Thursday, 20 June 2024

Hadith qudsi Allah ingin dikenali

 

Matan hadith

 

كنت كنزاً لا أعرف، فأحببت أن أعرف فخلقت خلقاً فعرفتهم بي فعرفوني

 

Terjemahan

 

Aku pada mulanya adalah perbendaharaan yang tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakan makhluk untuk memperkenalkanku kepada mereka, maka merekapun mengenalKu

 

Takhrij

 

Hadith tiada asal. Tidak ditemukan dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah.

 

Ibnu Taimiyah mengatakan, ini bukan kalam Nabi SAW, tidak dikenal sanadnya, baik shahih maupun dhaif (Majmu Fatawa 18/376)

 

Penilaian yang sama juga diikuti oleh as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah no.  386

 

al-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid no. 777 berkata hadith ini tiada asal

 

Al-Suyuthi mengatakan : Hadith ini tidak ada asal baginya (al-Durar al-Muntatsarah fi al-Ahadits al-Muntatsirah hal. 187)

 

Mulla Ali al-Qari mengatakan bahwa tidak ada asal bagi hadith ini (al-Asrar al-Marfuah no. 269)

 

Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6023,  bahawa hadith ini disepakati tiada asal

Hadith kelebihan selawat 1000 kali akan berlaga bahu dengan Nabi saw

 

Matan hadith

 

 

من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشراً، ومن صلى علي عشراً صلى الله عليه مائة، ومن صلى علي مائة صلى الله عليه ألفا، ومن صلى علي ألفا زاحمت كتفه كتفي على باب الجنة

 

Terjemahan

 

Barangsiapa berselawat ke atasku sebanyak sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku sebanyak 10 kali maka Allah akan berselawat keatasnya sebanyak 100 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku sebanyak 100 kali maka Allah akan berselawat keatasnya sebanyak 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali maka akan berlaga bahunya dengan bahuku di depan pintu syurga

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal. Tidak ditemukan dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah.  Disebutkan hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra.

 

As-Sakhawi dalam Qaulul Badi’ no. 161, menyatakan:

 

ذكره صاحب الدر لمنظم لكني لم أقف على أصله إلى الآن

 

Pengarang Al-Durr Al-Munazzham menyebutkannya, tetapi aku tidak menemui asalnya hingga sekarang.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini ini jelas batil dan palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif 14/809.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 283191

Hadith jihad paling utama adalah melawan diri dan hawa nafsu

 

Matan hadith

 

أَفْضَلُ الْجِهَادِ أَنْ يُجَاهَدَ الرَّجُلُ نَفْسَهَ وَ هَوَاهُ

 

Terjemahan

 

Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad (berjuang) melawan dirinya dan hawa nafsunya

 

Takhrij

 

HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 2/249 daripada Abu Dzar al-Ghiffari ra

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Sahih Jami’ no. 1099

Atsar Umar al-Khattab ra yang tidak sahih

 

Atsar

 

بئس الوالي أنا ، إن شبعت والناس جياع

 

Betapa aku ini penguasa yang malang apabila aku kenyang sementara rakyat kelaparan

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Sa'ad dalam Thabaqat al-Kubra  3/ 312

 

Atsar ini tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang dhaif iaitu Muhammad bin Umar al-Waqidi (Jarh wa Ta'dil 8/21, Ithaf al-Maharah Ibnu Hajar 4/185):-

 

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ : كَانَ عُمَرُ يَصُومُ الدَّهْرَ ، قَالَ  فَكَانَ زَمَانُ…….

