Matan hadith
ما من عبد من امتي اذا اصبح
فقرأ اثنتي عشر مرة اية الكرسي ثم توضأ وصلى الفجر حفظه الله من شر الشيطان وكان
بمنزلة من قرأ جميع القران ثلاث مرات وتوج يوم القيامة بتاج من نور يضيئ لاهل
الدنيا كلها فقلت يا رسول الله في كل يوم قال لا بل في كل يوم الجمعة فانها تجزئك
من دهرك في جمعة مرة
Terjemah
Barangsiapa dari umatku membaca ayat kursi sebanyak
12 kali pada subuh hari jumaat. Lalu ia berwudu untuk solat subuh, maka Allah
Swt. akan menjaganya dari tipu daya syaitan. Hal tersebut juga setara dengan
khatam al-Quran 3 kali. Juga nanti pada hari kiamat akan diberi mahkota yang
terbuat dari cahaya, yang menyinari seluruh dunia. Aku bertanya: Wahai
Rasulullah, membacanya apakah harus setiap hari? Rasulullah saw. menjawab:
Tidak, akan tetapi cukup sekali pada hari jumaat. Itu sudah cukup untukmu
selama sepekan.
Takhrij
HN. Muhammmad Bin Abu Bakr Al Usfuriy no. 23 di
dalam Mawa'idz Usfuriyyah. Tanpa sanad.
Ibnu Mubarak meriwayatkan: Sanad adalah sebahagian
dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata sekehendak hati’(Sahih Muslim, 1/87).
Sebuah ungkapan berharga Imam as-Syafie rh dalam ilmu hadith:-
وَجِمَاعُ هَذَا أَنَّهُ لَا يُقْبَلُ إِلَّا حَدِيثٌ ثَابِتٌ كَمَا لَا يُقْبَلُ مِنَ الشُّهُودِ إِلَّا مَنْ عُرِفَ عَدْلُهُ، فَإِذَا كَانَ الْحَدِيثُ مَجْهُولًا أَوْ مَرْغُوبًا عَمَّنْ حَمَلَهُ كَانَ كَمَا لَمْ يَأْتِ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِثَابِتٍ
“Kesimpulan dari semua ini, bahawa tidaklah (sebuah hadith) diterima kecuali hadith yang sah, sebagaimana tidaklah para saksi diterima (persaksiannya) kecuali orang yang dikenali keadilannya. Sehingga apabila hadith itu tidak diketahui atau dijarh perawinya, maka seakan hadits itu tidak ada, kerana ketidaksahannya.” (Ma’rifat Sunan Wal Atsar, 1/180).
Imam Malik berkata:
لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب في حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.
“Jangan mengambil ilmu dari orang ahli bid’ah, serta janganlah menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana ia mendapatkannya, dan tidak pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada kebohongan, meskipun ia tidak berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal Jama’ah 7/1418).
Kitab Mawa'idz Usfuriyyah sendiri termasuk kitab
bermasalah, kerana banyak berisi hadith-hadith palsu, tanpa sanad, dhaif dan
khabar yang tidak jelas.
Kitab ini telah dikaji hadithnya oleh pelajar
sarjana universiti di Indonesia (Siti Nurul Hidayah, 2015). Dari sebahagian
hadith/hikayat yang dikaji ternyata ia tidak terkandung dalam mana mana kitab
hadith muktabar sunnah. Setiap bab dalam kitab ini akan diberikan satu hadith
disusuli satu hikayat.
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment