Thursday 27 May 2021

Apakah raudhah tempat mustajabnya doa?

 Secara eksplisit tidak ditemukan dengan jelas dalil dan pendapat ulama yang menerangkan hal demikian.

 

 

Yang ada cuma keutamaan tempat

 

Raudhah adalah tempat yang memiliki keutamaan sebagaimana yang Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam sabdakan:

 

مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

 

"Tempat yang ada diantara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga. Bukhari no.1195 dan Muslim no.1390.

 

Dan ulama berbeza pendapat akan maksud taman-taman syurga itu kepada:-

 

 

Pertama, bahawa makna hadith ini sesuai tekstualnya. Ertinya, bahawa tempat ini (antara rumah dan mimbar Nabi) akan diangkat oleh Allah dan dijadikan taman syurga.

 

Kedua, Sehingga ibadah di sana akan mengantarkan seseorang itu menuju syurga.

 

Ketiga, bahwa hadith ini berbentuk majaz (kiasan), dalam erti, tempat antara rumah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan mimbar beliau disebut sebagai raudhah, kerana di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di tempat ini wahyu disampaikan, kajian dirutinkan, iman ditumbuhkan, ibadah disemarakkan, semua sahabat khusyu dan tunduk di hadapan Allah Ta’ala.

 

Kesimpulan ini disampaikan al-Hafidz Ibnu Hajar – rahimahullah –. Dan menurut beliau, pendapat ketiga paling mendekati kebenaran. (Fathul Bari, 4/100).

 

kerana bersesuaian dengan maksud hadith:-

 

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ، فَارْتَعُوا “، قَالُوا: وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: ” حِلَقُ الذِّكْرِ

 

Apabila kalian melewati taman syurga, mendekatlah. Sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” beliau bersabda, “Halaqah ilmu.” (HR. Tirmidzi no. 3852, Ahmad no. 12523 dan disahihkan al-Hakim).

 

Disebabkan kemulian tempat tersebut, maka sebahagian ulama mensunnahkan untuk beribadat di sana kerana pahalanya akan berlipat ganda, tetapi tidak pula menyebut tempat terkabulnya doa (Fatwa Thariqah Islamiyyah no. 26461).

 

Meski memiliki segudang keistimewaan, tanah Madinah seperti tanah yang lain tidak mampu mensucikan penghuninya, sebagaimana dikatakan oleh Salman al-Farisi Radhiyallahu anhu :

 

 إِنَّ الْأَرْضَ لَا تُقَدِّسُ أَحَدًا, وَإِنَّمَا يُقَدِّسُ الْإِنْسَانَ عَمَلُهُ

 

Sungguh tanah tidak mensucikan orang, yang mensucikannya hanyalah amalannya (HR. Malik dalam al-Muwaththa` no. 2842, munqathi').

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 115693

 

http://www.salamdakwah.com/pertanyaan/2671-apakah-benar-raudhah-adalah-tempat-yang-baik-untuk-berdoa-supaya-dikabulkan

Hadith kriteria memilih calon suami

 

عن فَاطِمَةَ بِنْت قَيْسٍ رضي الله عنها قالت: خَطَبَنِى خُطَّابٌ مِنْهُمْ مُعَاوِيَةُ وَأَبُو الْجَهْمِ. فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- «إِنَّ مُعَاوِيَةَ تَرِبٌ خَفِيفُ الْحَالِ وَأَبُو الْجَهْمِ مِنْهُ شِدَّةٌ عَلَى النِّسَاءِ – أَوْ يَضْرِبُ النِّسَاءَ أَوْ نَحْوَ هَذَا – وَلَكِنْ عَلَيْكِ بِأُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ». رواه مسلم في صحيحه، رقم الحديث: 3786، كتاب الطلاق، باب المطلقة ثلاثا لا نفقة لها.