 

Rujukan

 

https://la-tnshor.blogspot.com/2014/04/blog-post_11.html

 

https://www.islamink.com/2022/09/blog-post_81.html

Hadith memandang wajah ulama/guru dapat pahala seperti sedekah 1000 kuda di jalan Allah

 

Matan hadith

 

قال النبي صلى الله عليه وسلم لابن مسعود رضي الله عنه: {يَا ابْنَ مَسْعُوْدٍ، جُلُوْسُكَ سَاعَةً فِيْ مَجْلِسِ العِلْمِ، لاَ تَمَسُ قَلَماً، وَلاَ تَكْتُبُ حَرْفًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ عِتْقِ أَلْفِ رَقَبَةٍ، وَنَظَرُكَ إِلىَ وَجْهِ العَالِمِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَلْفِ فَرَسٍ تَصَدَّقْتَ بِهَا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ، وَسَلاَمُكَ عَلىَ العَالِمِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ عِبَادَةِ أَلْفِ سَنَةٍ}.

 

Terjemahan

 

Nabi Muhammad saw bersabda kepada Ibnu Mas'ud ra. "Wahai Ibnu Mas'ud, dudukmu selama satu jam dalam majlis ilmu, tanpa memegang pena, dan tanpa menulis satu huruf pun, adalah lebih baik bagimu daripada membebaskan seribu orang hamba, dan melihat wajah seorang alim adalah lebih baik bagimu daripada seribu kuda yang kamu sedekahkan di jalan Allah, dan memberi salam kepada seorang alim adalah lebih baik bagimu daripada beribadah seribu tahun."

 

Takhrij

 

HN. as-Suyuthi dalam Lubabul Hadith hal. 5

 

Hadith palsu tiada asal.

 

Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim dalam Durar Saniniyah al-Ajwibah al-Najdiyyah 12/255:

 

فهذه الآثار ونحوها ليست بشيء عند أهل العلم بالحديث، ولا يحتج بها ويعول عليها من له أدنى تمييز وممارسة; وإنما يلتفت إليها، ويحكيها أهل الجهالة والسفاهة، من القصاصين والكذابين; وأما أهل العلم والدين، فبمجرد النظر إليها، والوقوف عليها، يعرفون أنها من الأخبار الموضوعة المكذوبة، التي لا تروج إلا على سفهاء الأحلام، وأشباه الأنعام

 

Riwayat-riwayat ini dan yang sejenisnya tidak bererti apa-apa menurut ahli hadith, dan tidak dijadikan hujah dan sandaran oleh sesiapa yang mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman.  Namun hal ini diperhatikan dan diceritakan oleh orang-orang dungu dan bodoh, tukang karut serta pendusta.  Adapun orang-orang yang berilmu dan beragama, hanya dengan melihatnya dan memerhatikan saja, mereka sudah mengetahui bahawa itu adalah berita yang direka-reka dan palsu yang hanya beredar di kalangan manusia lemah akal dan seumpama binatang ternak.

 

Malah kitab Lubabul Hadith ini juga turut diragui kesahihannya oleh para pengkaji hadith, akan penisbatannya kepada  penulisan dari Imam as-Suyuthi (https://www.youtube.com/shorts/drFQOD2vbio; Jawah hadith scholarship in the nineteenth century: a comparative study of the adaptions of Lubab al-Hadith composed by Nawawi of Banten (d.1314/1897) and Wan Ali of Kelantan (d. 1331/1913) hal. 17-20) .

 

Dan penisbatan secara tidak sahih ini juga turut diakui oleh Dr Khafidz Soroni dalam Bicara Hadith beliau.



Di sini jelas berlaku penisbatan tidak sahih berganda, dari hadithnya yang palsu dalam kitab dan keaslian kitab itu sendiri juga dipertikaikan.

 

Rujukan

 

https://ketabonline.com/ar/books/92826/read?part=1&page=5&index=4219773

 

https://shamela.ws/book/3055/5523

 

https://ketabonline.com/ar/books/92826/read?part=1&page=5&index=4219773

 

https://shamela.ws/book/7520/16#:~:text=%D9%88%D9%82%D9%88%D9%84%D9%87%3A%20(%D9%86%D8%B8%D8%B1%D9%83%20%D8%A5%D9%84%D9%89%20%D9%88%D8%AC%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85,%D8%B0%D9%86%D8%A8%D8%A7%20%D9%82%D8%A8%D9%84%20%D8%A3%D9%86%20%D9%8A%D8%BA%D9%81%D8%B1%20%D9%84%D9%84%D8%AC%D8%A7%D9%87%D9%84)%20.

