Matan hadith
أن النبي ( صلى الله عليه وسلم ) رش على قبر ابراهيم ابنه ووضع عليه حصباء ”
Terjemah
“Sesungguhnya Nabi Muhammad ShallaAllahu alaihi wa
sallam menyiram [air] diatas kubur Ibrahim, anaknya dan meletakkan kerikil
diatasnya.”
Takhrij
HR. At-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath, dari
Aisyah ra, no. 6146, sanadnya kuat.
Syekh Al-Albani rahimahullah mengatakan, “Dalam
memercikkan air di kuburan banyak hadith, akan tetapi ada cacatnya –sebagaimana
saya telah jelaskan hal itu dalam kitab Irwa’ul Ghalil (3/205 – 206) kemudian
saya dapatkan di Mu'jam Al-Awsath, oleh Ath-Thabrani hadith dengan sanad kuat
bahawa Nabi sallallahu alaihi wa sallam memercikan air di kuburan anaknya
Ibrahim, maka saya kutip riwayat tersebut dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3045.
Adapun keyakinan sebagian orang bahawa memercikkan
air di atas kuburan itu bermanfaat bagi mayat. Maka keyakinan seperti ini
adalah batil tidak ada asalnya. Anjurkan tentang hal tersebut semata agar dapat
menguatkan tanah.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 156412
No comments:
Post a Comment