 

 

Dari Fathimah bint Qays ra. Ketika beberapa orang melamarku, di antara mereka adalah Mu’awiyah dan Abu Jahm. Nabi Saw memberi saranan: “Kalau Mu’awiyah itu tidak memiliki harta sama sekali, sementara Abu Jahm sangat keras terhadap perempuan (suka memukul), pilihlah Usamah bin Zaid”. (HR. Muslim no. 3786)

Hadith asal usul tahiyat / tasyahhud

 

Matan hadith [1]

 

روي عن الحسن ومجاهد والضحاك : أن هذه الآية كانت في قصة المعراج ، وهكذا روي في بعض الروايات عن ابن عباس ، وقال بعضهم : جميع القرآن نزل به جبريل عليه السلام على محمد صلى الله عليه وسلم إلا هذه الآية فإن النبي صلى الله عليه وسلم هو الذي سمع ليلة المعراج . وقال بعضهم : لم يكن ذلك في قصة المعراج ؛ لأن ليلة المعراج كانت بمكة وهذه السورة كلها مدنية ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ: إِنَّهَا كَانَتْ لَيْلَةَ الْمِعْرَاجِ قَالَ: لَمَّا صَعِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وبلغ في السموات فِي مَكَانٍ مُرْتَفِعٍ وَمَعَهُ جِبْرِيلُ حَتَّى جَاوَزَ سِدْرَةَ الْمُنْتَهَى فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: إِنِّي لَمْ أُجَاوِزْ هَذَا الْمَوْضِعَ وَلَمْ يُؤْمَرْ بِالْمُجَاوَزَةِ أَحَدٌ هَذَا الْمَوْضِعَ غَيْرُكَ فَجَاوَزَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَلَغَ الْمَوْضِعَ الَّذِي شَاءَ اللَّهُ، فَأَشَارَ إِلَيْهِ جِبْرِيلُ بِأَنْ سَلِّمْ عَلَى رَبِّكَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ. قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَأَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكُونَ لِأُمَّتِهِ حَظٌّ فِي السَّلَامِ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، فَقَالَ جِبْرِيلُ واهل السموات كُلُّهُمْ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أن محمدا عبده وَرَسُولُهُ

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari al-Hasan, Mujahid and al-Dahhak bahawa ayat ini (surah al-Baqarah ayat 285) ada dalam kisah Mikraj, sebagaimana diriwayatkan dalam beberapa riwayat dari Ibnu Abbas. Sebahagian berkata: Keseluruhan al-Quran diturunkan melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad kecuali ayat ini, kerana Nabi mendengarnya sendiri pada malam Mikraj. Sebahagian berkata: Ia tidak berlaku dalam kisah Mikraj, kerana malam Mikraj berlaku ketika (era Nabi) berada di Mekah, dan surah ini keseluruhannya diturunkan di Madinah. Seterusnya, mereka  yang menyatakan ia berlaku pada malam al-Mikraj juga berkata: Ketika Nabi naik dan sampai di langit di tempat yang tertinggi, Jibril bersamanya sehingga Nabi pergi melangkaui Sidrat al-Muntaha. Jibril berkata kepadanya:  Aku tidak boleh melangkaui batasan ini, dan tiada siapa dibenarkan melangkaui batasan ini selain engkau. Maka Nabi berlalu sehingga sampai ke tempat yang dikehendaki Allah. Jibril mengisyaratkan kepada Nabi untuk memberi salam kepada Rabbnya. Lalu Nabi mengucapkan: “Segala penghormatan, selawat, dan kebaikan adalah bagi Allah”. Allah Ta’ala menjawab: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan barakah-Nya”.  Maka Nabi menginginkan umatnya juga mendapat bahagian dalam kesejahteraan itu lalu berkata: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas semua hamba Allah yang salih”. Lalu Jibril dan ahli langit kesemuanya berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya”...

 

Matan hadith [2]:

 

رُوِيَ: أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا عُرِجَ بِهِ أَثْنَى عَلَى اللَّهِ تَعَالَى بِهَذِهِ الْكَلِمَاتِ فَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى: «السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَقَالَ عَلَيْهِ السَّلَامُ: السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، فَقَالَ جِبْرِيلُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ»

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan bahawasanya ketika dimikrajkan Nabi memberi penghormatan kepada Allah Ta’ala dengan kalimah ini (al-tahiyyat Allah...), Allah Ta’ala menjawab: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan barakah-Nya”. Lalu berkata: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas semua hamba Allah yang salih”. Maka Jibril berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya”.