 

https://era.ed.ac.uk/handle/1842/3448

Hadith kelebihan berwudhu dengan keadaan sulit (air dingin)

 

 

1.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw

 

«أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الْخَطَايَا، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟» قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ»

 

Mahukah kalian aku tunjukkan kepada suatu amal yang dapat menghapus kesalahan (dosa) dan meninggikan darjat?” Para sahabat menjawab,”Ya, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda,”(Yaitu) menyempurnakan wudhu dalam keadaan sulit, banyaknya langkah menuju masjid, menunggu solat setelah mendirikan solat. Itulah kebaikan (yang banyak).” (HR. Muslim no. 251)

 

Yang dimaksudkan dengan “menyempurnakan wudhu dalam keadaan sulit” adalah menyempurnakan wudhu’ ketika cuaca (musim) dingin (Syarah Riyadhus Shalihin 2/185, karya Syaikh Ibnu ‘Utsaimin)

 

 

2.

 

وَأَمَّا الْكَفَّارَاتُ: فَانْتِظَارُ الصَلَاةِ بَعْدَ الصَلَاةِ، وَإِسْبَاغُ الْوُضُوءِ فِي السَّبَرَاتِ، وَنَقْلُ الْأَقْدَامِ إِلَى الْجَمَاعَات

 

Adapun tiga perkara yang meleburkan dosa adalah menunggu solat setelah solat, menyempurnakan wudhu di saat dingin, dan melangkahkan kaki menuju solat jemaah.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/47, daripada Ibnu Umar ra

 

Hadith ini hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami'  no. 3045

 

Namun ini bukan bererti kita bersengaja dan memaksakan diri untuk mengerjakan hal-hal yang payah tersebut jika masih memungkinkan bagi kita untuk mendapatkan yang lebih mudah. Bukan bererti kita tetap memaksakan diri berwudhu dengan air sejuk padahal kita memiliki air hangat atau masih memungkinkan untuk memasak air. Kerana yang lebih afdhal adalah mencari (mengerjakan) yang lebih mudah dalam segala sesuatu. (Syarah Riyadhus Shalihin 3/588, karya Syaikh Ibnu ‘Utsaimin)

 

Hal ini kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah mengatakan, “Hendaklah kalian memilih air dingin untuk berwudhu.” Namun, yang beliau katakan adalah, “Menyempurnakan wudhu dalam keadaan sulit.” Selain itu, Allah Ta’ala menghendaki kemudahan bagi hamba-Nya. Allah Ta’ala berfirman,

 

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

 

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesulitan bagimu.” (QS. Al Baqarah (2): 185)

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ

 

“Sesungguhnya agama itu mudah.” (HR. Bukhari no. 39)

Hadith anjuran menyatakan cinta

 Matan hadith

 

إذا أحب الرجل الرجل فليخبره أنه يحبه

 

Terjemahan

 

Apabila seseorang mencintai orang lain hendaknya ia memberinya tahu bahwa ia mencintainya, tentulah aku tidak akan memberimu tahu

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 5124, Tirmidzi no. 2392, Ahmad no. 17171, Ibnu Hibban, daripada Muqaddam ra

 

Hadith sahih menurut Ibnu Hibban (Maqasid Hasanah no. 54), juga dinilai sahih sanadnya oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sunan Abu Daud

 

Dalam hadith lain

 

إِذَا أَحَبَّ أَحَدَكُمْ صَاحِبَهُ ، فَلْيَأْتِهِ فِي مَنْزِلِهِ ، فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ لِلهِ

 

Apabila salah seorang kalian mencintau rakannya, seyogyanya ia mendatanginya di rumahnya dan memberinya tahu bahawa ia mencintainya kerana Allah (HR. Ahmad no. 21332, daripada Abu Dzar al-Ghiffari ra, sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 281).

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...