Monday, 27 May 2019

Hadis Fadhilat Surah al-Fatihah, Muawwidzatain dan al-Ikhlas


Matan Hadith


أَنْبَأَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ ، حَدَّثَنَا جَعْفَرٌ ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَيْسٍ ، عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ ، قَالَتْ : " مَنْ قَرَأَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ ، وَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ، سَبْعَ مَرَّاتٍ حُفِظَ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى(حديث موقوف) "


Terjemahan

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz, telah mencerikatakan kepada kami Abu Abdullah Muhammad ibn Ya’qub, telah mencerikatakan kepada kami Muhammad bin Abdul Wahab, telah mencerikatakan kepada kami Jafar telah mencerikatakan kepada kami Abu U’mais, dari ‘Aun bin ‘Abdillah, dari Asma’ bint Abi Bakar “Siapa yang membaca pada hari Jumaat surah al-Fatihah, qul huwallahu ahad, qul a’uzubirabbilfalaq dan qul a’uzubirabbinnas tujuh kali, maka ia akan dijaga pada hari itu hingga hari jumaat yang akan datang.”

(HR Baihaqi, Kitab Fadhail al-Awqat, Bab Fadhl Yawm al-Jumuah, no. 263 dan Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, 15/305).



Takhrij

Hadis (atsar) ini adalah mawquf dan dhaif. Sanad atsar ini sahih (perawinya tsiqah) hingga ‘Aun (Ibnu ‘Abdillah bin ‘Utbah) yakni jika ‘Aun mendengar dari Asma’. Namun antara dirinya (‘Aun) dengan Asmâ’ binti Abu Bakar terjadi keterputusan sanad (inqithâ`).  ‘Aun adalah Ibnu ‘Abdillah bin ‘Utbah bin Mas’ûd al-Hudzali. Ia adalah rawi yang dianggap tsiqah oleh Ahmad, Ibnu Ma’în, an-Nasâi, dan al-‘Ujali [Tahdzibut Tahzib, 310 8/171-172 dan Taqribut Tahzib, no. 5258 hal. 758].


Rujukan

majles.alukah.net/t111774

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...