 

Takhrij

 

[1] HN.  al-Samarqandi dalam Tafsirnya 1/189,  al-Qurtubi dalam Tafsirnya 3/424-425 dll.

 

[2] HN. Ibnu Malak al-Karmani dalam Mabariq al-Azhar 1/244, Mulla Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih 2/730 dll.

 

Anwar Shah al-Kashmiri: Walaubagaimanapun, aku tidak menjumpai sanad bagi riwayat ini (al-‘Arf al-Syazi 289).

 

Abd al-Haq al-Dehlawi: al-Faqih Abu al-Lais menyebutkan dengan sanad yang tidak lengkap dalam Tanbih al-Ghafilin hal.396 (Madarij al-Nubuwwah).

 

Shahin-ur Rahman: Meskipun kisah ini telah dituliskan oleh beberapa ahli ilmu dan sering diceritakan dalam ceramah umum, namun ia tiada landasan ilmu dalam syari’ah. Ini disebabkan tiga perkara:

 

a.  Tiada sanad periwayatan untuk kisah ini, sama ada sahih mahupun daif.

b)  Hadith-hadith berkenaan Mikraj telah diriwayatkan secara sahih dengan terperinci dan tiada riwayat yang mengisahkan keadaan di atas.

c)  Asal usul tasyahhud telah diriwayatkan secara khusus sebagaimana banyak dalam riwayat-riwayat sahih.

 

Rujukan

 

(https://t.me/KoleksiKajianHadis/1611)

Pasang (dengar) surah at-Taghabun sekurang-kurang sehari dirumah boleh menghindarkan diri daripada wabak?

 

Telah beredar dalam masyarakat kenyataan berikut:

 

Dengar bacaan Surah Al Taghabun sekurang²nya sekali sehari dirumah utk selamatkan seluruh isi rumah drpd epidemik/wabak dan penyakit dalam hati dan tubuh..

 

Tolong sebarkan semaksimum mungkin. Jazakallah

 

Ulasan

 

Amalan baca surah ini banyak dilakukan disebelah India dan  Pakistan untuk perlindungan dari wabak, penyakit, bencana, makbul hajat dan lainnya. Mereka menggunakan atas panduan daripada apa yang ditulis oleh Allahmah Alam Faqri (w2018) dalam kitab beliau Majmua Wazaif hal. 125-126 dan kitab amal al-Qurani hal. 363-365.

 

Sayangnya sandaran dalil yang digunakan adalah termasuk hadith palsu.

 

 [عن أبي بن كعب:] مَنْ قرأ سورةَ التغابنِ دُفِعَ عنه موتُ الفجأةِ

 

Barangsiapa yang membaca surah at-Taghabun, maka dia akan terhindar dari mati mengejut

 

Ibnu Hajar al-Asqalani menilai hadith ini palsu dalam al-Kafi al-Syaf no. 295.

 

Maka ia jelas tidak ada asal/kaitan daripada syariat akan kelebihan membaca/mendengar/memasang surah ini di setiap rumah sekurang-kurangnya sehari waktu pandemik, dengan anggapan boleh menghindar dari wabak tersebut.

 

Rujukan

 

https://youtu.be/KFYONnUAFfg

Hadith orang yang menjaga diri, harta, keluarga, agama dikira mati syahid

 

Matan hadith

 

 

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ

 

Terjemahan

 

Siapa yang terbunuh kerana melindungi hartanya, dia adalah seorang syahid. Sesiapa yang terbunuh kerana melindungi keluarganya, dia adalah seorang syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana melindungi agamanya, dia adalah seorang syahid. Siapa yang terbunuh kerana melindungi dirinya, dia adalah seorang syahid

 

Takhrij

 

HR.  Abu Daud no. 4772, Tirmidzi no. 1421, Nasaie no. 4095, Ahmad no. 1652, daripada Said Ibn Zaid ra.

