Wednesday, 27 November 2019

Kisah Nabi saw menyuap makanan kepada Yahudi buta



Kisah tular

“Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi miskin dan buta. Lelaki ini sentiasa mengingatkan orang yang lalu hampir dengannya dengan berkata kepada mereka Muhammad adalah seorang pendusta dan penyihir. Di samping itu juga, dia sering mengejek dan menghina Nabi SAW. Disebabkan itu, Rasulullah SAW sering menziarahinya pada setiap pagi untuk memberi makan kepada lelaki tersebut tanpa Rasulullah SAW berkata sesuatu atau memberitahu siapa dirinya. Nabi SAW melazimi hal tersebut sehinggalah Baginda SAW wafat lalu tiada lagi yang memberi makan kepada lelaki tersebut. Pada suatu hari, Abu Bakar RA bertanya kepada Aisyah RA: Adakah terdapat sunnah daripada sunnah-sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak aku lakukan?. Aisyah RA menjawab: Sesungguhnya engkau telah mengikuti kesemua sunnahnya melainkan satu perkara. Lalu Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah sentiasa memberi makan kepada seorang yahudi yang buta pada setiap pagi. Setelah itu, Abu Bakar RA terus mengambil makanan dan pergi ke rumah lelaki tersebut untuk memberinya makan tetapi yahudi tersebut menyedari bahawa orang yang memberinya makan ini bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini. Yahudi itu bertanya kepada Abu Bakar siapakah yang memberinya makan sebelum ini, lalu Abu Bakar mengatakan bahawa beliau adalah Rasulullah SAW. Apabila mendengar sahaja penjelasan daripada Abu Bakar RA, yahudi itu menangis dan menyesal dengan perbuatannya yang sering menyakiti Nabi SAW dengan kata-katanya. Akhirnya, yahudi tersebut masuk Islam akibat daripada perbuatan Nabi SAW itu”.



Takhrij


Panel penyelidikan Islamweb diketuai oleh Syekh Abdullah Faqih Asy-Syinqitti  berkata:

Kami tidak menemukan hadith di berbagai sumber buku-buku sunah yang kami punya, padahal kami memiliki begitu banyak buku-buku seperti itu.

Hendaknya masyarakat diingatkan tentang bahaya menyebarkan hadith Rasulullah ﷺ tanpa memastikan kesahihannya.

Abu Qatadah meriwayatkan bahawa dirinya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda di atas mimbar:


أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَدِيثِ عَنِّي فَمَنْ قَالَ عَلَيَّ فَلَا يَقُلْ إِلَّا حَقًّا أَوْ إِلَّا صِدْقًا وَمَنْ قَالَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ


“Wahai manusia sekalian, hendaklah kalian berhati-hati terhadap berlebihan menyampaikan hadith dariku, kerana barang siapa berkata atas namaku, maka ia tidak boleh berkata kecuali yang benar dan jujur, dan barang siapa yang berkata dengan sengaja atas namaku apa yang tidak pernah aku katakan, hendaknya ia siapkan tempat duduknya dari api neraka,” (HR Ad-Darimi no.243. Ad-Darani: Sahih).

Boleh memberikan sedekah kepada orang miskin meskipun dia seorang Yahudi, Kristian, atau pemeluk agama lain.

Di dalam Kasyaf Al-Qina, yang merupakan kitab mahzab Hambali, disebutkan:

“Boleh memberikan sedekah kepada non-muslim dan kepada orang kaya, dan kepada siapa saja dari Bani Hasyim dan lainnya yang dilarang menerima zakat, dan mereka boleh menerimanya. Allah ﷻ berfirman:


{وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا} [الانسان : 8]


“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan,” [QS Al-Insan: 8]

Saat itu, para tawanan semuanya adalah non-muslim, dan Umar Radhiyallahuanhu memberi saudaranya yang musrik baju pemberian Rasulullah ﷺ kepada Umar, dan Rasulullah ﷺ bersabda kepada Asma binti Abu Bakar Radhiyallahuanha, “Sambunglah tali silaturahim dengan ibumu,” yang datang mengunjunginya padahal ibunya itu masih musryik.”



Tetapi terdapat sebuah kisah yang sahih di antara Rasulullah SAW dan seorang budak berbangsa yahudi. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:


Daripada Anas bin Malik RA berkata:


كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: «أَسْلِمْ»، فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ


Maksudnya: Terdapat seorang budak yahudi yang membantu Nabi SAW menderita sakit. Maka Nabi SAW datang kepadanya untuk menziarahinya. Lalu Baginda SAW duduk di bahagian kepalanya sambil bersabda: “Masuklah kamu ke dalam Islam”. Budak tersebut melihat ayahnya yang berada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: “Taatlah kamu kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)”. Maka budak tersebut memeluk Islam. Setelah itu, Nabi SAW keluar (daripada rumahnya) sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskannya dari api neraka” (HR. Bukhari no. 1356).



Rujukan

Fatwa Islamweb no. 348883

Irsyad al-Hadith no. 173, Mufti Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...