Tuesday 24 December 2019

Hadith larangan tasybik



Matan hadith

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  إذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُشَبِّكَنَّ يَددَهُ فَإِنَّهُ فِي صَلَاةٍ

Terjemahan

Jika salah seorang daripada kalian berwuduk maka sempurnakanlah wuduknya, kemudia apabila dia keluar menuju ke masjid maka janganlah dia melakukan tasybik pada tangannya kerana dia itu berada dalam keadaan solat.

Takhrij

HR.  Abu Daud no. 562, Ibnu Majah no. 967 dan al-Tirmidzi no.386, disahihkan oleh Syeikh al-Albani

Penjelasan

Ketika solat makruh bagi seseorang itu untuk menggenggam secara tasybik. Mengikut jumhur ulama, larangan yang sama juga berlaku bagi seseorang bersiap sedia menuju solat. Adapaun jika sudah selesai solat, maka itu tidak mengapa.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Telah bersepakat para ashab (ulama Syafieyyah) dan selain daripada mereka tentang hukum makruh melakukan tasybik pada jari jemari ketika dalam perjalanan menuju masjid, ketika di dalam masjid pada hari Jumaat, dan selainnya, dan dimakruhkan semua bentuk perbuatan sia-sia selama mana seseorang itu menuju solat, atau menunggunya dengan menggunakan hadith di atas.

Berkata al-Khattabi: “Perbuatan tasyabbuk ini dilakukan orang sebagai satu benda perkara yang sia-sia. Sebahagian mereka pula meletupkan jari jemarinya. Sebahagian manusia pula duduk ihtiba (duduk di atas punggung sambal menegakkan dua peha dan memeluk pehanya), sambil bertasybik jari jemarinya sehingga mungkin dia akan dikalahkan dengan tidur lalu menjadi sebab batallah wuduknya. Oleh kerana itu dilarang bagi orang yang bersiap sedia untuk solat daripada berbuat semua yang disebut tadi kerana demikian tidak sesuai bagi orang yang hendak bersolat.” Terkecuali daripada hal ini ialah apa yang disebut dalam Sahih al-Bukhari.” [al-Majmu` Syarh al-Muhazzab 4/544-545].

Dan terdapat pengecualian terhadap perkara ini. Tidak dimakruhkan tasybik ketika selain waktu menuju dan menunggu solat sekalipun di dalam masjid. Ini kerana telah sahih daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda juga melakukan tasybik.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma berkata:

شَبَكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَابِعَهُ

Maksudnya: “Nabi SAW melakukan menggenggam secara tasybik pada jari jemarinya.” (HR. Bukhari no. 478).

Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu dengan orang beriman yang lain seumpama binaan yang saling mengukuh.” Lalu Baginda menggenggam tasybik. HR. Bukhari no. 482.

Hikmah larangan

Didalam Hasyiyah ath Thahawi ‘ala Maraqi al Falah, ”Hikmah larangan dari menjalin jari jemari adalah bahawa perbuatan itu berasal dari syaitan, dapat menyebabkan tidur dan tidur di antara posisi yang boleh menyebabkan hadas (al Mausu’ah al Fiqhiyah 2/4164 – 4165). Dan mengelak menyerupai solat orang yang dibenci (Yahudi) apabila dilakukan di dalam solat sepertimana hadith dari Ibnu Umar ra:

Dalam riwayat lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عن إسماعيل بن أمية، قال: سألت نافعاً عن الرجل يصلي وهو مشبِّك يديه؟ قال: قال ابن عمر: تلك صلاة المغضوب عليهم.

“Dari Isma’il bin Umayyah, ia berkata: Aku bertanya kepada Naafi’ tentang seorang laki-laki yang menjalin jari-jemarinya (tasybik) ketika solat? Maka ia berkata: Telah berkata Ibnu ‘Umar: “Itu adalah cara solat orang-orang yang dimurkai oleh Allah.” (HR. Abu Daud no. 993, sanadnya hasan dan semua perawinya tsiqah, disahihkan oleh Syeikh al-Albani)


Rujukan

Al-Kafi li al-Fatawi no. 669, Mufti Wilayah Persekutuan.

Fatwa Lajnah Daimah Lilbuhutsil Ilmiyyah wal Ifta' no. 21389

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...