 

Hasan sahih menurut Imam Tirmidzi.

 

Sanadnya sahih menurut Ahmad Syakir

 

Dan disahihkan pula oleh Syeikh al-Albani dan al-Hafiz Abu Thahir

Perawi dituduh berdusta, adakah selamanya dia berdusta?

 

Perawi yang penipu atau dituduh penipu ada kemungkinan dia bercakap benar. Ini disebut oleh ibnu Hajar bahawa penilaian palsu pada hadis bukanlah satu kepastian, tetapi kemungkinan besar. Ini kerana penipu bukan bermakna dia akan menipu pada semua keadaan dan perkataan.

 

والحكم عليه بالوضع إنما هو بطريقِ الظنِّ الغالبِ، لا بالقطْع إذ قد يَصْدق الكذوب

[ابن حجر العسقلاني، نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر ت الرحيلي ط 2، ١٠٥/١]

 

Peristiwa iblis yang baginda Rasulullah SAW sifatkan, dia berkata benar padahal dia adalah penipu, ialah bukti keadaan ini.

 

Walaupun begitu, kemungkinan kecil begini hampir tidak berguna kerana dia tidak lagi dipercayai dan keperibadiannya tercalar.

 

Rujukan

 

Dr. Muslim, telegram MSO-D1- Hadith 21/3/2021

 

 

Hadith mengislamkan orang islam lebih baik dari orang kafir?

 

Matan hadith

 

من أسلم على يديه رجل وجبت له الجنة

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang tangannya mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 17/285 no. 786, Mu’jam al-Awsath 4/332 no. 3570, Al-Qadhai’ie dalam Musnad Syihab no. 472 dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 3/271

 

Imam al-Zahabi menghukum riwayat ini sebagai terlalu munkar disebabkan salah seorang perawi iaitu Ibn Mu’awiyyah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadith ini. (Mizan al-‘Itidal  4/45).

 

Imam Ibn al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah palsu. (al-Maudhu’at 1/203).

 

Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai palsu. (al-La’ali al-Masnu’ah 1/45).

 

Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Saghani. (al-Asrar al-Marfu’ah 1/327 no. 315 dan juga di dalam al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ 1/177).

 

Imam al-Syaukani menilai hadith ini sebagai maudhu’. (al-Fawaid al-Majmu’ah 1/455).

 

Syeikh Ibn ‘Arraq juga menghukum hadith ini sebagai palsu. (Kasyf al-Khafa’ 2/226).

Hadith kesan pada najis yang telah dibasuh itu dimaafkan

 

Matan hadith

 

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَتْ خَوْلَةُ: - يَا رَسُولَ اَللَّهِ, فَإِنْ لَمْ يَذْهَبْ اَلدَّمُ? قَالَ: "يَكْفِيكِ اَلْمَاءُ, وَلَا يَضُرُّكِ أَثَرُهُ" - أَخْرَجَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ, وَسَنَدُهُ ضَعِيف

 

Terjemahan

 

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Khawlah RA berkata, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana jika darah itu tidak hilang?’ ‘Cukup bagimu (mencuci dengan) air itu. Bekasnya tidak masalah bagimu,’

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 365, Ahmad no. 8939

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani

 

Dihasankan oleh Syeikh al-Arnauth

Hadith keutamaan doa keluar rumah

 Matan hadith

 

إذا خرج الرجلُ من بيتِه فقال: بسمِ اللهِ، توكَّلتُ على الله، لا حولَ ولا قوَّةَ إلا باللهِ، قال: يقال حينئذ: هُدِيتَ وكُفِيتَ ووُقِيتَ، فتتنحى له الشياطينُ، فيقول شيطانٌ آخَرُ: كيف لك برجُلٍ قد هُدِيَ وكُفِيَ ووُقِيَ؟

 

Terjemahan

 

Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya lalu mengucapkan: Bismillahi Tawakkaltu 'Alaallahi Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billah (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah). Beliau bersabda: "Maka pada saat itu akan dikatakan kepadanya: 'Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan.' Hingga syaitan-syaitan menjauh darinya. Lalu syaitan yang lainnya berkata: "Bagaimana (engkau akan menggoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan?

