Friday 31 May 2019

Tawaf 50 kali di ampunkan dosanya seperti baru dilahirkan


Matan Hadith



مَنْ طَافَ بِالبَيْتِ خَمْسِينَ مَرَّةً خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ



 Terjemahan

Barangsiapa yang tawaf di Ka'bah sebanyak lima puluh kali, niscaya dia keluar dari dosa-dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan oleh ibunya'. 


Takhrij

HR. at-Tirmidzi no. 866. Imam Tirmidzi menilainya gharib (dhaif)

Syaikh Ibnu Baz mengatakan hadits ini dhaif atau palsu dan berpendapat  bahawa riwayat ini tidak boleh dijadikan hujjah, dia menerangkan:

Kerana di sanadnya ada Sufyan bin Waqi', dia tidak boleh dijadikan hujjah kerana apa yang diperbuat oleh penulisnya sebagaimana di kitab at-Tahdzib. Majmu' Fatawa Ibnu Baz 26/286

Hadits ini juga didhaifkan oleh as-Suyuthi di dalam Jami' as-Saghir no. 8816, az-Zahabi di dalam Talkhis no. 190, Mubarakfuri di dalam Tufat al-Ahwadzi 3/298.

Syaikh al-Albani juga berpendapat lemahnya riwayat tersebut, dia menerangkan:

Riwayat ini dipenuhi illah yang banyak:


Pertama:
Abu Ishaq - Ia adalah seorang mudallis dan hafalannya tercampur.

Kedua:
Syuraik - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata tentangnya: ia jujur, banyak salah, hafalannya berubah semenjak menjadi hakim di Kufah.

Ketiga:
Yahya bin Yaman - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata tentangnya: ia jujur, banyak beribadah, banyak salah dan hafalannya telah berubah.

Keempat.
Sufyan bin Waki' - Al-Hafidz berkata tentangnya:
Ia jujur, namun ia diuji dengan penulisannya, penulis itu memasukkan apa yang bukan haditsnya ke catatan hadits Sufyan, ia telah dinasihati namun ia belum menerima maka gugurlah haditsnya.

(Silsilah Hadith Dhaif no. 4035)


Malah hadith berkenaan kelebihan tawaf 7 kali tanpa melakukan perkara sia-sia  di dalamnya seperti memerdekakan seorang budak juga dhaif jiddan  (HR. Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf, 5/8833. Lihat Adh-Dha’ifah no. 4035)

Di dalam disiplin mengambil dalil untuk berhujah berkenaan fadhilat amalan....Ya memang dibenarkan untuk mengambil dalil dari hadith dhaif dengan syarat dhaif itu dhaif yang ringan (khaffif) tetapi dhaif yang berat sehingga mencapai taraf palsu adalah sama sekali TIDAK DIBENARKAN (Tamaamul Minnah hal. 36).


Yang sebenarnya adalah:


Selepas Imam Tirmidzi menilai hadith ini lemah, Imam Tirmidzi merujuk pula kepada Imam Bukhari. Ia berkata ini adalah perkataan Ibnu Abbas, seperti yang telah direkodkan di dalam Tuhfat al-Ahwadzi syarah hadith Tirmidzi no. 866, Musannaf ‘Abdur Razzaq no.9809 and Musannaf Ibn Abi Shaybah no. 12808 dengan sanad yang dipercayai. Also see Hadith: 12809 and Al ‘Ilalul Mutanahiyah, vol. 2 pg. 573/4, Hadith: 942

Terjemahan asalnya adalah seperti:

Sayyiduna ‘Abdullah ibn ‘Abbas (radiyallahu ‘anhuma) says:

“Whomsoever makes fifty (50) Tawafs of the Ka’bah (ie. fifty by seven rounds), will be free of all his (minor) sins, just as the day his Mother gave birth to him”.

(Refer: Tuhfatul Ahwadhi, Hadith: 866)

والله تعالى أعلم بالحق والصواب

Rujukan

Silsilah al-Ahadits adh-Dhaifah wa al-Maudhu'ah 11/175-176.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...