Monday, 27 May 2019

Kisah Nabi SAW bercakap dengan binatang


Adapun riwayat nabi berbicara/mengakui binatang boleh bercara memang terdapat dalam banyak riwayat. Tetapi darjat kisah tersebut ada yang sahih ada yang palsu. Antaranya:-


Kisah unta (nabi memahami rintihan unta) - Abu Daud 2186, Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, 485.

Kisah serigala, lembu (nabi mengakui kebolehan binatang berbicara) - Bukhari 3471, 3690, 2324, 2156; Muslim 2388.

Burung humara - Ahmad 3643 isnadnya sahih

Peha kambing berbicara dengan nabi - Abu Daud 3912 hasan.


Yang diperselisihkan kesahihan:-


Bercakap dengan singa - tidak sahih dari nabi kerana yang boleh bercakap itu hamba nabi yang telah dimerdekakan (Safeenah) - fatwa islamweb no 144539

Kisah nabi berbicara dengan kijang - Thabarani dan Dalail Nubuwah dan di albani berkata dhaif jiddan (fatwa islamweb 144539).

Nabi berbicara terus dengan keldai (nama Ya'fur) - dinukil dari kitab Bidayah wa Nihayah 6166 dan kitab syiah Khaafiy 1/293 dan Bihar al- anwaar 17/405 - kisah ini di lemahkan oleh ramai ulama hadis kerana mu'dhol...perawinya tidak dikenali, masakan perawi hadist adalah keldai.


Kisah dhab berbicara dalam bahasa arab kepada nabi - Bidayah wa Nihayah 6/149......


Imam Ibn Kathir berkata di dalam al-Bidayah : Pada kisah ini terdapat keganjilan dan aneh.

Ibn Dihyah mengatakan di dalam al-Khasais : Ini adalah kisah palsu.

Imam al-Zahabi pula berkata di dalam al-Mizan : Kisah ini adalah bathil.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar berkata di dalam al-Lisan : Kisah ini bathil kerana salah seorang daripada perawi di dalam kisah ini iaitu Muhammad bin Ali bin al-Walid al-Sulami al-Basri adalah munkar al-Hadith.



Rujukan:

Irsyad al-hadis siri ke 30.

Fatwa Islamweb no 144539

http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=251&CID=95&SW=دماغك#SR1


No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...