Monday, 9 September 2019

Hadith berkasih sayang antara adik beradik mendapat tempat mulia di sebelah arasy



Teks hadith sebaran umum:

Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi tersebut. Lalu jawab Nabi SAW, “Mereka adalah #adik-beradik yang saling sayang-menyayangi antara mereka.” 


Matan hadith

وعن ابن عباسٍ رضي الله عنهما؛ أن رسول الله - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قال:
"إن لله جُلساءَ يومَ القيامَة عن يمين العرشِ، وكلتا يدي الله يمينٌ، على منابرَ من نورٍ، وجوهُهم من نور، ليسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ ولا صديقين".
قيل: يا رسول الله! من هم؟ قال:
"هم المتحابون بجلال اللهِ تبارك وتعالى".


Terjemahan

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu,  bahwasannya  Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasalam telah bersabda,
“Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang duduk di sebelah al-Arasy dan kedua  tangan Allah adalah kanan,  (mereka) berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, wajah-wajah merekapun dari cahaya. Mereka ini bukan para nabi, orang yang mati syahid (syuhada ) dan tidak juga shidiqiin.”, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasalam ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah mereka?“ Beliau menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad la ba’sa bihi.1


Takhrij

HR. at-Thabarani sebagaimana dijelaskan oleh al-Haitsami, dan ini ada di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir, 12/134, no. 12686, Cetakan kedua, tahqiq oleh al-Syeikh Hamdi 'Abd al-Majid. Maktabah Ibn Taimiyyah, Kaherah.

Namun hadith ini memiliki riwayat penguat yang menjadikannya hadith yang kuat, diantaranya hadith Amru bin ‘Abasah.

Dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih Targhib wa Tarhib no. 3022.

1Penisbatan ke Ahmad adalah kesalahan dalam sangkaan semata-mata dan kesalahan dari sebahagian orang yang menulisnya. Yang benar adalah melalui jalur at-Thabarani di atas.

# Tambahan adik beradik tu tidak di sebut dalam hadith # - menjadikan matan hadith itu tiada asal. Hadith yang sebetulnya adalah seperti disebutkan di atas.


No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...