Monday 29 July 2019

Hadith-hadith kelebihan wanita yang tidak sahih


Maksud hadith:

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala/lapis emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala/lapis perak.

Hadith ini tidak berjaya di jumpai....tetapi ada sebahagian team Dr Rozaimie (melalui akaun  FB rasminya) sudah mengkelaskan sebahagian hadith-hadith  kelebihan seorang wanita yang tersebar di media sosial. Yang mungkin hadith-hadith  ini dipetik dari pelbagai kitab seperti:-

Kanzul ‘Ummal
Misykah
Riadhush Salihin
Uqudil lujjain
Bhahishti Zewar
Al-Hijab
Bayan mastura Maulana Syed Ahmad Khan (Pakistan)


KELEBIHAN WANITA:

1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali

Status hadith: Tidak Shahih

2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.

Status hadith: Tidak Shahih

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.

Status hadith: Tidak Shahih

4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

Status hadith: Tidak Shahih

5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.

Status hadith: Tidak Shahih

6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

Status hadith: Tidak Shahih

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.

Status hadith: Tidak Shahih

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

Status hadith: Tidak Shahih

9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

Status hadith: Tidak Shahih

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.

Status hadith: Tidak Shahih

11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.

Status hadith: Tidak Shahih

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".

Status hadith: Tidak Shahih

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

Status hadith: Tidak Shahih

14. Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.

Status hadith: Tidak Shahih

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.

Status hadith: Tidak Shahih

dan banyak lagi sebenarnya. 

Menurut analisa Dr. Lily Suzana (UNISSA) di dalam pembentangan kertas kerjanya di Majlis Ilmu Ogos 2016, beliau mengulas penularan hadith-hadith kelebihan wanita yang mengatasnamakan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam serta mempercayainya, adalah satu tindakan yang tidak patut. Ini memandangkan dunia telah disediakan dengan kemajuan teknologi untuk menyemak keberadaan hadith secara online di Dorar.net dan Islamweb.

Beliau menambah:-

Ganjaran pahala hanya disabitkan melalui sumber berautoriti antaranya ialah hadith baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Perkara-perkara ghaibiyyat (ghaib- ketentuan pahala dan dosa) hanya disabitkan melalui hadith baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Para ulama khususnya ilmuwan ilmu hadith telah lama memperingatkan tentang wujudnya riwayat-riwayat sebegini. Pada kebiasaannya riwayat-riwayat ini dibawa oleh para qussas (pencerita) bagi tujuan merangsang minat orang ramai kepada melakukan suatu amalan yang berkebajikan.

Tanda hadith palsu ialah kenyataan azab seksa yang melampau atau ganjaran balasan baik yang berlebihan kepada amalan kecil dan tidak sesuai.

Beliau menyeru ummat kepada pendidikan untuk menyaring berita dari media sosial sebelum disebarkan dan beramal dengannya.

Umat Islam hari ini perlu kepada pendidikan: 

1) pengetahuan dalam kaedah untuk berinteraksi dengan mesej mengandungi ajaran dan amalan beragama dalam dunia media sosial. 

2) pengetahuan atau sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kemahiran menggunakan beberapa aplikasi pangkalan data seperti pangkalan data hadis berautoriti yang tersedia di laman-laman web; seperti laman web al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb. 

3) merujuk kepada yang berkepakaran dalam bidang berkenaan mesej yang diterima dan membudayakan sifat suka menyelidik akan keabsahan suatu berita sungguhpun berbaur agama.





Rujukan



Lilly Suzana Shamsu. 2016. Biografi mengenai wanita di media sosial: Tinjauan autoriti dan keabsahan. UNISSA.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...