhaif semuanya sepertimana disebutkan oleh Ibnu Qayyim dalam al-Manar al-Munif hal. 177:-

 

"Hadith-hadith tentang pujian bagi orang yang membujang semuanya tidak sah."

 

Dan as-Sakhawi dalam Maqasid Hasanah hal. 135:-

 

'Dan hadith-hadith serupa lainnya yang semuanya lemah atau tidak jelas, akan tetapi tidak dapat dihukumi sebagai hadith palsu."

 

Hal serupa juga dikatakan oleh Al-Fatani dalam Tazkirah Maudu'at hal. 125.

Hadith kecelakaan pada orang membaca ayat ini QS. Ali-Imran: 190 tetapi tidak memikirkannya

 

Terjemahan

 

Dari Atha’, ia berkata, “Aku dan Ubaid bin Umair datang kepada Aisyah, kemudian Aisyah berkata kepada Ubaid bin Umair, “Sungguh kamu telah bersikap baik dengan datang mengunjungi kami.’” Lalu Ubaid berkata, “Aku akan katakan wahai ibu sebagaimana orang dulu pemah katakan: “Jarang berkunjunglah, maka cinta akan bertambah.” Atha' berkata, Aisyah lalu berkata, "Tinggalkan kami dari bahasa asing kalian itu.” Ibnu Umair berkata, “Berilah kami Khabar tentang perkara yang paling menakjubkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.” Atha' berkata, “Aisyah terdiam, tidak lama kemudian berkata, ‘Pada suatu malam, beliau bersabda, ‘Wahai Aisyah, izinkanlah aku agar malam ini aku dapat beribadah kepada Tuhanku.” Aku (Aisyah) lalu berkata, Sesungguhnya aku lebih senang berada di dekatmu, dan aku sangat senang dapat membahagiakanmu," Ia (Aisyah) lalu berkata, “Kemudian beliau bangun dan bersuci, setelah itu melaksanakan ' shalat." Aisyah berkata, “Malam itu, beliau terus menerus menangis hingga pahanya basah, kemudian beliau terus menerus menangis hingga jenggotnya basah, kemudian beliau terus menerus menangis hingga tanah menjadi basah. Hingga kemudian Bilal mengumandangkan adzan. Ketika Bilal melihat beliau menangis, ia bertanya, “Wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, mengapa engkau menangis seperti itu padahal engkau adalah orang yang dosanya telah diampuni oleh Allah SWT baik dosa yang telah lalu maupun dosa yang akan datang?" Beliau menjawab, “(Jika aku meninggalkan tahajjud) aku Tidaklah menjadl hamba yang bersyukur. Sungguh telah turun satu ayat pada malam Int, yang menjadl celaka bagi orang yang membacanya namun tidak berfikir tentangnya. (Ayat Itu adalah), "Sesungguhnya dalam penclptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.“ (Qs. Aali ‘Imran [3]:190).

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban no. 620, dihasan oleh Syeikh al-Wadi'ie dalam Sahih Musnad no. 1654, sanadnya juga disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Sahih Ibnu Hibban.

Hadith ini bukan umum maksudnya seperti, baca al-Quran tapi tak faham, masuk dalam celaan tersebut.

 

Celaan ini menurut syeikh Na'san lebih tertuju kepada orang musyrik, mereka telah dibentangka ayat-ayat Allah tapi tidak mahu beriman.

 

Ia cuma khas untuk konteks ayat 190 dalam surah  Ali-Imran sahaja.

 

Bila dah diberi tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan langit dan bumi serta kejadian malam dan siang, tapi masih tidak mahu berfikir dan beriman kepada Allah swt (As-Shabuni dalam Shafwatut Tafasir 1/230).

 

Inilah menurut as-Shabuni, ciri-ciri Ulul Albab (orang yang selalu berfikir lalu mengingati Allah), dengan sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi.

 

Sebab dalam hadith yang lain orang yang membacanya saja pun dapat pahala walapun merangkak-rangkak. Al-maklumlah orang yang membaca, memahami dan mentadburi itu lagilah besar pahalanya dari orang yang membacanya saja.

 

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi  SAW bersabda:

 

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ

وَمِيمٌ حَرْف

 

Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf” (HR. Tirmidzi no. 2910, hasan).

 

Daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

 

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

 

Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa  taat kepada Allah    dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. (HR. Muslim no. 798).

 

 

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda:

 

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

 

Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." (HR. Bukhari no. 5027)

 

Wallahu 'alam.

 

Rujukan

 

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 1549

 

https://www.naasan.net/index.php?page=YWR2aXNvcnk=&op=ZGlzcGxheV9hZHZpc29yeV9kZXRhaWxzX3U=&advisory_id=NjU2Mw==&lan=YXI=

Hadith keutamaan menyebut alhamdulillah/hamdallah 3 kali apabila mendapat nikmat

 

Matan hadith

 

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " §مَا أَنْعَمَ اللهُ عَلَى عَبْدٍ مِنْ نِعْمَةٍ، فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ إِلَّا وَقَدْ أَدَّى شُكْرَهَا، فَإِنْ قَالَهَا الثَّانِيَةَ جَدَّدَ اللهُ لَهُ ثَوَابِهَا، فَإِنْ قَالَهَا الثَّالِثَةَ غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ

 

Terjemahan

 

 

Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Allah SWT tidak memberi suatu nikmat kepada seorang hamba kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, kecuali Allah SWT menilai ia telah mensyukuri nikmat itu.

 

Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah yang kedua, maka Allah SWT akan memberinya pahala yang baru lagi. Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah untuk yang ketiga kalinya, maka Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 1/507-508 dan al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4090, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 6272, daripada Jabir ra.

 

Hadith munkar menurut az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal 2/513-514.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2010.

Kisah Nabi saw mencium tangan yang tak disentuh api neraka

 

Sanad dan matan kisah

 

قال: أَخْبَرَنَا أَبُو طَاهِرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ سَعْدُونٍ الْبَزَّازُ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَلِيٍّ الْحَسَنُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ الْكَرْمِينِيُّ، قَدِمَ عَلَيْنَا مِنْ بُخَارَى، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو حَفْصٍ أَحْمَدُ بْنُ أُحَيْدِ بْنِ حَمْدَانَ الْبُخَارِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو قَيْسُ بْنُ أُنَيْفٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ تَمِيمٍ الْفِرْيَابِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عِيسَى الْجُرْجَانِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ مِسْعَرِ بْنِ كِدَامٍ، عَنْ عَوْنٍ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ:

 

" أقَبْلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَةِ تَبُوكَ، فَاسْتَقْبَلَهُ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ الأَنْصَارِيُّ، فَصَافَحَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ لَهُ:  مَا هَذَا الَّذِي أَكْنَبَتْ يَدَاكَ؟

 

فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَضِرْبُ بِالْمَرِّ وَالْمِسْحَاةِ فَأُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِي.

 

قَالَ: فَقَبَّلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ، فَقَالَ:  هَذِهِ يَدٌ لا تَمَسُّهَا النَّارُ أَبَدًا  .

 

قال الخطيب رحمه الله تعالى: "هذا الحديث باطل؛ لأَنّ سعد بن معاذ لم يكن حيّا في وقت غزوة تبوك، وكان موته بعد غزوة بني قريظة من السّهم الّذي رُمِيَ به، ومحمّد بن تميم الفريابيّ كذّاب يضع الحديث " انتهى.

 

 

Terjemahan

 

Dikisahkan pada saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam baru tiba dari perang Tabuk, Banyak sahabat yang ikut beserta Nabi dalam peperangan ini. Tidak ada yang tertinggal kecuali orang orang yang berhalangan dan ada uzur.

 

Saat mendekati kota Madinah, di salah satu sudut jalan, Rasulullah berjumpa dengan seorang tukang batu (Saad bin Muadz ra). Ketika itu Rasulullah melihat tangan buruh tukang batu tersebut melepuh, kulitnya merah kehitam-hitaman seperti terpanggang matahari.

 

Rasulullah bertanya, “Kenapa tanganmu kasar sekali?" Si tukang batu menjawab, "Ya Rasulullah, pekerjaan saya ini membelah batu setiap hari, dan belahan batu itu saya jual ke pasar, lalu hasilnya saya gunakan untuk memberi nafkah keluarga saya, kerana itulah tangan saya kasar."

 

Rasulullah pun menggenggam tangan itu, dan menciumnya seraya bersabda, "Hadzihi yadun la tamatsaha narun abada", 'inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka selama lamanya.

 

"Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan solat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah"

 

Takhrij

 

Kisah ini diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 8/317, daripada Anas bin Malik ra.

 

Kisah ini batil menurut al-Khatib.

 

Syeikh al-ALbani menilai kisah ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif 1/568.

Doa ketika Cuaca Panas

 

 

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

 

(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )

 

Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka JahannamMu

 

HR. Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 306, Baihaqi dalam Asma wa Sifat no. 387.

 

Hadith ini dinilai munkar oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6428.

 

Tapi ia adalah doa yang baik, tidak menyalahi syarak boleh saja diamalkan waima berasal dari hadith yang dhaif sekalipun.

Hadith ancaman orang bersedekah yang tidak mengutamakan kaum kerabatnya

 

Matan hadith

 

يا أمة محمد، والذي بعثني بالحق لا يقبل الله صدقة من رجل وله قرابة محتاجون إلى صلته ويصرفها إلى غيرهم. والذي نفسي بيده، لا ينظر الله إليه يوم القيامة

 

Terjemahan

 

Wahai umat Muhammad, demi Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran, Allah tidak akan menerima sedekah seseorang yang mempunyai kerabat yang memerlukan bantuannya, sementara ia memberikan sedekah atau bantuan itu kepada orang lain. Dan demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamannya, Allah tidak akan memandangnya di hari kiamat nanti

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 8868, daripada Abu Hurairah ra.

 

al-Haithami dalam Majma Zawaid, 3/120, sanadnya terdapat perawi yang dhaif bernama Abdullah bin 'Amar al-Aslami. Az-Zahabi dalam al-Mughni berkata tidak sedikit ulama yang mendhaifkan beliau.

 

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 534.

 

Dhaif juga menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 419287.

Hadith seorang pemuda mengampu/membodek pemimpin lalu ditaburkan tanah ke mukanya

 

Matan hadith

 

قامَ رجلٌ فأثنى على أميرٍ منَ الأمراءِ فجعلَ المقدادُ بنُ الأسودِ يحثو في وجهِه التُّرابَ وقالَ أمرنا رسولُ اللهِ صلّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ أن نحثوَ في وجوهِ المدّاحينَ التُّرابَ

 

Terjemahan

 

Diceritakan suatu hari seorang lelaki telah memuji-muji pemimpin dalam kalangan kepimpinan mereka. Lantas Miqdad Bin Amru mencampakkan tanah ke atasnya. Beliau berkata: "Kami telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mencampakkan tanah ke muka golongan-golongan pengampu"

 

Takhrij

 

HR. Muslim no. 3002, Abu Daud nom 4704, Ahmad no. 23824, daripada Abdullah al-Sakbharah al-Azdi ra

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Sahih Tirmidzi no. 2393 dan Sahih Ibnu Majah no. 3031.

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...