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 5095, Tirmidzi no. 3426, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 9917, Ibnu Hibban no. 822 daripada Anas bin Malik ra.

 

Imam Abu Daud mendiamkannya, hadith ini soleh.

 

Imam Tirmidzi menilai hadith ini hasan sahih gharib.

 

Imam Bukhari dalam al-‘Ilal al-Kabir no. 362 menyatakan hadith ini ada kecacatan.

 

Ibnu Hibban berkata hadith ini disebutkan dalam kitab hadith sahih.

 

Dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud.

 

Ibn Baz dalam Majmu Fatawa 26/36 menyatakan sanadnya hasan.

 

Al-Wadi’ie menilai sanad hadith ini dhaif dalam Ahadith Muallah no. 43

Hadith dajjal tidak dapat memasuki 4 masjid

 Matan hadith

 

بلُغُ سُلطانُه كلَّ مَنهَلٍ لا يأتي أربعةَ مساجدَ المسجدَ الحرامَ والمسجدَ الأقصى ومسجدَ الطُّورِ ومسجدَ الرسولِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم غيرَ أن ما كان من ذلك فاعلَموا أنَّ اللهَ ليس بأعوَرَ قالها ثلاثًا

 

Terjemahan

 

"Kekuasaannya (dajjal) akan mencapai semua tempat minum. Dia tidak akan mendatangi empat masjid: Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa, Masjid al-Thur, dan Masjid al-Rasul SAW (Masjid Nabawi). Selain daripada itu, ketahuilah bahawa Allah tidak buta sebelah (diulang sebanyak tiga kali)."

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 23685, al-Harith dalam Musnadnya no. 784 dan at-Thahawi dalam Syarah Musykil al-Athar 14/376, daripada Junadah bin Abi Umayyah ra.

 

At-Thahawi mensahihkan hadith ini.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/346 menilai para perawinya adalah perawi hadith sahih.

 

Syeikh Syuaib al-Arnauth menilai sanad hadith ini sahih

 

Al-Wadi’ie menilai hadith ini sahih dalam Sahih Musnad no. 1471

Hadith menyalurkan bantuan ke Baitulmaqdis

 Matan hadith

 

يا رسولَ اللَّهِ أفتِنا في بيتِ القُدُسِ قال ائتوهُ فصلُّوا فيهِ قالَتْ كيفَ والرُّومُ إِذ ذاكَ فيهِ قال صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فإِن لَم تَستَطيعُوا فابعَثوا بِزيتٍ يُسرَجُ في قناديلِهِ

 

Terjemahan

 

Daripada Maimunah maula Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang Baitulmaqdis. Baginda SAW bersabda: "Datangilah ia dan solatlah di dalamnya. Maimunah berkata: "Bagaimana (untuk datang dan solat) dengan keadaan Rom berada di dalamnya? Baginda SAW bersabda: "Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitulmaqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya."

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 457, Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 7088, Ahmad 6/463, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 2/441,  at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 8681, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 33/423, daripada Maimunah maula Nabi saw.

 

Syeikh al-Albani dan al-Hafiz Abu Thahir menilai hadith ini dhaif dalam takhrij mereka ke atas Sunan Abu Daud.

 

as-Sakhawi dalam al-Baladaniyat  no. 64, menilai hadith ini hasan

Hadith menyimpan bekalan makanan setahun apabila ternampak tanda di langit ketika Ramadhan

 

Matan hadith

 

حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، وَالْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ، قَالَ: إِنَّهُ «سَتَبْدُو آيَةٌ عَمُودًا مِنْ نَارٍ، يَطْلُعُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ، يَرَاهُ أَهْلُ الْأَرْضِ كُلُّهُمْ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ فَلْيُعِدَّ لِأَهْلِهِ طَعَامَ سَنَةٍ»

 

Terjemahan 

 

Sesungguhnya hal tersebut akan dimulai dengan tanda sesuatu yang membentang dari api (meteor) akan muncul dari arah timur, dan ia dilihat oleh semua penduduk  bumi, barangsiapa yang melihat hal tersebut maka persiapkanlah bagi keluarganya bekalan makanan selama setahun

 

Takhrij

 

HR. Nuaim bin Hammad dalam al-Fitan 1/227 no. 633, daripada Khalid bin Ma'dan.

