Sunday, 26 May 2019

Hadith tarikh Nuzulnya al-Quran


Hadith 1

Matan Hadith

 أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.


Terjemahan

Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam 1 Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan... Dan Allah menurunkan al-Furqan al-Quran  pada 24 Ramadhan.


Takhrij

HR. Ahmad no. 16984, at-Thabarani di dalam Mu'jam al-Kabir no.185, al-Baihaqi di dalam Sunan Kubra no. 19121. Hadith ini didhaifkan oleh Sheikh al-Arnauth dalam takhrij Musnad Ahmad, juga at-Thabarani dan al-Baihaqi.

Syeikh al-Albani pula menghasankan hadith ini di dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1575.

Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih di dalam Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an (3/446).



Hadith 2

Matan Hadith


روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه


Terjemahan

Al-Waqidi meriwayatkan daripada Abu Ja’far alBaqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.


Takhrij

HN. Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (3/6). Dhaif.

Menurut ulama’ al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami  seorang perawi yang lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya (Tarikh Baghdad, 3/31; Siyar A’lam al-Nubala, 9/454, 468; al-Jarh wa al-Ta’dil, 8/20).


HN. = Hadith Nukilan

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...