Saturday, 12 October 2019

Hadith asal nama Nabi Khidir a.s


Nama Nabi Khidir as

Penisbatan nama sebenar Nabi Khidir as sebagai Balya ibnu Malkan merupakan salah satu pendapat yang dikemukakan oleh Imam Maraghi dalam tafsirnya (Tafsir Maraghi 15/343).

Juga dinaqalkan oleh Ibnu Katsir dalam Qashash Anbiya hal. 592 dari at-Thabari dalam Tafsir at-Thabari 1/256 dan Ibnu Qutaibah dalam al-Ma'arif dari Wahb bin Munabbih.


Wahb bin Munabbih adalah seorang tabien (Yahudi yang masuk Islam) berasal dari Yaman. Para ulama menilai tinggi keilmuannya dalam sirah dan maghazi. Tetapi dalam ilmu periwayatan beliau terkenal suka meriwayatkan cerita-cerita Israiliyyat yang bersandarkan dengan hadith-hadith yang dhaif. Az-Zahabi menilai beliau tsiqah (Wafayat al-A'yan wa Anba Abna al-Zaman 6/35. ).

Ibnu Katsir menilai Ka'ab dan Wahb adalah dua orang perawi yang suka membawa khabar dengan sanad yang rosak (Tafsir Ibnu Katsir  6/ 195-197).

Mereka berdua juga sering dijarh oleh para ulama (Manna’ Khalil Al Qattan hal. 493).


Matan hadith

انما سمي الخضر لانه اذا جلس على فروة بيضاء فاذا هي تهتز من خلفه خضراء


Terjemahan

Sesungguhnya dinamakan Khidir kerana dia telah duduk di atas tanah putih (tanah yang kering tanpa tumbuhan), lalu bergoncang di belakangnya dan menjadi berwarna hijau (subur dengan tumbuhan)


Takhrij

HR. Bukhari no. 3402, Tirmidzi no. 3151, Ahmad no. 8113, Ibnu Hibban no. 6222, daripada Abu Hurairah ra.


Ini sebagaimana yang disampaikan oleh Syekh Ibrahim Al-Bajuri dalam mukadimah kitabnya, Al-Baijuri ‘ala Ibni Qasim 1/31:-

وكذا الخضر بفتح الخاء وكسر الضاد او سكونها ولقب بذلك لانه ما جلس على ارض الا اخضرت


Seperti itu juga Nabi Khidir, beliau digelar demikian kerana dimana saja bumi yang beliau duduki, maka akan menjadi hijau (subur).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...