 

 

 

Matan Hadith

 

قَالَ الْوَلِيدُ: فَأَخْبَرَنَا صَفْوَانُ بْنُ عَمْرٍو، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ الْحَضْرَمِيِّ، قَالَ: «آيَةُ الْحِدْثَانِ فِي رَمَضَانَ عَلَامَةُُ فِي السَّمَاءِ، بَعْدَهَا اخْتِلَافٌ فِي النَّاسِ، فَإِنْ أَدْرَكْتَهَا فَأَكْثِرْ مِنَ الطَّعَامِ مَا اسْتَطَعْتَ»

 

Terjemahan

 

Tanda-tanda peristiwa besar pada bulan Ramadan adalah suatu tanda di langit. Selepasnya terjadi perselisihan antara manusia. Jika engkau menjumpainya, perbanyakkanlah persediaan makanan semampumu

 

Takhrij

 

HR. Nuaim bin Hammad dalam al-Fitan 1/227 no. 634, daripada Katsir bin Murrah

 

 

 

Kedua-dua hadith ini bermasalah kerana perawi bernama Nuaim bin Hammad.

 

An-Nasaie menyebutnya: “Dia seorang yang dhaif” (al-Dhu’afa wa Al-Matrukin 1/101 no.589).

 

Abu Daud berkata: “Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dari Nabi dua puluh hadith yang tidak mempunyai dasar sanad).

 

Al-Azdi mengatakan: “Dia termasuk orang yang memalsukan hadith dalam membela As-Sunnah, dan membuat kisah-kisah palsu tentang keburukan An-Nu’man (Abu Hanifah), yang semuanya dusta” (Mizan Al-I’tidal 4/267).

 

Imam Az-Zahabi berkata: “Tidak boleh bagi siapa pun berhujjah dengannya, dan ia telah menyusun kitab Al-Fitan, dan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan dan kemungkaran-kemungkaran” (As-Siyar A’lam An-Nubala 10/609).

 

 

Matan hadith

 

 إذا رأيتم عمودا أحمر من قبل المشرق؛ في شهر رمضان؛ فادخروا طعام سنتكم؛ فإنها سنة جوع

 

Terjemahan

 

Jika kamu melihat tiang merah dari timur, pada bulan Ramadhan, maka simpanlah makanan tahunmu; ini adalah tahun kelaparan

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 371, daripada Ubadah bin Shamit ra.

 

As-Suyuthi menilai hadith ini dhaif dalam Jamius Saghir no. 640.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami' no. 514.

 

 

Rujukan

 

http://www.kajiansunnah.net/2020/05/berdalil-dengan-hadits-dhoif-dalam.html

Hadith keutamaan surah al-Fatihah dan 3 ayat akhir surah al-Baqarah

 

بَيْنَمَا جِبْرِيلُ قَاعِدٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ نَقِيضًا مِنْ فَوْقِهِ فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ هَذَا بَابٌ مِنْ السَّمَاءِ فُتِحَ الْيَوْمَ لَمْ يُفْتَحْ قَطُّ إِلَّا الْيَوْمَ فَنَزَلَ مِنْهُ مَلَكٌ فَقَالَ هَذَا مَلَكٌ نَزَلَ إِلَى الْأَرْضِ لَمْ يَنْزِلْ قَطُّ إِلَّا الْيَوْمَ فَسَلَّمَ وَقَالَ أَبْشِرْ بِنُورَيْنِ أُوتِيتَهُمَا لَمْ يُؤْتَهُمَا نَبِيٌّ قَبْلَكَ فَاتِحَةُ الْكِتَابِ وَخَوَاتِيمُ سُورَةِ الْبَقَرَةِ لَنْ تَقْرَأَ بِحَرْفٍ مِنْهُمَا إِلَّا أُعْطِيتَهُ

