Monday, 9 September 2019

Hadith kelebihan al-Mulk menyelamatkan dari azab kubur (Hadith Ibnu Mas’ud)



Matan hadith

أخبرنا عبيد الله بن عبد الكريم وقال حدثنا محمد بن عبيد الله أبو ثابت المدني قال حدثنا بن أبي حازم عن سهيل بن أبي صالح عن عرفجة بن عبد الواحد عن عاصم بن أبي النجود عن زر عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ { تبارك الذي بيده الملك } كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم نسميها المانعة وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب



Terjemahan

Telah menceritakan pada kami ‘Ubaidullah bin ‘Abdil Karim, ia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Ubaidillah Abu Tsabit Al Madini, ia berkata, telah menceritakan pada kami Ibnu Abi Hazim, dari Suhail bin Abi Salih, dari ‘Arfajah bin ‘Abdul Wahid, dari ‘Ashim bin Abin Nujud, dari Zarr, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata:

“Barangsiapa membaca “Tabaràkalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa kubur. Kami di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamakan surah tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur).  Dia adalah salah satu surah di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.”


T
akhrij

 HR. At-Thabarani dalam Mu'jam Al-Kabir no. 10254 dan al-Haithami dalam Majma' Zawaid 7/127 dan berkata para perawinya tsiqah.

Riwayat di atas mauquf, hanya perkataan ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.

Dinilai hasan oleh Syeikh Al-Albani dalam "Sahih Targhib Wat-Tarhib no. 1589.

Hakim mengatakan bahwa sanad hadith tersebut sahih, sebagaimana dinukilkan oleh Al-Mundziri dalam At-Targhib wa At-Tarhib (2/294).



Dari banyak-banyak hadith berkenaan surah al-Mulk, dapat dilihat bahawa riwayat yang paling kuat yang membicarakan keutamaan surah Al-Mulk adalah riwayat dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.

Riwayat tersebut bukanlah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun hanya perkataan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.

Keutamaan surah Al-Mulk yang disebutkan dalam riwayat Ibnu Mas’ud adalah:

Surah Al-Mulk disebut dengan surah al Mani’ah, iaitu penghalang dari siksa kubur jika rajin membacanya di malam hari.

Membaca surah Al-Mulk di malam hari adalah suatu kebaikan.


Catatan penting yang mesti diperhatikan:

Keutamaan surah ini hanya diperoleh jika seseorang rajin membacanya setiap malam, mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya, mengimani berbagai berita yang disampaikan di dalamnya.

Wallahu Ta'ala 'alam



Rujukan


Fatwa Lajnah Ad-Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ no. 9604.


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...