Thursday, 19 September 2019

Hadith solat subuh dan isyak bagi golongan munafik


Matan hadith

لَيْسَ صَلاَةٌ أثْقَلَ عَلَى المُنَافِقِينَ مِنْ صَلاَةِ الفَجْرِ وَالعِشَاءِ ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْواً

Terjemahan

“Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik selain dari solat Subuh dan solat ‘Isya’. Seandainya mereka tahu keutamaan yang ada pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walau sambil merangkak.”

Takhrij

HR. Bukhari no. 657

Ibn Utsaimin berkata:-

Di masa silam solat Subuh dan  Isya’ tersebut dilakukan dalam keadaan gelap sehingga mereka -orang munafik- tidak menghadirinya. Mereka enggan menghadiri kedua solat tersebut. Namun untuk solat lainnya, iaitu solat Zuhur, Ashar dan Maghrib, mereka tetap hadir kerana jemaah yang lain melihat mereka (Syarah Riyadhus Shalihin 5/82).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...