 

Daripada Ibnu ‘Abbaas -radhiyallahu ‘anhuma-, ia berkata, ketika Jibriil sedang duduk di sisi Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, terdengarlah suara dari arah atas dan ia mendongakkan kepalanya, Jibril berkata, “Ini adalah suara pintu langit dibuka pada hari ini setelah sebelumnya ia tidak pernah dibuka sama sekali kecuali pada hari ini.” Maka turunlah malaikat darinya. Jibriil berkata, “Ini adalah malaikat yang turun ke bumi setelah sebelumnya ia tidak pernah turun sama sekali kecuali pada hari ini.” Lalu (malaikat tersebut) memberi salam dan berkata, “Bergembiralah dengan dua cahaya yang diberikan kepadamu yang sebelumnya ia tidak pernah diberikan kepada seorangpun Nabi sebelummu, (iaitu) pembuka Kitab (Surah Al-Fatihah) dan penutup surah al-Baqarah, tidaklah engkau membaca satu huruf pun (dari keduanya) kecuali cahaya tersebut akan diberikan kepadamu.” (HR. Muslim no. 806, An-Nasaie no. 912).

 

Amalan Hari Raya/Malam Raya

 

1. Bacaan tahlil khas dan ganjarannya

 

Matan Hadith

 

 

وقال الزهري : قال أنس ‍[رضي الله عنه] : قال النبي صلى الله عليه وسلم : ﴿من قال في كل واحد من العيدين : لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير ، أربعمائة مرة قبل صلاة العيد ، زوجه الله تعالي أربعمائة حوراء ، وكأنما أعتق أربعمائة رقبة ، ووكل الله تعالي به الملائكة يبنون له المدائن ، ويغرسون له الأشجار الي يوم القيامة﴾ . قال الزهري : ما تركتها منذ سمعتها من أنس . وقال أنس رضي الله عنه ما تركتها منذ سمعتها من النبي صلى الله عليه وسلم .

 

Terjemahan

 

Lebih kurang begini:-

 

Az-Zuhriy berkata : Telah berkata [Sahabat] Anas : Nabi [Muhammad] bersabda , semoga rahmat Allah sentiasa tercurah untuk beliau : "Barang siapa membaca di setiap ied dari dua hari ied [iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha] :

 

لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير

 

400 x sebelum solat ied , maka Allah Ta'ala memberi isteri untuk dirinya 400 bidadari , dan seakan-akan dia telah memerdekakan 400 budak , dan Allah mewakilkan baginya para malaikat untuk membangun kota-kota baginya dan menanamkan untuknya pohon-pohon [di surga] sampai hari kiamat [datang]" . Az-Zuhriy berkata : "Tidaklah aku tinggalkan bacaan itu semenjak aku mendengarnya dari Anas" . Anas berkata , semoga Allah senantiasa meredhai beliau : "Tidaklah aku tinggalkan bacaan itu semenjak aku mendengarnya dari Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, semoga rahmat Allah sentiasa tercurah untuk beliau.

 

Takhrij

 

HN. Kanzul Najah hal. 114. Dari Anas bin Malik ra.

 

 

2.  Bacaan tasbih khas dan ganjarannya

 

 

Matan Hadith

 

من قال سبحان الله وبحمده يوم العيد ثلثمائة مرة وأهداها لأموات المسلمين دخل في كل قبر ألف نور ويجعل الله في قبره إذا مات ألف نور

 

Terjemah

 

Barangsiapa yang membaca subhanallah wa bihamdihi pada malam hari raya dan ia menghadiahkan bacaan tersebut untuk kaum musliminin yang sudah wafat, maka seribu cahaya akan masuk di setiap kuburan, dan Allah akan memasukkan seribu cahaya ke kuburnya jika ia meninggal.

 

 

 

Takhrij

 

HN. Kanzul Najah hal. 113. Tanpa sanad dan status.

 

Kedua dua "hadith" ini juga di jumpai di dalam kitab

 

Jami' al-Fawaid wa Jauhar Al-Qala’id karangan Asy-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani hal. 117

 

Mukasyiaftul Quluub karangan Imam Ghazali hal. 260-261.

