Wednesday 15 July 2020

Hadith zikir hasbiyallaah laa ilaaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil 'adzim


Matan hadith

مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ سَبْعَ مَرَّاتٍ كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صَادِقًا كَانَ بِهَا أَوْ كَاذِبًا

Terjemahan

Barangsiapa yang ketika pagi dan petang mengucapkan: HASBIYALLAAH LAA ILAAHA ILLA HUWA 'ALAIHI TAWAKKALTU WAHUWA RABBUL 'ARSYIL 'ADHIIM (cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Dia, hanya kepadanya aku bertawakkal kerana Dialah Rabb pemilik 'Arasy yang agung) tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan (menyelamatkannya) dari kesusahan-kesusahan yang membelitnya, baik dia mengucapkannya secara jujur, atau pura-pura.

Takhrij

HR. Abu Daud no. 5081, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 71, daripada Abu Darda', hadith mauquf. Imam Abu Daud mendiamkannya. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5286.

Ibn Baz menlai sanad hadith ini jayyid  dalam Majmu Fatawa 9/294

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...