Tuesday 23 July 2019

Kisah Saidina Ali dan Khunsa (mengira tulang rusuk)


Matan hadith


حَدَّثَنَا علي بْن عَبْد اللهِ بْن معاوية، قال : حَدَّثَنِيْ أبي ، عَن أبيه معاوية ، عَن ميسرة ، عَن شريح : قال : تقدمت إِلَى شريح امرأة ، فقالت : إني امرأة لي إحليل ، ولي فرج ، قال : قد كان لأمير المؤمنين في هَذَا قضية ، ورث من حَيْثُ يجيء البول ، قالت : إنه يجيء منهما جميعاً ، قَالَ : فانظري من أين يسبق ، قالت : ليس شيء منهما يسبق صاحبه إنما يجيئان في وقت ، وينقطعان في وقت . قال : إنك لتخبريني بعجيب ، ... وساق الخبر ، وفيه أن عليا رضي الله عنه قال : خذوا هذه المرأة ، إن كانت امرأة فادخلوها بيتاً وألبسوها ثياباً ، وعدوا أضلاع جنبيها . ففعلوا ، فقال : عدد الجنب الأيمن أحد عشر ، وعدد الأيسر اثنا عشر ؛ فَقَالَ علي : الله أكبر . فأمر لها برداء وحذاء وألحقها بالرجال . فَقَالَ زوجها : يا أمير المؤمنين زوجتي وابنة عمي ، فرقت بيني وبينها ، فألحقتها بالرجال ، عمن أخذت هذه القصة ? قال : إني أخذتها عَن أبي آدم صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . إن الله عز وجل خلق حواء ، ضلعا من أضلاع آدم ، فأضلاع الرجال أقل من أضلاع النِّسَاء بضلع .

Terjemahan

Pada masa Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'Anhu, ada seorang laki-laki menikahi perempuan yang ternyata adalah seorang khunsa. Si istri memiliki dua kemaluan, kemaluan perempuan dan kemaluan laki-laki. Sang suami memberi mahar kepada isterinya berupa seorang budak perempuan. Layaknya sebuah keluarga, si isteri lalu hamil dan melahirkan anak. Akan tetapi, tak lama selepas itu, si budak perempuan yang menjadi mahar itu juga hamil dan melahirkan anak.

Madinah gempar. Peristiwa ini pun diajukan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib. Ali bertanya tentang keadaan si isteri yang ternyata seorang khunsa tersebut. Ali mendapat keterangan bahawa si isteri haid, menyetubuhi, disetubuhi, mengeluarkan sperma dari dua kemaluannya, dan dia juga boleh hamil mahupun menghamili. Masyarakat bingung dengan keadaan si khunsa.

Ali pun mengirim dua orang utusan untuk menemui si khunsa dan memerintahkan agar memeriksa tulang rusuknya dari kedua sisi. Jika tulang tersebut sama, bererti dia perempuan. Dan kalau sisi kiri lebih pendek, berarti dia laki-laki. Ternyata didapati bahawa tulang rusuk sebelah kiri si khunsa lebih pendek, beza satu tulang. Maka, Ali memutuskan bahawa si khunsa adalah laki-laki. Lalu, Ali memisahkan si isteri itu dari suaminya.

Dalilnya adalah, saat Adam masih tercipta seorang diri, Allah ingin memberikan pasangan untuk Adam dari jenisnya, agar mereka boleh saling memberikan ketenangan dan cinta kasih. Oleh kerana itu, ketika Adam tidur, Allah 'Azza wa Jalla menciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya. Itulah makanya, tulang rusuk kiri laki-laki kurang satu, sedangkan tulang rusuk perempuan sempurna. Pada perempuan terdapat 24 buah tulang. Sementara pada laki-laki terdapat 23 tulang, dua belas di sebelah kanan dan sebelas di sebelah kiri. Dan, perempuan itu tercipta dari tulang yang bengkok. [Nur Al-Abshar fi manaqib Aali Bayti An-Nabiy Al-Mukhtar/Mukmin Hasan Asy-Syabalankhi]


Takhrij

Hadith ini diriwayatkan oleh Muhammad bin Khalaf dan Ka'ee’ di dalam Akhbar al-Qadaah (2/197) .Kisah ini dinilai palsu yang tidak benar.

Huraian:-

Berkata Imam Nawawi di dalam Majmu’ (2/54-55), tiada petunjuk yang ia adalah benar menunjukkan perbezaan tulang rusuk lelaki dan wanita ia tidak mempunyai asas sama ada dalam syariat malam bidang ilmu anatomi, beliau menaqalkan kata Imam Haramain: "Berkenaan kata-kata orang bahawa tulang rusuk itu tidak sama jumlahnya antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang tidak dapat di fahami, kerana tidak terdapat perbezaan jumlah tulang antara lelaki dan wanita''.

Pendapat tulang rusuk tidak sama jumlah lelaki dan wanita juga dibantah oleh Al-Hattab di  dalam Mawahib al-Jalil (6/431-432), Al-'Abdari di dalam al-Taj wa al-Ikalil, (6/430), Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Lisan al-Mizan (6/430) dan Abi Hatim di dalam Jarh wa Ta’dil (6/193).


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 145800

1 comment:

  1. Saya memang dah yakin sangat kisah ni palsu. Kalau khunsa tu disahkan sebagai lelaki sema-mata melalui kiraan tulang rusuk, macam mana dengan status anak yang dilahirkan oleh khunsa tersebut? Malah kenyataan "Sang suami memberi mahar kepada isterinya berupa seorang budak perempuan." "Akan tetapi, tak lama selepas itu, si budak perempuan yang menjadi mahar itu juga hamil dan melahirkan anak." tidak boleh membuktikan bahawa perempuan tersebut hamil kerana disetubuhi khunsa. Boleh jadi si suami turut mengambil kesempatan untuk menyetubuhi perempuan tersebut. Wallahu a’lam.

    ReplyDelete

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...