 

Tuhfat al-Ikhwan hal. 161-162 karangan Syihabudin al-Fasyini

 

Nuhzat al-Majalis wa Muntakhab al-Nafais 1/162 karangan al-Sufuri, sebuah kitab yang diperingatkan ulama untuk ditingggalkan.

 

Hadith-hadith ini dinilai tidak tsabit (tidak ditemui asal) dalam Fatwa Jabatan Hal Agama Islam dan Zakat Dubai no. 68759.

 

 

Manakala hadith....

 

Matan Hadith

 

زَيِّنُوا الْعِيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ

 

Terjemahan

 

Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,  takbir,  tahmid dan taqdis.

 

Takhrij

 

HR. Abu Nuaim di dalam Hilyatul Auliya' 2/288 dan Dailami di dalam Musnad Firdaus no. 3332, Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3673

 

Dan hadith...

 

Matan Hadith

 

زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ

 

Terjemahan

 

Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir

 

 

Takhrij

 

HR. Thabarani di dalam Mu'jam as-Saghir no. 599. Syeikh al-Albani menilai hadith ini di dalam Dhaif Targhib no. 669 sebagai munkar.

 

Menurut Syeikh Saleh Munajid, ini bukanlah bermakna menghidupkan malam hari raya itu tidak dianjurkan. Bahkan disunnahkan menghidupkan setiap malam yang ada menurut kesepakatan ulama (Al-Adzkar hal. 145).

 

Cuma yang dibahas di sini adalah seputar keutamaan menghidupkan malam dan mengikat malam-malam tersebut dengan ibadah-ibadah tertentu secara khusus.

 

Terdapat dalil sahih untuk melakukan takbir dan tahmid  PADA hari raya seperti:-

 

Firman Allah Taala:

 

.. وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

 

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (QS al-Baqarah: 185)

 

Menurut Ibn Kathir rahimahullah, (bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil Fitri.  (Tafsir Ibn Kathir, 1/218).

 

Wallahu Taala 'Alam

 

Rujukan

 

Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 2/235

 

Fatwa Soal Jawab Islam no. 12504 dan 127851

Hadith Solat/Ibadah Malam 2 Hari Raya

 

Matan Hadith

 

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang melaksanakan solat (pada) malam (hari raya) ‘Idhul Fithr dan ‘Idhul Adha, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati (manusia).

 

Takhrij

 

HR. Thabarani di dalam Mu'jam al-Kabir dari 'Ubaidah bin Shamit no. 159.

 

Dihukum lemah oleh al-Iraqi di dalam Takhrij al-Ihya' 1/361, Ibnu Hajar al-Asqhalani di dalam Futuhat Rabbaniyah 4/235 dan al-Haithami di dalam Majmu Zawaid 2/430.

 

Dihukum palsu oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 520, dan dhaif jiddan pada hadith no. 521 (hadith yang hampir semakna dengannya,  riwayat Ibnu Majah no. 1782 (palsu) dari Abu Umamah al-Bahili).

 

 

Nota

 

Bila melihat hadith yang dinilai lemah/sangat lemah  apatah lagi palsu, sebagai isyarat untuk mengamalkan ibadah (seperti hadith ini) dengan keyakinan seolah-olah ia petunjuk dari Nabi SAW, dan diganjarkan pahala sekian-sekian. Ini adalah salah sama sekali.

 

 

Tetapi jika ingin melakukan qiyam dan ibadah-ibadah lain tanpa mengkhususkan jenis ibadat dan waktu serta meletak keyakinan secara pasti ia dari Nabi SAW, maka ini adalah mustahab menurut jumhur ulama (Mausu'ah al-Fiqhiyyah 2/235).

 

Malah Ibnu Qayyim menyatakan, tidak ada satupun hal-hal yang sahih bahawasanya Baginda saw menghidupkan malam dua hari raya (Zaadul Ma'ad 2/247).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 12504

 

Ustaz Dr. Umar Muhammad Noor, Majalah al-Ustaz Isu 06

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...